erja kursus edu 3109 guru dan cabaran semasa

Upload: harzilia

Post on 08-Mar-2016

70 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

erja kursus EDU 3109 Guru dan cabaran semasa

PengenalanMurid pecah gegendang telinga ditampar guru,begitulah tajuk berita akhbar Berita Harian bertarikh 26 Mei 2010 iaitu sepuluh hari selepas menyambut Hari Guru pada tahun tersebut. Apabila berita ini menjadi tatapan masyarakat, pelbagai andaian, tomahan dan tuduhan dilemparkan kepada guru tersebut khasnya dan komuniti guru amnya. Persoalan yang biasanya akan dibincangkan di kedai-kedai kopi atau tempat-tempat rehat adalah kenapa guru tersebut melakukan sedemikian rupa? dan guru tersebut gila atau sewel?. Jarang sekali kita mendengar pandangan yang membela atau mempertahankan guru tersebut. Guru tersebut umpamadigantung tidak bertalioleh lapisan masyarakat yang cetek pemikiran dan nipis ilmunya tanpa usul periksa dan tanpa mendengar luahan daripada guru tersebut. Adakah guru tersebut benar-benar gagal mengawal emosinya dan bertindak sedemikian tanpa ada sebarang nilai rasional dalam dirinya? Ataupun guru tersebut bertindak sedemikian kerana provokasi yang dilakukan oleh murid tersebut dan rakan-rakannya? Persoalan ini telahpun dijawab oleh masyarakat yang saya percaya rata-rata akan menyalahkan guru tersebut kerana tindakannya dan melupakan semua jasa guru tersebut mendidik anak-anak muridnya sebelum ini.

Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama pembangunan dan kestabilan di negara kita. Pendidikan merupakan pemangkin dan komponen penting untuk memacu pembangunan negara kita bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh itu, mutu pendidikan yang bermutu tinggi dan mampu menghasilkan golongan cendiakawan yang berkualiti hendaklah diberikan penekanan kerana mutu pendidikan secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara yang dinamik, mampan dan menyeluruh. Mutu pendidikan yang cemerlang banyak bergantung kepada produktiviti para pendidik mencorak arus mutu pendidikan semasa selari dengan cabaran dunia global yang memerlukan pendidikan melonjak ke satu tahap yang baru dan tidak hanya selesa berada di takuk yang lama. Dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan, para pendidik terutamanya para guru adalah orang yang bekerja untuk merealisasikan impian wawasan 2020 negara iaitu untuk menjadi negara yang maju dan setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Para guru perlu bekerja dengan lebih produktif, lebih cekap, lebih kreatif dan mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap tugas mereka. Untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik daripada guru, guru hendaklah boleh melakukan tugas-tugas mereka tanpa tekanan dan tanpa dibebankan tugas-tugas yang lain. Lambakan tugas-tugas lain seperti kerja perkeranian terhadap guru akan menganggu prestasi kerja mereka dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi. Antara lain, tugas guru juga termasuk membantu pelajar mendapat pencapaian akademik yang baik dan membantu mereka mempunyai nilai-nilai mumi. (Koch, et al. 1982 ). Guru juga diminta menanamkan kebolehan berdikari kepada pelajar dalam usaha mereka memperolehi pengetahuan (Lee, 1999).

Peningkatan ketidakhadiran kerja, pusing ganti yang tinggi dan persaraan awal merupakan antara sebab mengapa banyak kajian dijalankan di kalangan guru berkaitan dengan tekanan emosi, stres dan burnout. Stres memberi kesan kepada masalah kesihatan mental dan zikal dan mempengaruhi keberkesanan hubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pendidikan (Weisberg & Sagie, 1999). Stres juga menyumbang kepada penurunan tahap tenaga guru dan penglibatan tugas yang semakin berkurangan. (Lewis, 1999). Stres yang keterlaluan dan tidak dapat dikawal akan menyebabkan burnout di kalangan guru. Kesan Burnout adalah lebih memudaratkan daripada kesan stres seperti kepuasan kerja yang berkurangan, hubungan guru-murid dan guru yang renggang, motivasi guru yang berkurangan dan pengurangan keberkesanan guru dalam memenuhi matlamat pendidikan.Stres memberi kesan kepada interaksi guru dengan murid dimana ia boleh menyumbang kepada ketidakselesaan hubungan dengan murid-murid sehingga menyebabkan guru bertindak secara tidak wajar terutama apabila pelajar-pelajar menghasilkan kerja yang tidak baik dan tidak bertingkahlaku dengan baik(Nelson et al 2001).Stress Dan BurnoutSistem pendidikan yang pesat berubah dalam usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan keinginan untuk bersaing dengan negara-negara lain amat memberi kesan yang besar kepada para guru. Guru berdepan dengan pelbagai cabaran semasa yang memerlukan mereka untuk bekerja lebih produktif dan melakukan tugas dengan lebih berkualiti. Cabaran yang tidak dapat ditangani oleh guru akan menyebabkan stres dan menganggu kualiti kerja guru. Stres di kalangan guru merupakan satu halangan kepada produktivi kerja yang baik dan memberi kesan kepada zikal dan psikologikal guru ( Payne & Firth,1987). Stres akan menyebabkan pelbagai kesan yang negatif seperti hilang fokus, cepat marah, hilang rasa ingin bekerja dan boleh menyebabkan gangguan emosi. Stres juga dilihat sebagai punca kepada penurunan kualiti kerja dan keinginan meninggalkan pekerjaan (Barling, 1990). Stres juga boleh memberi kesan kepada kepuasan kerja dan keberkesanan ke atas produktiviti guru (Grifth & Steptoe, 1999).Perkataan Stres mengundang pelbagai definisi dan pemahaman secara global. Ramai cendiakawan dan pengkaji telah mengutarakan definisi dan pemahanan mereka terhadap stres. Menurut Wangsa ( 2010), istilah stres berasal dari kata stringere yang mempunyai erti ketegangan dan tekanan. Hardjana (1994) pula mendefinisikan stres sebagai suatu keadaan yang tercipta dalam proses transaksi orang yang mengalami stres dan hal yang dianggap yang mendatangkan stres sehingga membuat orang yang bersangkutan melihat ketidaksepadanan yang bersifat nyata ataupun tidak nyata, antara keadaan dan sistem sumber daya biologi, psikologi, dan sosial yang ada padanya.

Definisi Konseptual terhadap stress yang dikemukakan oleh Sarafino (1994). Istilah burnout menurut Freudenberger (dalam Farber, 1991) dedifinisikan sebagai suatu bentuk kepenatan yang disebabkan karena seseorang bekerja terlalu intensif, berdedikasi dan berkomitmen, bekerja terlalu banyak dan terlalu lama serta melihat keperluan dan keinginan mereka sebagai hal kedua. Srinika Jayaratne dan Himle (1991), Perlman dan Hartman (1982) telah mengkaji semula semua literatur tentang burnout antara tahun 1974 hingga 1980 dan mencadangkan satu pungutan suara yang dipersetujui tentang definisi burnout. Mereka mendefinisikan burnout sebagai respon kepada stress emosi yang kronik kepda tiga komponen utama iaitu;a)Ketandusan fizikal dan emosib)Produktiviti kerja yang rendahc)Personalisasi yang berlebihan

"... a state of fatigue or frustration brought about by devotion to a cause, way of life, or relationship that failed to produce the expected reward." (Freudenberger, 1980).

Maslach dan Pines pula telah mengkaji burnout daripada perspektif psikologikal. Kajian mereka berjaya menghasikan satu inventori yang dikenali sebagaiMaslach BurnoutInventory. Inventori ini telah digunakan secara meluas untuk mentaksirkan tiga factor dalam mengukur burnout terhadap individu. Faktor-faktor tersebut adalah daripada segi keletihan emosi (emotional exhaustion), gangguan keperibadian kendiri (depersonalization), dan pencapaian peribadi (personal accomplishment). Di samping itu, Maslach dan pines percaya bahawa ciri-ciri kerja dalam sesebuah organisasi adalah factor penentu utama kebarangkalian seseorang itu akan mengalami burnout. (Gold & Ruth, 1993).

Faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru.

Faktor pertamayang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah persekitaran kerja dan kerenah pelajar. Persekitaran kerja yang kurang kondusif dan ditambah lagi dengan kerenah pelajar yang bermacam ragam, guru terdedah dengan tekanan akibat tugas yang perlu dilaksanakan. Kekurangan kemudahan di sekolah juga akan memberi tekanan kepada guru apabila keperluan untuk mengajar tidak mencukupi dan guru akan merasakan sesuatu yang tidak lengkap untuk memberikan pengajaran yang maksimum kepada para murid. Greenberg dan Baron (2000) menyifatkan tekanan di tempat kerja sebagai stressor. Tekanan di tempat kerja yang tinggi boleh menyumbang kepada perletakan jawatan (Erkutlu & Chafra, 2006). Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Jesus di Portugal pada tahun 2000, antara sebab guru-guru di Portugal mahu meletak jawatan adalah kerana persekitaran kerja yang tidak kondusif dan tidak memberi semangat untuk bekerja. Apabila melihat konteksnya di Malaysia, adalah menjadi kerugian andainya guru-guru berhenti berkhidmat kerana guru merupakan tunjang utama kepada matlamat kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020. Selain daripada itu, guru juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati.Masalah-masalah seperti ini menyebabkan guru mengambil tindakan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar walaupun tindakan ini bertentangan dengan etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai pemikiran yang waras.

Faktor keduayang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah beban tugas di sekolah. Bebanan tugas ini merujuk kepada tugas-tugas yang perlu dibuat oleh guru seperti membuat persediakan mengajar, menyemak latihan pelajar, tanggungjawab terhadap pelajar,urusan pentadbiran seperti mengisi borang dan lain-lain tanggungjawab yang mesti dipikul oleh seseorang guru sepanjang berkerja.

semua jenis dan bentuk kerja merupakan sumber utama yang menyumbang kepada bebanan tugas (Cooper,1988).Kerja yang terlalu banyak dan tidak sesuai dengan seseorang guru akan menimbulkan tekanan kepada guru terbabit. Kerja yang tidak sesuai dengan guru memerlukan masa untuk mempelajarinya dan pada masa yang sama, banyak lagi tugas lain yang menanti untuk disiapkan. Menurut Nelson dan Burke (2000), faktor-faktor peranan seperti kekurangan kuasa, kabur dengan peranan dan tanggungjawab kerja yang sebenar dan peranan di dalam konflik akan memberi tekanan di tempat kerja. Ini akan menyebabkan kerja menjadi semakin banyak dan semakin membebankan. Walaupun seseorang individu mempunyai kecekapan dan kecekalan yang tinggi dalam menjalankan tugasnya, beban kerja yang melampaui batas kemampuannya akan menyebabkan prestasi kerjanya menurun akibat kepenatan fizikal dan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tinggi darah.Bebanan tugas yang melampau dalam sesuatu bidang pekerjaan yang dihadapi oleh pekerja-pekerja sesebuah organisasi mampu memberi kesan yang negatif bukan sahaja terhadap pekerja yang terlibat tetapi juga kepada organisasi itu sendiri (Sanders, 1992).Dalam konteks sekolah, guru terbeban dengan keperluan untuk mengutamakan tugas utama iaitu mengajar. Namun, guru juga terbeban dengan kehendak untuk menyiapkan tugas-tugas lain mengikut masa yang ditetapkan dan bukan itu sahaja, guru juga perlu memastikan komitmen terhadap keluarga dan komitmen terhadap aktiviti sosial di luar tidak terjejas dengan keperluan memenuhi tuntutan tugasan di sekolah. Jaafar Muhammad (2003), menyatakan kebanyakan individu bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu dan masa selebihnya adalah untuk memenuhi tuntutan terhadap keluarga dan masyarakat. Sekiranya seseorang guru tidak dapat menangani tuntutan terhadap keluarga dan masyarakat, masalah itu akan dibawa pula ke sekolah dan akan menganggu pula tugas-tugas wajib di sekolah.

Faktor ketigayang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah punca peribadi seperti kesihatan, masalah kewangan, aktiviti riadah, perhubungan dan taraf hidup. Masalah kesihatan adalah antara masalah utama yang sering menghantui golongan guru. Antara penyakit yang popular ialah darah tinggi, sakit jantung, gout dan banyak lagi penyakit-penyakit lain. Guru yang mengalami masalah kewangan dan dibebani hutang juga akan mengalami tekanan emosi yang boleh menganggu prestasi kerja guru terbabit di sekolah. Menurut Gold Yvonne dan A. Roth Robert (1993), gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Sebagai contoh, niat mahu membawa keluarga pergi bermain boling tetapi kerana kekangan kos, niat tersebut terpaksa dibatalkan. Ini akan menyebabkan guru tersebut akan mengalami tekanan emosi kerana ketidakstabilan emosi selepas tidak mampu untuk membawa keluarga melakukan aktiviti riadah yang dikehendaki. Masalah-masalah yang berpunca daripada peribadi guru ini akan menganggu prestasi kerja guru di sekolah apabila mereka terlalu memikirkan tentang masalah peribadi dan tidak fokus kepada tugasan hakiki di sekolah.

Faktor keempatyang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah masalah disiplin murid di sekolah. Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari ini semakin meruncing walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk menangani masalah ini. Kurang kerjasama daripada ibu bapa merupakan antara faktor kenapa masalah disiplin di sekolah semakin meruncing daripada hari ke hari. Menurut Olivia (dipetik daripada Abdullah Sani, 2005), disiplin bermaksud kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada pihak yang berkuasa serta cara untuk menetapkan hukuman ataupun peraturan. Oleh itu, apabila murid melakukan masalah disiplin, murid tersebut bukan sahaja tidak dapat mengawal dirinya, malah tidak patuh kepada pihak yang berkuasa seperti guru dan pihak sekolah. Apabila guru memasuki kelas yang bermasalah, guru akan cenderung untuk sentiasa menganggap sikap dan perlakuan pelajar-pelajar sebegini teruk dan secara tidak langsung telah menanggap pelajar-pelajar tersebut adalah golongan yang tidak berdisiplin dan sering menimbulkan masalah di sekolah walaupun pada dasarnya ianya adalah sesuatu yang benar.Menurut Nogueira (dipetik dari Jesus & Conboy, 2001), kebiasaannya guru akan berfikir secara negatif apabila berhadapan dengan pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Apabila guru berhadapan dengan perkara yang sama setiap kali sesi pengajaran bermula, maka mereka akan berasa tertekan dengan keadaan tersebut. Ini menyebabkan guru mengambil langkah yang mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan memarahi pelajar dan tidak masuk ke kelas yang bermasalah untuk mengajar. Golongan pelajar yang sentiasa menimbulkan masalah disiplin ini akan mendatangkan tekanan emosi kepada guru untuk berhadapan dengan mereka dan ini adalah punca kenapa guru mengalami tekanan emosi yang berpanjangan di sekolah.

Punca kelimayang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah tekanan daripada pihak atasan. Menurut Ramaiah (1999), kepimpinan adalah satu fenomena yang melibatkan suatu proses bagi manusia menggunakan kemahiran akal fikiran dan potensinya yang melibatkan keupayaan, kebolehan dan kebijaksanaan bagi seseorang untuk memerintah, mengarah, mendorong ataupun untuk mempengaruhi. Ini bermakna, seseorang pemimpin hendaklah menggunakan segala kebolehan yang ada padanya untuk memimpin dengan cekap dan baik. Jika melihat kepada konteks di sekolah, pemimpin di sekolah adalah guru besar ataupun pengetua dan sebagai pemimpin di sekolah, etika kepimpinan yang betul adalah penting bagi mewujudkan kepimpinan melalui teladan.etika kepimpinan ini kepada penjagaan hubungan sesama manusia iaitu sentiasa berbaik sangka dan mengelak dari berkonfrontasi sesama sendiri kerana ianya akan membawa kepada perpecahan dalam sesuatu hubungan (Noddings,1984).kepimpinan seseorang pemimpin tidak akan mempunyai apa-apa nilai sekiranya beliau tidak menjaga hubungannya dengan pekerja-pekerja bawahan. Dalam erti kata lain, pekerja-pekerja beliau tidak akan menghormatinya sebagai seorang pemimpin. Guru besar atau pengetua hendaklah memiliki daya kepimpinan yang tinggi untuk mencorak suasana sekolah yang kondusif dan hubungan antara guru juga dalam keadaan yang baik serta mempunyai rasa kepunyaan yang tinggi terhadap sekolah. Apabila pemimpin di sekolah tidak memimpin dengan baik dan tidak mentadbirurus dengan sistematik, guru-guru adalah orang yang akan menjadi mangsa. Lambakan tugas akan dipikul oleh guru dan ini akan menyebabkan guru mengalami tekanan emosi serta stres. Menurut Carlopio et al. (1997), perlakuan sesetengah pemimpin organisasi juga boleh mendorong kepada tekanan di tempat kerja. Guru akan merasa lebih tertekan sekiranya terpaksa berhadapan dengan pemimpin yang sombong dan mengamalkan birokrasi yang berlebihan di sekolah. Ini akan menyebabkan guru-guru merasa tidak mendapat sokongan daripada pemimpin sekolah apabila mahu melakukan sesuatu perkara. Perkara ini juga akan menyebabkan guru-guru merasa tidak dihargai dan lama-kelamaan, ini akan menimbulkan pemberontakan dan rasa tidak hormat terhadap pemimpin. Komunikasi antara guru dengan pemimpin sekolah akan turut terjejas kerana sudah wujud jurang yang besar dan perasaan yang tidak enak di kalangan mereka.

Tindakan yang perlu diambil oleh bakal guru untuk mengelak tekanan emosi

Pengurusan tekanan emosi di kalangan bakal guru adalah amat penting untuk menyiapkan diri untuk berdepan cabaran sebenar alam pekerjaan sebagai seorang guru. Sebagai salah seorang bakal guru, saya sendiri sedar bahawa tugas guru semakin mencabar dari sehari ke sehari sehinggakan terdapat seorang guru meluahkan hasrat untuk menamatkan perkhidmatan kerana beban tugas sebagai seorang guru yang semakin berat dan ditambah pula dengan pelbagai program transformasi pendidikan yang nyata amat menambah beban tugas guru di sekolah. Namun, mahu atau tidak mahu, langkah perlu diteruskan dan untuk berada di sekolah sebagai seorang guru permulaan, langkah-langkah yang betul perlu diambil untuk mengelakkan mengalami kejutan budaya dan tekanan emosi di sekolah nanti. Apakah tindakan yang akan saya lakukan?

Pertama, mempersiapkan diri dengan pengetahuan berkaitan stres dan cara menanganinya. Antara perkara yang perlu diketahui ialah berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh Christina Maslach pada tahun 1982. Antara perkara yang disentuh dalam kajian tersebut ialah cara mengatasi tekanan dengan mengetahui tanda-tanda awal dan cara menanganinya. Dengan mengetahui tanda-tanda awal, saya akan mampu untuk bertindak dan mencegah tekanan emosi dengan menggunakan teknik relaksasi progresif yang dipelopori oleh Edmund Jacobson (1926) dan diperbaharui oleh Murphy (1996). Teknik ini adalah berasaskan pernafasan dan mampu membantu untuk merehatkan badan dengan efektif. Bagi saya, dengan menguasai teknik ini, saya akan mampu untuk melakukannya di mana-mana sahaja apabila perlu bagi mengingatkan diri saya bahawa sentiasa ada jalan untuk menyelesaikan sesuatu.

Kedua, saya akan cuba untuk sentiasa berfikiran positif. Masalah yang kebiasaannya akan timbul di golongan guru baharu ialah merasa terbeban dengan tugas yang diberikan apabila tiba di sekolah. Dengan sentiasa berfikiran negatif, ianya tidak akan membantu apa-apa sebaliknya hanya akan sentiasa memberikan tekanan emosi apabila terpaksa menyiapkan sesuatu kerja. Berfikiran positif mengikut pandangan Jesus dan Conboy (2001), akan membuatkan saya lebih redha menerima apa sahaja tugas yang diberi dan pada masa yang sama, saya akan belajar sesuatu daripada tugas yang diamanahkan kepada saya.

Ketiga dan terakhir, saya akan mendapatkan sokongan sosial dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan bagi saya, saya lebih selesa melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan di gereja. Kajian Kyriacou (1978) menunjukkan kepentingan sokongan sosial dalam menangani tekanan di kalangan guru-guru. Melibatkan diri dengan aktiviti sosial di gereja akan membuatkan saya melupakan seketika masalah dan bebanan tugas di sekolah. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang berbentuk keagamaan akan mendekatkan saya dengan Tuhan dan akan membantu saya mengawal tekanan emosi apabila berhadapan dengan tugas.

Kesimpulan

Sudah terbukti bahawa tekanan adalah sesuatu yang pasti akan dihadapi oleh setiap individu normal di muka bumi ini. Sebagai seorang guru, tekanan pastinya dirasakan di dalam dunia pendidikan yang sedang dan akan terus mengalami perubahan daripada semasa ke semasa. Tekanan emosi kerana tugas yang membebankan jika tidak diurus dengan baik akan menyumbang kepada stress dan burnout yang mempunyai kesan yang buruk. Faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi ini perlu dikenalpasti bagi memudahkan cara menguruskan tekanan tersebut. Faktor-faktor seperti kepimpinan di sekolah dan masalah peribadi boleh diselesaikan dengan cara dan medium yang betul tanpa perlu tindakan yang lebih drastik dilakukan. Cara pengurusan tekanan emosi yang betul turut perlu diberikan perhatian kerana apabila mempunyai ilmu pengetahuan dalam cara mengatasi tekanan emosi, tekanan emosi yang dirasai dapat diurus dengan cara yang betul. Persediaan awal dan kesedaran kendiri berkaitan dengan pengurusan tekanan emosi akan membuatkan guru lebih bersedia dan tahu cara awal untuk mencegah tekanan emosi dalam jangka masa panjang. Keseluruhannya, tekanan emosi bukanlah sesuatu yang tidak boleh diuruskan, sebaliknya ianya memerlukan cara yang betul untuk menguruskannya. Tekanan emosi yang diurus dengan baik tidak akan menganggu produktiviti kerja dan prestasi semasa sebaliknya hanya akan mengganggu prestasi kerja dalam masa yang singkat sahaja kerana apabila sudah dicegah dan diatasi, prestasi kerja bukan hanya akan meningkat tetapi kepuasan kendiri akan turut meningkat.

Rujukan / Bibliografi

De Jesus, Saul Neves & Conboy, Joseph (2001). A Stress Management Course to Prevent Teacher Distress. International Journal of Educational Management, 15 (3).

Erkutlu, H.V. & Chafra, J. (2006), Relationship Between Leadership Power Bases And Job Stress Of Subordinates : Example From Boutique Hotels. Journal Management Research News, 29 (5), ms 4-5.

Gold, Y, Roth, R (1993), Teachers Managing Stress and Preventing Burnout: TheProfessional Health Solution. Falmer Press, London.

Greenberg, J. & Baron, A. (2000), Behaviour in Organizations. Prentice HallInternational Edition: New Jersey

Jaafar Muhammad, (2003), Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur : Leeds Publications

Noddings, N. (1984), Caring: A Feminine Approach to Ethics and Moral Education,University of California Press, Berkeley.

Kyriacou, C. (1987). Teacher Stress and Burnout : an International EducationalResearch. Educational Research. 29 (2) : 146-152.Maslach C. ( 1982 ). Burnout : The Cost of Caring. Engelwood Cliffs.NJ :Prentice-hall.

Pines, A & Aronson E. ( 1988 ). Career Burnout : Causes and Cures, New York :McMillan Inc

http://mikepjeduworld.blogspot.com/2012/09/kerja-kursus-edu-3109-guru-dan-cabaran.html

1.0 PENGENALAN

Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan jalan mati setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik.

Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk

seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi.

Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya.Profesion keguruan adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini kerana golongan guru adalah golongan yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru tercapai.Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasiyang dihujani pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang terancang tapi sesuatu tidak terduga. Pandangan sebegini pasti akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia terjejas.

Guru profesion adalah seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di samping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seorang guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan. Impak daripada tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan modal insan. Seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan. (Harian Metro 26 Mei 2012).

1.1 PERKEMBANGAN HUJAH

Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya, adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Hal ini memandangkan guru adalah agen perubahan.Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada menyatakan bahawaseperti profesion lain, bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup besar. Antara cabaran-cabaran yang mendepani profesion keguruan pada masa ini ialah cabaran dalam bilik darjah, cabaran di sekolah, cabaran dalam sistem pendidikan, cabaran dalam masyarakat, cabaran berasaskan wawasan 2020 dan cabaran globalisasi.

1.1 Cabaran Dalam Bilik Darjah

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012,guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya ejen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010).

Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin mencabar ini, sebagai pengamal ilmu, guru perlu menguasai subjek yang diajarnya. Guru juga perlu menunjukkan interaksi dua hala dan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah untuk menambah keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebagai ejen keberkesanan pendidikan, tugas guru adalah untuk mendidik murid-murid supaya menjadi generasi berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersemangat patriotisme dan bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan Negara selaras dengan apa yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang. Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Hal ini menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan. Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes); pelaksanaan penanda aras (bench marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on-line) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Guru hendaklah menyediakan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran ini. Menurut Wise (1999),Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching, learning and assessment.

1.1.2 Cabaran Di Sekolah

Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan generasi kedua atau generasi wawasan memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).

Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4 juta pelajar. Betapa besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik bilangan anak dan pelajar yang begitu ramai. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pelajar sering melakukan kejutan kepada masyarakat dengan masalah sosial mereka. Ada segelintir daripada pelajar yang malas belajar, suka tidur dalam kelas, ponteng atau terbabit kegiatan samseng, membuli, merempit, berzina, buang bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala lain.

Antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 11,880 pelajar direkod terbabit dengan kegiatan jenayah. Kira-kira 40,000 pelajar terbabit dengan vandalisme, menonton dan menyimpan bahan lucah dan bertindak kasar manakala 24,000 lagi didapati ponteng dan lewat ke sekolah. Isu disiplin pelajar memang satu perkara yang serius. Namun, ia bukan tugas pendidik semata-mata. Ibu bapa perlu bertindak pantas mengenal pasti masalah atau keadaan tertentu yang dihadapi anak mereka serta lebih prihatin dan mengambil tahu hal anak mereka secara lebih mendalam dan terkawal. Sesungguhnya, guru berada di saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman dan dihormati.

Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat keseluruhannya adalah pada angka yang besar. Kaeadaan ini adalah sangat mencabar dan membimbangkan.

Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa bahawa waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Hal ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal sahaja (Jun 2003).

Yusri Abdul Malek dalam artikelnya Displin Pelajar Bermula di Rumah pula menegaskan pula bahawa pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi. Tegas beliau, kebanyakan ibu bapa yang berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari kampung bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak datang ke sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya. Hal ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita.Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin tiada noktah. (Harian Metro, 25 Mei 2006)

1.1.3 Cabaran Dalam Sistem Pendidikan

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan kepada penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan sekolah menjadi semakin kompleks.Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan yang terkini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru perlu menyediakan diri untuk memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat dan kompleks. Hal ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan di Malaysia yang pesat, khasnya pelaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM memerlukan guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahun dan kemahiran mengajar yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.

Ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan khasnya pengenalan konsep sekolah bestari, tugas dan kerja guru hari ini tidak sama seperti masa yang lalu. Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai maklumat tetapi pada masa kini peranannya telah berubah menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Guru pada masa dulu menumpukan tugasnya mengajar murid dengan ilmu pengetahuan tetapi pada masa kini menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, mendidik murid supaya enjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta berguna untuk pembangunan Negara.

Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan.

1.1.4 Cabaran Dalam Masyarakat

Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan.Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum.Semakin masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat global semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru; semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002). Guru juga adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat.

Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai; penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1994).Guru juga merupakan agen penyatu masyarakat. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat guru daripada pelbagai latarbelakang, anutan agama atau bangsa mestilah terbabit dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh dan berkekalan.

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 Rizuan Khamis juga ada menyatakan guruberperanan sebagai ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat.Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi yang melingkari profesion keguruan, antaranya tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan.

1.1.5 Cabaran Berasaskan Wawasan 2020

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012,guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020.

Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah dinyatakan seperti berikut :

Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan. (Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia Melangkah Ke Hadapan)Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi yang jauh ke hadapan, tanggungjawabnya adalah bersifat futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi yang akan hidup di masa hadapan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa peka dan sensitif akan tuntutan wawasan negara yang disuarakan bagi mengatur program-program perkembangan negara ini menjelang abad ke-21 ((Pengarah Pendidikan, 2000; Ibrahim Mamat, 2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin, 1998; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1993).

Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi proses pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yang dihasilkan melalui proses ini perlu dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi di samping perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru adalah sebagai orang yang bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru itu guru perlu berkterampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik, analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni.

1.1.6 Cabaran Globalisasi

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 memetik kenyataanMantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, bahawa dalam abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik.Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan.

Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan membawa tekanan kepada guru supaya berubah dari stail pengajaran lama kepada baru, mengikut hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Fungsi utama globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber diperlukan pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu.Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). (Noriati et. al, 2009).

Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa (international character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan. Kesemuanya ini juga menjadi cabaran kepada guru. Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Mok Soon Sang, 2010).

Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah global village, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskini serta mepertingkatkan ilmu pengetahuan masing-masing terutama penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan.(Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010).Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pada abad ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Tambah beliau, kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta berikan komitmen dengan melaksana pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

Kenyataan ini disokong oleh Cikgu Azlan Hussain, guru sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur dalam satu artikel yang disiarkan dalam Berita Harian bertajuk, Selamat Pagi Cikgu bertarikh 30 Ogos 2012, apabila ditanya tentang Bagaimana anda simpulkan cabaran profesion guru pada hari ini?Beliau berpendapatterdapat tiga cabaran dihadapi guru pada hari ini. Pertama, faktor masa lebih panjang yang menuntut guru mempelbagaikan corak pengajaran. Kedua, cabaran dari pihak luar secara langsung dan tidak langsung manakala ketiga ialah cabaran dari segi kemajuan teknologi maklumat (IT). Sebagai guru kita perlu pantas dan mempersiapkan diri untuk menerima ilmu baru. Ini kerana kita lihat pelajar sendiri cepat mendapatkan pelbagai maklumat.

1.3 IMPLIKASI HUJAH

Untuk menangani cabaran-cabaran profesion keguruan tersebut, para guru mestilah menyediakan diri mereka dalam pelbagai aspek.Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada memetik kata-kataDavid Ryans dalam bukunya Characteristics Of TeachersTheir Description, Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. Di samping itu, elemen-elemen penting yang mesti ada pada setiap guru dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah ciri dan kualiti professional, pengajaran yang efektif, peningkatan profesionalisme, peningkatan dalam penggunaan ICT, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab.

1.3.1 Mempunyai Ciri Dan Kualiti Profesional

Seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan proses perkembangan pendidikan ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru juga mestilah berupaya membuat keputusan, menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

1.3.2 Mewujudkan Pengajaran yang Efektif

Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain itu melaksanakannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. (Noriati et. Al, 2009)

1.3.3 Mempertingkatkan Profesionalisme

Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. (Syed Ismail & Ahmad Sabki, 2010). Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.

1.3.4 Meningkatkan Kemahiran dalam Penggunaan ICT

Perkara yang paling penting bagi mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.

1.3.5 Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak Mulia

Selain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini, seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara. (Mook Soon Sang,2010)

1.3.6 Bertanggungjawab

Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.

1.4 RUMUSAN/CADANGAN

Secara rumusannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi, seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran profesion yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.

Setiap dari kita juga mestilah memahami bahawa pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. Tapi kenapa kini pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya mula berubah. Jika dulu mereka dipandang tinggi tapi kini seakan-akan terpinggir. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya.

http://murabbiumat.blogspot.com/2012/09/isu-2-cabaran-profesion-keguruan.htmlPonteng merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar diatasi di sekolah. Antara lain, ponteng bagaikan satu indikator yang menanda aras kelemahan sistem pendidikan Malaysia yang diimplementasikan melalui Dasar Pendidikan Negara (DPN). Perang media menerusi akhbar, majalah, blog dan sebagainya telah pun meletus bagi membincangkan pro serta kontra kegiatan tidak bermoral ini. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan sedang bergiat cergas dengan mengobservasi punca dan ikhtiar bagi menekan kemajuan polemik ini.

Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan duniawi serta ukhrawi daripada ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengejar kemewahan hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta dasar keagamaan anak-anak mereka. Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian inilah yang bakal merosakkan anak bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara', ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka supaya terhindar daripada maksiat seterusnya mengatur strategi kehidupan anak-anak mereka supaya dapat menjadi tonggak negara pada masa akan datang.

Pemuda watan kita sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa menyebut 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya'. Hal ini disebabkan, remaja marcapada lebih cenderung memilih rakan yang mengikut trend walhal budaya yang disalurkan adalah negatif. Sudah terlalu menggunung budaya barat yang diisi dalam kotak pemikiran kita sehinggakan kita terlupa kepada budaya asal. Dasar remaja pula, mereka mahukan sesuatu yang lebih menarik dan mengikut peredaran zaman. Jadi apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya, mudahlah baginya untuk turut serta dan mencuba perkara baru. Pemilihan kawan yang baik dapat mencorakkan kehidupan kita ke aras yang lebih sempurna.

Di samping itu, peranan media juga menjadi tulang belakang kepada kegawatan ini. Media kini lebih gemar memaparkan program-program yang bertentangan dengan norma masyarakat lokal. Eksploitasi seks terhadap wanita dalam iklan-iklan sebagai intiha, memesongkan iman para remaja seterusnya menyebabkan mereka berpotensi untuk terjerumus ke lembah kehinaan. Selain itu, penapisan filem serta drama dianggap masih longgar kerana wujud adegan-adegan separa lucah yang dapat meracun minda remaja kita. Oleh yang demikian, remaja seringkali terikut-ikut dengan paparan negatif yang jelas berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Bagi menangani punca-punca ini, pelbagai inisiatif telah diambil oleh variasi pihak. Antara cara demi menangani polemik sosial ini ialah mengadakan sesi kaunseling yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan remaja itu sendiri. Menerusi pendekatan ini, masalah yang menyebabkan seseorang pelajar ponteng dapat dikesan. Pihak kaunselor harus menerangkan impak negatif aktiviti ponteng supaya pelajar tersebut sedar dan berhati-hati menongkah arus kehidupannya. Hal ini dilihat berkesan demi mengurangkan kadar pertambahan bilangan pelajar yang ponteng sekolah, kerana peribahasa ghalib menyebut "sediakan payung sebelum hujan". Makanya, apabila pihak yang berkenaan sudah mengetahui punca-punca gejala ponteng, usaha membanteras juga lebih efektif.

Seterusnya, para pelajar haruslah faham bahawa gejala ponteng bukanlah aktiviti yang menjamin masa depan. Sepatutnya, masa yang terluang diisi dengan ilmu dan pengajaran sebagai bekalan untuk masa hadapan. Pihak kerajaan pula perlulah menitikberatkan peraturan dan undang-undang kerana para pelajar dilihat memandang sebelah mata akan peraturan sekolah seolah-olah tiada mata yang melihat pergerakan mereka. Apabila peraturan dan hukuman dilaksanakan, pelajar-pelajar akan tergerak daripada mimpi dan sedar bahawa kebebasan yang dikecapi adalah terhad.

Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah bertanggungjawab membaik pulih sistem pendidikan negara agar dapat memacu kejayaan negara seterusnya bersaing dengan kuasa besar antarabangsa yang lain. Janganlah kita menjatuhkan air muka negara sendiri tatkala rumpun lain asyik memperlekehkan kemampuan kita. Sesungguhnya pentarbiahan yang sempurna menjamin keterjelmaan negara seiring dengan Gagasan 1Malaysia.