edu

9
a. Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menjadi satu cabaran kepada system pendidikan Negara. Bincangkan cabaran dan tindakan yang perlu diambil oleh kepimpinan sekolah serta para guru akibat daripada perkembangan tersebut. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam system pendidikan Malaysia telah berkembang luas pada masa kini. Hampir semua sekolah telah mempunyai kemudahan makmal komputer yang canggih dan jaringan internet yang telah disediakan oleh pihak kerajaan kepada semua sekolah yang berada di Malaysia tidak kira sekolah tersebut berada di pedalaman ataupun di bandar. Disebabkan oleh itulah berlakunya cabaran kepada pihak guru dan pihak kepimpinan sekolah terhadap murid-murid berkaitan dengan perkembangan teknolgi maklumat dan komunikasi ini. Guru yang berinovatif serta berkualiti adalah pemangkin kecemerlangan pendidikan dan hakikat ini telah menagih perubahan di kalangan guru dalam merealisasikan hasrat dan aspirasi sistem pendidikan negara dalam melahirkan generasi yang serba boleh sejajar dengan zaman permodenan. Lantaran itu, pelbagai tuntutan telah dibuat ke atas guru dan menyebabkan tanggungjawab yang diamanahkan seakan menjadi satu bebanan kepada mereka. Hari ini, para guru terpaksa berhadapan dengan kadar perubahan dalam dunia pendidikan sehingga wujudnya bebanan yang keterlaluan.

Upload: mat-ey

Post on 15-Dec-2015

6 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sem8

TRANSCRIPT

Page 1: edu

a. Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menjadi satu

cabaran kepada system pendidikan Negara. Bincangkan cabaran dan tindakan

yang perlu diambil oleh kepimpinan sekolah serta para guru akibat daripada

perkembangan tersebut.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam system pendidikan

Malaysia telah berkembang luas pada masa kini. Hampir semua sekolah telah

mempunyai kemudahan makmal komputer yang canggih dan jaringan internet yang

telah disediakan oleh pihak kerajaan kepada semua sekolah yang berada di Malaysia

tidak kira sekolah tersebut berada di pedalaman ataupun di bandar. Disebabkan oleh

itulah berlakunya cabaran kepada pihak guru dan pihak kepimpinan sekolah terhadap

murid-murid berkaitan dengan perkembangan teknolgi maklumat dan komunikasi ini.

Guru yang berinovatif serta berkualiti adalah pemangkin kecemerlangan

pendidikan dan hakikat ini telah menagih perubahan di kalangan guru dalam

merealisasikan hasrat dan aspirasi sistem pendidikan negara dalam melahirkan

generasi yang serba boleh sejajar dengan zaman permodenan. Lantaran itu, pelbagai

tuntutan telah dibuat ke atas guru dan menyebabkan tanggungjawab yang

diamanahkan seakan menjadi satu bebanan kepada mereka. Hari ini, para guru

terpaksa berhadapan dengan kadar perubahan dalam dunia pendidikan sehingga

wujudnya bebanan yang keterlaluan.

Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini apabila berlakunya

ledakan teknologi maklumat hari demi hari. Dengan adanya kemajuan dalam

telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan Internet telah

membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi

maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan

masyarakat. Negara yang kini sedang menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan

semasa dari segi dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, libralisasi dan

perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication

Technology, ICT) yang sekaligus akan memberi impak yang ketara terhadap sistem

Page 2: edu

pendidikan negara. Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam proses

pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha demi usaha

telah dipergiat untuk mengarusperdanakan akses kepada perkhimatan dan kemudahan

secara meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT dalam semua

aspek kehidupan.

Penggunaan ICT di sekolah telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti

pengetahuan dan kemahiran serta kemudahan dan kekangan di sekolah. Namun,

beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kepercayaan guru berkaitan penggunaan

teknologi dalam kerja-kerja seharian mereka di sekolah merupakan faktor penentu

dalam kemampuan guru mengintergrasikan teknologi tersebut.Para guru juga masih

berada pada tahap perlu belajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

dalam penggunaan teknologi. Dalam konteks ini, tidak semua guru boleh menerima

atau mengikuti perubahan sesuatu teknologi dengan hati yang terbuka. Dalam usaha

memperkukuhkan asas bagi pencapaian yang memberangsang berasaskan

pengetahuan, penggunaan teknologi secara strategik menjadi semakin penting selaras

dengan tumpuan negara ke arah pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi

seperti mana yang dinyatakan dalam RMK9/RMK10 sebelum ini.Usaha giat dijalan

untuk merapatkan jurang digital dan memperluaskan rangkaian komunikasi bagi

memastikan akses kepada perkhidmatan dan maklumat yang lebih setara di kalangan

para pengguna. Kebiasaannya keberkesanan terhadap penggunaan teknologi

maklumat adalah bergantung kepada keterbukaan warga pendidik dalam penerimaan

teknologi maklumat sebagai elemen pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan

oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru yang menjadi nadi dan tulang belakang

dalam menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhan. Jika dahulunya kurang

guru di Malaysia menggunakan Internet, tapi kini bilangannya yang mengakses ke

Internet sudah semakin meningkat malahan ada di antara mereka menganggap

bahawa teknologi maklumat merupakan sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka.

Aspek cabaran yang pertama bagi kalangan guru berkaitan dengan

perkembangan teknologi maklumat adalah kemahiran teknologi maklumat Guru. Sejajar

Page 3: edu

dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru

merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat

dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran

dan pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus

berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya

dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Guru mesti bersedia untuk memikul

cabaran ini kerana kebanyakkan guru-guru lama agak ketinggalan di dalam bidang

teknologi maklumat ini dan akan menyebabkan murid lebih pandai dan dapat

mempermainan guru dalam sesuatu hal yang berkaitan teknologi maklumat.

Aspek cabaran yang kedua bagi guru adalah dari segi Pengetahuan Teknologi

Maklumat Guru. Pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh

kekerapan penggunaan komputer. Semakin kerap seseorang individu menggunakan

komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan

teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus teknologi maklumat.

Kebiasaanya perkara ini tidak menjadi masalah kepada guru-guru muda kerana

kebanyakkan mereka sudah pandai dan sudah mahir menggunakan perisian dan

menggunakan segalan kemudahan yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan

komunikasi iaitu lebih senang lagi dikenali sebagai

Sikap guru terhadap teknologi maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada

kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi, institusi,

konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur lepas telah menunjukkan bahawa

wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi maklumat

dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997;

Adenan, 1999; Krishnan et al., 2007). Oleh itu, guru-guru khasnya mereka yang telah

berada dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan TMK supaya

lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah.

Seterusnya adalah Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat Perisian

penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai satu alat yang dapat

membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas lain. Menurut

Page 4: edu

Chao et al. (2003), seseorang guru yang kompeten sekurang-kurangnya menguasai

kemahiran asas menggunakan komputer, berkemahiran menggunakan perisian

pemproses kata, perisian pangkalan data, perisian hamparan elektronik, perisian

berkaitan statistik, grafik, menggunakan teknologi Internet, laman web serta

pengetahuan bagaimana komputer berfungsi.

Selain cabaran dari segi kemahiran, pengetahuan dan sikap guru, guru juga

menghadapi cabaran bagaimana hendak mendidik generasi muda menggunakan

internet secara berkesan. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan

kanak-kanak tidak terdedah kepada pengaruh negative internet.

Selain cabaran yang dihadapi oleh pihak guru, pihak pentadbiran sekolah juga

mempunyai cabaran di dalam perkembangan TMK iaitu mereka perlu memastikan

kelengkapan TMK yang baik. Alatan ini harus disedaikan dengan lengkap kepada guru-

guru seperti computer riba kepada setiap guru ataupun untuk setiap bilik darjah. Setiap

bilik darjah harus disediakan projector bagi memudahkan proses pengajaran yang

menglibatkan TMK kepada murid dan guru. Selain itu juga, pihak sekolah juga

menghadapi cabaran di dalam sudut untuk menyelenggara segala kemudah-

kemudahan ini agar kemudahan ini sentiasa dapat digunakan. Tidak semua guru-guru

pandai untuk menyelenggara dengan sendiri segala kemudahan TMK yang disediakan

ini. Cabaran yang seterusnya adalah pihak sekolah perlu sentiasa mempunyai

peruntukan untuk memastikan alat-alat kemudahan TMK itu dapat diselenggarakan

dengan mencukupi bagi setiap bulan ataupun setiap tahun. Ini kerana mungkin ada

alat-alat TMK ini perlu diselenggara pada setiap bulan kerana kerosakan oleh itu pihak

sekolah seharusnya memiliki bajet yang sentiasa mencukupi untuk proses

penyelenggaraan.

Cabaran yang seterusnya bagi pihak sekolah bagi menghadapi cabaran

teknologi maklumat dan komunikasi ini adalah pihak sekolah perlu untuk

membudayakan penggunaan TMK ini di dalam kalangan guru untuk menghadapi sesi

pengajaran dan pembelajaran (Pdp). Ini kerana tidak semua guru mahu untuk

menggunakan TMK di dalam PdP mereka kerana mungkin kekangan masa yang tidak

mencukupi untuk bersedia dengan computer dan slide dan mereka perlu mengajar lagi

Page 5: edu

murid-muid pada masa yang sama. Ini merupakan cabaran yang agak besar kepada

pihak pentadbiran untuk memastikan guru-guru menggunakan TMK kerana ianya

terdapat di dalam sukatan pelajaran KSSR iaitu perlu menggunakan TMK bagi semua

mata pelajaran yang terdapat di sekolah. Pihak sekolah juga menghadapi cabaran

dengan guru yang tidak mahu langsung untuk belajar dan pergi menghadiri kursus yang

melibatkan TMK agar mereka pandai untuk menggunakan kemudahan teknologi

dengan baik. Hal ini kebiasaannya berlaku kepada guru-guru lama yang sudah hamper

pencen kerana mungkin mereka merasakan mereka sudah tua untuk belajar TMK ini.

Ini merupakan cabaran yang paling utama kerana TMK tidak akan berjalan di dalam

kelas jika guru-guru tidak menggunakannya.

Tindakan pertama yang boleh diambil oleh guru untuk menghadapi cabaran

perkembangan teknologi dan maklumat ini adalah guru-guru itu tersebut harus menukar

cara pemikiran dan cuba untuk menerima benda baru ataupun cuba untuk belajar

benda baru. Antara tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi cabaran

perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah ini adalah guru haruslah

mempunyai sikap yang sentiasa positif dan sentiasa bersedia untk berubah dari

semasa ke semasa. Mereka harus sentiasa cuba untuk mengkaji sendiri TMK ini seperti

belajar dengan sendiri menggunakan computer kerana ini merupakan alat yang penting

pada masa kini dan ianya bukan sahaja dapat digunakan untuk TMK malahan ianya

dapat digunakan untuk memudahkan kerja seharian kepada guru itu tersebut. Ini

kerana, mungkin pada suatu masa akan datang kemahiran yang sudah dipelajari pada

masa kini sudah tidak releven dengan perkembangan semasa murid dan guru perlu

sekali lagi mempelajari benda baharu untuk kelihatan tidak ketinggalan kepada murid-

murid kerana sudah semestinya murid-murid akan lebih berkembang dengan laju

berkaitan dengan arus semasa. Guru tidak harus mudah mengalah dan sentiasa

berfikiran negatif kerana sentiasa harus belajar benda baru berkaitan dengan tajuk TMK

ini.

Tindakan yang seterusnya yang boleh diambil oleh guru-guru untuk menghadapi

perkembangan tekologi maklumat dan komunikasi ini adalah guru-guru perlu kerap dan

sentiasa untuk cuba menggunakan computer di dalam setiap pengajaran dan

Page 6: edu

pembelajaran di dalam kelas agar kemahiran menggunakan computer bagi setiap guru

bertambah dan semakin pandai. Ini kerana computer merupakan alat yang paling

senang untuk digunakan dan diselitkan di dalam TMK pada bilik darjah kerana ianya

ringan dan tidak besar serta mempunyai pelbagai kemudahan yang sudah sedia ada di

dalamnya seperti menayangkan video kepada murid, memainkan lagu, menunjukkan

gambar dan sebagainya. Itu merupakan TMK di dalam kelas walaupun hanya

menayangkan gambar.

Bagi pihak pentadbiran sekolah pula, tindakan menyediakan prasarana yang

cukup haruslah diutama untuk menampung perkembangan teknologi maklumat dan

komunikasi dari segi kemudahan makmal computer yang lengkap, rangkaian

komunikasi antaranya kemudahan internet yang laju dan dapat diakses oleh semua

warga sekolah haruslah diutamakan oleh pihak pentadbiran. Melalui kemudahan yang

mencukupi agar guru-guru dan murid dapat bersama-sama menggunakan kemudahan

tersebut dapat digunakan dengan sebaiknya. Pihak pentadbiran juga harus memikirkan

cara untuk sentiasa mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung segala kos

bagi memastikan segala kelengkapan untuk mengajar TMK dapat digunakan dengan

baik. Ini adalah seperti makmal computer yang berfungsi, projektor yang befungsi

dengan baik dan lain lain. Pihak sekolah harus mengupah pihak luar untuk sentiasa

menyelenggara kemudahan yang disediakan kerana kebanyakkan guru tidak mahir dan

tidak dilatih untuk membaiki atau menyelenggara segala kemudahan ini.

Tindakan seterusnya yang boleh diambil oleh pihak pentadbiran adalah mereka

boleh merancang untuk mengadakan bengkel-bengkel kepada guru-guru di sekolah

cara untuk menggunakan TMK di dalam bilik darjah. Cara untuk menyelenggara

kemudahan TMK dengan betul agar mereka dapat menjaga segala kemudaha yang

disediakan dengan baik. Pihak pentadbiran juga perlu membuat bengkel agar guru-guru

ini diberi pendedahan tentang keberkesanan menggunakan TMK di dalam kelas dan

ianya dapat memudahkan system pengajaran agar guru-guru tersebut dapat membuka

minda mereka untuk menggunakannya dengan baik.

Secara kesimpulannya, cabaran yang dihadapi oleh pihak pentadbiran dan

kalangan guru di dalam menghadapi cabaran teknologi maklumat dan komunikasi ini

Page 7: edu

terlalu banyak berlaku oleh guru atau persekitaran yang membuatkan system

pendidikan terjejas