esei edu guru dan cabaran semasa

23
GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1 SOALAN : MENJELASKAN GOLONGAN PENDIDIK CARA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN NEGARA. Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia mengalami banyak perubahan selepas mencapai kemerdekaan terutamanya di sekitar tahun 1980-an. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh Negara mulai tahun 1983. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di samping itu juga, ia member penumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social (JERIS). Pada tahun 1989, Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan di semua sekolah menengah. KBSM ini dirancang untuk memperkembangkan potensi individu daripada aspek JERIS secara menyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia serta berupaya memberi Page 1

Upload: khaieilla

Post on 10-Dec-2015

83 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esei EDU Guru Dan Cabaran Semasa

GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1

SOALAN : MENJELASKAN GOLONGAN PENDIDIK CARA MENINGKATKAN KUALITI

PENDIDIKAN NEGARA.

Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia mengalami banyak perubahan selepas

mencapai kemerdekaan terutamanya di sekitar tahun 1980-an. Berdasarkan Laporan

Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan

(1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di

semua sekolah rendah di seluruh Negara mulai tahun 1983. Rancangan KBSR ini

menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan

mengira. Di samping itu juga, ia member penumpuan terhadap perkembangan

individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan

social (JERIS). Pada tahun 1989, Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) pula diperkenalkan di semua sekolah menengah. KBSM ini

dirancang untuk memperkembangkan potensi individu daripada aspek JERIS secara

menyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berilmu,

berakhlak mulia serta berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan,

kesejahteraan serta pembangunan Negara.

Saban hari kita mendengar dan membaca berita-berita berkaitan isu pendidikan

samada melalui akhbar, televisyen atau melalui laman web. Paparan tentang gejal-

gejala sosial mendapat perhatian masyarakat dan menimbulkan kebimbangan kepada

pelbagai pihak . Budaya lepak, merempit, berjudi, berfoya-foya dan ragut yang

melibatkan anak-anak belasan tahun ini sering kita baca dan ditonton melalui pelbagai

Page 1

Page 2: Esei EDU Guru Dan Cabaran Semasa

GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1

media. Persoalannya , apa sudah jadi dengan golongan muda hari ini ?Adakah

pendidikan di negara kita sudah gagal untuk membentuk dan mendidik nilai-nilai yang

dikehendaki dalam masyarakat?

Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana

segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Tanpa

penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah

disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan perguruan

adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah negara. Guru

merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu

dan keberkesanan sistem pendidikan. Pendidikan pula merupakan proses

penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi

kepada satu generasi yang lain.

Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan,

maka guru memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut

dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia dan

akhirat. Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Sememangnya,

guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara,

lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Begitulah peranan guru, satu tugas

yang amat berat tetapi mulia dan murni.

Dasar-dasar negara yang sentiasa memberi fokus kepada meningkatkan kualiti

pendidikan dengan mensasarkan pembentukan pendidikan yang membentuk dan

membina para guru dan institusi pendidikan ke arah melahirkan ‘towering personality’

Page 2

Page 3: Esei EDU Guru Dan Cabaran Semasa

GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, gelombang pertama (2013-

2015) memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme guru.

Halatuju Sistem Pendidikan

Hala tuju pendidikan negara yang telah dirangka oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia telah menggariskan satu matlamat iaitu untuk menjadikan pendidikan di

Malaysia sebagai pendidikan bertaraf dunia. Mampukah golongan pendidik bergerak

ke arah menjadikan sistem pendidikan di negara ini sebagai pendidikan yang berkualiti

dan bertaraf dunia.

Apabila menyentuh berkenaan kualiti pendidikan maka hubungannya dengan

kualiti guru tidak dapat dipisahkan. Menurut Sulaiman Daud (1995) , pendidikan pada

abad ke- 21 bukan sahaja memerlukan kita melahirkan insan yang berpengetahuan dan

berkemahiran tinggi dalam bidang industri dan teknologi, pengurusan dan perdagangan

tetapi juga harus menghasilkan insan yang mempunyai sistem nilai dan etika serta

akhlak yang baik, berperibadi mulia, bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta

berkemampuan untuk membangunkan masyarakat dan negara (dalam Shahril dan

Habib 2001). Dalam dunia moden yang berkembang pesat ini, peranan sekolah telah

berubah dan guru perlu meningkatkan domain pengetahuan dan kecekapan-kecekapan

baru untuk membolehkan mereka mengikut peredaran zaman ( Mohammed Sani 2005)

Page 3

Page 4: Esei EDU Guru Dan Cabaran Semasa

GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1

Gambarajah 1 : Komponen Kualiti Guru(Sumber : Standard Guru Malaysia)

Berdasarkan rajah di atas, komponen kualiti guru menunjukkan keperluan dan

standard yang ada pada guru melayakkan guru untuk meningkatkan kualiti pendidikan

negara kita. Cabaran kepada guru dalam pendidikan kini merangkumi usaha

melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, menangani

masalah disiplin dan gejala sosial, pengurusan sekolah yang berkesan, harapan

menggunung masyarakat dan banyak lagi. Oleh itu, para guru hendaklah terdiri dari

golongan yang kuat semangat perjuangannya dan bersedia untuk mengadaptasi diri

dengan perubahan yang berlaku begitu pantas masa kini. Persoalannya, adakah tahap

STANDARD

S1: Amalan Nilai Profesionalisma KeguruanS2: Pengetahuan dan KefahamanS3: Kemahiran P&P

ASAS PENENTUAN STANDARD

DAN KEPERLUAN

- Misi Nasional- Falsafah Pendidikan

Kebangsaan- Falsafah Pendidikan Guru- Tatasusila Profesion

Keguruan

Guru Kompeten Modal InsanUnggul

K1 : Kelayakan Masuk Program Latihan PerguruanK2: Latihan , Pentaksiran dan PenilaianK3: KolaborasiK4 : Insfrastruktur dan InfostrukturK5 : Jaminan Kualiti

KEPERLUAN

Page 4

Page 5: Esei EDU Guru Dan Cabaran Semasa

GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1

guru Malaysia cukup kompeten dalam menangani cabaran-cabaran semasa dalam

pendidikan disamping mempergiatkan usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan

Negara. Antara perkara yang boleh dilakukan oleh golongan pendidik dalam

meningkatkan kualiti pendidikan Negara adalah seperti :

1. Meningkatkan Standard Kompentasi Guru.

Menurut Daud Ibrahim (2003) bahawa, kompetensi bermakna “competence,

proficiency, skillful and skill”. Kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan aspek

pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi

melaksanakan sesuatu pekerjaan atau jawatan. Prinsip asas model kompetensi adalah

bahawa prestasi seseorang pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya

beliau mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan

tanggungjawab jawatan yang disandangnya.

Beare (2001) mengenal pasti kompetensi minimum bagi guru terhadap lima

komponen yang sepatutnya kompeten. Lima komponen itu ialah kurikulum, pedagogi,

penilaian, sumbangan kepada sekolah dan sumbangan kepada profesion.

1. Kurikulum. Guru sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang isi kandungan kursus

yang diajar (kepakaran subjek) dan ianya dikemas kini.

2. Pedagogi. Guru mestilah tahu mengajar, menguruskan kelas menggunakan mod

pembelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai dan teknologi pengajaran yang

sesuai.

Page 5

Page 6: Esei EDU Guru Dan Cabaran Semasa

GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1

3. Penilaian. Guru seharusnya tahu untuk menilai hasil kerja pelajar, bagaimana menilai

kemajuan pelajar, bagaimana melaporkan kemajuan kepada pelajar dan ibu bapa,

bagaimana menyimpan rekod kemajuan pembelajaran dan bagaimana menetapkan

tahap kemajuan.

4. Sumbangan kepada sekolah. Sebagai staf institusi pelajaran, setiap guru seharusnya

memberi sumbangan yang kontruktif kepada sekolah secara meluas, menerima

tanggungjawab fungsi yang luas kepada sekolah secara formal, secara tidak formal

mengambil berat terhadap tugas dan budaya, mempunyai pelajar yang baik, reputasi

dan pendirian komuniti serta hubungan ibu bapa dan seluruh komuniti.

5. Sumbangan profesional. Setiap guru diharapkan dapat mengamalkan profesion

perguruan dengan menyertai perkembangan profesional, aktif dalam aktiviti profesional,

menyumbangkan pembangunan dalam profesion perguruan dan asas kemahiran dan

bersedia untuk membantu rakan secara profesional. Guru sepatutnya berfikir dan

berkelakuan sebagai profesional.

Lima kompenen kompentasi yang dinyatakan di atas adalah penting kepada

golongan pendidik untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Negara kita.

2. Meningkatkan Kualiti Pengajaran

Keberkesanan pembelajaran berkait langsung dengan kualiti guru. Kajian telah

membuktikan terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti guru dengan

pencapaian murid (Hiebert 2002). Proses mendidik membawa maksud proses yang

Page 6

Page 7: Esei EDU Guru Dan Cabaran Semasa

GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1

berlaku ketika pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah. Chen

Ai Yuen (1990) menjelaskan , guru yang berkualiti ialah mereka yang mengamalkan

piawai spesifik dalam profesioan perguruan. Antaranya mengetahui secara

mendalam tentang topik yang diajar,membuat refleksi, memberi komitmen dalam

pengajaran serta adil dalam memberi penilaian kepada murid. Laudon (1991)

menjelaskan untuk menjadi guru yang berkualiti dan berkesan, guru perlu

menguasai isi pengetahuan kandungan mata pelajaran yang diajar. Berg (1988)

mendapati guru yang mempunyai konsep-kendiri yang tinggi terhadap keupayaan

mengajar dapat mempengaruhi kemajuan akademik murid. Good (1990)

mengatakan bahawa dalam usaha untuk menyampaikan maklumat kepada murid,

guru hendaklah mendedahkan murid kepada maklumat baru yang spesifik di

samping membolehkan mereka faham dengan mudah dan jelas.

Gambarajah 2 : Kerangka Konseptual Untuk Memahami “Proses” P&P (Sumber : Jurnal IAB 25-27 Jun 2007)

ilmu tentang pelajar & perkembangan mereka dalam

konteks sosial:1. pembelajaran

2. perkembangan manusia3. bahasa

Ilmu tentang subjek dan matamat

kurikulum: matlamat pendidikan dan tujuan untuk ketrampilan isi

kandungan dan bidang

Ilmu pengajaran: 1. kandungan termasuk

pedagogi kandungan2. mengajar pelbagai

pelajar3. pengujian dan

peperiksaan4. pengurusan kelas

Page 7

Page 8: Esei EDU Guru Dan Cabaran Semasa

GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1

Gambarajah 2 di atas ialah kerangka konseptual untuk memahami proses

pengajaran dan pembelajaran . Kemahiran memahami konseptual ‘proses’ ini

melahirkan guru-guru yang berkompetensi tinggi . Dengan kemahiran ini juga ,

pengajaran di bilik darjah dapat dilakukan dengan berkesan selama tempoh

pembelajaran pelajar samada di peringkat rendah atau menengah. Akhirnya dengan

kompentensi guru ini , dapat melahirkan murid yang mempunyai nilai-nilai ‘towering

personality’ .

Bulatan 1 dalam Gambarajah 2 menerangkan tentang ilmu dan ketrampilan

yang perlu dikuasai oleh guru-guru tentang pelajar dan proses pembelajaran,

pembangunan dan penguasaan bahasa mereka. Untuk itu guru perlu

mengintergrasikan keempat-empat komponen iaitu pelajar dan proses pembelajaran

mereka, proses kognitif, metacognitif dan memotivasikan pelajar supaya

meningkatkan pengupayaan untuk mencapai proses pendidikan. Pembangunan insan

ialah aktiviti-aktiviti pemahaman guru terhadap tingkahlaku, hubungan sosial dan

tahap keintelektual setiap pelajarnya . Ini sangat berguna untuk mengurus kelas

secara efektif, memberi tugasan yang sesuai, memberi bimbingan dan meningkatkan

motivasi pelajar untuk belajar. Selain dari itu , laras bahasa guru mestilah bersesuaian

dengan umur pelajar. Kefasihan dan kelancaran bahasa guru boleh menyelesaikan

pelbagai perkara dalam pengajaran dan menarik minat pelajar untuk mendekati guru.

Page 8

Page 9: Esei EDU Guru Dan Cabaran Semasa

GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1

Bulatan 2 menjelaskan ilmu tentang kandungan matapelajaran dan matlamat

kurikulum yang mesti dikuasai oleh guru. Ia melibatkan proses menyusun kurikulum

selaras dengan objektif pengajaran. Guru juga perlu membina satu kurikulum yang

koheran dan responsive kepada keperluan pelajar.

Bulatan 3 berkaitan ilmu tentang proses pengajaran yang melibatkan

kemahiran mengajar guru. Empat bidang ilmu dan ketrampilan yang penting dalam

proses ini ialah ilmu kemahiran pedagogi, ilmu bagaimana hendak mengajar murid

yang pelbagai, ilmu tentang pengujian dan peperiksaan dan ilmu kemahiran mengurus

bilik darjah supaya aktiviti bilik darjah lebih terurus dan bertujuan.

Apabila golongan pendidik dapat menyatukan keperluan dalam ketiga-tiga

bulatan tersebut, proses pengajaran dan pembelajaran guru adalah unggul dan

seterusnya dapat meningkatkan kualiti pendidikan Negara.

3. Keperibadian Sifat Guru

Guru yang cemerlang ialah guru yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang

mulia yang boleh dijadikan model kepada pelajar, rakan sekerja serta masyarakat

sekeliling. Ciri-ciri peribadi yang mulia ialah bertanggungjawab, amanah terhadap

kerja, menepati masa, berkongsi idea yang baik, mempunyai budaya penyelidikan,

sentiasa untuk meningkatkan profesinalisme dan lain-lain lagi. Mempunyai komitmen

yang tinggi dalam menjalankan tugas, misalnya sanggup membuat kerja diluar masa

Page 9

Page 10: Esei EDU Guru Dan Cabaran Semasa

GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1

bekerja sekiranya diperlukan. Para guru hendaklah membuang sikap yang

mementingkan diri sendiri, Setiap program yang dilaksanakan memerlukan

kerjasama semua guru dalam sesebuah sekolah barulah setiap program dapat

dilaksanakan dengan jayanya.

Selain dari menghayati teras etika perkhidmatan , ,memahami standard kualiti

guru dan konseptual ‘proses’ p&p, keseluruhan organisasi juga hendaklah berpegang

kepada prinsip membina ‘Budaya Kerja Cemerlang’ iaitu ‘amalan terbaik dan terpuji

yang melebihi daripada kebiasaan. Ia merangkumi aspek pemikiran, pengurusan dan

emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan dan cara bekerja yang penuh

intergriti serta dapat memuaskan kehendak pelanggan’.

Tanpa golongan guru yang berkualiti, organisasi pendidikan tidak dapat

menghasilkan visi, misi dan matlamatnya. Jesteru itu apabila kita memperkatakan

mengenai usaha memartabatkan guru, kita memperkatakan hal-hal yang berkaitan

dengan usaha untuk memartabatkan sumber manusia yang memainkan peranan

utama dalam meningkatkan kualiti pendidikan sesebuah negara.

Strategi ini penting kerana ia berteraskan kepada keperluan unsur psikologi

yang positif seperti emosi stabil, perangai disenangi, tutur bahasa yang menarik, gaya

berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid, rakan setugas dan pihak atasan yang

meyakinkan dan sebagainya. Jesteru unsur kualiti guru seperti ini perlu diterap dan

dimantapkan dalam pembangunan sahsiah guru dari segi emotional quotient mereka.

Strategi ini boleh dilakukan secara berterusan melalui aktiviti bengkel tidak terlalu

formal, ataupun dialog , perbincangan, interaksi berkala dan sebagainya. Tujuannya

Page 10

Page 11: Esei EDU Guru Dan Cabaran Semasa

GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1

ialah supaya mereka terutama guru muda dapat menghayati dan menjiwai sifat dan

personaliti pendidik atau guru terunggul. Jika guru dapat menjiwai dan menghayati

serta menterjemahkan personaliti mereka yang terunggul dalam bentuk dan sifat

seperti yang diperkatakan di atas,maka kemungkinannya kualiti guru di negara ini

akan meningkat dan memberi impak kepada peningkatan kualiti pendidikan Negara

kita.

4. Melestarikan Budaya Menyelidik

Sebagai guru yang ingin melahirkan pelajar yang berwibawa dari segi akhlak dan

kecerdasan, ianya perlu kepada muhasabah diri dengan erti kata lain perlu

menjalankan kajian tindakan sekiranya pengajaran yang dibuat tidak mencapai

objektif yang dikehendakki. Seseorang perlu merefleksi diri atau bertanya pada diri

mengapa pelajar atau murid tidak dapat apa yang diajar oleh guru. Guru tidak

hanya menyalahkan pelajar dalam mencapai objektif yang diharapkan.

Para guru perlu melihat kepada diri sendiri, mungkin kaedah atau strategi

pengajaran tidak sesuai dengan tahap kecerdasan pelajar . Dimana guru perlu

mengubah cara atau strategi yang lain dalam meraih minat pelajar terhadap

pengajaran. Di sinilah pentingnya guru membuat penyelidikan dalam mencari formula

yang terbaik bagi menangani masalah yang guru hadapi. Dalam perkara ini guru

semestinya mencari ramuan yang berkesan dalam menyelesaikan permasalahan yang

dihadapi. Seandainya penyelidikan yang dilakukan oleh guru berkesan, mungkin

formula tersebut boleh digunapakai oleh para pendidik lain di negara kita. Maka ia

Page 11

Page 12: Esei EDU Guru Dan Cabaran Semasa

GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1

boleh memberi manfaat kepada guru-guru lain, bukan hanya untuk diri penyelidik

bahkan boleh digunapakai oleh semua guru.

Budaya penyelidik perlu ada di dalam diri setiap orang guru bagi mencari

penyelesaian yang akan dihadapi yang mana seterusnya dapat menjadikan

sekolah yang cemerlang. Percambahan sekolah-sekolah cemerlang menggambarkan

peningkatan kualiti pendidikan Negara kita.

5. Kelayakkan Akademik

Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru

terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan

sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional.Seperti profesion lain, bidang

keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali

mendepani cabaran yang cukup besar. Perkembangan bidang sains dan teknologi turut

menjadikan bidang pendidikan semakin mencabar.Dunia pendidikan berubah dengan

penekanan diberikan terhadap penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di

sekolah menjadi semakin kompleks.

Oleh itu, kelayakan akademik adalah satu perkara yang perlu di timbangkan. Ini

kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada pengetahuan. Maka,

adalah wajar diramalkan, seiringan dengan kejayaan Malaysia meningkatkan kadar

pembangunannya, guru-guru ijazah akan bertugas sehingga ke sekolah rendah.

Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, sifat

Page 12

Page 13: Esei EDU Guru Dan Cabaran Semasa

GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1

kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai kelayakan akademik

minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa berkhidmat.

Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru meningkatkan

kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan termasuklah kursus dalam

perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah,

pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat

sarjana dan ijazah kedoktoran merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya

guru.

Maka itu bagi melahirkan guru yang boleh bersaing di peringkat global, para guru

perlu meningkatkan profesionalisme dengan meningkatkan ilmu ke peringkat yang

lebih tinggi. Kementerian menggalakkan para pendidik melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih baik, Pelbagai program telah dianjurkan oleh Kementerian

Pendidikan dalam meningkatkan profesian guru. Ini adalah bertujuan bagi

meningkatkan tahap profesinalisme guru di negara ini. Oleh itu peluang ini perlu

direbut oleh para guru agar ilmu dapat ditingkatkan selari dengan perkembangan

teknologi yang pesat berkembang.

Guru-guru perlu mendapatkan ilmu-ilmu yang terkini dalam menangani karenah

pelajar yang pelbagai ragam, sekiranya teknologi pengajaran dan pembelajaran

dapat dikuasai oleh para guru, Ianya adalah satu aset yang berharga kerana

teknologi tersebut dapat menarik minat para pelajar untuk belajar. Keseiringan

antara perkembangan ilmu guru dan potensi pelajar akan meningkatkan lagi mutu

kualiti pendidkan Negara kita.

Page 13

Page 14: Esei EDU Guru Dan Cabaran Semasa

GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1

Secara keseluruhannya, usaha-usaha kearah meningkatkan kualiti pendidikan

negara adalah melalui tunjang utama iaitu kualiti golongan pendidik adalah selaras

dengan hasrat kerajaan seperti yang terkandung di dalam Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan ( PIPP ) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Berikut merupakan intipati bagi PIPP dan PPPM yang dirancang oleh kerajaan untuk

meningkatkan kualiti pendidikan Negara.

Intipati di dalam PIPP

Teras 5: Memartabatkan Profesion Guru

Tujuan bagi memastikan profesion dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan

amanah yang dipertanggungjawabkan dalam membina generasi masa depan. Untuk

itu Institut perguruan dinaik taraf dan kelayakan guru diperingkatkan ke Ijazah.

Pemilihan dan kebajikan guru juga akan dipertingkatkan.

Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan-

Kecemerlangan dibentuk melalui kluster kecemerlangan sekolah berasaskan

akademik, kokurikulum, sukan atau niche areas. Sekolah yang terpilih mendapat

keistimewaan seperti dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar

negara, peperiksaan peringkat antarabangsa, menjadi sekolah contoh . Sekolah ini

juga menjadi penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa.

Page 14

Page 15: Esei EDU Guru Dan Cabaran Semasa

GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1

Intipati di dalam PPPM

o Tumpuan menambah bilangan guru Bahasa Cina, Thamil dan Bahasa

Arab bagi memastikan bilangan guru bahasa sepadan dengan keperluan

pelajar selain memperkenalkan bahasa penting lain seperti bahasa

Sepanyol, Perancis dan Jepun.

o Mulai 2013, syarat kelayakan kemasukan guru ditingkatkan supaya terdiri

daripada kalangan graduan 30% teratas.

o Mulai 2013, guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran

supaya boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada

fungsi teras pengajaran dan sesetengah tugas pentadbiran akan

diserahkan kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru

pentadbiran yang khusus diperingkat sekolah.

Kesimpulannya, demi memastikan hasrat meningkatkan kualiti pendidikan,

kesemua warga pendidik hendaklah menggemblengkan tenaga dan melipat gandakan

usaha bagi menghadapi cabaran . Anjakan bersifat futuristik berasaskan teknologi

maklumat dan komunikasi dengan dimulakan oleh pembuat dasar di KPM hinggalah ke

pelaksana dasar di sekolah iaitu para guru. Untuk memastikan kesemua tenaga

digerakkan, tindakan asas yang perlu dilaksanakan ialah berfikir dan bertindak secara

positif dalam memenuhi tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan.

Page 15

Page 16: Esei EDU Guru Dan Cabaran Semasa

GURU DAN CABARAN SEMASA Sheilla sn 1

Page 16