hbae 1203: perkembangan seni dan...

15
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK Musli Bin Ton (1) SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK NAMA PELAJAR : MUSLI BIN TON INSTITUSI : PUSAT PENGAJIAN OUM, SARAWAK NO. MATRIKULASI NO.KAD PENGENALAN : : 790529105769001 790529105769 TARIKH HANTAR : 9 JULAI 2012 NAMA TUTOR : ENCIK TURING ANAK ASUNG

Upload: duonghanh

Post on 03-Feb-2018

270 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7905291057… · HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK (1) Musli Bin Ton ... pemerhatian,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Musli Bin Ton (1)

SARJANA MUDA PENGAJARAN

(PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

HBAE 1203: PERKEMBANGAN

SENI DAN KANAK-KANAK

NAMA PELAJAR

:

MUSLI BIN TON

INSTITUSI

:

PUSAT PENGAJIAN OUM, SARAWAK

NO. MATRIKULASI NO.KAD PENGENALAN

: :

790529105769001 790529105769

TARIKH HANTAR

:

9 JULAI 2012

NAMA TUTOR

:

ENCIK TURING ANAK ASUNG

Page 2: HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7905291057… · HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK (1) Musli Bin Ton ... pemerhatian,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Musli Bin Ton (2)

Bil. Isi Kandungan Mukasurat

1.0

Pendahuluan 3

2.0

Komponen dan Pengertian Kreativiti 4

3.0 Lima Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher 4 - 6

4.0

Perkembangan Kanak-Kanak dan Hubungannya Dengan

Lima Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher

6 - 7

5.0

Kaitan Lima Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher 8

6.0

7.0

Aktiviti Pembelajaran dan Perkembangan Kreativiti Fisher

Perkembangan Kreativiti dari Aspek Asli

8 - 11

11 – 13

8.0

Kesimpulan

13

Rujukan

Page 3: HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7905291057… · HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK (1) Musli Bin Ton ... pemerhatian,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Musli Bin Ton (3)

1.0 Pengenalan

Dasar pendidikan dan pembangunan pada hari menjurus kepada kepentingan membina insan

yang berminda dan mampu bersaing dengan negara luar dalam pembangunan negara dan aspek

kreativiti dikatakan satu faktor penggerak ke arah itu. Justeru itu kreativiti harus dipupuk sejak

kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka masih belum dibentuk sepenuhnya oleh

persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kreativiti juga boleh dilihat

dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Sementara itu, estetika adalah

sesuatu penglibatan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan kepekaan kepada

persekitaran semula jadi persekitaran semula jadi serta persekitaran ciptaan manusia.

Kreativiti ini boleh ditingkatkan dengan cara melibatkan diri dengan aktiviti seni

khususnya dengan memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan-

bahan mewarna, melukis, bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan, di samping

membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria mereka untuk merasa dan mengenali

struktur, menghidu bahan mendengar bunyi dan lain-lain. Proses ini melalui kanak-kanak

dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik dan ingin tahu serta berkembang mengikut

fitrah semula jadi. Ini ditegaskan oleh pendapat Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-

kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang

gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

Kreativiti juga merupakan anugerah Tuhan yang dimiliki oleh semua individu. Namun,

bukan semua orang boleh menjadi individu yang kreatif dan mampu mencipta sesuatu yang luar

biasa. Hakikatnya pemikiran ini perlu dibangunkan dan dikembangkan dalam sejak kanak-kanak

lagi melalu pembelajaran formal dan tidak formal sama ada di sekolah ataudi rumah.

Page 4: HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7905291057… · HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK (1) Musli Bin Ton ... pemerhatian,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Musli Bin Ton (4)

2.0 Komponen dan Pengertian Kreativiti

Pelbagai takrifan diberi berkaitan dengan kreativiti. ”Kreativiti” berasal daripada perkataan

Latin iaitu ”creare” yang membawa maksud ”membuat”, manakala daripada perkataan Greek

pula ”creare” bermaksud ”memenuhi”. Kamus Dewan(2002) pula mentakrifkan kreativiti

sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan sesuatu itu.

Kreatif pula adalah kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea

baru dan asli) Manakala June King McFee pula berpendapat bahawa kreativiti itu sebagai

keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah

idea. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak

ada sebelumnya. Secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir dan

Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan (2003). menyatakan bahawa Individu yang mempunyai

kebolehan „kreatif‟ biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana individu ini

dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui.

Keseluruhannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan

sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti

sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya bagi sesuatu yang dihasilkan.

3.0 Lima peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher dan kaitannya dengan Pengajaran

Guru

Fisher adalah tokoh seni yang terkenal Beliau telah memperkenalkan teori perkembangan

kreativiti yang dikenali sebagai ”Perkembangan Kreatif Fisher: Dalam lima peringkat

perkembangan yang dikemukakan melalui sperti di bawah:

i. Peringkat Rangsangan

Tahap ini memerlukan kita untuk merangsang minda kanak-kanak dengan pelbagai soalan

kritikal seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan soalan-soalan yang yang menjurus ke arah

aspek itu berdasarkan domain Tasonomi Bloom.

1. Apakah yang cikgu pegang ini? ( Guru menunjukkan doh polistrin.)

Page 5: HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7905291057… · HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK (1) Musli Bin Ton ... pemerhatian,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Musli Bin Ton (5)

2. Mengapakah ia penting kepada kita?

3. Siapa yang tahu menggunakan doh ini?

4. Bagaimanakah ia digunakan untuk membuat kerja seni?

5. Bolehkah doh dibentuk menjadi sebuah pasu?

ii. Peringkat Penerokaan

Peringkat ini pula merupakan peringkat rangsangan telah berjaya merangsang pelajar berikutan

dari usaha kanak-kanak menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru berdasar

permasalahan atau perkara yang ditimbulkan.

iii. Peringkat Perancangan

Peringkat ini pula adalah proses menggalakkan pemikiran kreatif kanak-kanak untuk merancang

dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan yang berlaku dan aktiviti

pada peringkat ini akan dilakukan melalui dua cara seperti:

» membuat perancangan secara verbal melalui aktiviti perbincangan, pemerhatian, interaksi,

penerokaan dan sebagainya

» Perancangan yang dilakukan boleh dibuat secara visual seperti visual, graf, imej lukisan, peta

minda dan sebagainya mengikut keperluan dan kreativiti murid.

iv. Peringkat Aktiviti

Peringkat ini merupakan akitivit awal yang bermula dengan set idea. Bagi melahirkan pemikiran

kreatif kumpulan yang terbabit perlu merancang segala aktiviti dan semasa peringkat ini segala

perancangan yang dilakukan akan dibantu dengan cara mengemukakan soalan-soalan seperti

,”bagaimanakah tindakan yang pelu kita ambil untuk menlakukan aktiviti ini?

v. Kajian semula

Peringkat ini merupakan proses menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses

penambahbaikan terhadap apa yang telah dilakukan, selain melihat pencapaian objektif kerja.

Murid-murid diminta memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai

satu bentuk refleksi diri. Cara ini juga merupakan proses untuk memupuk dan mengembangkan

kreativiti para dalam kalangan kanak-kanak berdasarkan:

Page 6: HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7905291057… · HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK (1) Musli Bin Ton ... pemerhatian,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Musli Bin Ton (6)

• Teknik Penyoalan

Dilakukan bertujuan menimbulkan rangsangan atau respons melalui proses penyoalan melalui

sesi apresiasi seni

•Penemuan melibatkan aspek penemuan baru melalui penyelidikan dan kajian yang dilakukan

bersadarkan keperluan tajuk.

•Pemerhatian

Ketika melakukan aktiviti pemerhatian sebaiknya tidak hanya tertumpu kepada deria

pengamatan sebaliknya libatkan deria lain seperti deria sentuhan, deria bau dan sebagainya

untuk mendapat keputusan yang lebih tepat.

Jika lima tahap yang diasaskan oleh Fisher itu dilaksanakan secara terancang sudah pasti ia

dapat menghasilkan pencapaian yang diharapkan sesuai dengan objektif pengajaran dan

pembelajaran guru dan juga murid.

4.0 Perkembangan Kanak-Kanak dan Hubungannya Dengan Lima Peringkat

Perkembangan kreativiti Fisher

Aspek kreativiti itu sangat penting kepada kanak-kanak.Secara sedar atau tidak,

perkembangan kreativiti kanak-kanak ini sebenarnya turut berkait rapat dengan

perkembangan aspeklain seperti perkembangan kognitif, perkembangan fizikal, aspek kreatif,

aspek persepsidan aspek sosial, emosi dan fizikal seperti di bawah:

4.1. Aspek Sosial

Syamsu Yusuf (2007) berpendapat bahawa perkembangan sosial merupakan pencapaian

kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial pula diertikan sebagai proses belajar

untuk menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dalam masyarakat khasnya dalam pergaulan

antara satu sama lain tanpa mengira umur, pangkat dan budaya. Bagi situasi ini kanak-kanak

akan cuba berinteraksi dengan alat, bahan yang digunakan dalam aktiviti seni dan juga akan

melakukan interaksi dengan murid lain kerika aktiviti berlangsung. Contohnya kanak-kanak

belajar melalui aktiviti bermain keranaber main adalah cara paling asas untuk kanak-kanak

mengenal dunia dan persekitarannya.

Page 7: HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7905291057… · HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK (1) Musli Bin Ton ... pemerhatian,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Musli Bin Ton (7)

Selain itu ia dapat dapat menimbulkan perasaan gembira kepada kanak-kanak. Permainan juga

menggalakkan interaksi positif dalam kalangan murid dan seterusnya menyatukan kanak-kanak

yang mempunyai pengalaman dan bakat atau potensi yang pelbagai melalui perkongsian idea dan

sebagainya.

4.2 Aspek Fizikal

Menurut perkembangan fizikal Woolfook dan Margetts (2007), mampu menentukan kebolehan

kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya

dalam aktiviti yang dibuat. Bagi merangsang aspek ini guru bolehlah menggunakan peralatan

atau bahan yang dapat memberikan satu bentuk lathan berkesan kepada pergerakan fizikal

kanak-kanak khususnya yang melibatkan motor kasar dan motor halus. Contohnya, penggunaan

doh semasa menjalankan aktiviti mampu menggalakkan pergerakan motor halus kanak-kanak

semasa aktiviti yang melibatkan semua aspek pergerakan badan ketika melakukan kerja seni.

Aspek ini juga mementingkan kepeluan fizikal sepertibilik darjah yang kondusif dan selamat.

4.3 Aspek Emosi

Emosi ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan

beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. (Mohmood Nazar Mohamad, 1992).

Emosi merupakan suatu bentuk pengukuran kecerdasan emosi berhubung dengan pelbagai

bentuk perasaan tenang dan berfikiran waras. Emosi dan perasaan i8ni merangkumi tangisan,

gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan memperngaruhi warna kehidupan, membentuk sikap dan

personaliti serta menggerakkan arah hidup manusia.

Bagi melahirkan emosi yang sihat aktiviti yang sesuai boleh dilaksanakan seperti aktiviti

emosi agar ia membolehkan kanak-kanak berinteraksi, menambah keyakinan diri dan

meningkatkan keupayaan sosial mereka. Sebagai contoh semasa aktiviti fizikal, kanak-kanak

akan menjalankan aktiviti sukan permainan kecil berdasarkan kumpulan masing-masing. Aktiviti

ini menggalakkan mereka untuk berkomunikasi dan melahirkan perasaan masing-masing melalui

peneguhan dan kepuasan melalui permainan yang dijalankan.

Page 8: HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7905291057… · HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK (1) Musli Bin Ton ... pemerhatian,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Musli Bin Ton (8)

5.0 Kaitan Lima perkembangan Kreativiti Fisher dengan Perkembangan Kanak-Kanak

Hakikatnya kanak-kanak yang dilahirkan normal kebiasanya mengikut fitrah semulajadi dalam

proses tumbesaran mereka. Oleh yang demikian itu, sebahagian lakaran yang dihasilkan oleh

kanak-kanak, walaupun sekadar contengan biasa, hasil seni visual itu dianggap satu medium

komunikasi luahan pemikiran kanak-kanak. Ini kerana, melalui curahan perasaan kanak-kanak

semasa mengikut aktiviti tersebut, ianya dapat meransang kebebasan murid untuk mercernakan

idea mereka khususnya melalui lukisan dan aktivit nyanyian dan pergerakan. Melalui lukian

misalnya, kanak-kanak dapat berimiginasi dengan diri mereka sendiri, sama ada melalui

pengalaman mereka sendiri atau khayalan mereka yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh

orang dewasa seperti contoh lulkisan di bawah:

6.0 Aktiviti Pembelajaran dan Perkembangan Kreativiti Fisher

Hakikatnya kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif ini dapat kita lihat

tabiat mereka yang suka menconteng pada dinding, kertas dan sebagainya.. Aktiviti seni dan

kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam

pelbagai cara. Keingin yang tinggi mampu memupuk semangat kerjasama apabila aktiviti

dijalankan dan secara bebas meluahkannya atas kertas. Lihatlah bagaimana mereka berinteraksi

dengan bahan dan berkerjasama sehingga mampu melahirkan karya yang kreatif .

Page 9: HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7905291057… · HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK (1) Musli Bin Ton ... pemerhatian,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Musli Bin Ton (9)

Penghasilan karya dalam kalangan kanak-kanak secara langsung dipengaruhi oleh tahap umur

mereka sebagaimana yang dihuraikan di sini. Misalnya penghasilan sesuatu bentuk (pasu, cawan

dan sebagainya) menggunakan doh polistrin bagi menggantikan tanah liat adalah berbeza

mengikut tahap umur.

Tahap Umur dan perkembangan Kanak-Kanak

1.

PERINGKAT 1 (DUA TAHUN).

Pada tahap ini kanak-kanak akan mula bertanya soalan apakah doh polistrin itu . Mereka

akan cuba meneroka dan memegang serta merasa bentuknya sama ada ia benda yang

lembut atau pun keras, bolehkah benda itu dibentuk dileperkan , dipicit dan sebagainya.

2.

PERINGKAT 2 (TIGA TAHUN).

Pelbagai soalan dikemukan tentang apakah yang boleh dibuat dengan “polistrin” tersebut,

keinginan ini akan menyebabkan mereka memulakan proses mengguling, meleper bagi

membentuk sesuatu bentuk seperti bola kecil.

3.

PERINGKAT 3 (EMPAT TAHUN).

Pada peringkat ini mereka akan menunjukkan apa yang mereka hasilkan tadi terbentuk

yang dihasilkan dengan sendiri secara tidak sengaja.

4.

PERINGKAT 4 (LIMA TAHUN).

Pada tahap ini mereka sudah pasti dengan tentang apa yang akan dihasilkan misalnya

sebuah cawan atau sebuah pasu bunga atau objek lain.

• Alat dan Bahan

Dari aspek penggunaan bahan dan alat mereka telah dapat belajar melalui kehidupan

harian dan persekitaran di tadika. Guru perlu pastikan bahan dan alat yang disediakan

hendaklah dirancang dan direkabentuk bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan

serta meningkatkan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak.

Page 10: HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7905291057… · HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK (1) Musli Bin Ton ... pemerhatian,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Musli Bin Ton (10)

Guru perlu peka bahawa keperluan menyediakan sesuatu yang kreatif, baru dan pelbagai mampu

meransang dan meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak untuk mencuba dan menghasilkan

sesuatu rekaan sesuaidengan tahap umur dan kebolehanmereka. Misalnya penggunaan bahan

terbuang seperti kotak untuk menghasilkan model rumah. Bahan ini bukansaja jimat tetapi dapat

jga menyelamatkan alam semulajadi. Karya yang kreatif mampu dihasikan seperti ini. Melalui

pelbagai bahan ini, kanak-kanak akan terdorong untuk menyampaikan idea mereka dengan

tersendiri.

• Peranan Guru

Sebagai guru kita hendaklah menghargai idea kanak-kanak sebagai sesuatu yang bernilai.

Elahkan dari tidak mengindahkan atau mengenepikan idea kanak-kanak. Guru seharusnya

memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk mencuba sesuatu, merekacipta atau

membuat projek projek dengan idea sendiri tetapi dibimbing oelh guru. Guru yang kreatif

mampu memupuk dan meningkatkan daya kretiviti kanak-kanak daya imaginasi mereka. Dalam

hal ini hanya bertindak sebagai fasilitator semasa proses pembelajaran dan perlu menghormati

idea kanak-kanak walupun ia luar biasa, aneh atau berbeza. Di samping itu, guru juga menjadi

penggalak kepada kanak-kanak berfikir denganmengemukakan soalan–soalan yang berteraskan

aras Taksonomi Bloom seperti di bawah:

1. “Apa yang kamu buat?"

2. “Mengapa kamu buat begitu?”

3. “Kenapa tidak kamu buat begini?”

Page 11: HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7905291057… · HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK (1) Musli Bin Ton ... pemerhatian,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Musli Bin Ton (11)

• Kesediaan Kanak-kanak

Eva Essa dalam Early Childhood Curriculum, telah menyatakan bahawa kanak-kanak akan

melukis apa sahaja yang mereka ketahui dan lukisan mereka akan menggambarkan berasaskan 3

peringkat iaitu:

• Peringka contengan di mana kanak-kanak 2 hingga 4 tahun akan membuat contengan dan

tanda-tanda yang mewakili sesuatu, contoh bentuk bulat mewakili buah, segi empat mewakili

kotak dan bentuk-berntuk yang kain

•Peringkat preskematik melibatkan kanak-kanak yang berusia 4 hingga 7 tahun melukis sesuatu

yang ada dalam ingatan mereka walaupun tidak tepat, contoh contohnya melukis ahli

keluarganya menggunakan konsep “stickman”

Manakala peringkat skematik kanak-kanak yang berumur 7 tahun akan melukis sesuatu yang

lebih tepat seperti kereta ayahku.

7.0 Perkembangan kreativiti dari Aspek Keslian, Kelancaran, Keanjalan dan Kepekaan

Pelbagai istilah yang diberikan berhubung dengan kreativiti dariaspek penghasilan sesuatu karya.

Walaupun demikian disini hanya membincangkan aspek di bawah:

7.i Keaslian

Ketulinan berhubung rapat dengan idea yang baru, idea yang segar dan tidak pernah diketahui

oleh sesiapa pun. Idea kreatif yang dihasilkan adalah lebih baik dan berkualiti. Ianya juga

berwajah baru dari sudut konsep, prosedur dan perlaksaan idea baru tersebut. Idea baru ini tidak

mempunyai kaitan dengan mana-mana idea yang telah sedia ada. Ia wujud di kalangan

masyarakat dan tiada seorang individu terfikir tentangnya.

Page 12: HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7905291057… · HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK (1) Musli Bin Ton ... pemerhatian,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Musli Bin Ton (12)

Apabila sesuatu idea ditiru dan kemudian telah diadaptasikan dalam bentuk yang baru, idea

berkenaan tidak dikira dan diiktiraf sebagai satu bentuk idea yang baru lagi.

7.ii Kelancaran

Idea-idea kreatif baru terbit perlu diperluaskan serta diperkembangkan dengan pengisian

tambahan yang lain. Ia juga boleh dikecilkan, dibesarkan dan digabungkan dengan mana-mana

idea lama dengan tujuan untuk menghasilkan idea yang lebih bermutu. Idea asal itu boleh

diperluaskan dengan gabungan idea-idea baru. Salah satu daripada prinsip inovasi adalah idea

baru boleh dipelbagaikan supaya kelihatan lebih menarik dan memiliki ciri-ciri pasaran yang

tinggi. Idea yang tidak boleh diperluaskan akan hilang dan pupus menyebabkan ia tidak dapat

digunakan lagi.

7.iii Keanjalan

Idea kreatif dikatakan tidak bersifat statik dan kaku malahan ianya bersifat dinamik. Ia

boleh bergerak merentasi amalan dan disiplin ilmu bidang lain. Kepelbagaian bidang dan

pengalaman menjadikan idea kreatif lebih mudah diterbitkan. Gabungan daripada pelbagai

sumber, pengetahuan, pengalaman dan pendekatan bagi menghasilkan idea yang lebih baik serta

bermutu. Hari ini, semua bidang kehidupan boleh dikaitkan dengan kreativiti. Kreativiti boleh

bergerak menerusi pelbagai saluran, merentasi berbagai benua, bangsa dan tidak mengira apa

budaya sekali pun. Perlaksanaan aktiviti yang bersifat terbuka dapat membantu murid

untukmengembangkan kreativiti mereka objek dan tumpuan. Aktiviti dan projek ini biasanya

lebih mementingkanproses sesuatu berbanding dengan hasilannya. Contohnya semasa aktviti

membuatkolaj, kanak-kanak membentuk sepenuhnya semasa aktiviti menampal tersebut

menekankan bagaimana murid menzahirkan sifat kreatif itu melalui tampalan yang dibuat.

seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi

serta optimis.

Page 13: HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7905291057… · HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK (1) Musli Bin Ton ... pemerhatian,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Musli Bin Ton (13)

7.iv Kepekaan

Seseorang individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling

termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran dan turut sensitif menggunakan deria.Mimiliki

keterbukaan di dalam menertima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil kerja

mereka malahan bersifat bebas dan demokratik. Idea yang bersifat diversiti dan kepelbagaian

adalah ciri-ciri utama kreativiti. Bagi memanipulasikan idea-idea kreatif, pelbagai kaedah dan

pendekatan boleh digabungkan agar ianya mudah dilaksanakan. Berdasarkan idea-idea ini, ia

banyak mewujudkan idea-idea alternatif yang baru. Apabila idea pertama gagal digunakan maka

idea kedua dan seterusnya boleh digunakan, begitulah seterusnya berlaku. Idea-idea kreatif

adalah bersifat fleksibel dan tidak rigid. Ia juga boleh digabungkan ataupun dikurangkan. Namun

begitu, ia tidak boleh diketepikan sama sekali dan idea-idea kreatif ini boleh diterbitkan oleh

sesiapa sahaja.

8.0 Kesimpulan

Berdasarkan huraian di atas jelaslah kreativiti sangat subjek untuk dinilai kerana ia dipengaruhi

pelbagai faktor yang mempengaruhi aspek dalaman dan luaran kanak-kanak sedangkan

persekitaran pula mempengaruhi perkembangan individu secara berterusan. Ini kerana setiap

manusia yang dilahirkan mempunyai kebolehan dan tahap kreativiti masing-masing. Yang perlu

dititikberatkan katika menghasilkan kanak-kanak atau individu yang kreatif ialah dengan usaha

memupuknya melalui aktiviti-aktiviti seni.Selain itu keseluruhannya, pengalaman seni pada

peringkat contengan ini membuka jalan dan menjadi asas pembinaan kemahiran dan kecekapan

dalam sanis pada masa hadapan. Hal ini adalah penting bagi pendidik untuk menyediakan

peluang dan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dan meneroka alat fizikal

mereka. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan bahan-bahan dan persekitaran yang dapat

meransang naluri ingin tahu mereka. semakin banyak penerokaan yang dilakukan sama ada

dengan mendengar, melihat, sentuhan, rasa dan bau, maka semakin meningkat minat dan

keinginan mereka mencari kepuasan yang tersendiri.

Page 14: HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7905291057… · HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK (1) Musli Bin Ton ... pemerhatian,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Musli Bin Ton (14)

RUJUKAN

Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Hassan Mohd. Ghazali, Pembangunan Multimedia Interaktif Pendidikan Seni: Kepentingan P&P

Menuju Alaf Baru. Prosiding Konvension Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000,

Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

HBAE 1203 Perkembangan Seni san Kanak-kanak, Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.Open

University Malaysia, (2007)

Hurwirtz, Al & Day, M. (2001).Children and their art –Methods for the elementary

Jillian Powell. (1993). Pelukis Terkenal. England: Wayland (Publishers) Limited. (di terjemah

oleh Juliana Zulkifli)

Kamaruddin Hj. Husin. (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur :

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kathleen Chee. (1999). Pendidikan Seni Fokus SPM. Selangor: Pelangi Sdn. Bhd.

KBSM, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1998). Modul Pengajaran dan Pembelajaran

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan PelajaranPendidikan Seni Visual KBSR dan

learning. Contemporary Educational Psychology, 14. 203-211.

Lingren (1959), Psychology of Personal and Social Adjustment, Second Edition, New York.

American Book Company

Page 15: HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7905291057… · HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK (1) Musli Bin Ton ... pemerhatian,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Musli Bin Ton (15)

Mayer., R. E. 1983. Cognitive views of creativity: creative teaching for creative

Mohamad Daud Hamzah. (1994). Perkembangan Kanak-Kanak Dan Pembelajaran. Kuala

Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Zairi Husain, (2009). HBAE 2203 Membentuk dan Membuat Binaan. Selangor

Moustakas (1953), Children in Play Therapy, New York, McGraw-Hill Book Company

Pendidikan Seni Visual KBSR. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

school .(7th.ed.)USA : Wardsworth ThomsonLearning.Isbell, R. & Raines, S. (2002).

Sumber : http://www.kidsource.com/kidsource/content2/Creativity_in_kids.html-

http://www.davidcloss.com/express.html)

http://www.uwsp.edu/education/lwilson/creativ/levels.htm-ret 28/8/09