edu

28
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 8 | 2015 ______________________________________________________________ _____________ GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 ______________________________________________________________ _____________ NAMA PELAJAR : NUR IZWANI SALFINAS BINTI AZIZAN (920720-02-6092) NORSYAKIRAH BINTI MD NOOR (911227-07-5304) SITI NORHIDAYAH BINTI ROSLY Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 1

Upload: hidayah-rosly

Post on 23-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: edu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN

06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

SEMESTER 8 | 2015

___________________________________________________________________________

GURU DAN CABARAN SEMASA

EDU 3093___________________________________________________________________________

NAMA PELAJAR : NUR IZWANI SALFINAS BINTI AZIZAN

(920720-02-6092)

NORSYAKIRAH BINTI MD NOOR

(911227-07-5304)

SITI NORHIDAYAH BINTI ROSLY

(920221-07-5578)

NAMA KURSUS : GURU DAN CABARAN SEMASA

KOD KURSUS : EDU 3093

PROGRAM : PISMP 2012: PENDIDIKAN KHAS 1

PENSYARAH PEMBIMBING : TN HJ MOHD SUBERI BIN SALEH

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 1

Page 2: edu

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN   MUKA SURAT

PENGHARGAAN

BIODATA GURU PELATIH

PENGENALAN

1.0 TUGASAN 1 : Esei

2.0 TUGASAN 2 : Analisis Graf

RUMUSAN

PENUTUP

LAMPIRAN 

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 2

Page 3: edu

PENGHARGAAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan

tugasan projek guru dan cabaran semasa dengan jayanya. Sesungguhnya tugasan projek ini

memerlukan kami berfikir secara kritis dan kreatif untuk mengolah perbincangan yang

dilakukan sesama kami dalam penulisan ilmiah.

Kami pelajar PISMP Pendidikan Khas semester 8 ingin merakamkan jutaan terima

kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyelesaikan

segala tugasan yang telah diberikan kepada saya dan rakan-rakan. Ucapan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Tn Hj Mohd Suberi , Pensyarah Pembimbing EDU diatas segala

bimbingan dan tunjuk ajar melontarkan pandangan dan buah fikiran dalam membimbing

kami melaksanakan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu

yang membantu kami tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda

semua tidak akan kami lupakan.

Semoga sumbangan masa jua keringat tenaga seluruh pihak yang telah banyak

membantu akan mendapat tempat dan balasan daripada Allah ta'ala. Kami juga berharap agar

segala hasil ini dapat menjadi salah satu dari rujukan yang telah sedia ada dan sedikit

sebanyak membantu pihak tertentu dalam membina insan sebagai seorang guru.

Sekian.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 3

Page 4: edu

BIODATA

NAMA : NUR IZWANI SALFINAS BINTI AZIZAN

NO. K/P : 920720-02-6092

ALAMAT RUMAH :F1-1-02 KUARTERS POLIS IPD(SPU), 13200 KEPALA BATAS

PULAU PINANG

NO. TELEFON : 013-4742216

TARIKH LAHIR : 20 JULAI 1992

UMUR : 23 TAHUN

KURSUS : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS JANUARI 2012

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 4

Page 5: edu

BIODATA

NAMA : NORSYAKIRAH BINTI MD NOOR

NO. K/P : 911227-07-5304

ALAMAT RUMAH : 46 SOLOK, KAMPUNG JAWA 5, BAYAN BARU

11950 PULAU PINANG

NO. TELEFON : 011-36262852

TARIKH LAHIR : 27 DISEMBER 1991

UMUR : 24 TAHUN

KURSUS : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS JANUARI 2012

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 5

Page 6: edu

BIODATA

NAMA : SITI NORHIDAYAH BINTI ROSLY

NO. K/P : 920221-07-5578

ALAMAT RUMAH : 121,LORONG KOTA PERMAI 9, TAMAN KOTA PERMAI,

BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

NO. TELEFON : 013-4046749

TARIKH LAHIR : 21 FEBRUARI 1992

UMUR : 23 TAHUN

KURSUS : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS JANUARI 2012

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 6

Page 7: edu

PENGENALAN

Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses

pendidikan antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak

pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan

teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan

antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru.

Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa

peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat

memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di

sekolah.Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang

dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada

kalangan graduan 30 peratus teratas.

Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

(UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan.Seterusnya,

kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang

menyambung pengajian di negara ini.Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China,

Indonesia, Iran dan Nigeria.Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai

untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi.

Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi program

meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

dan penubuhan Education Delivery Unit (EDU).Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat

dan tujuan PPPM sangat penting bagi merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam

sistem pendidikan negara.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 7

Page 8: edu

Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas

keupayaan sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya

bagi menghadapi cabaran abad ke-21.Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah

kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi

yang dilaksanakan.Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan.Di

samping itu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan.Ini antara dua

daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem.

Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan

P&P guru di dalam kelas.Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan

berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam

peperiksaan dengan cemerlang.Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem

pendidikan negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah

difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi

memperkasa generasi muda pada masa depan.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 8

Page 9: edu

1.0 Tugasan 1 – Esei Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian

Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar

Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak

kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan

perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau

bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan

berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung

dengan struktur pendidikan, akses kepada pendidikan, ekuiti, ketidakseimbangan penyediaan

infrastruktur dan kualiti tenaga pengajar. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang

menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikategorikan iaitu pentadbiran,

peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

1.1 Kelebihan

Guru merupakan anak kunci kepada penghasilan pendidikan berkualiti kerana

melalui guru atau pendidik di peringkat sekolah,sesebuah negara boleh mencapai

matlamat,aspirasi.visi dan misinya.Gurulah yang menjadi penggerak pencapaian

segala cabaran yang tersimpul dalam Wawasan 2020 dan era seterusnya.Negara kita

perlu memerlukan guru yang unggul bagi membolehkan menangani cabaran-cabaran

masa depan.Bagi melahirkan guru yang berkualiti dan berketerampilan seseorang

guru perlu bersedia dan peka terhadap perkembangan pendidikan dari masa ke

semasa.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti

yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang

kukuh,berketerampilan,berkeperibadian mulia,berpengetahuan dan berkemahiran

tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.Bagi melahirkan modal insan yang

berketerampilan,seseorang guru itu perlu bersedia dari segi mental,emosi,fizikal,sosial

serta memiliki peribadi yang baik. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998:1427),

keterampilan membawa maksud kecekapan,kemampuan yang tinggi manakala

terampil adalah cekap dalam melaksanakan sesuatu,menyelesaikan masalah dan

sebagainya.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 9

Page 10: edu

Bagi melahirkan guru berketerampilan, berilmu dan berkemahira

tinggi,seseorang guru itu perlu menguasai ilmu pengetahuan yang luas.Hal ini

demikian kerana,penguasaan ilmu sangat penting supaya apabila mengajar kelak

dapat membantu guru dari segi persediaan mental dan emosi.Antara perkara penting

dari segi aspek pengetahuan untuk melahirkan guru yang berketerampilan adalah

pedagogi iaitu pengajaran dan pembelajaran,pengurusan dan pentadbiran,pengukuran

dan penilaian iaitu ditinjau dari penyelidikan tindakan serta aspek pembaharuan

kurikulum.perkara-perkara ini diterapkan sewaktu peringkat pembentukan bakal-

bakal guru siswazah, kursus-kursus dalaman dan latihan dalam perkhidmatan yang

diadakan daripada semasa ke semasa

Dewasa kini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi satu aset dan

medium penting bagi guru mencapai matlamat pengajaran. Sehubungan itu, guru-guru

pada hari ini perlu melengkapi diri mereka dengan “keilmuan mutakhir dan minda

yang progresif bertepatan dengan keperluan era informasi” (Wan Liz 2000: 169).

Tuntutan profesionalisma perguruan hari ini memerlukan guru-guru mempunyai

literasi elektronik (Warschauer, 1999), di mana mereka berkemahiran menggunakan

ICT untuk meneroka, mencari serta mengakses maklumat dan seterusnya

memanfaatkan maklumat tersebut untuk tujuan pengajaran dalam bilik darjah. Guru-

guru seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi

berasaskan komputer serta pelbagai aplikasinya seperti CD ROM, Internet, WWW

(World Wide Web) serta perisian-perisian pendidikan. Selain itu, guru-guru perlu

mempelajari bagaimana untuk mengajar dengan menggunakan peralatan dan

kemudahan teknologi serta mempelajari kemahiran-kemahiran dan pendekatan-

pendekatan baru (Tapscott, 2003; Pachler, 2001). Secanggih mana pun sesuatu

teknologi, teknologi tersebut akan menjadi tidak berguna seandainya guru-guru tiada

ilmu serta tidak berkeyakinan untuk menggunakannya dalam bilik darjah.

Maksudnya, bagi tujuan membawa impak yang positif kepada pengajaran dan

pembelajaran, guru-guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengguna

dan mengintegrasikan peralatan dan kemudahan ICT (Davis, 2001) serta berasa selesa

dan yakin menggunakan teknologi tersebut (Ropp, 1999; Norhayati, 1995).

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 10

Page 11: edu

Perkara ini dapat disimpulkan bahawa pada masa ini guru-guru mempunyai

tugas dan tanggung jawab yang berat dan amat mencabar kredibiliti mereka sebagai

pendidik. Mereka turut dituntut untuk meorientasikan semula kaedah serta amalan-

amalan pengajaran mereka serta berkeupayaan memegang pelbagai peranan

terutamanya sebagai fasilitator, perancang dan pengurus pengajaran dalam bilik

darjah bestari. Maka, sebagai al-mu’alim (menyampaikan ilmu yang benar), al-

murrabbi (menjayakan proses pendidikan) dan al-mudarris (mengajar pelajaran dan

kemahiran), amat perlu guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai

pengetahuan dan kemahiran ICT serta bersikap positif terhadap ICT (Kementerian

Pendidikan Malaysia 1997). Hanya dengan cara ini guru-guru dapat mendidik para

pelajar mereka sebagai persiapan menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang pada

zaman maklumat serta menangani kepesatan kemajuan dalam ICT.

Pendidikan bukan agenda negara yang boleh dijayakan secara bersendirian. Ia

merupakan bidang yang melibatkan dan memerlukan komitmen semua pihak

berkepentingan (stakeholders). Kejayaan sistem pendidikan sebagai perkhidmatan

kepada masyarakat akan dinilai berdasarkan keupayaannya untuk dinikmati oleh

kumpulan sasaran iaitu para pelajar dan seterusnya untuk meningkatkan taraf

kehidupan rakyat pada masa hadapan. Kejayaan ini banyak dipengaruhi oleh kekuatan

kerjasama dalam dan luar organisasi pendidikan. Keupayaan mengenal pasti dan

memanfaatkan sepenuhnya jalinan kerjasama menentukan kejayaan PIPP. Semua

pihak sewajarnya menyedari dan menerima hakikat bahawa agenda pendidikan perlu

dijayakan secara koloborasi atau bersama.

Sekolah sebagai satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan

masyarakat seharusnya mengikut perubahan masyarakat. Ini kerana masalah

masyarakat merupakan masalah sekolah juga. Maka dalam hal ini, tidak dapat tidak

masyarakat perlu bekerjasama dengan sekolah untuk mencapai cita-cita sekolah dan

negara (Ibrahim : 2001). Malahan institusi pendidikanlah yang memberikan

perkhidmatan yang paling rapat dan berpanjangan kepada hampir semua golongan

masyarakat. Timbulnya isu-isu pendidikan boleh mempengaruhi dan dipengaruhi oleh

masyarakat. Oleh itu penglibatan masyarakat dalam bentuk jalinan kerjasama atau

perkongsian bagi kepentingan bersama dapat menjayakan hasrat dan aspirasi yang

diimpikan.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 11

Page 12: edu

1.2 Kelemahan

“Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar

di Negara maju kerana kualiti pendidikan Malaysia di tangga ke-14 secara

keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.”

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam Laporan Daya Saing

Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Kelemahan yang terdapat dalam memartabatkan sistem pendidikan Malaysia

adalah dari segi ketidakseimbangan penyediaan infrasturuktur terutama di luar

bandar.Sekolah luar bandar bermaksud sekolah di kawasan luar bandar seperti di

kawasan kampung atau tempat yang lebih mundur dari segi teknologi, infrastruktur

dan tahap kehidupan.Ini bermaksud sekolah luar bandar kurang sempurna berbanding

dengan sekolah di bandar.Ia ditambah pula dengan dengan kesukaran untuk

menyalurkan bantuan ekoran keadaan laluan dan darjah ketersampaian yang jauh.

Adakah disebabkan sekolah ini terletak di luar bandar, maka tidak perlu sediakan

prasarana yang lebih baik?Adakah kerana bilangan pelajar yang sikit, mereka tiada

hak untuk merasa kemudahan pendidikan yang lebih baik?

Pada pendapat saya, persekitaran di luar bandar lebih sesuai untuk

belajar.Namun, pembangunannya harus dititikberatkan agar pembelajaran di luar

bandar tidak ketinggalan.Kita sedia maklum bahawa sekolah di kawasan pedalaman,

terutamanya di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dari pelbagai segi antaranya

dari segi pembangunan, kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) dan

sebagainya.Ini disebabkan oleh faktor geografi, di mana ianya berada dalam kawasan

yang terpencil dan tercicir, menyukarkan perhubungan atau komunikasi berlaku,

seterusnya menganggu kemudahan infrastruktur disalurkan. Hal ini memberi impak

yang negatif kepada pelajar dari segi proses pembelajaran dan menyebabkan

timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan peruntukan yang disediakan oleh KPM

tidak seimbang untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai

contoh, kekurangan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang

mempunyai kemudahan asas seperti meja, kerusi dan lain-lain yang amat daif. Selain

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 12

Page 13: edu

itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan

buku teks juga masih berkurangan. Masalah kemudahan lain seperti pembekalan

komputer yang tidak seimbang dengan sekolah bandar menyukarkan para pelajar

mencari alternatif pembelajaran lain selain apa yang dipelajari dalam kelas.

Kelemahan kedua adalah martabat profession keguruan dipandang rendah oleh

masyarakat.Masalah ini berhubung perkembangan pendidikan terutama sekali

kekurangan tenaga pengajar yang mahir bagi beberapa mata pelajaran penting di

kawasan pendalaman atau luar bandar.Isu tersebut timbul apabila Timbalan Menteri

Pendidikan Datuk Puad Zakarshi menyatakan mengenai cadangan penghantaran guru

terlatih dari Semenanjung bagi mengatasi masalah kekurangan guru di kawasan

pedalaman Sabah dan Sarawak.Namun, beberapa pemimpin menyuarakan agar

GGSTT (Golongan Guru Sandaran Tidak Terlatih) yang berasal di negeri ini

diberikan peluang bagi mengisi kekurangan tersebut kerana secara rasionalnya hanya

guru tempatan sahaja yang sanggup mengajar di kawasan luar bandar yang serba

kekurangan.

Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam

pelaksanaan pendidikan yang berkesan.Keadaan ini menyebabkan berlaku

ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen.Maka

berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi

“bidan terjun”.Guru yang bukan opsyen atau tidak terlatih (GSTT) terpaksa mengajar

matapelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi

keperluan pelajar.Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek

berkenaan maka kewibawaan guru dalam menyampaikan ilmu mula dipertikaikan

sekaligus merendahkan martabat profession perguruan di mata masyarakat.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 13

Page 14: edu

1.3 Cadangan Penambahbaikan

Cadangan bagi masalah ketidakseimbangan penyediaan infrasturuktur

terutama di luar bandar dimainkan oleh pihak kerajaan dalam pembangunan sekolah

luar bandar.Peranan kerajaan dalam memajukan sekolah luar bandar ialah

menyediakan peruntukan yang besar untuk meningkatkan prasarana di

sekolah.Contohnya dari segi pembangunan, bekalan elektrik dan kemudahan bilik

darjah. Jabatan Pendidikan turut membina infrastruktur yang lebih selesa untuk

kemudahan para guru mengajar di kawasan luar bandar seperti rumah penginapan,

jalan perhubungan yang baik demi membantu proses perkhidmatan para guru agar

lebih efisien dan sistematik. Kemudahan seperti makmal komputer juga dapat

memberi peluang kepada para guru untuk mengajar dengan berkesan kerana adanya

alat bantu mengajar yang lebih baik. Seterusnya, program sekolah bestari dan latihan

amali juga boleh dilakukan untuk memajukan sekolah luar bandar iaitu melalui

kerjasama Kementerian Pendidikan dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia

(MDEC).

Cadangan mengatasi masalah kedua yang timbul adalah dalam meningkatkan

martabat profesion keguruan, pihak berkenaan perlu membuat pemilihan calon guru

yang benar-benar layak melalui temuduga dan ujian INSAK. Faktor keupayaan

menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk ujian personaliti dengan

persekitaran juga penting. Apabila jenis personaliti tersebut tidak sepadan dengan

persekitarannya, maka berlaku punca kepada sikap tidak berminat terhadap kerja

mahupun perkembangannya.(Holland, 1973).

Selain itu, KPM perlu mengurangkan penempatan guru sandaran tidak terlatih

terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar. Kekosongan jawatan guru

samada di sekolah rendah mahu pun menengah biasanya diisi oleh guru sandaran

yang tidak mendapat latihan secara formal sama ada di institut perguruan ataupun

universiti. Tidak dinafikan mengenai keperluan mengisi kekosongan tersebut atas

dasar pendidikan pelajar di sekolah. Tetapi pandangan masyarakat terhadap profesion

keguruan ini akan menjadi lebih pudar apabila ada sesetangah pihak yang

menganggap tanpa mengikuti latihan perguruan di tempat-tempat tertentu, mereka

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 14

Page 15: edu

masih boleh menjadi seorang guru.Sepatutnya kekosongan jawatan guru di sekolah

menengah diisi dengan kehadiran guru-guru yang telah menamatkan pengajian secara

separuh masa atau PJJ yang terlalu ramai di sekolah rendah, manakala di peringkat

sekolah rendah ianya diisi dengan guru-guru lepasan ijazah dari institut perguruan.

Sistem pendidikan dan prasarana sekolah adalah dua perkara yang penting

dalam merialisasikan mutu pendidikan dalam sesebuah sekolah atau institusi

pendidikan kerana dalam NKRA pendidikan juga ada di sebut. Sistem yang baik akan

menambahkan kualiti dan tahap pembelajaran seseorang pelajar tetapi jika tahap

prasarana sesebuah sekolah itu yang tidak bagus adalahkah ini akan menyihatkan dan

mencergaskan minda pelajar? Lambakan guru-guru sandaran tidak terlatih di sekolah

dengan sendirinya akan merendahkan martabat profesion keguruan tersebut.

(1591 patah perkataan)

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 15

Page 16: edu

2.0 Analisis Graf

Graf 1 :Pencapaian Matematik, Bacaan Dan Sains Dalam PISA 2012

Matematik Bacaan Sains0

100

200

300

400

500

600

700

ChinaKanadaMalaysiaPeru

Graf di atas menunjukkan min tahap pencapaian matematik, bacaan dan sains bagi 4

buah negara termasuk negara Malaysia melalui ujian PISA yang dijalankan ke atas kanak-

kanak berusia 15 tahun.Ujian PISA ini mentaksir pelbagai kemahiran kognitif seperti

kemahiran aplikasi dan juga penaakulan seseorang murid.Purata antarabangsa bagi setiap

aspek turut digariskan bagi mengenal pasti dengan lebih jelas pencapaian setiap negara yang

terlibat.

Malaysia berada pada keddukan lebih baik daripada negara Peru berpunca daripada

faktor geografi dan persekitarannya yang belum membangun dan masih mundur. Kemiskinan

yang berlaku di negara Peru telah memberi kesan kepada perkembangan pendidikan yang

berlaku dalam kalangan kanak-kanak di sana. Berbanding negara Malaysia yang sedang

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 16

Page 17: edu

membangun dan menerima pengaruh serta perkongsian daripada negara luar seperti

Singapura dan Thailand, prestasi kanak-kanak lebih baik daripada negara Peru.Kerajaan Peru

tidak dapat memberikan peruntukan yang banyak dalam bidang pendidikan seperti mana

yang diperolehi oleh rakyat Malaysia.

Shanghai China merupakan negara yang mendominasi pencapaian tertinggi bagi

setiap aspek dan jauh mengatasi purata antarabangsa sebanyak 24% dan diikuti oleh negara

Kanada sebanyak 4.8%. Malaysia dan Peru merupakan antara negara yang gagal untuk

mencapai purata antarabangsa apabila masing-masing kedudukannya berada di bawah min

sebanyak 14% dan 25%.Kedudukan Malaysia yang jauh di bawah mungkin kerana faktor

pemikiran murid di Malaysia yang tidak konsisten dan tidak dapat mengekalkan momentum

prestasi yang baik dalam tempoh jangka masa yang lama. Kemahiran kognitif yang baik

akan dapat membantu menghasilkan prestasi yang cemerlang. Namun begitu, murid di

Malaysia yang kurang aktif penggunaan kognitif di aras yang tinggi serta kurang mendapat

rangsangan kognitif yang sesuai menyebabkan perkembangan yang sukar dibentuk dan

akhirnya memberi kesan kepada kemahiran aplikasi dan penaakulan murid.

Min prestasi matematik dan sains bagi negara Malaysia juga tidak begitu

memberangsangkan.Hal ini dapat dilihat dengan jelas di mana murid di Malaysia

kebanyakannya menghadapi masalah dalam mata pelajaran yang berkait penguasaan konsep

asas.Negara maju mempunyai khidmat guru yang lebih berkualiti dan pakar dalam sesuatu

bidang.Faktor sebegini memberi kesan kepada penyampaiannya di dalam kelas dan sekaligus

dapat meningkatkan kefahaman dan prestasi murid dalam mata pelajaran tersebut.Tenaga

pakar yang bersifat antarabangsa dan terdedah dengan dapatan-dapatan luar yang boleh

menyumbang kepada pencapaian yang lebih baik bagi negara Malaysia. Berbeza dengan

negara China yang begitu pesat dengan pelbagai inovasi yang dihasilkan oleh rakyat mereka

yang rata-rata memiliki pengetahuan dan kemahiran pada aras yang tinggi. Perkongsian

pintar antara negara berprestasi tinggi wajar dilakukan supaya kemahiran dan ilmu tersebut

dapat digunakan di negara Malaysia.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 17

Page 18: edu

Faktor perbelanjaan kerajaan terhadap murid turut memberi kesan kepada prestasi

tersebut. Malaysia merupakan antara negara yang membelanjakan sejumlah wang yang besar

dalam bidang pendidikan melalui buku teks, peralatan makmal, bahan bantu dan sebagainya.

Namun begitu, infrastruktur dan kemudahan di sekolah tidak setanding dengan perbelanjaan

yang dikeluarkan oleh kerajaan. Berbanding dengan negara Kanada yang begitu

menitikberatkan pelbagai kemudahan yang terbaik bagi murid di sana, penyaluran peruntukan

dapat dilihat dengan jelas dari segi fasiliti yang canggih dan seiring dengan perkembangan

dunia. Namun begitu, sebaliknya terjadi di Malaysia apabila murid tidak mendapat pulangan

yang sewajarnya dalam bidang pendidikan dan akhirnya mereka tidak mendapat sistem

pendidikan yang terbaik kerana kekurangan daripada pelbagai aspek yang penting dalam

sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran.Kemudahan yang baik mampu membantu

perkembangan murid dengan baik di samping meningkatkan motivasi mereka untuk lebih

tekun belajar.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 18

Page 19: edu

BIBLIOGRAFI

Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang:

PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan.(2001). Pembangunan Pendidikan

2001–2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bakhtiar Mansor (1993), “Perguruan:Satu Perspektif Perkembangan Kerjaya” dalam

Jurnal Pengurusan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Bernama. (2015, April 6). Kejayaan sekolah bergantung kepada kewibawaan pengetuanya -

Muhyiddin. Retrieved Julai 15, 2015, from Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-

malaysia/kejayaan-sekolah-bergantung-kepada-kewibawaan-pengetuanya-muhyiddin-57251

N.S.Rajendran. (2008). Pengajaran Kemahiran Aras Tinggi. Kesediaan Guru Mengendali Proses Pengajaran dan Pembelajaran , 13.

Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia.Teori dan Analisis, Kuala

Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Yahya Don (2005).Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.

Yazid Abdul Manap (2001), “Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab

Bersama”, dalam Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 15 – 33.

Artikel Sistem Pendidikan Malaysia Lebih Baik Berbanding Negara Maju, Mstar, 4 April

2012 diambil dari http://www.beritasemasa.com.my/sistem-pendidikan-di-malaysia )

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1989).Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.

Zanariah Abd Mutalib. (2013). Strategi Lahir Pelajar Berkualiti. Putrajaya: Berita Harian Online.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8 Page 19