abse2103's assignment prinsip ekonomi new

28
FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER MEI 2014 ABSC3103 KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM NO. MATRIKULASI : 900515125456001 NO. KAD PENGNEALAN : 900515125456 NO. TELEFON : 0145658708

Upload: ramizul

Post on 26-Dec-2015

136 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Islamic Studies

TRANSCRIPT

Page 1: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER MEI 2014

ABSC3103

KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM

NO. MATRIKULASI : 900515125456001

NO. KAD PENGNEALAN : 900515125456

NO. TELEFON : 0145658708

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SABAH

Page 2: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 KONSEP EKONOMI ISLAM DAN HUBUNGKAITNYA 3

DENGAN IBADAH

2.1 Prinsip-Prinsip Ekonomi Islam 2

2.1.1 Keseimbangan Antara Hak Milik Khusus (Persendirian) 2

Dan Hak Milik Umum

2.1.2 Kebebasan Ekonomi yang Terikat 3

2.1.3 Jaminan Sosial 4

2.2 Ciri-ciri Ekonomi Islam 4

3.0 FALSAFAH EKONOMI ISLAM 6

3.1 Hubungan Manusia Dengan Tuhan 6

3.2 Hubungan Manusia Sesama Manusia 7

3.3 Hubungan Manusia Dengan Alam 8

3.4 Maksud Kehidupan Manusia Di Bumi Ini 8

4.0 CONTOH YANG BERSESUAIAN BAGI MEREALISASIKAN 9

AL-FALAH (KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT)

4.1 Memahami Konsep Ekonomi Islam 10

4.2 Menjaga Hubungan Dengan Allah (Hablumminallah) 10

4.3 Menjaga Hubungan sesama manusia (Hablumminnas) 11

4.4 Menerapkan Nilai Kejujuran Dalam Melaksanakan Aktiviti 13

Perniagaan

5.0 KESIMPULAN 15

6.0 RUJUKAN 16

Page 3: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ABSC3103KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM1.0 PENGENALAN

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama

dan urusan dunianya."

(Riwayat at-Tabarani)

Berpandukan hadis itu, pada masa ini, selain kekuatan akidah, umat Islam memerlukan

harta untuk membolehkannya mencapai objektif dalam kehidupan. Dalam erti kata lain, kekuatan

ekonomi baik pada peringkat mikro atau makro memainkan peranan penting bagi membolehkan

umat Islam mencapai apa yang dirujuk sebagai al-falah (kejayaan di dunia dan akhirat).

Dimensi pertama dalam kerja kursus ini, penulis membincangkan mengenai konsep

ekonomi Islam dan hubungkaitnya dengan ibadah. Penulis menerangkan tentang prinsip-prinsip

ekonomi Islam. Antara prinsip-prinsip ekonomi ialah keseimbangan antara hak milik khusus

(persendirian) dan hak milik umum, kebebasan ekonomi yang terikat dan jaminan sosial. Di

samping itu juga, penulis juga menyatakan ciri- ciri ekonomi Islam yang boleh dikenalpasti bagi

membezakannya dengan ekonomi konvensional.

Dimensi seterusnya, penulis membahaskan tentang falsafah ekonomi Islam. Antara

falsafah yang dibincangkan adalah hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia sesama

manusia, hubungan manusia dengan alam dan maksud kehidupan manusia di bumi ini.

Dimensi terakhir yang dibincangkan oleh penulis ialah beberapa contoh yang bersesuaian

bagi merealisasikan al-falah (kejayaan di dunia dan akhirat). Antara contoh yang dikemukan

oleh penulis ialah memahami konsep ekonomi Islam, menjaga hubungan dengan Allah

(hablumminallah), menjaga hubungan sesama manusia (hablumminnas) dan menerapkan nilai

kejujuran dalam melaksanakan aktiviti perniagaan.

1

Page 4: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ABSC3103KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM2.0 KONSEP EKONOMI ISLAM DAN HUBUNGKAITNYA DENGAN IBADAH

M.A Mannan (1986) mentakrifkan ekonomi Islam sebagai suatu kajian sains sosial iaitu tentang

masalah ekonomi manusia yang berlandaskan nilai-nilai Islam. Akram Khan (1994) pula

menegaskan pengkajian ekonomi Islam bertujuan mencapai kejayaan (al-falah) melalui

pengurusan dan pentadbiran sumber-sumber alam yang berlandaskan kepada konsep kerjasama

dan pengkongsian.

Ekonomi Islam berteraskan Tauhid yang menekan manusia hendaklah mengurus,

mentadbir serta menggunakan sumber alam yang diciptakan Allah bagi mencapai al-falah,

dengan berpadukan kepada peraturan yang telah ditetapkan di dalam al-Qur’an dan Sunnah

Rasulullah (Husniyati Ali, 2012).

2.1 Prinsip-Prinsip Ekonomi Islam

Menurut Husniyati Ali dalam tulisannnya, prinsip-prinsip ekonomi Islam adalah seperti

berikut;

Keseimbangan antara hakmilik khusus (persendirian) dan hak milik umum

Kebebasan ekonomi yang terikat

Jaminan sosial

2.1.1 Keseimbangan Antara Hak Milik Khusus (Persendirian) Dan Hak

Milik Umum

Secara amnya, harta merupakan hakmilik Allah s.w.t yang dikurniakan kepada

manusia hak untuk memiliki, mengguna dan menguruskan harta tersebut berserta dengan

tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Manusia mempunyai hak ke atas

harta yang ia usahakan tetapi hak ini tidaklah mutlak atau tanpa batas hinggakan ia boleh

digunakan dengan sewenang-wenangnya. Manusia mesti mengelak daripada

membelanjakan harta di tempat yang ditegah oleh Allah s.w.t. Secara ringkas, ruang

lingkup penggunaan harta ini berlegar di sekitar kekangan halal dan haram dalam Islam.

2

Page 5: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ABSC3103KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAMPerlu ditegaskan di sini bahawa Islam mengiktiraf pemilikan individu dan juga

masyarakat atau negara (Husniyati Ali, 2012).

Harta persendirian ini adalah merupakan satu kurniaan daripada Allah, yang

membawa bersamanya amanah serta tanggungjawab terhadap harta yang dimilikinya. Ia

merangkumi usaha memperolehi daripada sumber yang halal, serta mengguna dan

mengagihkannya menurut garis panduan Islam. Sejajar dengan itu, Abd al-Wahid Wafi

(1984) menegaskan yang perbezaan antara sistem-sistem ekonomi yang terdapat di dunia

adalah bertitik tolak daripada perbezaan sikap masing-masing terhadap konsep hak milik

harta. Beliau seterusnya menyatakan bentuk hak milik harta boleh diklasifikasikan

kepada:

i. Hak milik peribadi

Ia merujuk kepada pemilik sesuatu harta itu adalah seseorang tertentu atau

beberapa orang tertentu.

ii. Hak milik umum

Pemilik harta ini bukanlah seseorang tertentu atau beberapa orang yang tertentu

tetapi merupakan suatu badan yang abstrak seperti keluarga, suku kaum,

organisasi, negara dan lain-lain. Hak ini dikatakan menjadi milik bagi satu

kumpulan pada benda-benda yang secara umumnya diperlukan oleh orang ramai

seperti air, padang rumput untuk binatang ternakan dan lain-lain.

2.1.2 Kebebasan Ekonomi yang Terikat

Islam mengakui kebebasan ekonomi seperti mana dalam sistem ekonomi kapitalis,

namun kebebasan ini ada batasannya, iaitu untuk:

i. memastikan kegiatan ekonomi berjalan berdasarkan hukum menurut pandangan

Islam; dan

ii. Membolehkan negara campur tangan dalam bidang perekonomian sama ada

dalam mengawal tindak tanduk unit-unit ekonomi yang negatif mahupun untuk

turut serta dalam kerja-kerja ekonomi demi kepentingan masyarakat.

3

Page 6: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ABSC3103KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM2.1.3 Jaminan Sosial

Menurut Husniyati Ali lagi, Jaminan sosial merujuk kepada situasi di mana setiap

individu dalam negara tersebut dijamin taraf hidup yang layak seperti memenuhi

keperluan asas, yang diistilahkan oleh para fuqaha sebagai ‘had al-Kifayah (batas

kecukupan). Zakat merupakan salah satu instrumen utama ekonomi Islam dalam

merealisasikan konsep Jaminan sosial.

2.2 Ciri-ciri Ekonomi Islam

Menurut Husniyati Ali dalam tulisannya, terdapat empat ciri-ciri ekonomi Islam.

i. Kegiatan Ekonomi adalah Bersifat Pengabadian

Dalam Islam, setiap pekerjaan yang dilaksanakan oleh seseorang Islam, baik kegiatan

ekonomi atau bukan, akan menjadi ibadat yang berpahala, apabila pekerjaan tersebut

didasarkan kepada ketetapan syari’at dan diniatkan untuk mendapat keredhaan Allah

s.w.t.

ii. Kegiatan Ekonomi dalam Islam Mempunyai Matlamat yang Murni

Tujuan utama kegiatan ekonomi dalam Islam adalah untuk memakmurkan bumi Allah

s.w.t bagi memberikan keselesaan kehidupan kepada manusia. Ia juga bertitik tolak dari

ketaatan kepada Allah s.w.t dan usaha merealisasikan fungsi khalifah di bumi Allah ini.

iii. Perlaksanaan Kegiatan Ekonomi dalam Islam Bercirikan Konsep

Pengawasan yang Sempurna

Dalam ekonomi Islam, selain daripada ketetepan dan pengawasan syari’at yang

dilaksanakan oleh penguasa/kerajaan terdapat satu lagi pengawasan yang lebih berkesan,

iaitu, pengawasan dari hati nurani, yang terbina di atas paksi keyakinan yang Allah

melihat segala bentuk amal perbuatan manusia dan wujudnya perhitungan serta

pembalasan amalan di hari akhirat.

4

Page 7: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ABSC3103KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAMiv. Ekonomi Islam Merealisasikan Keseimbangan antara Kepentingan Individu

dan Kepentingan Masyarakat

Ekonomi Islam mengakui kedua-dua kepentingan individu dan masyarakat selama

mana tidak ada pertentangan di antara keduanya. Sekiranya terdapat pertentangan,

maka Islam akan mendahulukan kepentingan orang banyak daripada kepentingan

individu.

5

Page 8: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ABSC3103KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM3.0 FALSAFAH EKONOMI ISLAM

Muhammad Nejatullah Siddiqi (1981) mengariskan falsafah ekonomi kepada empat iaitu:

i. Hubungan manusia dengan Tuhan

ii. Hubungan manusia sesama manusia

iii. Hubungan manusia dengan alam

iv. Maksud kehidupan manusia di bumi ini

3.1 Hubungan Manusia Dengan Tuhan

Hubungan manusia dengan Tuhan berpaksikan kepada kalimah Tauhid, iaitu

kepercayaan dan kefahaman yang Allah s.w.t adalah Pencipta, Pemilik Alam Semesta,

Pemberi Rezeki. Tauhid dibahagikan kepada beberapa bahagian. Namun, Tauhid

Rububiyyah adalah klasifikasi tauhid yang menjadi asas dan teras kepada pengkajian

ekonomi Islam. Tauhid Rububiyyah merujuk kepada kepercayaan yang Allah sebagai

Rabb, Pencipta Alam, Pengurus sesuatu, mengasuh dan mendidik makhlukNya serta

menjaga kepentingan atau maslahat manusia/insane sejagat (Husniyati Ali, 2012).

Di dalam Surah al-Zukhruf, Allah s.w.t berfirman:

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?”

Nescaya mereka akan menjawab “Allah” (Surah al-Zukhruf (43): 9)

Menurut Husniyati Ali, antara intipati yang dapat dirumus daripada kepercayaan

Tauhid Rububiyyah ini adalah:

Manusia atau ejen ekonomi ini seharusnya menjaga, memelihara sumber ekonomi

yang dianugerahkan oleh Allah dengan baik.

Sumber-sumber ekonomi yang ada di muka bumi ini harus dikongsi bersama,

tanpa mengira bangsa, agama dan sebagainya, agar kepentingan dan kebajikan

manusia sejagat dapat dijaga.

6

Page 9: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ABSC3103KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM Manusia hanyalah sebagai pemegang amanah dan khalifah. Justeru mereka harus

bertindak sebijak dan seadilnya dalam mengurus dan mentadbir sumber ekonomi

tersebut.

3.2 Hubungan Manusia Sesama Manusia

Manusia diciptakan untuk membawa misi sebagai khalifah di muka bumi ini.

Sebagai khalifah, mereka bertindak sebagai pemegang amanah ke atas sumber alam yang

diciptakan oleh Allah s.w.t. Mereka diamanahkan untuk mengurus, mengguna,

mengeksploitasikan sumber-sumber alam ini bagi faedah dan kegunaan mereka, keluarga,

masyarakat dan negara, seperti yang dituntut oleh syariat. Di samping itu, mereka harus

bertanggungjawab memastikan kelangsungan sumber-sumber tersebut dengan melakukan

inovasi, penambahaikan, dan sebagainya di dalam urusan aktiviti ekonomi mereka

Husniyati Ali. (2012). Allah s.w.t berfirman dalam Surah al-Baqarah:

“Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak

menjadikan seorang khalifah di bumi.” Mereka berkata: Adakah Engkau (Ya Tuhan

kami) hendak menjadikan di muka bumi ini orang yang membuat bencana dan

menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan

mensucikanMu? Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak

ketahui”

(Surah al-Baqarah: 30)

Berlandaskan kepada kepercayaan Tauhid Rububiyyah semua manusia

mempunyai peluang dan hak atas penciptaan alam dan sumber kekayaannya. Perkara

yang amat ditekankan oleh Islam ialah usaha, ketekunan dan kesabaran dalam

mengeksploitasi sumber tersebut. Oleh itu, seseorang khalifah itu harus berperanan

memakmurkan bumi dan menjana aktiviti ekonomi berdasarkan kepada sumber alam

yang dianugerahi Allah, dengan mematuhi panduan yang digariskan di dalam al-Qur’an

dan Hadith Nabi Muhammad s.a.w (Husniyati Ali, 2012)

7

Page 10: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ABSC3103KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM3.3 Hubungan Manusia Dengan Alam

Persoalan: adakah benar sumber alam ini berkurangan sepertimana yang dihujah oleh

pakar ekonomi konvensional yang mengatakan sumber ekonomi adalah terhad? Mengikut

kaca mata Islam, sumber alam tidak pernah berkurang. Kekurangan itu hanya terdapat

pada manusia, yang sentiasa kurang dari segi ilmu, pemikiran, kemahiran, daya inovasi,

reka cipta dan sebagainya. Allah s.w.t menegaskan dalam surah Ibrahim:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan

bilangannya (yakni kamu tidak dapat menghitungnya)”

(Surah Ibrahim (14): 34)

Sesungguhnya sumber alam yang diberikan Allah kepada makhluk-Nya adalah

terlalu banyak, dan tidak semuanya di dalam bentuk yang siap sedia untuk digunakan.

Semuanya bergantung kepada kepakaran manusia mengolahnya bagi memenuhi

kehendak mereka.

3.4 Maksud Kehidupan Manusia Di Bumi Ini

Matlamat kehidupan manusia adalah beribadah kepada Allah s.w.t dan mematuhi segala

undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan-Nya. Di dalam Surah al-An’am

Allah s.w.t berfirman:

“Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, Hidupku dan matiku,

hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”

(Surah al-An’am (6):162)

Kesimpulannya, segala persoalan ekonomi yang perlu dikaji amat dipengaruhi

oleh perlakuan agen-agen ekonomi dalam sesebuah sistem ekonomi itu yang akan

menghasilkan implikasi yang berbeza apabila perlakuan agen-agen ekonomi digerakkan

berdasarkan falsafah ekonomi Islam yang berteraskan konsep al-Tauhid.

8

Page 11: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ABSC3103KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM4.0 CONTOH YANG BERSESUAIAN BAGI MEREALISASIKAN AL-FALAH

(KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT)

Dalam perspektif ekonomi Islam, aspek penggunaan turut dilihat sebagai suatu yang amat

penting tidak sahaja dari sudut kepentingannya sebagai penggerak pengeluaran malah turut

mengambil kira kedudukannya dalam hubungan kesejahteraan kehidupan di akhirat (Husniyati

Ali, 2012). Daripada ‘Abd Allah bin Mas’ud r.a, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda:

Bahawa antara perkara yang akan disoal pada hari hisab ialah “Bagaimana kamu

memperolehi hartamu dan bagaimana pula kamu membelanjakannya”.

Hadith ini jelas menggambarkan perkara yang berkaitan dengan pendapatan bukan

terhenti pada kuantitinya sahaja malah melibatkan aspek kualiti terutamanya dari segi

tanggungjawab dalam memperolehi dan mengguna dengan cara yang selaras dengan kehendak

syar’at (Husniyati Ali, 2012).

Menurut Monzer Khaf, perlakuan ekonomi pengguna Muslim adalah dipengaruhi oleh

beberapa prinsip umum berikut:

Keyakinan kepada Hari Kemudian

Konsep Islam terhadap kejayaan

Konsep Islam terhadap harta

Konsep barangan dan perkhidmatan; dan

Etika penggunaan

Namun, dalam kertas kerja ini, penulis hanya membincangkan tentang konsep al-Falah.

Al-falah adalah kejayaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat berdasarkan ketaatan

dan pengabdian diri kepada Allah secara ikhlas (mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.).

Allah S.W.T. telah berfirman:

“Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.”

(Surah al-Baqarah; 201)

9

Page 12: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ABSC3103KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAMKonsep kejayaan (al-falah) ini meletak kejayaan yang akan diperolehi oleh seseorang

pengguna Muslim apabila dia menikmati kepuasan melalui usaha memenuhi kehendak yang

tidak berbatas. Di samping itu, tindakan pengguna untuk mencapai kejayaan berlandaskan

keredhaan Allah semata-mata dan semua aktiviti dianggap amanah dan tanggungjawab yang

mesti dilakukan (Husniyati Ali, 2012).

4.1 Memahami Konsep Ekonomi Islam

Menurut Yusuf al-Qardhawi, asas kepada aktiviti perniagaan dan ekonomi Islam mestilah

bertunjangkan akidah Islam yang jernih. Dalam konsep Islam juga, harta adalah

merupakan amanah Allah kepada manusia dan manusia adalah pemegang amanah Allah.

Sekalipun setiap orang oleh mencari keuntungan sebanyaknya, namun ia tertakluk kepada

hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Falsafah perniagaan Islam ini dimanifestasikan

oleh beberapa peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah (Ahmad Sufian Che Abdullah.

et. al). Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Jum‘ah: 11,

“Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru

tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan

meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah). Katakanlah (wahai

Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan

barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.”

4.2 Menjaga Hubungan Dengan Allah (Hablumminallah)

Berdasarkan penulisan Mohd Yusuf Ahmad, manusia dilahirkan dalam keadaan

fitrah. Antara fitrah yang ada dalam diri manusia ialah mengakui adanya kuasa ghaib.

Kuasa ghaib itu, sama ada yang memang wujud atau yang sengaja diada-adakan, diberi

berbagai nama seperti tuhan, dewa, dewata, semangat dan pelbagai nama lain. Manusia

tidak kenal akan Tuhannya yang sebenar jika tidak diturunkan rasul untuk

menerangkannya.

10

Page 13: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ABSC3103KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAMDalam Islam terdapat ibadat-ibadat yang wajib dan ada pula yang tidak wajib.

Solat, zakat, puasa dan haji merupakan ibadat asas dalam Islam. Apabila melakukan

ibadat ini bermakna manusia sedang berhubung dengan Tuhannya. Semasa seseorang itu

sedang bersolat, ia sebenarnya sedang berdialog dengan Allah s.w.t. Dengan demikian, ia

mesti memakai pakaian yang bersih, elok dan menutup aurat. Orang yang mengerjakan

solat mempunyai perasaan yang tenang kerana ia anugerah Allah s.w.t (Mohd Yusuf

Ahmad, 2010).

Dalam Islam terdapat ibadat-ibadat yang wajib dan ada pula yang tidak wajib.

Solat, zakat, puasa dan haji merupakan ibadat asas dalam Islam. Apabila melakukan

ibadat ini bermakna manusia sedang berhubung dengan Tuhannya. Semasa seseorang itu

sedang bersolat, ia sebenarnya sedang berdialog dengan Allah S.W.T. Dengan demikian,

ia mesti memakai pakaian yang bersih, elok dan menutup aurat. Orang yang mengerjakan

solat mempunyai perasaan yang tenang kerana ia anugerah Allah s.w.t (Mohd Yusuf

Ahmad, 2010).

Zakat, walaupun pada zahirnya membuat hubungan sesama manusia, tetapi

hakikatnya ia membuat hubungan dengan Allah. Dengan hati yang ikhlas ia berserah

kepada Allah sehingga sanggup mengeluarkan hartanya untuk diberikan kepada orang

lain. Kesanggupan mengeluarkan hartanya untuk diberikan kepada orang lain ialah

ketaatan kepada perintah Allah. Ketaatan ini wujud kerana adanya iman di dalam hati.

Keimanan yang mantap dan yakin dengan janji Allah menjadikan seseorang itu sanggup

melakukan apa-apa yang diperintah oleh Allah. Semasa ia melakukan sesuatu suruhan

dengan perasaan penuh ikhlas, ia membuat hubungan suci dengan Allah s.w.t.

4.3 Menjaga Hubungan sesama manusia (Hablumminnas)

Dalam kehidupan seharian, kita perlu berinteraksi sesama manusia, termasuklah

dalam urusan harian seperti belajar, berjual beli, urus niaga, nikah kahwin, sewa-

menyewa dan sebagainya. (Mohd Yusuf Ahmad, 2010).

11

Page 14: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ABSC3103KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAMMenurut Mohd Yusuf Ahmad dalam penulisannya, Islam mengaturkan

perhubungan itu dengan menurunkan peraturan dan undang-undang yang tertentu demi

menjamin keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri. Dalam hal jual beli,

misalnya, Islam mengaturkan supaya menjual barang yang berfaedah, tidak

memudaratkan, tidak menipu, tidak kecoh, menggenapkan timbangan dan sukatan, tidak

mengamalkan monopoli dan sebagainya

Pembeli pula dianjurkan supaya membeli barangan daripada kedai orang Islam

seboleh-bolehnya, kerana di sini ada konsep tolong-menolong. Pembeli harus diberi masa

untuk membuat pilihan. Jika ada kecacatan barang, ada masa yang ditetapkan supaya

mengembalikan barang berkenaan dan mengambil yang lain. Pihak penjual mestilah

bersedia menerima permintaan daripada pihak pembeli. Inilah peraturan jual beli dalam

Islam (Mohd Yusuf Ahmad, 2010).

Islam menganjurkan umatnya supaya tolong-menolong dalam menegakkan

kebenaran. Antara perkara yang perlu difikirkan ialah simpanan wang secara Islam.

Orang Islam dilarang mengamalkan riba atau bersubahat dalam amalan riba. Penubuhan

Bank Islam dan Insurans Islam (Takaful) adalah salah satu usaha untuk menyelamatkan

umat Islam daripada terus terlibat dengan amalan riba. Orang yang berusaha

melaksanakan urusan ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah, kerana

menyelamatkan umat Islam daripada dosa (Mohd Yusuf Ahmad, 2010).

Terdapat ramai individu terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah

organisasi. Setiap individu mempunyai tanggungjawab terhadap jawatannya dan juga

organisasinya. Individu yang lebih tinggi pangkatnya mempunyai kuasa serta

tanggungjawab yang lebih, tidak kira sama ada ia sektor pendidikan atau sektor

perdagangan dan sebagainya. Segala kebajikan mereka terletak di atas pentadbirannya.

Semua ini mempunyai peraturan tertentu mengikut perspektif Islam (Mohd Yusuf

Ahmad, 2010).

12

Page 15: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ABSC3103KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM4.4 Menerapkan Nilai Kejujuran Dalam Melaksanakan Aktiviti Perniagaan

Sifat jujur adalah sifat yang paling penting dalam melaksanakan sesuatu urusan. Tidak

kira sama ada urusan mualamat mahupun ibadah. Allah s.w.t akan menilai sejauh mana

kejujuran kita sepanjang masa. Hal ini mampu diertikan dalam kata lain adalah sifat

ihsan. Dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w ada menyatakan maksud ihsan adalah seperti

berikut,

“Bila engkau beribadat kepada Allah buatlah dengan bersungguh-sungguh seolah-olah

engkau nampak Allah. Walaupun engkau tidak dapat melihatNya tetapi Dia (Allah) tetap

melihat engkau.”

Dari kaca mata muamalat, Bai al-Salam ialah jual beli melalui tempahan seperti

menempah pakaian, makanan dan sebagainya dengan didahulukan bayaran manakala

barang akan diserahkan kemudian setelah tempahan tersebut selesai.

Dr Mustafa al-Bugha telah menyatakan bahawa bai al-salam ini berasal daripada

jual beli barang yang tidak ada namun oleh kerana keperluan masyarakat maka ia

dikecualikan daripada kategori tersebut . Beliau juga menegaskan bahawa hadith Abd al-

Rahman yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan sebuah lagi hadith Ibnu ‘Abbas

yang diriwatkan oleh kedua-dua Imam al-Bukhari dan Muslim, serta ayat ke-282 surah

al-Baqarah semuanya berkaitan dengan hutang. Maka oleh kerana hutang telah

diharuskan oleh syarak maka jual beli secara tempahan (bay’ al-salam) juga adalah harus

(Ahmad Sufyan Che Abdullah, 2008).

Jual beli melalui talian memerlukan kejujuran yang amat tinggi, baik dari pihak

penjual mahupun pembeli. Apatah lagi, perniagaan secara talian mendapat sambutan

yang menggalakkan. Transaksi menggunakan internet adalah paling mudah dan cepat

kerana segelintir masyarakat yang terlalu sibuk bekerja, tidak mahu berebut-rebut dan

terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Kecanggihan teknologi hari ini memberi ruang

dan peluang kepada masyarakat untuk melakukan urusan seharian secara atas talian.

13

Page 16: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ABSC3103KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAMPerkara ini seakan-akan telah menjadi adat masyarakat kini dan ia diharuskan kerana

memudahkan urusan.

Namun demikian, kes penipuan sering kali menjadi persoalan. Malahan, terdapat

kes penipuan dilakukan oleh umat Islam sendiri. Hal ini kerana aktiviti mualamat tidak

dilakukan secara berdepan mata. Nilai kejujuran inilah yang perlu diterapkan dalam

usaha merealisasikan al-falah iaitu kejayaan dunia dan akhirat.

14

Page 17: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ABSC3103KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM5.0 KESIMPULAN

Menurut Hussin Salamon, konsep pembangunan ekonomi dalam Islam adalah lebih

bersifat komprehensif dan bersepadu yang meliputi pembangunan dalam akhlak, kerohanian,

kebendaan, sosial dan ekonomi yang tidak boleh dipisahkan dalam usaha untuk mencapai

matlamat pembangunan sosio-ekonomi dalam Islam. Pembangunan menjadi kegiatan yang

berorientasikan matlamat dan nilai yang ditumpukan ke arah mempertingkatkan tahap

kesejahteraan hidup manusia dalam semua dimensi. Kesejahteraan dan al-falah dalam kehidupan

meliputi kehidupan manusia melewati kehidupan sementara di dunia dan seterusnya

kesejahteraan hidup yang kekal abadi di akhirat kelak. (Surtahman Kastin Hassan, 1995).

Ekonomi Islam berpaksikan Tauhid, setiap individu bertanggungjawab bagi mengurus,

mentadbir serta menggunakan sumber alam yang diciptakan Allah bagi mencapai al-falah

dengan berlandaskan kepada peraturan yang telah termaktub dalam kandungan al-Qur’an dan

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Mukminun:1-6,

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam

sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan

mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka

sesungguhnya mereka tidak tercela.

Berdasarkan ayat di atas, jelas kepada kita bahawa strategi bagi mencapai kejayaan di

dunia dan akhirat ialah melaksanakan perintah Allah dengan solat lima waktu dengan khusyuk

kerana solat merupakan tiang agama yang perlu dijaga. Sekiranya tidak dijaga, maka pincanglah

agama. Di samping itu, setiap muslim perlu menggelakkan diri daripada perbuatan yang sia-sia,

membayar zakat bagi membersihkan harta. Selain itu, setiap individu hendaklah menjaga

kehormatan setiap masa dan ketika.

15

Page 18: ABSE2103's Assignment Prinsip Ekonomi New

ABSC3103KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM6.0 RUJUKAN

Abdul Mumin Abdul Ghani. Ahmad Sufyan Che Abdullah. (2008). Urf Dan Justifikasinya

Dalam Analisis Hukum Fiqh Al-Mu‘Amalat. Jurnal Syariah, Jil. 16, Bil. 2 (2008) 393-428

Ahmad Sufian Che Abdullah, Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi dan Suhaili Sarif. Fiqh al-

Tijarah: Suatu Sorotan Awal Perniagaan Islam Secara Komprehensif. Jabatan Syariah

dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya

Husniyati Ali. (2012). Prinsip Ekonomi. Cetakan Pertama. Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd

Hussin Salamon (2009). Perkembangan Pasaran Modal Islam Dalam Pembangunan Ekonomi

Negara Jurnal Teknologi. 50(E) Jun: 1–10. Universiti Teknologi Malaysia.

Prof Madya Dr Mohd Yusuf Ahmad. (2010). MPW1143/2143 Pengajian Islam (Cetakan

Ketujuh) Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Shohana Binti Hussin. Kesejahteraan Dan Kedamaian Melalui Pembangunan Modal Insan:

Kajian Teks Hidayah Al-Salikin. Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Syariah STPM Mu'atah & Uruf. (2008). [Online]. Available:

http://stpmsyariah.blogspot.com/2012/11/muatah-uruf.html. [2014, Jun 23].

[Online]. Available: http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7226-kekuatan-

ekonomi-penting-untuk-capai-al-falah. [2014, Jun 23].

16