hbml1203 fonetik dan fonologi bahasa...

21
PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NO MATRIKS : 73120202086172001 NO KAD PENGENALAN : 731202-08-6172 NO TELEFON : 0139053663 EMEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : KUALA TERENGGANU

Upload: ngonhi

Post on 02-Feb-2018

343 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2012

HBML1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NO MATRIKS : 73120202086172001

NO KAD PENGENALAN : 731202-08-6172

NO TELEFON : 0139053663

EMEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : KUALA TERENGGANU

Page 2: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 2

KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN 3

2 PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KONSONAN DAN VOKAL

BAHASA MELAYU 4

- PENGERTIAN KONSONAN DAN VOKAL 4

- ALAT-ALAT ARTIKULATOR DAN DAERAHNYA 5

- FUNGSI ALAT ARTIKULASI 6

3 PENGHASILAN BUNYI VOKAL 8

4 PENGHASILAN BUNYI KONSONAN 11

5 PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON DALAM

SISTEM FONOLOGI BAHASA MELAYU 14

6 PERBEZAAN FONEM DAN ALOFON 14

7 CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU DAN

KEPENTINGANNYA 16

8 KESIMPULAN 19

9 BIBLIOGRAFI 21

Page 3: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 3

1.0 PENGENALAN

Umumnya, ilmu linguistik difahamkan sebagai bidang yang mengkaji bahasa. Menurut

David Crystal(1991), linguistik ialah kajian bahasa secara saintifik. Haruko Momma(2001)

pula berpendapat bahawa ilmu linguistik ialah disiplin atau bidang ilmiah yang berkaitan

dengan kajian bahasa sebagai sains. Terdapat beberapa cabang ilmu linguistik termasuk

etimologi, fonologi, leksikologi, mofologi, semantik dan sintaksis serta sosiolinguistik.

Setiap bidang ini meneliti aspek tertentu dalam bidang bahasa.

Fonologi menurut Adrian Akmajian dalam bukunya Linguistik:Pengantar Bahasa

dan Komunikasi yang diterjemahkan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi

pengertian seperti berikut “ Fonologi ialah subbidang linguistik yang mengkaji struktur dan

pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi digunakan dalam dua

cara, dari satu segi fonologi ialah sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang mengawal

penyebaran bunyi tersebut. Dari segi lain pula, dirujuk sebagai tentang bahasa manusia yang

umum yang berkaitan dengan sifat universal system bunyi semulajadi ”.(1995:112)

Manakala Frank Parker dalam Linguistik Untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan “

Fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang

menentukan sebutan ”. (1974:112). Abdullah Hassan pula dalam Linguistik Am untu Guru

Bahasa Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam

sesuatu bahasa. (1993:40)

Fonetik merupakan bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan

oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Ia

adalah asas kepada kajian fonologi tetapi tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang

dihasilkan oleh manusia serta tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang

dituturkan oleh manusia dengan sempurna. (Siti Hajar Abd. Aziz. 2008:90). Mengikut

Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksa, 1984:51) “ Ilmu yang menyelidiki penghasilan

penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa”. Kamus Pelajar Karisma oleh Ahmad

Mahmood Musanif Fonetik merupakan cabang ilmu linguistik yang mempelajari tentang alat

pertuturan serta bunyi yang dihasilkan dalam sesuatu bahasa. (2001:133). Fonetik terdapat

dalam tiga cabang iaitu Fonetik Artikulasi, Fonetik Akuistik dan Fonetik Auditori. Peta

minda di bawah menjelaskan cabang ketiga-tiga nya.

Page 4: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 4

Gambarajah 1 : Cabang-cabang Fonetik .

2.0 PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU

2.1 Pengertian Konsonan dan vokal

Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan (disengaukan).

Vokal adalah bunyi bersuara, yang mana untuk menghasilkan vokal, udara keluar

melalui rongga oral tanpa sekatan. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah,

keadaan rongga mulut dan keadaan bibir. Vokal dalam Bahasa Melayu terbahagi

kepada empat iaitu vokal hadapan, vokal tengah, vokal belakang dan vokal yang

dinasalkan.

Konsonan pula ialah bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi

ini menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut,

tekak atau hidung. Bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak. Dalam

Bahasa Melayu terdapat dua jenis konsonan iaitu konsonan asli dan konsonan

pinjaman.

•Mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian artikulator yang terlibat dalam penghasilan bunyi serta mengkelaskan alat tutur seperti lidah, bibir, lelangit keras dan lembut, anak tekak dan sebagainya.

Fonetik Artikulasi

•Mengkaji tentang sifat fizikal bahasa iaitu bunyi unjuran yang dihasilkan pita suara. Gelombang bunyi dapat diukur menggunakan alat spectrogram dan osiloskop.

Fonetik Akuistik •Mengkaji tentang cara bunyi ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan oleh otak. Proses yang paling kompleks kerana proses ini bersifat mujarad.

Fonetik Auditori

Page 5: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 5

Gambarajah 2 : Jenis-jenis konsonan

2.2 Alat-alat artikulator dan daerah letaknya

Artikulator atau pengeluar bermaksud alat utama yang menghasilakn bunyi di mana

ia dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa

kedudukan. Contoh hujung lidah, bibir lelangit dan sebagainya. Daerah artikulasi

atau daerah pengeluar pula merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai oleh

artikulator seperti gigi atas, gusi dan lelangit keras.

*Gambarajah 3 : Alat Artikulasi

KONSONAN

KONSONAN ASLI

Terdapat lapan belas konsonan asli termasuk dua konsonan vokal. Konsonan Bahasa Melayu terbahagi

kepada tujuh iaitu letupan, letusan, geseran, getaran,

sisian, sengauan dan separuh vokal.

KONSONAN PINJAMAN

Merupakan kata-kata asing yang dipinjam. banyak

konsonan pinjaman telah diganti dengan konsonan

Melayu tetapi bunyi asalnya masih dikekalkan.

Page 6: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 6

Rujukan Gambarajah:

1. Bibir atas 11. Tengah lidah

2. Bibir bawah 12. Belakang lidah

3. Gigi atas 13. Akar lidah

4. Gigi bawah 14. Epiglotis

5. Gusi 15. Pita suara

6. Lelangit keras 16. Rongga tekak

7. Lelangit lembut 17. Rongga hidung

8. Anak tekak 18. Rongga mulut

9. Hujung lidah 19. Rahang

10. Hadapan lidah 20. Tengkorak

2..2.1 Fungsi alat artikulasi

Lidah

Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.

Lidah terbahagi kepada empat bahagian iaitu hujung, tengah, hadapan dan belakang lidah.

Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis bunyi.

Gigi

Peranan gigi tidaklah aktif. Kedudukannya statik dan sentiasa digunakan sebagai

penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.

Bibir

Terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal

yang boleh dihamparkan dan dibundarkan serta berperanan mengeluarkan berbagai bunyi. Ia

juga berfungsi untuk membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Page 7: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 7

Gusi

Merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam

rongga mulut. Digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang

berfungsi membuat sekatan.

Lelangit

Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lelangit keras dan lembut. Lelangit lembut

menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras pula

bermula dari sempadan gusi di hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk

menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan,

rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut. Sekiranya mulut

tertutup, udara keluar melalui rongga hidung.

Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Ia boleh di. buka dan

ditutup, bergantung kepada keadaan anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Terletak di dalam ruang tenggorok dan amat penting untuk menghasilkan bunyi.

Terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Apabila pita suara

kendur dan renggang udara lalu tanpa halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis.

Keadaan glotis terbuka sewaktu bernafas dan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/ iaitu bunyi

tidak bersuara. Apabila pita suara tegang dan rapat glotis tertutup, udara tidak dapat keluar

tetapi dapat hasilkan bunyi letupan glottis /?/. Jadi pita suara menentukan bunyi bersuara

atau tidak bersuara.

Anak Tekak

Terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran lelangit lembut dan ia

bersambungan dengan lelangit lembut. Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan yang

Page 8: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 8

menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu sengau atau tidak. Anak

tekak boleh diturun naikkan.

Rahang

Rahang penting dalam pembunyian vokal. Keadaan terbuka antara atas dan bawah

rahang sempit sewaktu membunyikan vokal (i) dan (u) tetapi terbuka luas ketika

membunyikan vokal (a) dan (e).

2.3 PENGHASILAN BUNYI VOKAL

Vokal terbahagi kepada tiga iaitu :

Vokal Hadapan

*Gambarajah 4 : Kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu

Vokal hadapan sempit [i]

* Gambarajah 5

Hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras, lelangit lembut

dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya udara

keluar menggetarkan selaput suara. Contoh kata: [ikan]-awal kata, [lihat]-tengah

kata [topi]-akhir kata

Page 9: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 9

Vokal Hadapan Separuh Sempit [e]

*Gambarajah 6

Hadapan lidah berada di tengah, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita

suara dirapatkan. Contoh kata: [elo?]-awal kata, merah]-tengah kata, kol]-akhir kata

Vokal Hadapan Separuh Luas [Ə]

Hadapan lidah dinaikkan separuh luas kea rah lelangit keras, lelangit lembut dan anak

tekak dinaikkan menutup rongga hidung, pita suara bergetar. Contoh kata: [ Əmak]-

awal kata, [pƏmbƏli] –tengah kata.

*Gambarajah 7

Vokal Hadapan Luas [a]

Terletak jauh di bawah, mulut hampar dan terbuka luas. Hadapan lidah dinaikkan

sedikit kea rah lelangit keras. Anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung,

pita suara bergetar. Merupakan vocal paling banyak digunakan dalam Bahasa Melayu.

Contoh kata: [ahli]-awal kata, [nãnas]- tengah kata, [mãmã]-akhir kata

*Gambarajah 8

Page 10: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 10

2) Vokal Belakang

*Gambarajah 8: Kedudukan rahang ,bibir dan lidah untuk hasilkan [a],[u],[i]

Vokal Belakang Sempit [u]

Belakang lidah dinaikkan kea rah lelangit lembut untuk menyempikan rongga mulut,

lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan, pita suara bergetar. Contoh kata: [ baru] ,

[bubuh]

*Gambarajah 9

Vokal Belakang Separuh Sempit [o]

Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut, lelangit lembut dan

anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung, pita suara digetarkan..

Contoh kata: [oleh], [tolol]

*Gambarajah 10

Vokal Belakang Separuh Luas [Ɔ]

Belakang lidah dinaikkan separuh luas kea rah lelangit lembut, lelangit lembut dan

anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan suara digetarkan. Merupakan

vocal yang paling luas sekali dalam Bahasa Melayu. Contoh kata: [Ɔraŋ], [bƆraŋ]

Page 11: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 11

3) Vokal Tengah

Vokal Tengah Pendek [∂]

Bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah antara lelangit keras dan lembut, lelangit

lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan

supaya suara bergetar apabila udara melaluinya. Vokal ini hanya terdapat di awal dan

tengah sukukata sahaja. Contoh kata: [p∂rahu], [t∂mpat]

4) Vokal Sengauan/ Dinasalkan

Rongga hidung, lelangit lembut dan anak tekak tidak dinaikkan tidak tinggi untuk

tidak menutup rongga hidung supaya udara keluar dari rongga hidung dan mulut.

Semasa kata dituturkan udara tidak keluar seratus peratus. Tanda [~] sebagai lambing

di atas vokal berkenaan. Contoh kata: [mãkan], [ŋãŋi]

2.4 PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Konsonan Letupan

Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, udara tersekat pada dua bibir

kemudian dipaksa keluar, jika mulut cepat dibuka keluarlah bunyi [p], kerana pita

suara tidak bergetar ia dinamakan letupan dua bibir tak bersuara. Jika pita suara

bergetar terbitlah bunyi [b] iaitu letupan dua bibir bersuara. Udara disekat dengan

merapatkan dua bibir, hujung lidah kena pada gusi, lelangit lembut dinaikkan, jika

proses sekatan ini dilepaskan terdengarlah bunyi [t] letupan gusi tak bersuara.

Kalau pita suara digetarkan pula terbitlah bunyi letupan gusi bersuara iaitu [d].

Bunyi letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] untuk menghasilkannya belakang

lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat udara. Anak tekak dan lelangit

lembut dirapatkan ke rongga hidung. Apabila pita suara dirapatkan arus udara keluar

melalui rongga mulut untuk menggetarkan pita suara. Maka lahirlah bunyi [g]. Bunyi

[c] terhasil apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras menyekat arus

udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang. Arus udara tidak

Page 12: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 12

menggetarkan pita suara tetapi udara perlu dilepaskan perlahan-lahan. Untuk

menghasilkan konsonan [j] iaitu letupan lelangit lembut bersuara, proses yang

sama dilakukan tetapi pita suara bergetar. Hentian [?]: hentian glotis terhasil dengan

cara lelangit lembut dan anak tekakdinaikkan ke dinding rongga tekak untuk

menyekat udara ke rongga hidung, pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar

tersekat di rapatan pita suara menyebabkan pita suara tidak bergetar, maka hentian

glotis terhasil.

*Gambarajah 10: Konsonan letupan [p][b][t][d][k][g][j]

Konsonan Letusan

Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk

membuat sekatan pada udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding

rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Ketika ini pita suara

diregangkan, udara dilepaskan perlahan-lahan dan tidak menggetarkan pita suara.

Untuk menghasilkan konsonan [j] pula pita suara digetarkan.

Konsonan Geseran

Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Lelangit

lembut dan anak tekak dinaikkan ke rongga tekak untuk menyekat arus udara ke

rongga hidung. Pita suara diregangkan tanpa bergetar, terhasillah bunyi [s] iaitu

bunyi geseran tidak bersuara. Apabila udara melalui pita suara yang renggang,

rongga mulut seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal , bunyi [h] pun terjadi, iaitu

geseran glotis tidak bersuara.

Page 13: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 13

*Gambarajah 11: konsonan geseran [s][h]

Konsonan Getaran

Bagi menghasilkan [r], hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui

antara lidah, gusi serta lidah bergetar, lelangit lembut pada masa ini dinaikkan. Ini

dinamakan getaran gusi bersuara.

*Gambarajah 12

Konsonan Sisian

Untuk bunyi [l] hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut

ditinggikan dan pita suara bergetar. Udara keluar di tepi-tepi lidah. Bunyi yang

dihasilakn dinamakan bunyi sisian gusi bersuara.

*Gambarajah 13

Konsonan Sengauan (nasal)

Terdapat empat bunyi nasal dalam Bahasa Melayu, perbezaannya berlaku pada

daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan

lelangit lembut dinaikkan, bunyi [m]- dua bibir dirapatkan, bunyi yang terhasil

dinamakan sengauan dua bibir bersuara. [n] pula hujung lidah dinaikkan ke gusi.

Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan gusi bersuara. [Л] pula tengah lidah

Page 14: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 14

dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan

keras bersuara. [ŋ] Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut, bunyi yang

dihasilkan dipanggil bunyi sengauan lelangit lembut bersuara.

*Gambarajah 14

Separuh Vokal

Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal,kedudukan lidah tidak tetap tetapi bergerak

membuat luncuran. Terdapat dua jenis separuh vokal iaitu [w] lidah mula-mula

seperti membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal lain. Bunyi ini dinamakan

separuh vokal dua bibir bersuara. [y] pula kedudukan lidah seperti membunyikan

[i], kemudian bergerak kedudukan vokal lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal

lelangit keras bersuara.

*Gambarajah 15

3.0 PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON DALAM SISTEM FONOLOGI

BAHASA MELAYU

3.1 Pengertian Fonem dan alofon

Fonem adalah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Misalnya kata

/bayang/ dan /layang/, bunyinya hampir sama. Yang berbeza hanya [b] dan [l]. ia

juga unit bahasa terkecil yang berfungsi, merupakan satu unit ujaran yang bermakna

atau perkataan yang terdiri daripada beberapa unit bunyi misalnya /palu/. Kata ini

pula terdiri daripada empat unit bunyi iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil

Page 15: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 15

fonem. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu p

dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit ini membezakan maksud

ujaran. Setiap bahasa ada fonem yang berbeza, setiap bahasa ada pola atau sistem

tersendiri dalam menyusun bunyi-bunyi tersebut. Meskipun dua bahasa itu

mempunyai fonem yang sama namun distribusi atau penyebaran berbeza dalam

Bahasa Melayu. Fonem dan transkipsi fonem diletakkan dalam kurungan / /. Fonem

yang terdiri daripada anggota fonem yang yang dipanggil alofon. Contohnya fonem p

dalam /palu/,/ lupa/ dan /luap/. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai

letupan bibir yang sempurna tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan

bibir yang tidak sempurna iaitu tidak diletupkan,.dengan kata lain alofon adalah

anggota-anggota kepada fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu

sama lain tetapi tergolong ke dalam satu fonem, ini berlaku akibat terpengaruh oleh

bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya.

3.2 Perbezaan Fonem Dan Alofon

Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi, manakala anggota fonem terdiri

daripada anggota fonem.Variasi suatu fonem yang tidak membezakan erti dinamakan

alofon. Alofon juga merupakan kelainan bunyi tetapi masih dalam satu fonem.

Kaedah Penentuan Fonem Dan Alofon.

3.2.1 Kaedah Pasangan Minima

Merupakan kaedah utama untuk mengenalpasti fonem. Konsep pasangan minima

merujuk kepada keadaan dua kata yang ada perbezaan hanya pada satu bunyi dan

perbezaan ini wujud pada kedudukan yang sama. Bunyi atau segmen berkenaan

dianggap fonem sekiranya ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu

segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan dari segi makna. Contohnya:

[tari] [dari]

[patah] [padah]

[tuli] [duli]

Page 16: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 16

Kesemua perkataan itu mempunyai perbezaan pada satu segmen sahaja iaitu [t] dan

[d]. segmen [t] dan [d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana kedua-

duanya dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi yang sama di gusi-gusi.

Perkataan di atas juga jelas berbeza dari segi makna.

3.2.2 Kaedah Pasangan Minima Terdekat

Bertujuan mengenalpasti sesuatu segmen sebagai fonem. Berdasarkan

kaedah ini sekiranya terdapat segmen berbeza tetapi sama dari segi fonetik

pada lingkungan yang sama dalam perkataan yang berbeza makna kedua-

duanya adalah fonem berbeza (bukan alofon kepada satu fonem).

Contohnya : [tabah]-[tapah], [tekak]-[tegak].

3.2.3 Kaedah Penyebaran saling Melengkapi

kaedah utama dalam usaha mengenalpasti suatu segmen sebagai alofon.

Konsep ini wujud apabila dua segmen dari kelompok yang sama tidak

boleh hadir dalam lingkungan sama iaitu hanya boleh hadir pada awal

kata, tidak boleh pada lingkungan tengah dan akhir kata. Manakala ada

yang sebaliknya, kehadiran segmen-segmen ini memperlihatkan saling

lengkap melengkapi sebagai alofon kepada satu fonem. Contoh segmen

[k] dalam [kita], [suka], [kalau].

3.2.4 Kaedah Variasi Bebas

Tujuan kaedah untuk mengenalpasti suatu segmen sebagai alofon. Variasi

bebas merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon sebagai satu fonem

yang tidak membezakan erti. Fonem [i] mempunyai dua alofon, begitu

juga fonem /o/, /e/, /u/. contoh lain dalam /faham/-/paham/ dan

sebagainya.

4.0 CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU DAN KEPENTINGANNYA

4.1 Pengertian Suprasegmental

Unsur-unsur bahasa ialah unsur-unsur segmental kerana tiap-tiap satu bunyi

merupakan satu segmen atau penggalan daripada pertuturan. Kita menuturkan

Page 17: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 17

segmen-segmen dengan berbagai tekanan dan nada. Kadang-kadang kita berhenti

sebentar sehingga terdapat kumpulan kata. Kata-kata itu diucapakan sama ada sama

rata atau mendatar sahaja. Ada empat unsur bahasa yang perlu diperhatikan iaitu

tekanan, nada , jeda dan panjang pendek. Unsur-unsur inilah dinamakan

suprasegmental.

4.2 Ciri-ciri suprasegmental

Terdapat lima unsur suprasegmental iaitu:

4.2.1 Tekanan

Menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau

lembutnya sebutan suku kata itu. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah / /.

Lambang ini diletakkan ke atas suku kata yang menerima tekanan misalnya /buda?/.

Dalam Bahasa Melayu tekanan tidak membezakan makna.

4.2.2 Nada

Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau

perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 rendah, 2 biasa, 3 tinggi dan 4

paling tinggi. Biasanya dimulakan dengan nada 2, kemudian nada menaik apabila

ada tekanan dan turun hingga 1, contoh : Saya hendak balik. Dalam Bahasa Melayu

nada juga fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai sifat-sifat

bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.

4.2.3 Jeda

Juga disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan antara unsur-

unsur linguistik sama ada perkataan, ayat atau rangkaikata. Lambang yang

digunakan ialah #. Unsur ini membezakan makna. Contoh : [#buang sampah ema?#]

adalah berbeza maknanya dengan [#buang sampah# ema?].

4.2.4 Panjang pendek

Page 18: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 18

Adalah kadar panjang atau pendek sesuatu bunyi itu diucapkan. Lambang bagi

fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bererti panjang sebutan

bunyi itu adalah satu mora. Manakala lambang [::] menunjukkan dua mora dan

lambang [.] setengah mora. Bagi Bahasa Melayu unsur ini tidak membezakan

makna.

4.2.5 Intonasi

Intonasi ialah corak turun naik ayat dan perubahan nada suara yang telah berlaku

dalam ayat. Tiap-tiap ayat disifatkan sebagai satu kumpulan tona dan biasanya

mempunyai satu kumpulan tona.Dalam satu kumpulan tona terdapat satu suku

kata yang menonjol, tinggi bunyinya jelas kedengaran serta suku kata ini

menunjukkan perubahan turun naik ayat tersebut. Intonasi ayat dalam Bahasa

Melayu berbeza-beza. Misalnya dalam ayat berita menurun manakala dalam ayat

tanya intonasinya meninggi di akhir ayat.

4.3 Kepentingan suprasegmental dalam kemahiran lisan pengajaran Bahasa Melayu

Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan

pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu. Bahasa Melayu

khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara yang mana ia

melibatkan lima unsur suprasegmental. Kemahiran lisan dalam Bahasa Melayu

bermula dengan mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menurut Currie(1973)

‘ Usually, methods is classified by the way we try to achieve the aim; thus we hear of

expository methods, heuristic methods, activity methods and the like. Method is thus

the psilosophy of our teaching task in a given subject in that it oreintates us to the

teaching. What we have described as teaching techniques are ways in which, this

philosophy is realised in actual class lessons.’

Kemahiran mendengar adalah proses terpenting bagi mendapatkan maklumat,

melalui penggunaan unsur-unsur suprasegmental iaitu tekanan kelantangan suara

amat perlu dalam penyampaian maklumat dengan jelas. Nada tinggi rendah intonasi

suara pula boleh menggambarkan kepentingan isi dan maklumat yang guru ingin

Page 19: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 19

sampaikan selain dapat menarik perhatian murid, contohnya situasi kelas yang bising

ketika jalankan aktiviti kumpulan, guru perlu meninggikan nada suara agar murid

memberi perhatian segera. Paling penting bagi pengucapan lisan adalah jeda bahasa

kerana pemahaman murid mungkin akan berbeza dengan maksud guru sebenar.

Menurut ILA(1996) kemahiran mendengar merupakan proses menerima dan

memahami maklumat dan kemudiannya bertindak balas terhadap percakapan. Dalam

kemahiran mendengar murid akan menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa.

Mendengar juga adalah kemahiran lisan yang akan merangsang kemahiran bertutur

murid. Maklumat yang diterima akan diterjemahkan dalam bentuk interaksi lisan

dengan rakan-rakan. Selain itu unsur-unsur suprasegmental penting dalam

kemahiran membaca, dengan adanya unsur tersebut murid akan membaca dan

menyebut/ mengeluarkan bunyi bahasa dengan betul dan mudah difahami tidak

hanya mendatar. Contohnya untuk bacaan mekanis, selain itu suprasegmental juga

digunakan dalam teknik-teknik pengajaran seperti simulasi, soaljawab dan main

peranan. Penggunaan jeda, tekanan dan nada semasa aktiviti ini menjadikan

persembahan lebih menarik, paling ketara contohnya semasa pertandingan bercerita,

pidato atau berbalas pantun.

.

5.0 KESIMPULAN

Sebagai rumusannya, fonologi sebagai bidang khusus dalam linguistik iaitu

pengamatan terhadap bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya untuk membezakan

makna leksikel. Untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa beberapa unsur dan alat

sebutan terlibat secara tidak langsung. Alat-alat sebutan ini amat penting bagi

penghasilan bunyi yang betul dan difahami. Bunyi yang bermakna itulah bunyi

bahasa. Melalui bunyi bahasa manusia lebih mudah berinteraksi sesama sendiri.

Kajian tentang bahasa memberi kefahaman yang lebih mendalam terhada

penghasilan dan penggunaan bahasa itu sendiri dari sekecil-kecilnya seperti

penglibatan alofon dalam fonem yang telahpun dijelaskan dalam tugasan ini.

Page 20: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 20

Namun demikian apabila fonem berada di dalam ayat ia akan melalui beberapa

proses khususnya intonasi, nada ,jeda, tekanan dan panjang pendek. Bunyi-bunyi

bahasa ini juga mempunyai lambang-lambang tertentu yang menggambarkan

sebutan. Akhirnya penglibatan suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan

amat penting sebagai satu cara penyampaian maklumat. Penggunaan unsur-unsur

suprasegmental dalam kemahiran mendengar dan bertutur perlu difahami dan

dititikberatkan kerana sesuatu maklumat itu mungkin akan disalahertikan hanya

kerana silap jeda atau intonasi penyampaian.

(3200)

Page 21: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7312020861… · Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012[Type the document title]

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM 21

BIBLIOGRAFI

Dr Ali Mahmood, Masudi Bahari, Lokman Abdul Wahid (2007). Pengenalan Fonetik dan

Fonologi Bahasa Melayu. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Farid M. Onn (1988: 1-4) (Persatuan Linguistik Malaysia). Bunga Rampai Fonologi Bahasa

Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Habibah Mohd Samin, Hasnah Awang (2010). Literasi Bahasa Melayu Untuk Panduan Pelajar-

Pelajar PISMP dan PGSR serta Pendidik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Habibah Mohd Samin, Hasnah Awang (2010). Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 Untuk

PPISMP. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Profesior Emiritus Abdullah Hassan (2007 : 165). Psikolinguistik Memahami Asas Pemerolehan

Bahasa. Kuala Lumpur: PTS Profesional Pendidikan.

http://ship.edu/~cgboeree/bandura.htmlhttp:www.karyanet.com.

http://www.Ilmubahasamelayu.blogspot.com/2011/05/fonem-dan-alofon.html

http://www.scribd.com/doc/56997256/fonem-Dan-Alofon

http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.html

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=47r