edu

38
1.1 Konsep dan Isu cabaran semasa Mengikut Kamus Dewan (2007), perkataan isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Perkataan ‘semasa’ pula pada ketika yang sama (Kamus Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai misi KPM. Cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar, mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan untuk melakukan sesuatu yang mencabar iaitu menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan pekerjaan yang penuh dengan cabaran (Haji Khaidir Bin Haji Othman, 2012, Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini). Era modenisasi dan globalisasi memberikan impak yang besar kepada golongan pelajar di sekolah sama ada di bandar atau luar bandar. Terdapat beberapa isu yang dikenalpasti sebagai cabaran yang perlu ditanggani dengan segera. Sejak tahun 1997, terdapat dua cabaran pendidikan alaf baharu yang kerap diutarakan dalam persidangan nasional adalah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani (Noriati A. Rashid & rakan – rakannya, 2010, Guru dan Cabaran Semasa). Selain itu, terdapat beberapa isu yang sering diutarakan dalam buku – buku siri pendidikan guru. Antaranya adalah Integrasi rasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dan pendidikan, kepelbagaian budaya, Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dan juga gejala sosial. Selain itu, cabaran semasa dari segi pendidikan boleh juga dikategorikan kepada dua bahagian. Yang pertamanya adalah cabaran yang dihadapi dari segi profesionalisme keguruan dan keduanya adalah cabaran globalisasi dalam bidang pendidikan. Terdapat beberapa lagi cabaran yang sedang dihadapi dalam profesionalisme keguruan. 1

Upload: sangary-raveendran

Post on 01-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kepentingan pendidikan

TRANSCRIPT

1.1 Konsep dan Isu cabaran semasaMengikut Kamus Dewan (2007), perkataan isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Perkataan semasa pula pada ketika yang sama (Kamus Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai misi KPM. Cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar, mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan untuk melakukan sesuatu yang mencabar iaitu menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan pekerjaan yang penuh dengan cabaran (Haji Khaidir Bin Haji Othman, 2012, Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini). Era modenisasi dan globalisasi memberikan impak yang besar kepada golongan pelajar di sekolah sama ada di bandar atau luar bandar. Terdapat beberapa isu yang dikenalpasti sebagai cabaran yang perlu ditanggani dengan segera. Sejak tahun 1997, terdapat dua cabaran pendidikan alaf baharu yang kerap diutarakan dalam persidangan nasional adalah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani (Noriati A. Rashid & rakan rakannya, 2010, Guru dan Cabaran Semasa). Selain itu, terdapat beberapa isu yang sering diutarakan dalam buku buku siri pendidikan guru. Antaranya adalah Integrasi rasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dan pendidikan, kepelbagaian budaya, Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dan juga gejala sosial. Selain itu, cabaran semasa dari segi pendidikan boleh juga dikategorikan kepada dua bahagian. Yang pertamanya adalah cabaran yang dihadapi dari segi profesionalisme keguruan dan keduanya adalah cabaran globalisasi dalam bidang pendidikan. Terdapat beberapa lagi cabaran yang sedang dihadapi dalam profesionalisme keguruan. Antaranya adalah, tugas seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah dengan menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan, bebanan pengajaran dengan menerapkan pelbagai jenis pembelajaran dengan penambahbaikan pedagogi, pengurusan pelbagai jenis jawatan selain daripada tugas mengajar seperti guru panitia, pengurusan hal ehwal murid dan sebagainya, cabaran menyediakan pelbagai dokumen yang terlalu rencam, memenuhi objektif dasar- dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan termasuk Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris dan sebagainya, cabaran dalam melaksanakan program Kokurikulum dan lain lain lagi (Haji Khaidir bin haji Othman, 2012, Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini). Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan (Kulanz Saleh, 2009, Isu-isu pendidikan di Malaysia). Tambahan lagi, beberapa maklumat dikenali secara umum dalam pendidikan adalah seperti bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia, ketidak terdapatan keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan, Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak mencukupi kelayakan untuk menduduki peperiksaan tersebut dan Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 yang sangat luas.Perkembangan inovasi dan perubahan yang sedang dialami oleh seluruh Negara telah menjadikan dan menyedarkan bahawa sistem pendidikan Negara kita semakin ketinggalan zaman. Dengan menyedari keperluan Negara dari segi aspek politik, ekonomi, sosial dan sebagainya, kerajaan bertekad untuk mengubahkan dasar dan sistem bidang pendidikan dimana pendidikan menjadi asas kepada semua keperluan yang Negara mengidamkan. Perkembangan global telah mengubahkan keperluan Negara. Dalam era perkembangan ini, globalisasi memberi beberapa impak yang positif dan negatif kepada Negara kita. Cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan (Finolla and The Gang, 2009, cabaran globalisasi dan cara mengatasinya). Kesemua impaknya adalah menyeru Negara kita untuk membuat beberapa perubahan yang penting. Pertamanya, kecanggihan teknologi. Penggunaan dan perkembangan teknologi yang tidak terkawal boleh menyebabkan persengeketaan seperti peperangan. Selain itu, kemajuan teknologi sesebuah Negara juga menjadi alat mengukur kemajuan Negara tersebut di persada dunia. Sebagai langkah untuk menjaga keamanan Negara, pengetahuan tentang penggunaan teknologi perlu dititikberatkan. Seterusnya pencapaian era semasa. Bagi memastikan setiap Negara termasuk individu mencapai kemajuan yang dimaksudkan, setiap individu perlu meningkatkan kesediaan kognitif dimana setiap orang berlumba lumba untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Selain itu, masyarakat kini yang membentuk masyarakat hadapan melahiran insan yang proaktif. Untuk mengejar kemajuan globalisasi, pembelajaran sepanjang hayat ditekankan. Tambahan lagi, satu lagi impak globalisasi adalah pengkomersialan pendidikan. Pegkomersialan pendidikan seperti jualan ilmu, di laman maya yang diberi bukan untuk sesuatu yang hakiki tetapi ianya bertujua untuk mengaut keuntungan peribadi. Selain itu, penularan jenayah siber yang tidak dapat dibendung menerusi undang- undang. Jenayah ini sering memerangkap rakyat untuk mengaut keuntungan (Nur Syahira, 2012, Impak positif dan Negatif Globalisasi). Tambahan lagi, Globalisasi ekonomi yang sering mendapat perhatian antara Negara-negara di dunia dilingkungi oleh globalisasi maklumat, dan ilmu, globalisasi saintifik dan globalisasi teknologi. Seterusnya, pemindahan nilai terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak yang berlaku sebagai kesan globalisasi telah menyebabkan satu bentuk masyarakat moden ditimbulkan dengan keruntuhan akhlak dan nilai moral. Justeru itu, kerajaan bertanggungjawab untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan rakyat jelata supaya mereka lebih peka dan sedar dengan perubahan inovasi ini. Oleh itu, segala masalah yang dinyatakan di atas boleh diselesaikan dengan alat pendidikan. Semua bentuk perubahan telah dilaksanakan dalam bidang pendidikan demi meningkatkan taraf Negara ke arah lebih maju. Kerajaan dan juga sistem pendidikan Negara ingin membentuk satu bentuk pendidikan yang berbentuk dinamik dimana dinamik bermaksud suatu kuasa yang bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan (2008-2014, Pusat Rujukan Persuratan Melayu). Pemikiran yang dinamik akan menghasilkan kaedah membuat keputusan yang tepat, melahirkan idea yang kreatif, tidak jumud dan mempunyai objektif yang jelas. Secara umumnya, kita boleh menjelaskan bahawa perkataan dinamik membawa maksud kebolehan menyesuaikan dengan semua keadaan dan tempat, kefleksibelan dengan semua keadaan termasuk tempat, masa, suasana, emosi, jasmani dan rohani serta sesuatu keadaan yang tidak statik iaitu sentiasa berubah tetapi kekal dengan matlamat yang sama. Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia mengharungi pelbagai cabaran besar dalam mendepani persaingan abad ke-21. Ini kerana, menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, social, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara yang masyarakat yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik sekaligus menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah melakukan satu anjakan besar untuk membangunkan satu sistem pendidikan yang berkualiti.

1.2 Inovasi dan perubahan dalam dunia pendidikan1.2.1 Strategi pengajaranStrategi pengajaran dan pembelajaran mengalami inovasi dan perubahan yang ketara mengikut era perkembangan semasa. Antara perubahan ialah pembelajaran berasaskan projek (PBL). Pembelajaran berasaskan projek (PBL) merupakan satu kaedah pengajaran yang sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan/kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan asli dan direka untuk menghasilkan produk atau tugasan. Pembelajaran berasaskan projek (PBL) ini mengaplikasikan isi pelajaran kepada persoalan autentik yang memerlukan pemikiran kritis dan inovatif. Secara langsung, ini menyebabkan pelajar mempunyai autonomi dalam membina pembelajaran masing-masing. Pembelajaran berasaskan projek (PBL) ini membolehkan pelajar untuk menerokai situasi sebenar yang berkaitan dengan pengalaman pembelajaran. Ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek ialah ia berbentuk projek ringkas ikut mata pelajaran yang bersepadu dengan isu sebenar dan amalan sebenar dalam persekitaran. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator kerana kaedah pengajaran ini berpusatkan pelajar serta berasaskan kumpulan pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Langkah-langkah melaksanakan pembelajaran berasaskan projek ialah memberi tugasan seperti mengemukakan permasalahan, cipta objek atau cipta suatu cara baru. Seterusnya, sesi menganalis masalah perlu dilaksanakan dan diikuti dengan sesi meneroka masalah seperti menyiasat masalah secara bersama setelah mengumpul maklumat. Seterusnya pelajar dibimbing untuk membuat perkaitan seperti pelajar buat rumusan dan perbandingan dengan permasalahan baru yang serupa. Akhirnya, pelajar membuat refleksi tentang proses pembelajaran dan perbincangan. `Dari sudut teori pendidikan, pembelajaran berasaskan projek ini merupakan satu kaedah yang dihasilkan berdasarkan persekitaran pembelajaran konstruktif yang membenarkan aktiviti berpusatkan murid di mana murid dapat membina kemahiran menyelesaikan masalah dengan berfikir secara kritis dan kreatif. Teori social constructivism dicadangkan oleh Lev Vygotsky (1978). Menurut beliau, pembelajaran berasaskan projek ini membolehkan berlakunya proses pemindahan pengetahuan dalam diri pelajar kepada persekitaran sosial. Transformasi strategi pengajaran ini memanfaatkan pelajar sekaligus meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Antara manfaatnya ialah, pelajar dapat terlibat dalam proses inkuiri secara berterusan yang berfokuskan soalan dan masalah yang kompleks dan sebenar. Pelajar juga dapat meningkatkan pengetahuan tanpa mengharapkan guru dan mempunyai pilihan dan kebebasan untuk bersuara. Tambahan pula, pelajar dapat mempamerkan pemahaman yang mendalam dalam pengetahuan akademik dan kemahiran. Kesimpulannya, strategi pembelajaran berasaskan projek ini membentuk kemahiran pelajar untuk menghadapi adab ke-21 yang penuh dengan cabaran. Strategi pembelajaran berasaskan masalah juga merupakan salah satu inovasi dan perubahan yang menekankan kepada perkembangan semasa. Pembelajaran berasaskan masalah didefinisikan sebagai satu strategi pembelajaran melalui membuat atau melakukan. Strategi ini menyediakan struktur untuk penerokaan yang membantu pelajar menghayati pembelajaran dan meningkatkan pemahaman. Ciri-ciri pembelajaran berasaskan masalah ialah ia menjurus kepada masalah realistik dan mencabar yang berdasarkan dunia sebenar. Pembelajaran berasakan projek ini mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan pembelajaran berasaskan masalah. Contohnya, dalam strategi ini guru hanya membantu dan membimbing dan tanggungjawab belajar ialah tanggungjawab pelajar. Pelajar bekerja dalam kumpulan secara koperatif untuk mencari dan menganalisis maklumat bagi menangani masalah dan mengembangkan pelbagai penyelesaian. Menurut George Polya (1957) langkah-langkah melaksanakan pembelajaran berasaskan masalah boleh dibahagikan kepada empat bahagian. Mula-mula pelajar perlu memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan dengannya. Kedua ialah menyediakan rancangan iaitu mencari perkaitan antara maklumat yang diberi dengan penyelesaian. Langkah ketiga ialah melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti. Akhirnya, pelajar perlu menyemak ketepatan dan kesesuaian hasil penyelesaian. `Dari sudut teori yang digunakan, kedua-dua kaedah pembelajaran berasakan projek dan pembelajaran berasaskan masalah menekankan pembelajaran konstruktif. Kedua-dua kaedah mengalakkan murid untuk menjadi lebih bertanggungjawab atas pembelajarannya, belajar menyelesaikan masalah dan belajar menghasilkan artifak yang kreatif dan berinovasi.Transformasi strategi pengajaran ini memanfaatkan pelajar dalam pelbagai aspek. Pembelajaran berasaskan masalah mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi. Penyelidikan juga membuktikan bahawa pembelajaran yang lebih mendalam berlaku apabila maklumat digarap melalui konteks yang bermakna. Selain daripada itu, pelajar juga memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis serta kemahiran membuat keputusan. Strategi pengajaran ini membantu untuk memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik. Pembelajaran berasaskan masalah juga mematuhi unsur yang ada dalam falsafah pendidikan Malaysia iaitu menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat, di samping meningkatkan motivasi intrinsik pelajar. Justeru itu, masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat. Dengan bantuan pembelajaran berasakan masalah, ternyata bahawa pelajar lebih terarah kendiri dalam menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan pada masa yang akan datangPada masa dahulu, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Modul pengajaran hanya bergantung kepada buku teks dan pengetahuan pelajar terbatas. Tetapi perubahan dan inovasi dalam dunia pendidikan memperkenalkan pembelajaran elektronik (e-learning). Tidak dapat dinafikan bahawa, komputer ialah teknologi masa kini yang begitu cepat berkembang. Proses pembelajaran dan pengajaran telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Penggunaan kaedah pembelajaran elektronik diperluaskan di sekolah-sekolah agar ia dapat menyaingi perubahan-perubahan pendidkan pada masa kini. Pembelajaran elektronik merujuk kepada semua jenis pembelajaran yang dicapai melalui internet, jaringan computer, CD ROM, televisyen interaktif atau siaran melalui satelit. Ciri-ciri pembelajaran elektronik ialah ia menfokuskan pelajar. Ini kerana pembelajaran berlaku mengikut kehendak dan keperluan pelajar dalam bentuk arahan kendiri. Pelajar sendiri menentukan cara, masa, tumpuan dan kemahiran yang ingin dikuasai. Pembelajaran elektronik ini boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja ada talian Internet, tanpa mengira sempadan geografi. Terdapat dua jenis pembelajaran elektronik iaitu pembelajaran dalam talian sepenuhnya dan pembelajaran blended. Pembelajaran dalam talian sepenuhnya digunakan dalam pembelajaran jarak jauh. Pelajar dan guru tidak bertemu secara bersemuka. Manakala, pembelajaran blended pula merupakan pertemuan bersemuka secara berkala dalam bentuk tutorial. Terdapat dua jenis komunikasi yang dilaksanakan dalam pembelajaran elektronik. Antara bentuk komunikasi adalah synchronous (serentak) iaitu pertukaran idea, maklumat atau perbincangan berlaku antara dua atau lebih peserta secara serentak pada masa yang sama. Contohnya, penggunaan video konferensi dan chat. Bentuk komunikasi kedua ialah asynchronous (tidak serentak) iaitu pertukaran idea berlaku pada masa tertangguh seperti e-mel, SMS dan MMS. Maklumat atau isi pelajaran dalam pembelajaran elektronik dibina dalam pelbagai media. Antaranya dalam bentuk cetak seperti petikan, jurnal, rencana dalam e-text, buku dalam bentuk text booth, majalah dalam bentuk e-majalah. Bagi video pula, terdapat klip video, rakaman video dan siaran melalui satelit dan kabel. Penggunaan pembelajaran elektronik yang terancang, menarik dan isi pelajaran yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang dapat mengharungi cabaran dalam dunia pendidikan. Antara ciri-ciri pelajar ialah mereka bersikap lebih bertanggunjawab terhadap pelajarannya. Mereka dapat menentukan keperluan bahan untuk pembelajarannya. Pelajar dapat membina pengetahuan baru dalam pendidikan berasaskan kepada carian maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri. 1.2.2 Perkembangan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaranPerkembangan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran menghasilkan perubahan dalam sistem pendidikan yang dinamik di Malaysia. Teknologi mampu menjadikan sistem pendidikan menjadi lebih berdaya saing dan lebih produktif.Penggunaan teknologi dalam pengajaran boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Antaranya adalah menggunakan teknologi sebagai medium persembahan penyampaian pengajaran seperti power point, grafik lain, tayangan video, audio rakaman, smart phone interaktif. Dengan bantuan medium persembahan teknologi, maklumat pembelajaran akan menjadi lebih realistic. Contohnya, aplikasi multimedia yang berbentuk video mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang lebih realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar. Ini membolehkan seseorang pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan seperti menonton wayang, penonton akan dapat merasai kesan penceritaan yang ditayangkan dengan gabungan bunyi, video, pergerakan yang menarik. Seterusnya ialah, penggunaan sumber Internet dalam pengajaran. Tidak dapat dinafikan bahawa, sumber-sumber yang ada dalam Internet boleh membawa dunia terus ke dalam bilik darjah sebagai sumber pembelajaran. Tambahan pula, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik jika murid diberikan peluang untuk mencapai web yang berkaitan di dalam Internet. Internet sebagai sumber terkini amat sesuai terutama sebagai sumber penyampaian pengajaran matapelajaran sains, geografi dan sebagainya. Contohnya, bagi mata pelajaran sains, ciptaan terbaru adalah antara maklumat yang berguna, menarik dan dapat menunjukkan realiti sebenar apa yang dipelajari oleh murid.Selain daripada itu, dengan bantuan teknologi maklumat penggunaan e-mel, papan maklumat dalam talian, blog dan portal dan alat komunikasi yang lain menyokong penyampaian pembelajaran. Penggunaan web blog membolehkan guru dan pelajar dapat berkomunikasi dengan mudah bagi tujuan bimbingan dan mengukuhkan pembelajaran. Contohnya melalui penggunaan Portal Pendidikan Utusan, pelajar boleh mendapatkan maklumat dan kemahiran baru dari pelajar atau guru yang lain dari seluruh negeri. Melalui penggunaan portal, pelajar bebas menentukan subjek yang ingin dipelajari dengan hanya menekan butang hiperteks. Tambahan pula, menurut Zoraini (1996) aktiviti e-mel juga banyak memberi faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan, bertanyakan soalan, membincangkan masalah dan berkongsi pengalaman di antara guru dan pelajar atau sesama pelajar dari seluruh pelosok dunia. Selain itu pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi dengan mudah dan cepat. Perpustakaan maya yang memuatkan laman sesewang dan e-jurnal dalam talian juga memudahkan akses dan pembelajaran kendiri mengikut keperluan pelajar. Contohnya, penyediaan e-jurnal ini membolehkan ramai pelajar mengakses jurnal dan artikel pada masa yang sama. Selain daripada itu, inovasi dan perubahan dalam teknologi maklumat juga membolehkan kita memasukkan database dan dataset dalam pengajaran. Database yang dimuat naik dalam Internet dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan boleh juga dijadikan model kepada pelajar untuk diteladani.Kita juga boleh menggunakan teknologi baharu dalam ujian dan undian dalam bilik darjah. Teknologi yang digunakan ialah electronic voting system (sistem undian elektronik). Dengan menggunakan sistem ini pelajar memberikan respons kepada soalan aneka pilihan untuk membuat pilihan. Justeru itu, guru boleh mendapat maklum balas penguasaan dan kesukaran pembelajaran pelajarnya. Tindakan susulan yang sesuai dapat disediakan oleh guru mengikut tahap pencapaian pelajar mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa, pengajaran dan pembelajaran semakin perlu bergantung kepada teknologi ICT. Guru dan pelajar mempunyai pilihan yang amat luas untuk memilih jenis teknologi yang sesuai. Terdapat empat fungsi teknologi ICT yang sejajar dengan era globalisasi yang menjurus kepada abad ke-21. ICT berperanan sebagai alat tutorial. ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Alat ICT yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi yang melihat guru sebgai penyampai maklumat utama dengan bantuan ICT yang canggih. Penggunaan ICT perlu digunakan dalam pembelajaran tutorial kerana bagi murid yang sukar mengikuti pengajaran guru, guru boleh menggunakan perisian pendidikan khusus untuk pemulihan. Bagi murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan, perisian pendidkan yang mencabar minda diberikan kepada mereka. Tuntasnya, penggunaan ICT sebagai alat tutorial dapat melahirkan komuniti pelajar yang mahir mengendalikan perisisan atau alat ICT pada masa hadapan.Tambahan pula, ICT juga berperanan sebagai alat penerokaan. ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran penerokaan apabila ICT digunakan untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet dan portal maklumat. ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan serta pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Ia juga mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran dan memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas. Yang paling penting ialah penggunaan ICT sebagai alat penerokaan memberi peluang kepada guru bagi menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivisme dan kecerdasan pelbagai. Tuntasnya, ICT yang berperanan sebagai alat penerokaan dapat melahirkan generasi muda yang mampu menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan kerana mereka peka dengan isu-isu semasa.Impak positif penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar didedahkan dengan gambaran dan persembahan yang menarik. Pelajar dapat meneroka sesuatu subjek secara terperinci. Penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Generasi muda mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisien tanpa perlu menunggu masa lama. Justeru itu, penggunaan ICT dalam pembelajaran dapat meningkatkan kualiti sistem pendidikan.1.2.3 Reka bentuk resosTambahan pula, teknologi e-pembelajaran membuka laluan pengajaran dan pembelajaran secara maya melalui internet dengan mudah dan pantas. Guru dan pelajar berupaya untuk berinteraksi tanpa perlu bersemuka melalui teknologi berinovatif ini. Perkembangan resos pembelajaran berasaskan teknologi ICT. Contohnya e-buku yang ada dalam bentuk elektronik. Ia mempunyai ciri-ciri istimewa iaitu pautan, fungsi carian, fungsi highlighting dan bahagian mengambil nota. Kedua ialah e-majalah yang mudah dicapai melalui internet untuk dijadikan rujukan pada bila-bila masa. Guru dapat membimbing dengan menambah nota, saranan, tugasan untuk mengarah pembelajaran yang berkualiti. Ketiga ialah e-portfolio iaitu satu alat interaktif dinamik yang memuatkan pengumpulan bahan pembelajaran pelajar. Hal ini memudahkan guru memantau dan membimbing pelajar mengikut keperluan. Akhirnya, blog atau forum pula memberi peluang kepada pelajar untuk membaca, menulis, memberi respons dan berkolabarasi. Melalui blog dan forum, pelajar introvert dan pendiam juga bermotivasi untuk melibatkan diri. Kemahiran berfikir aras tinggi dapat dikembangkan.1.2.4 Persekitaran pembelajaranPersekitaran pembelajaran juga mengalami inovasi dan perubahan dan ia mengambarkan sistem pendidkan negara adalah dinamik. Persekitaran pembelajaran yang mengutamakan Internet mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan seluruh dunia berubah, persekitaran pembelajaran daripada bilik darjah formal kepada bilik darjah maya. Perkembangan bilik darjah maya menjadi amalan semasa di peringkat kolej dan universiti yang mengamalkan pembelajaran secara campuran. Persekitaran pembelajaran maya meliputi penggunaan papan bulletin yang dibuat melalui Learning Management System (LMS) dan Virtual Learning Environment. Persekitaran pembelajaran personal (PLE) ialah satu proses informal yang sememangnya telah diterima sebagai satu bentuk pembelajaran yang berlaku sepanjang hayat individu. Pembelajaran formal diikuti dengan latihan atau aplikasi pembelajaran dalam situasi sebenar berlaku sepanjang hayat. Pelajar sendiri yang mengawal, menentukan, menguruskan pembelajaran. Persekitaran pembelajaran personal terdiri daripada pelbagai alat untuk mengakses. Antara yang paling banyak digunakan adalah perisian social yang menghubungkan dan membolehkan manusia berkolabarasi dengan menggunakan komputer. Tuntasnya, pelajar berada dalam dunia yang pantas berubah dengan adanya kemudahan teknologi internet. 1.2.5 Penaksiran pembelajaranInovasi dan perubahan juga menfokuskan penaksiran pembelajaran untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan. Pertama sekali, kita melihat penaksiran prestasi dahulu. Ciri-ciri penaksiran prestasi ialah pelajar terlibat dalam kajian atau aktiviti yang berbentuk asli dan kreatif. Pelajar harus mempunyai kemahiran menggunakan bahasa dan laras bahasa yang betul. Kelebihan penaksiran ini ialah guru dapat merekodkan apa yang diketahui dan dapat dilakukan oleh pelajar. Kita dapat juga menilai keupayaan pelajar berfikir, membuat analisis, sintesis dan penilaian serta memindahkan fakta dan idea. Penaksiran berasaskan portfolio pula merupakan satu bentuk bukti perkembangan pembelajaran. Portfolio merupakan pengumpulan bahan pembelajaran, aktiviti proses pembelajaran, hasil kerja, produk reka dan sebagainya dalam satu folder. Ciri-ciri penaksiran portfolio ialah kenal pasti tujuan dan fokus portfolio, rancang isi portfolio, reka bentuk analisis portfolio, sediakan tatacara penyampaian, kenal pasti prosedur mengesahkan ketepatan maklumat dan akhirnya laksanakan model penaksiran portfolio.Pentaksiran kendiri pula merupakan suatu proses di mana pelajar nilai diri sendiri dan bertanggunjawab sendiri dalam pelajaran bersandarkan objektif atau hasil pembelajaran. Oleh yang demikian, mereka perlu mengetahui hasil pembelajaran. Terdapat beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran yang membantu membina keupayaan membuat penilaian kendiri seperti modeling, kemahiran menyoal secara berfokus, menggunakan pengurusan grafik sebagai alat penaksiran, membuat refleksi pembelajaran, penilaian rakan sebaya dan portfolio digital.Penaksiran berasaskan komputer merupakan pengajaran mata pelajaran yang menggunakan perisian yang dibina khusus untuk mencapai sesuatu objektif.Ini merupakan penaksiran yang disediakan, ditadbirkan, dan disemak oleh komputer. Terdapat perisian yang telah disediakan khas untuk kegunaan guru. Fungsi penaksiran berasaskan computer ialah untuk mentaksir keupayaan pelajar sebelum dan selepas pembelajaran (ujian pra dan ujian pos). Guru juga dapat menyediakan kemudahan latih tubi dan menyediakan permainan pendidikan untuk menarik minat pelajar.

1.2.6 Transformasi kurikulumInovasi dalam transformasi kurikulum juga membuktikan bahawa sistem pendidikan Negara Malaysia adalah dinamik. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. Lanjutan daripada itu, KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur penting yang diterapkan dalam KSSR. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme. Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan, serta teknologi maklumat dan komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Kesimpulannya, inovasi dan perubahan yang dibincangkan di atas dalam dunia pendidikan mengambarkan yang sistem pendidikan Negara adalah dinamik.

Langkah-langkah utk memajukan diri dan profesionalsme1.3 Rumusan / cadangan / pelan tindakan anda sebagai guruTuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi), kekuatan minda (krestif dan proaktif), nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang), semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan ketrampilan. Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri seperti menguasai subjek (kandungan kurikulum), mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran), memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka, memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology), memiliki kemahiran kaunseling, menggunakan teknologi terkini yang dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir, boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik (Ustaz Yunus, 2012, Cabaran cabaran pendidikan dan usaha usaha untuk menanganinya). Berdasarkan implikasi yang telah dibincangkan terdapat beberapa peranan yang harus dipermainkan oleh seorang guru bagi membolehkan matlamat pendidikan dinamik tercapai. Antaranya ialah seperti yang diperjelaskan dalam gambar rajah dibawah :-

Gambar rajah 1 : Cabaran yang dihadapi oleh seorang guruOleh itu, aspek persediaan guru boleh dibincangkan mengikut cabaran cabaran guru seperti yang dinyatakan di atas sebagai kesimpulan implikasi dasar, program dan sistem pendidikan Negara. Pertamanya adalah sikap peka terhadap persekitaran pekerjaan dan masyarakat setempat. Sikap ini merupakan nilai asas sebagai persediaan untuk meningkatkan kualiti mutu pendidikan. Justeru itu, dengan tujuan meningkatkan kualiti pendidikan para guru dilatih dari segi kualiti peribadi dan pengetahun, para guru dididik untuk menunjukkan perwatakan yang positif seperti jujur, amanah, bersopan-santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban, taat kepada amalan agama serta sikap berdedikasi perlu dijadikan dan diamalkan sebagai satu modal contoh kepada para pelajar (Aishah Netty, 2012, Globalisasi dalam Pendidikan). Seterusnya untuk memastikan para pendidik menjadi seseorang insan yang berpengetahuan, pihak kerajaan dan kementerian pendidikan Malaysia menerusi institusi pengajian guru mengutamakan nilai intelektual yang setaraf dengan perkembangan ilmu global. Oleh itu, seorang guru juga perlu sentiasa berusaha untuk memastikan setiap individu yang dilatih sebagai warga pendidik berusaha untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Guru. Selain itu, untuk memastikan guru dilatih dan dipersediakan mengikut kemahuan pendidikan, Standard Guru Malaysia turut ditentukan sebagai garis panduan kepada institusi untuk menyediakan kandungan kurikulum dan program yang mempu menjadikan setiap guru yang dilatih berilmu pengetahuan. Seterusnya, IPG juga akan memastikan diri guru peka terhadap isu e-pengetahuan dan e-teknologi.Ini selaras dengan anjakan keempat dalam PPPM iaitu mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Usaha dalam anjakan ini ialah kementerian mengetatkan syarat kelayakan kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30% teratas. Hal ini bermakna Kementerian akan meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat minimum kelayakan akademik. Tambahan pula, bagi memenuhi hasrat melahirkan guru berkualiti, kementerian akan memastikan kualiti kurikulum dan pensyarah ditingkatkan. Kementerian akan memperkenalkan keperluan kelulusan yang lebih ketat supaya hanya pelatih yang terbaik akan lulus dan dijamin penempatan di sekolah awam. Usaha kedua ialah merombak IPG. Kementerian berhasrat untuk mengubah IPG kepada universiti latihan guru bertaraf dunia menjelang 2020. Oleh yang demikian, guru-guru perlu bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan oleh murid di Malaysia. Kriteria pengambilan baharu akan diketatkan dan kemahiran pensyarah sedia ada ditingkatkan. Usaha seterusnya ialah meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai 2013. Guru perlu mendapatkan latihan CPD individu daripada penyelia mereka apabila memulakan profesion. Seterusnya, sikap menganalisis keperluan dan kehendak serta memastikan bahawa kemudahan yang disediakan secara keseluruhan memenuhi kehendak murid. Ini dapat membantu seseorang guru untuk menyenaraikan perkara perkara penting yang harus diberi tumpuan supaya penstruktruran yang lebih baik ke arah kemajuan dapat dilaksanakan. Sehebat mana pun reformasi kurikulum dirancang, ia tidak akan mendatangkan kejayaan yang diharapkan tanpa mengambil kira faktor orang dalam dalam sesuatu organisasi. Maka lazimnya perubahan struktur dilakukan, terutama dari segi hubungan formal yang menentukan tatacara kerja dan bidang tugas baru dalam organisasi. Langkah yang biasa diambil ialah dengan melatih guru untuk peningkatan kemahiran, kualiti peribadi dan pengetahuan untuk melaksanakan perubahan kurikulum (Cikgu Azhar, 2011, Fokus perubahan terancang dalam organisasi Pendidikan). Budaya kerja berstruktur yang rigid di peringkat sekolah mengurangkan peluang guru untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan, berdebat tentang teori pendidikan terkini, atau membuat introspektif dengan rakan, apatah lagi dengan sekolah lain, atau menekuni jurnal yang diiktiraf. Kelesuan perkembangan intelektual di kalangan guru adalah fenomena sejagat. Schumaker mendapati bahawa hanya antara lima hingga sepuluh peratus guru di US yang beliau temui mengetahui kewujudan jurnal Educational Leadership atau Phi Delta Kappan. Selain itu, tidak sampai satu peratus yang tahu tentang judul karya terkini bidang mereka sendiri (Cikgu Azhar, 2011, Fokus perubahan terancang dalam organisasi Pendidikan).Ketiganya adalah sikap keprihatinan dan tanggungjawab terhadap tugas. Sebagai seorang guru, kita harus berusaha untuk merealisasikan visi dan misi sekolah disamping berwaspada kepada matlamat falsafah pendidikan kebangsaan dan kementerian pendidikan Malaysia. Pengalaman seorang pengetua di Australia mendapati bahawa perubahan struktur dan kurikulum hanya akan berkesan jika modifikasi sikap pengetua dan guru diusahakan terlebih dahulu. Mengubah sekolah bermakna mengubah orang. Perubahan tidak mudah dilaksanakan, berupa proses yang mengambil masa, memerlukan kesediaan dan perlu berfokus kepada keseluruhan sekolah (Cikgu Azhar, 2011, Fokus perubahan terancang dalam organisasi Pendidikan). Oleh itu, setiap guru perlu mempunyai kesedaran bahawa sistem perubahan perlu berlaku pada diri sendiri. Setiap guru perlu berfikiran positif terhadap nilai kerjaya mereka. Mereka perlu bekerja dari hati nurani dam bukan untuk tujuan menerima gaji. Mereka perlu sedia berkorban untuk mengajar dan mendidik para pelajar supaya mereka boleh cemerlang dalam semua aspek bukan sahaja dengan menghafal isi setiap mata pelajaran. Seorang guru perlu sentiasa menyediakan ruang yang membolehkan para pelajar mengaplikasikan sumber ilmu yang telah dipelajari. Warga sekolah sentiasa perlu berusaha untuk mengelakkan kewujudan budaya yang dilatih untuk tujuan memenuhi kriteria peperiksaan dan mendapat pencapaian terbaik dalam peperiksaan. Walaupun salah satu kesan daripada globalisasi telah menjadikan sistem peperiksaan sebagai alat pengukur ilmu pengetahuan dan nilai akademik in itidak bermaksud kita perlu hanya berfokuskan kepada ilmu pengetahuan dimana emosi dan jasmani pelajar tidak diperkembangkan dengan seadanya. Punca ini membolehkan bahawa pelajar hanya belajar dengan tekun untuk sesuatu tempoh yang berterusan dan justeru itu, seorang guru gagal memupuk nilai pembelajaran sepanjang hayat dalam diri pelajar.Keempatnya adalah berperanan sebagai medium sosial yang boleh merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Rancangan pendidikan negara ditumpukan pada tiga bidang iaitu pertamanya menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan perpaduan negara, keduanya, memperluaskan rancangan pelajaran bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga rakyat, dan ketiganya memperbaiki mutu pelajaran ke arah mencapai masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi moden (Mior khairul Azrin BinMior Jamaluddin, 2011, Sistem Pendidikan di Malaysia : Dasar, cabaran. Dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional). Sistem pendidikan Negara kita menyedari bahawa salah satu keperluan Negara sebagai benteng pertahanan Negara adalah kekuatan perpaduan. Oleh itu, sistem pendidikan yang digubal sentiasa mengutamakan kesamarataan dalam kalangan pelbagai kaum di Negara kita. Untuk meningkatkan kesedaran ini, matapelajaran baru seperti sivik dan sejarah telah mula diperkenalkan di peringkat sekolah rendah. Selain itu, penggunaan dasar MBMMBI diaplikasikan setiap sekolah rendah dan menengah dan juga dalam kalangan pelbagai kaum supaya mementingkan bahawa perkembangan keseluruhan dipentingkan dan bukan sekelompok sahaja yang mendapat kebaikkan daripada pelaksanaan dasar. Selain itu, guru juga mempunyai kewajipan untuk sentiasa menyedarkan sesuatu kerasional mengenai semangat perpaduan disebalik setiap dasar baru yang diamalkan. Oleh itu, untuk memastikan guru menjelaskan setiap kerasionalan tersebut, seseorang guru perlulah peka terhadap dasar baru dalam sistem pendidikan dan kepentingan yang terselindung di sebalik sistem tersebut. Tambahan lagi, sebagai medium perhubungan, guru perlu sentiasa mempunyai kemahiran mengeluarkan idea, perasaan, menyampaikan maklumat serta tektik berkomunikasi yang efektif.Kelima adalah kebolehan melatih dan memimpin para pelajar ke arah bertindak secara bebas tanpa ketidakbergantungan kepada orang lain. Seperti yang diperjelaskan di atas, guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai seorang insan pendidik malah mengambil peranan ibubapa secara keseluruhan dimana ia menjadi tanggungjawab guru untuk melatih setiap individu berkembang secara seimbang dari pelbagai aspek. Oleh itu, guru lebih berperanan untuk melatih para murid menkadi seorang insan yang dikehendaki oleh arus globalisasi seperti mempunyai pemikiran yang wajar, memiliki kemahiran berdaya saing yang tinggi dan lain lain lagi. Parap pelajar hendaklah sentiasa dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar belajar sepanjang hayat justeru mempunyai modal intelektual tinggi di era ini. Kemahiran berfikir yang ingin dipupuk perlu lebih terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Ustaz yunus, 2012, Cabaran pendidikan dan usaha usaha untuk menanganinya). Kemahiran berfikir yang dimaksudkan pula setiap guru perlu mengetahui teknik dan cara melahirkan dan memupuk kemahiran menaakul pada aras yang tinggi terhadap setiap pelajar. Iaitu itu menjadi tanggungjawab kita dimana seorang guru perlu melengkapkan diri kita dari segi ilmu pengetahuan mengenai pedagogi pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Guru juga perlu mempunyai kemahiran dalam menjelaskan kelebihan pemikiran matang seperti kebolehan membuat keputusan, kebolehan mengurusan kehidupan diri sendiri, kekuatan untuk mengahadapi sebarang maslaah dengan tabah dan lain lain lagi sebagai nilai asas kepada kehidupan yang lebih Berjaya. Keenam adalah guru harus menjadi sebagai seorang modal yang dilengkap dengan nilai-nilai murni yang boleh diteladani oleh orang lain. Seorang guru perlu sentiasa menunjukkan nilai nilai terpuji yang boleh menarik perhatian para pengikutnya tanpa membuat sebarang penyeruan dan bermotivasi. Kenyataan ini diperkekalkan dalam diri setiap insan yang dijadikan sebagai seorang guru dimana setiap guru mempunyai kewajipan untuk melatih dan mejadi pengamal kod etika perguruan. Etika ini diterapkan dalam diri insan pendidikan dan dipraktikkan supaya ia tidak menjadi ikutan dan amalan hanya semasa berada sewaktu di sekolah malah ia menjadi nilai kehidupan sepanjang hayat. Ciri ciri seperti inilah yang membuktikan jiwa keguruan yang tersembunyi di dalam setiap warga pendidik tanpa pengenalan identiti sebagai seorang guru. Ia akan menyerlah secara semula jadi dalam setiap tugasan yang dilaksanakan oleh guru. Anjakan ketiga dalam PIPP ialah melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Tujuannya untuk melahirkan murid yang memiliki kemahiran memimpin, di samping juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil yang dapat membimbing mereka dalam membuat keputusan beretika. Usaha di bawah anjakan ketiga ini ialah mengukuhkan pendidikan agama Islam dan pendidikan Moral dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid. Pelaksanaan KSSR yang disemak semula dan KSSM memerlukan setiap murid sekolah rendah dan menengah melibatkan diri dalam khidmat komuniti. Tambahan pula, kurikulum Pendidikan Agama Islam bagi murid Islam dan kurikulum Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam akan diperkukuhkan supaya akan merangkumi tumpuan yang lebih kepada pemahaman tentang nilai-nilai perpaduan dan hubungan baik sesama insan. Ketujuh adalah peka terhadap bidang bidang ekonomi serta mengetahui dan memupuk amalan dan nilai seorang keusahawanan yang baik dan berprestij. Pendidikan pula dapat menyeimbangkan sosio-ekonomi di antara kaum dan kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan, pendapatan, dan pegangan ekuiti. Apabila keadaan ini tercapai, kestabilan ekonomi, politik, dan sosial akan dapat berkembang maju (Mior khairul Azrin BinMior Jamaluddin, 2011, Sistem pendidikan di Malaysia : Dasar, cabaran. Dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional). Oleh itu, pendapat ini menyeru diri guru untuk sentiasa mentransformasikan diri sendiri kita kepada bentuk yang diidamkan oleh pelajar. Seorang guru sahaja boleh menukar peranannya menjadi seorang keusahawanan, seorang karyawanan dan lain- lain lagi. Selain itu, guru juga mempunyai tanggungjawab untuk memupuk pemikiran keusahawana menerusi nilai pengabungjalinan supaya satu bentuk masayarakatyang bermina keusahawanan dibentuk mengikut kehendak Negara. Kelapan adalah guru perlu peka dengan ilmu sains dimana dapat melatih para pelajar untuk berkembang dengan seimbang dari segi jasmani iaitu perkembangan fizikal diselaraskan dengan perkembangan kognitif dan juga emosi. Ini telah membuktikan bahawa para pendidik perlu mengubah keyakinan terhadap pembaharuan pendidikan bahawa ia adalah sesuatu yang berfaedah. Terdapat pandangan bahawa guru guru mempunyai pandangan konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang yakini ia benar benar membawa faedah kepada mereka dan murid (Ustaz yunus, 2012, Cabaran pendidikan dan usaha usaha untuk menanganinya). Kesepuluh adalah guru harus mempunyai kemahiran pemikiran kreatif dan inovatif. Pelajar yang kreatif dan inovatif merujuk kepada seseorang yang sentiasa berfikir, ingin mencipta, bercita cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. Oleh itu, guru memainkan peranan sebagai pencetus kreativiti dan inovasi kerana guru sebagai individu penyampai maklumat perlulah memiliki kemahiran tinggi bagi melakukan transformasi dalam menjana minda murid agar menjadi lebih berdinamik (Norizam Abdul Muhid, 2014, Guru perlu kreatif, Inovatif). Oleh itu, sebagai satu langkah persediaan untuk menjadi pencetus pemikiran kreatif dan inivatif, guru perlu sentiasa meningkatkan diri mereka dalam aspek pemikiran yang memperangsangkan. Guru juga perlu mempunyai bakat memerhatikan sesuatu perkara daripada pelbagai sudut yang menjadi asas kepada perkembangan pemikiran kreatif dan inovatif. Selain itu, Guru juga sentiasa perlu peka terhadap pembanguan dunia selain hanya berfokus kepada ilmu buku sebagai satu langkah untuk melatih murid bukan sahaja daripada teorikal manakala daripada aspek menguji dan membuktikannya. Oleh itu, guru juga perlu sentiasa merancang pedagogi yang kreatif dan inovatif dengan mengaplikasikan teori yang dipelajari di bilik darjah dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Perkembangan secara fizikal lebih berfokus kepada Pendidikan Jasmani dan nilai estetika pula berfokus dalam Pendidikan Seni. Pengabungan kedua dua subjek ini dapat memberikan kebaikkan dalam perkembangan secara seimbangan dalam diri para pelajar. Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek (Hushna Afendi, 2010, Seni dalam Pendidikan). Pendidikan jasmani pula lebih berfikus kepada keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas. Sejahtera dan produktif dan pertumbuhan individu, kognnitif dan afektif menjadi tiga tunjag utama dalam mata pelajaran ini. Justeru itu, seorang guru yang ingin memastikan matlamat kedua- dua mata pelajaran ini tercapai, maka seseorang itu perlu memahmi naluri dan pemikiran murid untuk membolehkannya menguasai jiwa mereka dan membimbing kearah kesejahteraan diri dalaman mereka. Nilai merasai jiwa pelajar ini hanya boleh dirasai oleh seseorang guru yang betul-betul mempunyai rasa empati dan kesedaran diri yang tinggi. Selain itu, seorang guru yang cemerlang dalam bidang jasmani juga mampu melatih seiap pelajar untuk menjadi atlit kebangsaan. Kekurang kepakaran ini dalam kalangan guru telah menjadikan bilangan pencapaian kemenangan dalam sukan persada dunia agak merosot. Oleh itu, setiap guru pelru memahirkan diri sendiri dalam memperkembangkan potensi dan kamahiran dalam suatu bidang sukan ang diminati. Kepelbagaikan kepakaran yang mengajar dan melatih guru mampu menjadikan para pelajar kita lebih menyerlah dalam bidang ini. Transformasi dalam PPPM ialah membangunkan nurid secara holistik dengan mengukuhkan keprluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab, dan 1 Badan Beruniforn. Ini kerana penglibatan dalam aktiviti kokurikulum memberikan murid peluang untuk membangunkan bakat dan minat mereka, sekali gus membangunkan kepimpinan murid. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di setiap sekolah, guru-guru penasihat persatuan, permainan, badan beruniform perlu menjalani latihan bersasaran yang dianjurkana oleh Kementerian.Kesebelas adalah kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai seorang guru yang ingin memupuk budaya sanis dan teknoliogi, seorang guru perlu berfikiran matang untuk membimbing murid ke arah kemahiran menganalisis keburukan dan kebaikkan perkembangan sains dan teknologi. Selain iitu, guru perlu membimbing dan mengalakan murid ke arah pemilihan sumber sains dan teknologi yang terbaik kepada murid. Kesemua unsur sains dan teknologi yang telah dikenalpasti sebagai negatif perlu menjadi suber pengetahuan dan bukan amalan para pelajar yang bakal memimpin Negara. Untuk membolehkan pendidikan membentuk budaya matang ini, seseorang guru perlulah terlebih dahulu peka terhadap unsur sains dan teknologi yang makin meningkat di pesada dunia. Seseorang guru tidak boleh mengungkapkan perkatan tidak kenal atau tdak tahu mengenai sesuatu perkara yang diperdebatkan di pelosok dunia. Seseorang guru tersebut kadang kala perlu berfikiran sanitifik dan terbuka kea rah membimbing pelajar berwaspada dengan pengkembangan ini.Keduabelas adalah peka terhadap kemahuan Negara kita dalam bidang bahasa. Seseorang guru termasuk guru yang mengajar mata pelajaran yang berunsur teori dan fakta serta eksperimen juga mempunyai tanggungjawab terhadap kepenggunaan Bahasa dengan betul. Justeru itu, kita boleh membincangkan bahawa seorang guru sentiasa perlu berfikiran untuk meningkatkan untuk menegahkan Bahasa melayu walau dimana juga berada dan sentiasa berusahan untuk menjadi pakar dalam Bahasa antarabangsa sejajar dengan keperluan globalisasi. Strategi untuk melaksanakannya disediakan, iaitu melaksanakan Bahasa Malayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah secara berperingkat, mengurangkan jurang perbezaan dalam memberikan peluang pelajaran di antara kawasan dan antara kaum melalui pembinaan sekolah dan kemudahan sekolah di luar bandar, dan meningkatkan mutu pelajaran (Mior khairul Azrin BinMior Jamaluddin, 2011, Sistem Pendidikan di Malaysia : Dasar, cabaran. Dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional). Justeru itu, sebagai seorang warga pendidik yang menpunyai kesedaran penggunaan Bahasa perlu sentiasa menggunakan Bahasa dengan lebih betul dan teliti disamping melengkapi diri dengan kemajuan Bahasa inggeris. Setiap warga perlu mempunyai kepakaran asas dalam Bahasa melayu dan termasuk kemahiran berucap, membaca dan memahami, menyediakan pelbagai bentuk karya serta mengenal kesusteraan dan keistimewaan setiap Bahasa tersebut. Guru juga perlu mengenal cara kepenggunaan Bahasa yang lebih betul supaya dapat mendidikan anak murid dengan lebih baik. Ini selaras dengan anjakan kedua dalam PIPP ialah memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Antara usaha yang dilaksanakan di bawah anjakan kedua ialah meningkatkan kemahiran guru bahasa Inggeris. Setiap murid akan mengikuti pembelajaran bahasa Inggeris daripada guru yang mempunyai kemahiran mengikut standard antarabangsa. Langkah ini akan dapat dicapai dengan memastikan semua 70000 guru bahasa Inggeris mengikuti Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Oleh yang demikian. guru wajar mencapai standard yang ditetapkan dan perlu bersedia untuk mengikuti latihan intensif bagi meningkatkan kemahiranPendekatan ini sebenarnya menafikan hakikat bahawa guru ialah profesional pintar yang berkemahiran tinggi, serta mempunyai pemikiran dan pendapat yang wajar diberi perhatian. Kegagalan dalam penyampaian kurikulum kebanyakannya bukan berpunca daripada kelemahan peribadi, kemahiran atau pengetahuan guru, tetapi diakibatkan oleh persekitaran kerja berasaskan keterasingan eksklusif berpusatkan bilik darjah (Hangreaves,1990:91). Dalam persekitaran yang sentiasa berubah, individu paling hebat dalam sesuatu organisasi sekalipun tidak berupaya dan tidak mempunyai masa untuk membuat keputusan atau strategi perubahan seorang diri, melainkan beralih kepada sistem kerja berpasukan (Cikgu Azhar, 2011, Fokus perubahan terancang dalam organisasi Pendidikan). Oleh itu, guru sentiasa perlu berusaha untuk meningkatkan kualiti kepimpinan diri mereka sendiri terutamanya dalam proses perancangan dan pelaksanaan setia tugas sebagai warga pendidik demi meningkatkan taraf profesionalisme perguruan.Kenyataan seterusnya pula merujuk kepada kesediaan seorang guru dalam aspek mengajar kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) kepada pelajar. Sebelum mengajar kemahiran tersebut, sebagai suatu persediaan setiap guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran berfikirang yang lebih tinggi dan matang daripada pelajar. Di dalam era ini, kita tidak boleh menafikan bahawa setiap anak genearisa hadapan yang dilahirkan telah terbukti lebih baik dan mempunyai kecelikan akal yang tinggi berbanding dengan generai yang terlebih dahulu. Kemajuan teknologi yang kita kenali pada usia keremajaan kita telahpun mula dikenali di peringkat kanak kanak lagi. Oleh itu, guru perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf diri sendiri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran berfikir dan membuat keputusan. Akhir sekali, ketanggungjawaban untuk meningkatkan ketrampilan diri pelajar. Untuk mencapai tujuan ini, seseorang guru perlu sentiasa berusaha ke arah meningkatkan tahap diri kita ke tahap maksimum supaya kita menyerlah sebagai seorang individu yang mempunyai ketrampilan diri yang tinggi yang mempunyai kelayakan untuk menjadi ikutan orang lain dan ahli masyarakat termasuk warga skeolah. Seseorang yang berketrampilan akan mempunyai ciri-ciri seperti Konsep sekolah pintar, iaitu sekolah bestari yang serba-serbi fleksibel dari segi organisasi yang dikemukakan sebagai hasil langkah kerajaan dengan diterajui oleh pengetua yang menguasai kepemimpinan strategik, kepemimpinan pendidikan, kepemimpinan responsif dan kepemimpinan kebudayaan. Bagi sesebuah organisasi berskala besar, proses melaksanakan perubahan terancang memerlukan pemimpin yang memahami kompleksiti perubahan dengan disokong oleh governan dan struktur sekolah, serta pengurusan kurikulum dan pedagogi yang mengoptimumkan proses pembelajaran (Cikgu Azhar, 2011, Fokus perubahan terancang dalam organisasi Pendidikan).Kesimpulannya, dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita telah sedia maklum bahawa perubahan-perubahan yang berlaku memerlukan komitmen daripada semua pihak terutamanya guru-guru Malaysia. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan transformasi pendidikan. Guru adalah individu yang perlu menyampaikan pembelajaran berkesan supaya standard pendidikan antarabangsa tersebut dapat dicapai pelajar seterusnya dapat melahirkan generasi muda yang mampu menempuh keadaan eknomi global pada abad ke-21.

SENARAI RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia.Noriati A.Rashid (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor:Penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.Mok, S.S. (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.BhdFinolla Lausok,F. (2009, August 2). Cabaran Globalisasi dan langkah mengatasinya [Web log post]. Retrieved from http://finolla-5aminuddin.blogspot.com/Hussain Othman, Berhannudin Mohd Salleh. PERLAKSANAAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN (PBL DAN POPBL) BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR(Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Retrieved from http://http://eprints.uthm.edu.my/2312/1/Izzay gummy. (2010, November 2). MuZik daRi HaTi: PENGAJARAN BERASASKAN PROJEK Retrieved from http://izzahgummy.blogspot.com/2010/11/pengajaran-berasaskan-projek.htmlUstaz Yunus. (2012, November 29). Guru SK Merbau Sempak: CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA. Retrieved from http://ustazyunus75.blogspot.com/2012/11/cabaran-pendidikan-dan-usaha-usaha.htmlAzhari. (2011, October 29). FOKUS PERUBAHAN TERANCANG DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN (THE SCHOOL TRANSFORMATION) Retrieved from http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2011/10/fokus-perubahan-terancang-dalam.htmlKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). (2014, September 10). Retrieved from http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&showall=1

PENGHARGAANBersyukur kepada Tuhan, maka saya dapat menyiapkan tugasan projek guru dan cabaran semasa ini. Sesungguhnya banyak ilmu, pengetahuan dan kemahiran baru yang telah diperoleh sepanjang menjalankan kajian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Rosli, selaku pensyarah saya kerana beliau telah memberi banyak tunjuk ajar dan bimbingan dalam proses menyiapkan kerja kursus pendek ini. Segala ilmu dan bimbingan beliau amat bermakna bagi saya. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa saya yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan kepada saya. Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada rakan-rakan saya atas segala cadangan, tunjuk ajar dan bantuan yang telah mereka kongsikan bersama saya sepanjang menjalankan kajian. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pusat sumber Institut Perguruan Sultan Abdul Halim. Akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan penyelidikan tindakan ini Hanya Tuhan sahaja dapat membalas budi kalian. Harap Tuhan yang Maha Berkuasa akan merahmati kalian.

25