fakulti sains sosial gunaan semester:...

29
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: JANUARI / TAHUN :2012 KOD KURSUS : ABSA1103 TAJUK KURSUS : PRINSIP AQIDAH NO. MATRIKULASI : 560913025153001 NO. KAD PENGNEALAN : 560913025153 NO. TELEFON : 019-9102759 / 09-5398845 E-MEL : [email protected] [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PAHANG LEARNING CENTRE

Upload: vuongnhan

Post on 30-Jan-2018

244 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER: JANUARI / TAHUN :2012

KOD KURSUS : ABSA1103

TAJUK KURSUS : PRINSIP AQIDAH

NO. MATRIKULASI : 560913025153001

NO. KAD PENGNEALAN : 560913025153

NO. TELEFON : 019-9102759 / 09-5398845

E-MEL : [email protected]

[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PAHANG LEARNING CENTRE

Page 2: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

1

KANDUNGAN

Bil Butiran Kandungan Muka Surat

1. PENGENALAN 4

2. IMPLIKASI PENERIMAAN UMAT ISLAM

TERHADAP BANTUAN KEBAJIKAN PIHAK

GEREJA

2.1 Kejayaan Pihak Orientalis Menyusup Masuk

Ke Dalam Pemikiran Dan Kehidupan Umat Islam 5 - 6

2.2 Islam Dalam Bahaya Dengan Kerapuhan Aqidah

Umat Islam Kini 6 - 8

2.3 Menunjukan / Memberi Gambaran Kelemahan

Pentadbiran Dan Pengurusan Aset Pemerintahan

Dan Individu Islam 8

2.4 Memberi Gambaran Keseluruhan /

`Generalisation‟ oleh Masyarakat Bukan Islam dan

Dunia Bahawa Islam Adalah Agama Lemah Yang

Tidak Mampu untuk Membela Penganutnya. 8 – 10

3. PUNCA BERLAKU FENOMENA PENERIMAAN

UMAT ISLAM TERHADAP BANTUAN

KEBAJIKAN PIHAK GEREJA .

3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan

dan Pengamalan Nilai-Nilai Murni Islam Yang

Kurang Berkesan 10 - 11

Page 3: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

2

3.2 Tanggungjawab Sosial Umat Islam 11 – 12

3.3 Kelemahan Ekonomi Islam Dan Menwujudkan

Peluang-Peluang Pekerjaan Yang Boleh menjana

Pendapatan di atas Paras Kemiskinan 13 – 15

3.4 Kelemahan Badan-Badan dan Pihak Yang

Bertanggungjawab Dalam Menangani Sensitiviti

Agama Dan Toleransi Yang Berlebihan. 15

4. SARANAN DAN CONTOH REALISTIK BAGI

MENGATASI MASALAH BERBANGKIT DARIPADA

BERLELUASA

4.1 Perubahan Terhadap Sistem Awal Bermula

dari Tadika, Pra-Sekolah dan

Perubahan Kepada Korikulum Sekolah

Menengah Dan Rendah. 16 – 17

4.2 Memperluas Tahap Penguasaan Ilmu Al-Quran

& Hadith, Sirah Nabawi dan Lain-lain Cabang

Ilmu Melalui Badan-Badan Dakwah dan

Lain-lain 17

4.3 Menambah Dana Daripada Pejabat Kutipan Zakat

Dalam Menyalurkan Bantuan Dengan Matlamat

Khusus Bagi Tujuan Menyelamatkan Aqidah

Rakyat Malaysia. 18

Page 4: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

3

4.4 Memperluas Kuasa Ekonomi Umat Islam dengan

Produk Halal Dan Mengujudkan Syarikat-Syarikat

Perniagaan Yang Tidak Berorintasikan Keuntungan

Dengan Fokus Khusus kepada Umat Islam yang

Dengan Masalah Ekonomi dan Aqidah. 18 - 19

5. RUMUSAN 19 – 20

6. LAMPIRAN BERGAMBAR 21 - 25

7. APENDIKS –RUJUKAN / REFERENSI 26 – 28

Page 5: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

4

1. PENGENALAN

Perkembangan muktakhir, masyarakat melalui dada akhbar, media elektronik

dan lain-lain sering dipaparkan dengan berita kelemahan dan kedaifan umat Islam,

sehingga perlu memohon dan mendapatkan perlindungan serta bantuan dari pihak

bukan Islam seperti pihak gereja, pertubuhan-pertubuhan agama bukan Islam dan

lain-lain.

Isu sebegini adalah merupakan isu sensitif yang melibatkan martabat agama

Islam secara keseluruhannya yang membabitkan pencemaran aqidah ataupun

pegangan agama Islam individu terbabit. Tugasan ini disediakan adalah bertujuan

bagi memahami isu-isu berkaitan aqidah yang berlaku dalam masyarakat,

menerangkan punca dan implikasi isu-isu berkaitan aqidah serta mengemukakan

kaedah-kaedah bagi mengatasi masalah berkenaan. Antara isu yang jelas meracuni

aqidah ialah dengan melihat kesan dari segi akidah berhubung dengan penerimaan

bantuan umat Islam dari pihak gereja, yang ghairah menhulurkan bantuan kepada

individu-individu terbabit. Adakah ini satu strategi dakyah ataupun sememangnya

pihak gereja sudah terkehadapan dalam aktiviti sosial yang didokong oleh

penganut-penganut korporat Kristian yang dengan senang hati menghulur bantuan

kepada yang memerlukan?

Sekiranya fenomina ini dibiarkan berterusan tanpa dibendung oleh pihak

berwajib; adalah dikuatiri lebih ramai umat Islam negara ini menangguk di air

keruh mengharap bantuan sedemikian dan menjebakkan diri dalam arus

pemesongan akidah yang diusahakan secara terancang oleh pihak gereja.

Dimana letaknya sensitiviti umat Islam terhadap isu ini? Adakah masing-

masing memandang enteng atau memandang ringan terhadap bahaya keracunan

akidah yang dihadapi oleh umat Islam masa kini dan generasi akan datang?

Kupasan dalam tugasan ini adalah diharapkan dapat menyumbang membendung

permasalahan semasa dalam menandatangai isu berkenaan. Semoga usaha ini

dinilai oleh Allah SWT dan menjadi benteng kepada anak-anak muda dan

masyarakat yang jahil terhadap keimanan seseorang manusia yang bergelar muslim

lagi mukmin.

Page 6: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

5

2.0 IMPLIKASI PENERIMAAN UMAT ISLAM TERHADAP BANTUAN

KEBAJIKAN PIHAK GEREJA

2.1 Kejayaan Pihak Orientalis Menyusup Masuk Ke Dalam Pemikiran Dan

Kehidupan Umat Islam

Orientalis adalah merupakan satu bentuk gerakan untuk melemahkan

penganut Islam secara halus dan terancang sejak berkurun dahulu. Sejarah

kemunculan orientalisme dikaitkan dengan kesungguhan orang-orang Kristian

untuk mengkaji Islam hasil cetusan ketidakpuasan hati mereka terhadap Islam

selepas peperangan Salib yang berlaku dalam suatu tempoh yang amat panjang.

“Perang Salib merupakan motivasi terkuat kepada Kristian Eropah untuk

mempelajari Islam, pengajaran dan adat istiadatnya. Abad ke-19 dan ke-20

dianggap sebagai zaman keemasan orientalisme. Ini kerana ketika itu para

orientalis secara sepenuhnya menerajui gerakan akademik dan penerbitan

ilmiah mereka sendiri. Perancis telah menumpukan sepenuh perhatian untuk

menjadikan Paris sebagai pusat pengajaran bahasa Arab yang utama dan

menjadi tempat tumpuan pelajar dan ulama untuk mempelajari ilmu.

(Indriaty, 1998, 4-5).” (Dr Mohd Fauzi Hamat, 2011)

Pendekatan yang nampak begitu halus adalah melalui misi-misi bantuan

kemanusiaan semasa bencana tsunami, banjir, gempa bumi dan lain-lain dimana

kebanyakan bantuan disalurkan melalui badan-badan yang ditaja oleh negara-

negara yang pemerintahannya didokong oleh pemerintah Kristain. Mubaligh

Kristian dihantar bersama-sama dengan misi bantuan kemanusiaan untuk sama-

sama membantu dan juga menyisipkan fahaman Kristian kepada mangsa-mangsa

yang menerima bantuan. Jaringan bantuan ini amatlah luas dan berpusat di negara-

negara barat dengan perluasan ke negara-negara membangun di timur jauh seperti

Page 7: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

6

Malaysia dimana gerakan ini berperanan sebagai misi utama dakyah Kristian yang

dijalankan oleh pihak gereja.

Firman Allah SWT, maksudnya :

“ Orang-orang Yahudi dan Nasara tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka

kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka

(yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) “Sesungguhnya

pertunjuk Allah (agama Islam) itulah pertunjuk yang benar”. Dan demi

sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah

datangnya (wahyu yang member ) pengetahuan kepadamu (tentang

kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun)

yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” (QS: 2,120).

2.2 Islam Dalam Bahaya Dengan Kerapuhan Aqidah Umat Islam Kini

“Perkataan aqidah dalam penggunaan bahasa Melayu bermaksud

kepercayaan dan keyakinan (Kamus Dewan, 1991) dan dari segi

etimologinya, perkataan aqidah merujuk kepada perkataan `aqada

yang bermaksud ikatan kemas atau simpulan mati. Makna literal ini

melambangkan adanya unsur-unsur makna semacam kekuatan dan

keyakinan (Zakaria & Mat Asin, 2001:102).” (Dr Mohd Fauzi Hamat,

2011)

“ Dari segi terminologi, aqidah bermaksud „kepercayaan atau

keyakinan yang cukup pasti lagi putus terhadap sesuatu, tanpa

sebarang rasa syak dan keraguan (Zakaria, 2001, 103).” (Dr Mohd

Fauzi Hamat, 2011)

Aqidah adalah merupakan kepercayaan yang putus terhadap kekuasaan Allah

SWT dan hanya Allah yang maha berkuasa terhadap sesuatu, pemberi rezeki dan

Page 8: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

7

juga berkuasa untuk menentukan sesuatu dan tempat untuk meminta pertolongan.

Sebagai umat Islam kita hendaklah menjaga sungguh-sungguh akan pegangan

aqidah ini daripada dipesong oleh unsur-unsur yang boleh membatalkannya

sepertimana yang disenaraikan oleh Jabatan Agama Islam Pahang sepertimana

pekeliling Bil.(161) dlm. J.U. PHG. 04/0628/ JLD 7 bertarikh 23 Februari 2009

(Rujuk Lampiran).

Firman Allah SWT, Maksudnya:

“ (Setelah jelas kesesatan syirik itu), maka hadapkanlah dirimu (engkau dan

pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari

kesesatan; (turutlah terus) „agama Allah‟ iaitu agama yang Allah

menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk

menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah

itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak

mengetahui”

( QS: 30,30 )

Rasulullah s.a.w. dalam suatu hadithnya pernah menggambarkan bahawa Islam

yang didatangkan dari Allah S.W.T adalah bersih dan sebati dengan fitrah kejadian

manusia, namun fitrah tersebut boleh menjadi kotor atau terpesong dari kejadian

asalnya hasil daripada bentuk pendidikan yang diterima oleh seseorang dari orang

tuanya yang beragama Yahudi, Kristian atau Majusi. Sabda Rasulullah s.a.w.

يم سج نا كه ني وأ ل ص نار نادوهي وأ ه أ ه مإ هاوب وان

فال ع ةرط ل وي ى وم دل دول

Maksudnya:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci & beragama Islam),

sesungguhnya kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Kristian

atau Majusi”. (Dr. Mohd Fauzi Hamat, 2010)

Page 9: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

8

Professor Ridzuan Tee melalui tulisannya dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 12

Jun 2011 telah menjelaskan perancangan orang-orang kafir terhadap ummat Islam

seperti berikut:-

“ Ingatlah! Orang orang kafir sentiasa merancang untuk memusnahkan

Islam. Tanpa putus asa, mereka sentiasa mengkaji setiap kelemahan umat

Islam. Strategi ini tidak pernah berhenti kerana ia adalah senjata yang

paling berkesan. Menunggu masa sahaja untuk menggunakan senjata itu

sepenuhnya. Hari ini senjata tersebut telahpun digunakan. Mungkin kita

buat-buat tidak berapa perasan. Situasi yang dihadapi oleh umat Islam hari

ini dimanipulasikan sepenuhnya”. (Ridzuan Tee,2011)

2.3 Menunjukkan / Memberi Gambaran Kelemahan Pentadbiran Dan Pengurusan

Aset Pemerintahan Dan Individu Islam

Siapakah yang harus disalahkan sekiranya penganut Islam menerima bantuan

dari pihak gereja? Persoalan ini harus dilihat dari pelbagai sudut bagi mendapatkan

rumusan yang logik dan berasas. Allah SWT telah berkali-kali menjelaskan dalam

al-Quran akan peranan individu muslim dan pihak-pihak berwajib mengenai

tanggungjawab sosial yang harus dijalankan bagi memberi kekuatan umat Islam

keseluruhannya demi untuk menghindarkan masalah ekonomi, pergantungan

kepada golongan kuffar dan lain-lain.

Firman Allah SWT, maksudnya:

“Dan belanjakan (dermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan

kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya,

(kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “ Wahai

Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku

Page 10: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

9

– ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan

dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang beramal soleh” (QS: 63, 10 )

2.4 Memberi Gambaran Keseluruhan / `Generalisation‟ oleh Masyarakat Bukan

Islam dan Dunia Bahawa Islam Adalah Agama Lemah Yang Tidak Mampu

untuk Membela Penganutnya.

Keadaan ekonomi umat Islam keseluruhannya dalam keadaan daif dan

banyak bergantung kepada bantuan selalunya memberi gambaran negatif

bahawa agama Islam adalah lemah dan tidak dapat membela penganutnya.

Contoh yang dipaparkan dalam Berita Harian Online pada 07/08/2011 adalah

antara contoh yang perlu diberi perhatian serius oleh umat Islam hari ini.

SEREMBAN: 2011/08/07 - Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur,

40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang

dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya

berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal

mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.

“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk

bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah

dihadapi. Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak

tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup

menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan

persekolahan tapi saya menolak.”

Keadaan seperti di atas berlaku dalam negara yang diktiraf sebagai

Negara Islam dimana kuasa esekutifnya berada di dalam tangan orang-

orang Islam. Kenapa ianya harus berlaku? Dalam menilai keadaan yang

dipaparkan; ianya mungkin tidak akan berlaku sekiranya pemerintah

dan kakitangan yang bertanggungjawab meletakan peranan yang

Page 11: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

10

dimainkan sebagai tanggungjawab kepada Allah SWT sebagaimana

yang berlaku semasa zaman pemerintahan Khalifah Ar Rasyiddin.

Saidina Omar Al-Khatab yang memikul sendiri guni gandum untuk

diberikan kepada rakyat yang menderita.

3.0 PUNCA BERLAKU FENOMENA PENERIMAAN UMAT ISLAM

TERHADAP BANTUAN KEBAJIKAN PIHAK GEREJA .

3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan dan Pengamalan

Nilai-Nilai Murni Islam Yang Kurang Berkesan

Sistem pendidikan adalah merupakan asas kepada

pembentukan ummah. Ianya adalah merupakan acuan bagi

mendidikan generasi akan datang supaya berakhlak dan

mempunyai nilai moral sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah

SWT dan Rasul SAW. Sabda Rasulullah s.a.w.:

يم سج نا كه ني وأ ل ص نار نادوهي وأ ه أ ه مإو هاوب انفال ع ةرط ل وي ى وم دل دول

Maksudnya:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci � beragama

Islam), sesungguhnya kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya

Yahudi, atau Kristian atau Majusi”. (Dr. Mohd Fauzi Hamat,

2010)

Kurikulum pendidikan kebangsaan yang hanya menjuruskan

kepada pencapaian akademik amat perlu dikaji. Konsep

pembangunan insan hendaklah diberi penekanan agar generasi akan

datang terdidik dengan konsep mentauhidkan Allah SWT dan

mantap dari segi aqidah; serta faham akan tanggungjawab manusia

Page 12: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

11

sebagai khalifah Allah SWT semasa melayari bahtera kehidupan di

akhir zaman di atas muka bumi ini. Contoh keperibadian

Rasulullah SAW hendaklah dijadikan teras dan asas pendidikan

sejak pra sekolah sehingga ke peringkat tertinggi di universiti dan

seterusnya ke alam pekerjaan. Sudah terbukti keperibadian

Rasulullah adalah merupakan peribadi yang unggul, diacuankan

oleh Allah SWT untuk dijadikan ikutan manusia sejagat dan sudah

semestinya menjadi punca penyelesaian kepada sebarang masalah

berbangkit termasuk masalah pengangguran, kemelesetan ekonomi

tanpa peluang pekerjaan, keadaan jiwa yang lemah dan sebagainya.

3.2 Tanggungjawab Sosial Umat Islam

Rata-rata ( Dari sudut global ), kita dapat lihat dunia Islam

dalam kesempitan; kesempitan dari segi Ilmu dan juga kesempitan

dari segi material. Negara-negara Islam seperti Somalia,

Mauritania dan lain-lain negara di benua Afrika adalah kini dalam

ke daifan yang teruk dan menghadapi krisis ekonomi yang teruk.

Tidak ketinggalan juga dalam konteks etnik seperti masyarakat

Melayu (Islam) di Malaysia. Bangsa Melayu beragama Islam

terbahagi kepada beberapa golongan yang mempunyai ideologi

politik yang berbeza dan tidak bersatu dalam tindakan. Kesan

tindakan berpuak ini telah menyebabkan beberapa aspek ekonomi

dan pendidikan telah terabai dan usaha kerajaan untuk

menjuruskan pandangan atau pegangan umat Melayu untuk

menerap nilai-nilai dan tanggungjawab sosial telah terhalang.

“Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang

selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai

manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang

telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan

Page 13: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

12

kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh

dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat

selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”

–Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W – dipetik dari

http://myibrah.com/laukana-bainana-andai-rasulullah-s-a-w-

bersama-kitasE (available : 11/02/2102)

Pentadbiran masjid-masjid kariah adalah sangat berkesan

sekiranya dapat mengambil contoh pentadbiran pihak gereja yang

menekankan peranan dan tanggungjawab sosial sebagai wadah

dalam mengembangkan sayap dakyahnya. Percakaran ahli

jawatankuasa, perbezaan ideologi dan kurangnya lawatan pihak

Jabatan Agama Daerah ke masjid-masjid untuk bersama ahli kariah

dalam mesyuarat dan pelbagai aktiviti sedikit sebanyak telah

menunjukkan kelemahan dan kurang komitmen terhadap agama

Islam sebagaimana yang berlaku di zaman kecemerlangan Islam.

Konsep fungsi sebenar masjid telah dipesongkan oleh penjajah

British ketika mereka menjajah dahulu dimana tidak boleh

mencampuradukkan dan mempersoalkan hal-hal agama dan dunia

terutama di masjid.

Tanggungjawab sosial sebagaimana yang dijalankan oleh

pihak gereja sudah sememangnya terbuka luas dikalangan umat

Islam seluruh dunia sekiranya peranan dan fungsi masjid

dimanfaatkan sepenuhnya. Penubuhan koperasi masjid kariah yang

dicadangkan oleh pihak Jabatan Agama Daerah dan Unit Koperasi

boleh dijadikan pemangkin kepada penjanaan sumber kewangan

masjid yang sudah tentu dapat disalurkan kepada yang memerlukan

bantuan tanpa pertikaian dari segi hukum dan sebagainya.

Page 14: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

13

3.3 Kelemahan Perkembangan Ekonomi Umat Islam Dalam

Mewujudkan Peluang-Peluang Pekerjaan Yang Boleh menjana

Pendapatan di atas Paras Kemiskinan

Khutbah Jumaat pada 02 Mac 2012 yang dikeluarkan oleh

Pejabat Mufti Negeri Pahang Darul Makmur telah menyarankan

supaya umat Islam menyusun dan mengendali kegiatan ekonomi

agar dilaksanakan mengikut syariat Islam yang berpandukan

semangat keadilan dan muafakat. Pendekatan Islam amat

menitikberatkan soal keadilan dalam semua perkara,

mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan,

amalan riba, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi

pasaran dan segala bentuk penyelewengan dan segala bentuk

penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan

merugikan pihak-pihak tertentu seperti golongan peniaga kecil dan

sebagainya. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 29

bermaksud:

” Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu

makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan

jalan yang salah kecuali dengan jalan perniagaan yang

dilakukan secara suka sama suka antara, dan janganlah

kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya

Allah sentiasa mengasihani kamu.”

( QS :4,29)

Sifat-sifat usahawan Islam yang berjaya seperti Abdul

Rahman bin Auf, Zubir bin al_Awwam, Talhah bin Abdillah dan

lain-lain perlu dicontohi. Mereka bukan sehaja menjadi usahawan

yang berjaya tetapi turut memainkan peranan penting dalam

penyebaran dan pengembangan dakwah Islam. Kebijaksanaan

Page 15: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

14

mereka mengenalpasti peluang ekonomi dengan disertai amalan

etika dan keperibadian para sahabat tersebut perlu dicontohi oleh

pentadbir, peniaga dan pengusaha pada hari ini. Umat Islam

dituntut untuk hidup sederhana mengikut kemampuan diri,

mengamalkan budaya rajin berusaha kerana Allah SWT mengasihi

mereka yang bekerja dengan tangan sendiri dalam mencari rezeki

yang halal. Islam tidak menyekat umatnya mencari kesenangan

asalkan ia dengan cara yang diredhai.

Dalam menangani masalah kelemahan kuasa ekonomi

ummat Islam; khutbah juga mengajak umat Islam bersama-sama

menjalankan langkah-langkah berikut:-

a) Bersama-sama mendukung produk kewangan Islam yang

sedang dilaksanakan sekarang disamping berusaha

memartabatkan sistem ekonomi Islam.

b) Bersama-sama meninggalkan produk kewangan barat yang

bertentangan dengan Syariat Islam serta berusaha

meningkatkan kefahaman masyarakat tentang keistemewaan

sistem ekonomi Islam.

c) Berusaha menjadi usahawan yang berjaya yang bersama-

sama memainkan peranan penting dalam penyebaran dan

pengembanngan dakwah Islam.

Contoh mudah yang dapat dilihat dalam perkembangan

ekonomi ummat Islam di Malaysia ialah dengan melihat kepada

kemampuan masyarakat pendatang masyarakat dari Indonesia,

Kemboja, Thailand, Bangladash dan lain-lain serta dalam

mengujudkan peluang ekonomi sendiri tanpa bergantung kepada

bantuan pihak kerajaan. seperti kumuniti yang memonopoli

perniagaan di pasar-pasar malam serta dapat membina rangkaian

perniagaan sesama mereka.

Page 16: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

15

Usaha yang ditunjukkan oleh Kumpulan Al-Arqam (Telah

diharamkan) disatu ketika dulu yang cuba membangunkan ekonomi

Islam dengan pengedaran produk-proudk Islam berserta dengan

usaha membantu masyarakat terpinggir demi menjaga akidah umat

Islam harus dipuji serta dapat dibanggakan dan mungkin boleh

dijadikan asas kajian kepada pembangunan ekonomi Islam.

3.4 Kelemahan Badan-badan dan Pihak Yang

Bertanggungjawab Dalam Menangani Sensitiviti Agama Serta

Toleransi Yang Berlebihan.

Syed Mu’az Syed Putra dari Majalah online The Malaysian

Insider dalam keluaran pada 07 Ogos 2011 telah memetik kata-kata

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin seperti berikut:-

“ ...semua pihak tidak sepatutnya menyalahkan penganut

Kristian yang menghulurkan bantuan, sebaliknya persoalan

itu ditanya kepada diri sendiri. Jelas beliau, sekiranya wang

zakat digunakan secara telus mustahil umat Islam perlu

meminta bantuan daripada penganut agama lain.“Ke mana

perginya wang zakat kita? ( Rujuk:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article//asri-

bukan-haram-umat-islam-terima-bantuan-agama-lain/ )

Page 17: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

16

4.0 SARANAN DAN CONTOH REALISTIK BAGI

MENGATASI MASALAH BERBANGKIT DARIPADA

BERLELUASA

4.1 Perubahan Terhadap Sistem Pendidikan Awal Bermula dari

Tadika, Pra-Sekolah dan Perubahan Kepada Korikulum Sekolah

Menengah Dan Rendah.

Sistem pendidikan nasional yang menekankan pencapaian

akademik semata-mata telah menjurus penuntut kepada usaha yang

gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang

pendidikan. Terdapat ruang kosong untuk pengisian akidah dimana

dalam kem-kem motivasi, murid ataupun penuntut sering

diketengahkan dengan teori-teori barat ataupun Islam tanpa

mengambilkira dari sudut amali. Amalan-amalan sunnah dan doa-

doa harian hanya diamalkan di tadika Islam dan juga sekolah-

sekolah agama serta pusat-pusat pengajian Islam dan Tahfiz.

Dewasa ini masyarakat sejak dari kecil sehingga dewasa

disogokkan dengan program-program TV yang melalaikan seperti

program nyanyian seperti Akademi Fantasia, Juara Lagu, tarian dan

sebagainya. Walaupun kita juga dipaparkan dengan program-

program bercorak agama seperti di TV Hijrah,, TV9 dengan

program tarannum, akademi al-Quran dan lain-lain; peluang

ataupun ruang yang terbuka luas untuk membuat pilihan yang tepat

dalam keadaan yang terumbang ambing menyebabkan remaja dan

masyarakat lebih berminat dan terpengaruh dengan program yang

bercorak hiburan.

Keghairahan terhadap pencapaian ku-korikulum yang

dilihat sebagai lambang kejayaan dan dapat membawa kejayaan ke

Page 18: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

17

peringkat nasional dan antarabangsa juga telah menyebabkan

pendidikan agama khususnya penekanan terhadap aqidah, amalan

sunnah, pembacaan serta pemahaman al-Quran dan lain-lain

diabaikan atau kurang diberi penekanan sehingga menyebabkan

masyarakat yang terbina adalah rapuh dari segi pegangan dan

sensitiviti keagamaan.

4.2 Memperluas Tahap Penguasaan Ilmu Al-Quran & Hadith, Sirah

Nabawi dan Lain-lain Cabang Ilmu Melalui Badan-Badan Dakwah

dan Lain-lain

Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Maidah yang

bermaksud:

“ Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan

telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam

itu jadi agama bagimu.” (QS: 5,3)

Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. telah

menyatakan bahawa Rasulullah SAW dalam khutbah pada Haji

Wada’ telah bersabda; antara lainnya bermaksud:-

” ...Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepadamu dua

perkara yang apabila kamu berpegang teguh kepada

kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selamanya,

iaitu kitab Allah SWT dan sunnah nabi-Nya...”

( Sheikh Abu Muhammad Tolha Al-Khairi, 2009)

Page 19: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

18

4.3 Menambah Dana Daripada Pejabat Kutipan Zakat Dalam

Menyalurkan Bantuan Dengan Matlamat Khusus Bagi Tujuan

Menyelamatkan Aqidah Rakyat Malaysia.

Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Baqarah yang

bermaksud:

” Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana

(menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja

mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan

bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya usaha dan)

perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihani orang-

orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (QS: 2,195).

Kutipan zakat adalah hasil daripada kehidupan makmur

golongan cendiakiawan dan hartawan Islam yang berjaya dalam

bidang masing-masing. Ekonomi umat Islam akan berkembang

dengan adanya sokong padu dan jitu oleh umat Islam terhadap

perniagaan dan organisasi yang didokong oleh orang-orang Islam.

Berkembangnya perniagaan dan juga perusahaan umat Islam akan

menjurus kepada bertambahnya kutipan zakat dan bidang-bidang

yang dapat dikembangkan melalui wang zakat untuk meningkatkan

lagi ekonomi dan prestij umat.

4.4 Memperluas Kuasa Ekonomi Umat Islam dengan Produk Halal

Dan Mengujudkan Syarikat-Syarikat Perniagaan Yang Tidak

Berorientasikan Keuntungan Dengan Fokus Khusus kepada Umat

Islam yang Dengan Masalah Ekonomi dan Aqidah.

Sekiranya golongan kelainan upaya (OKU) dapat menyara

diri dan berdikari; mengapa golongan-golongan atau individu

tertentu sanggup menerima bantuan daripada pihak gereja? Sikap

Page 20: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

19

adalah merupakan masalah utama yang dihadapi. Pihak

KERAJAAN dan juga badan-badan tertentu perlu menyediakan

ruang atau peluang pekerjaan bagi golongan-golongan daif,

memberi latihan khusus serta bantuan peralatan yang boleh mereka

gunakan untuk menjalankan kerja-kerja seperti berniaga kecil-

kecilan bagi tujuan saradiri dan keluarga.

Pemberian bantuan kewangan hendaklah disalurkan pada

jangka masa tertentu untuk membolehkan mereka meneruskan

usaha dan menjana pendapatan sendiri. Disamping itu, dikampung-

kampung atau pinggir bandar pihak KERAJAAN juga boleh

menyediakan tapak pertanian untuk diusahakan dan juga tapak-

tapak gerai untuk digunakan oleh golongan ini.

5.0 Rumusan

Sebagai seorang Islam, kita sepatutnya sensitif terhadap apa yang berlaku

dikalangan sahabat-sahabat seagama bak kata pepatah, cubit paha kiri paha kanan

pun tidak terkecuali merasa sakitnya. Maruah dan kesucian agama Islam sudah

sewajarnya diambil tanggungjawab oleh semua ummat Islam. Tanggungjawab ini

perlu direalisasikan melalui badan bertindak Jabatan-jabatan Kerajaan dan juga

pertubuhan-pertubuhan amal. Kerapuhan umat Islam dari sudut akidah perlu

ditandatangani oleh pihak berwajib disetiap peringkat bermula dari peringkat

kelahiran sehingga alam persekolahan dan diteruskan kesinambungan sehingga

peringkat universiti dan juga alam pekerjaan.

Institusi masjid dan Pejabat Kutipan Zakat dengan penyelarasan pihak

Jabatan Agama Negeri adalah merupakan tempat yang sewajarnya boleh

membimbing dan menghulurkan bantuan kepada yang betul-betul memerlukan dan

tidak menunggu sehingga retak menanti belah untuk memulakan langkah

pemulihan baik dari segi akidah dan juga ekonomi. Dana khas boleh diwujudkan

untuk menandatangani masalah-masalah serius yang dihadapi oleh umat Islam.

Page 21: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

20

Adalah diharapkan tindakan-tindakan pencegahan yang diambil dari

peringkat awal dan melihat masalah dari akar umbi dapat mendatangkan kesedaran

kepada umat Islam dan mencegah daripada pihak gereja mengambil kesempatan

menagguk di air keruh yang telah memang terkenal dengan perancangan yang

tersusun untuk mencapai misi dan visi dakyah mereka.

( 3,000 perkataan )

Page 22: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

21

LAMPIRAN `G’

6.0 LAMPIRAN-LAMPIRAN BERGAMBAR

Gambar (1 ) : NUR mendakwa kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan.

Ibu tunggal tak dapat bantuan Baitulmal dalam dilemma (2011/08/07)

Dipetik dariapada:-http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pujukangereja/Article/

Page 23: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

22

Gambar (2 ) : Salinan Surat Jabatan Agama Pahang bil.(16) dlm. J.U.PHG.04/0628

JLD 7 bertarikh: 23 Februari 2009.

Page 24: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

23

Page 25: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

24

Page 26: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

25

Page 27: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

26

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

1. Mohd Fauzi Hamat, Dr., (2010). Modul ABSA1103- Prinsip Aqidah, Pusat Reka

Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia.

2. Al-Ustadh Mustafa Abdul Rahman, (1989). Hadith Empat Puluh. Dewan Pustaka

Fajar

3. Sayid Sabiq, (1974), Aqidah Islam (Terjemahan), Penerbit C.V. Diponegoro,

Bandung, Indonesia.

4. Al-Quran ( 2006), Mashaf Tajwid Cetakan Dar al-Ma‟rifah Damascus, Syria,

Darul Fikir, Kuala Lumpur.

5. Yayasan Penyelenggara Penerjemah / Penafsir Al-Quran Revisi Terjemah oleh

Lajnah Pentashih Mushaf Al-Quran Department Agama Republik Indonesia

(2007). Syaamil Al-Quran The Miracle. Pt Sygma Examedia Arkanleema.

6. Yusuf Din (1992).Politik Dakwah – Siasah Darul Arqam Yang Telah Dicuba

Dengan Berkesan di ¾ Bahagian Dunia.Syeikh Publisher, Jalan Masjid India,

Kuala Lumpur.

7. Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2012),

http://www.islam.gov.my/

8. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2008), Garispanduan Pembuatan,

Penggendalian, Penjualan Dan Pelupusan Bahan-bahan Penerbitan Dan

Perhiasan Yang Mengandungi Ayat-ayat Al-Quran -Online

http://www.islam.gov.my/sites/default/files/garis_panduan_pembuatan_pengedali

an.pdf. ( Available : 2012, Mac 27)

9. Sidi Gazalba, (1978), Asas Ajaran Islam – Perbahab Ilmu Dan Filsafat Tentang

Rukun Iman. Perusahaaan Offset Bumikita, Petaling Jaya, Selangor..

10. Pusat Rujukan Persuratan Melayu, (2011). Carian @ DBP Malaysia.

Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Online: http://prpm.dbp.gov.my/

Page 28: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

27

11. Yusuf Ismail, (1996), Mengurus Secara Islam.A.S. Noordeen, Kuala Lumpur.

12. Syaamil Al-Quran (2007). Al-Quran Terjemah Per-Kata. Yayasan Penyelenggara

/ Penafsir Al-Quran Department Agama Republik indonesia.

13. Muhammad Marmaduke Pickthall (1990), The Meaning of The Glorious Quran –

An Explanatory Translatio. Omar Brothers Publications Pte. Ltd, Singapore.

14. Nik Abdul Aziz Nik Mat (1995), Islam Boleh.Maahad ad-Dakwah Wal-Imamah,

Nilam Puri, Kelantan.

15. Malaysia Waves (2011). Penolakan Permohonan Bantuan Zakat adalah

LEGENDA di Kawasan Bandar. Online :

http://www,malaysiawaves.com/2011/08/penolakan-permohonan-bantuan -

zakat.html. (Available - 2012 Mac, 12)

16. Malaysia Waves (2011). Kalau Mahu Terima Zakat Dengan Cepat, Jumpa Gereja

Dahulu Online - http://www,malaysiawaves.com/2011/08/kalau-mahu-terima -

zakat-dgn-cepat-jumpa.html. (Available - 2012 Mac, 12)

17. Syed Mu’az Syed putra (2011). Bukan Haram Umat Islam Terima Bantuan

Agama Lain. Online - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/asri-

bukan-haram-umat-islam-terima-bantuan-agama-lain/ (Available : 2012, Februari

12)

18. Ridzuan Tee (2011), Sinar Zaman- Ambil Pengajaran Bangsa Yang Pupus

Online - http://ridhuantee.blogspot.com/2011/06/ambil-pengajaran-bangsa-yang-

pupus.html

(Available : 2011, Jun 12)

Page 29: FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: …assignment.oum.edu.my/uploadasg/ABSA1103/16618/560913025153_6… · 3.1 Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan ... Contoh yang dipaparkan

<ABSA1103>

28

19. Sheikh Abu Muhammad Tolha Al-Khairi (2009), Teladan Sepanjang Zaman –

Peribadi Nabi Anugerah Suci. Thinker’s Library Sdn. Bhd.,Batu Caves, Selangor

Darul Ehsan.

20. Fathi Yakan, Al-Ustadh (2000), Apa Ertinya Saya Menganut Islam.Dewan

Pustaka Fajar (DPF), Shah Alam Selangor Darul Ehsan.