edu

52
Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Dari Aspek Guru, Murid, Sekolah Dan Kurikulum Guru Murid Sekolah Kurikulum Memastikan kaedah p&p yang digunakannya dapat diterima oleh semua murid . - Mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Sebagai contohnya, guru mengadakan aktiviti kumpulan semasa P&P dan melibatkan murid-murid yang pelbagai kaum. - Guru perlu menerangkan kepada murid mengenai perlunya menghormati kepercayaan setiap kaum. Misalnya, semasa mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral guru boleh menerapkan nilai hormat menghormati - Murid secara bersama-sama dalam satu kumpulan besar akan sentiasa mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah. - Murid harus bersosial di antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. - Murid juga perlu mengamalkan penggunaan bahasa yang standard dan mengelakkan unsur-unsur dialek mengikut kaum. - Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang di Mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. - Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut selain daripada sekolah. - Program Intergrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya - Sekolah Wawasan - Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai kurikulum tersirat. - Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko- kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya. - Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di

Upload: cezy-shie

Post on 19-Nov-2015

48 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Dari Aspek Guru, Murid, Sekolah Dan KurikulumGuruMuridSekolahKurikulum

Memastikan kaedah p&p yang digunakannya dapat diterima oleh semua murid. - Mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Sebagai contohnya, guru mengadakan aktiviti kumpulan semasa P&P dan melibatkan murid-murid yang pelbagai kaum. - Guru perlu menerangkan kepada murid mengenai perlunya menghormati kepercayaan setiap kaum. Misalnya, semasa mengajar mata pelajaran Pendidikan

Moral guruboleh menerapkan nilai hormat menghormati melalui penerangan yang berkaitan perbezaan antara kaum. - Memberi ruang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. - Guru perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua lapisan murid.- Murid secara bersama-sama dalam satu kumpulan besar akan sentiasa mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah. - Murid harus bersosial di antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. - Murid juga perlu mengamalkan penggunaan bahasa yang standard dan mengelakkan unsur-unsur dialek mengikut kaum. - Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budayapenyayang di kalangan muridMewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. - Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut selain daripada sekolah. - Program Intergrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya - Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah iniadalah antara sekolahyang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam- Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai kurikulum tersirat. - Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya. - Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baikguru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan sebagainya

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN1) Definisi Ketaksamaan Menurut Kamus Dewan edisi ke-3: Ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat. Noran Fauziah Yaakub - keadaan di mana manusia tidak memperoleh ganjaran sosial yang sama. Perbezaan semulajadi seperti sahsiah,kecondongan yang berlainan Perbezaan darjat@taraf seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan Bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat Penilaian tersebut adalah suatu yang berterusan dalam suatu jangka masa panjang Penilaian boleh diwarisi dari satu generasi ke genarasi yang lain Memberi kesan langsung kepada peluang-peluang pendidikan 2)Jantina Gender Memberi makna wujudnya status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri yang sesuai untuk lelaki dan perempuan, interaksi lelaki dan perempuan. Zaman tradisonal: fungsi wanita terhad sebagai pembantu suami. Pada zaman penjajahan peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Amalan patriarki iaitu menerima budaya lelaki sebagai ketua yang mempunyai kuasa dan dominasi ke atas wanita dan kanak-kanak. Sistem meritokrasi telah digunakan iaitu pemilihan berdasarkan pencapaian akademik dan bukannya gender. Kecenderungan pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi

3)Murid Berkeperluan Khas Dr. Chua Tee Tee- satu program khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa. Mempunyai kecerdasan yang amat rendah atau kebolehan mental yang lebih tinggi. Persekitaran yang kurang yang kurang mesra menyebabkan golongan ini tertinggal. Mereka mengalami kecelaruan tingkah laku Tingkah laku terbias Tingkah laku bersifat pengongkongan dalaman. Mengalami ketidakmatangan yang sangat ketara. Golongan ini mesti diberi peluang supaya tidak tertinggal dalam arus pendidikan nasional. Melalui Akta Pendidikan Khas 1966 memberi kuasa kepada KPM menyediakan pendidikan yang sesuai untuk golongan ini.

4)Siapakah Mereka? Kerencatan mental Masalah pembelajaran Kecelaruan tingkah laku Kecacatan pendengaran & masalah komunikasi Kecacatan penglihatan Kecacatan fizikal Pintar cerdas & berbakat istimewa

5)Kerencatan Akala) Autisme - ketidakupayaan kanak-kanak memahami perkara sekeliling. - biasanya mula berlaku pada usia 30 bulan. - gangguan dalam otak yang menguasai bahagian kefahaman, emosi & komunikasi. Bilangan pengidap di dunia 10-15 dalam 10 ribu orang. Kanak-kanak lelaki lebih banyak mengidap dengan nisbah 4:1.

Ciri-ciri Autisme; Suka menyendiri Masalah bahasa & komunikasi Asyik dengan aktiviti sendiri Ketawa tiba-tiba Tidak rasa sakit apabila jatuh Tidak takut pada bahaya Menangis/marah tanpa sebab Mengulangi kata-kata Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal Tidak bertentangan mata semasa bercakap Menunjukkan dgn jara arah yang disukai Bertingkah laku melampau

Cara Mengatasi; Pakar jiwa. Ibu bapa bersabar dan membimbing dengan penuh perhatian. Boleh sembuh jika mengidapi sebahagian ciri-cirinya. Hantar ke Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia untuk rawatan.

b)Sindrom down Sindrom Down - kecacatan mental dan fizikal. - Punca pembahagian kromoson yang tidak seimbang. - Wanita mengandung berumur 40 tahun ke atas kebarangkalian bayi mendapat sindrom down 5%.

Ciri-ciri; Fizikal Kepala bulat Hidung kemik Berbadan pendek Mata sepet Rupa hampir serupa Mudah mendapat penyakit jantung, sembelit & leukemia Kecerdasan IQ rendah daripada 50 Boleh diajar mengurus diri apabila meningkat dewasa

c)Cerebral palsy Cerebral-otak & palsy-kurang daya kawalan pada otot. Penyakit yang berkaitan dengan kerosakan otot. Bukan berpunca daripada keturunan tetapi faktor lain. Otot kurang bermaya (mudah letih) & lambat menyiapkan kerja. Terjejas pusat kawalan otok di otak. Masalah koordinasi antara kawalan otot dan pergerakan tangan dan badan. Kesan-gerak badan kekok, imbangan badan mengeletar, badan lembik, kaki & tangan kejang,masalah menghisap & menelanPunca; Kerosakan otak Deman kuning yang teruk selepas lahir Deman panas Kelahiran awal Kecederaan, pembengkakan otak & selaput Jangkitan rahim Pendarahan sebelum kelahiran Rawatan; Mengajar kebolehan asas.Berjumpa pakar otopedik, fisioterapi, jurupulih cara kerja & jurupulih pertuturan

d) Kecacatan Penglihatan Keadaan seseorang tidak dapat melihat dan memerlukan braille. Individu yang kehilangan penglihatan sepenuhnya atau ketajaman penglihatan 6/60 atau 20/200 atau kurang. Individu yang tidak nampak sebarang cahaya dan penglihatannya 3/60 atau kurang. Definisi di Malaysia- mereka yang tidak boleh melihat dengan terang tanpa kawalan cahaya, kanta khas dan latihan khusus.

Punca; Penyakit berjangkit- siplis, campak rubell. Keturunan Jangkitan kuman semasa mengandung. Kekurangan vitamin A. Termakan bisa Kemalangan

Hewett & Forness- cirinya dapat dilihat dari segi rupa, tingkah laku & aduan. rupa: sensitif pada cahaya, bgh tepi mata merah & berair, juling terdapat bintik putih di tengah mata hitam. Tingkah laku: mengosok-gosok mata, menutup sebelah mata, selalu mengelip mata, menjeling kelopak mata dan memegang buku dekat dengan mata. Aduan: mengadu mata panas, kabur, berganda & pening kepala.e) Kecacatan Pendengaran Terbahagi dua pekak deria tidak berfungsi dan separuh pekak boleh mendengar tetapi kurang jelas boleh dibantu dengan bantuan alat. Kecacatan pendengaran tidak mengalami kecacatan akal.

Ciri-ciri; Lambat menjawab pertanyaan Lain ditanya lain dijawab Gangguan dalam sebutan Sukar menguasai kosa kata Menyendiri

Punca; Baka Jangkitan kuman semasa mengandung Ibu mengidap kencing manis, penyakit beri-beri & pernah menagih dadah Lahir tidak cukup bulan Demam campak Terdedah bunyi yang sangat kuat

f)Kecelaruan Tingkah Laku Hiperaktif- terdiri daripada lelaki dan tingkah lakunya jelas pada usia 4-9 tahun. Mula berkurangan pada usia 9 tahun ke atas. Jika tidak berubah langkah rawatan mesti diambil untuk mengelakkan masalah tingkah laku.

g)Ciri-ciri Hiperektif Bising/merayau Mengganggu orang tanpa sebab Nakal & tidak takut pada hukuman Tidak mendengar kata Tidak menumpukan pada kelas Tidak menyiapkan kerja sekolah Suka membuat rekaan Suka merosakkan harta orang Kasar Resah Tidak disukai orang lainPunca; Kurang kasih sayang Minta perhatian Pengaruh cerita Pengaruh keluarga Kerosakan otak Sifat semula jadi Selalu ditakuti oleh keluarga semasa kecil Kebimbangan tinggi Deraan Keluarga terlampau keras dalam mendidik

h)Masalah Pembelajaran Masalah Pembacaan (Dyslexia) sebagai gangguan yang jelas menunjukkan kesukaran membaca walaupun diajar secara lisan. mempunyai kecerdikan yang memuaskan & boleh bersosio budaya. otak kanak-kanak tidak dapat memproses bahasa dan bunyi dengan baik. mereka mengalami kesukaran mengikuti arahan sama ada secara lisan atau tulisan. Kesukaran ini akan hilang apabila meningkat dewasa.

Ciri-ciri; Kesukaran membaca sifir, tambah & tolak. Selalu menggunakan jari atau alat untuk mengira. Melakukan banyak kesilapan ejaan. Lambat atau terhenti-henti ketika membaca. Kesukaran menyebut atau menulis abjad tertentu spt s,c,p & d. Perlu perhatian dan kesabaran untuk mendidik kanak-kanak ini. Boleh dipulihkan.

i)Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar Cerdas Daya pemerhatian tajam & perasaan igin tahu tinggi. Bahsa- perbandaharaan kata luas & pertuturan lancar. Menyelesaikan masalah kreatif & inovatif. Ingatan yang baik. Cepat menguasai kemahiran baru. Menunjukkan bakat luar biasa. Menggunakan perkara yang dipelajari dalam konteks baru. Menyusun turutan secara logik. Menghasilkan idea yang aneh & tidak munasabah. Boleh berbincang & menghuraikan idea. Minat menulis & membaca. Cepat belajar & mengaplikasikan apa yang dipelajari. Inisiatif & mahu bekerja sendiri. Menumpukan perhatian yang lama & meneruskan kerja yang mencabar. Menunjukkan kepintaran & kelucuan. Terangsang dengan sesuatu yang kompleks & suka meramal. Menunjukkan perasaan & pendapat yang teguh. Sangat kritikal pada diri sendiri.

6) KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN.. ( PEDALAMAN ) merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas ; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein ( Perutusan Tahun Baru, 2006 ) A) Pengenalan Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan, guru terlatih dan sumber mencukupi.

Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai kekurangan daripada segi kemudahan asas. Guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan. Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai kekurangan daripada segi kemudahan asas. Guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang perbezaan yang ketara dari segi sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3).

Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai banyak kemajuan sejak RMKe-3. Walaubagaimanapun, tugas ini belum selesai dan akan terus diberi keutamaan dalam RMKe-9.

B)Dasar dan Matlamat1. Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

2. Jurang bandar dan luar bandar Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.

Jurang Digital Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.

Jurang antara tahap pencapaian pelajar Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan. Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas. Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar bekeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat.

Jurang sosioekonomi Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar.

2. Kekurangan Kemudahan Asas o Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa, menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya untuk p&p. o Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1517 sekolah rendah dan 68 sekolah menengah. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub (tube well). Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian hujan pula menggunakan air tadahan hujan.

3. Sekolah Kurang Murid Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90 % SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh dipedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

4. Cabaran KPM Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina.

BANTUAN DAN PROGRAM SOKONGANKPM memperuntukkan lebih daripada RM 1.0 bilion setiap keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program berikut;a) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) b) Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) c) Bantuan Makanan Asrama. d) Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid e) Jaket Keselamatan f) Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya g) Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) h) Skim Baucer Tuisyen (SBT) i) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) j) Asrama Harian FAKTOR-FAKTOR KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN BAGI MASYARAKAT PEDALAMAN

Faktor pertama : Kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu-satu bidang.

Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik. Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri. Oleh yang demikian, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

Faktor kedua : Pertumbuhan pusat urban yang lembab. Ia merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan itu untuk berkembang sebagai pusat penawaran khidmat perbandaran yang efektif. Sebagai contoh, kurangnya kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik , pengangkutan serta kemudahan prasarana sekolah yang teruk. Apabila segala kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung ia menjadi sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk pergi menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik pergi ke sekolah untuk memajukan diri mereka sendiri.

Faktor ketiga : Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya yang kurang merangsang. Ia merujuk kepada masyarakat pedalaman yang boleh dikatakan masih tebal dengan ciri-ciri penduduk desa, boleh dikatakan tidak berfikiran terbuka terutama dalam aspek pendidikan. Sebagai contoh, ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. Mereka lebih suka anak-anak mereka melakukan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencari hasil hutan.

Ketaksamaan Kelas Sosial Taraf @ kelas sosial adalah faktor kepada ketaksamaan peluang pendidikan Boleh wujud dalam sesuatu kumpulan kaum itu sendiri atau juga antara kaum Contoh: Masyarakat Melayu( golongan pembesar dan rakyat bawahan) Masyarakat India ( kasta dalam masyarakat ) Masyarakat Cina ( antara golongan berada dan kurang berkemampuan

Kelas sosial masyarakat: Sistem feudal Rakyat bawahan@marhain Golongan pembesar Golongan istana Aspek ketaksamaan peluang pendidikan: Kemudahan mendapatkan guru Bahan-bahan rujukan Peluang kerjaya selepas tamat belajar Kelas sosial masyarakat: Perubahan zaman,sistem kelas masyarakat turut berubah: Golongan petani Golongan masyarakat kampung Golongan yang tinggal di bandar Golongan kurang berkemampuan Golongan pemimpin Golongan berada Aspek ketaksamaan peluang pendidikan: Kemudahan mendapatkan guru Kemudahan peralatan fizikal di sekolah Kelas tambahan@tuisyen Pembiayaan kewangan Bahan-bahan rujukan Peluang-peluang melanjutkan pelajaran Peluang kerjaya selepas tamat belajar

Pendidikan Masyarakat Indigoneous Sistem pendidikan sekolah yang secara nasional dikembangkan di Tanah Air belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional. Padahal, sistem belajar asli memiliki banyak hal positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Merujuk kelompok masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman & masih belum menerima sebarang perubahan luar. Mereka masih taksub dengan sistem kehidupan mereka. Dalam konteks Malaysia merujuk penduduk pribumi di pedalaman Sabah & Sarawak. Di Sabah spt Kadazan, Bajau, Murut, Suluk & Orang Brunei. Di Sarawak spt Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan & Kelambit. Sistem pendidikan nasional belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional. Sistem belajar asli mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Sistem belajar asli yang diwarisi potensi yang berharga. Sistem belajar asli masyarakat indigenous berpandukan pengalaman merupakan proses pendidikan yang manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan kudrat dan perkembangan manusia. Dalam sistem belajar asli, proses belajar seseorang akan mencakupi empat perkara. manusia akan mengalami sesuatu secara nyata. memikirkannya secara konseptual. mengamati sesuatu sambil merenung, dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas. Proses belajar di sekolah yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif iaitu proses yang dialami adalah pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata. Berbeza dalam sistem belajar asli masyarakat indigenous. Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya

Orang Asli Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi. Keserasian cara hidup dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan. (Rusli Zaenal, 2002) Kajian Kementerian Pelajaran, mendapati, ada dalam kalangan ibu bapa ORANG ASLI yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka. `Sekolah' bagi mereka ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, ketangkasan dan ketepatan berburu dan menyumpit, dan sebagainya. Kadar keciciran sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melaporkan 34.31 peratus murid Orang Asli tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima. Dalam kes tertentu terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.

Faktor kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustaffa Omar, 2004). Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan Orang Asli masih berada di tahap rendah. Keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah tinggi iaitu 45.8 peratus dan kadar buta huruf 49.2 peratus (kadar nasional 6.4 peratus). Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan sering ditipu peraih. Kesannya pendapatan Orang Asli merosot dan hidup serba kekurangan. Seisi keluarga adalah tenaga kerja yang keluar mencari makan seharian suntuk. Tempat kediaman terlalu jauh dengan sekolah. Taraf sosio-ekonomi yang rendah. Tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak mereka itu normal atau berkeperluan khas. Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Pengaruh persekitaran seperti kurang ambil berat ibubapa terhadap hal-hal berkaitan pelajaran dan tiada tekanan untuk berubah. Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit. Kesannya berlakunya keciciran pelajaran dalam kalangan mereka. Bagi meningkatkan minat pendidikan anak Orang Asli dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran pelajaran, guru hendaklah mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M kepada 6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar bilik darjah, makan-Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan kegiatan kebudayaan).http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-4-ketaksamaan-peluang-pendidikan.html

BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

1.0 PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum daripada pelbagai latar belakang budaya yang hidup aman dan damai bersama. Integrasi antara kaum ini seterusnya membentuk budaya Malaysia.Budaya ini menjadi sebahagian daripada budaya pendidikan di sekolah yang turut meliputi budaya dari segi lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Justeru itu, bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, adalah penting bagi guru dan pihak sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.Guru perlulah kreatif dan bijak dalam menyediakan pelan bilik darjah yang mesra budaya. Umur, tahap persekolahan, minat dan keperluan murid-murid dalam kelas tersebut perlulah diambil kira dalam penyediaan pelan bilik darjah ini. Hasil daripada pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, kita dapat melahirkan murid-murid tanpa mengira latar belakang sosio -budaya yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektualdan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid ini seterusnya akan membentuk masyarakat yang harmonis dan aman serta berjaya. Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula dipengaruhi olehpersekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawa persekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan wajib untuk memungkinkan proses pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yang kondusif ini merangkumi empat aspekiaitupersekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah dan rutin bilik darjah.2.0 Huraian Tentang Pelan Lantai. Setiap pelajar mempunyai cara pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain. Sebagai guru, kami tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Oleh yang sedemikian kami sentiasa memastikan strategi yang dipilih bersesuaian dengan murid. Sebagai memenuhi keperluan pengurusan bilik darjah yang mersra budaya, beberapa langkah telah kami tetapkan ke arah itu. Antara langkah-langkah tersebut ialah:2.1 Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu murid itu mempunyai budaya agama latar belakang keluarga tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza. Ia juga adalah satu impak yang sangat penting kepada murid untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.2.2 Layanan yang sesuai ialah layanan berbentuk sama rata tanpa ada berat sebelah kepada murid-murid tanpa mengira status dan latar belakang kehidupan seseorang murid itu . Kepelbagaian murid, guru seharusnya bersikap adil dan saksama kepada murid-murid mereka. Sebagai contoh, apabila seseorang guru itu berbangsa Melayu, guru tersebut tidak seharusnya melebihkan murid bangsanya sendiri daripada murid-murid berbangsa lain. Ia akan memberi kesan secara langsung kepada murid-murid bangsa lain dan memberikan perspektif yang negatif terhadap guru tersebut. Dengan itu, pemupukan semangat perpaduan tidak dapat dicapai dengan jayanya. Oleh itu kami mengambil langkah dengan meletakkan murid-murid dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai kaum.2.3 Dalam menghadapi kepelbagaian sosiobudaya di bilik darjah, guru seharusnya bijak mengendalikan bilik darjah. Sebagai contoh dengan mewujudkan satu persekitaran psikososial Guru tidak seharusnya memberikan layanan yang berat sebelah kepada murid-murid. Ditambah pula apabila di dalam sesuatu bilik darjah itu mempunyai murid-murid yang datang dari latar belakang keluarga yang berbeza, budaya yang pelbagai, agama yang berlainan dan tahap kognitif yang berbeza. Kami sentiasa memastikan layanan yang diberikan sama rata antara semua murid-murid tanpa mengira bangsa dan agama.2.4 Interaksi dua hala yang bersifat ramah mesra dan produktif menimbulkan satu persekitaran yang mesra antara guru-murid mengeratkan serta merapatkan jurang perpaduan dalam kalangan mereka mudah dicapai semangat motivasi yang tinggi pemupukan perpaduan. Kedudukan antara murid-murid yang duduk menghadap antara satu sama lain membolehkan mereka berinteraksi dengan mudah. Dalam memupuk satu persekitaran psiko sosial yang baik di dalam bilik darjah, seseorang guru itu seharusnya mempunyai kemahiran dalam hubungan dengan manusia, khususnya murid-murid. Sebagai contoh, beramah mesra, bersikap positif, mendengar masalah murid, dan kebolehan memberi kata-kata pujian secara ikhlas . Ia merupakan satu tret yang penting bagi seorang guru. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa menguruskan bilik darjah yang mempunyai kepelbagaian sosiobudaya, oleh itu kami sentiasa menunjukkan sikap ramah sama ada dengan memberikan senyuman atau dalam memberikan ucapan apabila berselisih dengan murid-murid dan lain-lain.2.5 Dengan kata lain, di sini terdapatnya unsur-unsur kurikulum tersirat , di mana kami cuba untuk mendidik murid supaya menghormati antara satu sama lain serta memupuk sikap yang baik dalam kalangan mereka. Apabila mereka melihat guru yang berperwatakan mesra, secara tidak langsung memberikan mereka motivasi dalaman untuk menunjukkan sikap seperti guru itu. Guru perlu mengetahui pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu etnik. Kami juga perlu sensitif dengan tabiat dan perangai bangsa sendiri dan penyataan yang dinyatakan dalam kelas. Pastikan bilik darjah membawa imej yang positif kepada pelbagai kumpulan etnik. Sebagai guru juga kami perlu sensitif dengan bangsa dan tabiat etnik pelajar dan tanpa menilai pelajar melalui luaran sahaja. Guru juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu mengajar. Mendalami budaya dan warisan etnik sendiri.2.6 Mengetahui sensitiviti setiap etnik dengan lebih mendalam untuk mencapai objektif pengajaran. Sensitif dengan tahap perkembangan pelajar apabila terlibat dengan aktiviti bangsa, etnik, budaya dan bahasa. Kami sentiasa berusaha untuk tonjolkan pelajar sebagai pemenang. Guru memainkan peranan yang penting dalam kejayaan pelajar. Kami gunakan teknik belajar bekerjasama dan kerja berkumpulan untuk memperkenalkan bangsa dan integrasi kaum di dalam sekolah dan kelas. Semua aktiviti di sekolah mestilah melibatkan pelbagai bangsa, agama dan etnik. Sebagai kesimpulannya kepelbagaian sosio budaya murid, secara tidak langsung menjadi cabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru perlu kreatif serta peka dengan aspek ini kerana ia akan berubah mengikut peredaran masa. Guru yang berjaya merealisasikan perkara-perkara ini merupakan guru yang berkesan dan cemerlang. Kepekaan guru terhadap kepelbagaian sosio budaya ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam usaha menyatukan kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya seiring dengan konsep 1 Malaysia.

3.0 Pelan Lantai Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik.Pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah dirumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya3.1 Aspek Fizikal :- Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti. Murid diletakkan dalam kumpulan yang sama, terdiri daripada etnik yang berbeza, Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan akan dapat diwujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya,.Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara berkesan3.2 Sudut-Sudut Pembelajaran:- Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya.Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia. Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini.Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya. Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya.Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Atan, Kumari serta Kim Sengi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau work space ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture

3.3 Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:- Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum .Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid.Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik.Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak.Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge. Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah. Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik. Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian software yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan.Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

3.0 Kesimpulan Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan terus meningkat setanding dengan mutu pendidikan di negara-negara maju yang lain. Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah.Walau bagaimanapun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan. Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan. Maka jelaslah di sini bahawa iklim sekolah serta budaya sekolah memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah. Usaha dari segi perubahan pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan teknologi, infrastruktur dan perkakasan di sekolah seterusnya peranan dan tingkahlaku guru yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti perbezaan antara pelajar serta mempertingkatkan persekitaran fizikal bilik darjah harus dilaksanakan dengan berkesan supaya tidak ada lagi pelajar-pelajar yang akan tercicir dari arus pendidikan yang yang akan memberi impak kepada pembangunan negara. Peluang pendidikan yang sama rata perlu diambil kira.

http://faizahembi.blogspot.com/2013/04/bilik-darjah-mesra-budaya.html

Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Persekitaran bilik darjah perlulah mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya. Ianya turut mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman diperingkat nasional dan global. Antara nilai sivik yang di perlukan oleh masyarakat pelbagai agama, etnik dan budaya ialah hormat-menghormati, toleransi, kasih-sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik. Matlamat bagi guru adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang mengalakkan interaksi dan intergrasi di kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah.5. Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra BudayaPengurusan fizikal bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja. Proses yang dimaksudkan adalah merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.

Sumber: http://visual.merriam-webster.com/society/education/school/classroom.phpPengurusan bilik darjah yang dinamik adalah untuk pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ianya memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi.5.1 Pengurusan Persekitaran FizikalGuru harus memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi.Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta pemikiran terlebih dahulu mengenai maslaah-masalah yang mungkin timbul.Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan bantuan mengajar serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan; cahaya yang mencukupi serta peredaran udara secukupnya.Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan laman web, komputer dan CD serta LCD.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan. Fasilitator

Tak senyum langsung ..?

Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan suasan pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, inovatif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan mencorakkan tingkahlaku dan disiplin murid. Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan memberi nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk mendidik dan bukannya menghukum.Ruang dan pergerakan harus diurus lebih fleksibel. Kebersihan dan keindahan bilik darjah merupakan elemen meningkat nilai murni dalam diri seperti rasa bertanggungjawab, perasaan kekitaan dan berbangga dengan kelas sendiri.5.2 Pengurusan Persekitaran Sosio-EmosiPengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid kearah mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka.Woolfolk

(1990) berkata motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran.Guru boleh memberikan pujian dan galakkan kepada murid untuk terus terlibat dalam aktiviti-aktiviti di bilik darjah. Penghargaan yang sesuai dengan penglibatan; ganjaran dalam bentuk hadiah atau token ekonomi boleh diberikan kepada murid.Peneguhan positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada murid. Peneguhan negatif yang diberi boleh membawa kesan yang tidak menyeronokkan.Guru harus mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan mereka. Murid perlu belajar menerima diri, orang lain dan semulajadi sekara seadanya.Mereka yang stabil emosi akan mempunyai minat yang mendalam, di senangi kawan, menerima demokrasi sekara terbuka, suka berjenaka dan paling utama mampu menanggung konflik yang berlaku.Emosi murid harus di urus dengan penuh bijaksana supaya mereka tidak berada dalam kebimbingan. Emosi harus di urus dengan berkesan untuk membangkit naluri ingin tahu dan mengelak dari mereka berputus asa.Emosi harus di urus dengan cara hubungan positif; guru harus mengamalkan kepimpinan demokrasi dengan tidak terlalu mengongkong murid; perlu mengambil berat keperluan fisiologi dan akademik murid dengan pengajaran mengunakan pendekatan asertif dan berpusatkan murid.Hubungan positif sesama rakan kelas perlulah dibina; mereka harus diberi peluang bersosial dan mengutamakan semangat kerjasama dan memahami emosi rakan.Murid boleh mengunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan menyelesaikan masalah sosio-emosi. Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif pergaulan diri dan inisiatif pergaulan serta persefahaman perlu dikembangkan bagi mengalakkan menghasilkan keputusan yang bertanggungjawab dan berkesan.5.3 Perhubungan Antara Kelompok EtnikLinton (1945) menyatakan kebudayaan adalah segala yang dipelajari dan di ulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat. Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu di dalam sesuatu masyarakat.Mesra budaya ini merupakan suatu budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti dan mereka mengiktiraf budaya itu sebagai suatu amalan yang murni. Generasi muda wajar membaca dan memahami serta menghayati roh perlembagaan negara dan kontrak sosial yang diamalkan dinegara ini. Golongan muda disarankan memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia, sekali gus meneruskan kejayaan pembinaan negara dan menjaga perhubungan etnik. Kementerian Pengajian Tinggi mewajibkan pelajar tahun satu mengikuti kursus Hubungan Etnik sejak Oktober 2004. Modul Hubungan Etnik ialah unsur tradisi Perlembagaan Malaysia iaitu bahasa kebangsaan, agama persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak. Muka surat nota hilang woooo Orientasi sosial di dalam bilik darjah menentukan apa yang patut diamalkan dan apaka perkara yang tidak sepatutnya di lakukan di dalam bilik darjah; ini termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan orientasi penyesuaian dan pergaulan.Tajuk pembelajaran berkaitan kepelbagaian budaya masyarakat harus dipilih dan setiap murid perlu diberi peluang untuk berorientasi dan berbincang tentang perayaan masing-masing. Penerapan budaya dan nilai murni dari etnik yang berlainan dapat di serapkan di dalam objektif pembelajaran.Guru harus adil, tidak bersikap pilih kasih, berat sebelah dan sentiasa peka terhadap budaya murid tanpa mengira latar belakang mereka; dan guru tidak boleh merendahkan dan memburukkan walau apa pun etnik mereka. Aktiviti dan program yang dirancangkan tidak harus menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguriskan perasaan mana-mana pihak. Guru hendkalah menerapkan nilai murni, kepentingan perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasma dalam mengekal keamanan dan kesejahteraan tanpa mengira etnik atau warna.5.4 Pengurusan Pengajaran dan PembelajaranPengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek terpenting yang perlu diberi perhatian serius agar pembaziran waktu tidak akan berlaku. Pelan tindakan strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan dan aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan hendaklah disertai dengan perancangan lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa selaras dengan perancangan strategik sekolah.Peningkatan profesionalisme guru di lihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam kelas dan mencorak perkembangan murid. Guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong kearah

kecemerlangan murid.Guru perlu bijaksana dan teliti dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan rekfleksi. Guru juga perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, rujukan tambahan dan maklumat tambahan termasuk laman web. Inovasi dan kreativiti pengajaran dan pembelajaran agar tidak beku dan kaku perlu diberi perhatian. Penyediaan perancangan kemajuan murid, merangka kerja tahunan, menyediakan ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasilannya. Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis, kognitif, bagi mengembangkan minda murid dan diperluas kepada kemahiran komunikasi, penyesuaian diri, kemahiran bersosial dan perkembangan tingkahlaku. Prinsip umum pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan rasa kejayaan, meluaskan tahap intelektuan, kerohanian, kekuatan emosi, keteguhan jasmani, merangsang minat dan menghasilkan keseronokkan, memberi ruang dan peluang untuk mengatasi kelemahan, tidak menakut dan mengugut murid, tidak membiarkan kegagalan berterusan, pembelajaran yang realistik dan boleh dilakukan mengambil kira kemampuan murid.Pembelajaran perlulah selaras objektif iaitu apa yang hendak dikuasai oleh murid dan mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan potensi mereka. Objektif yang dirancang perlulah tepat, jelas dan mampu dicapai oleh murid pelbagai budaya dan latar belakang.Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menjayakan proses penyampaian ilmu pengetahuan,kemahiran,nilai dan sikap yang membawa kepada perubahan kepada tingkahlaku murid. Teknik dan kaedah mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran; isi dan aktiviti perlulah melibatkan interaksi murid pelbagai budaya. Pengesanan dan penilaian perlu dijalankan untuk memastikan penambahbaikan dijalankan dalam pengaajaran berikutnya. Bagi peringkat pelaksanaan, penyampaian pengajaran berdasarkan objektif yang dirancang perlulah dipatuhi, motivasi yang bersesuaian supaya mereka memahami perbezaan diantara mereka perlu dititikberatkan. Aplikasi sumber yang hendak digunakan mestilah selaras dengan kaedah dan teknik yang di pilih.Semasa kelas dijalankan,adalah digalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu. Interaksi yang aktif dikalangan murid hendaklah dijalankan. Guru perlu menjadi role model kepada pelajar. Guru harus menjadi pengerak kepada pembelajaran berpusatkan murid. Perbezaan budaya harus menjadi pencetus minda dan motivasi kearah pembelajaran aktif, interaktif dan konstruktif. Guru boleh membantu menyediakan bahan berasaskan teknologi, eletronik, bukan elektronik atau sumber lain.Murid terlibat dengan berkongsi pengalaman berasaskan tugas dan kejadian sebenar. Tugasan boleh dijalankan secara koloborasi dan koperatif. Pelaksanaan aktiviti dapat dilaksanakan dengan mengawal masa dan menyusun aktiviti sekara berkesan. Proses brain breaks atau ruang merihatkan minda juga perlu diberikan.Pengurusan pengajaran pembelajaran perlu dirancang supaya murid saling bergantung antara satu sama lain sekara positif, saling berinteraksi sekara bersemuka dan memupuk semangat tanggungjawab individu kearah pemprosesan berpasukan. Ini membolehkan murid menjadi lebih berani, yakin dan berwibawa dan melahirkan murid yang lebih rasional, beretika, hormat-menghormati, bantu membantu diantara satu sama lain.Pengunaan instrumen yang ditetapkan oleh bahagian yang bertanggungjawab hendaklah digunakan yang termasuklah fokus dan hasil pembelajaran, isi kandungan mata pelajaran, set induksi, perkembangan pengajaran dan pembelajaran, penilaian, rumusan, tugasan dan refleksi.Set induksi merupakan suatu proses yang diperkenalkan pada minit pertama pengajaran dengan tujuan menarik perhatian dan mendorong murid mempengaruhi hasil pembelajaran. Set induksi yang menarik dapat menarik minat mengenai tajuk yang ingin disampaikan dan memberi gambaran awal sebelum memulakan tajuk yang sebenar, mendorong murid untuk mengetahui isi pengajaran dan pemusatan mental murid kepada suatu konsep atau pendekatan.Set induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik seperti tayangan seduutan filem, nasyid, pantun, puisi, persembahan atau lakonan, permainan, soal jawab, mempamer suatu bentuk atau objek, pernyataan kontrovesial, klip video suatu panorama, satu persoalan yang mencabar minda murid.Set induksi hendaklah disediakan tentang apa yang dapat dikaitkan dengan hasil pembelajaran, isi pelajaran, mendorong minat murid terhadap tajuk dan dimulakan dalam keadaan murid sudah bersedia serta dalam jangkamasa satu hingga lima minit.Perkembangan isi pelajaran berlaku sekara berurutan dengan set induksi dan berlaku dalam tiga aras ;i) aras pertama adalah aras asas dan semua murid yang hendak di ajar hendaklah menguasai aras ini atau dikehendaki mengikuti program pemulihan seperti menyediakan soalan yang mudah, memahami nota ringkas guruii) aras kedua adalah meneruskan perkembangan selanjutnya, guru membuat penilaian dan yang gagal dikehendaki mengikuti program pemulihan dengan pendekatan yang lebih sesuaiiii) aras ketiga adalah aras sehingga selesai dan di ikuti penilaian yang terakhir di hujung pengajaran dan pembelajaranPerkembangan isi pelajaran bermula dari yang mudah kepada yang lebih kompleks; disusun mengunakan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan kemampuan serta menarik minat murid untuk menghayati ilmu yang diterokai. Aktiviti hendaklah dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan dimana semua pelaksanaan dapat dinyatakan, difahami sementara sebahagian murid dapat menganalisa, membandingbeza dan dapat membuat penilaian.Penyerapan dengan mata pelajaran lain termasuk prinsip Islam Hadhari, penggabung jalinan dengan tajuk-tajuk lain serta penerapan nilai harus diuruskan dengan bijaksana.Pengajar perlu mengunakan pelbagai kaedah, teknik bagi meningkat penguasaan ilmu disamping menjana kemahiran berfikir, berkomunikasi, berinteraksi, menulis, berhujah, berimiginasi dan sebagainya bagi membentuk kemenjadian murid.Kemahiran mengunakan sumber yang sedia ada seperti alat bantuan mengajar, bahan bantuan mengajar, kemudahan teknologi maklumat dan telekomunikasi, bahan rujukan dan maklumat tambahan dan sebagainya menjadi inspirasi guru untuk memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran hendaklah relevan dengan hasil pembelajaran serta isi pembelajaran dimana sumber dapat mempercepatkan dan menjimat masa pembelajaran, menarik minat murid dan boleh disertai oleh semua murid. Maklumat dari sumber berkenaan adalah tepat, pengolahan yang mudah difahami, senang digunakan dan boleh diubah dan sesuai dengan keadaan semasa.Apabila seluruh potensi insan dibangunkan sekara integrasi atau bersepadu, bakal melahirkan insan yang berketrampilan yang mampu menyumbang segala kebolehan untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara.

Inikah hati yang di maksudkan ?Hati adalah penentu dalam pembangunan insan kerana hati menjadi punca penggerak dan keinginan manusia dan dari hati juga lahirnya pertimbangan dan nilai sesuatu amalan. Hati perlu menjalani proses pendidikan supaya lahirnya hati yang bersih, baik dan bermanafaat. 5.5 Pedagogi Relevan Budaya dan KepelbagaianPedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid."Pedagogiialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.Dari segi etimologinya, perkataanPedagogidatangnya daripada bahasa Yunanipaidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. (lihat Paideia.) Perkataan paida merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi(mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi,pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna." Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/PedagogiPenekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid.Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis.Konsep modal budaya merujuk kepada individu yang mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya. Pierre Bourdieu (1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibubapanya dan tahap pendidikan ibubapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.

Diantara teknik dan kaedah yang boleh di gunakan adalah ;Kaedah Direktif i) belajar melalui penerangan dan di ikuti oleh ujian kefahaman dan latihanii) fokus kepada kemahiran asas, latih tubi dan latihan kecekapaniii) guru sebagai model

Kaedah Mediatifi) mengunakan bahan mediaii) diajar mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai andaian

Kaedah Generatifi) mengalakan menjana idea kritis dan kreatifii) murid dijangka dapat membuat pertimbangan untuk meneruskan budaya yang relevan

Kaedah Kontekstuali) boleh diaplikasikan dalam amalan pedagogi supaya budaya yang relevan dengan murid dapat diterimaii) dapat mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi sebenariii) boleh dikaitkan dengan pembelajaran eksperential iaitu pengalaman hidup sebenar

Kaedah Metakognitifi) memberi peluang untuk memikir tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiriii) murid akan berbincang tugasan dan dapat mempraktikkan strategi semasa latihan praktikal

Kaedah Konteks Luari) memerlukan aktiviti dijalankan dan dilakukan diluar bilik darjahii) guru bertindak sebagai fasilitatoriii) murid akan menjalankan aktiviti penyelesaian dan akan melaporkan sekara bertulis selepas aktiviti

Kajian Masa Depani) membolehkan murid mengambil bahagian mencipta penciptaan masa depanii) membantu murid berfikiran jauh

Kaedah Koperatifi) murid dapat berbincang sekara kumpulan dan harmonisii) dapat belajar bekerjasama dan berinteraksi di antara muridiii) akan menjadi menarik kerana penglibatan aktif iv) melatih meningkatkan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahliv) kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk

Pembelajaran Koloboratif i) dapat bekerjasama erat diantara dua pihak atau lebihii) berusaha bersama mencapai matlamat pembelajaraniii) melibatkan kumpulan murid berusaha mencapai prestasi cemerlangiv) keberkesanan pembelajaran dapat di tingkatkan

5.6 Pedagogi Kelas BercantumDi wujudkan apabila bilangan murid dalam satu tahun persekolahan adalah kurang dari 15 orang. Sesebuah kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 dicantum jika bilangan murid tidak mencukupi. Kelas bercantum juga wujud dalam sesebuah sekolah yang bilangan muridnya kurang dari 145 orang. Bilangan guru besar dan guru pula tidak melebihi 5 orang. Guru akan mengajar lebih dari satu tahun persekolahan sekara serentak dalam kelas bercantum. Bangunan sekolah terdiri dari pondok-pondok kecil dan biasanya kurang lengkap.Guru mengajar sekara berkumpulan dan berpusatkan murid; tujuannya adalah membolehkan murid aktif dan memenuhi keperluan mereka yang mempunyai pelbagai kebolehan.Murid akan mengikuti mata pelajaran mengikut aktiviti yang diperingkat mengikut tahap pencapaian mereka; sekara langsun dapat diberi peluang untuk memberikan pendapat kepada rakan sekelas walaupun dari pelbagai kecerdasan yang berbeza.Guru juga mengunakan kaedah perbincangan, yang melibatkan perbualan antara guru-murid dan murid-murid didalam sebuah kelas. Perbincangan boleh sekara keseluruhan kelas yang biasanya diketuai dan diarahkan oleh guru atau perbincangan sekara kumpulan kekil yang diketuai murid.Guru perlu bijak melaksanakan kelas cantum kerana terdapat aras perbezaan yang agak ketara dalam diri murid; kelemahan mengunakan pedagogi yang sesuai akan menjejaskan dan merencatkan minat murid.5.7 SosiologistikSosiologistik adalah gabungan perkataan sosio dan linguistik yang menunjukkan bidang ilmu adalah perpaduan sosiologi dan linguistik. Perbahasan pokok dalam ilmu adalah masyarakat dan bahasa. Sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplin yang membincangkan dan menyusun teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian. Maksud masyarakat dalam ilmu linguistik adalah mencakupi kajian mengenai pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar dan kekil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi bahasanya.Maksud istilah bahasa mencakupi gagasan seperti perbezaan kod-kod antara bangsa seperti bahasa Melayu, Indonesia, Arab, Inggeris dan lain-lain. Ragam regional dari satu kod adalah seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dan lain-lain. Ragam kelompok sosial adalah seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah dan ragam stailistik melibatkan situasi rasmi, santai, intim dan sebagainya. Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri tatabahasa atau tahap makna iaitu semantik.Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses kemasyarakatan termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak yang memberi pengertian umum, rasional dan emperikal serta bersifat umum (Soekanto 1982:50).Linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk lisan dan tulisan; linguistik memiliki rumus yang menjelaskan system, rasional, emperikal dan kesimpulan sebagai pemberian daripada kenyataan struktur, penggolongan dan rumus-rumus bahasa termasuklah pernyataan kekekualian.Bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi pemerian sekara formal dan abstrak atau kadang-kadang kaku oleh linguistik. Linguistik khususnya di Amerika menurut Fishman (1968:7) sehingga pertengahan pertama abad kedua puluh adalah disiplin normal yang hamper sejajar dengan matematik yang abstrak. Bidang ini memberi tumpuan ke atas analisis struktur bahasa dan pendekatan psikologis dan sosiologis dianggap berbahaya dan menyesatkan.Pada pertengahan 1960an pula, penemuan kembali antara kedua bidang ilmu ini, dan kesedaran baru khususnya dalam kalangan ilmuan Amerika akan hubungan yang tidak boleh di pisahkan antara perilaku bahasa dan perilaku sosial (Loveday, 1982:2). Istilah sosiolinguistik baru muncul dalam karya Haver C. Currie yang menyarankan supaya di selidiki perhubungan antara perilaku ujaran dengan status sosial ahli masyarakat (Dittmar, 1976:127).Dell Hymes (1962) menyebut sosio-lingusitik sebagai etnografi pertuturan.Lima perkara yang dapat disimpulkan mengenai istilah sosiolinguistik adalah :Mereka yang meminati bidang mempelajari metod dan alat yang digunakan dalam kelompok sosial di panggil ethnomethodologis.Dell Hymes mengutarakan konsep sosiolingusitik sebagai kecekapan berkomunikasiVariasi dan aneka bahasa dihubungkan dengan kerangka sosial para penuturnyaPemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam politik adalah sasaran kajian sosiolinguistik terutamanya bagi menentukan bahasa asing untuk diajar disatu negara.Aspek sosial dalam bilingualisme dan multilinguisme adalah penting seperti code-switching.Tujuh dimensi dalam penyelidikan sosiolinguistik yang dirumuskan oleh Dittmar (1976:128) dalam konferens di UCLA , 1964 ialah :i) identiti sosial penuntutii) identiti sosial pendengar yang terlibat dalam proses komunikasiiii) lngkungan sosial tempat peristiwa perbincangan berlakuiv) analisis sinkronik dan diakronik terhadap dialek sosialv) penilaian sosial yang berbeza oleh penutur akan bentuk perilaku penuturvi) tingkatan aneka atau ragam linguistikvii) penerapan praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistikSosiolingusitik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap suatu bahasa yang digunakan. Bidang ini melibatkan interaksi sosial dan bahasa sesuatu budaya.5.8 Penilaian Berasaskan BudayaGuru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang sesuai dengan situasi di dalam kelas berkenaan. Antara perkara yang perlu di beri perhatian adalah aturan dan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. Murid perlu diberi peluang melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza, boleh memperkenalkan adat dan kaum yang ada; penerapan nilai kerjasama dalam subjek akan memudahkan proses penilaian terhadap murid.

Penilaian terhadap nilai yang diamalkan merupakan garis panduan, tindakan dan pola tingkah laku yang diingini. Nilai yang dipilih dan diamalkan dapat mencorakkan perkembangan tingkahlaku yang baik dan menjamin keharmonian bilik darjah. Nilai mencakupi satu dimensi tingkahlaku sosial yang luas dan memberi kesan kepada hubungan suasana bilik darjah, sikap dan tanggungjawab, dorongan kejayaan dan lain-lain.Penilaian terhadap aspek disiplin boleh mempengaruhi suasana dan persekitaran bilik darjah yang efektif mencerminkan adanya disiplin dalam kalangan guru dan murid.Nilai hidup berdisiplin bermula dari bilik darjah yang bertujuan membentuk individu yang bertanggungjawab dan dapat meneruskan amalan cara hidup yang baik. Disiplin juga meliputi dimensi moral dan akhlak yang mencorakkan sahsiah dan tingkah laku yang baik dan terpuji tanpa mengira latar belakang budaya murid.Budaya belajar murid yang dinamik akan meluaskan ruang ekspresi, perbincangan, penyelidikan, pembacaan, penyelesaian masalah, mengasah pemikiran kritikal dan mencorakkan murid bersifat kreatif dan seronok di samping dapat menguasai kemahiran tertentu. Bilik darjah yang berkesan menawarkan pelbagai peluang pembelajaran untuk membantu setiap murid mengembangkan potensi, minat dan bakat yang berbeza.Penilaian terhadap aspek psikologi murid meliputi kesan pelbagai pengaruh budaya keatas perkembangan dimensi mental, sosial, moral dan psikologi bilik darjah. Psikologi yang membina keyakinan dan keberanian boleh mendorong satu pembentukan sahsiah dan tingkah laku yang baik di bilik darjah. Guru diminta membentuk sikap murid terhadap over-dependency atau terlalu bergantung kepada guru atau orang lain untuk belajar dan mendapatkan maklumat.Orientasi sosial bilik darjah akan menentukan apa yang patut diamalkan dan apakah yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. Ini termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan orientasi penyesuaian serta pergaulan mereka. Orientasi akan menentukan iklim bilik darjah yang akan mempengaruhi pembelajaran murid. Fungsi organisasi ialah meningkatkan pengawalan sosial dengan mementingkan kepada keseragaman, kestabilan dan kepatuhan. Keadaan yang tidak kondusif seperti sesak, memberi kesan seperti tidak selesa dan bising, kurang perhatian individu, pengabaian terhadap murid lemah dan iklim dan suasana bilik darjah yang tegang.Faktor streaming mengikut kebolehan boleh memberi impak psikologi yang luas terutama ke atas harga diri, keyakinan dan rasa kejayaan dalam kalangan murid. Sumber :Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala LumpurKementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur.Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala LumpurHubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_MalaysiaOrang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu Teori Perhubungan Etnik http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdfPengukuhan Perpaduan Negara http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=print&sid=2523 Kembali

http://kheru2006.webs.com/edu_3106/5_Pembinaan_Persekitaran_Bilik_Darjah.htmDibina pada Disember 1, 2009 oleh dan dikemaskini pada Disember 22, 2009 oleh Pengendali@2006