edu latihan.docx

4
EDU LATIHAN Berdasarkan pengalaman anda, sejauh manakah Malaysia memberi perhatian terhadap pendidikan khas di Malaysia? Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920- an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran. Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand yang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil

Upload: pei9318

Post on 14-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDU Latihan.docx

EDU LATIHAN

Berdasarkan pengalaman anda, sejauh manakah Malaysia memberi perhatian

terhadap pendidikan khas di Malaysia?

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan

sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang

upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam

perkembangan pendidikan khas. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada

tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di

Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-

Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program

pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca,

menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala

program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988

apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah

Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan

khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah

pembelajaran. 

Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas Dalam

Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu

mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia

bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand yang menekankan:

Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang 

upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan

persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya

sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. 

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak- kanak

Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu3 mereka

berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang

dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin. Dasar mengenai

pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalamAkta 

Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; “sekolah khas

bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk muridmurid

Page 2: EDU Latihan.docx

yang kurang upaya”. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji

Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang

membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada

perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya

kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-

kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya

tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada

masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan

pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. 

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun1981

dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk

mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanakkanak kurang

upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan

ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada

amnya, Jawatankuasa ini menetapkan: 

• Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak- kanak

bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak- kanak bermasalah

pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. 

4 • Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-

kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak

spastik. 

• Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan

menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961

disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus

mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan

bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak

sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki

membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan

kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan

kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak

berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. 41. 1.

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh 

melalui peraturan-peraturan menetapkan: • Tempoh pendidikan rendah dan menengah

Page 3: EDU Latihan.docx

yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas. • Kurikulum yang

hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas • Kategori murid yang

memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam

setiap kategori sekolah khas. • Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri

suaimanfaat atau perlu bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan

pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di

mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat