fakulti pendidikan dan bahasa semester mei /...

23
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / TAHUN 2012 ____________________________________________________________ HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK ___________________________________________________________ NO. MATRIKULASI : 720819065378001 NO. KAD PENGENALAN : 720819065378 NO. TELEFON : 019-3432005 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM

Upload: dangbao

Post on 01-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / TAHUN 2012

____________________________________________________________

HBAE1203

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK ___________________________________________________________

NO. MATRIKULASI : 720819065378001

NO. KAD PENGENALAN : 720819065378

NO. TELEFON : 019-3432005

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM

Page 2: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

1

Penghargaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam keupayaan yang terbatas dan kekangan masa yang menghimpit diri,

dapat juga saya menyiapkan tugasan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor

saya iaitu Dr. Hamdzun bin Haron atas sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau

dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya

menyempurnakan tugasan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada e-tutors saya iaitu

Puan Nor Azizah binti Atan, rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan di ruangan forum

yang telah menyumbang ilmu dan berkongsi pengetahuan sepanjang saya menyiapkan

tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan ini buat keluarga tercinta kerana memahami

serta memberi semangat kepada saya dalam meneruskan cabaran untuk membawa

pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat lelah pastinya ada

hikmat disebaliknya.

Terima kasih.

Page 3: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

2

Isi Kandungan Muka Surat

i. Penghargaan 1

ii Isi Kandungan 2

1.0 Pengenalan 3

2.0 Pengertian Kreativiti 4

3.0 Kepentingan Kreativiti Kepada Kanak-Kanak 4

4.0 Robert Fisher 5

5.0 Tahap Perkembangan Pemikiran Kreatif Fisher 6

6.0 Proses Pengajaran dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual Melalui 8

Pendekatan Pemikiran Kreatif Fisher

6.1 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual 8

6.2 Huraian Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni 12

Visual Berdasarkan 5 Peringkat Pemikiran Kreatif Fisher

7.0 Analisa 5 Peringkat Perkembangan Pemikiran Kreatif Fisher 15

Dan Perkaitannya Dengan Perkembangan Diri Kanak-kanak

8.0 Implikasi Pendekatan Fisher Terhadap Perkembangan Kreativiti Murid 17

6.0 Rumusan 18

9.0 Rujukan

1.0 Lampiran

Page 4: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

3

1.0 Pengenalan

Dalam usaha melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif , guru

pendidikan seni diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas tersebut. Ini sejajar dengan

matlamat Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan

kepada usaha untuk melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi

membangunkan negara. Hal ini demikian, kerana subjek pendidikan seni visual dilihat

sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif murid berkembang

berbanding dengan subjek lain.

Bagi melahirkan murid yang kreatif, guru pendidikan seni berdepan dengan

cabaran murid yang kurang kreatif. Mereka juga tidak berminat mengikuti program dan

aktiviti seni yang diajar oleh guru mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Mereka beranggapan subjek seni tidak penting berbanding dengan subjek

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Hanya sebahagian daripada mereka menunjukkan

minat terhadap subjek tersebut kerana mereka mempunyai bakat semulajadi dan

mempunyai asas dalam melukis.

Menurut Hoffa (1964), program dan aktiviti seni seharusnya dijadikan landasan

terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti di kalangan

murid. Justeru itu, subjek ini berperanan menjana idea murid dalam melakukan eksplorasi

dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Selain itu juga, pemupukan

pemikiran kreatif perlu disemai di peringkat kanak.kanak lagi.

Bagi meningkatkan tahap kreativiti di kalangan murid-murid, guru pendidikan

seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan pendekatan

yang digunakan oleh mereka dalam memupuk perkembangan kreativiti di kalangan

kanak-kanak. Tokoh-tokoh seni tersebut ialah Fisher (1943), Laura H.Chapman dan

Calvin W.Taylor. Setiap tokoh tersebut mempunyai pendekatan yang berbeza dalam

melahirkan kanak-kanak yang kreatif.

Dalam hal ini, Pendekatan Pemikiran Kreatif Fisher (1943) boleh digunakan oleh

guru pendidikan seni bagi merangsang minda murid-murid yang kurang kreatif dan tidak

minat akan subjek tersebut.

Page 5: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

4

Pengetahuan tentang 5 Tahap Perkembangan Pemikiran Kreatif Fisher penting

sebagai panduan dan rujukan bagi guru dalam merancang aktiviti seni visual. Dengan itu,

aktiviti-aktiviti seni yang dirancang lebih tersusun dan menjamin proses pembelajaran

agar berjalan dengan baik dan berkesan.

2.0 Pengertian Kreativiti

Pelbagai pandangan dan pengertian tentang kreativiti. Perbezaan pandangan dan

pengertian ini berlaku disebabkan istilah dan pandangan tokoh- tokoh akedemik dalam

bidang kajian masing-masing. Perkataan kreativiti merupakan perkataan yang berasal

daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang bermaksud “membuat” . Selain itu juga,

“creare” dalam bahasa Greek bermaksud “memenuhi”. Menurut Kamus Dewan, (2002)

kreativiti ditakrifkan sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif,

kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta,

menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Dalam konteks ini, ia

merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang

kreatif. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan

sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

Secara ringkasnya, kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir,

Justeru, kreativiti sebenarnya boleh dibentuk dan dilatih. Ramai pengkaji

mengklasifikasikan kemahiran berfikir secara kreatif sebagai kemahiran menggunakan

otak kanan. Individu yang mempunyai kebolehan „kreatif‟ biasanya mempunyai perasaan

yang istimewa dan eksklusif kerana individu ini dianggap mempunyai kualiti sejati yang

jarang ditemui (Md Nasir Ibrehim & Ibrehim Hassan, 2003) dalam (Abdul Shukor

Hashim et al., 2011).

3.0 Kepentingan Kreativiti kepada Kanak-kanak

Dalam perkembangan kanak-kanak, aktiviti yang menjana kreativiti memainkan

peranan penting. Hal ini demikian, kerana aktiviti ini memberi peluang kepada kanak-

kanak menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara.

Disamping itu juga, aktiviti ini menggalakkan mereka untuk berfikir. Contohnya, setelah

selesai melukis, kanak-kanak merancang untuk mempamerkan hasil kerja mereka.

Page 6: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

5

Mereka juga belajar membuat keputusan dalam memilih lukisan yang terbaik untuk

dipamerkan. Selain itu, mereka perlu tahu bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka

telah berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh

digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni

menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara

berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka

pengetahuan akademik.

4.0 Robert Fisher (1943)

Robert Fisher atau lebih dikenali sebagai Fisher merupakah penyelidik dan ahli

akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Beliau merupakan professor pendidikan

di Universiti Brunel. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan

kerana beliau telah mengajar selama 20 tahun di sekolah-sekolah di UK, Afrika, Hong

Kong dan menjadi pengetua selama lima tahun di sebuah sekolah rendah di barat London.

Beliau mendapat PhD kerana usaha beliau membuat penyelidikan dalam bidang Falsafah

Kanak-kanak.

Beliau telah menerbitkan lebih daripada 30 buah buku mengenai pendidikan

termasuk “Stories for Thinking Series”, “Teaching Children to Think” dan “Teaching

Children to Learn”. Buku-buku beliau telah diterjemahkan ke dalam 10 bahasa dan ciri-

ciri dalam banyak projek penyelidikan berjaya.

Robert Fisher merupakan perunding kepada sekolah, pihak berkuasa pendidikan

tempatan dan organisasi kerajaan. Beliau merupakan penasihat kepada kemahiran berfikir

dalam Kurikulum Kebangsaan di England dan Strategi Rendah Kebangsaan. Beliau telah

dirujuk oleh banyak organisasi termasuk DfES, Arts Council dan British Council dan

adalah ucaptama pada persidangan kebangsaan dan antarabangsa.

Salah satu daripada bidang penyelidikan beliau ialah tentang perkembangan

kreativiti kanak-kanak. Menerusi penyelidikan yang telah dijalankan, Robert Fisher

menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu peringkat rangsangan,

Page 7: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

6

peringkat penerokaan, peringkat perancangan, peringkat aktiviti dan peringkat kajian

semula.

5.0 5 Tahap Perkembangan Pemikiran Kreatif Fisher

Berdasarkan teori perkembangan kreativiti Fisher, guru pendidikan seni visual

perlu mengetahui tentang perkembangan kreativiti murid mempunyai tahap-tahap

tertentu. Pengetahuan tentang peringkat dan tahap tersebut boleh dijadikan panduan dan

rujukan dalam merancang aktiviti seni visual yang dapat menjana minda kreativiti murid

dan menjurus kepada penghasilan karya seni yang kreatif .

Fisher (1943) menjelaskan bahawa 5 tahap dalam pemikiran kreatif merangkumi:

(a) Peringkat Rangsangan

Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya.

Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.

(b) Peringkat Penerokaan

Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab

persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.

(c) Peringkat Perancangan

Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua

aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.

Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 2 cara iaitu:

• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,

pemerhatian, interaksi dan sebagainya.

• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

(d) Peringkat Aktiviti

Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui

tindakan setelah merencana segala aktiviti.

Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti

„‟Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?‟‟

Page 8: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

7

(e) Kajian Semula

Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses

penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.

Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah

dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

Rajah 5.1 : Perkembangan kreativiti menurut Fisher (1943)

Peringkat Rangsangan

Peringkat Kajian Semula

PERINGKAT KREATIVITI OLEH FISHER (1943)

Peringkat Penerokaan

Peringkat Perancangan

Peringkat Aktiviti

Page 9: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

8

6.0 Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Melalui Pendekatan Pemikiran Kreatif Fisher

Pendekatan Pemikiran Kreatif Fisher dapat dilihat berdasar rancangan pengajaran harian

pendidikan seni visual di bawah.

6.1. Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual

Matapelajaran : Pendidikan Seni Visual

Tahun : 5 Ikhlas

Tarikh : 20 Jun 2012

Masa : 8.55 pagi- 9.55 ( 60 minit)

Bil.Murid : 35 orang

Bidang : Menggambar (Mozek)

Tajuk : Buah-buahan Tempatan

Hasil Pembelajaran :

Aras 1

1. Mengaplikasikan elemen Asas Seni Reka yang sesuai dalam menggambar.

2. Mengetahui dan menggunakan bahasa seni visual (istilah) yang mudah untuk

berinteraksi .

Aras 2

1. Menggambar berdasarkan idea yang diperolehi dari pemerhatian dan

penerokaan alat, bahan dan teknik

Aras 3

1. Menggambar dengan menggunakan gabungan pelbagai alat, bahan dan teknik

yang lebih kreatif dan kemas.

2. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan.

Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat :

1. Murid dapat membuat lakaran buah-buahan tempatan mengikut gambaran imej

masing-masing.

2. Murid dapat menghasilkan mozek buah-buahan tempatan menggunakan teknik

lukisan dengan kemas dan baik.

3. Murid menghargai hasil karya sendiri dan rakan-rakan.

Pengetahuan sedia ada murid:

1. Murid pernah melukis dan mewarna

Page 10: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

9

2. Murid mengenali jenis-jenis buah-buahan tempatan.

Nilai Murni : bekerjasama, berkeyakinan diri, ketekunan,

Kekemasan dan kebersihan

Alat : Gunting,

Bahan : Kertas warna, kertas majalah dan gam

Kemahiran Berfikir : Kemahiran belajar, menjana idea, membuat

gambaran mental

Strategi Pembelajaran : Direktif, Pemerhatian, Konstruktivisme, koperatif,

Kecerdasan Pelbagai. Kolaboratif

Bahan Bantu Mengajar : Slide power point seni kata lagu dan ” Buah-buahan

Tempatan, contoh karya mozek, slide power point

langkah-langkah penghasilan mozek

Langkah

/Masa

Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

(10 minit)

1.Guru memperdengarkan nyanyian,

memaparkan seni kata lagu dan

menunjukkan paparan slide power

point gambar “ Buah-buahan

Tempatan”.

2.Guru bersoaljawab dengan murid

berdasarkan tajuk pelajaran.

a. Apakah nama buah

yang digelar sebagai

raja buah?

b. Apakah nama buah

yang digemari oleh

monyet kerana rasanya

lazat?

c. Apakah nama buah

yang berwarna unggu

gelap. Ia juga

mempunyai banyak

tampuk.

d. Apakah nama buah

yang di dalam

badannya terdapat

beribu biji yang boleh

dibuat benih?

1.Murid mendengar,

menyanyi dan melihat

slide power point lagu

” Buah- buahan Tempatan”

dengan penuh minat.

2.Murid menjawab soalan

diajukan oleh guru dengan

seronok seronok.

1. Durian

2. Pisang

3. Manggis

4. Betik

Teknik soal jawab

Kecerdasan

pelbagai:

Verbal-linguistik

interpersonal

Pembelajaran

kontekstual

Page 11: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

10

Langkah 1

(10 minit)

1. Guru menunjukkan gambar mozek

dan memperkenalkan tajuk

pelajaran pada hari ini.

2. Guru menanyakan soalan tentang

mozek dan mengaitkan dengan

kehidupan seharian murid.

a) Di manakah kamu dapat melihat

mozek?

b) Apakah pandangan kamu

tentang mozek?

c) Nyatakan ciri-ciri mozek?

3. Guru menerangkan maksud

mozek dan mengaitkan mozek

dengan unsur-unsur dan prinsip-

prinsip seni.

Maksud Mozek.

Mozek merupakan satu

aktiviti guntingan, susunan, dan

tampalan. Setiap kertas yang

ditampal mempunyai jarak di

antara satu sama lain.

4.Guru menunjukkan contoh

gambar buah-buahan dan contoh

karya mozek yang telah siap.

1.Murid melihat dan

mendengar penerangan

guru dengan penuh minat.

2.Murid menjawab soalan

guru dengan mengaitkan

mozek dengan

pengetahuan sedia ada

mereka.

a) lantai rumah

b) dinding dapur

c) bilik air

3.Murid mendengar dan

mencatat penerangan guru.

4.Murid melihat

Contoh memerhati

contoh karya mozek yang

telah siap.

Strategi:

Kontektual

Kecerdasan

Pelbagai – Verbal

Linguistik

Direktif

Pemerhatian

ABM maujud

Langkah 2

(10 minit)

1.Guru menerangkan tentang alat dan

bahan yang akan digunakan untuk

menghasilkan mozek buah-buahan.

- Kertas warna

- Kertas majalah

- Gam

- Gunting

2. Guru meminta murid mengeluarkan

alat dan bahan yang diperlukan.

1.Murid akan mendengar

penerangan guru.

2.Murid mengeluarkan bahan

dan alat masing-masing.

Alat dan bahan:

kertas warna,

kertas majalah,

gam, gunting,

Strategi:

Konstruktivisme

Page 12: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

11

Langkah 3

(10 minit)

1.Guru menunjukkan cara untuk

menghasilkan karya mozek.

2.Guru menerangkan langkah-langkah

penghasilan mozek buah-buahan.

1. Melakar gambar buah-buahan

2. Memilih warna.

3. Menggunting kertas warna

atau kertas majalah.

4. Menyusun kertas warna yang

telah digunting ke atas lakaran

buah-buahan tersebut.

5. Menampal kertas warna atau

kertas majalah ke atas lakaran

buah-buahan.

1 .Murid melihatdengan teliti

aktiviti yang ditunjukkan

oleh guru.

2.Murid mengikut langkah –

langkah penghasilan mozek

buah-buahan.

ABM :

Slide power point

langkah-langkah

penghasilan

mozek

Nilai: tekun,

berhati-hati

Bertanggung

jawab ke atas

pembelajaran

sendiri untuk

menghasilkan

tugasan

Langkah 4

(15 minit)

1.Guru menunjukkan cara melakar

dan menampal kertas warna atau

kertas majalah yang sudah digunting

di atas gambar buah-buahan yang

telah dilakar.

2.Murid melakar dan

menampal kertas warna

dan kertas majalah

di atas gambar buah-buahan

yang telah dilakar mengikut

kreativiti masing-masing

3.Murid diminta

menyiapkan karya mozek

buah-

buahan dengan

kemas sehingga selesai.

Bahan : Kertas

warna,kertas

majalah, gam

Alat : gunting

Nilai :,

kekemasan,

kesungguhan

Page 13: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

12

Penutup

(5 minit)

Penilaian

Hasil

Pembelajar

an :

Apresiasi

dan refleksi

:

Apresiasi dan Refleksi;

1. Guru membuat rumusan

berdasarkan hasil kerja murid-murid

secara keseluruhan.

2.Memberi pujian kepada murid

kerana memahami tajuk hari ini.

3. Guru meminta murid menyanyikan

lagu ”Buah- Buahan Tempatan”

berserta pergerakan.

1.Murid menghargai hasil

karya sendiri dan rakan-

rakan.

2.Murid menunjukkan hasil

kerja masing-masing

di hadapan kelas.

3.Murid menyanyikan lagu

”Buah-buahan Tempatan”

sampai memegang hasil

kerja masing-masing.

SDP:

Nyanyian

Pergerakan kreatif

BBM :

Projektor,carta

senikata lagu

“Buah-buahan

Tempatan “

Nilai :

Berani mencuba

Keyakinan diri

Refleksi Guru

Pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Murid memberi

komitmen yang tinggi kerana mereka minat dan seronok dalam menghasilkan mozek

“Buah-buahan Tempatan” Oleh sebab itu, kepelbagaian mozek berjaya dihasilkan kerana

mereka kreatif dalam membuat penerokaan bahan. Dengan itu, objektif yang disasarkan

dapat dicapai.

7.0 Huraian Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni

Berdasarkan 5 tahap Perkembangan Kreativiti Fisher.

Rajah 7.1 : Domain Kognitif Taksonomi Bloom

Page 14: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

13

a) Peringkat Rangsangan

Berdasarkan rancangan pengajaran dan pembelajaran di atas, set induksi yang

dijalankan merupakan peringkat rangsangan dalam perkembangan kreativiti Fisher. Guru

dapat merangsang pemikiran murid menerusi nyanyian lagu “Buah-buahan Tempatan”,

paparan slide power point yang menunjukkan seni kata lagu dan juga gambar- gambar

buah-buahan tempatan serta sesi soaljawab antara guru dan murid berdasarkan tajuk yang

diperkenalkan. Pada peringkat ini juga, murid berasa teruja dan secara tidak langsung

pemikiran mereka terangsang dengan perasaan ingin tahu serta mengaitkan tajuk dengan

pengetahuan sedia ada mereka.

Soalan dalam sesi soal jawab dengan murid yang digunakan oleh guru pada peringkat ini

berpandukan aras soalan Taksonomi Bloom iaitu aras PENGETAHUAN seperti berikut:

1. Apakah nama buah yang digelar sebagai raja buah?

2. Apakah nama buah yang digemari oleh monyet kerana rasanya lazat?

3. Apakah nama buah yang berwarna unggu gelap. Ia juga mempunyai

banyak tampuk.

4. Apakah nama buah yang di dalam badannya terdapat beribu biji yang

boleh dibuat benih?

b) Peringkat Penerokaan

Setelah pemikiran murid dirangsang, guru membawa murid meneroka tentang tajuk

yang diperkenalkan. Penerokaan murid dapat dilihat dalam langkah 1 yang terdapat

dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran ini. Pada peringkat penerokaan ini, guru

memperkenalkan, menunjukkan gambar mozek dan mengaitkan mozek dengan

kehidupan seharian murid. Kemudian, guru memberi maksud teknik mozek dalam

menggambar dan mengaitkan dengan unsur-unsur dan prinsip-prinsip seni. Dengan itu,

murid berminat untuk membuat penerokaan terhadap tajuk baru dipelajari oleh mereka.

Mereka mula mengetahui tentang unsur-unsur dan prinsip-prinsip seni yang akan

digunakan bagi menghasilkan karya mereka.Misalnya, garisan, bentuk, rupa, warna,

harmoni kontra, imbangan dan sebagainya.

Page 15: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

14

Guru bersoaljawab dengan murid berdasarkan aras soalan Taksonomi Bloom iaitu aras

KEFAHAMAN. Soalan-soalan guru adalah seperti berikut

1) Di manakah kamu dapat melihat mozek?

2) Apakah pandangan kamu tentang mozek?

3) Nyatakan ciri-ciri mozek?

c) Peringkat Perancangan

Menerusi langkah 2 dan 3 dalam pengajaran dan pembelajaran ini, guru

menerangkan kepada murid tentang penggunaan alat dan bahan bagi menghasilkan teknik

mozek “Buah-buhan Tempatan” seperti gam, gunting, kertas warna atau majalah.

Pengetahuan tentang penggunaan alat dan bahan ini memudahkan murid membuat

perancangan dalam menghasilkan karya mereka. Selain itu juga, guru menerangkan

langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh murid dalam menghasilkan mozek “Buah-

buahan tersebut dengan memperlihatkan slide power point. Dengan pengetahuan yang

diperoleh, mereka dapat merealisasikan perancangan mereka dalam menghasilkan karya

seperti yang dikehendaki.

Pada peringkat ini aras Taksonomi Bloom yang digunakan oleh guru dalam langkah 2

dan 3 ialah aras KEFAHAMAN. Contoh soalan guru adalah seperti berikut:

1. Terangkan alat dan bahan yang diperlukan dalam menghasilkan mozek

“Buah-buahan Tempatan.

2. Sebutkan semula langkah-langkah bagi menghasilkan mozek “Buah-buahan

Tempatan”.

d) Peringkat Aktiviti

Peringkat ini dapat dilihat berdasarkan langkah 4 dalam rancangan pengajaran dan

pembelajaran yang disediakan. Pada peringkat aktiviti ini, guru menunjukkan cara

melakar dan menampal kertas warna atau kertas majalah yang sudah digunting di atas

gambar yang dilakar. Setelah mahir melakar dan menampal kertas warna atau kertas

majalah, murid boleh menghasilkan teknik mozek “Buah-buahan Tempatan” mengikut

kreativiti masing-masing.

Page 16: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

15

Soalan yang dikemukakan oleh guru kepada murid mengikut Aras Taksonomi Bloom

ialah aras APLIKASI. Soalan-soalan tersebut adalah seperti berikut:

1. Gunakan alat dan bahan dengan teliti semasa melakar gambar “Buah-buahan

Tempatan”.

2. Gunakan kreativiti masing-masing dalam menampal kertas warna atau kertas

majalah di atas lakaran gambar “Buah-buahan Tempatan sehingga siap.

e) Peringkat Kajian Semula

Berpandukan rancangan pengajaran dan pembelajaran ini, peringkat kajian

semula dapat dilihat menerusi sesi penutup yang dilaksanakan. Guru meminta murid

memaparkan hasil kerja sendiri, membuat refleksi diri terhadap karya yang dihasilkan.

Dengan ini, murid dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dalam mempelajari

tajuk yang disampaikan oleh guru. Selain itu juga, guru memberi peluang kepada murid

menghargai karya sendiri dan rakan-rakan dengan memberi pujian dan galakan kerana

berjaya menghasilkan karya yang kreatif dan menarik.

7.2 Analisa 5 Peringkat Perkembangan Fisher Dan Perkaitannya Dengan

Perkembangan Diri Kanak-Kanak

Hasil yang diperoleh daripada analisa yang dibuat ke atas murid tahun 5 Ikhlas

dalam pengajaran dan pembelajaran seni di atas, jelas membuktikan bahawa pemikiran

pelajar berjaya dirangsang melalui penglibatan mereka dalam aktiviti nyanyian,

pemerhatian mereka terhadap gambar “Buah-buahan Tempatan “ yang dipaparkan. Ini

menjadikan murid secara tidak langsung mempunyai daya ingin tahu yang tinggi semasa

sesi soal jawab dijalankan. Secara perlahan-lahan, perkembangan kreativiti dan ciri-ciri

positif dapat dilihat melalui teori ini.

Berdasarkan analisa guru pada peringkat penerokaan pula, murid lebih yakin

dalam memberi pendapat mereka kerana mereka dapat mengaitkan mozek dengan

kehidupan seharian mereka.Selain itu, mereka berasa sungguh seronok dan teruja untuk

melibatkan diri dalam sesi soal jawab dan perbincangan yang dijalankan kerana

pemikiran mereka telah dijana untuk memahami tajuk yang dipelajari. Dengan ini,

Page 17: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

16

perkembangan pemikiran kreatif dapat dilihat semasa mereka menggunakan unsur-unsur

dan prinsip seni dalam menyiapkan karya mereka.

Menerusi analisa guru pada peringkat perancangan pula, guru mendapati murid

peka dalam merancang aktiviti yang hendak dilakukan.Mereka menunjukkan minat yang

tinggi dengan memberi pendapat semasa sesi soaljawab yang diadakan. Disamping itu

juga, mereka berjaya merancang untuk memanipulasikan penggunaan alat dan bahan

yang akan digunakan dalam menyiapkan karya mereka. Selain itu juga, pemikiran

mereka mula berkembang setelah mereka melihat slide power point yang menunjukkan

langkah-langkah menghasilkan mozek “Buah-buahan Tempatan”. Dengan itu, mereka

akan dapat melakukan tugasan mereka dengan lancar, gembira dan saling berkerjasama

dengan kawan-kawan yang lain.

Analisa dan pemerhatian guru pada peringkat aktiviti pula mendapati, pemikiran

kreativiti murid telah terserlah menerusi kesabaran, ketekunan, ketelitian mereka semasa

membuat lakaran gambar dan menampal kertas warna atau kertas majalah dalam

menghasilkan mozek “Buah-buahan Tempatan”. Tambahan pula, mereka sudah mahir

dalam penggunaan alat dan bahan yang digunakan dalam menghasilkan karya yang

menarik dan kreatif.

Hasil analisa terakhir yang diperoleh oleh guru pada peringkat kajian semula

membuktikan bahawa murid ingin membuat refleksi diri terhadap karya yang dihasikan

oleh mereka di hadapan guru dan kawan-kawan. Perasaan seronok, gembira dan

keterujaan mereka terserlah kerana mereka dapat menunjukkan hasil karya

mereka.Mereka beranggapan hasil usaha mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan

lain. Namun begitu, mereka tidak lupa menghargai hasil karya kawan-kawan mereka

dengan bekerjasama semasa menunjukkan hasil karya masing-masing. Hal ini,

memudahkan guru memberi galakan dan penghargaan di atas usaha dan komitmen

mereka dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Selain itu

juga, murid sedia menerima kritikan dan berfikiran positif untuk mengelakkan

melakukan perkara yang tidak diingini daripada terjadi semula.

Page 18: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

17

8.0 Implikasi Pendekatan Fisher Terhadap Perkembangan Kreativiti Murid

Guru pendidikan seni visual boleh mengetahui ciri-ciri perkembangan kreativiti

dalam diri kanak-kanak berdasarkan implikasi yang diperoleh daripada sesi pengajaran

dan pembelajaran yang dijalankan.

a) Kelancaran

Pada peringkat rangsangan, guru berjaya merangsang minda murid tahun 5 Ikhlas

dengan nyanyian dan penggunakan slide power point untuk memperlihatkan gambar

“Buah-buahan Tempatan” bagi memudahkan sesi soalan jawab diadakan. Berdasarkan

analisa yang dibuat, 33 murid boleh menjawab soalan berbanding dengan 2 orang yang

masih belum berani berbuat demikian. Berdasarkan teori Fisher, kelancaran murid-murid

dapat dilihat semasa mereka menyanyi dan menjawab soalan pada peringkat rangsangan

ini.

b) Bersifat Terbuka

Berdasarkan peringkat penerokaan Fisher dalam rancangan pengajaran dan

pembelajaran ini, murid lebih terbuka dalam sesi soal jawab yang diadakan. Dengan itu,

mereka boleh menerima pandangan, pendapat guru dan kawan-kawan mereka

berdasarkan semasa sesi soal jawab yang dijalankan. Sifat terbuka murid juga dapat

dilihat pada peringkat penilaian. Murid dapat menerima pandangan dan kritikan daripada

guru dan rakan mengenai hasil karya dan kerja mereka.

c) Keaslian

Implikasi peringkat aktiviti Fisher dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran

ini dapat dilihat berdasarkan hasil mozek “Buah-buahan Tempatan yang dihasilkan oleh

murid. Karya yang dihasilkan oleh mereka asli dan berbeza daripada contoh-contoh

karya yang ditunjukkan oleh guru mereka . Ini kerana mereka dapat menjana kreativiti

pada peringkat ini.

d) Kepekaan

Mengikut analisa guru, kesan kepekaan dapat dikesan pada peringkat perancangan

Fisher. Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif dalam merancang dan memetakan

semua aktiviti. Dengan ini, mereka dapat membuat perancangan secara verbal dan visual

Page 19: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

18

yang melibatkan perbincangan, pemerhatian, penggunaan graf dan imej lukisan.

Disamping itu juga, kepekaan mereka dapat dilihat dalam kekreatifan mereka

memanipulasikan alat dan bahan bagi merancang idea yang ingin direalisasikan dalam

menghasilkan karya mereka.

9.0 Rumusan

Kesimpulannya, guru pendidikan seni visual mestilah bijak dalam menangani

masalah murid yang kurang kreatif dan tidak berminat terhadap mata pelajaran

pendidikan seni visual ini. Kebijaksaan guru dalam menangani masalah yang dihadapi

akan menarik minat murid untuk mempelajari matapelajaran tersebut.

Dengan mengaplikasikan teori perkembangan pemikiran kreatif Fisher dalam

merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni ini, persepsi murid

terhadap matapelajaran ini dapat diubah. Mereka mula berminat terhadap matapelajaran

ini berbanding dengan tanggapan negatif mereka pada awalnya. Disamping itu juga, guru

dapat menjana perkembangan pemikiran kreatif kerana murid mula seronok dalam

mempelajari subjek pendidikan seni ini.

Berdasarkan pendekatan perkembangan pemikiran Fisher ini terdapat lima

peringkat perkembangan pemikiran murid yang perlu diketahui oleh guru. Peringkat

tersebut ialah peringkat rangsangan, penerokaan, perancangan, aktiviti dan peringkat

kajian semula. Pengetahuan dalam setiap peringkat ini memudahkan guru menyusun

langkah-langkah bagi menyediakan aktiviti pembelajaran seni yang menarik.

Menerusi 5 peringkat perkembangan pemikiran Fisher ini juga, guru dapat

melihat proses pemikiran kreatif yang merangkumi perkembangan fizikal, sosial, dan

emosi murid semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan

demikian, kreativiti murid dapat dicungkil dan murid dapat menyalurkan keistimewaan

diri mereka pada tempat yang sepatutnya. Ini penting bagi melahirkan murid yang kreatif

yang boleh membawa manfaat kepada diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat dan

negara.

Page 20: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

19

Rujukan

Abdul Shukor et al.(2011).HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak. Modul

Bangi.

Hasaan Mohd Ghazali. (1993).Dimensi Pendidikan Seni. Delta., Petaling Jaya.

Kathleen Chee. (2010). Pendidikan Seni Visual SPM. Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.,

Mohd Johari Ab.Hamid (2004),

Mohd. Azhar Abd.Hamid (2004) Kreativiti:Konsep dan Teori Praktis.Johor.Universiti

Teknology Malaysia

Mok Soon Sang. (2012). Perkembangan Kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.,

Puchong.

Rousliluddin et al.(2011). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual.Modul Open

University Malaysia.

Isernberg .(2001) . Kepentingan Aktiviti dan Kreativiti dalam Perkembangan Kanak-Kanak.

Diakses pada 4 Julai 2010 daripada:

http://seluascitasegunungharapan.blogspot.com/2010/04/kepentingan-aktiviti-dan-

kreativiti.html

Teaching thinking and creativity.(2008). Diakses pada 4 Julai 2010 daripada:

http://www.teachingthinking.net/thinking/pages/robert_fisher_biography.htmhttp://www.teac

hingthinking.net/thinking/web%20resources/robert_fisher_expandingminds.htm

Page 21: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

20

Lampiran

Seni Kata lagu “Buah-Buahan Tempatan

Contoh Gambar “Buah-buahan Tempatan

durian manggis rambutan ciku

Page 22: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

21

Contoh Lakaran Gambar Buah-buahan Tempatan

Contoh Hasilan Mozek “Buah-buahan Tempatan”

Page 23: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · seni perlu mengetahui pandangan tokoh-tokoh seni tentang kreativiti dan

HBAE1203

22

Langkah-langkah Membuat Mozek

1. Melakar gambar buah-buahan

2. Memilih warna.

3. Menggunting kertas warna atau kertas majalah.

4. Menyusun kertas warna yang telah digunting

ke atas lakaran buah-buahan tersebut.

5. Menampal kertas warna atau kertas majalah di

atas lakaran buah-buahan.

Langkah-langkah Membuat Mozek : “Buah-buahan Tempatan”