kerja kursus ekonomi stpm 2014 (assignment)

32
ABSRTAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji terhadap perusahaan kedai roti dan kek di Seberang Jaya. Objektif pertama kajian ini adalah mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Objektif kedua adalah mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek. Kajian ini difokuskan kepada lima kedai roti dan kek iaitu Secret Recipe, Pacific Bakery, Summer Bakery, LA Delight dan Black Forest. Kaedah kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Hasil kajian menunjukkan lima responden ini menghadapi masalah persaingan dan masalah pekerja. Ini kerana kedai roti dan kek terpaksa bersaing sesama mereka dan juga bersaing dengan kedai makanan yang lain seperti restoran, kopitiam, penjaja dan lain-lain. Masalah pekerja yang tidak tetap serta kekurangan pekerja mahir merupakan masalah yang sering dihadapi oleh kedai roti dan kek. Untuk memulakan perniagaan serta membesarkan perniagaan mereka kesemua atau 100% kedai roti dan kek ini memperoleh sumber modal dari simpanan peribadi dan 60% responden memperoleh sumber pembiayaan melalui institusi kewangan seperti Public Bank, Maybank, Hong Leong Bank.

Upload: -

Post on 09-Aug-2015

823 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

ABSRTAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji terhadap perusahaan kedai roti dan kek di Seberang Jaya. Objektif pertama kajian ini adalah mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Objektif kedua adalah mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek. Kajian ini difokuskan kepada lima kedai roti dan kek iaitu Secret Recipe, Pacific Bakery, Summer Bakery, LA Delight dan Black Forest. Kaedah kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Hasil kajian menunjukkan lima responden ini menghadapi masalah persaingan dan masalah pekerja. Ini kerana kedai roti dan kek terpaksa bersaing sesama mereka dan juga bersaing dengan kedai makanan yang lain seperti restoran, kopitiam, penjaja dan lain-lain. Masalah pekerja yang tidak tetap serta kekurangan pekerja mahir merupakan masalah yang sering dihadapi oleh kedai roti dan kek. Untuk memulakan perniagaan serta membesarkan perniagaan mereka kesemua atau 100% kedai roti dan kek ini memperoleh sumber modal dari simpanan peribadi dan 60% responden memperoleh sumber pembiayaan melalui institusi kewangan seperti Public Bank, Maybank, Hong Leong Bank.

Page 2: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

ISI KANDUNGAN

Penghargaan i

Abstrak ii

1.0 Latar Belakang Kajian 1-3

2.0 Pernyataan Masalah 3

3.0 Objektif Kajian 3

4.0 Kaedah Kajian 4

5.0 Hasil Kajian Dan Perbincangan 5

5.1 Latar Belakang Pengusaha Kedai Roti Dan Kek 5-7

5.2 Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Pengusaha 8-13

Kedai Roti Dan Kek

5.3 Sumber Pembiayaan Yang Diperoleh Oleh Pengusaha 13-14

Kedai Roti Dan Kek

6.0 Cadangan 15-16

7.0 Rumusan Kajian 16-17

8.0 Senarai Rujukan 18

Lampiran

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Page 3: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

Di Malaysia, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh ditempatkan

dalam tiga kategori, iaitu mikro, kecil dan sederhana. Ketiga-tiga kumpulan ini

ditetapkan berasaskan kepada jumlah pekerja sesebuah perniagaan ataupun

jumlah hasil jualan sesebuah perniagaan dalam tempoh setahun. Bagi sektor

perkilangan, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai nilai jualan

tahunan kurang daripada RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa yang

kurang daripada 200 orang. Bagi perkhidmatan dan sektor-sektor lain, PKS

ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada

RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 75 orang.

Pengkaji memilih kedai roti dan kek yang merupakan salah sebuah PKS

untuk menjalankan kajian ini. Kedai roti dan kek adalah sebuah pertubuhan

yang menghasil atau menjual roti, kek, biskut, pai, donat. Perusahaan kedai roti

dan kek telah wujud beribu-ribu tahun yang lalu dan ianya telah dibangunkan

pada awal Empayer Rom. Perusahaan tersebut terus berkembang hingga ke hari

ini.

Roti merupakan makanan popular di seluruh dunia dan juga merupakan

makanan manusia yang paling lama semenjak Zaman Neolitik. Roti adalah salah

satu alternatif segera untuk sarapan dan ianya merupakan makanan yang

berkhasiat. Menurut piramid makanan, roti mengandungi zat, kalsium, besi dan

vitamin B. Roti yang dibuat dengan gandum asli membantu mengekalkan

pertambahan berat badan manusia. Roti yang mempunyai kolestrol rendah dan

tidak manis juga menjadi pilihan makanan pesakit kencing manis dan orang tua.

Gaya hidup masyarakat hari ini lebih gemar makan roti berbanding

dengan nasi. Hal ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap permintaan roti.

Iklan, promosi dan pembungkusan yang cantik mampu mengubah cita rasa

masyarakat untuk membeli roti. Selain itu, roti yang berharga rendah mampu

menyebabkan masyarakat yang berpendapatan rendah untuk memintanya.

Lantaran itu, kedai roti dan kek diwujudkan untuk memenuhi kehendak dan

keperluan manusia seharian.

Sejarah kek berasal dari negara Barat. Ia diperbuat daripada tepung, telur

dan gula. Kini, kek sering menjadi pencuci mulut dalam majlis-majlis upacara

seperti perkahwinan, ulang tahun dan hari jadi. Semasa musim perayaan dan

sempena hari jadi, kek mempunyai permintaan yang tinggi oleh isi rumah sama

Page 4: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

ada membeli mahupun membuat tempahan. Pelbagai jenis bentuk, rasa dan

hiasan juga menjadi tarikan orang ramai berkunjung ke kedai roti dan kek di

situ. Justeru, perusahaan kedai roti dan kek memberi sambutan yang baik oleh

semua lapisan masyarakat.

Pengkaji menjalankan kajian terhadap perusahaan kedai roti dan kek di

Seberang Jaya.

Sumber: Google Maps

Peta di atas menunjukkan kawasan Seberang Jaya. Seberang Jaya merupakan

sebuah bandar baru berhampiran Butterworth, Pulau Pinang. Seberang Jaya kini telah

muncul sebagai kawasan komersil yang pesat membangun dan menyumbang kepada

peningkatan taraf hidup dan ekonomi. Populasi penduduk sekitar Bandar Seberang

Jaya telah mencecah lebih 80 ribu orang. Pelbagai peluang pekerjaan telah

diwujudkan dengan adanya kawasan industri ringan di Kawasan Perindustrian

Jelawat, Seberang Jaya. Terdapat pelbagai kemudahan di situ seperti pusat beli-belah,

kompleks sukan, hospital,sekolah dan restoran. Beberapa fasa baru kawasan

perumahan turut dimajukan oleh beberapa syarikat pemaju swasta dan agensi kerajaan

untuk menampung permintaan penduduk yang semakin bertambah.

Sejak kedai roti dan kek dibuka, beberapa perkembangan dan kemajuan boleh

dilihat seperti tempat pemasarannya yang mana di awal perniagaan hanya membuka

separuh kedai yang kecil. Terdapat lima kedai roti dan kek telah wujud di persekitaran

Seberang Jaya. Tujuan kedai roti dan kek dibuka adalah untuk mencari wang atau

Page 5: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

pendapatan untuk menyara terus hidup. Pelbagai jenis roti dan kek yang telah ditawar

seperti kek hari jadi, kek mentega, roti sekaya, mufin dan sebagainya. Antara

kelebihan yang ditawarkan oleh kelima-lima kedai tersebut adalah rasa roti dan kek

yang sedap, kualitinya terjamin, harga yang berpatutan. Antara keunikan atau

keistimewaannya pula, kelima-lima kedai tersebut menyediakan pelbagai jenis perisa

dan bentuk bagi setiap produk yang dikeluarkan.

Pada era globalisasi ini, kedai roti dan kek telah menjadi tempat kebiasaan

orang ramai berkunjung ke situ.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Dalam kajian ini, perusahaan kecil dan sederhana telah menjadi agenda utama

di Malaysia. Peruntukan kerajaan untuk membangunkan perusahaan kecil dan

sederhana kurang dimanfaat oleh pengusaha tempatan. Kajian ini harus dilaksanakan

untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha. Dengan ini,

masalah tersebut dapat diketahui dengan lebih jelas. Tindakan-tindakan juga dapat

diambil dengan segera sekiranya terdapat apa-apa masalah. Sebagai contoh, masalah

persaingan yang dihadapi oleh pengusaha dapat ditambahbaik melalui tindakan

kerajaan.

Selain itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sumber pembiayaan

yang diperoleh oleh pengusaha. Sumber pembiayaan penting terhadap pengusaha

untuk memulakan perniagaan. Ini bermakna, sumber kewangan yang perlu disediakan

adalah peruntukan sebelum memulakan perniagaan, melancarkan perniagaan,

kelengkapan melangsungkan perniagaan dan kemampuan penghasilan untuk terus

berdaya tahan. Seterusnya, sumber pembiayaan juga penting untuk mengembangkan

perniagaan pengusaha agar mendapat keuntungan yang maksimum.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek.

2. Mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek.

Page 6: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini membincangkan kaedah kajian yang digunakan dan kaedah analisis data.

4.1 Data Primer

Pengkaji menggunakan data primer iaitu temu bual dan soal selidik untuk

menjalankan kajian ini.

4.1.1 Temu Bual

Temu bual dilakukan bagi mendapatkan maklumat secara langsung dan secara

lebih mendalam tentang sesuatu isu dalam kajian ini. Pengkaji bertemu bual dengan

lima responden untuk mengumpul maklumat tentang masalah yang dihadapi dan

sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha. Kaedah ini juga membolehkan

pengkaji menerangkan dengan jelas maksud soalan kepada responden agar

mengelakkan salah tafsir dan salah anggap.

4.1.2 Soal Selidik

Borang soal selidik telah diedarkan kepada lima orang responden. Tujuan ini

adalah untuk melihat dan memudahkan untuk mengkaji data yang diberikan sama ada

positif atau sebaliknya. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu

Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A adalah tentang latar belakang

pengusaha kedai roti dan kek manakala Bahagian B adalah tentang masalah-masalah

yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Bahagian C adalah tentang sumber

pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek.

4.2 Buku Rujukan

Kaedah ini diperoleh dari bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan

seperti buku rujukan. Kaedah ini lebih mudah dalam mencari maklumat dan

data tambahan yang diperlukan untuk dimuatkan ke dalam kajian ini.

4.3 Kaedah Analisis Data

Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk

menganalisis data daripada soal selidik. Data yang telah diperoleh dianalisis

menggunakan peratusan, kekerapan rajah dan jadual untuk menunjukkan latar

belakang pengusaha. Selain itu, masalah yang dihadapi dan sumber pembiayaan yang

Page 7: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek menggunakan jadual dan peratusan untuk

menganalisis data.

Rumus bagi peratusan adalah seperti berikut:

AmaunJumlah

x100

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dan

mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek. Data

yang diperoleh daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan dalam

dapatan kajian ini.

5.1 Latar Belakang Pengusaha Kedai Roti Dan Kek

Jadual 1 di bawah menunjukkan latar belakang pengusaha kedai roti dan kek

berdasarkan jenis pemilikan perniagaan, jumlah pekerja dan jumlah modal.

Bil Aspek Kategori Kekerapan Peratusan(%)

1 Jenis Pemilikan Perniagaan

Milikan Tunggal 2 40

Perkongsian 1 20

Sendirian Berhad 2 40

2 Jumlah pekerja 1-2 Orang 1 20

3-4 Orang 1 20

5-6 Orang 1 20

6 Orang Ke Atas 2 40

3 Jumlah Modal RM10000-RM20000 0 0

RM20001-RM30000 0 0

RM30001-RM40000 1 20

RM40001-RM50000 1 20

RM50001 ke atas 3 60

Jadual 1: Latar Belakang Pengusaha Kedai Roti Dan Kek

Page 8: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

Sumber: Kajian Lapangan 2014

Rajah 1 di bawah menunjukkan jenis pemilikan perniagaan yang diamalkan oleh

pengusaha.

Milikan Tunggal Perkongsian Sendirian Berhad0%

5%

10%

15%

20%

25%

30%

35%

40%

45%

40%

20%

40%

Jenis Pemilikan Perniagaan

Jenis Perusahaan Kecil Dan Sederhana

Rajah 1: Jenis Pemilikan Perniagaan

Sumber: Kajian Lapangan 2014

Berdasarkan rajah 1 di atas menunjukkan jenis pemilikan perniagaan yang

dikategorikan sebagai milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad. Daripada

kajian ini didapati 40% kedai roti dan kek merupakan milikan tunggal dan 40% lagi

adalah Sendirian Berhad. Hanya 20% kedai roti dan kek merupakan perkongsian.

Rajah 2 di bawah menunjukkan jumlah pekerja yang bekerja di kedai roti dan kek.

Page 9: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

20%

20%20%

40%

Jumlah Pekerja

1-2 orang3-4 orang5-6 orang6 orang ke atas

Rajah 2: Jumlah Pekerja Yang Bekerja Di Kedai Roti Dan Kek

Sumber: Kajian Lapangan 2014

Berdasarkan Rajah 2, didapati bahawa 20% responden mempunyai antara 1

hingga 2 pekerja di kedai mereka manakala 20% responden mempunyai antara 3

hingga 4 pekerja di kedai mereka. 20% responden yang lain lagi mempunyai 5 hingga

6 orang pekerja bekerja di kedai mereka. Terdapat 40% responden mempunyai 6

orang ke atas pekerja.

Rajah 3 di bawah menunjukkan jumlah modal yang dimiliki oleh pengusaha kedai roti

dan kek.

20%

20%60%

Jumlah Modal

RM30001-RM40000RM40001-RM50000RM50001 ke atas

Rajah 3 : Jumlah Modal Yang Dimiliki Oleh Pengusaha Kedai Roti Dan Kek

Sumber: Kajian Lapangan 2014

Page 10: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

Berdasarkan Rajah 3 di atas, 60% responden menggunakan modal melebihi

RM50001 iaitu Secret Recipe, Summer Bakery dan Pacific Bakery. Seterusnya, 20%

responden iaitu Black Forest menggunakan modal antara RM30001 hingga RM40000

dan 20% lagi responden iaitu LA Delight menggunakan modal antara RM40001

hingga RM50000 masing-masing.

5.2 Masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek.

Jadual 2 di bawah menunjukkan masalah-masalah yang dihadapi oleh

pengusaha kedai roti dan kek.

Masalah Secret Recipe

Pacific Bakery

Summer Bakery

LA Delight

Black Forest

Peratusan (%)

Persaingan √ √ √ √ √ 100Kekurangan Modal

√ √ √ 60

Teknologi Yang Rendah

√ √ √ 60

Bekalan Bahan Mentah

√ √ √ √ 80

Pengurusan √ √ 40Pekerja √ √ √ √ √ 100Kemudahan Infrastruktur

√ √ 40

Pemasaran √ √ √ 60Kekurangan Pelanggan

√ √ √ √ 80

Jadual 2: Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Pengusaha Kedai Roti Dan Kek

Sumber: Kajian Lapangan 2014

Berdasarkan jadual di atas, kelima-lima responden menghadapi masalah

persaingan iaitu bersamaan 100%. Mereka mengalami persaingan yang sengit

Page 11: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

kerana terdapat banyak kedai roti dan kek di kawasan sekeliling di situ.

Kebanyakan pesaing mengeluarkan produk yang homogen. Oleh itu, mereka

terpaksa bersaing dari segi harga, reka bentuk dan juga rasa.

Terdapat 60% responden menghadapi masalah kekurangan modal. Modal

merupakan elemen penting yang perlu ada bagi memastikan perniagaan dapat

terus berkembang maju. Masalah kekurangan modal ini berkait dengan

kesukaran responden untuk mendapat pinjaman daripada bank. Bank kurang

berminat memberi pinjaman kepada Black Forest kerana tidak mempunyai

cagaran yang mencukupi dan kepercayaan kredit yang lemah, rekod akaun

pembiayaan yang kurang baik atau perniagaan yang tidak berdaya maju. Begitu

juga, sesetengah bank hanya memberi kelulusan separuh sahaja. Bank juga

kurang memberi pinjaman kerana kadar faedah yang boleh dikenakan dikawal

oleh Bank Negara Malaysia dan kurang yakin keupayaan responden untuk

membayar balik pinjaman. Selain itu, LA Delight dan Black Forest yang

mengamalkan milikan tunggal tidak dapat mengumpul dana modal yang banyak.

Hal ini membantutkan perniagaan mereka untuk berterus daya saing. Terdapat

juga responden yang sukar mendapat pinjaman daripada rakan dan ahli keluarga

mereka disebabkan hubungan konflik antara satu sama lain.

Di samping itu, 60% responden mengalami masalah teknologi yang

rendah. Ketiga-tiga responden ini masih lagi menggunakan peralatan dan mesin

yang separa automatik dalam proses pengeluaran. Hal ini menjurus kepada

pengeluaran yang rendah dan kurang kualiti. Sejumlah besar mereka tidak

berupaya mendapatkan teknologi canggih dan moden kerana modal yang terhad

dan kekurangan tabungan untuk membelinya. Keadaan ini berlaku disebabkan

peralatan moden dan berteknologi tinggi seperti mesin pengadun kelajuan tinggi

dan "Automated Cake Icing Equipment" memerlukan kos dan kemahiran yang

tinggi. Hal ini menyebabkan mereka masih bergantung kepada mesin dan

peralatan tradisional atau peralatan yang sudah digunakan bertahun-tahun yang

lalu. Responden juga tidak mempunyai kepakaran atau pengetahuan dalam

mengendalikan mesin dan peralatan. Mereka juga kurang inisiatif untuk

menerapkan teknologi baharu. Oleh itu, perusahaan mereka adalah berintensif

buruh. Namun, pekerja mereka juga tidak berpendidikan tinggi dan kurang

mahir kerana tidak mampu mengupah pekerja mahir yang perlu dibayar dengan

Page 12: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

gaji besar. Jika mesin atau peralatan mengalami kerosakan, kos mesin

tergendala dan upah bayaran untuk kerosakan mesin juga menyebabkan

responden perlu menanggung beban tersebut. Dengan kekurangan ini

menyebabkan produktiviti, kualiti, kuantiti dan kepelbagaian jenis barangan

begitu terbatas dan sukar untuk dihasilkan.

Bekalan bahan mentah juga merupakan salah satu masalah yang dihadapi

oleh pengusaha kedai roti dan kek. Terdapat 80% responden menghadapi

masalah tersebut. Masalah ini boleh menimbul disebabkan harga bahan mentah

yang semakin melambung tinggi. Pertambahan populasi penduduk

menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap bahan mentah. Implikasinya, roti

dan kek yang diperbuat daripada tepung gandum, telur dan gula menjadi mahal.

Sementara itu, kerajaan telah menarik subsidi terhadap gula mengakibatkan

semua bahan mentah menjadi lebih mahal. Lantaran itu, kos operasi meningkat

dan seterusnya margin keuntungan perniagaan menurun. Responden juga sukar

mendapat bahan mentah yang bermutu dengan kos yang rendah kerana tidak

mampu membeli secara pukal akibat kekurangan modal. Apabila menjelang

musim perayaan, permintaan yang tinggi terhadap bahan mentah menyebabkan

responden terpaksa bersaing dengan kedai roti dan kek yang lain untuk

mendapat bahan mentah yang secukupnya. Keadaan ini menjadi teruk apabila

harga yang ditawarkan oleh pembekal bahan mentah lebih tinggi. Pembekal

bahan mentah ini lebih suka menjual bahan mentah mereka kepada firma-firma

besar. Pembekal bahan mentah Secret Recipe sering lewat menghantar bahan

mentah menyebabkan bekalan bahan mentah terpaksa ditunda. Kos

pengangkutan yang dicajkan oleh pembekal bahan mentah juga begitu tinggi

kerana segelintir bahan mentah perlu diimport dari luar negara seperti yis,

marjerin, keju dan kondisioner doh.

40% responden menghadapi masalah pengurusan. Kelemahan pengurusan

kewangan menyebabkan masalah modal berlaku. Hal ini disebabkan responden

kekurangan pengetahuan dalam mengurus kewangan dengan baik. Sebagai

contoh, mereka lemah dalam menguruskan aliran tunai, masalah hutang lapuk,

dan lain-lain. Justeru, mereka juga tidak mampu mengupah akauntan dan

juruaudit kerana kos upah yang tinggi. Tambahan pula, pengurusan dalam

inventori juga merupakan antara masalah ketara dalam kalangan mereka.

Page 13: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

Kekurangan ruang atau ketiadaan stor untuk menyimpan bahan-bahan mentah

seperti tepung gandum, garam dan gula menimbul pelbagai masalah. Jika bahan

mentah yang disimpan terlalu banyak akan membawa kesan kos gudang yang

tinggi, modal terikat, kerosakan, dan keusangan manakala kekurangan bahan

mentah yang disimpan akan menjejaskan kos belian dan tidak memenuhi

permintaan pelanggan yang begitu tinggi. Responden juga tidak cekap dalam

mengurus masa. Mereka tidak cekap membahagikan masa yang ada kepada

pekerja menyebabkan produk roti dan kek tidak dikeluarkan pada masa yang

tepat. Dengan ini, pengurusan yang tidak cekap mewujudkan pembaziran dan

kos operasi yang tinggi.

100% atau kelima-lima responden menghadapi masalah pekerja. Kadar

pusing ganti pekerja yang tinggi merupakan masalah yang sering dialami oleh

responden. Hal ini kerana pekerja tidak bermotivasi untuk bekerja dan sentiasa

mengambil cuti. Kesukaran merekrut pekerja juga menjadi masalah tersebut

kerana generasi muda tidak berminat dalam bidang pembuatan roti dan kek

kerana perlu memiliki kemahiran dalam membuat roti dan kek. Kos latihan yang

tinggi perlu dilaburkan untuk memastikan pekerja mendapat latihan dan

kemahiran yang diperlukan. Kerap kali pekerja berpengalaman dan terlatih

berpindah ke firma besar yang menawarkan ganjaran lebih lumayan. Sikap

memilih kerja oleh generasi muda menyebabkan kedai mereka kekurangan

kakitangan. Sesetengah pekerja juga memberi alasan dengan persekitaran

pekerjaan yang tidak selesa kerana bekerja di dapur yang berwap panas. Upah

yang ditawarkan juga terlalu sedikit iaitu antara RM901 hingga RM1000

sebulan kerana kebanyakan pekerja adalah pekerja sementara sahaja seperti

pelajar lepasan STPM dan siswazah. Oleh hal yang demikian, Pacific Bakery

terpaksa mengupah pekerja asing untuk membantu dalam membuat roti dan kek.

Perkhidmatan Secret Recipe yang kurang baik dalam kalangan pekerja seperti

tidak senyum, malas dan lambat bertindak juga menimbulkan kemarahan

pelanggan. Adakala daripada pekerja mereka perlu dipaksa, diarah atau diugut

supaya membuat kerja kerana mereka tidak berinisiatif untuk bekerja.

Kesannya, produktiviti dan prestasi perniagaan mereka turut merosot.

Page 14: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

Kemudiannya, 40% responden menghadapi masalah kemudahan

infrastruktur. Kawasan di sekeliling Pacific Bakery dan Black Forest

kekurangan tong sampah dan tiada lampu jalan yang cerah. Jarak antara tempat

tinggal pekerja dengan tempat pekerjaan yang jauh menyebabkan pekerja

menghadapi masalah kemudahan penginapan. Bayaran untuk parkir kereta juga

begitu mahal iaitu RM 2 per jam dan RM 1 per jam untuk berikutnya.

Sementara itu, 60% iaitu tiga responden menyatakan bahawa mereka

menghadapi masalah pemasaran. Produk dan perkhidmatan mereka sukar

dipasarkan kerana masalah kekurangan kewangan. Kebanyakan mereka menjual

produknya sendiri tanpa dibantu oleh agen atau rangkaian peruncit. Produk

mereka juga hanya dijual di tempatan ataupun luar daerah sahaja. Kekurangan

pengetahuan dan sumber yang diperlukan dalam kalangan mereka juga

menghalang mereka daripada menerokai pasaran antarabangsa. Hal ini kerana

penerokaan pasaran antarabangsa memerlukan pengurusan yang mahir dan

sumber kewangan yang banyak sebagai pelaburan pemulaan. Saluran pemasaran

yang digunakan adalah saluran tidak langsung kerana meliputi perantara

pemasaran yang banyak seperti pemborong, pembekal, peruncit dan broker.

Sebagai contoh, Black Forest yang tidak terlibat dalam proses pembuatan roti

dan kek perlu menempah roti dan kek daripada pembekal Bread History. Harga

yang ditawarkan oleh pembekal dan pemborong berbeza-beza menyebabkan

responden sukar menentukan harga yang ditetapkan. Kebanyakan pemborong

juga menjual produknya kepada orang tempatan manakala produk yang tidak

dapat dijual perlu disimpan. Keadaan ini akan menyebabkan roti dan kek yang

tidak tahan lama menjadi rosak dan akhirnya menjadi kerugian terhadap

perniagaan mereka. Mereka juga jarang menjalankan aktiviti promosi kerana

kos pengiklanan dan kos pembungkusan yang tinggi. Promosi melalui laman

sesawang juga tidak memberi kesan kerana kedai mereka tidak berjenama

berbanding dengan kedai roti dan kek yang lain.

Akhir sekali, sebanyak 80% responden menpunyai masalah kekurangan

pelanggan. Hal ini disebabkan pelanggan yang berpendapatan rendah tidak

mampu membeli kek yang berharga tinggi. Bagi pelanggan yang berpendapatan

tinggi, mereka akan memilih kedai roti dan kek yang berjenama dan berkualiti

tinggi. Masalah ini menyebabkan kedai roti dan kek yang kurang berjenama

Page 15: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

berbanding dengan kedai yang lain tidak mendapat sambutan baik. Sebahagian

besar roti dan kek yang dihasilkan bermutu rendah. Antara punca kepada

keadaan ini termasuklah kualiti bahan mentah yang rendah, mesin dan teknologi

yang rendah dan tiada sistem kawalan mutu, tahap kemahiran dan kepakaran

pekerja yang rendah. Masyarakat kini lebih sedar menekankan kepentingan

menjaga kesihatan. Kek yang berasaskan gula yang banyak menyebabkan

permintaan terhadap kek jatuh. Hanya ketibaan musim perayaan atau hari jadi

seseorang mendapat kunjungan pelanggan yang tinggi ke kedai mereka.

Kekurangan pelanggan juga disebabkan oleh perubahan cita rasa pelanggan.

Pembungkusan, reka bentuk dan hiasan roti dan kek yang tidak berwarna-warni

atau tidak menarik juga membantut hasrat pelanggan untuk membeli di kedai

mereka. Pelanggan berasa jemu terhadap rasa roti dan kek yang tidak enak dan

sentiasa sama sahaja. Sesetengah roti tidak dibungkus atau tidak ditutup dengan

tudung menjadi kehadiran lalat hinggap di atas roti. Hal ini menjijikkan

pelanggan untuk membeli roti di kedai mereka. Kemudahan parkir kereta di

sekitar Pacific Bakery dan Black Forest juga diperlukan bayaran yang tinggi

menyebabkan ramai pelanggan tidak berkunjung ke kedai mereka. Oleh itu,

keinginan, kepuasan serta kesetiaan pelanggan membabitkan responden gagal

memenuhi cita rasa pelanggan.

5.3 Sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek

Jadual 3 di bawah menunjukkan sumber-sumber pembiayaan yang diperoleh

oleh pengusaha kedai roti dan kek.

Sumber Pembiayaan

Secret Recipe

Pacific Bakery

Summer Bakery

LA Delight

Black Forest

Peratusan (%)

Sendiri √ √ √ √ √ 100

Keluarga √ √ 40

Rakan Kongsi

√ 20

Institusi Kewangan

√ √ √ 60

Jadual 3: Sumber-sumber Pembiayaan Yang Diperoleh Oleh Pengusaha Kedai

Roti Dan Kek

Page 16: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

Sumber: Kajian Lapangan 2014

Berdasarkan jadual di atas didapati 100% responden menggunakan

sumber pembiayaan sendiri untuk menjalankan perniagaan mereka. Sumber ini

merupakan sumber yang paling murah yang tersedia oleh mereka. Hal ini kerana

jika berlaku sebarang kerugian atau apa-apa masalah, maka mereka

menggunakan simpanan peribadi mereka untuk menampung kos tersebut.

Mereka juga menggunakan sumber pembiayaan sendiri untuk membeli

peralatan, bahan mentah dan bayaran gaji kepada pekerja. Selain itu, mereka

juga menggunakan modal simpanan sendiri atau menjual aset peribadi untuk

membiayai perniagaan.

Selepas mengambil kira simpanan peribadi, 40% responden mendapat

pembiayaan daripada keluarga. Pembiayaan modal ini adalah mudah dan

ringkas serta tidak memerlukan pendokumentasian yang banyak dan rumit.

Biasanya, keluarga lebih anjal dari segi pembayaran balik dan karang sekali

mengenakan syarat tertentu. Selain itu, mereka juga tidak perlu membayar

faedah atas pinjaman seperti pinjaman yang diperoleh menerusi bank dan tidak

perlu meletakkan cagaran atas pinjaman. Tempoh masa pinjaman yang

diberikan juga adalah lebih flexsibel. Responden juga memberi sebahagian

keuntungan yang diperoleh kepada pihak yang memberi pinjaman.

Walaubagaimanapun, pinjaman sedemikian menimbulkan harapan yang kurang

realistik atau salah faham antara mereka dan boleh menggugat perhubungan

antara keluarga.

20% responden iaitu Summer Bakery mendapat sumber pembiayaan

daripada rakan kongsi. Hal ini kerana kedainya merupakan perkongsian. Oleh

itu, dana modal daripada rakan kongsi dapat dikumpulkan dan bersama-sama

membiayai perniagaan mereka. Terma persetujuan bagi pendekatan ini lazimnya

lebih longgar dan boleh dirunding sama ada dikenakan bayaran kadar faedah

atas amaun pokok ataupun dibahagi sebahagian daripada keuntungan

perniagaan. Namun, dokumentasi perjanjian formal masih diperlukan untuk

melindungi kedua-dua pihak yang memberi pinjaman dan peniaga. Rakan

kongsi perlu mematuhi kepada terma persetujuan walaupun perikatannya agak

longgar kerana keyakinan peminjam sangat penting untuk kerjasama jangka

panjang terutama bagi keperluan pembiayaan dalam masa yang terhad.

Page 17: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

Di samping itu, terdapat 60% iaitu tiga orang responden memperoleh

sumber pembiayaan melalui institusi kewangan. Institusi kewangan seperti

Public Bank, MayBank, Hong Leong Bank memberi kemudahan pinjaman

kepada responden. Kemudahan kad kredit turut disertakan melalui bank

tersebut. Justeru, responden dapat membeli peralatan dan mesin tanpa

menggunakan tunai atau boleh mengeluarkan tunai melalui mesin juruwang

automatik untuk kegunaan tertentu. Responden juga membuat tabungan dan

deposit ke dalam akaun mereka. Oleh itu, faedah yang diberi oleh bank

perdagangan dapat menambah modal dalam perniagaan mereka. Seterusnya,

responden juga membeli insurans untuk mendapat perlindungan kepada mereka

jika perniagaan mereka mengalami kerugian seperti kecurian, kebakaran,

kecederaan dan sebagainya. Melalui bantuan ini, responden dapat

mengembangkan perniagaan mereka sehingga hari ini.

6.0 CADANGAN

Berdasarkan kajian yang telah dibuat didapati bahawa masalah dominan yang

dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek adalah masalah persaingan dan masalah

pekerja. Keadaan ini diikuti dengan masalah bekalan bahan mentah, kekurangan

pelanggan, kekurangan modal, teknologi yang rendah, masalah pemasaran, masalah

pengurusan dan akhirnya masalah kemudahan infrastuktur.

Kini, terdapat warung-warung di tepi jalan dan pasar raya yang menjual roti dan

kek dibuka bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Persaingan ini menjadi masalah

ketara yang dihadapi oleh responden. Mereka bersaing untuk merebut pelanggan,

bersaing untuk meningkatkan jualan dan keuntungan, dan bersaing untuk

mendapatkan apa-apa sahaja yang terbaik dalam perniagaan mereka. Oleh itu,

responden perlu sentiasa bersedia untuk memperbaiki segala kekurangan yang

terdapat dalam perniagaan mereka. Bukan itu sahaja, responden juga perlu

mengeratkan hubungan sillaturahim dengan pesaing yang lain serta memastikan

suasana perniagaan yang berdaya saing. Persaingan dalam perniagaan haruslah

dilakukan dengan sihat dan baik agar semua pesaing yang terlibat dapat memperolehi

manfaat dan tidak memudaratkan pesaing yang lain.

Page 18: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

Seterusnya, masalah pekerja juga merupakan masalah yang dihadapi oleh

semua responden. Pelbagai modus operandi yang dapat diselesaikan dalam kalangan

masalah pekerja. Sebagai contoh, responden perlu memotivasi pekerja dan memberi

perangsang kepada pekerja supaya rajin bekerja. Bagi pekerja yang tiada kemahiran

dalam membuat roti dan kek, responden seharusnya sentiasa memberi tunjuk ajar

kepada pekerja. Responden boleh mengajar mereka cara membuat roti dan kek yang

lebih enak, hiasan yang cantik serta mempelbagaikan jenis rasa. Responden juga

mesti peka terhadap perubahan teknologi yang terkini untuk meningkatkan roti dan

kek mereka. Tambahan pula, responden haruslah meluangkan masa untuk berbincang

dengan pekerja tentang masalah disiplin pekerja seperti malas, kerap mengambil cuti

dan tidak berminat untuk bekerja. Bagi pekerja yang lama bekerja di kedai mereka,

responden boleh memberi ganjaran kepada mereka seperti bonus, kenaikan gaji,

kenaikan pangkat atau mengadakan aktiviti pelancongan di destinasi yang menarik.

Hal ini secara tidak langsung dapat menarik orang lain menceburi dalam bidang

pembuatan roti dan kek.

Dari segi sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan

kek, kebanyakan responden mendapat sumber pembiayaan daripada simpanan

sendiri . Hal ini disebabkan sumber ini senang diperolehi tanpa dipengaruhi oleh

pihak lain. Walaubagaimanapun, sumber pembiayaan ini masih tidak mencukupi

untuk menjalankan perniagaan mereka dalam tempoh masa yang panjang. Mereka

masih memerlukan bantuan daripada institusi kewangan. Bagi responden yang gagal

mendapat pinjaman daripada bank perdagangan, kerajaan harus menghulurkan

bantuan dengan melonggarkan syarat pinjaman kepada mereka agar mereka dapat

meminjam wang untuk menambah dana dalam perniagaan mereka. Kerajaan juga

hendaklah menubuhkan banyak Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Berhad (SME

Bank). Agensi ini memainkan peranan sebagai pusat sehenti kewangan untuk

pembiayaan keperluan pembangunan PKS. Sebagai contoh, responden boleh

mendapat bantuan daripada agensi ini untuk meluaskan tapak premis kedai mereka

atau membeli peralatan yang lebih canggih.

Bagi responden yang tidak mahir dalam pengurusan perniagaan mereka boleh

mendapat bantuan daripada Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana

(SMIDEC). Perbadanan ini memberi khidmat nasihat perniagaan melalui "SME

Page 19: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

Business Advisory Centre" dan memberi sokongan kepada PKS. Kerajaan juga perlu

menganjurkan Program Peningkatan Kemahiran. NPC, MARA dan MEDEC

membantu pengusaha meningkatkan kemahiran pekerja. Dengan adanya program ini

kemahiran pekerja dalam membuat roti dan kek dapat diperkasakan melalui latihan,

seminar dan konsultasi lanjutan. Sumber pembiayaan yang lain yang diperoleh oleh

pengusaha kedai roti dan kek adalah daripada keluarga dan rakan kongsi.

7.0 RUMUSAN KAJIAN

Secara rumusnya, perusahaan kecil dan sederhana amat penting kepada negara

kita kerana menyumbang pendapatan negara melalui Keluaran Dalam Negara Kasar.

Kewujudan PKS juga dapat mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat untuk

mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Secara ringkasnya, kajian ini

dijalankan bagi melihatkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti

dan kek. Masalah utama yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek adalah

masalah persaingan dan masalah pekerja. Hal ini kerana terdapat banyak kedai roti

dan kek di kawasan Seberang Jaya. Masalah pekerja adalah disebabkan mereka

kurang motivasi untuk bekerja. Oleh itu, masalah-masalah yang dihadapi oleh

pengusaha kedai roti dan kek perlu dibendung untuk memastikan semua perusahaan

kecil dan sederhana lebih maju dan berdaya saing pada masa hadapan. Selain itu,

100% responden memperoleh sumber pembiayaan daripada simpanan peribadi dan

60% adalah daripada institusi kewangan. Dengan ini, pengusaha dapat menggunakan

sumber pembiayaan tersebut untuk terus mengembangkan perniagaan mereka.

Page 20: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

8.0 SENARAI RUJUKAN

SME CORP, Definisi Baharu Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS), dimuat

turunkan pada 10 Julai 2014 dari http://www.smecorp.gov.my

Wikipedia, Kedai Membuat Roti, dimuat turunkan pada 11 Julai 2014 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/

Laporan Tahunan PKS 2012/13, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan, dimuat

turunkan pada 16 Julai 2014 dari http://www.smecorp.gov.my/

Theng Kock Leing.2013. Teks Efektif STPM Ekonomi Malaysia Sistem Pentaksiran

Baharu STPM  Penggal 3. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

Lai Mooi Chang. 2013. Teks Pra-U STPM Ekonomi (Ekonomi Malaysia) Penggal 3.

Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Page 21: Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)