edu rujukan 1

Upload: iva-shafikah

Post on 02-Nov-2015

53 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

edu3083asas kepimpinan

TRANSCRIPT

Soalan: Peranan guru untuk mencapai 6 aspirasi murid seperti dalam PPPM.

Rajah 1: Enam aspirasi murid dalam PPPM

ASPIRASI MURID

Selain keberhasilan sistem, pihak berkepentingan juga jelas tentang tahap kualiti yang perlu ada pada setiap individu murid. Secara keseluruhan, pendidik, ibu bapa, murid, dan ahli masyarakat lain bersatu pendapat dalam visi pendidikan sebagai wadah pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Visi ini juga menjadi asas kepada semua usaha penambahbaikan sistem pendidikan sejak Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal pada 1988. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi lain untuk membina perincian bagi kemahiran khususdan atribut yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan (Ekshibit 8).

Pengetahuan:Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.

Kemahiran Berfikir:Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.

Kemahiran Memimpin:Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

Kemahiran Dwibahasa:Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan.

Etika dan Kerohanian:Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

Identiti Nasional:Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotic perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identity nasional yang sebenar, semangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian.PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM1.0PengenalanProfesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif , kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat abaf ke 21 .Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) . Dengan ini , sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi ke tahap yang optimum . Program program pembangunan professional sudah tentu dapat mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan negara .Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan kelayakan ) sebagai guru . Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai ciri ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas yang mencukupi , khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati autonomi individu dan kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod setia dan mempunyai organiasasi tersendiri untuk menguruskan soal soal yang berkaitan dengan pendidikan ( Lieberman 1956 ) .

Menurut Kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas . Berdasarkan ciri ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu , bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya .Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke hadapan . Perubahan perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu , adalah mustahak bagi setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat . Jika hal ini wujud , barulah tuntutan tuntutan dalam transformasi kurikulum itu dapat ditangani . Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan masyarakat . Adalah peranan guru semakin hilang kewiwabawaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan pada kerjanya diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor , peguam dan arkitek .Dalam konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan bersungguh sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 2025 iaitu memartabatkan profesion keguruan antara agenda utamanya selain daripada kemenjadian murid . Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PPPM .

2.0Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM ) .Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan standard pendidikan anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan aspirasi negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke 21 .Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru , ibu bapa , orang ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras anatarabangsa . Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan . Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke semasa . Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa perubahan tersebut penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 2025 oleh Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada bulan September 2013 yang lalu adalah antara perubahan terkini dalam sistem pendidikan kita .

Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :pengetahuan (murid yang berpengetahuan).kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa) .etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang tinggi) .identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah mencapai hasrat tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan , mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin , menguasai dwibahasa , mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid yang beridentiti nasional . Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang dirancang . Oleh hal yang demikian , guru perlulah melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan kesemua hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan mengeluarkan banyak dana seperti i Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal ini demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga perlu melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan . Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif . Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah , khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid didedahkan pelbagai jenis soalan , termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa . Menurut Mok Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al Alatas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan serta semangat kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya , terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu (Ragbir Kour 2007 ) . Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu .Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan kanak kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing murid agar menguasai kedua dua kemahiran tersebut . Walaupun begitu , usaha untuk menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak mencabar .Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak sekolah dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca , masih kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh orang dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang membaca pula , mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar membaca . Jika guru yang berkenaan berbuat demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut tidak dapat menghayati kenikmatan membaca .

Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka membaca kepada tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang menajdi guru diberi Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW) bermaksud Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan perkataan mengajar itu amat terpuji . Menurut Al Ghazali pula dari perspektif Islam , tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan . Tingkah laku normal atau tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi . Sebarang pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima umum .Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar . Carl Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan lebih yakin .Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat dan produktif .Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .

Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina hubungan yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah . Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru murid terutama di dalam pendidikan sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan tepat kepada murid murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian daripada muridnya . Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih berkesan .Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid murid , guru hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau memberikan hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus menjadi amalan membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat menikmati faedah membaca . PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh sebab itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program bukan akademik kurang penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap program sedemikian kurang menggalakkan. Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat. Guru boleh berperanan sebagai mentor di mana peranannya merupakan kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas sebagai seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan skop kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat. PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya, namun masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam bahasa Melayu.Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah ketika melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan alasan memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan perhatian, sudah pasti ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat direalisasikan.

Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya menilai, memahami dan belajar daripada pengalaman. Guru hendaklah membuat refleksi terhadap sesuatu yang dikaitkan dengan aktiviti pengajarannya. Sesuatu disini bolehlah dikaitkan demgam kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh itu, guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan dengan bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran kemahiran dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan. Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas tindakan. Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh , permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru sebagai penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari amalan terbaik P&P. Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu peristiwa secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data yang sahih seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan berkesan mengikut teori-teori dan prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama rakan-rakan sekerja dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Diharap dengan adanya kajian tindakan yang dilakukan maka dapatlah sesuatu tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini. PPPM turut mencatatkan bahawa system pendidikan akan menyediakan pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan penekanan. Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut ? Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying, keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah kadangkala kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat pelajar yang tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai murni ini tidak harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari Kemerdekaan sahaja. Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan pemakaian baju sahaja malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat Malaysia. Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk mencapai potensi mereka.

3.0Rumusan :Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri seperti yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian dan memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakan-rakan yang biasa berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut sama berbahasa dwibahasa.

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya juga bergantung pada pihak lain.

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003107.pdfhttp://www.barisannasional.org.my/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-pppm

1.0PENGENALAN

Pendidikan guru tidak seharusnya tamat sebaik sahaja bakal guru menyempurnakan latihan di Institut Perguruan, universiti atau institusi pendidikan yang berkaitan. Guru terlatih yang berjaya dengan cemerlang menamatkan latihan keguruan tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran dan penyediaan guru telah sempurna. Pendidikan praperkhidmatan keguruan adalah satu proses awal penyediaan diri dengan ilmu dan kemahiran yang menjadi prasyarat profesion keguruan.

Pendidikan keguruan adalah satu titik permulaan dalam kerjaya seorang guru. Guru permulaan yang baru melangkahkan kaki ke perkhidmatan keguruan sebenarnya memasuki satu alam pengembaraan profesional yang jauh serta penuh dengan pelbagai ranjau dan liku di samping menikmati keseronokan profesionalisme yang dijanjikan oleh profesion tersebut.

Kejayaan serta kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya antara lain bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri dan profesionalisme melali pelbagai aktiviti dan program pendidikan sama ada secara formal, informal mahupun nonformal. Guru akan berhadapan dengan pelbagai bentuk perubahan sama ada di dalam atau di luar profesionnya. Antara tuntuntan dalaman ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif di samping menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baharu.

Perubahan ini memerlukan guru sentiasa untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan profesion dan subjek yang diajar. Perkembangan semasa dalam sistem pendidikan negara menyediakan pelbagai peluang kepada guru untuk meningkatkan profesionalisme perkhidmatan mereka.

2.0Ulasan Negara Perlu Guru Berkualiti Tinggi

Artikel Negara Perlu Guru Berkualiti Tinggi telah diambil daripada petikan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mac 2011. Secara keseluruhannya artikel ini memperkatakan tentang keperluan guru menjadi seorang yang berkualiti dari sudut teknik pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan. Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran berkata bahawa, Guru mesti melengkapkan diri dari sudut keilmuan dan sahsiah, berintegriti, beriltizam dan mempunyai kesedaran untuk membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal ini berkait dengan etika keguruan iaitu penampilan atau personaliti guru.

Takrifan personaliti membawa maksud satu konsep yang mengambarkan keperibadian seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary of Psychology (1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana yang dilihat oleh manusia lain. Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Personaliti guru sering menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan ibubapa. Pada ketika dahulu, personaliti guru turut menjadi ikutan dan idola pada masyarakat.

Status guru dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu, namun kini segalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjaga personalitinya bila berada dalam lingkungan masyarakat.

Sifat-sifat yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan kerana guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu pekerjaan tetapi sebagai satu profesion. Dalam konteks perguruan,sifat-sifat personaliti yang positif, iaitu yang baik, sesuai, berkesan dan mulia yang perlu ada pada seseorang guru atau ahli professional keguruan adalah merujuk kepada personaliti seseorang guru. Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-pelajarnya dikatakan mempunyai profesionaliti yang tinggi.

Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya.

Berbalik kepada artikel yang dipetik di awal tadi, Tan Sri Muhyidin juga menegaskan bahawakonsep pembelajaran sepanjang hayat bagi seseorang guru amat penting untuk mereka mencari, mengkaji dan menyelidik ilmu dan kemahiran pengajaran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didik. Faham pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit daripada satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult Education Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965.

Di dalam laporan tersebut beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Ia perlu mengiringi seseorang itu di sepanjang hayatnya. Manakala dalam satu laporan lain yang juga dikeluarkan oleh UNESCO yang bertajuk "Learning To Be" menyatakan bahawa capaian kepada pendidikan tidak sepatutnya dihadkan kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang tertentu sahaja. Ia sebaliknya perlu disebatikan ke dalam keseluruhan anggota masyarakat dan kehidupan setiap ahlinya.

Apa yang lebih penting ialah faham pembelajaran sepanjang hayat membolehkan semua orang mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya untuk membolehkannya mengambil bahagian secara cergas sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab. Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dikenalpasti menerusi tiga (3) sebab utama yang dikenali juga sebagai "The Three Es" iaitu employment (pekerjaan), empowerment (memberi kuasa) dan enjoyment (keseronokan).

Di samping itu, setiap guru harus cekap merangka pelan pembelajaran peribadi mereka. Antara yang terbaik boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai pembelajaran peribadi adalah dengan berusaha untuk meningkatkan kelulusan akademik dan sentiasa mengambil peluang untuk mengikuti pembelajaran atas rasa keperluan dan mencapai kepuasan peribadi. Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama. Setiap guru boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan melakukan pembelajaran kendiri melalui peluang yang disedakan oleh KPM untuk meningkatkan tahap profesionalisme seperti Program Diploma Perguruan Khas, Program Pensiswazahan Guru, Program Berkembar IAB Dengan Pihak Universiti dan sebagainya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Penyelidikan Tindakan boleh dijadikan disiplin yang penting untuk menambah baik pengajaran di bilik darjah dan ia seharusnya dijadikan wadah untuk guru memperbaiki strategi, pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran. Apabila disebut penyelidikan, kebanyakan guru atau pensyarah berpendapat ia adalah sesuatu yang agak tinggi dan sukar dilaksanakan. Bagi mereka penyelidikan adalah aktiviti yang dibuat oleh pensyarah-pensyarah universiti dan penyelidik-penyelidik sepenuh masa. Berbeza dengan situasi di sekolah, sebagai guru terlatih dan professional kita boleh menjalankan penyelidikan mengikut konteks di sekolah. Penyelidikan di sekolah boleh dilakukan untuk mengatasi masalah mengikut situasi semasa. Penyelidikan tindakan bertujuan untuk menyelesaikan masalah tertentu dan bukan untuk membuat generalisasi. Setiap guru perlu membudayakan amalan penyelidikan di sekolah supaya segala masalah yang berbangkit dapat di atasi secara professional.

Tan Sri Muhyidin juga menyatakan bahawa, guru yang lulus pengajian dari IPG seharusnya tidak berasakan mereka sudah mempunyai ilmu yang mencukupi kerana sebagai ia perlu digali manakala pengalaman perlu diterokai.'Ia bagi memastikan setiap guru sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran diri dengan teknik terkini dalam menyampaikan ilmu," katanya. Guru mempunyai kurang kesedaran tentang pentingnya membuat reflektif tentang pengajaran pembelajaran mereka. Sebarang masalah yang timbul dalam pengajaran pembelajaran tidak cuba diselesaikan dan jika ada cubaan untuk menyelesaikan sebarang masalah, tidak dijalankan dengan teratur dan kemas. Tidak terdapat sebarang pendokumentasian yang dibuat untuk membolehkan pihak pendidik lain berkongsi pendapat dan pengalaman yang diperoleh.

Satu uasaha mempromosi dan menggalakkan persepsi positif dalam kalangan pengamal pendidikan di bilik darjah terhadap penyelidikan perlu dilakukan. Untuk menjayakan proses penyelidikan, beberapa aspek berikut perlu diberi perhatian iaitu satu kefahaman yang jelas dan betul tentang penyelidikan perlu diberikan kepada semua pihak yang terlibat dengan pendidikan terutamanya guru. Mereka perlu mendapat satu kefahaman yang jelas tentan maksud dan tafsiran penyelidikan. Selain itu, mereka juga tahu apakah kegunaan dan apa yang diharapkan daripada penyelidikan tersebut.

Aspek yang kedua pula ialah memberikan tumpuan kepada perkara-perkara yang releven dengan guru seperti situasi bilik darjah termasuklah masalah pengurusan bilik darjah, pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah termasuk masalah disiplin dan kebajikan murid. Proses penyediaan penyelidikan tidak akan sempurna tanpa adanya bimbingan daripada individu yang lebih berpengalaman. Guru-guru digalakkan menghadiri kursus penyediaan kajian. Amalan ini perlu diteruskan setiap tahun supaya budaya penyelidikan ini akan menjadi medan perkongsian ilmu dalam kalangan guru di sekolah.

3.0CADANGAN KE ARAH MENJADI GURU BERKUALITI

Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure,tanda) yang khusus pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan.

Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu.

Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.

Ciri yang kedua ialah guru bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

Ciri yang ketiga ialah guru bertindak sebagai pengamal budaya ilmu. Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu.

Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

Ciri yang keempat ialah mengamalkan kemahiran professional. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007).

Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia).

Ciri yang kelima ialah bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan. Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.

Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai p&p.

Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007).

Ciri yang keenam ialah guru mengamalkan pengajaran efektif. Mok Soon Sang (2007) mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran.

Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.Pelaksanaan pengajaran Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.

Penilaian pengajaran Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif p&p. Ingham (dalam Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing.http://kamiprofesional.blogspot.com/2012/09/negara-perlu-guru-berkualiti-tinggi.html