isu dan etika guru(edu 3093 )

22
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT PENGHARGAAN i ISI KANDUNGAN ii 1.0 PENGENALAN 1 2.0 ISU DAN ETIKA GURU 2.1.1 Isu Kepimpinan 2.1.2 Faktor menyebabkan berlakunya isu 2.1.3 Amalan Kepimpinan 2.1.4 Proses kepimpinan 3.0 IMPAK ISU TERHADAP PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT 4.0 KESIMPULAN REFLEKSI BIBILIOGRAFI

Upload: iqbal-dbk

Post on 11-Nov-2015

30 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

GAYA KEPIMPINAN

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

KANDUNGANMUKA SURATPENGHARGAANiISI KANDUNGANii1.0PENGENALAN12.0ISU DAN ETIKA GURU 2.1.1 Isu Kepimpinan 2.1.2 Faktor menyebabkan berlakunya isu 2.1.3 Amalan Kepimpinan 2.1.4 Proses kepimpinan3.0 IMPAK ISU TERHADAP PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT 4.0KESIMPULANREFLEKSIBIBILIOGRAFI

1.0 PENGENALANPada amnya,.kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan akan saling berkaitan dengan pemimpin. Menurut D Brin (1993) kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan dan kekuatan menyakinkan orang lain untuk mencapai maltlamat. Bagi mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap guru, seseorang guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehannya dalam bidang yang dipertanggungjawabkan. Dengan itu, perlaksanaan tugasan melalui kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang perlu diperkembangkan, kedudukan yang perlu dihormati dan kebolehan yang mewujudkan kepercayaan dan amanah.Kepemimpinan seorang guru turut dipandang dalam sudut pandangan islam. Menurut perspektif islam, kepimpinan adalah amanah yang wajib ditunaikan. Pemimpin memainkan peranan memandu dan mengajak orang lain ke arah kebahagiaan, mendapat keredhaan Allah, membuat segala suruhanNYa dan meninggalkan segala laranganNya. Seorang pemimpin seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada agama. Tidak kiralah sama ada guru tersebut beragama Islam, Kristian, Hindu ataupun Buddha, kepercayaan ini penting bagi memastikan mereka mempunyai pegangan dan dasar kepercayaan yang utuh. Bertitik tolak kepada kepercayaan kepada agama ini lah akan mencernakan peribadi terpuji selaras dengan tuntutan agama.Dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru merupakan pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan. Guru bertindak dalam melakukan perubahan ke atas sekolah dan pengajaran dalam bilik darjah. Guru juga adalah individu yang menggariskan hala tuju dan membentuk murid ke arah merealisasikannya dengan nilai-nilai kepimpinan yang positif. Guru sebagai pengajar perlu berusaha untuk memahamkan murid berkaitan konsep dengan mudah, sistematik, seronok dan bermakna.Dapat difahami bahawa guru yang mengamalkan kepimpinan yang berkesan dapat menarik kepercayaan masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak sekolah. Ahli masyarakat yang dimaksudkan di sini adalah golongan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada kehidupan sosial murid. Guru yang berwibawa memiliki keupayaan untuk melibatkan ibu bapa dalam proses memberikan pendidikan formal kepada anak-anak mereka.2.0 ISU DAN ETIKA GURUSemasa menjalani intership selama sebulan Di Sk Bandar Banting selama sebulan saya telah melalui pelbagai pengalaman yang telah melatih saya menjadi seorang guru yang bertanggung jawab terhadap profesion keguruan. Ternyata tugas menjadi seorang guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas tetapi ia mengajar juga bagaimana menjadi seorang pemimpin. Realitinya tugas menjadi seorang guru sebenarnya sangat luas kerana guru adalah agen yang bertindak dalam menggerakkan organisasi sesebuah sekolah. Kebijaksanaan guru dan pentadbir sekolah menggunakan daya kepimpinannya dalam mentadbir sekolah adalah menjadi pemacu kejayaan murid-murid. Rajah 1 di bawah menunjukkan pembahagian kategori isu dan etika guru yang berlaku yang telah saya alami semasa menjalani sesi intership :

Rajah 1 : Isu Dan Etika Guru

Berdasarkan Rajah 1 , saya akan menjelaskan isu dan etika guru yang wujud ketika saya menjalankan seisi Intership.Untuk menjelaskan isu dan etika guru saya telah membahagikan kepada tiga kategeori iaitu isu kepimpinan, faktor berlakunya isu dan amalan-amalan kepimpinan dan proses kepimpinan yang telah saya amalkan semasa mengendalikan Program Kempinan Pengawas Tahun 3 dan 4.2.1.1 Isu KepimpinanKetika melalui program intership di sekolah saya telah dipertanggung jawabkan menguruskan beberapa projek dan aktiviti untuk sekolah. Saya dan rakan-rakan guru pelatih dikehendaki bekrjasama secara kumpulan untuk menyiapkan projek yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah. Guru besar telah meminta saya dan rakan praktikum melaksanakan satu program kem kepimpinan pengawas selama 2 hari sebagai tugasan projek kami. Selaku sebagai seorang ketua yang telah dilantik untuk memimpin program ini, saya banyak memainkan peranan dalam menggerakkan ahli kumpulan saya. Banyak cabaran yang saya hadapi semasa memikul amanah ini terutamanya ketika bekerja secara berkumpulan. Namun sebagai seorang guru adalah menjadi kewajipan saya untuk terus melaksanakan tanggung jawab tehadap kerja dan juga sentiasa menjaga kebajikan rakan sekerja saya kerana menjadi etika keguruan menunaikan tanggung jawab terhadap profesion dan juga rakan sejawat. Semasa dalam proses mengendalikan program kem kepimpinan pengawas saya telah mengalami beberapa isu kempimpinan. Antaranya ialah gagal memberi arahan kepada ahli kumpulan menyebabkan berlakunya ketidak sefahaman antara rakan sekerja,dan kurang komited rakan sekerja terhadap tugas. Pada asalnya saya telah memberi cadangan matlamat kem kepimpinan pengawas menyasarkan kepada semua pengawas Sk Bandar Banting namun pendapat saya tidak diterima kerana masing-masing tidak dapat memberi komitmen terhadap jumlah murid yang ramai.Untuk memudahkan cara saya bersetuju untuk melaksanakan kem kepimpinan pengawas dilaksanakan untuk Tahun 3 dan 4.

2.1.2 Faktor menyebabkan berlakunya isuApabila diberikan tanggung jawab oleh guru besar untuk mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas saya sebagai seorang guru pelatih saya mengikuti arahan yang diberikan kerana ia adalah etika keguruan mendidik supaya patuh pada setipa arahan ketua.Ia juga melambangkan akauntabiliti saya sebagi seorang guru dalam melaksanakan setiap tugas dengan penuh komited. Rajah 2 dibawah menunjukkan faktor-faktor yang berlaku semasa saya menguruskan program :

RAJAH 2 : Faktor Berlakunya Isu Berdasarkan rajah 2 diatas. Saya mendapati terdapat beberapa punca menyebabkan timbulnya isu ini. Punca utama isu ini berlaku adalah kurangnya komited daripada sebahgaian rakan praktikum semasa menjalankan program kepimpinan pengawas dilaksanakan. Ini menyebabkan program tersebut tidak berjalan dengan lancar akibatnya saya sebagai ketua program dipersalahkan oleh pihak pentadbir. Saya juga mendapati rakan-rakan praktikum saya tidak mengikuti arahan tugas yang telah ditetapkan. Sebelum melakukan program kem kepimpinan pengawas saya telah melakukan dua kali sesi mesyuarat. Sesi mesyuarat yang pertama dijalankan adalah untuk mendapatkan pendapat dan idea untuk mengisi slot program yang bakal dijalankan. Mesyuarat kali kedua yang dijalankan adalah untuk pembahagian bidang tugas dan memaklum tugas guru sebagai fasilatator setiap program yang dianjurkan. Disebabkan banyak kecelaruan semasa menjalankan program ini guru pembimbing kami jug memberi teguran mengkritik program yang telah saya jalankan. Guru pembimbing kami meluahkan rasa tidak puas hati terhadap orang bawahan saya (rakan-rakan praktikum) yang dikatakan membuat kerja sambil lewa dan menmabil sikap tidak acuh terhadap kerja yang diberikan. Namun sebagai seorang ketua saya harus menjaga nama kami sebagai guru pelatih yang membawa imej IPG Kampus Pendidikan Islam. Saya telah memperbetulkan tanggapan dan pandangan pentadbir dan para guru Sk Bandar Bandar Banting dengan mengatakan kami semua kepenatan kerana pada hari sebelumnya kami telah menghadiri program yang diaturkan oleh pihak IPG. Saya terpaksa membetulkan semula tanggapan dan persepsi guru-guru terhadap rakan sekerja saya ini adalah menjadi etika keguruan yang bertanggung jawab terhadap rakan sekerja dengan menjaga kebajikan mereka kerana saya tahu rakan-rakan saya sebenarnya tertekan dengan bebanan kerja yang banyak. Bebanan kerja yang banyak menyebabkan rakan-rakan praktikum saya menghadapi tekanan dari segi emosi mereka. Pihak sekolah banyak memberikan kami projek untuk memurnikan sekolah. Antaranya kami diminta untuk membuat mural, taman herba, menghias sudut-sudut sekolah dan diminta menceriakan perpustakaan. Di tambah pula kami semesta 8 perlu menjalankan kajian tindakan. Semua projek ini perlu kami siapkan sebelum kami selesai menjalani sesi intership di sekolah. Kami banyak meluangkan masa di sekolah masa menyiapkan projek-projek untuk Disebabkan tekanan beban kerja ini rakan-rakan saya kurang memberikan komitmen terhadap projek kem kepimpinan pengawas ini. Tambahan pula projek ini telah jalankan pada cuti hujung minggu. Walaupun begitu tanggung jawab kami tehadap kerja yang diamanahkan tetap kami jalankan kerana adalah menjadi etika keguruan untuk terus komited terhadap profesion. Selain itu juga faktor kekangan masa menyebabkan rakan-rakan praktikum saya menjadi tidak dapat memberikan komited terhadap kem kepimpinan pengawas ini. Disebabkan program yang belangsung pada cuti hujung minggu ada antara rakan praktium saya yang langsung tidak hadir melibatkan diri dalam projek ini. Ada yang hadir tetapi tidak sepenuhnya kerana masing-masing sibuk dengan kajian tindakan yang perlu mereka siapkan. Masa projek tugasan kami ini sebenarnya telah diatur oleh guru besar kerana guru besar melihat kepimpinan pengawas murid-murid begitu lemah dan tidak berkeyakinan. Kami sebagai guru pelatih hanya menurut perintah kerana menjadi kewajipan saya taat dan akur pada perintah ketua. Saya banyak berkolaborasi dengan guru besar bagi mendapatkan persetujuan setiap program slot yang kami aturkan. Faktor kurang mendapat kerjasama daripada guru-guru SK Bandar Banting juga menjadi sebab kenapa masalah ini berlaku. Tidak ramai guru yang melibatkan diri semasa saya dan rakan pelatih menjalankan program ini. Hanya tiga orang guru sahaja iaitu guru pembimbing kami. Walhal semasa saya menjalankan sesi mesyuarat dengan guru-guru tersebut bersetuju untuk membantu kami melaksanakan program ini akan tetapi apabila hari program dijalankan mereka tidak hadir. Kertas kerja dan jadual pembahagian tugas pun telah saya edarkan semasa sesi mesyuarat. Disebabkan kekurangan tenaga guru maka ia telah menganggu proses kelancaran program. Selain itu juga faktor kelemahan saya sendiri dalam mengendalikan program. Kekurangan pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan program sedikit sebanyak memberi kesan kepada kelancaran program. .Memandangkan ini adalah kali pertama saya diberikan tanggung jawab untuk memimpin sebuah program yang besar Walapun kurang pengalaman ia bukan alasan kepada untuk saya untuk menolak tugasan yang diberikan.Adalah menjadi akauntabiliti seorang guru yang bersiap sedia dengaan cabaran tugas yang diberikan. Cabaran itulah membukitikan keupayaan guru dalam terus komited profesionnya. Ketidak tegasan saya juga menyebabkan orang bawahan saya tidak bersungguh-sungguh menjalankan tugas. Namun ada juga rakan saya yang betindak sendiri tanpa disuruh mankala ada yang perlu disuruh dan diingatkan barulah mereka menjalankan tugas.

2.1.3 Amalan KepimpinanUntuk menilai amalan kepimpinan yang telah saya laksanakan. Dua kategori aspek perlu dilihat untuk menjelaskan amalan-amalan kepimpinan yang telah saya ringkaskan seperti dalam rajah 3 dibawah :

Rajah 3 : Amalan PendidikanMerujuk rajah 3 diatas saya dua jenis gaya kepimpinan yang diamalkan oleh saya semasa menjalankan kepimpinan pengawas tahun 3 dan 4. Saya menyedari bahawa corak kepimpinan saya adalah bercorak lebih kepada Lassez-Faire. Kepimpinan Lassez Faire adalah kepimpinan yang memberi kebebasan kepada orang bawahan untuk membuat keputusan dan kepimpinan yang tidak kelihatan. Hal ini dapat dilihat dari segi komitmen orang yang bekerja dibawah saya yang menunjukkan seolah-seolah saya tidak mempunyai apa-apa fungsi sebagai seorang ketua dan mereka bebas melakukan apa sahaja menurut kehendak mereka tanpa mempedulikan arahan saya. Saya juga berpendapat cara pimpinan saya juga lebih menjerumus kepada kepimpinan demokrasi. Gaya kepimpinan demokrasi dilihat pemimpin bersifat terbuka , berkongsi kuasa dan staf boleh mengambil bahagian bersama membuat keputusan. Hal ini dapat dilihat semasa saya menjalankan sesi mesyuarat kali pertama bersama guru pelatih. Semasa kami dalam sesi bermesyuarat tersebut, rakan-rakan saya banyak berkongsi idea dan saya sebulat suara menerima pendapat rakan-rakan saya. Kepimpinan yang saya amalkan juga menggunakan teori X dan Y. Menurut Syed Ismail (2013), teori ini membuat dua set andaian terhadap manusia iaitu Teori X dan Teori Y. Teori X mewakili pekerja semula jadinya malas dan mengelak daripada bekerja kecuali dipaksa.Teori Y pula bercirikan motivasi dan pengiktirafan. Teori ini menyokong isu kepimpinan yang dihadapi saya sepanjang melaksanakan program kepimpinan pengawas. Ada sesetengah rakan praktikum saya hanya mengambil berat tentang tugas kerja apabila dipaksa dan dikerahkan berkali-kali. Hal ini dapat dilihat semasa proses menyiapkan kertas kerja. Rakan praktikum saya ini telah saya berikan tugas untuk menyiapkan kertas mengikut tempoh yang saya berikan namun setelah diminta selalu mengelakkan dan memberikan alasan namun setelah dipaksa berkali-kali akhirnya dia menyiapkan kertas kerja tersebut. Situasi kedua juga dapat dilihat komitmennya ketika melibatkan diri semasa program dilaksanakan dia banyak mengelakkan dan menolak tugas yang diberikan dan dia hanya melakukan tugas tersebut ketika disuruh sahaja. Situasi ketiga dapat dilihat bagaimana sikap guru yang terlibat tidak menghadirkan diri semasa program berlangsung walhal bidang tugasnya telah diberikan penjelasan jelas semasa sesi mesyuarat. Di sebabkan sikap yang tidak komited banyak memberikan saya dan rakan lain masalah. Namun begitu, ada juga rakan praktikum saya dan juga dua orang guru pembimbing kami yang bertindak sendirian tanpa disuruh. Hal ini dapat dilihat bagaimana dia menjalankan tugasnya yang begitu komited dan faham akan setiap arahan tugas yang saya berikan. Golongan ini lah yang banyak membantu saya dalam melangsungkan program ini.

2.1.4 Proses kepimpinanRajah 4 dibawah menunjukkan proses kepimpinan yang berlaku dalam perlaksanaan program kepimpinan pengawas :

PENILAIAN AMALAN:ISU/PERISITIWAPENETAPAN WATAK

-Demokrasi & Lassez Faire-Teori X dan Y

Menguruskan kem kepimpinan pengawas tahun 3 dan 4-Pemimpin(saya)-Golongan dipimpin (rakan-rakan praktikum & guru terlibat)

KESIMPULANFAKTOR ISU

Program dapat dilaksanakan walapun kurang lancarPerlu mengubah cara kepimpinan kepada kepimpinan autokratik bagi menjamin keberkesanan kerja-Ahli kumpulan tidak komited menjalankan tugas.-bebanan kerja banyakKurang mendapat kerjasama

Rajah 4 : Proses Kepimpinan Program Pengawas3.0 IMPAK ISU TERHADAP PIHAK-PIHAK YANG TERLIBATMelalui isu dan juga faktor-faktor berlakunya isu yang telah saya nyatakan. Saya mendapati ianya memberikan impak dan kesan kepada empak pihak yang yang terlibat iaitu saya(pemimpin), orang yang dipimpin(ahli kumpulan), guru yang terlibat, pihak sekolah dan juga murid. Sebelum saya menghuraikan impak isu saya ingin memaparkan pihak yang terlibat dalam isu ini. Rajah 5 dibawah menujukkan ringkasan pihak-pihak yang terlibat dalam isu ini :

Rajah 5 : Pihak Yang Terlibat Dalam Isu

Merujuk rajah 5 diatas, terdapat lima orang pihak yang terlibat dalam isu ini iaitu pemimpin(saya), orang yang dipimpin(ahli kumpulan), guru yang terlibat, pihak sekolah dan murid. Setiap isu yang berlaku telah memberikan impak kepada pihak yang teribat bergantung kepada faktor berlakunya isu. Secara tidak langsung ia memberi kesan kepada pihak yang terlibat . Rajah 6 dibawah adalah faktor dan impak berlakunya isu

kurangnya komited rakan setugas

Lambat siapPerlu pemantauan

StressEmosi kurang stabilBebanan kerja yang banyak

Faktor& Impakkekangan masa

Pemimpin letihKerja kucar-kacirKurang berkualiti

Kerja lambatProses kerja kurang lancarMatlamat kurang tercapaikurang mendapat kerjasama daripada guru-guru

PETA POKOK

Proses kerja kurang lancarKawalan murid lemah

Kekurangan pengetahuan dan pengalaman

Rajah 6 : Faktor Dan Impak Berlakunya IsuMerujuk rajah 6 adalah faktor dan impak berlakunya isu terhadap pihak perlibat. Impak utama yang dapat dilihat ialah kepada diri saya sebagai seorang pemimpin. Sebagai seorang pemimpin saya berasa saya telah menunaikan tanggung jawab terhadap tugasan yang telah diamanahkan oleh guru besar.Profesion keguruan telah mendidik saya tentang tanggung jawab terhadap tugas. Sekiranya kalau saya sebagai pemimpin tidak memainkan peranan sudah pasti program ini tidak dapat dilaksanakan pada awal-awal lagi namun disebabkan atas dasar tanggung jawab terhadap tugas Saya bekerja keras untuk memastikan program ini. Saya adalah tulang belakang untuk program ini. Saya orang yang paling banyak berurusan dengan pihak sekolah untuk mendapatkan persetujuan dan mendapatkan segala keperluan alatan malah setiap bidang tugas yang saya berikan kepada ahli kumpulan saya sentiasa saya pantau dan memberi pertolongan kepada mereka. Timbul rasa sedikit kecewa dengan sebahagian rakan praktikum lain yang kurang komitmen terhadap tugas yang diberikan. Sebagai ketua saya hanya boleh bertindak memberi arahan yang selebihnya adalah terletak kepada motivasi diri masing-masing dalam melaksanakan tugas.Kesannya menyebabkan program menjadi tidak teratur dan kucar kacir sehingga menyebabkan pihak sekolah bercakap-cakap belakang tentang program yang kami jalankan. Selain itu faktor bebanan kerja yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah kepada kami menyebabkan kami berasa agak sedikit terbeban kerana banyak kerja yang perlu dilakukan pada satu masa.Tempoh yang diberikan sebulan untuk menyiapkan projek-projek yang diberikan.Walhal sebenarnya sepatutnya kami hanya perlu melakukan minima tiga projek sahaja untuk sekolah. Tambahan pula pada masa yang sama kami semua perlu melakukan kajian tindakan yang agak rumit dan banyak proses dilakukan untuk menyiapkan kajian tindakan tersebut. Impaknya menyebabkan rakan pratikum saya stress yang menyebabkan berlakunya emosi kurang stabil. Ditambah pula kami bekerja sepanjang minggu tanpa rehat kerana program tersebut dilaksanakan pada cuti hujung minggu.Sebagai manusia biasa kami juga memerlukan waktu untuk kami berehat dan menenangkan kembali diri yang terbeban dengan bebanan tugas.Walapun begitu masih ada sikap tanggung jawab terhadap sekolah dan murid kami melaksanakan program tersebut. Kekangan masa juga menyebabkan saya dan rakan-rakan lain tidak memberikan tumpuan sepenuhnya pada projek yang kami laksanakan ini. Masing-masing juga keletihan dengan projek-projek lain yang masih belum siap walhal masa semakin suntuk. Namun, semua projek yang diberikan itu erjaya disiapkan pada masanya . Ini semua adalah kerana mengamalkan integriti dengan mengambil kira pengurusan masa yang baik dapat membentuk sikap professional dalam tugas. Impak dari segi kurang mendapatkan kerjasama daripada guru-guru terlibat juga menyebabkan perlaksanan program kurang berjalan lancar. Guru adalah tenaga penggerak bagi perlaksanaan program ini. Guru-guru yang terlibat saya telah bahagi-bahagikan tugas mengikut bidang tugas masing-masing. Guru-guru yang terlibat dalam program ini sebenarnya adalah atas arahan daripada guru besar yang telah meminta mereka membantu saya melaksanakan program ini. Namun ianya tidak seperti yang dijangkakan.Disebabkan kurangnya tenaga mengakibatkan segala proses kerja menjadi lambat dan matlamat juga kurang tercapai. Apa yang saya kesal disini ialah dimananya sikap tanggung jawb guru-guru tersebut terhadap murid. Murid yang menjadi mangsa kerana disebabkan kurangnya kerjasama daripada pihak mereka beberapa aktivti murid terpaksa saya batalkan kerana kekurangan tenaga ahli untuk melaksanakan aktivti-aktiviti tersebut. Kemanakah hilangnya akauntabiliti guru terhadap murid .Bertitik tolak daipada peristiwa ini memberi peringatan kepada saya supaya sentiasa mengamalkan tanggungjawab terhadap murid. Adalah kewajipan guru untuk sentiasa mementingkan kebajikan murid. Selain itu juga impak kurang pengetahuan dan pengalaman dalam menguruskan program turut menjejaskan perjalanan program tersebut. Dari segi kawalan pengurusan murid juga agak sedikit kabut. Sebenarnya saya tidak berpengalaman dalam memimpin program kepimpinan dan ini ialah kali pertama saya memimpin program seperti ini. Pada mulanya saya berasa berat untuk memikul tugas ini akan tetapi disebabkan rasa tanggung jawab saya mencabar diri saya untuk melaksanakan program ini. Selama lima tahun menjadi pelajar IPG banyak membentuk sahsiah saya untuk berani menghadapi cabaran dalam melaksanakan tugas.Ini jugalah yang diajar dalam etika integiriti profesion keguruan bahawa guru harus berani menghadapi apa jua cabaran yang datang.Melalui pengalaman yang telah saya lalui ini membawa impak yang besar terhadap diri saya. Saya sedar bahawa profesion perguruan adalah satu profesion yang menuntut saya untuk sentiasa berintegriti dalam melaksanakan tugas dalam usaha meningkatkan prestasi murid dari segi akademik atau kokurikulum secara konsisten.Seorang guru yang menjadikan integriti perguruan sebagai pegangan dalam kerjayanya tidak akan sesekali bersikap sedemikian, sebaliknya akan sentiasa memastikan peningkatan prestasi murid dari segi akademik ataupun kokurikulum. Saya turut sedar bahawa pegangan teguh terhadap integiriti perguruan akan membantu saya dalam usaha mencari penyelesaian dalam setiap masalah yang saya hadapi.

4.0 KESIMPULANBerdasarkan pengalaman yang telah saya lalui saya dapat melihat bagaimana gaya kepimpinan seseorang itu menjadi faktor kejayaan sesebuah organisasi. Pemimpin perlu memainkan peranan dalam menentukan keberkesanan matlamat organisasi.Sikap diri pemimpin itu juga adalah punca bagaimana sesebuah organisasi itu dapat digerakkan. Pimpinan juga bukan sekadar membahagikan tugas tetapi ia juga pengaruh kuasa untuk menggerakkan orang bawahannya dalam melahirkan hasilkan produk yang berkualiti. Kualiti pimpinan dinilai bagaimana ia dapat mempengaruh orang bawahannya untuk terus giat menjalankan bidang tugas yang diamanahkan. Sebagai contoh dapat dilihat gaya pimpinan yang saya amalkan iaitu gaya kepimpinan lasses-faire dan demokrasi yang dilihat terlalu menjaga kebajikan ahli kumpulan sehingga ahli kumpulan bebas melakukan apa dan sehingga nilai kepimpinan saya tidak terlihat. Apa yang saya pelajari dari gaya kepimpinan saya ialah pentingnya ketegasan dalam memimpin. Ia bukan untuk membuat orang takut dan tunduk kepada kita tetapi membuatkan orang yang bekerja di bawah kita lebih menghormati dan barulah orang akan nampak kita ini sebagai seorang pemimpin. Adalah salah sama sekali jika orang bawahan kita melakukan kesilapan dan kita sebagai pemimpin mendiamkan diri. Sepatutnya sebagai ketua kita harus mengur orang yang melakukan kesalahan itu agar mereka lebih bermotivasi dan terarah dalam melakukan tugasnya. Jika diperhatikan kejayaan sesebuah oraganisasi adalah bergantung kepada bagaimana cemerlangnya seseorang pemimpin dalam menguruskan orang bawahannya. Kebijaksanaan pemimpin memainkan peranan utama. Elemen yang perlu ada dalam diri sebagai seorang guru dalam kepimpinan ialah kebijaksanaan, ketegasan, pengaruh dan tanggung jawab. Jika digabungkan semua ini dalam satu acuan kepimpinan saya yakin akan dapat melahirkan gaya kepimpinan yang terbilang.