0
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER 5 / MEI 2012
HBMS 1203
PENGAJARAN MUZIK 1
NAMA : NURAZILA BT SALLEH @ SALIM
NO. MATRIKULASI : 801029105202
NO. KAD PENGNEALAN : 801029105202001
NO. TELEFON : 0133425733
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM PETALING JAYA
1
Bil Kandungan Muka surat
1. Pengenalan
2
2. Pemilihan Lagu
3
Lima Sebab Pemilihan Lagu 4
3. Kaedah Pengajaran
5-6
4. Konsep Muzik
7
5. Rancangan Pengajaran Harian
7-9
6. Skor lagu dan corak irama permainan alat perkusi
10
7. (Program Encore) Kord pada papan
11
8. Kesimpulan
12
9. 9.0 Rujukan
13
2
PENGENALAN
Nyanyian dan permainan alat perkusi merupakan dua komponen penting dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah. Oleh yang demikian, pengajaran
yang baik dan berkesan memerlukan pendidik ataupun guru muzik yang benar-benar menguasai
dan memahami bidang tersebut supaya proses pengajaran dan pembelajaran muzik menjadi lebih
bermakna. Ini adalah kerana nyanyian dan permainan alat perkusi merupakan sesuatu yang
menyeronokkan bagi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, tidak memadai hanya untuk
keseronokan. Secara umumnya, kedua-dua komponen ini memberi penumpuan dan penegasan
kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan pengeluaran suara.
Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk murid sekolah
rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik melalui pengalaman bermain
muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian hanya
dengan memainkan corak irama yang dipelajari. Di samping itu, permainan alat perkusi juga
membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi
murid berpeluang meneroka kreativiti mereka.
Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan
toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan
semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut
teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan
teknik yang betul mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik
dari awal lagi untuk memainkan sesuatu alat perkusi. (Sumber : Kementerian Pendidikan
Malaysia.(2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Pusat Perkembangan
Kurikulum.)
Melalui aktiviti nyanyian dan permainan alat perkusi ini juga guru dapat menilai dan
menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini dapat memberi peluang
kepada kanak-kakak untuk menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan. Di
samping itu, aktiviti nyanyian dan permainan alat perkusi juga dapat membantu memberikan
kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan
kebebasan berkarya secara kreatif dan berimaginasi tanpa gangguan. Dengan cara ini, mereka
3
dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti
nyanyian ini dijalankan.
PILIHAN LAGU KANAK-KANAK
Berdasarkan kepada tugasan HBMS1203 ( Pengajaran Muzik 1 ) saya telah memilih lagu kanak-
kanak yang sepanjang 16 renj bertajuk ‘Ciptaan Tuhan’ .
Ciptaan Tuhan
Ayuh kawanku, Kita ke taman ,
Melihat bunga , Indah berseri,
Ikan di kolam, Menari-nari,
Sungguh indahnya,
Ciptaan Tuhan.
4
LIMA SEBAB LAGU SESUAI DIGUNAKAN DALAM KELAS NYANYIAN
Pemilihan lagu yang baik bergantung kepada aspek-aspek usia, minat dan keupayaan murid.
Terdapat beberapa garis panduan yang perlu di ikuti semasa pemilihan lagu untuk pengajaran
dan pembelajaran pendidikan muzik.
1. Lagu sesuai dengan renj suara dan lirik yang mudah
Bagi suara nyanyian, pic terendah dan pic tertinggi adalah dikenali sebagai renj suara.
Pemilihan lagu ‘Ciptaan Tuhan’ untuk tugasan ini dilihat bersesuaian dengan renj suara
kanak-kanak iaitu dalam lingkungan not D dan A hingga not C tengah. Dengan lirik yang
mudah serta ringkas lagu ini dapat membolehkan murid menyanyi dengan mudah dan dapat
meghafal liriknya dengan cepat. Selain itu bait-bait liriknya yang mudah mampu
memberikan peluang kepada murid-murid tahap satu menyanyikan lagu ini dengan betul.
2. Nada yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Kesesuaian nada dalam penyampaian nyanyian adalah sangat penting kerana sekiranya lagu
yang dipilih mempunyai nada yang terlalu rendah ataupun terlalu tinggi ia akan menyukarkan
murid untuk mengawal lontaran suara sekaligus akan menyebabkan sesebuah lagu itu
sumbang. Oleh itu, nada lagu pilihan ini amat sesuai sekali untuk murid tahun 1.
3. Irama yang mudah dan susunan melodi yang menarik.
Jika dilihat dari segi irama, lagu ‘Ciptaan Tuhan’ ini menggunakan corak irama rentak inang
yang melodinya yang menarik dan harmoni serta mudah untuk dihafal oleh murid.
4. Berkaitan dengan sesuatu perayaan ataupun peristiwa.
Selain daripada menyanyi untuk keseronokan murid juga didedahkan dengan keadaan
sekeliling melalui senikata lagu di mana secara tidak langsung murid belajar tentang sesuatu
yang berlaku di persekitaran mereka.
5. Mud lagu yang riang dan pelbagai.
Melalui lagu ini juga, murid dapat mengekspresikan mud dan membuat gerakan bebas atau
berpandu untuk menunjukkan mud riang dan bersemangat. . Dengan menggunakan lagu ini
5
sebagai lagu dalam kelas nyanyian akan memudahkan guru melakukan pelbagai aktiviti
sampingan ketika mengajar dan tidak hanya akan menumpukan pada nyanyian sahaja. Guru
boleh mengadaptasi lagu ini dengan melakukan gerakan sambil menyanyi. Selain itu guru
boleh melakukan aktiviti bermain alat perkusi ketika menyanyi. Ini akan memberikan
keseronokkan pada murid.
KAEDAH PENGAJARAN
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah
kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Melalui
kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu
bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid. Kaedah-kaedah yang digunakan
untuk mengajar lagu adalah:
a) Kaedah keseluruhan lagu
b) Kaedah baris demi baris
c) Kaedah solfege dengan isyarat tangan Curwen
d) Kaedah menggunakan carta bola ping pong
e) Kaedah solfa
f) Kaedah sebahagian-sebahagian (parth method or chime in method)
g) Kaedah melakar bertema
Berdasarkan kepada kaedah-kaedah mengajar lagu di atas, saya telah memilih kaedah
yang pertama iaitu Kaedah Keseluruhan Lagu. Pemilihan kaedah ini dibuat kerana teknik ini
adalah teknik yang berkesan dan sesuai untuk mengajar lagu pendek.
6
Langkah-langkah Mengajar Lagu ‘Ciptaan Tuhan’
a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.
- Sebagai langkah pertama, saya akan memperdengarkan lagu ‘Ciptaan Tuhan’ kepada
murid secara keseluruhan dengan muziknya berulang-ulang sebanyak tiga hingga empat
kali supaya murid dapat mengingati corak irama dan melodi lagu tersebut.
b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan dengan iringan dan tanpa iringan muzik.
- Saya akan menggunakan kemahiran vokal untuk menyanyikan lagu ‘Ciptaan Tuhan’
dengan iringan dan tanpa iringan muzik. Dalam masa yang sama murid akan memerhati
notasi lagu dan mendengar dengan teliti lagu yang dinyanyikan.
c) Membimbing murid menyebut lirik lagu secara keseluruhannya.
- Murid akan dibimbing membaca dan menyebut lirik lagu dengan sebutan yang betul secara
keseluruhan.
d) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan vokal
a,e,i,o,u) berulang-ulang.
- Murid akan meng’humming’kan keseluruhan lagu secara berulang-ulang.
e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.
- Akhir sekali, dengan iringan muzik murid menyanyikan keseluruhan lagu ‘Ciptaan
Tuhan’
7
2 KONSEP MUZIK DAN RANCANGAN MENGAJAR
Berdasarkan kepada 7 konsep asas pengajaran muzik, saya telah memilih untuk mengaplikasikan
2 konsep dalam pengajaran lagu ‘Ciptaan Tuhan’ iaitu irama dan ekspresi.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Kelas : Satu Adil
Masa : 8.45 pagi – 9.15 pagi
Bilangan murid : 25 orang
Fokus : Sebutan lirik - pergerakan mengikut lirik
Standand Kandungan : Pengalaman Muzikal
1. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau
berkumpulan.
2. Membuat pergerakan mengikut muzik.
Standard Pembelajaran 1. Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang
betul.
2. Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mud
muzik. - lagu aksi ( action song)
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid
boleh:
1. Menyanyi lagu mengikut sebutan yang betul sambil
melakukan gerakan.
Pengetahuan Sedia ada : 1. Murid pernah menyanyi melodi lagu dengan
melakukan pergerakan
Bahan Bantu Mengajar : CD 1 Ciptaan Tuhan (vokal)
Ciptaan Tuhan ( instrumental)
Laptop, LCD Projector
Penyerapan Nilai : Kerjasama, berkeyakinan
8
Masa/
Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti
Pengajaran & Pembelajaran
Strategi
P&P/ABM/Nilai
Set Induksi
(5 minit)
Memperkenalkan
lagu
1. Guru menayangkan slaid
powerpoint lirik lagu ‘ Ciptaan
Tuhan’
2. Guru memainkan rakaman lagu ini
secara keseluruhan.
1. Murid memerhati
lirik lagu yang
dipamerkan
sambil
mendengar lagu
yang dimainkan
BBM :
Laptop, LCD
Langkah 1
( 5 Minit)
Menyanyikan
lagu secara
‘humming’
1. Guru memainkan notasi lagu baris
demi baris melalui slaid
powerpoint yang ditayangkan.
2. Murid mendengar dengan teliti.
3. Guru membimbing murid
menyanyikan lagu dengan
hummingkan ‘la’ mengikut notasi
lagu yang dimainkan.
1. Murid-murid
memerhati dan
mendengar
dengan teliti.
2. Murid-murid
meng’humming’
kan lagu ini
dengan
bimbingan guru.
Nilai : Berdikari,
teliti, sabar.
Langkah 2
( 10 minit )
Menyebut lirik
lagu “ Ciptaan
Tuhan ”
dengan jelas
mengikut irama
1. Guru menyebut lirik mengikut
irama lagu
2. Guru menayangkan slaid
powerpoint baris lagu.
3. Guru membimbing murid
1. Murid
mendengar
kemudian
menyebut lirik
lagu mengikut
9
lagu.
Menyanyikan lagu
baris demi baris
membaca dan menyanyikan baris
demi baris lagu yang dipaparkan.
4. Guru memilih beberapa orang
murid menyanyikan baris lagu
tersebut dan diulangi dengan
baris-baris berikutnya.
5. Guru membimbing murid
menyanyi keseluruhan lagu.
6. Murid menyanyikan keseluruhan
lagu.
irama lagu.
2. Murid-murid
memerhati dan
mendengar
dengan teliti.
3. Murid-murid
‘menyanyikan’
lagu ini.
4. Murid menyanyi
sambil menepuk
tangan.
Nilai : Berdikari,
Langkah 3
( 5 minit )
Menyanyi sambil
melakukan
gerakan
1. Guru meminta murid melakukan
gerakan bebas berpandukan lirik
lagu dan mud riang
2. Guru menunjukkan gerakan
sebenar berpandukan lirik lagu.
Contoh: gerakan ikan menari riang
3. Murid meniru dan melakukan
gerakan yang dilakukan oleh guru.
4. Murid menyanyikan lagu sambil
melakukan gerakan
1. Murid melakukan
gerakan bebas.
2. Murid memerhati
gerakan yang
dilakukan oleh
guru.
3. Murid menyanyi
sambil
melakukan
gerakan.
Penutup
( 5 minit )
Mengimprovisasi
kan lirik dengan
lagu
1. Guru menggunakan lagu “ Nenek
Si Bongkok Tiga”
2. Guru mengimprovisasikan lagu
dengan pergerakan yang sesuai
1. Murid mendengar
lagu.
2. Murid melakukan
pergerakan yang
sesuai dengan
lirik lagu.
10
ANALISIS SKOR LAGU DAN CORAK IRAMA PERMAINAN ALAT PERKUSI (
PROGRAM ENCORE)
CORAK IRAMA TIGA ALAT PERKUSI TANPA PIC
11
KEDUDUKAN KORD-KORD LAGU CIPTAAN TUHAN PADA PAPAN KIBOD
Kord Dm
Kord Gm
KordA7
Kord D
12
KESIMPULAN
Guru merupakan individu yang bertanggungjawab memainkan peranan yang amat
penting untuk mencapai objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah
pengajaran perlu dilakukan agar murid tidak mudah berasa bosan dalam P&P. kaedah- kaedah
pengajaran dapat membantu dan melatih guru membuat perancangan dan rancangan pengajaran
muzik ( nyanyian) berperingkat-peringkat dan menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan
secara menyeluruh.
Kepelbagaian kaedah mengajar , pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran
yang menepati gaya pembelajaran murid yang berbeza akan menghasilkan pembelajaran yang
efektif, menarik dan bermakna. Selain itu, guru juga harus pandai memilih, menambah, menukar
dan mengubahsuai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keperluan dan
keupayaan murid-murid di dalam bilik darjah.
13
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Menengah
Rendah (semakan). Kuala Lumpur: PPK.
C.H Lee (2004). Pendidikan Muzik KBSR Tahun 4. Rhythm Distributor Sdn. Bhd
Kheng L.P, (1994). A Book Of Musical Terms & Musical Instruments Malaysia: Rhythm
Distributor Sdn. Bhd
Loh, P.K.(1991). A handbook of music theory.Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Pusat
Perkembangan Kurikulum.
. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Buku Panduan Guru. Pergerakan Kreatif Pusat
Perkembangan Kurikulum.