fakulti pendidikan dan bahasa mei 2012...

12
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK NAMA : NOR ADILAH BT MOHAMED NO. MATRIKULASI : 700125035918001 NO. KAD PENGENALAN : 700125035918 NO. TELEFON : 0199224742 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : Kelantan Learning Centre

Upload: dinhdien

Post on 06-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7001250359… · Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2012

HBAE1203

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

NAMA : NOR ADILAH BT MOHAMED

NO. MATRIKULASI : 700125035918001

NO. KAD PENGENALAN : 700125035918

NO. TELEFON : 0199224742

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : Kelantan Learning Centre

Page 2: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7001250359… · Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik

Pengenalan kreativiti

Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif tetapi itu bukanlah hak

mutlak setiap orang kerana setiap orang mestilah mempunyai idea, perasaan, pemikiran,

pengalaman dan keinginan seseorang. Menurut Helbert Read kita tidak hanya mengajar

kanak-kanak mengetahui tetapi juga pada masa yang sama mengajar mereka mencipta. Bagi

meningkatkan daya kreativiti seseorang, pembelajaran dan pengalaman aktiviti pendidikan

seni adalah diperlukan.

Menurut Kamus Dewan (1993) maksud kreativiti sebagai kemampuan atau kebolehan

mencipta daya kreatif. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh pakar-pakar

berhubung kreativiti iaitu mengikut Viktor Lowengfeld (1975) kreativiti ialah suatu naluri

(instinct) semulajadi yang dimiliki oleh seseorang sejak lahir. Naluri itu adalah faktor

pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan.

Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka

sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan manusia tidak akan bertindak.

Matlamat pembangunan kreativiti di kalangan murid adalah bertujuan untuk

melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif kerana mereka merupakan aset yang paling

berharga dalam pembangunan Negara. Murid yang mempunyai kreativiti juga akan

mempunyai tahap daya cipta yang tinggi dan berupaya menghasilkan idea dan seterusnya

menghasilkan ciptaan yang berkualiti.

Antara kepentingan kreativiti kepada murid ialah menggalakkan murid meneroka

bidang dan teknologi baru dengan mencipta . Murid juga dapat menghasilkan pemikiran yang

bercapah, juga mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan imaginasi dan visualisasi dan

murid dapat membiasakan minda mencari jawapan yang tidak konvensional. Kreativiti juga

menyebabkan murid tidak merasa bosan dan pembelajaran yang dilakukan menyeronokkan

kerana murid dapat mereka cipta dan mengeluarkan idea sendiri. Aktiviti kreativiti juga

memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan perasaan , karya dan keupayaan

mereka. Aktiviti ini juga menggalakkan mereka untuk berfikir dan membuat keputusan

misalnya murid akan berfikir untuk memilih lukisan mana yang akan di tampal dan

dipamerkan, dan bagaimana mereka akan menguruskan keadaan tersebut.

Setiap guru pendidikan seni perlulah mengetahui setiap peringkat yang ada dalam

kreativiti agar segala aktiviti seni dapat dirancang secara tersusun dan menyebabkan proses

pengajaran dan pembelajaran tersebut dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Dalam

perkembangan kreativiti Fisher terdapat 5 tahap perkembangan kreativiti Fisher(1943). Lima

tahap perkembangan tersebut dapat dilihat dalam gambarajah di bawah.

Page 3: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7001250359… · Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik

Gambarajah Bloom

PENGETAHUAN

Peringkat yang pertama ialah peringkat rangsangan iaitu guru menggunakan teknik

penyoalan sebagai ransangan bagi murid untuk meluahkan perasaannya dan menimbulkan

minat serta perasaan ingin tahu terhadap sesuatu isu. Guru juga perlu meransang minda

pelajar dengan pelbagai soalan kritikal seperti soalan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan

sebagainya.

Peringkat ransangan ini boleh menggunakan domain kognitif Bloom iaitu domain

kognitif ini boleh di bahagikan kepada enam peringkat iaitu bermula dengan tahap yang

mudah dicapai kepada tahap yang sukar di capai seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi,

analisis, sintesis dan penilaian. Objektif pertama Domain Kognitif ialah Pengetahuan yang

bermaksud keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat dan prinsip serta peristiwa yang

berlaku. Objektif Domain yang kedua ialah Kefahaman yang bermaksud keupayaan pelajar

menjelaskan pengetahuan secara bermakna. Objektif Domain yang ketiga ialah Aplikasi yang

bermaksud keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah Am

dalam situasi khusus dan situasi Am(Abu Bakar Nordin 1986). Objektif keempat Domain

Kognitif ialah Analisis iaitu keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada perkara yang

lebih kecil.

Contoh aktiviti pengajaran ialah guru mengajar tajuk anyaman tikar. Dalam peringkat

ransangan guru akan cuba mencungkil pengetahuan sedia ada murid dan juga meransang

minda murid-murid dengan soalan yang ada kaitan dengan seni anyaman tikar. Soalan-soalan

ini mengikut aras Taksonomi Bloom dan telah ditunjukkan dalam jadual di bawah. Enam

peringkat ini bermula dengan yang mudah di capai kepada yang sukar dicapai.

KEFAHAMAN

APLIKASI

ANALISIS

SINTESISPENILAIAN

Page 4: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7001250359… · Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik

PENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESISS PENILAIAN

Siapakah yang

pernah melihat

seni anyaman .

Dimanakah

anyaman tikar

digunakan

Bilakah anyaman

tikar ini digunakan

Apakah bahan-

bahan yang biasa

digunakan dalam

membuat anyaman

tikar

Cuba kamu

huraikan

bagaimanakah

anyaman tikar

ini dibuat.

Bandingkan

antara anyaman

tikar

mengkuang

dengan

anyaman buluh

di Sarawak

Cuba anda

bezakan bahan-

bahan yang

digunakan

untuk membuat

anyaman tikar

mengkuang

dengan

anyaman buluh .

Bolehkah anda

bezakan seni

anyaman tikar

dengan seni

anyaman buluh

dari segi

keunikan dan

kehalusannya.

selain

daripada tikar

cuba pilih

hasil

anyaman

yang lain.

Cuba buatkan

hasil

anyaman lain

selain dari

tikar

Bolehkah

anda gunakan

proses

membuat

tikar

mengkuang

dalam proses

membuat

anyaman

buluh.

Cuba buatkan

hasil

anyaman lain

seperti

tudung saji

menggunakan

teknik

membuat

tikar

mengkuang

Apakah

faktor-faktor

yang boleh

membuatkan

hasil

anyaman

tikar

menjadi

lebih

menarik

Cuba anda

buat

rumusan

tentang hasil

anyaman

tikar dari

segi

a)jenis

anyaman

b)kombinasi

warna

c)ketepatan

bentuk

d)cara

penjagaan

e)kekemasan

buktikan

bahawa hasil

anyaman

anda bernilai

dari segi

a)keaslian

b)estetika

c)kekemasan

d)kekukuhan

Tuliskan

semula

proses

penyediaan

daun

mengkuang

dalam seni

anyaman

tikar

Cadangkan

apa akan

berlaku jika

anda kurang

mahir

dengan

teknik

menganyam

Murid diminta

datang ke

hadapan dan

membawa hasil

karya.

Guru meminta

murid tersebut

mentaksirkan

hasil anyaman

mereka dari segi

susunan

corak,kemudahan

terburai dan

fungsinya.

Murid

mempamerkan

hasil anyaman

mengikut

kumpulan

masing-masing.

Murid

mempertahankan

hasil anyaman

dengan menilai

dari segi:

a)teknik dan

proses

b)keaslian

c)estetik

d)motif dan

corak

e)kekuatan

anyaman

f)kekemasan

Page 5: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7001250359… · Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik

Peringkat yang seterusnya ialah peringkat penerokaan iaitu peringkat di mana murid

berusaha menjawab setiap persoalan yang dikemukakan oleh guru . Peringkat ransangan telah

berjaya meransang murid untuk berfikir ke hadapan bagi menjawab masalah yang

dikemukakan oleh guru mereka menggunakan berbagai gaya dan teknik . Murid-murid yang

kreatif amat gemar menggunakan kaedah dan teknik yang berlainan bagi melahirkan idea

mereka.

Persoalan yang ditimbulkan oleh guru semasa peringkat ransangan tadi ialah dimana

mereka pernah melihat seni anyaman. Maka murid akan menggunakan kreativiti mereka

berdasarkan pengetahuan sedia ada iaitu pengalaman mereka semasa lawatan ke Pusat Kraf

Tradisional. Begitu juga soalan mengenai apakah bahan yang digunakan, bila digunakan, di

mana ia di gunakan maka murid yang kreatif akan mencuba teknik peta minda untuk

menerangkan tentang persoalan tadi. Persoalan seterusnya yang dikemukakan oleh guru ialah

berkenaan dengan bagaimana untuk menghuraikan cara anyaman tikar mengkuang ini di

buat. Jadi bagi murid-murid yang kreatif mereka akan menggunakan tayangan video untuk

menayangkan bagaimana tikar dibuat. Guru menunjukkan contoh tikar mengkuang yang

dibawa dan juga hasil anyaman buluh di Sarawak iaitu sejenis tikar juga. Murid membuat

perbincangan antara kumpulan mengenai perbezaaan yang ada antara kedua jenis tikar dengan

memberi tumpuan kepada teknik dan proses, keaslian dan kekemasan. Murid yang kreatif

akan memberi penerangan menggunakan bahan-bahan maujud seperti tikar yang sebenar bagi

menerangkan tentang persoalan yang dikemukan oleh guru.

Peringkat kretiviti mengikut fisher yang seterusnya ialah Peringkat Perancangan

iaitu menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan

merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara

iaitu perancangan secara verbal iaitu melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan

sebagainya.

Perancangan secara visual melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya. (posted

oleh seluas cita segunung harapan). Dalam peringkat perancangan ini murid-murid akan

menggunakan perancangan secara verbal iaitu dengan membuat perbincangan dengan ahli

kumpulan dan juga guru. Berdasarkan tajuk yang telah dipilih iaitu anyaman tikar

mengkuang maka murid-murid akan duduk secara berkumpulan dan berinteraksi antara satu

sama lain. Murid-murid berbincang tentang bahan-bahan yang perlu di bawa iaitu daun

mengkuang, pisau dan bahan pewarna . Guru akan menggunakan tayangan video untuk

menerangkan tentang proses menyediakan daun mengkuang. Murid-murid membuat

pemerhatian dan membuat catatan tentang proses-proses tersebut.

Page 6: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7001250359… · Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik

Guru menunjukkan hasil anyaman tikar mengkuang yang telah siap iaitu

menggunakan lukisan dan gambar-gambar. Guru menunjukkan lukisan tikar mengkuang

bermotifkan anyaman kelarai iaitu motif dari tumbuhan, manusia dan abstrak. Manakala

motif Fauna pula ialah motif kepala gajah, motif tapak anjing, tapak harimau dan mata bilis.

Hasil anyaman tikar mengkuang

Page 7: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7001250359… · Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik

Motif tikar mengkuang

Dalam peringkat perancangan mengikut kreativiti fisher pengajaran yang boleh

digunakan ialah guru menunjukkan slaid kepada murid-murid tentang bagaimana proses

anyaman tikar mengkuang dilakukan. Proses anyaman tikar mengkuang terbahagi kepada

lima iaitu lagang, anyam, pepeh, sisip dan kerat. Disamping itu murid akan membuat catatan

tentang proses itu dalam buku yang telah disediakan. Setelah proses menganyam tikar

difahami dengan sepenuhnya maka murid-murid berbincang bagaimana untuk mendapatkan

bahan-bahan yang akan digunakan dan bagaimana untuk membawa bahan-bahan tersebut

mengikut kreativiti masing-masing. Bahan yang dibawa akan digunakan semasa dalam

peringkat kreativiti fisher yang seterusnya iaitu Peringkat Aktiviti.

Page 8: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7001250359… · Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik

Proses menganyam

Peringkat aktiviti ialah peringkat dimana murid akan melahirkan pemikiran kreativiti

mereka melalui tindakan mereka setelah mereka diajukan dengan persoalan dalam peringkat

ransangan bagi meransang minda pelajar. Manakala dalam peringkat penerokaan murid

menjawab segala persoalan dan mula merancang aktiviti dalam peringkat perancangan. Dalam

peringkat aktiviti murid akan melakukan tindakan mengikut persoalan “ bagaimana harus kita

mengambil tindakan keatas cadangan tersebut”. Dalam pengajaran dan pembelajaran tentang

seni anyaman tikar mengkuang murid membuat aktiviti seperti yang ditunjukkan di bawah.

Murid membuat aktiviti menyediakan daun mengkuang seperti dalam gambar di bawah .

Proses ini telah diajar oleh guru melalui kaedah perbincangan dan juga visual. Murid-murid

akan membuat proses ini dirumah mengikut kumpulan masing-masing.

Sebelum menganyam proses menyediakan daun mengkuang dilakukan seperti yang

diatas. Setelah selesai proses diatas murid-murid menganyam tikar secara individu dan

mengikut kreativiti masing-masing. Murid-murid boleh memilih teknik-teknik yang

dikehendaki samada menggunakan teknik lagang, teknik anyam, pepeh, sisip dan kerat.

Teknik yang digunakan adalah mengikut kreativiti masing-masing.

Page 9: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7001250359… · Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik

Peringkat yang terakhir ialah peringkat kajian semula iaitu membuat penilaian

ataupun refleksi terhadap keberkesanan tindakan yang telah dijalankan. Murid-murid digesa

supaya memberikan pendapat dan komen mengenai hasil karya iaitu anyaman tikar

mengkuang yang telah dihasilkan. Setiap murid akan keluar ke hadapan kelas sambil

membawa tikar mengkuang yang telah dihasilkan dan membuat penerangan tentang hasil

yang telah dibuat. Murid lain akan membuat komen hasil tikar mengkuang itu dari sudut

estetika ,kekukuhan dan kekemasan tikar itu. Murid yang mempamerkan hasil karya itu akan

menerima komen dan pendapat itu dan akan membuat penambahbaikan terhadap karya itu.

Penilaian yang terakhir adalah daripada guru yang mana guru akan memberi komen dan

pandangan positif . Seterusnya guru akan memberi motivasi dan galakan agar karya yang

dihasilkan akan lebih kemas dan baik lagi manakala bagi yang menepati akan diberikan

pujian agar meneruskan lagi usaha mereka.

Perkembangan kreativiti Fisher mempunyai implikasi dan kesan terhadap aspek

pembangunan diri individu terutamanya dari aspek sosial ,emosi dan fizikal murid. Seperti

yang dinyatakan diatas tahap perkembangan kreativiti Fisher mempunyai 5 peringkat iaitu

peringkat ransangan, peringkat penerokaan, peringkat perancangan, peringkat aktiviti dan

kajian semula.

Dalam peringkat pertama iaitu peringkat ransangan dari segi sosial murid-murid

mengetahui cara untuk berinteraksi antara kawan-kawan dan juga guru. Dalam peringkat ini

juga murid dapat belajar bergaul dengan rakan-rakan sebaya dan juga dengan orang yang

lebih tua. Murid-murid juga dapat belajar menjawab segala persoalan yang dikemukakan

dengan cara beradab dan dan bersopan. Teknik penyoalan yang memasukkan unsur-unsur

pemainan seperti kuiz dan sumbangsaran akan dapat menjalinkan perhubungan sosial sesama

murid. Perhubungan sesama murid juga menjadi bertambah mesra dan dapat bekerjasama

melalui aktiviti-aktiviti permainan. Keadaan ini dapat membantu dalam penyemaian nilai-

nilai murni dan meningkatkan motivasi untuk murid-murid. Dari segi fizikal pula peringkat

ransangan boleh menyebabkan murid tidak mengantuk kerana murid aktif untuk mengangkat

tangan jika ada soalan yang tidak jelas dan meragukan mereka. Dari segi emosi pula murid-

murid merasa teruja untuk mengetahui sesuatu isu dan ini menyebabkan pemikiran mereka

mencapah dan boleh membentuk pemikiran yang kreatif. Murid juga merasakan mereka

diberi perhatian oleh guru kerana pada peringkat ini guru sedang mencungkil segala

maklumat dan pengetahuan sedia ada mereka dan mereka merasakan mereka diberi perhatian

yang lebih oleh guru.

Dalam peringkat kedua pula iaitu peringkat penerokaan murid berusaha untuk

menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh guru. Kaedah penerokaan ini memerlukan

murid bergerak aktif seperti bergerak ke bilik tayangan untuk melihat video yang akan

ditayangkan oleh guru yang berkaitan dengan tajuk. Pergerakan ini menyebabkan murid

melatih pergerakan lokomotor agar lebih baik. Dari segi sosial pula murid-murid ini

mempunyai hubungan sosial yang rapat dengan kawan-kawan dan juga guru. Ini adalah

semasa proses seperti eksperimentasi ataupun latihan menyelesaikan masalah. Pada peringkat

Page 10: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7001250359… · Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik

ini murid-murid yang kreatif amat teruja untuk mencari jawapan kepada permasalahan yang

telah diberikan oleh guru. Menurut kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat

ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum

diketahui. Penerokaan ini dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Dari segi emosi pula

murid yang menyertai aktiviti seperti permainan, eksperimen dan latihan penyelesaian

masalah akan mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina

kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang kreatif mempunyai

keyakinan diri yang tinggi menyebabkan mereka akan berjaya dalam membuat sesuatu

aktiviti.

Implikasi dan kesan bagi peringkat perkembangan aktiviti fisher yang seterusnya ialah

peringkat merancang dan seterusnya peringkat aktiviti yang mana pada peringkat ini murid

perlu terlibat secara aktif kerana murid yang kreatif tidak akan melepaskan peluangnya untuk

mengeluarkan idea dan maklumat yang diperolehi semasa sesi pengajaran. Implikasi dan

kesan kepada perkembangan dan pembangunan ciri-ciri individu bagi kanak-kanak boleh

dilihat dari segi fizikal, sosial dan emosi. Dari segi fizikal pada peringkat ini murid-murid

menggunakan psikomotor mereka dengan begitu aktif sekali kerana pada peringkat ini mereka

melakukan aktiviti seperti membelah daun mengkuang dan seterusnya menganyam tikar

tersebut. Fizikal mereka perlu kuat dan perlu mempunyai daya ketahanan badan yang kuat

bagi menyiapkan tugasan mereka. Murid yang kreatif akan menggunakan fizikal mereka

semaksima yang mungkin dan keadaan ini menyebabkan murid menjadi sihat dan cergas

bukannya murid yang lemah dan lembap. Jadi peringkat kreativiti fisher ini membantu

perkembangan murid dari segi fizikal.

Dari segi sosial pula pada peringkat ini murid akan bergaul dengan rakan sebaya dan

juga guru mereka secara akrab kerana pada peringkat ini mereka memerlukan antara satu

sama lain bagi menyiapkan tugasan mereka seperti menyiapkan tikar mengkuang. Mereka

juga akan membantu satu sama lain dan bekerjasama untuk menyiapkan tikar mengkuang

mereka.Semasa proses menyediakan mengkuang murid-murid tidak dapat membuatnya

sendiri tanpa kerjasama kerana mereka perlu membelah, merebus dan mewarna mengkuang

itu. Proses ini juga perlu ketekunan dan ketabahan dari setiap murid bagi menyiapkan projek

seni mereka. Peringkat ini juga mengajar murid supaya mempunyai keyakinan diri yang

tinggi, kreatif dan dapat menghasilkan idea yang baru bagi meningkatkan tahap estetika hasil

seni tersebut contohnya tikar mengkuang tadi. Dari segi emosi pula kesan Perkembangan

Kreativiti Fisher pada peringkat ini menyebabkan emosi murid rasa tercabar dan mereka akan

lebih gigih lagi untuk menyiapkan tugasan mereka. Murid –murid juga akan merasa seronok

dan gembira manakala emosi mereka pula tidak terganggu dan mereka akan melakukan

aktiviti mereka dengan gembira menyebabkan terhasilnya idea yang kreatif. Apabila idea

mereka kreatif maka hasil yang terbentuk akan menarik dan berkualiti tinggi. Melalui aktiviti

ini juga terbit rasa kasih sayang antara mereka iaitu antara murid dengan murid dan juga

antara murid dengan guru. Melalui peringkat ini juga murid akan bertambah mesra antara

rakan mereka kerana peringkat ini memerlukan mereka bekerjasama dan tolong menolong

antara satu sama lain.

Page 11: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7001250359… · Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik

Kesan yang seterusnya bagi peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher yang terakhir

ialah Kajian Semula. Kesan pada perkembangan murid dari segi emosi, sosial dan fizikal

ialah murid akan mempunyai keberanian untuk menyatakan pendapat mereka kerana pada

peringkat ini murid dikehendaki memberi komen, pendapat dan penilaian terhadap hasil karya

seni mereka. Peringkat ini juga menyebabkan murid mempunyai sifat berani mengeluarkan

pendapat dan idea mereka. Peringkat ini juga mengajar murid supaya tabah dalam menerima

komen dari orang lain dan mempunyai fikiran terbuka. Murid juga berani untuk

mengenengahkan idea mereka dan berani mempertahankan idea mereka yang dirasakan boleh

memperbaiki hasil karya mereka.

Kesimpulan

Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher mempunyai lima peringkat yang utama iaitu

peringkat ransangan, peringkat penerokaan, peringkat perancangan, peringkat aktiviti dan

peringkat kajian semula. Kreativiti mempunyai tahap-tahap tertentu oleh itu guru hendaklah

mengetahui peringkat tersebut supaya guru dapat merancang aktiviti yang akan diadakan

semasa aktiviti seni. Kreativiti murid perlu dibangunkan dalam kalangan murid sejak

peringkat awal persekolahan lagi bagi membolehkan mereka mengetahui kecenderungan diri

mereka serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka.

Guru juga perlu mengetahui peringkat ini bagi mencungkil segala bakat dan kreativiti

yang ada pada diri murid. Peringkat-peringkat ini juga telah memberi kesan kepada

perkembangan diri murid-murid dari segi sosial, emosi dan fizikal murid. Kesan ini telah

menyebabkan murid mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan murid dapat mencipta sesuatu

hasil seni yang unik dan tinggi kualitinya. Peringkat perkembangan kreativiti Fisher yang

digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka telah menghasilkan murid-

murid yang kreatif dan seimbang dari segi jasmani, sosial, emosi dan fizikal murid.

Page 12: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7001250359… · Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik

Bibliografi

1. Chua Yan Piaw. (2011). Pendidikan Seni Visual SPM. Selangor Darul Ehsan: Pearson

Malaysia Sdn Bhd.

2. Cik Roslina . (2012). Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran . Bahagian

pendidikan Guru .Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia

3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah

Rendah.Kuala Lumpur :PPK

4. Rahmat Salihon. (2003) Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1.Selangor Darul Ehsan : Fajar

Bakti

5. Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti Pergerakan Kreatif Dan Panduan Pengajar. Petaling Jaya :

Flo Enterprise Sdn Bhd.