kerjaya guru sebagai ibadah

13
HURAIKAN BAGAIMANA KERJAYA GURU DIKATAKAN SEBAGAI SATU IBADAH DARI SEGI PERSPEKTIF AGAMA. DISEDIAKAN OLEH: MALARVILEE A/P ELAMKHOVAN NARMATHA A/P MANI MARAN DIPNNA A/P ARUMUGAM NILAWU KARASI A/P SUBRAMANIAM

Upload: dimitra

Post on 08-Sep-2015

368 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

HURAIKAN BAGAIMANA KERJAYA GURU DIKATAKAN SEBAGAI SATU IBADAH DARI SEGI PERSPEKTIF AGAMA.

HURAIKAN BAGAIMANA KERJAYA GURU DIKATAKAN SEBAGAI SATU IBADAH DARI SEGI PERSPEKTIF AGAMA.

DISEDIAKAN OLEH:

MALARVILEE A/P ELAMKHOVAN

NARMATHA A/P MANI MARAN

DIPNNA A/P ARUMUGAM

NILAWU KARASI A/P SUBRAMANIAM

KERJAYA GURU DIKATAKAN SEBAGAI SATU IBADAH DARI SEGI AGAMA ISLAM

Guru yang mengajar di sekolah pondok & madrasah arif dalam pengajian kitab-kitab suci dan digelar tok guru.

Tok guru dianggap sebagai role model dan teladan untuk dicontohi oleh semua.

Seringdirujukbagimenyelesaikanperkara- perkara yang berkaitan dengan agama.

Interaksi antara tok guru dengan murid, dan murid dengan murid, sesi soal jawab atau perbincangan jarang diadakan.

Teknikhafalandigunakanuntukmembantumuridmengingatiayat-ayatyang tekandung dalam setiap kitab.

Menurut konsep perguruan dalam islam ,pendidik atau guru merupakan murabbi,mualim,muadib,alim atau ulamak. Hal ini menunjukkan guru merupakan profesion yang mulia dalam perspektif agama islam. Guru juga dikelaskan sebagai:

a) Al-mu'allimmenyampaikan ilmu yang benar

b) Al-murabbi menjayakan proses tarbiah

c) Al-mu'addi mengajarkan adab dan budi pekerti

d) Al-mursyid membentuk kepimpinan insan

e) Al-mudarris menitipkan pelajaran dan kemahiran

f) Qdwatun hasanah beri contoh yang baik

Di samping itu, guru pergi ke sekolah dianggap sebagai pergi ke medan jihad kerana mereka mereka bertindak untuk menentang, membasmi dan mencegah kejahilan,kelemahan,kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan.

Mengajar dengan perasaan ikhlas dan tanpa sebarang muslihat dan tipu helah dianggap sebagai suatu ibadah.

Oleh itu, keikhlasan guru dalam mencurahkan ilmu akan menjadi keberkatan kepada pelajar.

wahyu yang diturunkan dalam Surah Iqra, menyeru manusia untuk menuntut ilmu dan mencari keredaan Allah.

Ilmu membentuk keperibadian yang tinggi (bersih dan suci) serta minda yang terbuka.

Semua itu diadun dari curahan ilmu dari guru dan pendidik yang mengajar.

Ilmu ibarat mutiara yang bernilai tinggi apalagi ilmu yang bersangkutan dengan ilmu ketuhanan.

Tugas dan tanggungjawab guru bukan hanya mendidik malah membimbing pelajar ke jalan kebenaran, ke jalan takwa dan menunjuk jalan akhirat.

Guru hendaklah menyedari bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan suatu amanah Allah Taala yang tidak boleh disia-siakan.

Guru juga mengamalkan konsep kerjayanya sebagai suatu ibadah dalam melaksanakan prinsip-prinsip Maqasid Assyariah (menjaga, memelihara dan memperkasakan agama, akal, nyawa,keturunan dan harta).

Guru menggembeling tenaga dalam menyemai benih-benih keimanan, ketaqwaan dan keinsafan kepada generasi sekarang dan akan datang.

Sebelum agama Buddha diajar di rumah rahib, pendidikan Brahmanic dijalankan di rumah seorang guru.

Kriteria adalah berasaskan kepada sistem kasta dan dikhaskan untuk dijivas ( Brahmanas & Kshatriyas ) sahaja.

Kaedahpenyampaianyangdigunakansecaralisansahaja,iaitudaripada seorang kepada orang lain dan tidak berpandukan buku.

Murid-muriddikehendaki menghafal segalayangterkandung dalam

Dhamma (kebenaran) dan Vinaya (disiplin/peraturan).

Teknik penyampaian digunakan oleh guru Buddha termasuk penggunaan jadual,ilustrasi & eksperimen.

Guru-guru dianggap sebagai role model.

KERJAYA GURU DIKATAKAN SEBAGAI SATU IBADAH DARI SEGI AGAMA BUDDHA

Rahib dan rahib perempuan buddha juga amat dihormati oleh penganutnya.

Mereka dianggap sebagai role model kerana mereka mempunyai ilmu yang lengkap dan mendalam mengenai doktrin dan disiplin Buddha.

Mereka sebagai sumber di mana penganut memperoleh pahala melalui pemberian hadiah (berbentuk wang tunai atau barangan) dan sokongan moral.

Sebagai balasan, rahib dan rahib perempuan dikehendaki menumpukan perhatian sepenuh kepada pengajian doktrin Buddha, bertafakur dan berhemah tinggi.

Guru dianggap wakil Tuhan di dunia ini.

Guru diberi penghormatan yang amat tinggi dan berada di kedudukan keduas elepas ibu bapa.

Beliau benar-benar pakar dari segi kitab-kitab suci dan berupaya menunjukkanjalan yang benar dan betul berdasarkan pengalaman, amalan & celik akal yang tinggi.

Dianggap sebagai role model di mana gaya hidupnya harus dicontohi.

Menggunakancarahafalan&banyakmenghabiskanmasauntukmemahami setiap ayat dalam kitab.

Terdapat 2 jenis guru, iaitu

-Acharyas

-upadhayas

KERJAYA GURU DIKATAKAN SEBAGAI SATU IBADAH DARI SEGI AGAMA HINDU

Menurut agama Hindu, guru merupakan wakil yang dihantar oleh Tuhan ke dunia ini.

Justeru,guru merupakan pekerjaan yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat Hindu.

Hal ini dapat dilihat melalui hieraki sosial masyarakat hindu, guru diberi penghormatan yang amat tinggi.

Murid-murid amat menghormati guru mereka dan tetap mengikuti segala ajaran yang disampaikan agar memperoleh ilmu dan pengetahuan sama ada yang melibatkan akademik,sosial dan keagamaan yang sempurna.

Tanggungjawab ibu bapa hanyalah kepada kebajikan fizikal anak-anak, sementara guru bertanggungjawab terhadap kebajikan kerohanian anak mereka.

Mereka menggunakan cara hafalan.

Menghabiskan masa untuk memahami setiap ayat yang terkandung dalam kitab berkenaan.

Apabila guru sudah berpuas hati, barulah mereka dikatakan sudah menamatkan pengajian mereka, lalu dibenarkan meninggalkan guru mereka.

Yesus Kristus adalah Maha guru yangmenyampaikan segala ajaran Kristian dua ribu tahun yang lalu, kemudian rasul-rasul (apostles), & waliwali (saints).

Peranan serta ciri-ciri personaliti guru-guru:

-membimbing & membantu murid-murid untuk melengkapi diri

dengan ilmuseperti dalam kitab-kitab suci.

-melindungi murid-murid daripada pengaruh negatif/ajaran sesat.

-menunjukkan arah yang tepat berpandukan kitab-kitab suci.

-memberi dorongan yang wajar untuk tingkatkan pencapaian

KERJAYA GURU DIKATAKAN SEBAGAI SATU IBADAH DARI SEGI AGAMA KRISTIAN

Yesus sentiasa berusaha untuk mengajar tentang pelbagai perkara merangkumi duniawi dan surgawi dan memberi nasihat kepada anak anak muridnya supaya mereka dapat melakukan perkara yang baik berlandaskan firman Tuhan yang terdapat di dalam Alkitab atau Bible.

Guru sebagai seorang pemimpin dan menjadi role model kepada anak-anak murid hendaklah sentiasa berusaha untuk mendidik dan memberi ilmu pengetahuan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Hal ini membuatkan seseorang guru akan sentiasa berasa puas hati kerana dapat melahirkan anak-anak murid yang berjaya dan menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan agama.

Tuhan lebih mengetahui tujuan dan usaha kita sebagai seorang guru, keikhlasan kita akan sentiasa dilihatNya dan dia lebih mengetahui waktunya dan akan membalas kebaikan kita tersebut.

TAMAT