edu sem7

Upload: razak-abdullah

Post on 12-Mar-2016

41 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edu sem 7 pismp

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak (EDU 3073) ini dengan jayanya.

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas kepada pensyarah, Tuan Azhar bin Abd. Rahman kerana telah banyak memberikan panduan, tunjuk ajar dan dorongan . Beliau juga tidak pernah lokek dalam menyampaikan ilmu pengetahuan serta banyak membantu saya dalam kerja kursus ini.

Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu dan memberi semangat kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa pertolongan dan bantuan kalian sudah pasti saya menghadapi kesulitan dan kesusahan dalam menyiapkan tugasan ini .

Akhir kata , sekali lagi ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak (EDU 3073). Saya berharap agar segala hasil yang saya lakukan dapat diterima dengan hati yang terbuka.

Sekian, Terima kasih .

1.0 PENGENALAN

Dalam usaha ke arah mencapai status Negara maju, pelbagai masalah sosial dialami oleh pelajar. Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang sentiasa memaparkan berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti vandalism, ponteng sekolah, pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini. Para pelajar terdedah kepada berbagai-bagai pengaruh seperti media massa, internet, rakan dan sebagainya.

Jadi dalam senario seperti ini, khidmat bimbingan dan kaunseling seharusnya diadakan dan diwujudkan untuk membantu pelajar menangani cabaran-cabaran baru yang dihadapi oleh mereka. Bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian seseorang. Kaunseling merupakan satu proses perhubungan atau pertemuan secara bersemuka antara kaunselor dengan klien yang manghadapi masalah peribadi atau masalah akademik dengan tujuan menolong dan membawa perubahan tingkah laku pelajar untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, sebagai seorang kaunselor yang professional dia akan menolong dengan sistemataik berasaskan prinsip psikologi. Dalam sesi kaunseling, ia akan dijalankan oleh seorang kaunselor professional iaitu kaunselor yang berlesen dan pernah menghadiri kursus bimbingan dan kaunseling.

1.2 MATLAMAT SERTA KEPERLUANPERKHIDMATAN KAUNSELING.

Peta minda 1a: Menunjukkan matlamat serta keperluan perkhidmatan kaunseling.

Berdasarkan peta minda di atas terdapat beberapa matlamat serta keperluan perkhidmatan kaunseling. Pertama, matlamat perkhidmatan kaunseling adalah untuk mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya. Melalui sesi kaunseling, klien diajar bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Sifat 'lepas tangan' tidak mendatangkan hasil yang baik. Klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan berusaha sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya. Seandainya timbul sebarang masalah, klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya tidak akan menyalahkan orang lain.Bukan itu saja, matlamat perkhidmatan kaunseling ini juga adalah untuk memperbaiki imej diri yang negatif. Imej diri yang negatif merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Klien seperti ini akan menyekat perkembangan dan penggunaan potensi dirinya. Kaunselor membimbing klien membentuk imej yang positif. Di antara lain, klien belajar memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif. Imej dari yang positif menandakan kestabilan personaliti. Matlamat yang ketiga adalah untuk mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan. Penyesuaian diri sama ada dengan orang lain atau persekitaran amat penting. Klien yang tidak tahu atau tidak mahubelajar menyesuaikan diri akan mengalami banyak konflik. Klien perlu sedar bahawa dia tidak bloeh mengharapkan orang lain atau persekitaran berubah dahulu. Ada kalanya, orang lain atau persekitaran tidak akan beruah. Maka apa yang penting di siniialah klien belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sebagai usaha mengurangkan ketegangan atau konflik. Matlamat keempat, membantu klien menjadi lebih produktif. Kaunselor membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang penting ialah klien perlu berusaha sedaya upaya dia inginkan hasil yang memuaskan. Dengan kata lain, klien tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan yang berkesan dan memuaskan.

Di samping itu juga, matlamat perkhidmatan kaunseling adalah untuk mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan. Klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan ini kerana tugas dan proses membuat keputusan bukanlah sesuatu perkara yang menyeronok atau menyenangkan. Banyak masalah timbul kerana klien tidak memberi kata putus. Kaunselor membimbing klien melalui proses membuat keputusan. Klien akan menimbang sendiri beberapa perkara ang akan memudahkannya membuat keputusan. Keputusan yang matang memerlukan klien mengambil kira faktor pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya (George & Cristiani, 1990). Klien juga diajar bagaimana menggunakan sumber yang wujud dalam persekitaran dalam membuat keputusan yang baik. Matlamat yang terakhir pula adalah untuk membantu klien mengurus masalah yang 'belum selesai' dalam hidupnya. Memang benar tidak semua manusia akan mengalami masalah seandainya konflik yang berlaku pada masa dahulu tidak diatasi. Namun, kemungkinan besar wujud keadaan di mana kelemahan seperti kekeliruan, kerunsingan, kemarahan dan salah faham lahir kerana sesuatu konflik (sama ada kecil atau bessar) yang berlaku pada masa daulu perlu dilihat kembali, diatasi atau dihadapi. Tugas kaunselor di sini ialah membimbing klien melalui proses ini

1.3 KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang sentiasa memaparkan berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti vandalism, ponteng sekolah,pergaduhan,pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini.Dari situ, kita dapat lihatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat diperlukan dan memainkan peranan yang penting.

Melalui bimbingan dan kaunseling ia dapat menolong seseorang lebih memahami diri dan situasinya. Ini adalah kerana semua murid berasal dari latar belakang yang berbeza maka pemikiran mereka akan berbeza oleh itu semasa manghadapi masalah mereka hanya melihat dari satu sudutjadi sengan ada bantuan bimbingan dan kaunseling ia akan menolong pelajar memahami , melihat dari pelbagai sudut dan membentuk tingkah laku yang sesuai semasa menyelesaikan masalah .

Selain itu, melalui bimbingan dan kaunselingkaunselor akan memberikan khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak ber disiplin, merokok, vandalisme dan tingkah laku sosial yang lain.Tujuan ini adalah menolong individu memahami tentang dunia jenayah dan memberi pandaun atau nasihat kepada merekasupaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang tidak baik.

Di samping itu, melalui bimbingan dan kaunselingia akan membantu pelajar melihat potensi sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan menolong individu-individu memahami diri agar menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri. Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum serta memperoleh kesejahteraan hidup. Jadi, kaunselor dan guru bimbingan menggunakan data pshikologi dan sosiologi untuk memahami setiap pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri .

2.0 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING YANG BOLEH DI AMALKAN OLEH GURU.

Seseorang kaunselor seharusnya mempunyai dan menguasai kemahiran-kemahiran asas kaunseling dalam menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling supaya sesi kaunseling akan berjalan dengan lancar. Kecekapanmenguasai kemahiran-kemahiran inisangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien ataupun murid untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan.

Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor haruslahcubamenjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Jika tidak klien akan berasa terancam dan menjadi defensif.

Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

2.1 KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien,kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut.

Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan perasaannya yang sebenar. Ini termasuklah perasaan hatinya, pemikiran mental dan fizikalnya. Ia dapat menunjukkan sama ada klienberada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya.

Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.

Apabila kita memberikan tumpuan sepenuh pada klien tanpa berbelah bahagi, ini bererti kita menyediakandiri untuk mendengar. Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran seperti dinyatakan di bawah:

Oleh yang demikian, amat penting bagi kaunselor mendengar dan memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupun tingkah laku bukan lisan klien. Dengan berbuat demikian, barulah kaunselor dapat benar-benar memahami mesej klien dengan lebih sempurna. Secara tidak langsung, tindakan ini dapat menunjukkan kesediaan kaunselor untuk berhadapan dengan klien.

2.2 KEMAHIRAN MEMBINA PERHUBUNGAN

Kemahiran membinaperhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling.Tujuannya adalah untuk membinaperhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan.

Namun, kaunselor perlu berhati-hati semasa menggunakan kemahiran ini kerana sekiranya klien tersebut belum lagi bersedia menghadapi konfrontasi, klien itu akan merasakan bahawa dirinya terancam. Ini adalah kerana klien itu tidak faham bahawa konfrontasi yang dibuat sebenarnya bukan bersifat agresif dan menentang, tetapi bertujuan untuk menyedarkan klien tentang ketidakseimbangan kenyataan yang diberikannya.

Dalam membina kemahiran perhubungan, beberapa perkara perlu di ambilkira, untuk maklumat yang lebih lanjut lihat peta minda di bawah ini.

Peta minda 1d: Menunjukkan kemahiran membina perhubungan.

2.3 KEMAHIRAN MEMBALAS

Membalas kata-kata merupakan suatu kelebihan kepada manusia. Dengan membalas kata-kata, manusia dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu dengan lain. Tujuan utama seseorang bertindak balas ke atas kata-kata orang lain adalah untuk menggalakkan penglibatan masing-masing di dalam perbualan itu. Secara umumnya kemahiran membalas terdiri daripada sub kemahiran iaitu kemahiran penstrukturan, dorongan minima dan kemahiran mendengar.

2.4 KEMAHIRAN PENSTRUKTURAN

Penstrukturan merupakan satu kemahiran yang sangat penting di dalam sesuatu sesi kaunseling. Ini adalah kerana sekiranya penstrukturan dilakukan dengan baik dalam sesuatu sesi kaunseling itu, ia akan dapat membina hubungan yang mesra dengan klien. Proses penstrukturan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal.

Terdapat dua persoalan yang penting dalam penstrukturan, iaitu perlukah penstrukturan itu dilakukan secara formal dan bilakah masa yang sesuai untuk melakukannya. Oleh yang demikian, kaunselor perlu pandai dalam melakukan penstrukturan.

Penstrukturan formal adalah perlu sekiranya klien merupakan klien rujukan atau klien itu baru datang untuk sesi kaunseling buat pertama kali. Penstrukturan formal tidak perlu sekiranya klien itu pernah berjumpa dengan kaunselor sebelum ini ataupun sekiranya klien itu ingin terus menceritakan masalahnya.

Dalam penstrukturan, kaunselor harus menerangkan peranan/tanggungjawab kaunselor dan klien sebelum memulakan sesi kaunseling. Biasanya, sesi kaunseling akan mengambil jangka masa selama 30 minit hingga 45 minit. Segala perbincangan antara kaunselor dengan klien adalah dirahsiakan.

Penstrukturan yang mudah dan ringkas ini dapat membantu klien memahami apa yang akan dilaksanakan dan apa yang diharapkan daripadanya. Segala perkara yang dibincangkan nanti akan dirahsiakan oleh kaunselor. Ini akan menimbulkan rasa selamat dan percaya kepada kaunselor dan klien akan menceritakan apa sahaja yang mengganggu atau timbul dalam fikirannya.

2.5 KEMAHIRAN MENYOAL

Soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah sesi kaunseling. Ini adalah kerana ia merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya, soalan akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya terggugat.

Namun, kaunselor perlu pastikan bahawa soalan yang hendak ditanya itu sesuai, mudah difahami dan memudahkan klien untuk menjawabnya dengan penuh rela. Selain itu, soalan boleh juga digunakan untuk menggalakkan atau mengurangkan percakapan klien. Dalam usaha kaunselor memahami lebih lanjut perkara yang ingin dirundingkan oleh klien, menyoal adalah satu cara yang perlu dilaksanakan.

Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian. Di dalam sesi kaunseling terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka.

Kemahiran menyoal juga boleh menambahkan keupayaan kaunselor untuk mengumpulmaklumatdengan lebih spesifik. Ia membantu kaunselor memahami butir-butir klien dengan lebih mendalam bagi membolehkannya membuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumatyang tepat itu. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan oleh kaunselor iaitu soalan jenis terbuka dan tertutup.

2.6 KEMAHIRAN PARAFRASA

Kemahiran memparafrasa ini ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya.Parafrasaialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien. Matlamat utama ialah memudahkan penerokaan ke atas klien.

Membuat parafrasa adalah penting untuk menunjukkan kaunselor mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien. Parafrasa sangat sesuai digunakan di peringkat awal hubungan kaunseling kerana parafrasa merupakan pernyataan semula kenyataan dan mesej yang dibawa oleh klien untuk mendapatkan kepastian.

Selain itu parasfrasa juga digunakan untuk membuat refleksi kepada apa yang dikatakan oleh klien. Tujuan utama parafrasa digunakan oleh kaunselor adalah untuk menunjukkan kepada klien bahawa mesej yang diberikan mula difahami oleh kaunselor. Ia juga bagi memastikan yang kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien serta memberi peluang kepada klien mendengar kembali apa yang dirasa dan dikatakannya.

Namun begitu, kaunselor perlu mahir dalam membuat parafrasa. Kaunselor perlu memastikan bahawa maksud asal mesej klien itu tidak berubah. Parafrasa juga boleh dilakukan oleh kaunselor untuk membantu klien yang tiba-tiba sahaja terputus atau hilang mesej asasnya. Ini adalah kerana klien mungkin akan terkeluar dari tajuk perbincangan sekiranya parafrasa tidak dibuat. Tujuannya adalah untuk mengingatkan klien bahawa beliau sepatutnya menyambung semula topik perbincangan tadi.3.0 TEORI-TEORI KAUNSELING.

kaunseling bukan bererti nasihat atau membuat keputusan untuk kliennya semata. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien. Ini adalah kerana setiap pelajar di sekolah berasal dari latar belakang yang berlainan dan mempunyai kebolehan, minat dan bakat yang berbeza. Jadi keistimewaan kaunseling adalah membantu dan membimbing pelajar atau klien menyedari dan mencari kekuatan dan kelemahan diri mereka. Melalui cara ini berharaplah pelajar dapat mengubah tingkah laku mereka dan dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum.

Menurut buku Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak siri pendidikan guru telah menyenaraikan beberapa orang tokoh yang telah mendefinisikan pengertian kaunseling mengikut pandangan dan pendapat masing-masing. Antaranya, shertzer dan Stone (1974) telah mentakrifkan kaunseling sebagai suatu proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan persekitaranya. Hal ini akan membantunya membentuk matlamat dan nilai yang akan menjadi asas kepada tingkah lakunya pada masa hadapan.

Bukan itu saja, Corey (1974) berpendapat kaunseling ialah di mana klien diberi kesempatan untuk meneroka aspek diri yang menimbulkan kesulitan baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan keinsafan tentang dirinya seterusnya membantu seseorang membuat keputusan yang lebih baik. Bagi McLeod, J. (2007) menjelaskan kaunseling sebagai satu aktiviti di mana seseorang yang bermasalah menjemput dan membenarkan seseorang individu lain membina hubungan istimewa dengannya. Ini bertujuan untuk membolehkannya meluahkan masalah, meneroka, mempelajari serta mencari penyelesaian dan menikmati kehidupan yang bermakna.

Menurut pandangan saya pula, kaunseling mampu menjadi pengerak untuk seseorang individu atau klien memahami kelemahan diri dan masalah yang dihadapi. Maka kaunselor akan membantu mereka semasa membuat keputusan supaya mereka akan menentukan matlamat sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna atau membawa perubahan tingkah laku. Ini dapat disokong oleh Arbucle (1965) yang juga mengatakan bahawa kaunseling ialah proses membantu pelajar melihat siapa sebenar dirinya, kesukaran yang dihadapi dan perubahna yang boleh buat.

TEORI RASIONAL EMOTIF TERAPI

Tokoh Teori

Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah laku kognitif.

Meninjau kepada zaman kanak-kanak Ellis, beliau sering mengalami gangguan kesihatan. Beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan nefritis sebanyak 9 kali. Tetapi Ellis seorang yang bercita-cita tinggi iaitu ingin menjadi seorang pakar psikologi. Beliau mempunyai kebolehan dalam memberikan perkhidmatan kaunseling. Oleh itu beliau mula mempraktikkan terapi perkahwinan, keluarga dan seksual. Pada tahun 1947 hingga 1953 Ellis telah menjalankan kajian secara klasikal berasaskan psikoterapi. Hasil kajian mendapati bahawa terapi psikoanalisis tidak begitu menyeluruh dan tidak saintifik.

Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap kerana ada individu yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan psikoanalisis. Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat pendidikan daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar. Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk Reason and Emotion In Psychotherapy dan bersama-sama dengan Robert A Harper beliau mengeluarkan buku berjudul A Guide to Rational Living.Pendekatan Teori

RET juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis, Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional.

Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya.

Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai seorang guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi ini.Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkah laku rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif, manakala tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan menghasilkan output.

Menurut J Blackham dalam Muhd Mansur Abdullah (1997), dua tujuan utama RET iaitu; pertama mendemonstrasikan pada klien bahawa berkata-kata kepada diri sendiri itu adalah akibat daripada gangguan; dan kedua, menilai kembali berkata dalam diri demi menghapuskannya dan menolak semua idea yang tidak logik. Dalam buku-buku Ellis seperti The Art And Science Of Love, The Intelligent Womans Guide To Man-Hunting, Humanistic Psychotherapy dan The Rational-Emotive Approach banyak menggambarkan sifat manusia. Misalnya, kemampuan manusia berfikir sesuatu melalui proses-prosesnya. Ellis menggalakkan manusia supaya menganggap diri mereka adalah berkebolehan. Dia yakin jika manusia boleh menggunakan rasional mereka dalam mentadbir diri, maka tidak ada lapangan dalam kehidupan mereka yang tidak boleh diperbaiki.

Menurut Muhd Mansur Abdullah (1997), dalam melahirkan teorinya Ellis banyak menggunakan sistem-sistem psikologi dan falsafah iaitu menggabungkan intipati Falsafah Stoic, Psikoanalisis Freud, Psikologi Individu Alfred Adler dan Orientasi tingkah laku Pavlov dan Wolpe. Semua sistem itu membantunya meneguhkan lagi teori dan pendekatannya. Sebab itulah Ellis menekankan: When people emote they also think and act. When they act, they also think and emote. When they think, they also emote and act. To understand self-defeating behavior , one must understand how a person feels, thinks, perceives and acts.

Pandangan Teori Terhadap Manusia

Hubungan emosi dan pemikiran adalah berhubung rapat dan tidak boleh untuk dipisahkan. Oleh sebab itu segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dan pembelajaran . Menurut George dan Cristiani (1995) telah mengandaikan bahawa manusia bertindak sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama. RET juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan beberapa kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka pelajari.

Menurut Gerald Corey (1996) pula mendapati bahawa terapi RET berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguh untuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan terapi ini dapat membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.

Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa RET, membuat andaian tentang gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. Hubungan antara emosi dan pemikiran terlalu rapat sehingga tidak boleh dipisahkan kedua-duanya. Manusia juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk berfikiran secara lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional. Manusia sendirilah yang menyebabkan dirinya merasa terganggu dan gangguan itu bukanlah disebabkan oleh sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri individu itu sendiri.

Manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses kognitif, emotif dan tingkah lakunya. Mereka boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang berlainan daripada pola tingkah laku yang normal. Mereka juga boleh memilih untuk tidak membenarkan dirinya terganggu dan boleh melatih diri untuk mengalami gangguan yang minimun selagi hayat masih ada.

Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang dikembangkan oleh Ellis dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran yang tidak rasional. Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan manusia menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem kepercayaan mereka.

Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia berupaya untuk berfikiran rasional dan tidak rasional. Dalam pemikiran seseorang individu terdapat sistem kepercayaan yang berkecenderungan untuk berfikir ke arah tidak rasional. Apabila sesuatu peristiwa terjadi maka individu itu selalu mengandaikan suatu kepercayaan terhadap peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau sebaliknya. Manusia juga sering mempercayai tahyul yang menyebabkan mereka membuat sesuatu keputusan yang tidak mengembirakan. Oleh itu kaunselor perlu bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem kepercayaan individu tersebut supaya menjadi rasional bagi membantunya memperolehi kehidupan yang lebih harmonis.

Menurut teori RET, seseorang yang bermasalah akan mempunyai suatu sistem kepercayaan atau suatu belief system yang penuh dengan kepercayaan yang tidak rasional mengenai perkara yang dilihat atau dialaminya. Albert Ellis telah memberikan beberapa idea tentang pemikiran yang tidak rasional, antaranya adalah seseorang individu mempercayai bahawa ia mesti disayangi oleh orang-orang penting atau signifikan kepada dirinya seperti ibubapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Individu juga percaya bahawa ia mesti membuktikan bahawa ia seorang yang berkebolehan dan berkemampuan. Seseorang individu juga mempercayai bahawa jika terdapat individu yang lain melakukan kesalahan atau tidak berlaku adil, maka seharusnya ia dikutuk dan menyalahkan dirinya dan dilihat sebagai orang yang tidak baik. Masa lampau juga dianggap sangat penting kerana ia mempengaruhi hidup seseorang individu. Ellis mempercayai bahawa masa lampau itulah yang akan menentukan perasaan seseorang individu pada masa kini.

Seseorang individu itu juga mempercayai bahawa ia perlu melihat kehidupannya yang sangat teruk jika ia tidak dapat menyelesaikan masalah kepada kehidupannya. Individu juga mempercayai bahawa ia perlu berpandangan tidak baik sekiranya ia dikecewakan, disisih atau tidak dilayan secara adil. Jika berhadapan dengan perkara-perkara yang merbahaya, seseorang individu mempercayai bahawa ia perlu memikirkannya dan akan risau tentangnya.

Bagi menerangkan dengan jelas bagaimana gangguan emosi dan fikiran berlaku maka kita akan menggunakan konsep ABCDE yang telah dinyatakan oleh Ellis iaitu A ialah penggerak pengalaman activating experience atau peristiwa, faktor sikap atau tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Misalnya gagal dalam peperiksaan. B pula adalah sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang persons belief system. Misalnya, saya tidak kelihatan cantik atau hodoh. Manakala C ialah akibat consequence iaitu hasil daripada penilaian oleh B ke atas A dan ditafsirkannya. Misalnya, sentiasa keadaan muram dan tidak bersemangat. D pula adalah kaedah-kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional yang menyebabkan individu itu mengalami suatu reaksi emosi yang tidak rasional. Misalnya, Saya tidak mahu kamu yang menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam hidup saya. Dan akhir sekali E ialah menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang rasional dan positif. Misalnya Saya rasa gembira.

Corey (1996) menjelaskan bahawa konsep ABC dalam teori RET adalah seperti berikut; Menurut beliau, prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil daripada pemkiran ini menyebabkan seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu dengan perkataan sepatutnya, seharusnya dan semestinya. Dari perspektif RET, ramai terapis telah membuat kesilapan kerana memfokuskan kepada sejarah hidup yang lampau dan cara tindakan ialah semua peristiwa masa kanak-kanak boleh diubah. Terdapat juga terapis melakukan kesilapan dengan terlalu menekankan dalam usaha klien mengenal diri, meluahkan perasaan dan perubahan pemikiran. Keadaan ini mendorong klien melupakan peristiwa awal kanak-kanak dan menumpukan pemikiran sekarang. Bagi Ellis cara ini tidak produktif kerana sesuatu yang menyebabkan emosional tidak akan hilang malah ia akan menambahkan lagi kehebatan perasaan tersebut.

Oleh itu bagi Ellis , terapis dan klien perlu bekerjasama untuk mencabar kepercayaan tidak rasional yang mengakibatkan gangguan emosional. Mereka perlu menuju ke arah mengubah perkara yang tidak realiti, tidak matang, terlalu menuntut dan tidak lojik kepada pemikiran yang logik, matang dan realistik. Persoalannya, bagaimanakah emosional yang terganggu itu boleh wujud di dalam diri seseorang individu? Dalam hal ini , Ellis telah menjelaskan bahawa individu yang mengalami gangguan kerana sentiasa berterusan mengulangi ayat-ayat yang tidak logikal.Misalnya , individu itu berkata : Saya sangat kecewa dengan kegagalan peperiksaan ini. Kegagalan saya semuanya berpunca dari kesilapan saya sendiri. Saya adalah merupakan manusia yang paling bodoh

Gangguan emosi ini menyebabkan wujudnya depresi dan anxieti dalam diri seseorang. Keadaan ini akan mengakibatkan individu itu akan kekal berpegang dengan kepercayaan yang tidak rasional itu. Kepercayaan inilah yang perlu dibantu oleh kaunselor agar klien tersebut dapat merasionalkan dirinya dalam menghapuskan fahaman-fahaman dan kepercayaan yang tidak rasional yang ada pada dirinya.

Sebagai rumusan, kaunseling adalah pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memahami diri sendiri dan alam sekelilingnya.

4.0 CADANGAN PERUBAHAN MEMPERKAYASA SEMULA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

Dalam usaha mencapai Negara maju banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh seorang pendidik. Sejajar dengan falsafah pendidikan yang menghasratkan pembangunan murid yang berkualiti dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan juga sosial. Di sini saya selaku bakal pendidik, telah membuat pengkajian dan penganalisaan mengenai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Melalui pemerhatian dan temu bual bersama rakan-rakan yang lain semasa pratikum saya mendapati kebanyakkan sekolah kurang menerapkan kepentingan perkhidmatan kaunseling. Sebagai guru kaunselor, guru bimbingan dan guru-guru di sekolah perlu memiliki tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugas mereka. Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berdasarkan pengetahuan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya tugasnya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Kaunselor berperanan sebagai fasilitator kepada klien(murid) dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya. Guru bimbingan dan kaunseling atau kaunselor di sekolah hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling. Terdapat tujuh bidang tugas kaunselor di sekolah iaitu akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan, pembangunan diri, pendidikan pencegahan dadah serta pengurusan dan pentadbiran.Melalui pengkajian dan penganalisaan yang telah dibuat beberapa aspek yang perlu difikirkan semula bagi menambahbaikan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah agar perkhidmatan yang diberi mampu memberi kesan yang mendalam seterusnya bimbingan tersebut mampu melahirkan murid yang berwawasan tinggi dan mampu membuat atau memilih tindakan yang betul sekiranya berlaku sesuatu permasalahan. Namun begitu semuanya bermula dengan perkhidmatan kaunseling yang diberikan.Perkara pertama yang perlu dititik beratkan adalah dari segi perancangan perlaksanaan bimbingan kaunseling tersebut haruslah teratur dan bersistematik. Perancangan yang sistematik membawa peratusan yang amat tinggi dalam mencapai keberjayaan sesuatu proses bimbingan dan kaunseling tersebut. Saya juga berpendapat proses kaunseling ini tidak semestinya bersifat serius tetapi boleh dipelbagaikan secara permainan mahupun didik hibur yang lebih menyeronokkan. Bidang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menghendaki kaunselor mengadakan sesi dengan pelajar. Mengikut pengkajian saya terdapat beberapa corak perkhidmatan yang boleh digunakan oleh seseorang kaunselor. Corak perkhidmatan ini perlu bersesuaian dengan sesuatu permasalahan. Bagi pendapat saya, kaunselor boleh mempelbagaikan corak perkhidmatan bimbingan kaunseling ini agar murid yang berjumpa dengan kaunselor tidak bosan dengan teknik biasa atau selalu yang digunakan. Kadang kala kes disiplin mahupun salah laku murid-murid disusuli dengan berjumpa dengan kaunselor. Namun begitu, kadang kala murid tersebut masih melakukan kesilapan yang sama seolah-olah terapi yang diberikan tidak berkesan. Jadi saya merasakan seseorang kaunselor perlu memahami dan mendalami isi perasaan dan permasalahan murid tersebut, gunakan kuasa kasih sayang sebagaimana yang di anjurkan oleh Rasulullah saw.

Jadual 3a: menunjukkan corak perkhidmatan yang boleh digunakan oleh kaunselor Antara corak perkhidmatan yang diberikan ialah Sesi Kaunseling Individu iaitu sesi yang melibatkan hanya kaunselor dan klien sahaja. Tujuannya adalah untuk membincangkan permasalahan individu serta membantu klien mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi dan kerahsiaan. Oleh itu sebagai kaunselor adalah menjadi tanggungjawab baginya untuk menjaga rahsia berkaitan cerita atau permasalahan klien yang diperbincangkan. Dalam hal ini kadang-kadang terdapat pelajar yang datang bertemu kaunselor hanyalah untuk mendapatkan bimbingan terutama ingin mengetahui cara belajar yang berkesan.Dalam hal ini ,kaunselor perlu menjalankan sesi bimbingan iaitu memberi tunjuk ajar secara terus kepada pelajar.

Bagi Sesi Kaunseling Kelompok pula ia melibatkan kaunseling yang melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama. Semasa sesi berlangsung kaunselor boleh memilih sama ada bertindak sebagai fasilitator iaitu membimbing kumpulan terbabit untuk mencapai matlamat yang hendak dicapai di penghujung sesi tersebut atau sebagai ahli dalam kumpulan tersebut.Semasa permulaan sesi kaunselor perlu menerangkan tentang kerahsiaan yang perlu dijaga oleh setiap ahli kelompok. Sesi Bimbingan Kelompok iaitu beberapa orang pelajar yang datang bertemu kaunselor hanya untuk mendapatkan sedikit bimbingan dan pandangan bagaimana cara untuk mereka mengulangkaji sebagai contohnya sekumpulan peajar yang ingin meminta pandangan dan berbincang tentang bagaimana mereka hendak memulakan belajar dalam kumpulan.Konsultasi pula melibatkan kaunselor dengan pihak luar.Ini berlaku apabila kaunselor mendapati ia kurang berkemahiran dalam sesuatu bidang yang diutarakan oleh klien.Maka,ia perlu mendapatkan nasihat pakar atau kaunselor lain atau pun merujuk kes berkenaan terus kepada pihak lain yang dipercayai mempunyai kepakaran dan dipercayai boleh membantu klien tersebut. Merujuk klien yang mempunyai kemurungan yang serius merupakan suatu bentuk konsultansi yang boleh dilakukan oleh kaunselor.Sesi bimbingan dan Kaunseling juga tidak seharusnya dihadkan kepada pelajar sahaja kerana ia meliputi keseluruhan sistem persekolahan.Ini juga bermakna klien yang diterima bukan sekadar pelajar tetapi ia juga merangkumi keseluruhan warga sekolah termasuk juga guru-guru dan staf sokongan sekolah selain daripada ibu bapa.Untuk itu,seseorang kaunselor perlu peka akan sebarang permasalahan yang timbul adakah ia berpunca daripada pelajar sendiri atau pun dari punca yang lain. Sekiranya ada guru atau kakitangan sekolah yang memerlukan khidmat kaunsleing maka kaunselor perlau menerima dan berusaha membantu menyelesaikan masalah klien tersebut. Ini amat penting kerana permasalahan yang wujud di kalangan guru-guru atau kakitangan sekolah sedikit sebayak akan mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.

Permasalahan ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan pelajar menjadi mangsa guru.Apabila pelajar menjadi mangsa ,maka akan wujud perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar terhadap guru yang seterusnya akan mewujudkan kekecohan dalam sistem persekolahan tersebut. Maka atas dasar inilah ,maka kaunselor harus berperanan membantu guru-guru dan kakitangan sekolah untuk memnyelesaikan permasalahan diri mereka terlebih dahulu.Perubahan bagi merekayasa semula perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang seterusnya adalah mengenai peranan kaunselor dalam memotivasikan pelajar untuk kerus belajar dan berjaya dalam pelajaran. Tetapi hal ini sukar dilakukan tanpa ada kerjasama guru-guru sekolah. Tugas ini memang amat mencabar. Oleh itu kaunselor amat memerlukan kerjasama dari rakan guru yang lain. Kursus-kursus kesedaran diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rasa kebertanggungjawapan pelajar terhadap kejayaan mereka sendiri.Sebagai usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar maka mereka akan didedahkan dengan beberapa ujian personaliti yang bertujuan untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Kemahiran lain yang diajar kepada pelajar adalah mengurus diri,membina matlamat diri,mengenal pasti sumber belajar dan kemahiran belajar sokongan.

Kemahiran belajar seperti kemahiran membaca, membuat rujukan, pengurusan masa, mencatat nota, memberikan konsentrasi, mendengar, mengingat, mengulang kaji, kumpulan belajar, dan teknik menjawab soalan peperiksaan serta peluang untuk menyambung pelajaran ataupun latihan.

Bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya pilihan secara pendedahan melalui pengumpulan maklumat kerjaya yang dilakukan oleh murid .Beberapa pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan berkaitan kerjaya turut diadakan bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya pilihan.Antara pertandingan yang melibatkan kerjaya adalah Eksplorsai Alam Kerjaya,kain rentang kerjaya, dan poster kerjaya.Dengan dibimbing oleh kaunselor maka para pelajar akan berusaha untuk mendapatkan bahan bagi kegunaan mereka.

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, sebagai guru kaunselor, guru bimbingan dan guru-guru perlu memiliki tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugas mereka. Oleh itu, peningkatan ilmu pengetahuan dalam profesionalisme keguruan dalam kalangan guru-guru amat penting. Peningkatan profesionalisme keguruan dapat dilakukan dalam tiga kaedah, yakni peningkatan Kendiri, penyertaan Kursus peningkatan Profesionalisme keguruan dan kerjasama profesional. Sebagai guru yang berprofesionalisme, kita sentiasa harus mengetahui kemahiran-kemahiran asas seperti kaunseling dan bimbingan. Ini adalah kerana melalui kaunseling ialah bantuan yang diberi kepada murid-murid biasa yang sedang dalam perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian.

6.0 REFLEKSIAlhamdulillah saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan hasil kerja saya walaupun mengambil masa yang lama.Walaubagaimanapun saya memohon maaf jika ada kesilapan atas segala yang telah saya lakukan. Saya memohon dihalalkan segala ilmu yang telah dicurahkan. Secara hakikatnya, banyak perkara yang saya perolehi sepanjang tugasan ini dijalankan.Saya dapat mendalami erti kaunseling dengan lebih mendalam. Hal ini dapat saya buktikan semasa saya berusaha mencari bahan rujukan serta segala maklumat tentang teori kaunseling serta mendalami erti kaunseling dengan lebih mendalam.Selain itu juga, saya dapat meyakinkan diri pada masa akan dating apabila menyelesaikan masalah kaunseling dikalangan pelajar. Hal ini kerana, saya bukan sekadar mencari maklumat berkaitan tajuk yang terkandung didalam soalan yang diberikan tetapi saya mempelajari secara keseluruhannya tentang kaunseling.Secara jujurnya dulu saya seorang murid dan pelajar bermasalah dan kini saya memahami akan segala tindakan yang telah dijalankan kepada saya sewaktu ketika dahulu. Ini merupakan pengajaran bagi saya dan saya belajar berdasarkan pengalaman.Akhir kata, terimalah hasil kerja saya seadanya dan saya berharap penanda dan penyemak bagi tugasan saya ini dapat melihat secara keseluruhannya hasil kerja saya ini.Sekian, terima kasih

7.0 BIBLIOGRAFIAmla, Zuria & Salleh. 2003. Kaunseling Sekolah. Siri Penerbitan Fakulti Pendidikan UKM. Bangi.

Amaluddin bin Ab. Rahman & Norlina Omar. 2008. Kaunseling Remaja: Tip dan Panduan Ke Arah Satu Keluarga Satu Kaunselor. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributor Sdn Bhd.

Asmah Bee Mohd. Noor. 1979. Tingkah laku dan masalah seks di kalangan kaum remaja. Widya, 23 Julai.

Chiam Heng Keng. 1977. Problem of urban adolescent : Peninsular Malaysia. Journal of Sosiology and Antropology. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Ee Ah Meng ( 2003 ).Bimbingan dan Kunseling. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Fatanah Mohamad. 1988. Kajian terhadap masalah peribadi pelajar sekolah menengah berasrama penuh dan tidak berasrama penuh di Pengkalan Chepa, Kelantan. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tidak diterbitkan)

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1996. Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah: Bimbingan dan Kaunseling.

Sallahuddin Abd. Wahab. (1991). Sikap pelajar-pelajar sekolah menengah terhadap kaunselor , peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta kesediaan mereka untuk menemui kaunselor. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zulkifli Yusuf,( 1990 ).Panduan Khidmat Bimbingan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

4