edu esei.docx

8
ESEI Tajuk artikel yang saya pilih ialah Disposisi Guru Berkesan: Personaliti dan Komunikasi. Nama pengarang ialah Khairul Anuar A. Rahman. Artikel ini menerangkan tentang ciri-ciri penting yang perlu ada pada guru berkesan ialah personaliti dan keberkesanan komunikasi. Hal ini kerana, personaliti guru sering diperhatikan oleh murid dan personaliti seperti peramah, mengawal emosi dengan baik, penampilan serta dedikasi dalam tugas penting untuk diamalkan oleh guru berkesan. Artikel ini juga menerangkan tentang jenis komunikasi yang terdiri pada dua iaitu lisan dan bukan lisan serta kepentingan komunikasi kepada guru bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menjadi efektif. Dalam esei ini, saya ingin memberikan pendapat- pendapat saya secara terperinci mengenai kandungan artikel yang saya pilih ini. Dalam artikel ini, pengarang menyatakan bahawa guru berkesan perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang hebat. Hal ini kerana, melalui komunikasi, mereka akan dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih jelas, lancar dan mudah difahami oleh pelajar. Saya amat bersetuju dengan pendapat pengarang ini. Model Schramm I menyatakan bahawa proses komunikasi bermula dengan rangsangan dikenali sebagai sumber diikuti dengan penghantaran mesej dan diakhiri dengan penerima iaitu orang yang menerima mesej tersebut. Jika, guru memberikan mesej yang mengelirukan ataupun tidak tepat maka pelajar akan menghadapi masalah untuk memahami mesej yang disampaikan oleh guru. Selain itu, guru yang mengajar dengan percakapan yang cepat tidak akan mudah diikuti oleh murid-murid yang biasanya lambat dengar. Tambahan pula, bahasa yang digunakan oleh guru, jika sukar pun tidak dapat difahami oleh pelajar (Tengku Sarina Aini, 2006). Ini bermakna komunikasi

Upload: jega-sky

Post on 30-Sep-2015

244 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

hgj

TRANSCRIPT

ESEITajuk artikel yang saya pilih ialah Disposisi Guru Berkesan: Personaliti dan Komunikasi. Nama pengarang ialah Khairul Anuar A. Rahman. Artikel ini menerangkan tentang ciri-ciri penting yang perlu ada pada guru berkesan ialah personaliti dan keberkesanan komunikasi. Hal ini kerana, personaliti guru sering diperhatikan oleh murid dan personaliti seperti peramah, mengawal emosi dengan baik, penampilan serta dedikasi dalam tugas penting untuk diamalkan oleh guru berkesan. Artikel ini juga menerangkan tentang jenis komunikasi yang terdiri pada dua iaitu lisan dan bukan lisan serta kepentingan komunikasi kepada guru bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menjadi efektif. Dalam esei ini, saya ingin memberikan pendapat-pendapat saya secara terperinci mengenai kandungan artikel yang saya pilih ini. Dalam artikel ini, pengarang menyatakan bahawa guru berkesan perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang hebat. Hal ini kerana, melalui komunikasi, mereka akan dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih jelas, lancar dan mudah difahami oleh pelajar. Saya amat bersetuju dengan pendapat pengarang ini. Model Schramm I menyatakan bahawa proses komunikasi bermula dengan rangsangan dikenali sebagai sumber diikuti dengan penghantaran mesej dan diakhiri dengan penerima iaitu orang yang menerima mesej tersebut. Jika, guru memberikan mesej yang mengelirukan ataupun tidak tepat maka pelajar akan menghadapi masalah untuk memahami mesej yang disampaikan oleh guru. Selain itu, guru yang mengajar dengan percakapan yang cepat tidak akan mudah diikuti oleh murid-murid yang biasanya lambat dengar. Tambahan pula, bahasa yang digunakan oleh guru, jika sukar pun tidak dapat difahami oleh pelajar (Tengku Sarina Aini, 2006). Ini bermakna komunikasi berkesan hanya berlaku apabila guru menyampaikan pelajaran dengan cara yang mudah difahami oleh pelajar Impilkasinya ialah keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru menghantar ataupun menyampaikan mesej kepada pelajar. Walau bagaimanapun terdapat juga gangguan bagi guru semasa mereka ingin menyampaikan mesej kepada pelajar dengan lebih jelas. Gangguannya ialah kebisingan. Kebisingan di dalam bilik darjah merupakan factor utama mengurangkan keberkesanan proses komunikasi (Mok Soon Sang, 2001). Di dalam situasi berbising kuat, memanglah sukar bagi guru menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh murid-muridnya. Untuk mengatasi masalah ini, guru haruslah menggunakan komunikasi bukan lisan dan menunggu murid henti membuat bising sebelum meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, artikel ini juga menyatakan bahawa penggunaan bahasa yang berkesan sangat penting dalam komunikasi guru. Saya juga bersetuju dengan pernytaan tersebut. Untuk membina kecekapan berkomunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bidang bahasa, guru harus menguasai kemahiran berbahasa. Kemahiran berbahasa amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran berbahasa melibatkan dua komponen asas iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Menurut Mok Soon Sang (2001), bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Penguasaan terhadap ilmu ini penting dalam komunikasi supaya guru dapat memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Standard Pembelajaran. Jika guru menggunakan bahasa yang tidak mudah difahami oleh pelajar ataupun kurang jelas, maka pelajar mungkin menghadapi miskonsepsi ataupun kurang faham terhadap sesuatu konsep.Tambahan pula, pengarang menyatakan bahawa komunikasi dikatakan berjaya jika makna yang diterima oleh pelajar adalah sama dengan makna yang dimaksudkan oleh guru. Saya bersetuju dengan pendapat pengarang tersebut. Mengikut Model Schramm II, proses komunikasi yang berkesan hanya boleh berlaku apabila bidang pengalaman bertindiah antara dua pihak, iaitu di antara sumber dengan destinasi. Hal ini adalah kerana, mesej yang diberikan dan diterima adalah berdasarkan bidang pengalaman masing-masing. Jika murid tidak mempunyai pengalaman ataupun pengetahuan yang sedia ada tentang mesej guru maka pelajar tidak akan memahami mesej yang ingin disampaikan oleh guru. Ini bermaksud komunikasi berkesan hanya boleh berlaku apabila mesej yang dihantar adalah sama dengan mesej yang diterima oleh si penerima (Yusmin, 2006). Di dalam bilik darjah, keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru, sama ada dapat ditafsir dengan tepat oleh murid-muridnya.Seterusnya, pengarang menyatakan bahawa pertuturan dalam keadaan kebiasaanya berlaku melalui penggunaan suara dan bahasa yang berkesan. Saya amat bersetuju dengan pendapat pengarang ini. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan suara yang lantang dan jelas juga akan menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Suara guru mestilah lantang dan cara penyampaian juga perlu jelas agar tidak menimbulkan kekeliruan murid-murid. Murid-murid dapat memberi perhatian yang penuh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutamanya murid-murid yang duduk di belakang. Sebutan guru juga harus jelas didengar dan ini dapat mengurangkan kebosanan murid-murid. Sebaliknya, jika guru yang gagal menyampaikan isi pelajaran dengan jelas dan lantang, guru akan mengalami kesukaran dalam mencapai objektif pengajarannya (Yusmin, 2006). Namun, guru akan mendapat gangguan terutamanya semasa hujan. Jika hujan turun dengan lebat, kelantangan suara guru hendaklah dinaikkan supaya semua pelajar dapat menerima mesej yang disampaikan terutamanya pelajar yang duduk di belakang. Olh\eh itu, guru perlu menyediakan diri dan melatih diri dengan menggunakan suara yang lantang supaya boleh digunakan semasa hujan ataupun situasi yang mempunyai kebisingan yang tinggi.Selain itu, pengarang menyatakan bahawa guru tidak seharusnya mengulangi perkataan yang sama berulang kali. Hal ini adalah untuk mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi bosan. Saya kurang bersetuju dengan pendapat beliau. Menurut Yusmin (2006), guru harus mengulangkan kata-kata kunci kerap kali supaya pelajar dapat memahami kata kuncinya dan konsep dengan jelas. Walaupun begitu, pernyataan pengarang juga saya akan sokong tetapi bukan sepenuhnya. Guru yang sering mengulang perkataan-perkataan seperti okey, faham tak dan sebagainya akan menimbulkan rasa bosan dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, bahasa guru akan menjadi lebih menarik jika guru mengelakkan tabiat ini. Oleh hal yang demikian, guru harus menguasai kosa kata yang tinggi ataupun menggunakan perkataan-perkataan baru supaya pelajar dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dengan aktif. Seterusnya, pengarang menyatakan bahawa guru yang menggunakan bahasa kiasan seperti bidalan, metafora dan personifikasi dalam pengajaran akan dapat meningkatkan keberkesanan pengajarannya. Saya kurang bersetuju dengan pernyataan ini. Hal ini adalah kerana, bukannya semua guru akan menggunakan kaedah ini. Kaedah ini kebanyakkannya akan digunakan oleh guru bahasa. Menurut artikel, personifikasi bermaksud meletakkan ciri-ciri manusia kepada benda yang bukan hidup atau makhluk selain manusia. Personifikasi ini tidak boleh digunakan ataupun tidak sesuai digunakan oleh guru Sains. Kesannya, pelajar akan keliru dengan perbezaan benda hidup dan benda bukan hidup. Miskonsepsi dalam kalangan pelajar akan berlaku akibat daripada penggunaan bahasa kiasan. Tetapi, penggunaaan bahasa kiasan oleh bahasa guru akan menjadi sesuatu perkara yang akan memanfaatkan pelajarnya. Hal ini kerana, jika guru menggunakan bahasa kiasan seperti bidalan, peribahasa, personifikasi dan sebagainya, maka anak muridnya akan menjadi lebih mahir dalam penguasaan bahasa. Oleh itu, pemahaman murid perlulah diambil kira oleh guru sebelum menggunakan bahasa kiasan. Selain itu, pengarang juga menyatakan bahawa tingkahlaku komunikasi guru boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran. Tingkahlaku komunikasi di sini menekankan tentang pergerakan badan dan kontak mata guru dengan pelajar. Saya bersetuju dengan pernyataan pengarang tersebut. Pergerakan badan adalah sangat penting kepada guru. Gaya guru berkomunikasi dengan cara berjalan, berdiri dan duduk akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran (Mok Soon Sang, 2001). Dalam bilik darjah, orientasi badan guru akan menyebabkan sesuatu pelajar menerima mesej dengan bosan ataupun dengan semangat. Guru yang sentiasa bergerak dengan aktif akan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dengan lebih berkesan. Gaya mengajar guru yang kurang sesuai seperti sentiasa duduk dan mengajar tidak akan dapat diperhatikan oleh murid-murid khasnya murid yang duduk di bahagian belakang, dan seterusnya tidak dapat memperolehi kontak mata daripada guru yang menyokong makna percakapannya (Mok Soon Sang, 2001). Kontak mata juga merupakan perkara yang sangat penting dalam komunikasi terutamanya antara guru dengan murid. Guru akan memperolehi perhubungan individu dengan setiap pelajar dengan hanya kontak mata. Kontak mata guru secara langsung dapat memberi isyarat seperti menyokong, membantah, memberi amaran dan sebagainya. Implikasinya, pelajar akan sentiasa dalam keadaan sedia untuk menerima mesej yang diberikan oleh guru dan menerima mesej dengan jelas tanpa gangguan. Selain itu, pelajar juga tidak akan berasa bosan semasa menerima mesej daripada guru.Tambahan pula, artikel ini menyatakan bahawa pergerakkan badan yang betul dan akan dapat menimbulkan situasi berkomunikasi dengan membantu menjelaskan mesej yang ingin sampaikan, menjadikan komunikasi lebih menarik, tidak membosankan dan dan menunjukkan kesungguhan. Saya amat menyokong dengan pendapat pengarang tersebut. Guru perlu memastikan bahawa pergerakan badannya sama dengan isi yang disampaikan ataupun perkataan yang akan disebut. Contohnya, jika guru ingin memberitahu tentang sesuatu benda yang panjang, guru harus melebarkan kedu-dua tangannya untuk menujukkan bahawa benda tersebut besar dan memudahkan murid untuk membayangkan benda tersebut. Murid akan berasa sangat seronok jika guru menggunakan pergerakkan badan yang sesuai dan menarik. Hal ini dapat mengekalkan perhatian murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, cara kita berdiri semasa mengajar juga mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (Mok Soon Sang, 2001). Guru harus berdiri tegak dengan secara condong sedikit ke hadapan dengan berat badan di hadapan. Jika guru berdiri secara senget ataupun ke sebelah kiri dan ke kanan, maka ia bermaksud guru kurang dari segi keyakinan diri dan kurang bertenaga. Impilkasinya, pelajar akan berasa bosan dengan pengajaran guru tersebut. Selain itu, guru juga harus mempunyai tenaga yang tinggi dan bersemangat untuk mengajar kepada murid-muridnya. Perkara-perkara ini boleh dilihat apabila guru bertutur dengan lantang, bergerak secara aktif, penggunaan bahasa badan dengan bertenaga dan sebagainya. Tahap tenaga yang ditunjukkan akan memberi gambaran pada mood guru sama ada berada dalam keadaan cergas, bersemangat, letih, lesu, ataupunj tidak berminat dengannya (Yusmini, 2006).Kesannya, pelajar akan berasa sangat seronok dan mereka akan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Maka guru harus menggunakan pergerakkan badan yang sesuai supaya komunikasi semasa pengajarannya berkesan. Di samping itu, artikel ni menyatakan bahawa ekspresi muka memainkan peranan yang sangat penting dalam komunikasi guru. Saya juga bersetuju dengan pernyataan tersebut. Kita sebagai manusia selalu mengubah ekspresi muka kita mengikut keadaan ataupun perasaan. Contohnya, muka kita akan kelihatan manis apabila kita senyum. Maka kepelbagaian ekspresi muka ini dapat mempengaruhi keberkesanan komunikasi di antara guru dengan pelajar. Guru haruslah senyum apabila masuk kelas dan ia dapat merangsangkan perasaan gembira dan mesra dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, emosi yang kurang baik seperti marah, kecewa, bosan dan gelisah pula mengganggu keberkesanan komunikasi (Mok Soon Sang, 2001). Untuk mengatasi masalah ini, guru hendaklah menyampaikan pelajaran dengan cara yang menarik demi menimbulkan minat murid-murid belajar.Dalam artikel ini juga pengarang mengatakan bahawa keupayaan seorang guru untuk menyuntik elemen kecindan dalam pengajarannya akan menjadikan suasana bilik darjah lebih menggembirakan. Saya amat bersetuju hujah tersebut. Kecindan boleh ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang manusia, objek, situasi atau perkataan untuk mencetuskan perasaan gembira atau terhibur. Dalam konteks bilik darjah, guru harus mencetuskan perasaan gembira dalam kalangan pelajar. Bagi mewujudkan hubungan baik antara gurumurid, seharusnya seseorang guru itu berkebolehan melakukan jenaka atau kecindan. Perkara ini dapat mengelakkan sesuatu pengajaran menjadi bosan. Kecindan juga adalah salah satu bentuk komunikasi yang memang disukai oleh semua pelajar mahupun guru.

KesimpulanBerdasarkan maklumat di atas, seseorang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu itu sangat perlu menguasai kemahiran komunikasi agar kawalan di dalam kelas dapat dilakukan dengan sempurna dan berkesan yang mana akan memberikan impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Komunikasi mempunyai tujuan, oleh itu, guru itu seharusnya memastikan tujuan dalam menyampaikan ilmu mata pelajaran bahasa Melayu itu akan tercapai objektifnya seperti yang di rancang dalam buku penulisan pengajaran hariannya. Selain dari itu juga, guru itu seharusnya bijak dalam memilih waktu dan tempat komunikasi supaya mesej yang hendak disampaikan itu lebih jelas, menarik dan murid pula akan mudah memahami dan berupaya menerima mesej tersebut dengan sempurna seterusnya akan berupaya mempengaruhi minat murid untuk belajar Bahasa Melayu dan mewujudkan hubungan yang baik.