akta pendidikan pendidikan 1996

Download Akta Pendidikan Pendidikan 1996

Post on 01-May-2017

231 views

Category:

Documents

13 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Akta Pendidikan Pendidikan 1996merupakan lanjutan dan pembaharuan dariAkta Pelajaran 1961bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-citaMalaysiauntuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utamaPenyata Razak 1956yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan Akta Pendidikan 1996 untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

Akta Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.Sambil mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan perundagan (Legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan.Telah dikatakan bahawa Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang telah digunakan. Ciri-ciri penting dalam pendidikan kebangsaan itu ialah:1. Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum.2. Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama .3. Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya.4. Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di negara ini.Laporan Razak Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama 2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah.4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. 7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan. 8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan. Selepas daripada Penyata Razak ini maka telah disesuaikan lagi sistem pendidikan kita ini oleh Abdul Rahman Talib yang dikenali sebagai Laporan Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961.Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961 Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah:a.Pelajaran di sekolah rendah adalah percumab.Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.c.Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.d.Murid naik darjah secara otomatike.Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.f.Pendidikan akhlak dititikberatkan.Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.Laporan Hussein Onn (1971) Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Mentei Pelajaran ketika itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.Ketika itu, di sekolah-sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Menurut laporan ini: "Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.(Laporan Hussein Onn, 1971)Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempetingkatkan pembangunan negara. Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi ddan perdagangan dan juga hal- ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua.(Laporan Hussein Onn, 1971)Laporan Mahathir (1985) Pada bulan september 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, Dr, Mahathir Mohamad. Laporan ini bertujuan: Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.(Laporan Mahathir, 1976)Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan Husein Onn. Matlamat utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. Sebagai langkah utama alat perpaduan ialah pendidikan. Input penting dalam pendidikan ini ialah bahasa. Oleh itu aspek bahasa telah menjadi penekanan. Dalam Laporan ini matlamat pendidikan bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat haruslah lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar sebagai panduan pengajaran harian mereka.Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam perkhidmatan kepada guru-guru harus dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan mereka yang telah mengikuti kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetap dijamin. Ada dua tujuan bahasa Inggeris diajar diinstitusi pendidikan pada waktu itu:a.Untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya.b.Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi.Akta Pendidikan 1996 Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak.Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita.Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri P

Recommended

View more >