edu

Upload: dotar-sojat

Post on 02-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hilhjnol.jlj

TRANSCRIPT

Semasa zaman persekolahan, guru saya yang mempunyai kualiti guru yang baik ialah Pn.Lee Shai Har. Beliau merupakan guru Bahasa Inggeris kepada kami. Beliau mengajar subjek bahasa Inggeris kepada kami selama dua tahun, iaitu semasa saya menuntut di tingkatan empat dan lima. Beliau merupakan seorang yang berumah tangga dan dikurniakan dengan dua orang anak. Berdasarkan pengalaman saya, beliau seorang yang mempunyai kualiti guru yang tersendiri. Beliau menjalankan tugasnya dengan baik dan secara berkesan. Contohnya, beliau tidak pernah berasa jemu untuk mengajar kami. Beliau rela menjawab soalan soalan kami yang aneka karenah dengan baik dan sabar. Selepas itu, beliau juga seorang guru yang mampu memotivasikan kami sekiranya kami menghadapi masalah. Contohnya, semasa saya belajar dalam tingkatan empat, saya menghadapi masalah dalam memilih jurusan. Jadi saya terpaksa melalui suasana yang ketat dan stress. Beliau telah memotivasikan saya dengan memberitahu tentang potensi saya. Maka, saya telah memilih jurusan yang sesuai dengan potensi saya. Selain itu, beliau juga seorang guru yang bersikap positif. Beliau tidak pernah merungut akan karenah pelajar dan sentiasa mengambilnya sebagai cabaran. Contohnya, semasa beliau mengajar pelajar-pelajar yang nakal, beliau tidak memarahi pelajar-pelajar tersebut. Tetapi, beliau sentiasa mencari penyelesaian untuk membolehkan mereka untuk bersikap baik. Selain itu, beliau juga seorang yang proaktif. Sebelum mengajar kami, beliau akan membuat perancangan awal agar proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan teratur dan terancang. Sekiranya, pada hari itu beliau hendak mengajar topik yang berkaitan dengan sajak, beliau akan muat turun beberapa video yang mengandungi unsur-unsur topik tersebut. Jadi, proses P&P akan berlaku dengan baik. Beliau juga seorang guru yang mempunyai integriti. Contohnya, beliau tidak pernah menepikan profesionnya bagi memenuhi keperluan peribadi. Walaupun beliau mempunyai penyakit jantung, beliau tidak pernah mengambilnya sebagai alasan. Kesimpulannya, beliau mempunyai kualiti guru yang tinggi. Pengalaman dengan beliau amat bernilai dan harus diingati.