edu 3120 bab 6 guru sebagai pembimbing.doc

7
Bab 6 Guru Sebagai Pembimbing Falsafah Pendidikan Negara Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negaraTugas Guru o Pengajaran dan pembelajaran o Aktiviti kokurikulum

Upload: aliff-shah

Post on 18-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3120 Bab 6 Guru Sebagai Pembimbing.doc

Bab 6 Guru Sebagai Pembimbing

Falsafah Pendidikan Negara

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Tugas Guru

o Pengajaran dan pembelajarano Aktiviti kokurikulumo Pentadbiran

Page 2: EDU 3120 Bab 6 Guru Sebagai Pembimbing.doc

Peranan Guru sebagai pembimbing

o Contoh dan teladano Agen pengesano Agen perubahano Perkongsian maklumat

Bagaimana?

o Merapati pelajar dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada kaunselor

o Menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan pelajar dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis

o Memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan dadah, arak, merokok, hubungan jantina, dan pencabulan kehormatan. Merujuk, jika perlu, kepada kaunselor dengan persetujuan mereka.

o Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik

o Membantu kaunselor dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling.

o Membuka ruangan kepada pelajar untuk berlatih kemahiran yang dipelajari seperti

Page 3: EDU 3120 Bab 6 Guru Sebagai Pembimbing.doc

kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan dan lain-lain

o Membantu kaunselor dalam melatih kumpulan-kumpulan pelajar

o Menjadi penggalak kepada pelajar untuk melaksanakan aktiviti sekolah.

o Mengetahui prestasi, latar belakang, penglibatan, bakat, minat dan kecenderungan pelajar dalam mata pelajaran yang diajar serta pelbagai kecerdasan pelajar.

o Mengelakkan membuat penghakiman terlalu awal tentang kebolehan pelajar kerana pelajar berkembang pada peringkat berbeza.

o Memberi keyakinan dan rangsangan tentang kepentingan mata pelajaran dan menggalakkan pelajar mencapai kejayaan.

o Memberi penjelasan tentang kandungan kurikulum mata pelajaran supaya pelajar dapat gambaran tentang apa, mengapa, dan bagaimana pelajar harus belajar. Guru perlu memberi pendedahan ini kepada pelajar dalam tempoh masa yang cukup sebelum pelajar membuat pilihan.

o Bersikap terbuka tentang penukaran mata pelajaran.

Page 4: EDU 3120 Bab 6 Guru Sebagai Pembimbing.doc

o Membantu pihak sekolah memberi penerangan mata pelajaran kepada ibu bapa/penjaga.

o Memastikan diri sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme terutamannya dalam bidang mata pelajaran sendiri dan berusaha mengadakan kemudahan dan kelengkapan secukupnya.

o Menyemak prospektus institusi pendidikan dan latihan yang terkini

o sentiasa memonitor pelajarnya setiap masa dan ketika

o berusaha memahamkan pelajarnya tentang sesuatu konsep dan pengajaran dengan cara yang paling mudah, sisteimatik, seronok dan bermakna. Guru itu sebagai agen mempertingkatkan prestasi pelajaran pelajar.

o Membimbing pelajar bersikap rasional, realistik dan tenang menghadapi sebarang kemungkinan di dalam hidupnya

o Bertindak sebagai pemudah cara dan membantu pelajar melicinkan perjalanan harian mereka baik di dalam kelas mahupun di luar kelas tanpa memilih kasih.

Page 5: EDU 3120 Bab 6 Guru Sebagai Pembimbing.doc

o Berperanan memperkenalkan inovasi kepada ramai iaitu sesuatu yang baru sama ada kaedah, idea, teknik dan sebagainya

o Mampu mengurus semua keadaan dengan cekap dan sempurna maka secara langsung dapat memupuk disiplin kendiri pelajar

o bertindak cemerlang dalam hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan penciptanya