sarjana muda pengajaran mei 2012 (smp khas) fonetik dan...

25
SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH) MEI 2012 (SMP KHAS) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NAMA : NORSITA BT LAKIBUL MATRICULATION NO : 700927125552001 IDENTITY CARD NO. : 700927-12-5552 TELEPHONE NO. : 0195306736 E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : PPT TAWAU TUTOR : EN. KAMARUDIN BIN TAHIR/ EN. EFFENDY BIN YUSUFF

Upload: dangque

Post on 23-Mar-2018

239 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

SARJANA MUDA PENGAJARAN

(PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)

MEI 2012 (SMP KHAS)

HBML1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NAMA : NORSITA BT LAKIBUL

MATRICULATION NO : 700927125552001

IDENTITY CARD NO. : 700927-12-5552

TELEPHONE NO. : 0195306736

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : PPT TAWAU

TUTOR : EN. KAMARUDIN BIN TAHIR/

EN. EFFENDY BIN YUSUFF

Page 2: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

2

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan

2. Kajian Penghasilan Bunyi Konsonan dan Vokal Bahasa Melayu

2.1 Huraian Huruf Vokal

2.2 Huraian Huruf Konsonan

2.3 Cara Membunyikan Huruf Vokal

2.4 Cara Membunyikan Huruf Konsonan

3. Perbezaan antara Fonem dan Alofon dalam Sistem Bunyi

Bahasa Melayu

4. Suprasegmental

5. Rumusan

6. Rujukan

3

4 - 5

5 - 6

6 - 12

12 - 21

22 - 23

23

24

25

Page 3: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

3

1. Pengenalan

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini

sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan kod-kod tertentu. Asmah Hj. Omar (1986)

mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang

terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.

Sebarang huraian mengenai vokal dan konsonon adalah tergolong dalam bab fonetik dan

fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu

bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambing yang menunjukkan

sebutannya.

Fonetik boleh didefinisikanoleh Dr. Lufti Abas (1986) sebagai mempelajari segala bunyi

yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun

bunyi-bunyi marginal, dan memberikan symbol fonetik untuk setiap bunyi.

Kamus Dewan(1984:51) ada mendefinisikan bahawa fonologi sebagai satu bidang dalam

linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Menurut Inderawati Zahid

dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik

ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang

digunakan sebagai alat komunikasi. Umumnya, ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik

artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik.

Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu

STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan

oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita

iaitu manusia dan memberikan lambing kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonetik pula terbahagi

kepada tiga cabang, organ pertuturan , sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori)

Berdasarkan pendapat dan pernyataan dari ahli-ahli linguistik dapatlah kita membuat

kesimpulan bahawa fonologi dan fonetik mempunyai maksud tersendiri. Bagi fonetik pula

bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi

manusia dan ia member lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.

Page 4: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

4

2. Kajian Penghasilan Bunyi Konsonan dan Vokal Bahasa Melayu

2.1 Huraian Huruf Vokal

Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vocal dalam Bahasa Melayu. Ini

dapat dilihat dengan jelas dalam pernyataan berikut:

Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] . Manakala

tiga vokal belakang iaitu [u], [o] dan [כ], dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. Secara nyata vokal-

vokal ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepernuhnya. Walau bagaimanapun Vokal

Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya

udara dari paru-paru keluar dan berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa

mendapatkan sebarang sekatan atau geseran.. dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai

ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan

atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu

iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama

ada dengan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya,

dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari

paru-paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral ) atau

dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga

rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan ) dan keadaan glatis

dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat

juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

Page 5: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

5

Rajah 2.1.1 : Kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu

2.2 Huraian Huruf Konsonan

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vocal, konsonan terhasil apabila terdapat gangguan

atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada

konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang

terhasil apabila, tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala

konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak

menggetarkan pita suara.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan

pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh

penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu

terdapat 9 jenis konsonan iaitu:

a. Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara p , b

b. Dua konsonan setupan gusi bersuara dan tidak bersuara t , d

c. Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara k ,g

d. Satu konsonan hentian glottis ?

e. Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuari c , j

f. Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran guri tidak bersuara dan

geseran glottis bersuara

s

h

g. Satu konsonan getaran bersuara r

Page 6: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

6

h. Satu konsonan sisian bersuara i

i. Empat konsonan sengauan bersuara m,n,ŋ,n

j. Dua konsonan separruh vokal bersuara dan

Separuh vokal dua bibir bersuara

i

w

k. Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara j

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua

bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.

2.3 Cara Membunyikan Huruf Vokal

Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang

wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta

kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara

dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.

a) Vokal depan sempit [i]. Cara membunyikannya:

o Keadaan bibir hampar.

o Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak

sampai menyentuh lelangit keras.

o Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya

udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga

hidung. Pita suara digerarkan.

Rajah 2.3.1 : Vokal depan sempit [i]

Page 7: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

7

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Ibu Tiba Padi

Ikan Bila Tali

b) Vokal depan separuh sempit [e]. Cara membunyikannya:

o Keadaan bibir hampar.

o Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin kea rah gigi gusi.

o Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara

tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung.

Pita suara digetarkan.

Rajah 2.3.2 : Vokal depan separuh sempit [e]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan

berikut :

Awal Tengah Akhir

Emak Leher Tempe

Enak Teleng Tauge

Page 8: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

8

c) Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya :

o Keadaan bibir hampar.

o Depan lidah dinaikkan separuh rendah kea rah gusi.

o Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara

tidak keluar melalui rongga hidung.

o Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut.

o Pita suara digetarkan.

Rajah 2.3.3 : Vokal depan separuh luas atau lapang [ε].

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti

perkataan berikut :

Awal Tengah Akhir

Esa Belok Tempe

Enak Belek Tauge

d) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:

o Keadaan bibir hampar.

o Depan lidah diturunkan serendah mungkin.

o Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara

tidak keluar melalui rongga hidung.

o Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut.

o Pita suara digetarkan.

Page 9: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

9

Rajah 2.3.4 : Vokal depan luas atau lapang [a]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada

perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Ayah Kasar Apa

Adik Bebas Kita

e) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:

o Keadaan bibir hampar

o Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak

sampai menyentuh lelangit lembut.

o Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara

tidak keluar melalui rongga hidung.

o Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut.

o Pita suara di getarkan.

Rajah 2.3.5 : Vokal belakang sempit [u]

Page 10: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

10

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

Ular Surat Batu

Ulat Buta Lalu

f) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya :

o Keadaan bibir hampar.

o Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai

menyentuh lelangit lembut.

o Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara

tidak keluar melalui rongga hidung

o Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

o Pita suara digetarkan.

Rajah 2.3.6 : Vokal belakang separuh sempit [o]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o] seperti pada

perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Obor Tolong Pidato

Otak Bohong Koko

Page 11: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

11

g) Vokal belakang separuh luas atau lapang [כ]. Cara membunyikannya:

o Keadaan bibir hampar.

o Belakang lidah dinaikkan separuh rendah.

o Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung.

o Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut.

o Pita suara digetarkan.

Rajah 2.3.7 : Vokal belakang separuh luas atau lapang [כ]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [כ] seperti

pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Orang Borong Soto

Oleh Bolot Teko

h) Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya:

o Keadaan bibir antara hampar dengan bundar.

o Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras.

o Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung.

o Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut.

o Pita suara digetarkan.

Page 12: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

12

Rajah 2.3.8 : Vokal tengah [ə].

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Emak Penat Sosialisme

Empat Tenat Behaviurisme

2.4 Cara Membunyikan Konsonan

Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan

mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan

Cara

sebutan

bibir Gigi-gusi Lelangit

keras

Lelangit

lembut

Glotis

Letupan P b T d - K g -

Letusan - - C j - -

Sengau M N (ny) (ng) ŋ -

Geseran - S - - H

Getaran - R - - -

Sisian - L - - -

Separuh

vokal

W - Y - -

Page 13: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

13

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan,

iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, rdan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf

konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir

perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi

seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan

bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara

setiap konsonan tersebut dihasilkan.

(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara

membunyikannya:

Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]

1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat

sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru

ke rongga mulut.

2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau

ke dinding rongga tekak untuk membuat

sekatan udara dari paru-paru ke rongga

hidung.

3. Pita suara direnggangkan.

4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

tanpa menggetarkan pita suara.

5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta-

merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir

tidak bersuara [p].

Cara membunyikan sama seperti

membunyikan konsonan [p]. yang berbeza

ialah:

1. Pita suara dirapatkan.

2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui

rongga mulut dengan mengetarkan pita suara.

3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir

bersuara [b].

Page 14: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

14

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [p] Palu Lapik Atap

Konsonan [b] Batek Rabun Adab

(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]

1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk

membuat sekatan penuh pada arus udara.

2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke

belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

menutup arus udara ke rongga hidung.

3. Pita suara direnggangkan .

4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui

rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi

dilepaskan serta-merta.

6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak

bersuara [t].

Cara membunyikan konsonan sama seperti

membunyikan konsonan [t]. yang berbeza

ialah:

1. Pita suara dirapatkan.

2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui

rongga mulut dengan menggetarkan pita

suara.

3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi

bersuara [d].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [t] Takut Batas Padat

Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad

Page 15: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

15

(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut

bersuara [g]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g]

1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut

untuk membuat sekatan penuh pada arus

udara .

2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan

ke rongga tekak bagi menyekat arus udara

dari paru-paru ke rongga hidung. 3. Pita

suara di renggangkan. 4. Arus udara keluar

dari paru-paru melaui rongga mulut tanpa

menggetarkan pita suara. 5. Sekatan udara

yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan

serta merta.

6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit

lembut tidak bersuara [k].

Cara membunyikan konsonan sama seperti

membunyikan konsonan [k]. yang berbeza

ialah:

1. Pita suara dirapatkan .

2. Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui

rongga mulut mengetarkan pita suara.

3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit

lembut bersuara [g].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [k] Kala Makan Tamak

Konsonan [g] Garam Pagar Dialog

(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:

o Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.

o Pita suara dirapatkan sepenuhnya.

o Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.

o Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara.

Page 16: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

16

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Anak Saat Lemak

Ikan Rakyat Budak

(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara

[Ĵ]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ]

1. Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk

membuat sekatan pada arus udara.

2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke

belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

membuat sekatan terhadap arus udara dari

paru-paru ke rongga hidung.

3. Pita suara direnggangkan.

4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga

mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di

lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.

6. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit

keras gusi tidak bersuara [č].

Cara membunyikan konsonan sama seperti

membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza

ialah:

1. Pita suara dirapatkan.

2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui

rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.

3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit

keras gusi bersuara [Ĵ]

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [č] Cara Laci Koc

Konsonan [Ĵ] Jala Kanji Kolej

Page 17: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

17

(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:

o Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.

o Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus

udara dari paru-paru ke rongga hidung.

o Pita suara di renggangkan.

o Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara

o Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan

geseran gusi tidak bersuara [s].

Contoh perkataan:

Awal Tengah Akhir

Silap Lasak Pedas

Satu Lesu Lemas

(g) Konsonan getaran gusi bersuara [r]:

o Hujung lidah dikenakan pada gusi.

o Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan

arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

o Pita suara dirapatkan.

o Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara

o Arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Rapat Tiram Sabar

Rugi Seram Lebar

Page 18: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

18

(h) Konsonan gusi bersuara [I]:

o Hujung lidah dikenakan pada gusi.

o Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat

sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

o Pita suara dirapatkan.

o Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.

o Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

Lagu Tilam Tebal

Lipat Kelam Kekal

(i) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:

o Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.

o Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-

paru ke rongga hidung.

o Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.

o Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.

o Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

Macam Teman Ketam

Murah Lumba Badam

Page 19: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

19

(j) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:

o Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.

o Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-

paru ke rongga hidung.

o Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.

o Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan

berikut:

Awal Tengah Akhir

Naga Tanah Taman

Nilam Panah Laman

(k) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya:

o Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.

o Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar

dari paru-paru masuk ke rongga hidung.

o Pita suara dirapatkan dan digetarkan.

o Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.

o Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-

pelahan.

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

Ngilu Bingka Lalang

Ngeri Rangkap Tulang

Page 20: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

20

(l) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ּת ]. Cara membunyikannya:

o Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara

o Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang

terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung

o Pita suara dirapatkan dan digetarkan

o Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung

o Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (ּת) seperti perkataan

yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Nyaris Banyak -

Nyala Senyap -

(m) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:

o Bibir di bundarkan.

o Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.

o Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari

paru-paru ke rongga hidung

o Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

o Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan

vokal tengah [w].

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada

perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Waris Kawan Takraw

Wajar Lawan -

Page 21: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

21

(n) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:

o Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.

o Bibir di hamparkan.

o Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru

ke rongga hidung.

o Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan

vokal [j].

(o) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada

perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Yakin Tayang -

Yuran Payah -

Page 22: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

22

3. Perbezaan antara Fonem dan Alofon dalam Sistem Bunyi Bahasa

Melayu

FON

Fon adalah bunyi bahasa yang terdiri atas bunyi vokal dan bunyi konsonan. Simbol atau

lambang bunyi bahasa adalah huruf. Dalam bahasa Melayu terdapat 26 huruf bermula dengan

huruf a huruf z. Fon dapat dikatakan pula bunyi bahasa (bahasa Inggris: speech sound) atau fon

adalah satuan bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap. Dalam fonologi, bunyi bahasa diamati

sebagai fonem.

Fon merupakan satuan bahasa yang bersifat konkrit. Fon itu dapat didengar dan dapat

diucapkan. Kerana itu, di samping fon, digunakan juga istilah bunyi. Kata kain dalam bahasa

Melayu misalnya, merupakan kata yang mengandung empat fon, yakni (k), (a), (i), dan (n), jika

fon-fon itu diidentifikasi secara analisis.

Perlu diperhatikan bahwa fon berbeza dengan huruf. Fon adalah bunyi, sedangkan huruf

adalah simbol grafis bunyi. Jumlah fon dan jumlah huruf tidak sama. secara dasarnya fon adalah

maujud yang berbeda dengan huruf.

FONEM

Fonem merupakan satuan bahasa terkecil yang bersifat abstrak dan mampu

menunjukkan kontras makna atau abstraksi dari satu atau sejumlah fon, entah vokal mahupun

konsonan. Kerana bersifat abstrak, fonem bukanlah satuan bahasa yang tidak nyata, bukan

maujud yang dapat dilihat atau ditunjuk. Dalam kata rokok, misalnya, terdapat empat fon, tetapi

empat fon itu sebenarnya merupakan realisasi tiga fonem, yakni /r/, /o/, dan /k/. Dalam kata itu

pula terdapat bunyi ( ) yang sebenarnya merupakan realisasi fonem /o/. Hanya kerana lingkungan

berdistribusinya, fonem /o/ itu direalisasikan menjadi ( ).

Page 23: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

23

ALOFON

Alofon adalah pembezaan realisasi pelafazan fonem kerana posisi yang berbeza

dalam kata. Misalkan fonem /b/ dalam bahasa Malaysia dilafazkan pada posisi awal ("besar")

dan tengah ("kabel") berbeda dengan fonem ini pada posisi akhir ("jawab").

Kalau kita melihat kembali pembicaraan mengenai vokal maka kita melihat bahwa

bunyi vokal depan tinggi ada dua, yaitu: vokal depan tinggi atas [i] dan vokal depan tinggi

bawah [I]. begitu juga vokal belakang tinggi ada dua, yaitu: vokal belakang tinggi atas [u]dan

vokal belakang tinggi bawah [U]. demikianjuga vokal belakang sedang ada dua, yaitu vokal

belakang sedang atas [o] dan vokal belakang sedang bawah [כ].

4. Suprasegmental

Konsep kontras dalam bunyipenggalan , itu boleh juga dipakai untuk bunyi bukan

penggalan. Bunyi-bunyi penggalan disertai juga dengan bunyi supra-penggalan. Mungkin dalam

bahasa Melayu tidak semua bersifat fonemis tetapi dalam bahasa lain unsure supra-penggalan

bersifat fonemis

Dalam linguistik, suprasegmental adalahkajian terhadap penyertaan struktur rima bunyi-

bunyi pertututran dalam setiappewujudan bunyi bahasa.Ada empat unsur supra-penggalan yang

selalu bersifat fonemis dalam bahasa-bahasa lain, iaitu tekanan,panjang pendek,tona persendiaan.

Fonem supra segmental yang juga disebut fonem suprapenggalan ialah ciri sifat bunyi

yang menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Maksudnya cirri suprasegmental hadir

bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi atau menindihi bunyi penggalan.

Page 24: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

24

5. Rumusan

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur

manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya

mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun

demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi

mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara

dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat

artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi

konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini

berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat

sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang

terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu

udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi

yang tidak bersuara.

Page 25: SARJANA MUDA PENGAJARAN MEI 2012 (SMP KHAS) FONETIK DAN ...assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7009271255… · STPM dalam Bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

25

6. Rujukan

1. Asmah Haji Omar. (1985). Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada

Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian

Pelajaran Malaysia.

2. Dr Ali Mahmood dan rakan-rakan. (2012). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.

Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.

3. Indirawati Haji Zahid & Mardian Shah Omar, (2006). Fonetik Dan Fonologi.

Kuala Lumpur: PTS Profesional & Distributors Sdn Bhd.

4. Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad, (2006). Bahasa Melayu STPM.

Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

5. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu.

Selangor Darul Ehsan: Serdang.

URL :

http://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/02/fonologi-bunyi-vokal-dan-

konsonan.html

http://lms.oum.edu.my/

http://www.scribd.com/doc/46623256/Konsep-Bahasa