edu 3093 m4 guru dan perundangan

32
KULIAH MINGGU 4: GURU DAN PERUNDANGAN PENSYARAH : DR. HJ. MOHD ALI BIN JAAMAT AHLI KUMPULAN : CHONG JIN KIT HEW LING SING JOCELYN LEE CHIA SIN LEE ZHIA CHERN TAN ZHI WEI UNIT : PISMP SEM 8 BC/PJ/KH 1 AMB JAN

Upload: jinkit-chong

Post on 04-Dec-2015

262 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

edu 3093 isl

TRANSCRIPT

Page 1: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

KULIAH MINGGU 4:

GURU DAN PERUNDANGAN

PENSYARAH : DR. HJ. MOHD ALI BIN JAAMAT

AHLI KUMPULAN :CHONG JIN KITHEW LING SINGJOCELYN LEE CHIA SINLEE ZHIA CHERNTAN ZHI WEI

UNIT : PISMP SEM 8 BC/PJ/KH 1 AMB JAN 2012

Page 2: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

SINOPSIS

Golongan guru hendaklah memastikan martabat dan profesionalisme keguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati.

Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Page 3: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus

memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan

Tatatertib 1993 yang telahpun dibuat pindaannya

pada 2002 bagi menjaga nama baik profesión serta

perkhidmatan awam.Di samping itu Akta Pendidikan

1996 juga harus difahami dengan teliti oleh golongan

guru demi menjayakan matlamat pendidikan negara.

Page 4: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002)

Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi

semua etika penjawat awam sepertimana yang

termaktub di dalam Tatakelakuan (code of conducts)

bagi semua penjawat awam seperti yang

diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D, Perintah

Am (Warta kerajaan P.U.(A)395 pindaan 2002).

Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej

kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya.

Page 5: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, (Pindaan) 2002 (P.U.A.246). yang telah mula diKuatkuasakan pada 20.6.2002, antara peraturan yang dimasukkan dalam peraturan ini adalah seperti yang berikut:

Page 6: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

PERATURAN 3A

Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan tatatertib

Page 7: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

PERATURAN 3B

Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176) Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan.

Page 8: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

PERATURAN 3C

Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai

untuk menjalankan kawalan dan pengawasan

tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan

mengambil tindakan yang sesuai dengan segera

terhadap mana pegawai yang melanggar mana-

mana peruntukan peraturan-peraturan ini.

Page 9: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

Peraturan 4 (1)

Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa

memberikan taat setianya kepada Yang di- Pertuan

Agong, Negara dan Kerajaan.

Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara

dan mempertahankan kedaulatan dan maruah

negara, hormat dan patuh kepada undang- undang

serta berusaha untuk berbakti kepada negara.

Page 10: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

Antara contoh pelanggaran peraturan 4(1) adalah

seperti berikut:

Bersubahat dengan musuh negara

Membocorkan rahsia Kerajaan.

Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan

dasar serta tindakan Kerajaan.

Menjadi Anggota Jemaah Islamiah

Menyertai Kesatuan Militan Malaysia

Page 11: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

Peraturan 4(2) Seseorang pegawai tidak boleh:

membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya

berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya

berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa

seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan /mencemar nama baik perkhidmatan awam

Page 12: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau

kurang berusaha

seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak

amanah

seseorang pegawai tidak boleh tidak

bertanggungjawab

membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk

pengaruh atau tekanan luar

membantah atau melawan pegawai atasan

cuai dalam melaksanakan tugasnya

Page 13: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

PERATURAN 7: Menyalahgunakan Dadah, Perkhidmatan Pegawai Boleh ditamatkan Atas Kepentingan Awam [Peraturan 49]

Sekiranya pegawai mencapai umur persaraan

pilihan. Contoh pelanggaran peraturan 7

adalah menghisap ganja, morfin, heroin atau

menagih dadah.

Page 14: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

PERATURAN 9 : Menerima/ Memberi Keraian

Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima /

memberi keraian sekiranya keraian itu dapat dengan

apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmi kerana ini

bercanggah Peraturan 4. Contoh pelanggaran

peraturan 9 pula adalah seperti kontraktor meraikan

ketua jabatan yang menjadi ahli lembaga tender

seperti [keraian = belanja makan, hotel, tambang

bercuti dan lain-lain].

Page 15: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

PERATURAN 11 : Menyenggara Taraf Hidup Melebihi Emolumen/ Pendapatan Yang Sah.

Seseorang pegawai tidak boleh; menyenggara taraf hidup melebihi

emolumen/ pendapatan yang sah. menguasai/memiliki sumber kewangan atau

harta yang tak seimbang atau tak munasabah dengan emolumen/ pendapatan yang sah.

Page 16: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

PERATURAN 12 : Meminjam Wang/ Menjadi Penjamin Tidak Boleh Meminjam Wang / Menjadi Penjamin Kepada Mana-Mana Orang.

PERATURAN 13 : Keterhutangan Kewangan yang Serius

Seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai

berada dalam keterhutangan kewangan yang serius

jika (a) agregat hutang dan nilai tanggungan tidak

bercagarnya pada bila-bila masa tertentu melebihi 10

kali emolumen bulanannya.

Page 17: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

PERATURAN 16 : Tidak Boleh Terlibat Dalam Pasaran Hadapan

PERATURAN 18 : Penerbitan Buku dan Karya

Seseorang pegawai juga tidak boleh menerbitkan

atau menulis buku, makalah atau karya lain

berdasarkan maklumat rasmi terperingkat. Antara

CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 18 adalah

seperti menulis/menerbit buku dengan

menggunakan maklumat rasmi terperingkat (rahsia

besar, rahsia dan sulit).

Page 18: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

PERATURAN 20 : Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal

Seorang penjawat awam adalah tidak boleh menjadi

penyunting akhbar/

majalah/jurnal kecuali, penerbitan

Jabatan

Profesional

Pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik

Diluluskan secara bertulis oleh ketua jabatan

Page 19: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

PERATURAN 6 : Pakaian

Antara contoh pelanggaran Peraturan 6 adalah

seperti;

Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar

Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain

Page 20: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

Akta Pendidikan 1996

merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.

bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.

Page 21: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama

Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar

pendidikan kebangsaan.

Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan

yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.

Page 22: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk;

memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi.

Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.

Page 23: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

mencakupi perundangan pada tahap prasekolah

hingga tahap pendidikan tinggi termasuk kerajaan

dan sawasta.

memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan

sebagai bahasa pengantar utama.

penyelarasan semua jenis kurikulum kategori

sekolah melalui kurikulum kebangsaan.

Page 24: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama.

Pendidikan Islam diperluaskan untuk pelajar Islam.

memperluaskan bidang kuasa Menteri Pendidikan.

mempertingkatkan pendidikan teknikal.

Page 25: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

memperkukuhan latihan perguruan.

pendidikan swasta yang lebih sistematik.

memperkukuhkan kedudukan bahasa suku

kaum.

Page 26: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

Antara kandungan Akta Pendidikan 1996 Seksyen 16: telah memberikan kategori kepada

sekolah di Malaysia, tiga kategori iaitu kerajaan,

bantuan kerajaan dan swasta. ini boleh menampung

dengan jelas keperluan kelas tingkatan 6, kelas

matrikulasi dan sebagainya.

Seksyen 17(2), memperuntukkan Bahasa

Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua

sekolah.

Page 27: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu

mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang

dikecualikan.

Seksyen 19 memperuntukkan semua sekolah

menyediakan pelajar untuk Peperiksaan Awam,

melainkan yang dikecualikan.

Seksyen 21 memberi kuasa kepada Menteri untuk

menubuh dan menyenggara tadika.

Page 28: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

Seksyen 37 dan seksyen 38 membolehkan politeknik

mengadakan kursus pengajian atau program latihan

bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan

dengan mana-mana universiti atau institusi

pendidikan lain.

seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan

(maktab pendidikan) mengadakan kursus peringkat

ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program

kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan

tinggi lain.

Page 29: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

Seksyen 40, yang membolehkan Menteri

mengadakan kelas pendidikan khas di sekolah khas

atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah.

Seksyen 50 memperuntukkan supaya Pendidikan

Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk

sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih pelajar

Islam.

Page 30: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

Seksyen 69 semua pihak yang menganjurkan

peperiksaan awam perlu mendapatkan kebenaran

dari Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu.

Seksyen 77 menjelaskan bahawa isntitusi pendidikan

swasta yang menjalankan program "twinning" dan

"lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis

dari Menteri terlebih dahulu.

Page 31: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

Rumusan Akta Pendidikan merupakan asas kepada Sistem

Pendidikan Kebangsaan yang di dalamnya terkandung

segala pekara yang berkaitan dengan pendidikan Negara

yang bertunjangkan falsafah pendidkan (EDU3093 GURU

DAN CABARAN SEMASA) kebangsaan. Kefahaman

seseorang guru tentang kepentingan akta ini adalah amat

mustahak ketika menjalankan tugas sebagai seorang

pendidik supaya selari dengan hasrat, visi dan misi

kementerian pendidikan dan kerajaan amnya.

Page 32: Edu 3093 m4 Guru Dan Perundangan

SEKIAN,TERIMA KASIH.