edu-ass.docx

18
Bahagian A A.1 Baharu-baharu ini terjadi beberapa kejadian konflik budaya di sekolah- sekolah dan telah digembar-gemburkan oleh media massa. Berdasarkan salah satu isu yang tersebut di atas, huraikan bagaimana seseorang guru itu boleh mewujudkan pemahaman dan meningkatkan perhubungan dalam kalangan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya. Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara. Perubahan pucuk pimpinan negara pada tahun 2009 telah menjadikan perpaduan sebagai perkara utama kepimpinan negara. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak melancarkan 1Malaysia sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan kaum di Malaysia. Menurut beliau. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai- nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.” 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai- nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

Upload: micky-yii

Post on 17-Jan-2016

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: edu-ass.docx

Bahagian A

A.1 Baharu-baharu ini terjadi beberapa kejadian konflik budaya di sekolah-sekolah dan telah digembar-gemburkan oleh media massa.

Berdasarkan salah satu isu yang tersebut di atas, huraikan bagaimana seseorang guru itu boleh mewujudkan pemahaman dan meningkatkan perhubungan dalam kalangan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya.

Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Perubahan pucuk pimpinan negara pada tahun 2009 telah menjadikan perpaduan sebagai perkara utama kepimpinan negara. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak melancarkan 1Malaysia sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan kaum di Malaysia. Menurut beliau. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.”

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain

Page 2: edu-ass.docx

seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Definisi sosiobudaya

Sebelum membincangkan lebih lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya, terlebih dahulu dihuraikan maksud budaya itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan sosio-budaya? Menurut ensiklopedia bebas http://ms.wikipedia.org/ budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal – hal berkaitan budi dan akal manusia. Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila ke dua – dua perkataan ini dicantumkan (budaya) membawa maksud tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).

Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib ( bekas professor Madya UiTM) telah menyatakan dalam laman web http://dppwp.wordpress.com/usrah/pembangunan -sistem-sosio-budaya-islam-dalam-kontek-masyarakat-malaysia/ maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut.

Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur – struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri – ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang – undang, adat resam dan lain – lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.

Page 3: edu-ass.docx

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengurusan bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri kepada sesebuah organisasi. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan guru, murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan menggagalkan konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan negara. Hal ini kerana, sekolah merupakan tunjang atau umbi kepada 1Malaysia di mana penerapan nilai-nilai murni dan aspirasi seperti yang termaktub dalam konsep 1Malaysia akan bermula di peringkat sekolah.

1. Guru.

Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata,tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan kaum.

Roland Meighan (1986) berpendapat kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Manakala menurut Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa ataupun jenis bangsa seseorang.

Oleh hal demikian, guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbeza akan mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid.

Page 4: edu-ass.docx

Lahir daripada latarbelakang dan pengaruh persekitaran yang berbeza,pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, murid yang beragama islam dan murid beragama budha pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka. Oleh hal demikian, guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala pandangan atau idea yang murid sampaikan. Guru pelu memberi respon dan ulasan yang positif yang boleh menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia mendengar pandangan sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam diri murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai murni yang dinyatakan dalam konsep 1Malaysia.

Tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar murid daripada kaum lain tidak merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru dan muri-murid lain. Guru juga perlu mengelakkan daripada menyentuh atau mempertikai agama dan kepercayaan yang dianuti oleh murid-murid. Perancangan proses pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dan sesuai dengan semua agama,nilai dan kepercayaan mereka.

Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini menyebabkan berlaku pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan.

2. Murid.

Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Murid-murid mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio budaya di dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya hidup mereka. Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan proses pembelajaran.

Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda ataupun dialek di dalam kelas

Page 5: edu-ass.docx

seharusnya di kawal bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid mencapai kematangan sosial.

Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama.

Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh hal demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang di rangka mestilah berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung perpaduan antara kaum akan terjalin.

Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan masalah didiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Guru perlu peka terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di bendung dan murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya.

3. Sekolah

Page 6: edu-ass.docx

Sistem pendidikan negara mempunyai pelbagai jenis pilihan sekolah yang boleh diikuti oleh murid. Kepelbagaian sosio – budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Oleh itu, aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosio-budaya ini.

Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat.Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosio-budaya mereka. Murid juga harus sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut selain daripada sekolah. Program Intergrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan sokongan samada dalam bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan di kalangan murid.

Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam.

Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu generasi yang hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang.

4. Kurikulum Tersirat

Page 7: edu-ass.docx

Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi di sekolah.

Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya.

Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid

Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat.

Memperkasakan sekolah Wawasan. Sistem pendidikan pelbagai aliran menyebabkan ramai ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah mengikut kaum masing-masing. Usaha untuk memupuk perpaduan hendaklah dimulai dari awal dengan membabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang sama. Maka usaha-usaha perlu diambil untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah menyatu padukan rakyat berbilang kaum dinegara ini

Peranan Guru Dalam Menangani Masalah Perpaduan

Page 8: edu-ass.docx

Banyak sekolah di negara ini mempunyai pelajar berbilang kaum, yang menjadi tempat mulanya perkenalan kanak-kanak dan remaja dengan rakan-rakan dan remaja pelbagai kaum. Awalnya disekolah jugalah mereka belajar dan mula tahu mengenai adat resam, budaya dan agama rakan-rakan daripada kaum lain. Namun persahabatan terjalin mesra dalam pergaulan mereka tanpa berasa harus ada pengasingan atau peminggiran atas dasar kelainan itu.

Pengalaman berkawan dengan rakan daripada kaum lain di alam persekolahan ini membina perspektif unit dalam diri kanak-kanak dan remaja sehinggalah dewasa apabila mereka mudah menerima serta mesra dalam pergaulan dengan rakan-rakan dari kaum yang lain.

Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah

Aktiviti kurikulum yang seragam

Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hanya sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh. Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan

Page 9: edu-ass.docx

sebagai bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, untuk semua peringkat persekolahan.

Aktiviti kokurikulum.

Menurut http://suhaizlah.wordpress.com/2011/06/14/ antara-langkah-langkah ke--menwujudkan-perpaduan-di-kalangan-pelajar/ Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional.

Aktiviti kokurikulum juga menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan efektif. Justeru, aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti program sukan, kelab, persatuan, pameran, ceramah dan pelbagai lagi haruslah dipergiat dan dipertingkat lagi dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Hal ini akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam memahami bagaimana kehidupan rakyat Malaysia.

Aktiviti sukan

Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar.

Page 10: edu-ass.docx

Program Anak Angkat

Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi nasional.

Program integrasi di sekolah.

Mantan Perdana Menteri malaysia yang kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada masa pemerintahannya mahukan program integrasi di sekolah diteruskan bagi membolehkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar pelbagai kaum ditingkatkan. Beliau berkata langkah ini perlu kerana melalui program tersebut akan membawa kebaikan kerana wujudnya perasaan saling hormat-menghormati antara kaum dapat dipereratkan. Antara kata-kata beliau semasa sidang akhbar selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan Pemimpin Persatuan Guru dan Sekolah (PIBG) Parlimen Kepala Batas di Penang Golf Resort

“ Kita nak kebaikan supaya setiap kemajuan negara dapat dinikmati semua kaum dan ia setiap kaum sama-sama menyumbang kepada negara dan menguntungkan semua pihak. Kalau kita tidak berusaha untuk memberi kesempatan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum seperti sukan, debat, kegiatan alam sekitar dan landskap, hubungan antara mereka akan terpisahdan bersendirian menjadikan intergrasi sukar untuk dilaksanakan”.

http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=207%3Aperlu-program-intergrasi-di-sekolah&lang=en

Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah.

Prinsip Rukun Negara hendaklah terus menjadi agenda dalam pembangunan modal insan dari generasi ke generasi bagi memastikan prinsip itu kekal diterima dan menjadi teras perpaduan masyarakat di negara ini. Hal demikian kerana ideologi yang terkandung di dalam Rukun Negara amat holistik dan mencakupi nilai-nilai bersama yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. "Oleh itu, penerapan prinsip ini dalam diri generasi muda amat penting sekali untuk pembangunan sahsiah golongan tersebut.

Page 11: edu-ass.docx

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap dalam Majlis Tokoh Negara: Kolokium Sekretariat Rukun Negara anjuran Taylor’s Universiti berkata

“ Oleh itu, penerapan prinsip ini dalam diri generasi muda amat penting sekali untuk pembangunan sahsiah golongan tersebut ”

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121217/dn_03/Rukun-Negara-perlu-kekal-jadi-teras-perpaduan-rakyat-pelbagai-kaum

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.

Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan..

http://www.scribd.com/doc/19412497/masalah-perpaduan-di-malaysia

Sekolah Penyayang

Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep ”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati

Page 12: edu-ass.docx

terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula ke arah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.

RIMUP diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran. Ia merupakan program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang dirancang di sekolah. Program memberi penekanan kepada bidang kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Ia bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran, Hj. Mohd Anuar Abdul Hamid berkata, menerusi RIMUP, progran yang berkonsepkan perpaduan dan amalan nilai-nilai murni didedahkan kepada peserta.

http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=578:rancangan-integrasi-murid-untuk-perpaduan&catid=47:fokus

Antara contoh aktiviti yang boleh dianjurkan ialah Program Perkhemahan Padu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia, Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang. Ia juga bagi melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan

Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik

Page 13: edu-ass.docx

kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah

Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan.

Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah

Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula wujud apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.

Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah

Page 14: edu-ass.docx

Matlamat pendidikan Sejarah bagi peringkat menengah rendah dan menengah atas ialah memupuk semangat taat setia kepada bangsa dan negara serta berbangga menjadi warganegara Malaysia. Kandungan kurikulum yang disediakan, memberikan fokus kepada pemahaman yang menyeluruh tentang sejarah negara yang merangkumi jangka masa lima ratus tahun dan dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan tahun. Pengajaran dan pembelajaran Sejarah seharusnya memberi tumpuan kepada pemerolehan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan pemupukan nilai-nilai. Kurikulum ini bertujuan untuk memberi pemahaman menyeluruh dan satu gambaran yang lengkap tentang sejarah negara. Dalam rentetan peristiwa ini dimasukkan pula sejarah negara luar yang mempunyai kaitan dengan sejarah negara. Sejarah negara luar ini merupakan asas bagi pelajar untuk mengetahui dan memahami hubungan dan kaitannya dengan Sejarah Malaysia (PPK 2002). Pendidikan Sejarah dilihat dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antara bangsa (PPK 2002) kerana tujuan pendidikan Sejarah itu adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.

Persekitaran pendidikan

Menurut Zaidi Ahmad (2010) persekitaran pendidikan di malaysia menyediakan ruang fizikal untuk pelajar pelbagai etnik berinteraksi. Di semua pusat pendidikan, penyertaan pelajar pelbagai etnik dalam semua aktiviti adalah tinggi. Aktiviti yang berstruktur yang diamalkan disemua institusi pendidikan di Malaysia akan melibatkan pelajar secara menyeluruh dan berkenalan. Guru atau tenaga pengajar akan menjadi pusat tumpuan dan menggerakkan aktiviti dan tugasan yang perlu dilaksanakan. Polo interaksi sosial begini akan melibatkan interaksi dan pelajar akan memilih sahabat walaupun daripada kumpulan etnik yang berbeza.

Semasa melaksanakan aktiviti seseorang pelajar, dapat mengenalpasti kriteria pelajar lain dan situasi ini dapat membantunya memilih seorang sahabat. Dalam situasi ini, pola interaksi sosial dalam kalangan pelajar dalam kumpulan etnik yang berlainan dapat diadakan jika murid ini ditempatkan dalam satu persekitaran yang multietnik, jadi persekitaran pembelajaran di Malaysia menepati kriteria ini. Teori polo interaksi sosial dapat diaplikasikan dalam keadaan ini yang mana peluang disediakan untuk berinteraksi sosial. Pelajar mengenali antara satu sama lain walaupun daripada etnik yang berlainan. Apabila berinteraksi, minat dan sifat dapat dikenalpasti yang selanjutnya membuka ruang untuk perkongsian merentasi etnik.

KESIMPULAN

Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling

Page 15: edu-ass.docx

bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.

Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik, segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat.

Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang semula. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

Sehubungan dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Oleh itu, segala kerjasama semua pihak seperti kerajaan, masyarakat dan pertubuhan badan bukan kerajaan amatlah diperlukan untuk meningkatkan hubungan etnik di nagara Malaysia

Penerimaan dan layanan adil. Guru tidak seharusnya melayani pelakjar sebagai satu kelompok individu, kelimpok kelas social atau kelompok menikkut kaum etnik. Tidak harus menggunakan maklumat latar belakang pelajar untuk mengesahkan generalisasi.Guru menggunakan makluamt latar belakang keluarga pelajar untuk memahami tingkah laku dan luahan perasaan pelajar yang dipengaruhi oleh peserkitaran.

Strategi Pembelajaran Koperatif. Kesaksamaan pendidikan bergantung pada perekitran temapt tinggal pelaar. Faktor status sisaoekonomi kelaurga dan gaya pembelaran pelaar. Pelaar dalamkumpulan hereronenous dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman, nbelajar bersama-sama saling membantu dan berinteraksi untuk memeastkan pencapaian kumpulan. Saling belajar dan mengenali budtyya secara tidak langsung dan mengeratkan hubungan.

Penguruan bilik darja dan pengurusan hunbungan. Kawalan tngkah laku dianjurkan melali peraturan dan rutin bilik dajah. Pematuhan peraturan. Kajian sisiometri untuk melihat hubungan antar plajar di dalam bilik darjah. Maklumat yang dikumpulkan hendaklah dipindahkan ke dalam bentuk sosiol gram. Kajian ini dala dignakan untk membina hubungan dan penerimaan antara pelajar.

Maklumat:

Pilihan ramai = bintang

Page 16: edu-ass.docx

Saling memilih = pasangan saling.

Saling memilih dalam lingkungan bertiga / empat = klik

A pilih B, B pilih C = rantaian

X dipilih = singkiran

Tidak dipilih langsng = pengasing

Bahagian B

B.1 PIPP & PPPM telah mengesan masalah-masalah dalam peluang pendidikan yang dihadapai oleh kumpulan indigenous and minoritu

Adalah wajar untuk kita menangani isu ini dan mengurangkan ketaksamaan peluang pendidikan dan meningkatkan kualiti pendidikan kepada golongan tersebut.

B.2 Nyatakan masalah-masalah yang dihadapai oleh kumpulan tersebut dan bincangkan setakat mana usaha-usaha yang telah dilakukan untuk membantu kedua-dua kumpulan tersebut untuk mencapai peluang yang lebih besar dan kesamaan peluang pendidikan.