fakulti pendidikan dan bahasa mei 2012 (smp...

26
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP ambilan MAC 2011) HBIS1203 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I NO. MATRIKULASI : 820131145706001 NO. KAD PENGNEALAN : 820131145706 NO. TELEFON : 017-6878794 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN BATU PAHAT

Upload: vothien

Post on 04-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2012 (SMP ambilan MAC 2011)

HBIS1203

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I

NO. MATRIKULASI : 820131145706001

NO. KAD PENGNEALAN : 820131145706

NO. TELEFON : 017-6878794

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN BATU PAHAT

Page 2: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

KANDUNGAN Muka Surat

1.0 PENGENALAN

1.1 KAEDAH PENGAJARAN 1 – 2

1.2 INSTITUSI TAHFIZ 3 -10

2.0 KAEDAH ATAU TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN

2.1 MADRASAH NASIHUN AMIN 11 - 13

2.2 MADRASAH AN NUUR 14 - 17

3.0 PENILAIAN TERHADAP KAEDAH DAN TEKNIK 18

4.0 CADANGAN APLIKASI HAFAZAN DALAM

BILIK DARJAH 19

5.0 KESIMPULAN 20

LAMPIRAN 21 - 22

RUJUKAN / REFERENSI 23 - 24

Page 3: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

1

1.0 PENGENALAN

1.1 KAEDAH PENGAJARAN

Sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran guru perlu menitikberatkan

mengenai kaedah pengajaran. Kaedah ialah prosedur atau kaifiyat yang perlu disusun secara

teratur, kemas dan lebih bersistematik. Setiap langkah atau peringkat-peringkat perlu

disusun dan terdapat kesinambungan yang mesti dilakukan bagi memperolehi objektif yang

berkesan dan dinamik. Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam kelas dan

menghasilkan tingkah laku yang positif berdasarkan kaedah yang sesuai digunakan di dalam

pengajaran dan pembelajaran. Secara umunya , kaedah dapat memenuhi keperluan murid

sekaligus dapat menggambarkan dengan jelas dalam fikiran bahawa setiap tuntutan atau

langkah pengajaran dan pembelajaran lebih tersusun rapi. Oleh itu, guru perlu merancang

dengan baik tentang satu-satu kaedah yang hendak digunakan bagi satu pengajaran (Ahmad

Mohd. Salleh , 1997). Walaubagaimanapun pemilihan kaedah ini bergantung kepada sesuatu

tajuk atau topik yang akan diajar oleh guru. Pemilihan kaedah ini perlu bersesuaian dan akan

menjurus kepada penerokaan yang menarik, menyeronokkan dan berkesan kepada murid-

murid. Terdapat beberapa jenis kaedah pengajaran iaitu Kaedah penyelesaian masalah iaitu

kaedah penyiasatan yang saintifik dan terdapat lima langkah iaitu mengenal masalah,

mengenal maklumat, membuat hipotesis, uji hipotesis, menilai dan membuat rumusan.

Manakala kaedah Sokratik iaitu melibatkan kemahiran menyoalan atau pertanyaaan. Guru

berperanan untuk mengemukakan soalan kepada murid-murid. Kaedah projek pula ialah

murid melakukan ujikaji atau aktiviti dalam situasi sebenar untuk mendapatkan hasil. Bagi

kaedah dapatan atau penyelidikan adalah melalui pemerhatian, percubaan dan ujian. Secara

khususnya di dalam matapelajaran Pendidikan Islam terdapat pembahagian-pembahagian

kaedah bagi memantapkan pengajaran. Terdapat beberapa kaedah iaitu kaedah soal jawab,

bercerita, lakonan, bacaan, perbincangan, syarahan, tunjuk cara, simulasi dan hafazan.

Semua kaedah ini dilaksanakan mengikut tajuk atau bidang yang sesuai. Bagi pengajaran

dan pembelajaran Tilawah Al-Quran terdapat dua kaedah iaitu bacaan dan hafazan. Ibnu

Khaldun membahaskan kaedah-kaedah pengajaran mengikut peringkat-peringkat pengajaran

matapelajaran. Beliau menjelaskan bahawa bagi setiap matapelajaran itu ada kaedahnya

sendiri. Pada peringkat rendah, murid perlu mempelajari matapelajaran Al-Quran terlebih

dahulu bagi memperolehi berkat, menghidupkan hati dan jiwa dalam keimanan dan cahaya

Page 4: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

2

ilahi. Bagi mengajar Al-Quran kaedah pengajaran yang sesuai ialah Qira’ah (bacaan), Hafz

(hafazan), Kitabah (tulisan) dan Imlai (menyalin) Hafazan hendaklah disertakan dengan

kefahaman. Tanpa pemahaman maka tidak lengkaplah kerana ia adalah satu penyelewengan

(Ghazali Darusalam, 2001).

1.2. INSTITUSI TAHFIZ

Dewasa ini masyarakat telah memandang fungsi dan martabat umat Islam terrhadap

institusi tahfiz. Timbulnya minat terhadap Al-Quran semakin baik dan terbukti dengan pembukaan

sekolah-sekolah pondok dan maahad tahfiz yang tergolong didalam institusi tahfiz atau madrasah

tahfiz yang terdapat di serata negeri di Malaysia. Ia dipelopori oleh individu, perseorangan, agensi

atau negeri. Guru-guru yang berpengalaman dilantik untuk mengajar di institusi berkenaan. Ada

individu yang merupakan bekas pelajar tahfiz membuka madrasah tahfiz mengikut kemampuan dan

pengalaman mereka untuk memantapkan institusi tahfiz. Kajian dan analisa telah dilaksanakan pada

25hb Mei 2012 di dua buah institusi tahfiz yang terletak di daerah Muar, Johor Darul Takzim.

Institusi pertama ialah Madrasah Nasihun Amin yang beralamat di PRD 120, Parit

Raja,Jalan Dato’ Haji Kosai, Mukim Parit Bakar, Muar, Johor. Pengetua atau mudir ialah Ustaz

Mohd. Isa bin Abdul Latif. Seramai 6 orang tenaga pengajar di sini. Matlamat di madrasah ini ialah

melahirkan generasi yang bertakwa, soleh dan solehah. Madrasah ini ingin melahirkan insan kamil,

berbakti kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara tercinta. Selain itu melahirkan generasi

contoh dan tauladan kepada masyarakat. Ia ditubuhkan sejak tahun 2000. Seramai 80 orang pelajar

lelaki dan 60 orang pelajar perempuan belajar disini. Madrasah ini ditubuhkan dengan wakaf dari

penduduk kampong, dana daripada luar dan pengetua sendiri. Tenaga pengajar adalah dari kalangan

guru-guru yang berpengalaman didalam bidang Tilawah Al-Quran. Motto madrasah ini ialah Iman,

Islam, Ehsan. Sistem pembelajaran adalah tradisional dengan menggunakan sistem pondok. Ia juga

termasuk akademik dan fardhu ain. Bagi yuran dan pendaftaran dibahagikan kepada tiga iaitu

sepenuh masa, separuh masa dan masa tertentu. Bagi sepenuh masa asrama, makan (pagi, tengahari

dan malam), elektrik, air dan belajar percuma berjumlah RM 215.00 sebulan. Separuh masa seperti

semasa cuti persekolahn pula yuran dikenakan bayaran sebanyak RM80.00 sebulan dan bagi masa

tertentu seperti petang sahaja dari jam 2.45 petang hingga 5.00 petang dikenakan bayaran RM15.00

iaitu untuk mempelajari fardhu ain dan membaca Al-Quran. Antara subjek atau matapelajaran yang

terdapat di sekolah ini ialah tafsir, hadis, tauhid, feqah, tasauf, nahu, tajwid dank hat. Selain itu

peperiksaan awam turut dijalankan seperti biasa. Setelah lulus pelajar boleh meneruskan pengajian

Page 5: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

3

ke peringkat diploma tahfiz di institusi tahfiz di seluruh negara. Selain itu terdapat aktiviti bagi

semua pelajar di institusi ini iaitu terbahagi ke dua aktiviti. Aktiviti berkala seperti menerima

jemputan mengkhatamkan 30 juz Al-Quran di rumah yang berhajat, memasuki perujian menghafaz

Al-Quran peringkat negeri Johor pada setiap tahun dan mengadakan kursus kefahaman Islam semasa

cuti sekolah. Manakala aktiviti tahunan pula ialah sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Israk

Mikraj, Nuzul Al-Quran, Ceramah Agama Jabatan Agama Negeri Johor dan ceramah Agama dari

penceramah bebas. Disini dilampirkan gambar-gambar yang diambil semasa membuat kajian di

Madrasah Nasihun Amin.

MADRASAH NASIHUN AMIN

Logo Madrasah Nasihun Amin

Page 6: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

4

Bangunan Baru Madrasah Nasihun Amin

Dewan Makan Pelajar Madrasah Nasihun Amin

Page 7: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

5

Suarau Madrasah Nasihun Amin

Ustazah Sumaiyah ialah wakil pengetua

Page 8: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

6

Sesi Temubual bersama Ustazah Sumaiyah

Sijil pelajar yang menyertai bahagian dalam menghafaz Al-Quran peringkat kebangsaan.

Page 9: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

7

Institusi kedua yang telah dijadikan kajian dan analisa ialah Madrasah An-Nuur yang

terletak di alamat Pos 21 KL 100 KM 11, Jalan Kesang Laut, Muar, Johor Darul Takzim. Sejarah

dan lokasi madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur adalah lahir daripada keprihatinan masyarakat Islam

di Kampung Kesang Laut terhadap kepentingan pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah. Ia telah

dibina dan dicetuskan oleh keluarga Tuan Haji Hamid bin Haji Samad. Permulaannya dengan 10

orang pelajar lelaki dan seorang guru tapi kini madrasah ini telah melebihi kepada 200 orang dari

kalangan pelajar lelaki dan perempuan serta 18 orang guru yang berkelulusan dan berpengalaman.

Madrasah ini telah beroperasi selama 10 tahun dan telah melahirkan 70 orang hafiz dan hafizah yang

telah menghafaz 30 Juz Al-Quran dan ada yang telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi di dalam mahupun di luar negara. Pada tahun 2000, YAB Menteri Besar Johor telah

meluluskan bantuan bernilai RM20,000 bagi tujuan melengkapkan keperluan asas asrama untuk

madrasah ini. Lokasi awal Madrasah An-Nuur ini adalah di Surau An-Nuur 10km daripada bandar

Muar iaitu di Kesang Laut. Di atas keprihatinan keluarga Tuan Haji Hamid bin Haji Samad, beliau

telah menawarkan sebahagian rumah mereka untk dijadikan asrama. Pada tahun 2005, madrasah ini

telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Johor. Manakala pada tahun 2007 madrasah ini

membuka tempat pengajian baru di Tanjung Gading untuk pelajar tahfiz perempuan. Selain itu

madrasah ini membuka cawangan di Kemboja, membuka kelas alim atau kitab aliran pondok untuk

pelajar lelaki. Madrasah ini menerima bangunan baru di Parit Ponorogo hasil bantuan dari kerajaan

Negeri Johor. Pada tahun 2011, madrasah ini bertapak di lima kawasan berlainan iaitu di Kesang

laut, Parit Ponorogo, Tanjung Gading, Parit Bunga yang kesemuanya terletaka didalam daerah

Ledang dan satu cawangan di Kemboja. Madrasah Tahfiz An-Nuur menerima bantuan baru yang

bernilai RM1.2 juta. Madrasah ini mempunyai objektif tersendiri iaitu memartabatkan syiar Islam

melalui Al-Quran bergerak iaitu insan yang hafaz Al-Quran dan beramal dengannya serta

melahirkan para graduan dikalangan huffaz Al-Quran yang mengusai hafazan dan berdaya saing

menurut kehendak semasa. Antara VISI dan MISI madrasah ini ialah melahirkan generasi yang

menghayati hakikat solat yang kusyuk dan tawaduk, ketinggian ilmu dan zikrullah, cintakan

persaudaraan, ikram muslimin, menghayati sifat ikhlas di dalam setiap niat dan perbuatan. Misi

madrasah pula ialah melahirkan generasi Huffaz( menghafaz Al-Quran dan pemelihara agama Islam)

dan para pendakwah kebenaran yang mempunyai ciri-ciri muslim dan memiliki akhlak yang tinggi

di dalam mencapai kesempurnaan ilmu, iman, amal, dakwah dan istiqamah. Bagi Motto madrasah

Page 10: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

8

ialah ‘sesiapa yang berusaha pasti dapat’ menjadi perangsang untuk melahirkan insan kamil mithali.

‘Menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap orang beriman’ diletakkan dalam logo madrasah tahfiz

An-Nuur sebagai pemang kin semangat para pelajar dan semua pihak yang terbabit dengan

pengajian ilmu agama Allah S.W.T. Pengetua atau mudir ialah Ustaz Hj. Noor Effendi bin Hj.

Hamid Al-Hafiz. Tenaga pengajar adalah dari kalangan mereka yang berpengalaman dan dari

kalangan bekas-bekas pelajar tahfiz di seluruh negara dan luar negara. Madrasah ini mempunyai

system peperiksaan tersendiri iaitu secara bertulis ( tahriri), lisan (syafawi) dan praktikal (amali).

Syarat kemasukan kelas tahfiz ini ialah pelajar yang pernah mengkhatamkan bacaan Al-Quran 30

Juz dengan sempurna, bersedia menamatkan hafazan 30 Juz di madrasah ini dan memiliki

kemampuan minimum untuk menghafaz bagi setiap juzu’ dalam tempoh tidak melebihi 40 hari.

Selain itu terdapat juga kemasukan syahadah tahfizul Quran merupakan sijil tertinggi hanya untuk

pelajar yang lulus hafazan Al-Quran. Di dalam peperiksaan ini calon dikehendaki

memperdengarkan hafazan kepada Jemaah Tasmi’ dengan kesalahan yang sangat minimum.

Sukatan pelajaran aliran tahfiz adalah Hafazan, Terjemahan Al-Quran, Tauhid, Tajwid, Surur

Shihabuddin Hassan An-Nadawi Al-Hafiz, Fiqh, Bahasa Arab dan Jawi. Bagi pengajian aliran tahfiz

ini 80% adalah kelas yang berkaitan dengan Al-Quran iaitu hafazan, tajwid dan terjemahan dan 20%

adalah kelas fardhu ‘ain, Bahasa Arab, Tauhid dan Ibadat Amali. Antara aktiviti yang dijalankan

sepanjang tahun dan rutin bagi madrasah ini ialah Rehlah Tahunan, Hari Terbuka, aktiviti sukan,

Qiamullail, Kem Tahfiz Cuti Sekolah dan sambutan-sambutan kebesaran Islam.

Page 11: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

9

Bangunan Madrasah An Nuur

Asrama Madrasah An Nuur

Page 12: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

10

Bangunan Madrasah An Nuur yang baru

Logo Madrasah An Nuur

Page 13: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

11

2.0 KAEDAH ATAU TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN

2.1 MADRASAH NASIHUN AMIN

Di institusi tahfiz nasihun amin ini lebih kepada menghafaz Al-Quran secara

tradisional dengan proses hafazan dilakukan menggunakan kaedah pengukuhan hafazan iaitu Tahfiz,

pemantapan tajwid secara talaqqi dalam setiap hafazan, secara tartil dan talaqqi. Tahap satu bagi

hafazan dikhususkan kepada murid yang telah mahir membaca Al-Quran tanpa bantuan guru.

Kaedah talaqqi bersama guru, kaedah hafazan selepas solat Maghrib dan solat Isyak, kaedah Tasmi’

iaitu dengar hafazan bersama guru, kaedah Murajahah iaitu ulang hafazan yang telah dihafaz

bersama guru. Selain itu madrasah ini mempunyai beberapa teknik tradisional yang diamalkan sejak

pembukaan madrasah tahfiz ini iaitu teknik menghafaz sebelum tidur. Teknik ini digunakan

sebelum tidur dengan membaca dan menghafaz beberapa potong ayat sebelum tidur. Pelajar

dikehendaki mendengar bacaan ayat-ayat melalui kaset yang diperdengarkan dan membayangkan

ayat tersebut di minda. Pelajar perlu teliti dan mendengar dari awal surah, juz atau hizib atau

mengikut kesesuian ayat-ayat yang telah dihafaz. Pelajar perlu membayangkannya di minda untuk

mempermudahkan mengingat kembali. Pelajar madrasah ini juga melaksanakan teknik mengulang

iaitu menghafaz sekurang-kurangnya lima kali potongan atau sebahagian ayat tersebut. Membaca

ayat-ayat tersebut berulang kali iaitu 10 atau lebih sebelum berpindah ke ayat seterusnya. Selepas

menghafaz setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian

kedua. Selepas pelajar menghafaz satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke

muka surat seterusnya dan terakhir sekali sebelum menghafaz bahagian Al-Quran seterusnya harus

diulang bahagian yang sebelumnya. Selain dua teknik yang dilaksanakan, terdapat juga beberapa

teknik iaitu teknik menghafaz dengan rakan. Teknik ini merupakan teknik dimana memilih

seorang teman yang sama minat. Saling mendengar bacaan rakan iaitu rakan pertama membaca

dengan disemak oleh orang kedua manakala rakan kedua membaca dengan disemak orang pertama.

Ia saling menebuk ayat antara satu sama lain. Akhir sekali ialah teknik menulis adalah teknik

menulis kembali muka surat yang dihafaz kemudian semak semula dengan mushaf seterusnya

menulis setiap ayat pertama awal muka surat atau setiap rubu’ , setiap juz atau setiap surah dalam

sehelai kertas. Bagi melengkapkan proses ini pelajar perlu Tasmi’ dengan seorang guru yang boleh

memperbetulkan bacaan jika salah. Antara kekuatan kaedah atau teknik di madrasah ini ialah secara

Tikrar atau ulangan. Menghafaz surah adalah mulai dari surah yang pendek iaitu Surah An-Nas

Page 14: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

12

hingga ke Surah Al-Baqarah kerana mudah untuk mengingat. Semasa sebelum kehadiran guru,

murid menghafaz secara bersendirian dan ulang-ulang bersama rakan. Semasa bersama guru, setiap

pelajar dikehendaki memperdengarkan bacaan hafazan melalui guru secara berhadapan bagi

memperelokkan bacaan pelajar dan guru boleh memperbetulkan bacaan supaya tiada kesalahan.

Merujuk kepada jadual 2.1.1 iaitu jadual waktu belajar di bawah ini dapat disimpulkan bahawa

pelajar madrasah ini mempunyai masa yang padat mulai dari awal pagi hingga ke malam. Aktiviti

harian setiap pelajar dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran

madrasah. Antara kelemahan ialah kadar masa seorang guru dengan beberapa orang pelajar.

Maksudnya guru hanya dapat tasmi’ bacaan hanya dua atau tiga orang jika setiap kelas mempunyai

lebih 10 orang murid. Kumpulan pelajar yang ramai dapat menghafaz dengan guru hanya seketika

kerana masa itu terhad. Maka guru hanya dapat memantau dalam waktu yang singkat. Jika pelajar

sedikit dalam sesuatu kumpulan maka dapat menghafaz lama. Oleh itu banyak penekanan kepada

teknik menghafaz bersama kawan. (Rujuk Lampiran)

Page 15: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

13

Jadual 2.1.1 Waktu Belajar Harian dan Mingguan Madrasah Nasihun Amin

Hari /Masa SABTU AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

5.00 pg Bangun pagi

Bangun pagi Bangun pagi Bangun pagi Bangun pagi Bangun pagi Bangun pagi

5.30 pg Tarhim Subuh Tarhim Subuh Tarhim Subuh Tarhim Subuh

Tarhim Subuh

Tarhim Subuh Tarhim Subuh

5.45 pg Azan, Solat

Sunat Subuh,

Solat Fardhu,

Wirid

Berjemaah

lepas solat

dan doa

Azan, Solat

Sunat Subuh,

Solat Fardhu,

Wirid

Berjemaah

lepas solat dan

doa

Azan, Solat

Sunat Subuh,

Solat Fardhu,

Wirid

Berjemaah

lepas solat

dan doa

Azan, Solat Sunat

Subuh, Solat

Fardhu,

Wirid

Berjemaah

lepas solat

dan doa

Azan, Solat

Sunat Subuh,

Solat Fardhu,

Wirid

Berjemaah

lepas solat

dan doa

Azan, Solat

Sunat Subuh,

Solat Fardhu,

Wirid

Berjemaah

lepas solat

dan doa

Azan, Solat

Sunat Subuh,

Solat Fardhu,

Wirid

Berjemaah

lepas solat

dan doa

6.30 pg Kuliyah

Subuh

Tassawuf

(Kitab

Penawar bagi

Hati)

Kuliyah

Subuh Fiqh

(Kitab Hyatus

Sibyan)

Sarapan pagi

Sarapan pagi

Sarapan pagi

Sarapan pagi

Sarapan pagi

7.30 pg Sarapan Pagi Sarapan pagi Waktu Belajar

Hafazan

7.30

– 10.30 pg

Waktu Belajar

Hafazan

7.30 –

10.30 pg

Waktu Belajar

Hafazan

7.30 –

10.30 pg

Waktu Belajar

Hafazan

7.30

– 10.30 pg

Waktu Belajar

Kitab Pondok

Nahu & Saraf

7.30 – 11.00

pg

8.00 pg Gotong

Royong bersih

asrama *Bilik

air & tandas

*Kawasan

keliling

Gotong

Royong bersih

asrama *Bilik

air & tandas

*Kawasan

keliling

-sda- -sda- -sda- -sda- -sda-

12.00 tgh Mandi &

basuh pakaian

Persediaan

solat :selawat

azan

Mandi &

basuh pakaian

Persediaan

solat :selawat

azan

Waktu Belajar

Kitab Pondok

11.00 – 11.40

Waktu Belajar

Kitab Pondok

11.00 – 11.40

Waktu Belajar

Kitab Pondok

11.00 – 11.40

Waktu Belajar

Kitab Pondok

11.00 – 11.40

12.30

Persediaan

Solat Jumaat

di Masjid

Parit Raja

1.00 tgh Solat sunat,

solat zohor,

wirid,doa,

solat sunat

Solat sunat,

solat zohor,

wirid,doa,

solat sunat

Tafsir Juzu’

Amma

11.40 – 12.30

Tafsir Juzu’

Amma

11.40 – 12.30

Tafsir Juzu’

Amma

11.40 – 12.30

Tafsir Juzu’

Amma

11.40 – 12.30

2.00 makan

tengahari

1.45 tgh Makan

tengahari

Makan

tengahari

2.15 ptg Ulangkaji

hafazan

Ulangkaji

hafazan

4.00 ptg

5.00 ptg

6.00 ptg

6.40 ptg

7.45 mlm

8.30 mlm

9.30 mlm

Ulangkaji

Hafazan

Riadah

Persediaan

Solat Maghrib

Menghafaz

Al-Quran

Persediaan

Solat Isyak

Menghafaz

Al-Quran

Ulangkaji

Hafazan

Riadah

Persediaan

Solat Maghrib

Menghafaz

Al-Quran

Persediaan

Solat Isyak

Menghafaz

Al-Quran

SMRA

2.30-1.00

SMA

Persediaan

diri &Solat

Maghrib

Menghafaz

Al-Quran

Persediaan

Solat Isyak

Menghafaz

Al-Quran

SMRA

2.30-1.00

SMA

Persediaan diri

& Solat

Maghrib

Menghafaz

Al-Quran

Persediaan

Solat Isyak

Menghafaz

Al-Quran

SMRA

2.30-1.00

SMA

Persediaan diri

& Solat

Maghrib

Menghafaz

Al-Quran

Persediaan

Solat Isyak

Menghafaz

Al-Quran

SMRA

2.30-1.00

SMA

Persediaan

diri & Solat

Maghrib

Menghafaz

Al-Quran

Persediaan

Solat Isyak

Menghafaz

Al-Qura

Menghafaz

Al-Quran

Riadah

Persediaan

Solat Maghrib

Menghafaz

Al-Quran

Persediaan

Solat Isyak

Menghafaz

Al-Quran

Page 16: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

14

2.2 MADRASAH AN NUUR

Kaedah dan teknik yang terdapat di Madrasah An Nuur amat banyak dan menitik beratkan

cara tradisional dan moden. Ia terbahagi kepada lima tahap iaitu Tahap Satu menggunakan sistem

Iqra’(Celik Al-Quran) untuk pelajar yang belum boleh membaca Al-Quran atau yang telah membaca

Al-Quran tetepai masih tahap yang memuaskan sahaja iaitu dari segi sebutan huruf dan panjang

pendek harkat. Tahap kedua pula membaca Al-Quran hingga Khatam 30 juzu’ (Nazirah) untuk

pelajar yang menamatkan tahap iaitu sebelum masuk madrasah atau semasa di madrasah dan

seterusnya bagi pelajar yang telah khatam Al-Quran sebelum belajar di madrasah tetapi tahap masih

memuaskan. Pra Tahfiz Al-Quran iaitu berada di tahap ketiga dimana pelajar menghafaz surah-surah

penting seperti As-Sajadah, Al-Mulk, Yasin, Al-Waqi’ah, Al-Dukhan, Ar-Rahman dan sebagainya.

Tahap keempat pula adalah menghafaz dan memahami 30 juzu’ Al-Quran (Tahfiz Al-Quran)

seterusnya untuk pelajar yang khatam bacaan Al-Quran dan telah mahir serta lancar membaca Al-

Quran. Tahap Lima adalah Syahadah Tahfiz iaitu mampu membaca Al-Quran 30 juzu’ dalam

tempoh tidak melebihi 3 hari dengan cara hafazan tanpa melihat Al-Quran dan bacaan itu tidak

melebihi 15 kesalahan. Tahap ini adalah paling tinggi dalam tahfiz Al-Quran sebelum menamatkan

pengajian selanjutnya didalam ilmu qiraat, tarannum dan tafsir. Madrasah Tahfiz An Nuur ini

mempunyai beberapa teknik menghafaz Al-Quran. Diantaranya ialah Teknik “Chunking” iaitu

memisahkan sepotong ayat yang panjang kepada bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.

Selain itu pisahkan muka surat kepada beberapa bahagian yang sesuai, pisahkan surah kepada

bahagian mengikut pertukaran cerita, asingkan juz’ kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib,

rubu’ dan cerita dan memisahkan kelompok surah pada setiap 10 juzu’ Al-Quran. Teknik Tumpu

dan Ingat digunakan dengan menumpukan perhatian kepada ayat,mukasurat dan lembaran iaitu

pelajar perlu memejamkan mata dan melihat pada minda. Ulangi sehingga dapat dan jika masih

kabur kembali melihat kepada mushaf. Selain daripada itu Teknik Mendengar Kaset ialah

mendengar bacaan Qari yang terbaik , mengamati cara, lagu, tempat berhenti bacaan Qari itu

sehingga ingat dan meniru gaya bacaan tersebut serta sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Quran

dan tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan menganggu penghafazan. Teknik “Pointers” dan

“Keyword” pula pelajar dikehendaki membuat beberapa kotak dan setiap kotak merupakan satu

mukasurat. Beberapa perkataan yang menjadi keyword dicatat mengikut mukasurat tersebut.

Page 17: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

15

Pelajar hendaklah merenung dan membayangkan kotak trersebut dalam ingatan. Teknik

“MindMaping” pula adalah menulis ayat pertama rubu’ tersebut bagi tiap Juz, membuat lapan

cabang satu rubu’. Bagi tiap surah hendaklah bagi setiap pertukaran cerita. Bagi setiap 10 juz

pelajar membuat cabang pada setiap juz dan cabang yang lebih kecil bagi rubu’. Selain itu terdapat

Teknik Rakam Suara, Teknik Menulis, Teknik Menghafaz Sebelum Tidur, Teknik Mengulang,

dan Teknik Menghafaz Dengan Seorang Teman. Di madrasah ini begitu banyak kekuatannya iaitu

para pelajar mengamalkan panduan-panduan sebelum menghafaz iaitu mempunyai azam dan minat

menghafaz. Pelajar perlu memilih masa dan tempat yang sesuai. Pelajar diingatkan supaya tenang,

fikiran dikosongkan, memilih semua jenis mushaf, berselawat, beristighfar, berdoa, membaca ayat

164 surah Al-Baqarah sebelum menghafaz. Para pelajar ditekankan dengan kekuatan yang amat

baik tetapi ia terdapat juga kelemahannya. Dari sudut masa, madrasah ini mempunyai masa yang

agak terhad dan memerlukan tunjuk ajar daripada guru. Oleh kerana masa itu padat, maka guru

sukar untuk menyemak bacaan pelajar melainkan menyemak mengikut kesesuaian masa dengan

jumlah murid yang sedikit. Guru boleh menumpukan perhatian terhadap setiap orang pelajar.

(Rujuk lampiran).

Dibawah ini disertakan jadual 2.1.2 iaitu jadual waktu belajar Madrasah An Nuur.

Page 18: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

16

Jadual 2.1.2 Waktu Belajar Madrasah An Nuur

Hari /Masa SABTU AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

4.30 pg Bangun tidur

dan tahajjud

Bangun tidur

dan tahajjud

Bangun tidur

dan tahajjud

Bangun tidur dan

tahajjud

Bangun tidur

dan tahajjud

Bangun tidur

dan tahajjud

Bangun tidur

dan tahajjud

5.15 pg Kelas Tasmi’

sabak

(hafazan baru)

Kelas Tasmi’

sabak

(hafazan baru)

Kelas Tasmi’

sabak

(hafazan baru)

Kelas Tasmi’

sabak

(hafazan baru)

Kelas Tasmi’

sabak

(hafazan baru)

Kelas Tasmi’

sabak

(hafazan baru)

Kelas Tasmi’

sabak

(hafazan baru)

6.00 pg Solat Subuh

dan kelas

Tasmi’ sabak

lama

(pemantapan

hafazan)

Solat Subuh

dan kelas

Tasmi’ sabak

lama

(pemantapan

hafazan)

Solat Subuh

dan kelas

Tasmi’ sabak

lama

(pemantapan

hafazan)

Solat Subuh

dan kelas Tasmi’

sabak

lama

(pemantapan

hafazan)

Solat Subuh

dan kelas

Tasmi’ sabak

lama

(pemantapan

hafazan)

Solat Subuh

dan kelas

Tasmi’ sabak

lama

(pemantapan

hafazan)

Solat Subuh

dan kelas

Tasmi’ sabak

lama

(pemantapan

hafazan)

7.30 pg Solat Sunat

Isyrak dan

zikir pagi

Solat Sunat

Isyrak dan

zikir pagi

Solat Sunat

Isyrak dan

zikir pagi

Solat Sunat

Isyrak dan

zikir pagi

Solat Sunat

Isyrak dan

zikir pagi

Solat Sunat

Isyrak dan

zikir pagi

Solat Sunat

Isyrak dan

zikir pagi

8.00 pg Khidmat

Kebersihan

kelas dan

sarapan pagi

Khidmat

Kebersihan

kelas dan

sarapan pagi

Khidmat

Kebersihan

kelas dan

sarapan pagi

Khidmat

Kebersihan

kelas dan

sarapan pagi

Khidmat

Kebersihan

kelas dan

sarapan pagi

Khidmat

Kebersihan

kelas dan

sarapan pagi

Khidmat

Kebersihan

kelas dan

sarapan pagi

9.00 pg Kelas Sabki

(ulangan

hafazan

terkini)

Kelas Sabki

(ulangan

hafazan

terkini)

Kelas Sabki

(ulangan

hafazan

terkini)

Kelas Sabki

(ulangan

Hafazan

terkini)

Kelas Sabki

(ulangan

hafazan

terkini)

Kelas Sabki

(ulangan

hafazan

terkini)

Kelas Sabki

(ulangan

hafazan

terkini)

11.30 pg Solat Sunat

Dhuha & tidur

qailulah

Solat Sunat

Dhuha & tidur

qailulah

Solat Sunat

Dhuha & tidur

qailulah

Solat Sunat

Dhuha & tidur

qailulah

Solat Sunat

Dhuha & tidur

qailulah

Solat Sunat

Dhuha & tidur

qailulah

Solat Sunat

Dhuha & tidur

qailulah

1.00 tgh

Persiapan diri

& solat fardhu

Zohor

Persiapan diri

& solat fardhu

Zohor

Persiapan diri

& solat fardhu

Zohor

Persiapan diri &

solat fardhu

Zohor

Persiapan diri &

solat fardhu

Zohor

Persiapan diri

& solat fardhu

Zohor

Persiapan diri

& solat fardhu

Zohor

1.45 tgh Bacaan hadis

dari kitab

Fadail ‘ Amal

dan Muntkhab

Bacaan hadis

dari kitab

Fadail ‘ Amal

dan Muntkhab

Bacaan hadis

dari kitab

Fadail ‘ Amal

dan Muntkhab

Bacaan hadis

dari kitab

Fadail ‘ Amal

dan Muntkhab

Bacaan hadis

dari kitab

Fadail ‘ Amal

dan Muntkhab

Bacaan hadis

dari kitab

Fadail ‘ Amal

dan Muntkhab

Bacaan hadis

dari kitab

Fadail ‘ Amal

dan Muntkhab

2.15 ptg

2.45 ptg

3.45 ptg

4.00 ptg

4.45 ptg

5.15 ptg

6.15 ptg

7.30 mlm

Makan

Kelas Manzil

Kelas Tajwid

Kelas FATI

Solat fardhu

Asar dan zikir

Khidmat

kebersihan

asrama dan

riadah

Kebersihan

diri dan

makan malam

Solat fardhu

Maghrib dan

kelas hafazan

Sabak

Makan

Kelas Manzil

Kelas Tajwid

Kelas FATI

Solat fardhu

Asar dan zikir

Khidmat

kebersihan

asrama dan

riadah

Kebersihan

diri dan

makan malam

Solat fardhu

Maghrib dan

kelas hafazan

Sabak

Makan

Kelas Manzil

Kelas Tajwid

Kelas FATI

Solat fardhu

Asar dan zikir

Khidmat

kebersihan

asrama dan

riadah

Kebersihan

diri dan

makan malam

Solat fardhu

Maghrib dan

kelas hafazan

Sabak

Makan

Kelas Manzil

Kelas Tajwid

Kelas FATI

Solat fardhu

Asar dan zikir

Khidmat

kebersihan

asrama dan

riadah

Kebersihan

diri dan

makan malam

Solat fardhu

Maghrib dan

kelas hafazan

Sabak

Makan

Kelas Manzil

Kelas Tajwid

Kelas FATI

Solat fardhu

Asar dan zikir

Khidmat

kebersihan

asrama dan

riadah

Kebersihan

diri dan

makan malam

Solat fardhu

Maghrib dan

kelas hafazan

Sabak

Makan

Kelas Manzil

Kelas Tajwid

Kelas FATI

Solat fardhu

Asar dan zikir

Khidmat

kebersihan

asrama dan

riadah

Kebersihan

diri dan

makan malam

Solat fardhu

Maghrib dan

kelas hafazan

Sabak

Makan

Kelas Manzil

Kelas Tajwid

Kelas FATI

Solat fardhu

Asar dan zikir

Khidmat

kebersihan

asrama dan

riadah

Kebersihan

diri dan

makan malam

Solat fardhu

Maghrib dan

kelas hafazan

Sabak

Page 19: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

17

Hari /Masa SABTU AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

8.45 mlm Solat fardhu

Isyak

Solat fardhu

Isyak

Solat fardhu

Isyak

Solat fardhu

Isyak

Solat fardhu

Isyak

Solat fardhu

Isyak

Solat fardhu

Isyak

9.15 mlm Muzakarah

iman dan

amal

Muzakarah

iman dan

amal

Muzakarah

iman dan

amal

Muzakarah

iman dan

amal

Muzakarah

iman dan

amal

Muzakarah

iman dan

amal

Muzakarah

iman dan

amal

10.30 mlm

Tidur

Tidur

Tidur

Tidur

Tidur

Tidur

Tidur

Page 20: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

18

3.0 PENILAIAN TERHADAP KAEDAH DAN TEKNIK

Tahap kecekapan pelajar dengan kaedah dan teknik yang sesuai dapat dilihat melalui

penelitian dan pemerhatian semasa kajian dan analisa. Ia berkaitan dengan keadaan tempat semasa

menghafaz Al-Quran iaitu tempat yang tersorok atau sunyi sepi membolehkan pelajar tahfiz fokus

bacaan denga tenang tanpa gangguan. Nisbah bilangan pelajar tahfiz yang sedikit bagi satu-satu

masa hafazan dengan nisbah bilangan guru amat sesuai. Ini membolehkan guru menyemak bacaan

atau Tasmi’ bacaan dengan betul dan memperbetulkan jika terdapat kesilapan dari segi hafazan.

Pelajar yang cergas dan boleh membaca Al-Quran berkebolehan serta cekap menghafaz akan

memudahkan pencapaian objektif atau sasaran. Pelajar yang kurang pada suatu masa memberi

impak yang baik kerana guru memberi penumpuan yang banyak kepada pelajar yang ada. Maka,

objektif tercapai sekaligus hafazan menjadi lancar. Pelajar lebih cekap apabila proses mendengar

melalui rakaman dan merakan suara sendiri semasa hafazan agar dapat memperbaiki kelemahan

hafazan. Penilaian dapat dilihat dari sesi temuramah dengan beberapa orang pelajar iaitu mengenai

pemakanan yang sesuai bagi seseorang pelajar tahfiz. Pelajar tahfiz perlu kuat dan

memperkukuhkan ingatan dengan mengurangkan makan, solat pada waktu malam, membaca Al-

Quran, jauhi segala dosa, kesusahan, kesedihan dan menjauhi makanan dan minuman yang tidak

halal atau syubhah. Pelajar tahfiz cekap mengekalkan hafazan dengan baik kerana perlu menjauhi

maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati. Banyak berdoa terutama mustajab doa seperti ketika

berbuka puasa atau selepas azan. Pelajar perlu mengerjakan solat hajat kepada Allah dan solat

Taqwiyatul hifz. Teknik yang dilaksanakan memberikan pelajar lebih berkeyakinan untuk

menghafaz dengan sebaiknya. Hafazan dibaca dari ayat satu hingga akhir sebanyak 20 kali sebelum

menambah hafazan baru supaya hafazan kukuh dan mantap dalam ingatan. Semasa tempoh dua

tahun pertama akan mudah lupa apa yang telah dihafaz. Tempoh ini dipanggil masa tajmi atau

pengumpulan hafazan. Ini merupakan masa percubaan bagi para penghafaz Al-Quran. Pelajar

tahifiz mampu menghafaz secara mutqin dalam tempoh waktu setahun. Mengikut Sayidatina

Aisyah, Rasulullah S.A.W. menghafaz ayat-ayat Al-Quran dan disemak oleh Malaikat Jibril pada

tiap-tiap tahun iaitu dalam bulan Ramadhan.

Page 21: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

19

4.0 CADANGAN APLIKASI TEKNIK HAFAZAN DALAM BILIK DARJAH

Bagi melancarkan teknik hafazan dalam bilik darjah terdapat beberapa cadangan yang akan

dihuraikan mengikut kesesuaian. Didalam matapelajaran Pendidikan Islam biasanya aktiviti hafazan

dijalankan bagi menghafaz Al-Quran, hadis, isi penting dalam bidang agama seperti tauhid, ibadah,

fiqh, sirah dan akhlak. Apabila dikaitkan dengan matapelajaran lain contohnya ialah teknik hafazan

dijalankan dengan menghafaz formula matematik, ilmu sains dan fakta sejarah yang perlu diingat.

Guru perlu bersedia sebelum mengadakan sesi pengajaran hafazan iaitu perlu menyediakan bahan-

bahan yang hendak dihafaz seperti ayat Al-Quran. Aktiviti hafazan diulang-ulang beberapa kali

sehingga ramai antara murid dapat menyebut ayat-ayat yang diberi tanpa bantuan guru. Guru menilai

dengan mendengar sebutan ayat daripada murid. Aktiviti ini dinamakan tasmi’. Bagi meneguhkan

ingatan, murid dikehendaki menulis ayat dan mengulanginya dengan membaca ayat-ayat itu pada

masa lapang atau sebelum memulakan aktiviti menghafaz ayat-yat lain. Selain itu adalah teknik

hafazan dengan menggunakan kaedah Imla’ iaitu tulisan. Kaedah ini berlaku diantara Malaikat

Jibril dan Rasulullah S.A.W . Rasulullah menuturkan ayat-ayat yang berbentuk rencana kepada

sahabat-sahabat beliau. Pada sahabat mendengarnya terus menghafaznya dan pada masa yang sama

berikutnya pula ayat-ayat yang diperoleh dicatatkan oleh sahabat-sahabat nabi yang lain. (Ghazali

Darusalam, 2001). Didalam bilik darjah guru memilih atau menyediakan teks yang hendak

direncanakan mengikut objektif. Faedah kaedah Imla’ ini memberikan impak kepada murid kerana

dapat menajamkan kemahiran pendengaran, dapat kemahiran menulis, mengukuhkan daya ingatan,

dapat melatih murid dalam kefahaman dan mengumpul ayat-ayat Al-Quran, hadis, fakta-fakta

penting dalam bidang ilmu tertentu. Selain itu kaedah dirayah dan pemahaman dapat digunakan

untuk mengaplikasi teknik hafazan didalam bilik darjah. Pemikiran yang diperoleh daripada

hafazan, rencana,bacaan dan penulisan disebut pemahaman. Aktiviti pemahaman ini dijalankan

terus menerus agar dapat memahami agar mudah untuk menghafaz. Ahli-ahli pendidik Islam

memandang berat dan menaruh perhatian kepada kefahaman apabila menghafaz sesuatu. Kaedah

Tikrar atau ulangan bersesuaian diaplikasikan di dalam bilik darjah dengan menggunakan kaedah ini

untuk memberi keterangan kepada perkara-perkara yang belum difahami dan diingati murid.

Aktiviti ulangan ini juga digunakan untuk menghafaz Al-Quran dan hadis serta bidang-bidang ilmu

yang lain. Hasil daripada aktiviti ulangan biasanya murid dapat menyatakan perkara yang telah

berulang-ulang didengari tau disebut Ihdar. Bagi bidang bahasa pula, aktiviti ulangan ini digunakan

bagi membetulkan sebutan makhraj, memberi latihan menggunakan struktur nahu bahasa yang betul.

Page 22: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

20

5.0 KESIMPULAN

Pada peringkat rendah, murid perlu mempelajari matapelajaran Al-Quran terlebih

dahulu bagi memperolehi berkat, menghidupkan hati dan jiwa dalam keimanan dan cahaya

ilahi. Bagi mengajar Al-Quran kaedah pengajaran yang sesuai ialah Qira’ah (bacaan), Hafz

(hafazan), Kitabah (tulisan) dan Imlai (menyalin) Hafazan hendaklah disertakan dengan

kefahaman. Tanpa pemahaman maka tidak lengkaplah kerana ia adalah satu penyelewengan

(Ghazali Darusalam, 2001). Kaedah hafazan atau hafalan adalah ingatan secara langsung.

Kaedah ini dianggap penting bagi pelajar tahfiz. Mengikut analisa yang dibuat ke atas dua

buah sekolah tahfiz di Muar ini dapat dirumuskan bahawa kaedah dan teknik yang digunakan

banyak persamaan dan kurang perbezaannya. Kaedah ini merupakan amat penting untuk

menguatkan dan mengembangkan ingatan. Apa yang dihafaz dapat dikeluarkan semula

dengan lengkap dan kaedah yang digunakan kedua-dua buah sekolah ini memerlukan

kesungguhan dan ketekunan bagi mengingatkan apa yang telah dihafaz melalui lisan dan

bertulis. Diantara kaedah yang mempunyai persamaan ialah kaedah talaqqi musyafahah,

kaedah tikrar atau ulangan, kaedah Tasmi’ dan kaedah bacaan. Tetapi kedua-dua buah

sekolah tahfiz ini mempunyai strategi dan tekniknya yang tersendiri iaitu seperti Teknik

Rakam Suara, Teknik Menulis, Teknik Menghafaz Sebelum Tidur, Teknik Mengulang, dan

Teknik Menghafaz Dengan Seorang Teman , Teknik “Chunking”, Teknik Tumpu dan Ingat,

Teknik “Mindmaping”, Teknik “Pointer” dan “Keyword” dan Teknik Menulis. Semua

teknik ini merupakan matlamat pihak sekolah bagi memantapkan bacaan pelajar dalam

menghafaz 30 Juz Al-Quran. Bagi mencapai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

membaca Al-Quran dan penghayatannya ia memerlukan latih tubi , bermusyafahah secara

individu dan berkumpulan. Aspek membaca, menghafaz, memahami dan menghayatinya

memerlukan aktiviti melihat, mendengar, menyebut, memaham, mengamal dan menghayati.

Aspek hafazan dapat dicapai melalui maghafaz sesudah mendengar , menghafaz sesudah

melihat dan menghafaz sesudah membaca. Bagi menjayakan hafazan ini ulama-ulama

memberi beberapa peraturan untuk mengukuhkan ingatan antaranya mengulangi beberapa

kali apa yang hendak dihafaz , sebelum dapat menghafaz aktiviti mengulang dan belajar

diteruskan.

3508 patah perkataan

Page 23: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

21

LAMPIRAN

Gambar pelajar tahfiz Madrasah Nasihun Amin

Page 24: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

22

LAMPIRAN

Gambar pelajar Madrasah tahfiz An Nuur

Page 25: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

23

RUJUKAN / REFERENSI

Ahmad Mohd. Salleh. (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.

Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd. Salleh. (1998). Pendidikan Islam: Dinamika Guru Jilid I.

Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Sonhadji Mohamad. (1998). Tafsir Al-Quran:Juz 3(Tafsir Al-Quran di Radio).

Kuala Lumpur: Pustaka Al-Mizan.

Dr. Gamal Abdul Nasir Zakaria. (2001). Prinsip-prinsip Pendidikan Islam.

Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Ghazali Darusalam, (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Haji ’Abdul Qadir Leong. (1998). Tajwid Al-Quran:Rasm Uthmani. Kuala Lumpur:

Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Hj. Muhd. Noor bin Haji Ibrahim. (1968). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian

Al-Quran. Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia..

Kementerian Agama Republik Indonesia. (2010). Syaamil Al-Quran:Miracle The

Reference: Bandung: Sygma Publishing.

Maulana Abdullah Yusuf Ali. (1992). Al-Quran Nul Karim:Terjemahan dan huraian

maksud. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi:Murid dan Alam Belajar.

Mok Soon Sang. (2008). Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Selangor:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2008). Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 4. Selangor:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Prof. Dr. H. Mahmud Yunus. (1969). Tafsir Quran Karim 30 Juz. Kuala Lumpur: JAKIM.

Kuala Lumpur: Pts Publications & Distributors.

_____________. (1999). Al-Quran Mushaf Malaysia. Shah Alam: Yayasan Restu.

Dr. Ismail Abas, Fadzilah Mustapha, Abu Hisham Yusof, Muzni Borhan, Noor Lizza

Mohamed Said, Mohamed Zaini Yahya, Mohd Zamro Muda, Prof Madya Mohd

Ridzuan Awang. (2011). HBIS1103 : Kaedah pengajaran Pendidiakan Islam.

Page 26: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 (SMP …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/82013114… · Selain itu memudahkan pengajaran dijalankan di dalam ... contoh

24

Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Laman Web

Ustaz Md. Abdu bin Sahak, Sejarah Pembukuan Al-Quran , Ahad 28 Oktober 2008,

http://dinulislam.saifulbahri.net, Atas Talian pada 18 Jun 2012

_______, ____________, _________________,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec

=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm , Atas talian pada 14 Jun 2012

_______, ____________, _________________,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0413&pub=utusan_malaysia&sec=

Bicara_Agama&pg=ba_04.htm&arc=hive, Atas talian pada 14 Jun 2012

_______, ____________, _________________,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0316&pub=utusan_malaysia&sec=

Bicara_Agama&pg=ba_03.htm&arc=hive, Atas talian pada 14 Jun 2012

______, ____________, _________________,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1022&pub=utusan_malaysia&sec=

Bicara_Agama&pg=ba_04.htm&arc=hive, Atas talian pada 14 Jun 2012