pendidikan muzik dalam pendidikan khas
Post on 03-Jan-2016
335 views
Embed Size (px)
DESCRIPTION
muzikTRANSCRIPT
2
KBP 3033 : PENDIDIKAN SENI MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS
DISEDIAKAN OLEH :
NAMANO. KPNO. MATRIK
MOHD SHAIPUL RIZAL BIN KADIR811203 04 5049D 20102045711
PUSAT PEMBELAJARAN: EL UPSI(08)
NAMA TUTOR E-LEARNING : PN. KAMALIAH BT. MUHAMMADTARIKH SERAH: 05 Mei 2013
Isi Kandungan
TAJUKMUKA SURAT
TUGASAN 11.0 Pengenalan
2.0 Kategori murid3.0 Kaedah pengajaran4.0 Penutup5.0 RujukanTUGASAN 21.0 Pengenalan2.0 Rancangan pengajaran harian
3.0 Kepentingan kemahiran berfikir
4.0 Kesimpulan
5.0 Rujukan3
3
4
7
7
9
13
18
20
21
1.0 PENGENALAN
Perkusi secara definisinya adalah alat muzik yang boleh diketuk atau dipalu atau digoncang atau digarik atau yang mempunyai dua atau lebih ciri-ciri di atas. Ia merupakan alat muzik yang paling asas, digunakan oleh manusia sejak 6000 tahun sebelum Masehi. Tidak hairanlah jika ia dikatakan sebagai tulang belakang atau backbone kepada sesuatu susunan muzik. Terdapat tiga jenis alat perkusi iaitu membranophone, metalonophone dan idiophone. Membranophone adalah alat perkusi yang menggunakan kulit atau apa-apa medium yang membentuk membran untuk menghasilkan bunyi, seperti kompang, gendang jawa atau conga. Metalonophone pula mengkhususkan permainan alat perkusi yang berasaskan logam pejal yang sudah dilaraskan bunyinya mengikut nota-nota muzik yang tertentu seperti gamelan, caklempong, dan xylophone. Alat perkusi yang boleh menghasilkan bunyinya sendiri tanpa sebarang medium dipanggil idiophone. Ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri untuk menghasilkan bunyi contohnya angklung, tambourine, shaker dan cymbal. Namun jenis alat perkusi yang ingin didalam kelas perkusi ini ialah membranophone.2.0 Kategori
Kategori murid yang terlibat dalam kajian ini adalah dari kalangan murid bermasalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:a) kebolehan kognitifb) tingkahlaku sosial / perkembangan social
c) penguasaan bahasa lisan/pertuturand) penguasaan membacae) kemahiran perkembangan (developmental skills)f) kemahiran matematik3.0 Kaedah pengajaranRANCANGAN MENGAJAR PENDIDIKAN MUZIK
Mata Pelajaran
: Pendidikan Muzik
Kelas
: Tahun 1 Orked
Tarikh
: 2 April 2007
Masa
: 9.00 pagi 9.40 pagi ( 40 minit )
Bilangan pelajar
: 28 orang
Tajuk
: Teknik dalam permainan perkusi - KastanetKemahiran
: 1. Mengenal pasti dan menepuk irama.
2. Mengetuk kastanet untuk lagu Telefonku.
3. Mengenal pasti tanda-tanda dinamik pada lagu.
Aspek Muzikal : Ritma, dinamik dan melodi.
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah menyanyi lagu Telefonku.
: Murid pernah menepuk detik mengikut ikon.
Hasil Pembelajaran : Memegang kastanet dengan betul
: Memainkan dan mengendalikan kastanet mengikut
teknik yang betul.
Objektif Eksplisit : Di akhir pelajaran ini, pelajar dapat:
1. Memainkan corak irama lagu Telefonku dengan
diiringi oleh alat muzik kastanet.
2. Memainkan alat muzik kastanet mengikut langkah yang betul dan tepat.
Penerapan Nilai : 1. Murid dapat meneroka kreativiti mereka sendiri.
2. Menjadikan murid lebih berdisiplin iaitu mereka
perlu mendengar segala arahan dari guru mereka
3. Memupuk sikap bekerjasama dalam kumpulan
sekiranya mengalami masalah semasa
pembelajaran berlaku.
Bahan Bantu Mengajar : Keratan gambar telefon, skor lagu, LCD, pita
rakaman lagu Telefonku, kastanet dan
transparensi.
LANGKAH/MASA (MINIT)ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN
Set Induksi
( 5 minit )1. Memperkenalkan corak irama seperti:
2 3 4
4 4 41. Guru perkenalkan
corak irama dan meminta murid menyebut dan menepuk corak irama
2. Guru juga mengulang kaji Telefonku dengan iringan muzik sambil menepuk detik.LCD
Transparensi
Langkah 1
( 12 minit )1. Memperkenalkan Lagu Telefonku.
2. Mengetuk kastanet lagu Telefonku.1. Guru memperkenalkan lagu Telefonku dengan permainan alat perkusi kastanet.
2. Guru meminta pelajar murid mengetuk kastanet dari bar ke bar.Kastanet
Skor lagu
Langkah 2
( 12 minit)1. Memegang dan memainkan kastanet.1. Dengan bimbingan guru, murid memegang dan memainkan kastanet dengan teknik yang betul.
2. Murid memainkan detik pertama dan ketiga berdasarkan lagu Telefonku.Kastanet
Pita rakaman Skor lagu
Penilaian
( KBKK )1. Mengenalpasti tanda dinamik pada petikan lagu-lagu.
1. Guru mengedarkan kertas jawapan dan meminta murid menulis tanda dinamik yang sesuai mengikut keratan lagu yang diperdengarkan.
2. Guru menyuruh pelajar yang mempunyai lebih kemahiran untuk mengajar pelajar yang kurang berkemahiran dalam mengetuk kastanet ( group work ).Pita rakaman
Kertas jawapan
MIDI
Penutup
( 5 minit )1. Guru menjemput beberapa pelajar untuk membuat persembahan iaitu mereka diminta untuk mengetuk kastanet berdasarkan not-not yang terdapat pada lagu Telefonku.1. Beberapa pelajar membuat persembahan mereka berdasarkan pelajaran yang telah dipelajari iaitu mengikut not-not yang betul dan melodi yang terdapat pada lagu Telefonku.MIDI
Skor lagu
Kastanet
4.0 Penutup
Pembelajaran menggunakan alatan perkusi memang mencabarkan dalam mengajar murid terutama sekali melibatkan murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Namun tiada apa yang mustahil jika kita berusaha bersungguh-sungguh. Alhamdulilah, dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini bukan hanya saya yang berpenat lelah, murid-murid saya juga turut membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini.
Dalam pengajaran ini, cabarannya adalah untuk memahamkan murid bagaimana memainkan alatan perkusi ini. Mereka ini bukan tidak boleh belajar tetapi mereka mempunyai daya ingatan yang lemah untuk mengingati perkara yang diajar. Mereka cepat lupa pembelajaran yang mereka belajar dalam masa yang singkat.
Oleh yang demikian, murid-murid perlu lebih focus dalam sesi p&p ini kerana mereka bukan sahaja memerlukan kekuatan psikomotor halus dan kasar serta kognitif, namun koordinasi juga amat perlu agar mereka boleh bermain alat perkusi. Alhamdulilah, murid-murid dapat juga mengikuti pembelajaran yang disampaikan oleh guru.5.0 Rujukan
http://blog.musicwithbill.com/http://www.ehow.co.uk/info_7856389_childrens-activities-music-movement.htmlhttp://www.creativekidsonthemove.com/Dance.htmhttp://www.madacademy.com/music-and-movement/default.htmhttp://www.ehow.com/how_2073316_teach-creative-movement.htmlhttp://www.dltk-kids.com/articles/creativemovement.htmhttp://faculty.ksu.edu.sa/25050/459%20%20%201/Music%20and%20Movement%20excerpt.pdfhttp://www.earlylearningactivities.com/PDF/musicmovement.pdfhttp://www.little-folks-music.com/http://www.wiu.edu/thecenter/art/artexpress/music.htmlhttp://psikomotor48.blogspot.com/2010/04/definisi-pergerakan.htmlhttp://dictionary.kids.net.au/word/movement1.0 Pengenalan
1.1 Maksud kemahiran berfikir
Pemikiran ialah sesuatu proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.. Difinisi yang sesuai bagi konsep kemahiran berfikir masih menjadi pokok perbincangan kerana terdapat pendapat yang berbeza dikalangan tokoh-tokoh pemikiran antaranya ialah menurut Edward de Bono ( 1976 ) Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Manakala pendapat Dewey ( 1910 ) pula mengatakan pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Mayer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolahan operasi operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang bagi tujuan untuk meyelesaikan masalah. Menurut Chafee ( 1988 ) pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Tokoh pemikir yang bernama George ( 1970 ) pula melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang sangat kompleks. Berdasarkan beberapa konsep difinisi kemahiran berfikir daripada beberapa tokoh pemikiran maka dapatlah kita simpulkan bahawa pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu , menerokai pelbagai kemungkinan id