fakulti bahasa dan pendidikan ... -...

25
FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN SEMESTER 5 / TAHUN 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NO MATRIKULASI : 750420085008001 NO KAD PENGENALAN : 750420-08-5008 NO TELEFON : 019-5581975 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PERAK

Upload: vanhuong

Post on 29-Mar-2018

245 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

SEMESTER 5 / TAHUN 2012

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NO MATRIKULASI : 750420085008001

NO KAD PENGENALAN : 750420-08-5008

NO TELEFON : 019-5581975

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PERAK

Page 2: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

1

Isi Kandungan

Kandungan Muka Surat

Penghargaan 2

1.0 Pengenalan 3-4

2.0 Penghasilan Bunyi-bunyi Konsonan dan Vokal Bahasa Melayu 5-6

2.1 Alat Artikulasi 7-9

2.2 Konsonan- Cara Membunyikan Konsonan Melayu Asli 10-15

2.3 Vokal- Cara Membunyikan Vokal 16-19

3.0 Perbezaan Di antara Fonem dan Alofon Dalam Sistem Fonologi

Bahasa Melayu 20

4.0 Ciri-ciri Suprasegmental Bahasa Melayu dan Kepentingannya

Dalam Pengajaran kemahiran Lisan 21-22

5.0 Kesimpulan 23

6.0 Bibliografi 24

Page 3: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

2

Penghargaan

يم رح رحمان ال سم هللا ال ب

Assalamualaikum w.b.t…

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana

memberikan kesihatan yang baik dan memberi peluang kepada saya untuk menyempurnakan

tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dihulurkan kepada tutor saya En. Abdul Aziz b.

Sulaiman kerana telah memberi tunjuk ajar, panduan dan pendedahan kepada saya bagi

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa nasihat daripada beliau saya pasti tidak dapat

menyempurnakan tugasan ini mengikut keperluan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Di sini

beliau telah memberikan banyak penerangan untuk memastikan setiap individu dapat

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Seterusnya tidak lupa kepada pihak OUM kerana memberi ruang dan peluang kepada saya

untuk menimba ilmu bagi meningkatkan tahap profesionalisme khasnya bagi para pendidik

seperti saya dan sekalung penghargaan juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di

bawah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang telah membiayai pengajian di OUM ini. Juga

ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya di mana telah memberi idea dan tunjuk ajar dalam

menyiapkan tugasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan berdedikasi. Sesungguhnya

tanpa pengorbanan semua pihak tugasan ini tidak mungkin akan dapat dilaksanakan. Oleh itu,

sekalung penghargaan juga dihulurkan buat keluarga tercinta kerana begitu memahami dengan

tugas dan komitmen saya dalam menyempurnakan tugasan ini.

Ini adalah hasil kerja individu jadi saya berharap sekiranya terdapat kesalahan dan kekurangan

mohon dimaafkan. Secara jujurnya, saya telah melakukan yang terbaik dan setakat yang

termampu. Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En.

Abdul Aziz bin Sulaiman atas semangatnya di dalam memberi pengajaran dan tunjuk ajar yang

tidak berbelah bagi kepada saya dan seterusnya kepada pelajar-pelajar yang lain sepanjang

menjalani kelas tutorial Fonetik dan Fonologi bagi semester ini.

Wassalam….

Page 4: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

3

1.0 Pengenalan

Hal yang melibatkan fonologi dan fonetik ini adalah berkaitan dengan ilmu linguistik. Ilmu

linguistik ialah bidang yang melibatkan kajian mengenai bahasa secara saintifik. Menurut

Siti Hajar Abdul Aziz (2011), “ Kajian bahasa itu merupakan satu kajian yang sama seperti

bidang kajian sains lain memerlukan peraturan dan syarat tertentu yang dikaji secara

sistematik dan berdasarkan teori-teori yang tertentu juga. Teori dan teknik menganalisis

bahasa ini dirumuskan oleh ahli-ahli bahasa daripada pemerhatian mereka terhadap bahasa

yang wujud pada masa itu.”

Dalam pertuturan, bunyi keluar dalam bentuk ujaran secara pantas dan berterusan. Dengan

maksud lain, seseorang tidak mencantumkan ciri-ciri bunyi yang sama untuk menghasilkan

satu keseluruhan ujaran yang hendak dilafazkan. Oleh itu, untuk mengenal pasti bunyi-bunyi

yang terlibat dalam sesuatu pertuturan, ujaran itu boleh disintesiskan. Walaupun demikian,

keputusan yang diterima tidaklah tepat dengan pertuturan sebenar. Di samping itu juga,

seseorang itu tidak dapat mengenali bunyi-bunyi yang telah dihasilkan. Oleh yang demikian,

bidang kajian fonetik dan fonologi dapat membantu dan berfaedah kepada pengkaji bahasa

untuk mencari penyelesaian dalam masalah tersebut.

Bahasa pada dasarnya adalah bunyi. Dalam bahasa, bunyi yang dituturkan adalah berkait

dengan arti tertentu. Seseorang yang menguasai bahasa tertentu dapat mengenal bunyi-bunyi

itu dirangkaikan sehingga menghasilkan ujaran yang bermakna. Oleh itu, ilmu yang

mengkaji sistem bunyi dan kajian tentang organ-organ pertuturan, sifat bunyi bahasa dan

pendengaran akan dikaji lebih lanjut dalam tugasan ini.

Merujuk Kamus Dewan (2007), Fonologi bermaksud kajian tentang bunyi sebutan dalam

sesuatu bahasa manakala fonetik pula bermaksud ilmu bahasa yang berkaitan dengan

penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), fonetik dan fonologi adalah salah satu bahagian

penting dalam bahasa yang utama kepada kajian tentang bunyi bahasa. Fonetik secara

Page 5: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

4

khususnya mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia secara keseluruhan dengan

penggunaan lambang-lambang tertentu. Manakala, fonologi adalah mengkaji sistem bunyi-

bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi perkataan

atau sesuatu ayat dilafazkan.

Oleh yang demikian, berdasarkan pernyataan fonologi dan fonetik beberapa perkara seperti

penghasilan bunyi-bunyi konsonan dan vokal Bahasa Melayu, perbezaan di antara fonem dan

alofon dalam sistem Bahasa Melayu dan cirri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu dan

kepentingannya dalam kemahiran lisan akan dikaji selanjutnya.

Page 6: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

5

2.0 Penghasilan Bunyi-bunyi Konsonan dan Vokal Bahasa Melayu

Definisi konsonan membawa maksud huruf mati atau dengan kata lain dikenali sebagai

huruf-huruf selain huruf vokal seperti huruf t, s, m, r dan sebagainya. Konsonan terbahagi

kepada dua, iaitu konsonan Melayu asli dan konsonan pinjaman. Terdapat 19 bunyi

konsonan Melayui asli iaitu:

[p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara

[b] Konsonan letupan dua bibir bersuara

[t] Konsonan letupan gusi tidak bersuara

[d] Konsonan letupan gusi bersuara

[k] Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara

[g] Konsonan letupan lelangit lembut bersuara

[?] Hentian glotis

[ě] Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara

[ǰ] Konsonan letusan lelangit keras bersuara

[s] Konsonan geseran gusi tidak bersuara

[r] Konsonan getaran gusi bersuara

[h] Konsonan geseran glottis bersuara

[l] Konsonan sisian gusi bersuara

[m] Konsonan sengau dua bibir bersuara

[n] Konsonan sengau gusi bersuara

[m] Konsonan sengau lelangit lembut bersuara

[ŋ] Konsonan sengau gusi-lelangit keras bersuara

[w] Separuh vokal dua bibir bersuara

[j] Separuh vokal lelangit keras bersuara

Page 7: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

6

Terdapat lapan bunyi konsonan Melayu pinjaman seperti berikut:

[f] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara

[v] Konsonan geseran bibir gigi bersuara

[Ɵ] Konsonan geseran gigi tidak bersuara

[ŏ] Konsonan geseran gigi bersuara

[z] Konsonan geseran gigi bersuara

[š] Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara

[x] Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara

[γ] Konsonan geseran lelangit lembut bersuara

Manakala menurut Kamus Dewan, (2011) vokal bermaksud huruf hidup atau huruf saksi

seperti a,e,é,i,o dan u. Vokal bahasa Melayu secara keseluruhannya ada lapan bunyi vokal

dalam bahasa Melayu, tetapi hanya enam yang biasanya berlaku dalam pertuturan bahasa

Melayu standard. Secara keseluruhannya vokal bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis

seperti berikut:

(a) Vokal hadapan

[i] – vokal depan sempit

[e] – vokal depan separuh sempit

[Ɛ] – vokal depan separuh luas/lapang

[a] – vokal depan luas/lapang

(b) Vokal belakang

[u] – vokal belakang sempit

[o] - vokal belakang separuh sempit

[ɔ] – vokal belakang separuh luas/lapang

(c) Vokal tengah

[ə] – vokal tengah

Page 8: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

7

2.1 Alat Artikulasi

Alat artikulasi merupakan organ yang berfungsi dan memainkan peranan semasa

mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Dalam pengeluaran bunyi bahasa, banyak alat yang

terlibat. Contohnya yang melibatkan system udara yang keluar masuk ke paru-paru supaya

bunyi bahasa terhasil. Bunyi bahasa tersebut ialah konsonan , vokal dan diftong. Daerah

pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu melibatkan alat-alat artikulasi yang penting. Ia

melibatkan alat-alat artikulasi seperti lidah, bibir, lelangit, gusi, pita suara, gigi dan rongga

hidung.

Gambarajah berikut menunjukkan kedudukan alat-alat dan daerah artikulasi:

Berdasarkan gambarajah di atas terdapat 20 organ artikulasi yang menyebabkan bunyi bahasa

terbentuk. Walau bagaimanapun, hanya 7 fungsi organ artikulasi yang penting akan

dihuraikan.

a) Lidah

Alat artikulasi ini merupakan organ yang paling aktif dan sensitif pada tubuh

manusia. Ia terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang lidah, tengah lidah,

hadapan lidah, daun lidah dan hujung lidah. Bahagian-bahagian ini boleh digerak-

gerakkan ke mana-mana bahagian dalam rongga mulut. Lidah juga dinamakan

artikulasi utama kerana aktif dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

Page 9: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

8

b) Bibir

Bibir terletak di luar bahagian rongga mulut. Ia terdiri daripada otot-otot kenyal yang

boleh dihamparkan dan dibundarkan. Fungsinya ialah untuk menyekat perjalanan

udara yang keluar dari rongga mulut. Selain itu, ia berperanan mengeluarkan

pelbagai bunyi.

c) Lelangit

Terdapat dua bahagian lelangit iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras

bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat

diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga

hidung. Rongga mulut akan terbuka apabila dinaikkan dan udara akan keluar melalui

rongga mulut apabila diturunkan. Seterusnya rongga mulut akan tertutup dan udara

terpaksa keluar melalui rongga hidung.

d) Gusi

Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam

rongga mulut. Ia adalah organ yang dikenali sebagai daerah sebutan yang tidak boleh

digerakkan. Ia berperanan dalam pengeluaran bunyi bahasa dengan bantuan hujung

lidah dan gigi dalam membuat penyekatan.

e) Pita suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok dan amat penting dalam mengeluarkan

bunyi bahasa yang bersuara. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara

memperluas dan menyempitkan lubang yang terdapat di antara dua keping selaput

nipis atau dengan kata lain disebut glotis.

Page 10: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

9

f) Gigi

Gigi berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa walaupun tidak begitu aktif.

Kedudukannya yang tetap dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu pada rahang atas

dan rahang bawah. Selain itu, ia sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara

daripada terus keluar dalam penghasilan bunyi.

g) Rongga hidung

Rongga hidung tidak kurang pentingnya dalam penentuan penghadsilan bunyi. Ia

terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh

dibuka dan ditutup. Ia bergantung juga kepada keadaan sama ada anak tekak dan

lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

.

Page 11: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

10

2.2 Konsonan- Cara Membunyikan Konsonan Melayu Asli

Penghasilan bunyi konsonan melibatkan udara yang keluar dari paru-paru akan menerima

sekatan, sempitan dan geseran. Ia juga melibatkan di bahagian rongga tekak, mulut atau

hidung. Maka bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan yang tidak bersuara. Jadual di

bawah menunjukkan bunyi-bunyi konsonan Melayu asli:

Cara

Penghasilan

Daerah Artikulasi

Dua

Bibir

Gigi

gusi

Gusi Lelangit

Keras

Lelangit

Keras

Lelangit

Lembut

Pita

Suara

Letupan p b t d k g ?

Letusan č ǰ

Geseran s h

Getaran r

Sisian l

Sengauan m n ᶮ ŋ

Separuh

Vokal

w j

Berikut pula adalah beberapa contoh cara bagaimana setiap konsonan dihasilkan.

a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dibunyikan dengan cara dua bibir

dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan dan udara dipaksa keluar setelah mulut dibuka

dengan cepat maka terhasillah bunyi [p]. Manakala konsonan letupan dua bibir

bersuara [b] terhasil jika pita suara bergetar. Contoh adalah seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

Konsonan [p] paku [paku] lapar [lapar] cakap [cakap]

Konsonan [b] balik [bale?] ribu [ribu] jawab [jawab]

Page 12: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

11

b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] terhasil apabila hujung lidah dinaikkan

rapat ke gusi untuk sekatan udara, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke

belakang rongga tekak dan sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan

serta-merta. Konsonan letupan gusi bersuara [d] terhasil apabila pita suara dirapatkan

dan arus udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut. Contoh perkataan adalah

seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

Konsonan [t] tapir [tapir] atas [atas] cepat [cepat]

Konsonan [d] dasar [dasar] tanda [tanda] akad [akad]

c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] terhasil apabila belakang lidah

dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Arus udara pula keluar dari

paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara dan sekatan udara

yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta-merta. Manakala cara

membunyikan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g] sama seperti bunyi

konsonan [k]. Cuma perbezaannya ialah pita suara dirapatkan dan arus udara dari

paru-paru yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara. Contoh

perkataan adalah seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

Konsonan [k] kata [kata] rakan [rakan] letak [leta?]

Konsonan [g] geram [geram] tegar [tegar] dialog [dialog]

Page 13: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

12

d) Hentian glotis [?] dibunyikan dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan

ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga

hidung, pita suara dirapatkan sepenuhnya. Seterusnya arus udara yang keluar dari

paru-paru dibiarkan tersekat di belakang rapatan pita suara tanpa mengetarkan pita

suara. Bunyi yang dihasilkan oleh hentian glotis [?] dapat dilihat pada perkataan

berikut:

Awal Tengah Akhir

arak [?ara?] taat [ta?at] letak[lǝta?]

iman[?iman] makna [ma?na] bedak[beda?]

e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dibunyikan dengan cara hadapan

lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara, lelangit

lembut dan anak tekak dinaukkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan

terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung dan pita suara direnggangkan.

Seterusnya arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita

suara. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan perlahan-

lahan. Manakala cara membunyikan konsonan letusan lelangit keras bersuara [ǰ]

sama seperti membunyikan konsonan [č] cuma yang membezakannya ialah pita suara

dirapatkan. Kemudian arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan

menggetarkan pita suara. Contoh perkataan adalah seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

Konsonan [č] cari [čari] koci [koči] koc [koč]

Konsonan [ǰ] jalan [ǰalan] panji [panǰi] kolej[koleǰ]

Page 14: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

13

f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dibunyikan dengan cara hadapan lidah

dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan

anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-

paru ke rongga hidung. Kemudian pita suara direnggangkan. Seterusnya alirkan

udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara dan udara

keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi. Contohnya adalah seperti perkataan

berikut:

g) Konsonan getaran gusi bersuara [r] dibunyikan dengan cara hujung lidah dikenakan

pada gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk

membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung serta pita suara

dirapatkan. Seterusnya arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak

menggetarkan pita suara dan arus udara yang melalui rongga mulut menggetarkan

hujung lidah. Contoh perkataan adalah seperti yang berikut:

Awal Tengah Akhir

rakan [rakan] serak [sera?] lebar [lebar]

h) Konsonan sisian gusi bersuara [l] dibunyikan dengan cara hujung lidah dikenakan

pada gusi. Lelangit lembut dan ank tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk

membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Kemudian, pita suara

dirapatkan dan digetarkan. Seterusnya arus udara dari paru-paru keluar ke rongga

mulut dengan menggetarkan pita suara dan dibiarkan keluar melaui tepi lidah sahaja.

Contoh perkataan seperti yang berikut:

Awal Tengah Akhir

laju [laju] tulis [tulis] kekal[kekal]

Page 15: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

14

i) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m] dibunyikan dengan cara bibir bawah dan

bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan

anak tekak pula diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke

rongga hidung. Kemudian, arus udara dari paru-paru masuk ke rongga hidung dan

pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. Akhirnya arus udara dilepaskan

perlahan-lahan. Contoh perkataan seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

masa [masa] jumpa[jumpa] salam[salam]

j) Konsonan sengau gusi bersuara [n] dibunyikan dengan cara hujung lidah dinaikkan

pada gusi atau gigi untuk membuat sekatan arus udara. Lelangit lembut dan anak

tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga

hidung dan pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. Seterusnya arus udara dari

paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung dan udara dilepaskan

perlahan-lahan. Contoh perkataan seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

nasi [nasi] panah [panah] laman [laman]

k) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] dibunyikan dengan cara belakang lidah

dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara. Lelangit lembut

dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari

paru-paru masuk ke rongga hidung. Seterusnya pita suara digetarkan. Arus udara

dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. Kemudian arus udara

yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan perlahan-lahan.

Contoh perkataan seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

ngeri [ŋeri] nangka [naŋka] pulang[pulaŋ]

Page 16: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

15

l) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ᶮ] dibunyikan dengan cara lidah depan

dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara. Lelangit lembut dan

anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-

paru ke rongga hidung dan pita suara dirapatkan dan digetarkan. Seterusnya arus

udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. Kemudian, udara

yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. Contoh

perkataan seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

nyawa [ᶮawa] minyak [miᶮak] -

m) Separuh vokal dua bibir bersuara [w] dibunyikan dengan cara bibir dibundarkan,

belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Lelangit lembut pula dinaikkan ke

belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

Kemudian, udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan

serta lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan seperti hendak membunyikan vocal

tengah [ǝ]. Contoh perkataan seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

wakaf [wa?af] lawan [lawan] takraw [ta?raw]

n) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j] dibunyikan dengan cara depan lidah

diangkat tinggi ke arah gusi dan bibir dihamparkan. Lelangit lembut pula dinaikkan

ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga

hidung. Seterusnya pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan

untuk seperti hendak membunyikan vokal [ə] dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi

separuh okal lelangit keras bersuara [j]. Contoh perkataan seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

yuran [juran] tayar [tajar] -

Page 17: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

16

2.3 Vokal- Cara Membunyikan Vokal

Penghasilan bunyi-bunyi vokal berpunca daripada sesetengah artikulasi yang menyempitkan

aliran udara dan yang lainnya melepaskan arus udara yang mengalir melalui rongga mulut

dengan bebas. Bunyi vokal juga mempunyai ciri kelantangan dan kepanjangan. Dengan kata

lain bunyi yang didengar begitu jelas dan lebih panjang berbanding bunyi konsonan. Bunyi

vokal yang terhasil juga boleh rendah dan juga tinggi. Sebagai contoh vokal [a] dalam

perkataan [raya] ialah vokal rendah. Manakala vokal [i] dan [u] dalam perkataan [lidi] dan

[kuku] merupakan vokal tinggi. Bunyi vokal mempunyai perbezaan. Ini merujuk kepada

keadaan lidah, iaitu tinggi, separuh tinggi, rendah dan separuh rendah. Gambaran kedudukan

vokal Bahasa Melayu ditunjukkan dalam gambarajah berikut:

Keratan rentas lidah manusia dapat dilihat berdasarkan carta vokal Bahasa Melayu seperti

berikut:

Page 18: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

17

Dalam penghasilan bunyi vokal peranan bibir amatlah penting. Keadan bibir semasa

menghasilkan bunyi vokal ditunjukkan dalam gambarajah berikut:

Beberapa contoh bagaimana bunyi vokal dihasilkan akan dihuraikan seperti berikut:

a) Vokal depan sempit [i] dibunyikan dengan keadaan bibir hampar, lidah dinaikkan

setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras.

Kemudian anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung

supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari dari paru-paru pula

keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan.

Contoh perkataan bunyi vokal depan sempit [i] yang dihasilkan adalah seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

iman [iman] biru [biru] tari[tari]

ikut[ikut] bila [bila] topi[topi]

Page 19: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

18

b) Vokal depan separuh sempit [e] dibunyikan dengan cara depan lidah dinaikkan

separuh tinggi ke arah gigi gusi, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi

menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung dan udara

dari paru-paru keluar ke rongga mulut serta pita suara digetarkan.

Contoh perkataannya adalah seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

elak [ela?] mereng [mereŋ] tauge[tauge]

enak[ena?] leher [leher] tempe[tempe]

c) Vokal depan separuh luas/ lapang [Ɛ] dibunyikan dengan cara depan lidah dinaikkan

separuh rendah ke arah gusi dan yang lain sama dengan bunyi vokal depan separuh

sempit.

Contoh perkataan seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

elak [Ɛla?] belek [bƐƐ?] tauge[taugƐ]

enak[Ɛna?] leher [lƐhƐr] tempe[tempƐ]

d) Vokal depan luas/lapang [a] dibunyikan dengan caradepan lidah diturunkan serendah

mungkin. Anak tekak dan lelangit lembut pula dinaikkan bagi menutup rongga

hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung dan pita suara digetarkan.

Contoh perkataan bunyi yang dihasilkan adalah seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

awal [awal] bakar [bakar] jumpa[jumpa]

arak[ara?] bekas [bəkas] lama[lama]

Page 20: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

19

e) Vokal belakang sempit [u] dibunyikan dengan cara belakang lidah dinaikkan setinggi

mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut.

Contoh perkataan bunyi yang dihasilkan adalah seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

ulat [ulat] surat [surat] satu[satu]

urat[urat] budu [budu] paku[pa?u]

f) Vokal belakang separuh sempit [o] dibunyikan dengan membundarkan bibir.

Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai

menyentuh lelangit lembut. Anak tekak dan lelangit lembut pula dinaikkan bagi

menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Kemudian

pita suara digetarkan.

Contoh perkataan bunyi yang dihasilkan adalah seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

oren [oren] lorong [loroŋ] tomato[tomato]

obor[obor] pocong [pocoŋ] koko[koko]

Page 21: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

20

3.0 Perbezaan Di antara Fonem dan Alofon Dalam Sistem Fonologi

Bahasa Melayu

Fonem bermaksud unit bahasa yang terkecil yang juga berfungsi dalam sesuatu bahasa. Sifat

fonem ini boleh diasing-asingkan antara satu dengan yang lain. Jika dilihat pada satu

perkataan iaitu salam, ia boleh dipenggalkan atau diasingkan kepada lima unit penggalan

yang lebih kecil iaitu /s/, /a/, /l/, /a/, dan /m/. Jika s digantikan dengan m, maka salam akan

bertukar menjadi malam. Oleh itu, s dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit

tersebut mengubah dan membezakan maksud perkataan . Sekiranya diletakkan secara

berasingan unit-unit terkecil ini tidak bermakna. Berikut adalah contoh fonem yang

menunjukkan perbezaan erti dalam sesuatu perkataan.

/salam/ /saman/ /sarat/

/padi/ /pagi/ /pari/

/malam/ /makam/ /masam/

/gali/ /gari/ /gaji/

Merujuk pada Kamus Dewan, (2011) edisi keempat alofon bermaksud bunyi yang berlainan

terhasil daripada satu fonem. Dengan kata lain alofon juga bermakna perbezaan fonem

berdasarkan kedudukan. Sebagai contoh fonem p dalam paku, lupa dan taip. Bunyi p dalam

paku dan lupa disebut sebagai letupan bibir yang sempurna. Manakala dalam taip, bunyi p

disebut sebagai letupan bibir yang tidak sempurna iaitu tidak diletupkan. Contoh perkataan

adalah seperti berikut:

Awal Tengah Akhir

paku [paku] lupa [lupa] taip [taip]

betik [beti?] kebun [kebun] jawab [jawab]

tiga [tiga] petik [peti?] cepat [cepat]

dasar [dasar] landak [landa?] akad [akad]

Page 22: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

21

4.0 Ciri-ciri Suprasegmental Bahasa Melayu dan Kepentingannya

Dalam Pengajaran kemahiran Lisan

Suprasegmental mempunyai definisi yang luas dan bergantung kepada fungsi dan

kepentingannya dalam sesuatu bahasa yang tertentu. Dengan kata lain, ia bermaksud kajian

tentang pelbagai aspek termasuk intonasi, rentak, irama dan sebagainya. Dalam bahasa lisan

penggunaan bunyi-bunyi tertentu pada ayat adalah untuk menarik perhatian pendengar.

Terdapat beberapa aspek bahasa yang perlu diberi perhatian iaitu tekanan dan kelantangan,

nada, jeda dan mora atau panjang-pendek. Aspek-aspek bahasa tersebut merupakan ciri-ciri

suprasegmental Bahasa Melayu dan mempunyai kepentingannya dalam pengajaran

kemahiran lisan untuk dikuasai oleh seseorang individu.

Ciri suprasegmental yang pertama ialah tekanan dan kelantangan. Tekanan bermakna bunyi

yang diucapkan lebih lantang atau dikuatkan dalam sesuatu kata pengucapan. Selain

daripada itu, tekanan bertujuan untuk menunjukkan keras atau lembut dan menyedapkan

percakapan atau bacaan. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah /’/. Walau

bagaimanapun, ia tidak mengubah atau membezakan makna. Sebagai contoh “Kita tidak

boleh bersikap takbur”. Perkataan /ta?bur/ diberi penekanan dalam ayat tersebut.

Ciri suprasegmental yang kedua ialah nada. Definisi nada bermaksud bunyi yang tertentu

tinggi rendahnya. Kepelbagaian intonasi digunakan untuk menyampaikan maksud tertentu

yang boleh memberikan ucapan berbentuk pernyataan atau penyoalan. Contoh ayat dalam

bentuk pernyataan “Gadis itu lari dari rumah”. Nada ditinggikan pada perkataan rumah.

Ciri yang ketiga ialah jeda. Jeda bermaksud persendian. Dalam pengucapan, jeda digunakan

untuk hentian sebentar. Di samping itu, ia juga digunakan untuk memisahkan perkataan,

rangkai kata atau ayat. Lambang jeda ialah [#]. Penggunaan jeda boleh menyebabkan makna

yang berbeza dalam sesuatu ayat. Dalam pengajaran kemahiran lisan penggunaan jeda tidak

kurang pentingnya untuk menyampaikan sesuatu maksud yang tertentu dalam ayat yang

sama. Sebagai contoh ayat seperti berikut:

Page 23: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

22

a) [saya makan ikan #] bermaksud orang yang bercakap itu memberitahu bahawa dia

makan ikan.

b) [# saya makan # ikan#] bermaksud orang yang bercakap itu memberitahu orang yang

dilawan bercakap, iaitu ikan bahawa dia sedang makan.

Ciri suprasegmental yang seterusnya ialah mora atau panjang-pendek. Mora atau panjang-

pendek ini bermaksud kadar panjang atau pendek sesuatu bunyi pengucapan. Dengan kata

lain, seumpama harakat dalam bacaan al-quran. Lambang yang digunakan ialah [:].

Penggunaan panjang-pendek dalam pengajaran lisan Bahasa Melayu tidak begitu menonjol

dan tidak membezakan makna berbanding penggunaannya dalam Bahasa Inggeris.

Contohnya adalah seperti berikut:

Pendek Panjang

[cold] – cold (sejuk) [c:l] – cool (tenang)

Page 24: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

23

5.0 Kesimpulan

Rumusan daripada kajian yang telah dilakukan dalam tugasan ini, dapatlah disimpulkan

bahawa fonetik dan fonologi berkaitan tentang penyebutan kata dan lambang-lambang dalam

sebutan. Seterusnya, ia juga ada kaitan dengan kajian tentang sistem bunyi-bunyi bahasa

yang dihasilkan dan perkaitannya dengan bunyi-bunyi tersebut.

Selain itu, terdapat alat-alat artikulasi manusia yang berperanan dan berfungsi menghasilkan

bunyi konsonan dan vokal dalam bunyi bahasa. Terdapat bunyi konsonan yang bersuara dan

tidak bersuara. Manakala semua bunyi vokal adalah bersuara. Kedua-dua bunyi ini berkait

rapat dengan pita suara.

Natijahnya, pendedahan tentang ilmu fonetik dan fonologi serta ciri-ciri suprasegmental

bahasa Melayu amat penting bagi guru-guru mendalami dan mengaplikasikan ilmu tersebut

dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Secara tidak langsung, komunikasi lisan

yang berkesan akan berlaku antara individu. Bagi seseorang pelajar, pendedahan ilmu

fonetik dan fonologi adalah penting untuk meningkatkan kefahaman mereka dalam

menggunakan bunyi-bunyi bahasa dengan sebutan yang betul.

(3,548 perkataan)

Page 25: FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN ... - assignment.oum…assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/750420085… · Kandungan Muka Surat Penghargaan ... tugasan ini. Setinggi-tinggi

HBML1203

24

6.0 Bibliografi

Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Kamus Dewan (2007). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kepentingan Bahasa Dalam Kehidupan, 10hb Jun 2012, daripada

http://epondok.wordpress.com/2010/02/19/kepentingan-bahasa-dalam-kehidupan/

Munsyi Bahasa-Kata Tunggal, 10hb Jun 2012, daripada

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0805&pub=DuniaPendidikan&sec=M

unsyi_Bahasa&pg=mb_02.htm

Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah dan

Strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Siti Hajar Abdul Aziz (2011). Bahasa Melayu I Edisi Kedua. Shah Alam, Selangor:

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu II Edisi Kedua. Shah Alam, Selangor:

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Za’ba tokoh Pemikir Agung

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&se

Gaya_Hidup&pg=ls_01.htm