edisi no. 6 / disember 2015 kandungan...edisi no. 6 / disember 2015 kandungan • dari meja...

25
1 Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura. Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah. Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan. Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting. Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang. Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan Dari meja penyunting (mukasurat 2) Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the Authorities, extracted from Moderation in Islam in the Conetxt of Muslim Community in Singapore (p. 3) Memberi Hak Penjagaan Anak (Hadhanah) Kepada Non-Muslim: Adakah Sikap Yang Wasatiy?, oleh ustaz Mustazah Bahari (mukasurat 10) Agar Majlis-Majlis Maulid Kali Ini Lebih Bermakna, oleh Mohammad Hafiz Kusairi (mukasurat 16) Wasatiyah Dari Lensa Sheikh Wahbah Al-Zuhayli, oleh ustaz Mohammad Rizhan bin Leman (mukasurat 20) Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas.

Upload: others

Post on 01-Feb-2020

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

1

Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan

bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura.

Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: • Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah.

Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah.

• Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan.

Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting.

Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang.

Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim

Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2)

• Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

Authorities, extracted from Moderation in Islam in the Conetxt of Muslim Community in Singapore (p. 3)

• Memberi Hak Penjagaan Anak (Hadhanah) Kepada Non-Muslim: Adakah Sikap Yang Wasatiy?, oleh ustaz Mustazah Bahari (mukasurat 10)

• Agar Majlis-Majlis Maulid Kali Ini Lebih Bermakna, oleh Mohammad Hafiz Kusairi (mukasurat 16)

• Wasatiyah Dari Lensa Sheikh Wahbah Al-Zuhayli, oleh ustaz Mohammad Rizhan bin Leman (mukasurat 20)

Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas.

Page 2: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

2

Dari meja penyunting…. Segala puji bagi Allah taala dan dengan izinNya Wasat bertemu lagi dengan pembaca dalam edisi no. 6.

Edisi lalu Wasat mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada para pembaca. Kali ini, Wasat ingin memanjatkan sekali lagi doa kesejahteraan bagi semua pembaca bersempena tahun baru Masehi yang akan datang sebulan lagi. Moga tahun baru yang akan menjelang akan membawa lebih kebaikan bagi semua. Walau pun tahun baru Masehi adalah budaya asing, tapi tidaklah mengapa rasanya untuk dijadikan kesempatan untuk menyampaikan doa yang baik untuk para pembaca sekalian, walau diakui doa sedemikian boleh disampaikan pada bila-bila masa dan tanpa perlu menunggu apa jua sempena termasuk kehadiran tahun Hijrah. Wasat kali ini menghidangkan sekali lagi empat juadah artikel. Artikel pertama dalam bahasa Inggeris bertajuk Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the Authorities dipetik dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura terbitan Pergas (2004). Ini bukan kali pertama, Wasat menerbitkan semula bahan-bahan dari buku tersebut sebagai artikel. Penerbitan semula bahan-bahan ini dirasakan perlu kerana, setelah sedekad berlalu, keperluan untuk menyampaikan semula isi dari buku itu masih wujud kerana isu-isu yang dibahaskan dahulu masih relevan di hari ini. Sebagai contoh ialah topik bagi artikel kali ini yang berkaitan dengan sikap sederhana dalam menghadapi pemerintah yang dinilai salah atau tidak adil. Kemunculan Arab Spring yang menonjolkan bantahan rakyat terhadap para pemerintah negara-negara Arab yang dinilai korup menatijahkan pelbagai kesan baik dan buruk. Hal ini menjadi bahan pemerhatian dan perbincangan oleh ramai anak muda Muslim di merata tempat, termasuklah di Singapura. Demikian juga, sifat lebih asertif sebahagian anak-anak muda Muslim berkaitan polisi-polisi pemerintah seperti dalam soal tudung di pasukan seragam dan penglibatan dalam perang di Iraq. Maka Wasat berpendapat amat sesuai sekali untuk menerbitkan semula isi dari buku Pergas ini bagi memberi panduan yang sejajar dengan konsep wasatiyah Islam supaya natijah buruk dari Arab Spring dapat dielakkan tanpa bertujuan untuk menghambat hasrat baik menyumbang kepada perubahan yang lebih baik bagi negara Singapura yang dicintai ini. Artikel kedua pula ialah sumbangan ustaz Mustazah Bahari bertajuk Memberi Hak Penjagaan Anak (Hadhanah) Kepada Non-Muslim: Adakah Sikap Yang Wasatiy?. Artikel ini membahaskan soal kewajaran hukum memberi hak penjagaan anak kepada ibu/bapa yang bukan Muslim. Sememangnya idea ini muncul dari kontroversi yang dinatijahkan oleh fatwa oleh Mufti negeri Perlis, Dr. Mohammad Asri Zainal Abidin, yang membenarkan hak penjagaan anak kepada ibu/bapa bukan Muslim. Ia dianggap kontroversi kerana dinilai sebagai bercanggah dengan pegangan mazhab umum masyarakat Melayu di Malaysia. Namun yang relevan di sini ialah apa kaitan fatwa ini dengan soal wasatiyah? Jawapannya ialah wasatiyah menganjurkan sifat dinamik dalam merumuskan hukum-hukum agama yang menuntut keinginan untuk sentiasa menilai dan memikirkan semula apa yang sedia ada tanpa mengabaikan tradisi ilmu Islam yang luas. Dalam artikel ini, ustaz Mustazah menganalisa isu dan fatwa berkenaan samada sifat-sifat ini wujud dan adakah pandangan ini perlu dihormati sesuai dengan sikap wasatiyah, kalau pun ia tidak dipersetujui. Artikel ketiga bertajuk Agar Majlis-Majlis Maulid Kali Ini Lebih Bermakna oleh saudara Mohammad Hafiz Kusairi. Saudara Hafiz adalah seorang guru sejarah di salah satu maktab rendah di Singapura. Walau pun mempunyai pendidikan formal dari sekolah nasional hingga meraih ijazah dari Universiti Kebangsaan Singapura, beliau berusaha sungguh-sungguh untuk menimba ilmu-ilmu agama hingga berjaya mendapat status Bersekutu di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS). Pengiktirafan ini mendorong beliau untuk menyumbang pada usaha membimbing belia – belia Muslim di pelbagai wadah pengajian agama untuk menjadikan mereka manusia Muslim yang berguna dengan menggabungkan latihan perguruan yang diperolehi dan ilmu-ilmu akademik yang lain; satu contoh amalan nilai wasatiyah dalam hidup individu. Tanpa bertujuan menolak amalan bermaulid, bahkan mengakui manfaat yang ada padanya, saudara Mohammad Hafiz “menjentik sayang” para pencinta maulid dengan niat untuk mencapai pembaikan dan penambahan manfaat. Beliau menyeru pencinta majlis maulid, baik penganjur atau yang hadir, agar memberi penumpuan pada soal “isi” dan jenis “isi” yang perlu disampaikan melalui majlis-majlis ini. Keterbukaan untuk menilai secara kritikal apa yang biasa dan selalu dilakukan, memberi idea alternatif, berusaha berfikir ikut keutamaan, menghargai perbezaan pendapat dan meraikan budaya setempat adalah ciri-ciri wasatiyah yang menjadikan artikel ini relevan bagi Wasat.

Page 3: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

3

Artikel keempat bertajuk Wasatiyah Dari Lensa Sheikh Wahbah Al-Zuhayli, sumbangan ustaz Mohammad Rizhan Leman. Artikel ini adalah ringkasan dari kertas kerja yang ditulis oleh Sheikh Al-Zuhayli dan dibentangkan di sebuah muktamar di Kuwait. Kertas kerja ini melakarkan perspektif Sheikh Al-Zuhayli berkaitan makna wasatiyah. Ustaz Rizhan mengambil inisiatif meringkaskan kertas kerja ini afar dapat dimanfaatkan oleh ramai dan sebagai merakam penghormatan beliau kepada Sheikh Al-Zuhayli yang telah pergi menemui Penciptanya pada bulan Ogos tahun ini. Semoga segala juadah artikel yang dibentangkan Wasat kali ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para pembaca. Wasat menyeru para pembaca agar mengongsi artikel-artikel ini kepada semua kenalan dan teman di media sosial agar pesan wasatiyah dapat diluaskan kepada ramai. Ini adalah usaha yang penting ketika umat Islam berhadapan oleh ancaman pelampauan dalam pelbagai bentuk i.e. pengganasan, sektarianisme dan sifat fanatik dan arus Islamofobia yang memburukkan nama baik Islam. Wasat juga menyeru pembaca untuk maju ke hadapan menyumbang idea dan pemikiran yang bernas melalui artikel untuk diterbitkan agar bersama menyumbang pada pengukuhan fahaman wasatiyah dalam masyarakat. Selamat membaca. Wassalam

Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the Authorities (This article is extracted, with some editing, from Moderation in Islam in the Context of Singapore Muslim Community, Pergas, 2004. The footnote is omitted for technical convenience. For proper citation, please refer to the original book.) Among the reasons that may cause a person to fall into extremism is the issue of dealing with a government which is fasiq (morally corrupt), oppressive or does not judge by the laws of Islam. One of the actions that goes beyond the limits of moderation is to term such a government as kufr (disbelief), especially if that government takes a tough stand against those who call for the implementation of Islamic laws. There are several types of government and authorities which are pertinent to this discussion; a. a government led by a Muslim, which is primarily based on Islam, but deviates in certain aspects; like not practising shura (consultation), or the leader himself is involved in major vices like adultery. An example of this is government of fasiq caliph in the past.

b. a government led by a Muslim which governs based on a non-Islamic system of government, such as a secular

system and he himself is involved in vice. c. a government led by a good Muslim but under a non-Islamic adherent system. d. a government led by a non-Muslim.

Page 4: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

4

For (c), a government led by a good Muslim, but under a non-Islamic system, the subject has been discussed under the topic of working for a non-Islamic authority in the abovementioned book. Hence, we will discuss the other three types mentioned above. It must also be understood that in Islam, there is the term hikmah (wisdom). It is a pertinent term as truth must be established based on hikmah. As such, in approaching the current discourse, it is important to acknowledge that the desire to establish a just government is a virtue, whilst to appreciate the reality of our current times while contemplating the establishment of a just government is hikmah. Rule of a Muslim Who Does Not Govern by the Laws of Allah & is a Fasiq Before we discuss the actual issue, the following basic foundation needs to be understood: a. Islam stresses greatly on the unity of its ummah and forbids disunity. Allah Almighty says, “And hold fast, all together, by the rope which Allah (stretches for you), and be not divided among yourselves.” (The Holy Quran, 3:103) Prophet Muhammad (p.b.u.h.) said, “You should be in a group and avoid disunity.” (Related by Al-Turmuzi) b. Islam stresses greatly on the unity of its ummah under

one leadership. Prophet Muhammad (p.b.u.h.) said, “When three people travel, they should appoint one of them as a leader.” (Related by Abu Daud) As an indication of how important this is in Islam, the Companions’ urgency in appointing a leader to replace Prophet Muhammad (p.b.u.h.) upon his death led to them prioritising it before attending to his last rites. Ibn Taymiyah said, “It is said that sixty years under an oppressive leader is better than a night and a day with no leader.” c. Islam makes it obligatory to be obedient to the leader. Allah Almighty says, “Obey Allah and His Messenger and the Uli Al-Amr (those charged with authority) among you.” (The Holy Quran, 4:59) The above three points are fundamental principles (usul) in this issue. Neglecting them means shirking an obligation, and is a sin which justifies Allah’s condemnation. However, the unity and obedience required should not be for the purposes of vice, or against Allah Almighty. Allah Almighty says, “Help you one another in righteousness and piety, but help you not one another in sin and rancour.” (The Holy Quran, 5:2) Prophet Muhammad (p.b.u.h.) said, “There is no obedience to anyone in committing vice to Allah.

Page 5: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

5

Verily, obedience is only in ma`ruf (the good).” (Related Al-Bukhari & Muslim) Dealing With Fasiq Muslim Leaders & Government Islam is a religion of dakwah (propagation). It demands its ummah to enjoin good and forbid evil (al-amr bi al-ma`aruf wa al-nahy `an al-munkar). In fact, Islam makes the duty of islah (correction or reform) towards leaders and the government as one of the more preferred form of jihad. Prophet Muhammad (p.b.u.h.) said, “The most preferred jihad is (to present) the truth to leaders who have deviated.” (Related by Al-Turmuzi & Ibn Majah) In addition, there is much evidence (dalil) that Islam does not encourage its ummah to withdraw obedience from a fasiq (morally corrupt) leader. Islam only demands that its ummah avoid the vice perpetrated by the leaders, strive to change it with wisdom, mau`izah hasanah (good advice) and gracious debate if they are able to, or at the very least disobey these acts of vice

in their heart. Ultimately, Islam commands its ummah to have patience in effecting change. Prophet Muhammad (p.b.u.h.) said, “Anyone who sees something that he hates in his leader, should be patient. Indeed, anyone who leaves the jemaah, he dies the death of a jahiliyah.” (Related by Al-Bukhari & Muslim) Most `ulama’ of the Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah consider the act of withdrawing from the authority of fasiq (morally corrupt) Muslim leaders as forbidden (haram), what more to take up arms against them.

Imam Al-Nawawi said: “As for rebelling against them and fighting them, this is forbidden according to the consensus of the Muslims [`ulama’], even if they were impious, oppressors.” “…. it is not allowed to rebel against the caliphs simply due to oppression or impiety, as long as they do not change any of the foundations of Islam.” Al-Kirmani said: “The fuqaha’ (jurists) all agree that the Imam (leader) who has taken over power must be obeyed as long as he establishes the congregational prayers and the jihad. [This is so] unless he commits a clear kufr [infidelity] in which it is obligatory to do so. Indeed, [in that case] it is obligatory to struggle against him by those who have the ability to do so.” Al-`Aini said, “It is not mubah (permissible) to remove him (a ruler) from his rule of that (fasiq and wickedness).” Ibn Taimiyah said: “He [the Prophet] has ordered them to obey and forbade them from removing the people from their positions and he has ordered them to stand for the truth.”

Page 6: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

6

“This clarifies that the leaders, who are the rulers and those in charge of affairs, are to be disliked and rebuked whenever they bring an act of disobedience to them. However, one does not remove his hand from obedience to them. Instead, one obeys them for the sake of Allah. [It also shows] that some of them are good and some of them are evil. ” “It has been decreed by the `ulama’ of Ahl Al-Sunnah that going to war in a situation full of fitnah (tribulations) should be avoided, based on authentic hadiths from Rasulullah s.a.w. They treat this as a matter of `aqidah, and commanded patience in facing deviation by the leaders and in refusing to wage war on them, although many of the experts in knowledge and religion have waged war against them before this. ” “The opinion of the Ahl Al-Sunnah settled on the view that fighting must be avoided during civil wars due to the authentic hadith confirmed from the Prophet (p.b.u.h). They [the Ahl Al-Sunnah] then began to mention their creeds. They ordered patience in the face of the injustice of the rulers and [they ordered] avoiding fighting against them. [This was their conclusion] although a number of people of knowledge and had fought in civil wars.” Ibn Abi Al-`Iz said: “It is obligatory to obey the authorities although they have deviated, because disobedience will cause much more damage than that caused by their deviation. To be patient with their deviation will eliminate sin and multiply rewards. ” Although some `ulama ‘say that leaders who commit kufr acts may be opposed if there is clear evidence, they obviously do not encourage any form of armed resistance, as it often causes bloodshed and extensive damage. Al-Kirmani said, “… a ruler is not removed due to impiety as in removing him there will be civil war, spilling of blood and disunity. The evil and harm of removing him is greater than what occurs if he remains. ” Ibn Battal said: “The jurists all agree that it is obligatory for one to obey and make jihad with the ruler who has taken control over him. Obeying him is better than rebelling against him. [This option] prevents the spilling of blood and repels catastrophe… There is no exception to that unless the ruler falls into blatant kufr [infidelity].” On the viewpoint of the Salaf allowing war against oppressive leaders, Ibn Hajar said: “They used to believe in using the sword; that is, they believed in armed rebellion against unjust rulers. That was an old opinion among the early scholars. However, the issue settled upon abandoning that as it was seen that such an act leads to something even greater [in harm]. The events of Al-Harrah and Ibn Al-Ashath and others are indeed lessons for whoever reflects.” Al-Shawkani said: “…..It is not allowed to fight against the rulers with the sword, as long as they are establishing prayers.”

The above opinion of the `ulama’ is also based on the prohibition for the Muslim ummah to wage war against each other. Prophet Muhammad (p.b.u.h.) said: “To revile a Muslim is fasiq and to wage war against him is kufr.” (Related by Al-Bukhari & Muslim) “When two Muslims meet with their swords, the one who kills and the one killed will both be in Hell.” (Related by Al-Bukhari & Muslim)

Page 7: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

7

“Do not return to kufr after my time, (by) smiting each other’s necks.” (Related by Al-Bukhari & Muslim) The `ulama’ adopted this stand after witnessing various outcomes of armed resistance and opposition against the authorities, like in the Battle of Siffin between Ali r.a and Mu`awiyah, Hussein’s challenge against the Umayyad government, the Battle of Al-Harrah, and Abdullah b. Al-Zubair’s revolt. Such is the stand of the past `ulama’ about opposing an Islamic authority. This does not mean they were passively accepting disobedience to God, because they still enjoined and carried out al-amr bi al-ma`ruf (enjoing good) and al-nahy `an al-munkar (forbidding evil), and counselled against wrongdoing. Their commitment to do so, even in the face of the authorities, is recorded in many incidents in history, as in the case of Imam Ahmad b. Hanbal. Undeniably, there are a few `ulama’ who consider it as mubah (permissible) to be involved in armed opposition, and even obligatory in certain situations. However, the opinions of the majority of the `ulama’ is stronger and nearer to the truth. The above discussion pertains to the attitude towards an Islamic authority. What should then be the attitude towards a

non-Islamic authority like in Singapore? Dealing With a Non-Islamic Government Originally, Islam did not permit Muslims to appoint non-Muslims as their leaders. Allah Almighty says: “Let not the believers take for friends or helpers Unbelievers rather than believers; if any do that, in nothing will there be help from Allah: except by way of precaution, that you may guard yourselves from them. But Allah cautions you (to remember) Himself: for the final goal is to Allah.” (The Holy Quran, 3:28) This may be understood in the context that Islam is an eternal way of life encompassing governance and politics.

Islam demands its ummah to implement Islamic laws in the affairs of the state and in politics; distinguishing it from secularism. Based on this, logically the one able to do so will have to be a pious Muslim because it is impossible for a non-Muslim to implement the Islamic laws as required. Although Muslim accepts this as part of the command of Allah, as it is based on the revelations in the Holy Quran, from the practical point of view, it is only achievable in an environment where the inhabitants of the country are Muslims or the majority are Muslims. In a situation where Muslims are a minority in a country, it is almost certain that the command in this verse cannot be realised.

Page 8: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

8

The minority cannot achieve the majority vote required to appoint a Muslim leader for the purpose of implementing Islamic laws, and it is nearly impossible to appoint a non-Muslim who can do so either.1 Hence, minority Muslim community should always respect any legimate party appointed via a democratic process and commit to it. This is more so if Muslims understand that there is a difference between a government which does not establish Islamic law, and a government which is oppressive, dictatorial and corrupt. In reality, many governments led by non-Muslims under a secular system are clean and fair, based on universal values, possess integrity, and respect the people’s rights and freedom. Surely this type of government cannot be placed in the same category as those who are oppressive, dictatorial, corrupt and hostile to Islam. The government which is elected via democracy by the people of the country should be respected and its authority accepted, in deference to the people’s choice. All interactions between the Muslims as the citizens and the officially appointed government are based on the principles of democracy and guided by law. The Muslims obey the official government on matters that are good from the point of view of Islam and the principles of universal values. Definitely, the relationship between the people and the government is susceptible to differences of opinion. The Muslim community should not remain quiet in facing these differences and matters that clash with the teachings of Islam and affect Muslims. Instead, Muslims may present their disagreement and aspirations through the right channels, in line with democracy, the law, and good etiquette, without having to employ force and violence. Originally, armed resistance was an act that was not allowed based on the same principle of prohibiting armed resistance against a fasiq Muslim government; the purpose is to safeguard life and avoid harm consistent with maqasid al-shar`iah (general objectives and spirit of the shariah). Allah Almighty instructed the Prophet (p.b.u.h.) to achieve or perfect the common good, hinder or reduce harm, and to avoid a bigger harm by accepting a lighter one. Engaging in al-amr bi al-ma`aruf (enjoining good) and al-nahy `an al-munkar (forbidding evil) with the government must be done if its benefit derived from it is bigger than the harm it inflicts. If the harm outweighs the benefits, then it is not condoned by the religion.

1This is stated thus, on the principle that we respect democracy as an available alternative for Muslims to live in a situation where an Islamic system cannot be implemented. Refer discussions on this subject in the above-mentioned book at sections relating to secularism and democracy.

Page 9: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

9

This stand is consistent with the attitude of Prophet Muhammad (p.b.u.h.) who refused to kill Abdullah b. Ubai b. Salul, a leader of the munafiqin (hypocrites), as it would have caused a bigger detriment, by inviting antagonism from Abdullah’s tribe, and inciting fear in people that Muhammad s.a.w. killed his friend. History is peppered with various tragedies caused by armed resistance. Ibn Taymiyah said: “Perhaps, no group is known to have revolted against a ruler except that in the rebellion more evil was the result than the evil they sought to remove.” “What the Prophet (p.b.uh) ordered concerning being patient with the injustice of rulers and not fighting against them or

rebelling against them is the best for the affairs of the humans in both this life and the Hereafter. Whoever goes against that command, either intentionally or mistakenly, will not achieve by his act any good. Indeed, he will achieve evil.” As for the efforts of Muslims to correct a ruler, whether based on the principles of Islam or that of universal justice, it should be done in accordance with one’s own capacity. Allah Almighty says:

“On no soul does Allah place a burden greater than it can bear.” (The Holy Quran, 2:286) “So fear Allah as much as you can” (The Holy Quran, 64:16) Prophet Muhammad (p.b.u.h.) said, “A Muslim is not to despise himself. The Companions asked ‘How does he despise himself?’ Prophet Muhammad (p.b.u.h.) said ‘He exposes himself to a disaster that he has no capacity to face.”(Related by At-Turmuzi) Our principles are derived from the accounts of the government of Muslim Najasyi (Negus) who ruled over Ethiopia without implementing Islamic laws, prophet Yusuf (Joseph) a.s. who served under the Egyptian king, the stay of the Companions in Ethiopia under a non-Muslim ruler, and the participation of the Prophet (p.b.u.h.) in Hilf Al-Fudhul which was an agreement between Meccan trives in pre-Islamic Arabia to establish justice for the oppressed.

As mentioned previously, this does not necessarily mean that our attitude is passive. To us, jihad carries a meaning broader than the taking up of arms, as has been discussed earlier in this section. We only go to war with those who have declared war on us. Allah Almighty says, “Fight in the cause of Allah those who fight you.” (The Holy Quran, 2:190)

We will not keep quiet when it comes to rulers like Milosevic.2 Such rulers should not only be resisted by the Muslim community, but by the world community as well. In fact, no group of people will let themselves be treated as such without them rising up in opposition. 2Slobodan Milosevic, was the President of Yugoslavia who was involved in mass killing of Muslims in Bosnia Herzegovina.

Page 10: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

10

Conclusion on Method of Correcting the Government or Authorities 1. It is obligatory to obey a Muslim leader in matters that do not contradict the shari`ah, even though he may be a

fasiq (morally corrupt). 2. It is obligatory to obey a non-Muslim leader officially appointed via a democratic and legal process in matters that

do not contradict the religion and the principles of universal justice. 3. It is obligatory to strive to correct and counsel both Muslim and non-Muslim leaders if they are in error or have

transgressed (against God), and it is permissible to disagree with their policies. 4. The efforts to correct the errors and transgressions, as well as in voicing disagreements, should be done with

wisdom and etiquette, in line with the laws and the principles of democracy.

5. Armed resistance against Muslim and non-Muslim authorities is prohibited because of the devastating consequences that it will cause.

6. Conflicts with leaders should not be resolved in a manner that will cause more damage than what already exists. 7. Being patient in effecting change is demanded, and one who does so will gain rewards. Such is moderation in facing the shortcomings of rulers.

Memberi Hak Penjagaan Anak (Hadhanah) Kepada Non-Muslim: Adakah Sikap Yang Wasatiy? Ustaz Mustazah Bahari

Tiada perbezaan antara para ulama, ilmuan dan para sarjana mengenai prinsip bagi hak penjagaan anak – ia diberikan kepada sesiapa yang paling layak menjaga kesejahteraan dan keselamatan anak tersebut. Penjaga itu perlu memastikan agar pembangunan dan kelangsungan hidup anak itu diuruskan dengan cara yang terbaik. Tidak dinafikan bahawa soal agama atau kepercayaan yang ingin dicernakan dalam diri anak tersebut merupakan satu elemen yang penting bagi pembentukan peribadi anak agar menjadi insan yang baik dan betul. Persoalan yang timbul ialah adakah didikan dan penjagaan anak yang diserahkan kepada ibu bapa Muslim

semestinya dapat memastikan pembangunan anak itu terjamin baik? Apakah prinsip wasatiyah yang memandu dalam masalah ini? Undang-undang Singapura mengenai penjagaan anak Bagi menentukan siapa yang lebih berhak mendapat hak penjagaan anak, kebajikan anak tersebut adalah pertimbangan utama pihak mahkamah. Erti kebajikan bagi anak tidak diukur dengan nilai wang sahaja. Ia termasuk kebajikan moral dan agamanya, pembangunan fizikalnya, perasaannya, kegembiraan, keselesaan dan keselamatannya. Faktor-faktor yang selalu diambil kira oleh mahkamah dalam membuat keputusan

Page 11: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

11

ialah seperti berikut: 1. Kelangsungan penjagaan yang betul diberi kepada anak 2. Keselamatan anak 3. Keinginan anak tersebut untuk tinggal bersama siapa yang diingini 4. Kehendak ibu dan ayahnya 5. Usia anak tersebut 6. Agama dan bangsa anak 7. Agama dan bangsa ibu dan ayahnya 8. Kedudukan kewangan dan material ibu dan ayah 9. Anak itu tidak dipisahkan dari adik beradiknya.3 Undang-undang Islam mengenai hadhanah Hadhanah dari sudut syara` ialah penjagaan anak yang tidak atau belum mampu berdikari sendiri dengan baik agar segala yang terbaik bagi keperluannya tidak terjejas. Ada mendefinisikan hadhanah sebagai memberi penyelenggaran yang terbaik bagi yang lemah dan berusaha untuk memberi yang terbaik baginya. Tanggungjawab memberi jagaan yang baik kepada anak didasarkan pada firman Allah taala, “Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria.” (Ali Imran: 37) Dari hadis pula ialah sabda Nabi s.a.w, “Cukuplah bagi seorang manusia itu berdosa apabila dia mengabaikan sesiapa yang di bawah tanggungannya.” (Riwayat Al-Nasa’i dan Abu Daud) Syeikh Abdullah bin Bayyah berkata, “Keperluan optima bagi penjagaan anak adalah memeliharanya dari segala yang boleh membahayakannya, memberi bimbingan yang baik untuknya, memastikan pembesarannya terjaga dari sudut makanan, minuman, membersihkan dirinya dengan mandian, wangi-wangian, mengatur dengan baik masa tidur dan jaganya.”4 Imam Al-Kasani berkata, “Hadhanah adalah hak kedua-dua pihak, ibu dan ayah. Ada waktu untuk ibu dan ada waktunya untuk ayah. Keutamaan yang diberi kepada ibu kerana sifat ibu yang lebih lembut, kasih dan tenang dalam mendidik anak. Bagi ayah pula ialah dari segi keperluan pembesaran anak secara menyeluruh.”5 Hadhanah adalah satu amanah yang wajib dilaksanakan oleh ibu dan ayah. Jika berlaku perceraian, hak penjagaan diberikan kepada ibu sebagai keutamaan sekiranya lebih memerlukan si ibu dari si ayah kerana penyusuan misalnya dan perkara-perkara lain yang mana ibu dinilai lebih sesuai menjaga anak yang kecil berbanding ayah. Sebuah hadis ada melaporkan kisah seorang wanita datang menemui Nabi s.a.w dan mengadu kepadanya dengan berkata, “Anakku ini telah menjadikan perutku sebagai tempat tinggalnya, bilikku sebagai tempatnya untuk hidup, susuku sebagai minumannya, tetapi ayahnya mendakwa akan mengambilnya dariku. Nabi s.a.w lalu bersabda kepadanya, “Kamu lebih layak untuknya selagi kamu tidak bernikah.” (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim) 3“Custody” (2006), Law Gazzette, April, available at http://www.lawgazette.com.sg/2006-4/April06-insidebar.htm (11 Novermber 2015). 4`Abdullah bin Bayyah, “Al-Hadhanah Fi Al-Shar`”, binbayyah.net, lihat di http://www.binbayyah.net/portal/research/146 (11 November 2015). 5Abu Bakr bin Mas`ud Al-Kasani (1986), Badai` Al-Sanai` Fi Tartib Al-Sharai`, Beirut: Dal Al-Kutub Al-`Ilmiyah, jild. 4, ms. 42.

Page 12: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

12

Di dalam memastikan kepentingan anak menjadi keutamaan, terdapat juga pandangan ulama silam seperti Hasan Al-Basri dan Ibn Hazm yang mengatakan bahawa syarat tidak bernikah lagi bagi ibu yang berhak menjaga bukanlah satu syarat yang wajib berdasarkan kes pernikahan Um Salamah yang mana dia tetap terus menjaga anak yang berada di bawah tanggungannya setelah pernikahan dengan Nabi s.a.w.6 Seterusnya ulama silam seperti Abu Hanifah meluaskan perbahasan ini dengan mengatakan bahawa jika ibu tersebut bernikah dengan keluarga terdekat, maka tidak gugur haknya untuk terus menjaga anak tersebut kerana hubungan kekeluargaan dapat memastikan anak itu dijaga dengan baik. Namun, imam Al-Syafi’i pula berpendapat bahawa hak penjagaan tetap terbatal bagi ibu apabila dia bernikah lagi. Ulama juga berbeza pendapat mengenai had usia anak yang layak diberi penjagaan kepada ibunya.7 Mazhab Hanafi meletakkan had usia bagi anak lelaki yang layak dijaga oleh ibunya sehingga usianya menjangkau 9 tahun dan anak perempuan sehingga usia 11 tahun. Dasar yang digunapakai ialah keadaan anak tersebut sudah boleh menguruskan

makan minum dan urusan peribadinya sendiri, yang mana pada 9 hingga 11 tahun, anak lelaki dan perempuan biasanya sudah mampu melakukannya. Mazhab Maliki memberi had untuk anak lelaki sehingga sampai usia baligh dan anak perempuan sehingga dia bernikah. Mazhab Syafi’i pula meletakkan had usia mumayyiz yang dianggarkan sekitar umur 7 hingga 8 tahun bagi anak lelaki dan perempuan. Manakala, mazhab Hanbali meletakkan had usia sehingga 7 tahun. Imam Al-Syawkani di dalam kitab Nail Al-Authar menukilkan kisah daripada imam Ibn Taimiyah yang diceritakan oleh gurunya bahawa seorang ibu dan ayah kepada seorang anak kecil mengadu kepada hakim tentang hak penjagaan anak mereka. Hakim tersebut lalu memberi anak itu pilihan untuk bersama ibu atau ayahnya. Anak tersebut memilih ayahnya. Lalu si ibu menyuruh hakim bertanya kepada anaknya sebab dia memilih untuk tinggal bersama ayahnya. Lalu si anak menjawab bahawa ibunya selalu menghantarnya ke sekolah untuk belajar menulis dan fikih. Guru-guru itu selalu memukulnya sedangkan ayahnya selalu membiarkannya bermain dengan kawan-kawannya. Dengan jawapan itu, hakim lantas memberikan hak penjagaan kepada ibu.8 Imam Al-Syawkani juga menegaskan bahawa cara memberi pilihan kepada anak untuk memilih atau mengundi siapa yang lebih layak menjaga anak itu bukanlah cara yang terbaik untuk anak. Sebaliknya, ia perlu dilihat kepada siapa yang jelas lebih baik dalam menjaga anak tersebut. Jika jelas terbukti bahawa ayah atau ibu yang paling layak menjaga kebaikan

pembesaran anak, anak itu diserahkan kepadanya. Ini juga pendapat yang dipegang oleh imam Ibn Al-Qayyim.9 Menurut Aayesha Rafiq, seorang Penolong Profesor di Fatima Jinnah Women University Pakistan, walaupun negara-negara Islam hari ini mempunyai pegangan mazhab tersendiri, para hakim mereka tetap mengendalikan kes-kes penjagaan anak secara menurut keperluan utama bagi kebaikan anak-anak tersebut walaupun ia tidak selaras dengan mazhab rasmi yang ada.10 Hukum Hadhanah kepada ibu/bapa bukan Muslim Di dalam isu hadhanah kepada ibu/bapa bukan Muslim, ulama silam telah berbeza pendapat mengenainya sejak dahulu. 6Al-Shawkaniy (1998), Nayl Al-Awtar, Riyadh: Dar Al-Muayyid, jld. 6, ms. 881; Ibn Qudamah (2004), Al-Mughniy, Riyadh: Bait Al-Afkar, ms. 2009. 7`Abd Al-Rahman Al-Jaziriy(2003), Kitab Al-Fiqh `Ala Al-Mazahib Al-Arba`ah, Beirut: Dar Al-Kutub Al-`Arabiyah, jld. 4, ms. 523. 8Al-Syawkani (1998), jld. 6, hlm 881. 9Ibid. 10Aayesha Rafiq (2004), “Child Custody in Classical Islamic Law and Laws of Contemporary Muslim World (An Analysis)”, International Journal for Humanities and Social Science, 4:5, ms. 273.

Page 13: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

13

Mazhab Syafi’i11 dan Hanbali12 berpendapat bahawa ibu yang menjaga anak perlu beragama Islam. Mereka berhujah dengan firman Allah taala, “Allah tidak akan sekali kali memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang beriman.” (Al-Nisa’: 141) dan sebuah hadis yang berkisar tentang seorang anak kecil yang telah diberi pilihan untuk bersama ibu atau ayahnya. Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Al-Nasai dan Abu Daud, daripada Rafi’ bin Sinan, “Bahawa dia telah menganut Islam, namun isterinya enggan (menganut Islam). Lalu dibawa kepada Nabi s.a.w anak kecil mereka yang belum baligh. Nabi s.a.w meletakkan si bapa di sebelah baginda dan si ibu pula di sebelah yang lain. Nabi s.a.w memberikan pilihan kepada anak itu. Anak itu cenderung kepada ibunya. Lalu Nabi s.a.w pun berdoa, “Ya Allah berikannya petunjuk.” Anak itu kemudian memilih bapanya.” Hadis ini menunjukkan bahawa doa Nabi s.a.w untuk anak itu menandakan bahawa ia sesuatu yang penting untuk anak itu. Jika perkara keislaman tidak penting bagi anak tersebut, nescaya beliau akan biarkan sahaja. Dari sudut pengaruh keadaan, anak yang tinggal bersama ibu yang bukan Muslim akan mudah terpengaruh dengan gaya hidup dan agama ibunya. Manakala mazhab Hanafi13 dan Maliki14 pula tidak mensyaratkan agama Islam bagi ibu/bapa. Hujjah mereka sama seperti hadis Rafi’ bin Sinan. Mereka berpandangan bahawa hadis tersebut menunjukkan bahawa jika agama menjadi syarat utama, nescaya Nabi s.a.w tidak akan memberi pilihan kepada anak itu. Selain itu, perbuatan Nabi s.a.w membenarkan anak itu membuat pilihan antara ibu yang bukan Muslim dan ayah yang Muslim menjadi dalil keharusan penjagaan anak kepada ibu/bapa yang bukan Muslim kerana jika perkara itu dilarang agama, tidak mungkin Nabi s.a.w membenarkan si anak membuat pilihan. Beliau s.a.w pasti akan memutuskan sahaja penjagaan anak kepada si ayah yang Muslim. Kededua mazhab ini juga berhujah dengan hadis yang umum, “Sesiapa yang memisahkan anak dan ibunya nescaya Allah akan memisahkan dia dan orang-orang yang dikasihinya pada hari kiamat.” (Riwayat Al-Hakim) Walau bagaimana pun, kededua mazhab ini mengecualikan ibu yang murtad dan fasik (rosak akhlak) kerana kedua-dua sifat ini tidak mampu memberi penjagaan kepada anak dengan baik. Menurut mazhab Hanafi, seorang yang murtad akan ditahan dan dipukul sebagai denda terhadapnya dan keadaan seperti itu tidak akan memberi ruang untuk dia menjaga anaknya dengan baik. Manakala, ibu yang fasik tidak akan mampu mendidik dan mengasuh anaknya dengan baik. Imam Abu Bakar Ahmad Al-Jassas, seorang alim dari mazhab Hanafi berkata, “Ibu yang bukan Islam lebih berhak ke atas anaknya, lelaki atau perempuan sehinggalah mereka berakal. Apabila sampai usia berakal, maka gugur hak penjagaan kerana dia boleh membiasakan anak-anak itu anasir kekufuran.”15 Fatwa Negeri Perlis Pada 22-23 April 2015, Mufti Negeri Perlis, Dr. Muhammad Asri Zainal Abidin, mengeluarkan fatwa yang membabitkan kes hak penjagaan anak yang lahir kepada ibu atau bapa yang bukan Muslim, kemudian salah seorang mereka menganut Islam. Isi kandungan fatwa ini ada menyebut: • Hak hadhanah tidak dinilai berdasarkan agama ibu atau bapa, sebaliknya diserahkan kepada sesiapa yang lebih

baik dalam menjaga kepentingan dan kebajikan anak dari sudut perkembangan moral, emosi dan tumbesarannya. • Ibu/bapa yang Muslim bertanggungjawab memperkenalkan Islam kepada anak tersebut.

11Al-Nawawi (2002), Raudat Al-Talibin, Beirut: Dar Ibn Hazm, ms. 1578. 12Al-Maqdasi (2003), Al-`Uddah Sharh Al-`Umdah, Cairo: Dar Al-Hadith, ms. 478. 13Al-Kasaniy (1986), jld. 4, ms. 42. 14Al-Khurshiy (1317H), Al-Khurshiy `Ala Mukhtasar Sidi Khalil Wa Bi Hamishih Hashiyat Al-`Adawi, Cairo: Al-Tab`ah Al-Amiriyah, jld. 4, ms. 212. 15Al-Kasaniy (1986), jld. 4, ms. 42.

Page 14: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

14

• Hak hadhanah diserahkan kepada ibu, jika anak masih dalam tempoh susuan badan ibu. Jika tidak, hak hadhanah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang lebih baik dalam menguruskan pembesaran anak tersebut. Ini termasuk anak yang tidak lagi menyusu badan tetapi belum sampai umur mumayyiz.

• Apabila anak sudah mumayyiz, dia berhak membuat pilihan, melainkan jika dapat dibuktikan pemilihannya itu akan membawa mudarat kepada kehidupannya.16

Sebagaimana asas yang dinyatakan oleh para ulama silam, fatwa ini memberi keutamaan pada kesejahteraan hidup anak yang lebih luas dan tidak menjadikan agama sebagai syarat utama, sesuai dengan mazhab Hanafi dan Hanbali yang telah disebutkan. Ia juga sesuai diamalkan di negara-negara yang penduduk Islam adalah minoriti yang juga berhadapan undang-undang sivil. Maslahat agama si anak dilihat boleh dicapai, walaupun anak itu masih di bawah jagaan orang bukan Islam, jika ibu/bapa Muslim memainkan peranan yang aktif dalam memastikan pendidikan agamanya. Kes-kes hadhanah kepada bukan Muslim di Singapura

Hakikatnya pemberian hak penjagaan anak kepada bukan Muslim di Singapura bukan baru. Ia telah berlaku lama sebelum fatwa yang dikeluarkanoleh Mufti Perlis. Terdapat 2 kes yang diputuskan oleh Lembaga Rayuan MUIS yang membabitkan pemberian hak penjagaan anak kepada bukan Muslim. Kes pertama ialah Zakaria bin Abu Kassim vs Natasha Chooi Abdullah (alias Chooi Lye Chan). Perayu, Zakaria tidak bersetuju dengan keputusan Presiden Mahkamah Syariah mengenai hak penjagaan anaknya yang diberikan kepada bekas isterinya yang bukan lagi seorang Muslim. Rayuannya itu berlandaskan kekhuatirannya tentang pembangunan anaknya yang boleh terpengaruh oleh ibu dan keluarganya yang bukan Muslim. Namun, bekas isterinya puan Natasha mengatakan

bahawa beliau tidak ada halangan untuk anaknya mempelajari Islam dan mengikuti kelas-kelas agama jika perayu membuat perancangan yang baik untuk anaknya itu. Apabila diselidiki, Lembaga Rayuan dapati bukti yang menunjukkan bahawa hak penjagaan anak yang diserahkan kepada bekas isteri adalah berlandaskan persetujuan bersama. Oleh itu, Lembaga Rayuan menolak rayuan yang dibuat oleh Zakaria dan mengekalkan keputusan Mahkamah Syariah. Kes kedua ialah Heng Hock Lim, Lena (alias Lena bte Abdullah) vs Mohd Zaini bin Salleh. Kes ini melibatkan 3 orang anak; 2 perempuan dan 1 lelaki. Mahkamah Syariah memberi hak penjagaan anak lelaki kepada suami dan kedua anak perempuan kepada isteri. Presiden Mahkamah Syariah telah menemuduga anak-anak tersebut dan mendapati dengan jelas keinginan anak lelaki yang berusia 10 tahun untuk bersama ayahnya dan anak perempuan yang berusia 7 tahun ingin bersama ibunya. Anak perempuan yang ketiga pula diserahkan kepada ibunya kerana masih kecil dan di bawah umur. Seperti kes pertama di atas, rayuan dibuat kerana kekhuatiran terhadap anak-anaknya yang akan membesar tanpa didikan Islam yang sempurna. Lembaga Rayuan menolak rayuan suami sambil menegaskan bahawa tiada bukti yang

16“Hak Penjagaan Anak Bagi Ibu Bapa Berlainan Agama” (2015), Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, 18/2015, 22-23 April, lihat di https://www.facebook.com/DrMAZA/photos/a.407105017989.205042.279290772989/10153564279252990/ (11 November 2015).

Page 15: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

15

kuat untuk menentukan bahawa anak-anak tidak akan menjadi Muslim yang baik kerana dibesarkan oleh ibu atau ayah atau penjaga yang bukan Muslim. Kesimpulan Tidak dinafikan bahawa membesarkan anak-anak dalam suasana keislaman adalah yang terbaik. Keutamaan yang paling tinggi adalah kemaslahatan dan kesejahteraan anak-anak untuk membesar menjadi manusia yang baik. Islam mempunyai sistem pendidikan yang baik dan tersusun, namun sejauh mana orang Islam dapat memahami dan melaksanakannya dengan betul menurut tuntutan yang sebenar? Itulah yang sering dipersoalkan. Sebagai contoh, jika seorang ayah Muslim yang tidak mempunyai pekerjaan tetap serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, dibandingkan dengan seorang ibu bukan Muslim tetapi mempunyai displin hidup yang sihat dan dapat memberikan kesan positif kepada pembesaran anak, pastinya jelas dan adil bagi anak itu bernaung di bawah jagaan ibunya. Fatwa yang dikeluarkan oleh Negeri Perlis bukanlah satu pendapat baru dan asing dalam tradisi hukum Islam mengenai penjagaan anak bagi bukan Muslim. Pendekatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis ini membangkitkan semula usaha tajdid di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan umat Islam sejagat. Walaupun isu hadhanah ini bukanlah isu yang baru sahaja dibahaskan, tetapi ia memberi isyarat pentingnya menilai semula fatwa-fatwa yang sedia dan melakukan tinjauan semula agar bersesuaian dengan keadaan hidup yang berubah-ubah. Usaha meninjau semula perlaksanaan hukum Islam atau fatwa bukanlah sesuatu yang mesti dianggap liberal dan mencabar hukum asal. Sebaliknya, ia adalah sesuatu yang lama dilakukan oleh golongan salaf. Ulama terdahulu seperti mazhab Hanafi dan Maliki telah mengeluarkan pandangan mengenai keharusan hak penjagaan anak kepada ibu/bapa bukan Muslim. Terdapat juga pandangan atau fatwa yang dikeluarkan oleh ulama kontemporari masa kini mengenainya. Seorang tokoh ulama di Saudi, Syeikh Dr. Abdul Aziz Al-Fawzan yang mengetuai pembahasan fatwa mengenai hak jagaan anak bagi ibu yang bukan Muslim menghuraikan pandangan ulama silam mengenai isu ini dan berpendapat bahawa ibu yang bukan Muslim layak untuk mendapat hak penjagaan anaknya. Bagi menjawab persoalan mengenai kemungkinan anak itu akan mengikuti agama ibunya, beliau menegaskan keperluan bagi si ayah untuk masuk campur urusan pembesaran anak dengan memberi didikan agama yang mantap.17 Dr. Arif Al-Syeikh, seorang tokoh ulama di Emiriah Arab Bersatu berpegang pada pendapat yang sama.18 Undang-undang keluarga di Sudan menetapkan bahawa ibu yang bukan Muslim layak diberi hak penjagaan anak dengan syarat anak itu tidak melebihi umur lima tahun dan jika dikhuatiri dengan pasti anak itu telah cenderung kepada agama ibunya.19 Negara Emiriah Arab Bersatu memberi kuasa kepada hakim untuk melihat kemaslahatan

17`Abd Al-Ahad Ahmadiy (2014), “Mada Haq Al-Um Ghayr Muslimah Fi Hadhanat Waladiha Min Zawjiha Al-Muslim”, The Message of Islam, 27 May, lihat di http://fiqh.islammessage.com/NewsDetails.aspx?id=8295 (11 November 2015). 18`Arif Al-Shaykh (2013), “Hal Li Al-Um Ghayr Al-Muslimah Hadhanah?”, Al-Khalij, 22 March, lihat di http://www.alkhaleej.ae/supplements/page/bae35a5a-496b-40f6-ad98-398ddbd72d1c (11 November 2015). 19Abu Bakr Sulayman Al-Shaykh (2007), “Ghayr Al-Muslim Fi Qanun Al-Ahwal Al-Shakhsiyah Al-Sudaniy Li Al-Muslimin”, Mawqi’ Al-Sudan Al-Islamiy, 12 May, lihat di http://www.sudansite.net/index.php?option=com_content&view=article&id=520:q--i--1991&catid=19&Itemid=28 (11 November 2015).

Page 16: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

16

bagi penjagaan anak oleh ibu yang bukan Islam.20 Qatar21 dan Kuwait22 juga berpendapat bahawa penjagaan anak kecil tidak mensyaratkan ibu yang menjaga adalah seorang Muslim. Jika diteliti semua pandangan yang diutarakan mengenai hak penjagaan anak, jelas menunjukkan bahawa para ulama memberi keputusan dengan memberi penekanan kepada aspek kepentingan pembesaran anak. Jika perkara agama menjadi keutamaan dan kemestian dalam mendapatkan hak penjagaan, mengapa pula terdapat perbezaan pendapat mengenai jangkamasa yang layak diberi kepada ibu untuk menjaga anaknya sehingga dia bernikah? Imam Al-Syafi`i yang berpendapat mengenai gugur hak penjagaan bagi ibu apabila dia bernikah berhujah dengan alasan bahawa si ibu akan sibuk menguruskan rumahtangganya yang baharu, lantas dia tidak mampu untuk memberi tumpuan kepada penjagaan anaknya. Ini jelas menunjukkan bahawa fokus utama dalam isu hadhanah adalah kepentingan pembesaran anak tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa fokus utama dalam isu hadhanah adalah kepentingan pembesaran anak tersebut. Kewajipan terhadap mengamalkan agama pula, jika dirujuk kepada pesanan Nabi s.a.w bermula seawal anak berusia tujuh tahun.23 Dasar agama juga jelas tidak ada paksaan.24 Peringkat usia yang lebih awal adalah untuk memberi ruang yang cukup baik untuk anak membesar dalam suasana yang sihat dan sejahtera. Dengan akal, emosi dan jasmani yang sihat dan suntikan nilai-nilai akhlak yang betul, anak itu akan dapat menilai serta menerima Islam dengan hati yang terbuka.

Agar Majlis-Majlis Maulid Kali Ini Lebih Bermakna Mohammad Hafiz Kusairi25 Sewaktu sesi soal jawab yang diadakan ketika ceramah saya bersama para mahasiswa tempatan anjuran Persatuan Muslim Universiti Nasional Singapura (NUSMS) pada awal bulan November tahun ini, saya telah dikemukakan soalan yang lebih kurang berbunyi:

“Mengapakah terdapat sebahagian mereka yang menghadiri majlis keagamaan seperti majlis-majlis maulid seolah-olah mempunyai dua personaliti yang berbeza iaitu personaliti mulia dan ramah di majlis-majlis berkenaan tetapi berpersonaliti dingin dan bengis terutama bila berurusan dengan keluarga di rumah?” 20Qanun Al-Ahwal Al-Shakhsiyah , no. 28/2005, maddah 145, ms. 61, lihat di http://sljournal.uaeu.ac.ae/issues/25/docs/9.swf (11 November 2015). 21Qanun no. 2/2006, lihat di http://www.almeezan.qa/LawArticles.aspx?LawTreeSectionID=8812&lawId=2558&language=ar (11 November 2015). 22Qanun Al-Ahwal Al-Shaksiyah Al-Kuwaitiy, maddah 189-99, lihat di http://www.genderclearinghouse.org/upload/Assets/Documents/pdf/kanoun-ahwel-koueit.pdf (11 November 2015). 23Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Arahkan anak-anak kamu untuk solat pada usia tujuh tahun..” (Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan Al-Hakim) 24 Lihat Al-Baqarah: 256. 25Penulis adalah guru dalam bidang sejarah di salah sebuah maktab rendah tempatan. Beliau aktif mengendalikan kelas bimbingan agama bagi para belia dan mempunyai ARS Kategori Bersekutu dan penulis utama buku teks Tarbiyah Islamiyah bagi madrasah menengah 1 di bawah Sistem Gabungan Madrasah (JMS).

Page 17: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

17

Soalan ini tentu sekali mempunyai masalahnya tersendiri kerana ia adalah soalan yang hanya berdasarkan pemerhatian rambang tanpa mengambil kira pelbagai faktor lain yang menyumbang kepada lahirnya dwi-personaliti seseorang. Selain itu, bukan semua orang yang ke majlis maulid mempunyai masalah dwi-personaliti dan bukan semua yang tidak hadir ke majlis maulid tidak bermasalah seperti yang disebutkan. Namun, tujuan saya menulis makalah ini bukanlah untuk mempersoalkan soalan yang dibangkitkan pemuda tadi tetapi untuk menghargai keprihatinan beliau dan menjuruskannya ke arah suatu natijah yang dapat memperelok lagi majlis-majlis maulid yang sedia ada. Bukan pula tujuan makalah ini untuk menolak penganjuran majlis maulid yang banyak dianjurkan di bulan Rabi` Al-Awwal (bulan maulid) dan di luar bulan ini. Di sini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil: • Elakkan Membangkitkan Perkara Yang Mengundang Perselisihan & Tumpukan Pada Pembangunan Akhlak. Antara kelebihan majlis maulid ialah segmen tausiyah ataupun perkongsian nasihat yang diberikan oleh para ulama dan asatizah buat renungan para hadirin, di samping bacaan kisah kehidupan Rasulullah s.a.w beserta rangkaian selawat dan qasidah yang tentu sekali mencurahkan keberkatan kepada majlis yang dianjurkan. Saya mendapati ada kalanya ruang ini kurang dimanfaatkan. Maklumat yang dikongsi berkisar perkara-perkara yang pada satu ketika dahulu diiktiraf sebagai perbezaan pendapat di kalangan para ulama tetapi pada hari ini menjadi sebab untuk timbulnya bibit-bibit tuduh-menuduh, kebencian dan akhirnya pecah belah di kalangan masyarakat kita. Perkongsian tentang sama ada Nabi Muhammad s.a.w diciptakan daripada nur ataupun sama ada beliau hadir pada majlis maulid yang sedang diadakan perlulah dikurangkan kerana ia hanya akan mengundang reaksi dari sebahagian masyarakat yang tidak bersetuju. Ia kemudiannya berkembang menjadi pertikaman lidah dan jemari (Internet) hingga melarikan fokus dan semangat kita daripada mengingati Rasulullah s.a.w sendiri. Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama’ yang mendukung hujah bahawa Rasulullah s.a.w itu diciptakan dari nur yang antaranya ialah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, Imam Jalaluddin Al-Suyuthi, Imam Al-Qastalani dan ramai lagi para ulama’ yang terkemuka. Begitu juga perbahasan tentang kelebihan berdiri beramai-ramai (mahal al-qiyam) ketika maulid dan samada Rasulullah hadir ketika itu telah dibincangkan secara panjang lebar oleh ulama-ulama seperti Imam Al-Shafuri Al-Syafi`i, Imam Ja`far Al-Barzanji dan terutama sekali Dr. Syeikh Al-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki. Bukan niat saya di sini untuk memandang enteng ilmu sekitar perkara-perkara yang disebutkan ini tetapi apa yang terlebih perlu untuk masyarakat kita hari ini adalah untuk diperingatkan tentang perkara yang terlebih asas yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w iaitu kemurniaan akhlak dan keluhuran budi. Hakikat pahit masyarakat kita hari ini ialah kita terlalu bersedia untuk memberikan pendapat bagi sesuatu perkara mahupun hukum tetapi belum cukup bersedia untuk menerima reaksi negatif daripada orang lain. Oleh itu, lebih bermanfaat sekiranya majlis-majlis maulid diserikan dengan peringatan-peringatan tentang kepentingan membina sifat tawaduk, berlapang dada terhadap pendapat dan sikap orang lain, sifat optimis dan tidak mudah mengadu dan menyerah kalah.

Page 18: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

18

Begitu juga perlu dititikberatkan tentang kepentingan bersikap tekun dan amanah di dalam berurusan dengan masyarakat sama ada di rumah, terhadap tetangga, di sekolah mahupun di tempat kerja. Terlalu banyak khazanah pengajaran yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w dalam lembaran sejarah kehidupan baginda untuk kita ambil dan dijadikan pedoman dalam urusan kehidupan kita di dunia menuju ke akhirat. Mudah-mudahan dengan kesungguhan kita untuk sentiasa menjadikan kehidupan Rasulullah s.a.w dekat dan relevan dalam kehidupan seharian masyarakat akan mencerna sikap yang lebih toleran terhadap perkara-perkara yang sering menjadikan hubungan sesama ahli masyarakat menjadi tegang. Mungkin di satu hari kita akan mampu untuk membicarakan tentang pendapat yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w diciptakan daripada nur, bacaan qunut Subuh, bacaan doa selepas solat tanpa perlu ada lagi ada perang saraf yang berlaku di peringkat keluarga mahupun di laman sosial kerana pada waktu itu, kita lebih meninggikan akhlak dan nilai persaudaraan sesama manusia apatah lagi yang seagama.

• Tetapkan Matlamat Untuk Dibawa Pulang Dan Diaplikasikan Selepas Majlis Maulid. Majlis maulid, majlis zikir, majlis ilmu dan sebagainya sebenarnya mempunyai nilai pemerkasaan (empowering value) yang amat tinggi. Terutama sekali bagi majlis maulid yang seringkali menghimpunkan bilangan manusia yang ramai. Bilangan ini sepatutnya dimanfaatkan untuk menggerakkan lagi masyarakat ke arah natijah yang bersifat konstruktif. Di majlis maulid, kita sedang membincangkan seorang insan yang tersangat peka terhadap keadaan masyarakat di sekelilingnya dan menjadi kepekaan ini suatu paksi untuk beliau menggerakkan jentera dakwah bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul di tengah masyarakat. Kita hidup di dalam dunia yang berserabut dengan masalah sehinggakan serpihan masalah tersebut turut mengenai kita di Singapura ini: permasalahan ini merangkumi masalah berkaitan dengan akhlak remaja yang semakin merudum dan masalah tekanan jiwa yang disebabkan perkembangan dunia yang terlalu pesat dan deras. Maka jadikanlah majlis maulid ini sebagai suatu wadah untuk memperkasa para hadirin untuk bangkit memperjuangkan nasib diri dan masyarakat di sekeliling mereka.

Nasihat-nasihat yang konstruktif perlu diberikan; adalah menjadi suatu yang ‘ajaib’ bila pentas-pentas dakwah kita kurang memberikan penyelesaian yang konstruktif melainkan hanya lantunan retorik semata sedangkan Rasulullah s.a.w bukan sahaja berlapang dada terhadap masalah-masalah ‘dunia’ para sahabat baginda tetapi turut memberikan penyelesaian yang konkrit kepada mereka sama ada melalui fawaid (amalan yang berfaedah) mahupun nasihat yang bersifat fokus dan terperinci. Ini boleh direalisasikan dengan memberikan ‘oleh-oleh’ (takeaways) untuk dibawa pulang oleh para hadirin di majlis maulid seperti yang berikut: Kisah Pengajaran Aktiviti Lanjutan Rasulullah s.a.w bangun hampir setiap malam untuk menunaikan solat tahajud.

Rasulullah s.a.w tidak pernah menjadikan kesibukannya sebagai alasan untuk lalai beribadah

Saya akan memastikan yang saya bangun setengah jam sebelum subuh setiap hari untuk beribadah agar mendapat fadhilat bangun malam

Rasulullah s.a.w sering berlumba lari dengan Saidatina Aisyah

Rasulullah s.a.w meluangkan masa di tengah kesibukan jadualnya untuk ahli keluarganya

Saya akan menghadkan masa sebanyak hanya sejam sehari pada hujung minggu untuk melayari lelaman sosial & Internet agar lebih masa dapat diberikan kepada keluarga

Rasulullah s.a.w meminta pendapat para sahabat tentang strategi perang seperti sebelum peperangan Badar,

Rasulullah s.a.w menghargai kepakaran setiap individu

Di dalam mengagihkan tugas di pejabat, saya akan memberikannya mengikut kepakaran pekerja bawahan saya

Page 19: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

19

Uhud dan Ahzab • Luaskan Pengertian Sumbangan Di Dalam Agama. Saya sering terdengar kata-kata bahawa “Setiap hari adalah maulid” daripada sebahagian tokoh agama bagi mengingatkan masyarakat bahawa kasih sayang kepada Rasulullah s.a.w tidak terbatas kepada bulan Rabi` Al-Awwal semata. Bahkan kasih sayang ini perlu dihidupkan dalam kehidupan seorang Muslim setiap hari dalam setiap arena kehidupan yang diceburinya. Saya akur dengan kata-kata ini. Namun jika kata-kata ini dibiar berlalu tanpa dipraktikkan, ia akan menjadi retorik kosong semata. Bulan maulid janganlah sekadar dikenali dengan majlis-majlis di masjid-masjid dan di rumah-rumah persatuan, tetapi bulan maulid juga perlu mencernakan sifat-sifat terpuji orang yang mengaku cintakan Rasulullah s.a.w. Ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan untuk kita mengetengahkan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w yang tentu sekali merangkumi pelbagai bidang dan sudut perlu dicari. Bulan maulid perlu dijadikan sebagai pencetus untuk kita mula menyingsing lengan bagi memulakan gerak kerja secara konkrit dengan matlamat yang jelas, kaedah yang tersusun dan pasukan yang sedia memacu ke arah matlamat yang disasarkan. Usaha ini bukan sekadar terbatas ke arah ruang ‘keagamaan’ sebagaimana yang kita fahami semata-mata; perlu ada pasukan yang digerakkan untuk mendekati golongan yang terhimpit di estet-estet perumahan secara konsisten agar dapat melepaskan mereka dari lingkaran kemiskinan yang membinasakan, pasukan yang fokus terhadap usaha untuk memastikan kemaslahatan alam semula jadi terpelihara, pasukan yang mempunyai iltizam pada usaha meningkatkan sifat belas dan bertanggungjawab terhadap haiwan dan tumbuhan.

Saya yakin bahawa sudah terwujud organisasi ataupun gerakan yang saya sebutkan ini. Namun, penyertaan masyarakat Islam di dalam bidang yang pelbagai ini boleh digiatkan lagi. Inisiatif-inisiatif ini pula memerlukan pelaburan masa yang berpanjangan dan bukan bermusim; sesuai dengan manifesto “Setiap hari adalah maulid.” Oleh itu juga, ceramah-ceramah sempena majlis maulid ini perlulah berani mengorak langkah untuk membincangkan topik-topik yang luar dari batas-batas ‘keagamaan’ seperti “Rasulullah s.a.w dan Alam Semulajadi” ataupun “Rasulullah s.a.w dan Haiwan”. Kesimpulan

Sewaktu saya menjawab soalan mahasiswa tadi, saya memberikan sebuah tamsilan. Seandainya Rasulullah s.a.w dihimpunkan semeja dengan para ahli rumah baginda, sahabat-sahabat, para paderi dari Najran yang hanya berjumpa seketika dengan baginda, bahkan dengan para musuh-musuhnya seperti Abu Jahal dan Umayyah bin Khalaf, kita pasti akan mendapati bahawa semua mereka tidak akan mempunyai masalah untuk mengiktiraf akhlak terpuji yang terdapat pada diri beliau. Ini disebabkan cahaya akhlak beliau s.a.w yang menerobos bukan sahaja kepada setiap individu, malah kepada setiap golongan masyarakat.

Page 20: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

20

Sudah tiba masanya kita memanfaatkan majlis-majlis maulid yang bakal menjelang ini untuk mencontohi keunggulan beliau s.a.w di setiap bidang kehidupan kerana dunia ini bermasalah dan sangat memerlukan penyelesaian. Marilah kita, dengan berkat bulan maulid ini, mula mengorak langkah ke arah melaksanakan tanggungjawab yang sudah lama kita abaikan ini.

Wasatiyah Dari Lensa Sheikh Wahbah Al-Zuhayli

Mohammad Rizhan Bin Leman

Pada bulan Ogos yang lalu, dunia dikejutkan dengan pemergian salah seorang ulama Syria yang terkenal, Sheikh Wahbah bin Mustafa bin Wahbah Al-Zuhayli.

Beliau merupakan salah seorang ulama pada zaman ini yang memperjuangkan wasatiyah khususnya menerusi penulisan dan fatwa-fatwanya.

Artikel ini merupakan rumusan dari salah satu kertas kerja beliau yang berjudul Al-Ma`alim Wa Al-Dawabit Fi Mafhum Al-Wasatiyyah yang pernah dibentangkan di sebuah muktamar di Kuwait pada tahun 2005 yang bertemakan “Wasatiyyah Manhaj Kehidupan”.

Di dalam kertas kerja tersebut, Sheikh Al-Zuhayli menyentuh beberapa topik penting berkaitan dengan wasatiyah, di antaranya:

1. Pengertian wasatiyah. 2. Kesan wasatiyah kepada masyarakat. 3. Wasatiyah di dalam ibadah dan akidah. 4. Ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan pada makna tawassut (sederhana) dan i`tidal (saksama) di

dalam beribadah. 5. Ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan kepada makna tawassut dan i`tidal dalam bermuamalat

kewangan serta berhubungan kemasyarakatan. 6. Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan kepada makna tawassut dan i’tidal dalam berkasih-sayang

dan memberikan peringatan.

Pengertian wasatiyah

Wasatiyah berasal dari perkataan wasat. Sungguhpun kalimah ini mempunyai beberapa makna, diantara pengertian wasat adalah yang terbaik dan paling adil. Inilah yang dimaksudkan dalam firman Allah taala:

“Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat Nabi Muhammad) ummatan wasatan…” (Al-Baqarah: 143)

Pengertian wasatiyah yang tersebar luas pada hari ini adalah i’tidal dalam iktikad, pendirian, kelakuan, cara, muamalah dan akhlak.

Menurut Sheikh Wahbah Al-Zuhayli, pengertian ini dapat dimanifestasikan melalui cara-cara berikut:

Page 21: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

21

1. Tidak bersifat ghuluw (berlebihan) di dalam urusan agama. 2. Tidak meremehkan atau mengabaikan hak Allah dan hak manusia. 3. Tidak mengabaikan kerja dakwah iaitu menyeru manusia kepada agama Tauhid dengan

berhikmah dan memberikan nasihat yang baik. 4. Mengiktiraf kebebasan bagi manusia lain khususnya kebebasan beragama. 5. Mensucikan diri dari hasad, benci dan permusuhan. 6. Menyepadukan material dan rohani. 7. Bermuamalah dengan manusia dengan cara yang baik. 8. Tidak berlebihan dalam mencintai dunia. Kesan wasatiyah pada masyarakat

Wasatiyah mempunyai kesan yang positif pada masyarakat. Apabila kasih sayang disebarkan di kalangan anggota masyarakat, sifat taksub dan hasad dihindari dan cara bermuamalah sesama anggota masyarakat berpaksi di atas dasar keihsanan.

Natijah dari ini akan tersebarlah ketenangan dan keadilan di dalam masyarakat tersebut serta akan dihindari dari keburukan.

Manusia pula akan merasakan nikmat persaudaraan serta akan menghindari segala bentuk keburukan dan kemudaratan.

Wasatiyah dalam ibadah dan akidah

Wasatiyah dalam ibadah dan akidah dapat dikenali menerusi beberapa ciri berikut:

1. Tidak membebankan diri dengan sesuatu yang sukar ditanggung sehinggakan boleh membawa kepada rasa bosan untuk menunaikan kewajipan.

2. Tidak bersifat ghuluw di dalam urusan agama kerana ianya boleh membuatkan seseorang merasa malas dan

mengabaikan kewajipan. 3. Akidah Islam adalah wasat antara golongan musyrik dan golongan atheis. Yang pertama menyembah tuhan-tuhan

selain Allah manakala yang kedua mengingkari kewujudan Tuhan.

Al-Quran dan hadis tentang tawassut dan i’tidal dalam ibadah

Hukum-hukum syarak kesemuanya dibina di atas kemudahan, samahah, tawassut serta i’tidal agar mudah diamalkan bagi sekalian manusia, baik dalam keadaan kuat mahupun lemah, musafir mahupun mukim, sihat mahupun sakit, muda mahu pun tua.

Allah taala berfirman:

“Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…” (Al-Baqarah: 286)

“Bertaqwalah kepada Allah menurut kemampuan kamu…” (Al-Taghabun: 64)

Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apa yang aku larang kamu daripada melakukannya, hindarilah ia. Dan apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, lakukanlah menurut kemampuan kamu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Dalam ibadah solat yang disebutkan di dalam Al-Quran terkandung makna tawassut dan i’tidal.

Allah taala berfirman:

“Berjayalah orang-orang mukmin. (Iaitu mereka) yang khusyuk di dalam solat mereka.” (Al-Mu’minun: 1-2).

Page 22: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

22

Makna kemudahan, samahah, tawassut serta i’tidal juga terdapat di dalam ibadah puasa.

Berikut adalah beberapa contoh:

1. Keringanan agar tidak berpuasa bagi golongan yang berada dalam keadaan musafir atau sakit.

Allah taala berfirman: “…sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan (Ramadan), maka hendaklah dia berpuasa dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran…” (Al-Baqarah: 185).

2. Larangan berpuasa dalam keadaan bermusafir jika boleh membawa kepada

kemudaratan. Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa satu ketika Rasulullah s.a.w. dalam sebuah perjalanan. Dia lalu melihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang sedang diberikan teduh. Baginda s.a.w. bertanya: “Ada apa?” Mereka menjawab: “Orang ini sedang berpuasa.” Maka Baginda s.a.w. bersabda: “Bukan merupakan suatu kebaikan berpuasa dalam keadaan musafir.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). 3. Larangan berpuasa pada kedua `Eid. 4. Larangan berpuasa wisal iaitu berpuasa terus-menerus. 5. Anjuran untuk berpuasa seperti yang dilakukan Nabi Dawud. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Puasa yang paling utama di sisi Allah adalah puasa Dawud. Beliau berpuasa sehari dan berbuka (tidak berpuasa) pada keesokan hari.” (Riwayat Muslim).

Hukum-hukum berkaitan dengan ibadah haji juga dibina di atas kemudahan, samahah, tawassut serta I’tidal.

Buktinya ialah:

1. Haji hanya diwajibkan bagi mereka yang mampu.

Allah taala berfirman: “…Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya…” (Ali Imran: 97). 2. Kerapkali ketika ditanya oleh para sahabat mengenai sebahagian amalan haji, Rasulullah s.a.w. menjawab,

“Lakukanlah, tidak mengapa”.

Abdullah bin `Amr r.a. meriwayatkan:

Page 23: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

23

“Aku melihat Nabi s.a.w. di jamarat ditanya. Seseorang bertanya kepadanya, ‘Ya Rasulullah, saya menyembelih sebelum melontar?’ Beliau menjawab, ‘Lontarlah, tidak mengapa.’ Seorang lagi bertanya, ‘Ya Rasulullah, saya mencukur kepala sebelum menyembelih.’ Baginda menjawab, ‘Sembelihlah, tidak mengapa.’ Tidaklah beliau ditanya tentang sesuatu yang dikedepankan atau yang dilambatkan kecuali beliau berkata, ‘Lakukanlah, tidak mengapa.” (Riwayat Al-Bukhari).

3. Keringanan bagi mereka yang perlu mencukur rambut mereka dalam keadaan ihram kerana suatu

keuzuran.

Allah taala berfirman: “Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar fidyah iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih…” [Al-Baqarah: 196] Makna kemudahan, samahah, tawassut serta I’tidal juga terzahir di dalam ibadah membaca al-Quran

Sebagai contoh:

1. Larangan mengkhatamkan al-Quran kurang dari tiga hari agar dapat menghayati makna al-Quran. 2. Peringatan agar tidak melupakan ayat-ayat al-Quran. 3. Diangkat dosa dari golongan awam yang menghadapi kepayahan untuk membaca al-Quran

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia, manakala orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tersekat dan tergagap, dan padanya kesukaran, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim). Al-Quran dan hadis tentang tawassut dan i’tidal muamalah dan hubungan masyarakat

Selain dari lapangan ibadah, makna kemudahan, samahah, tawassut serta i’tidal juga wujud dalam bermuamalah kewangan dan berhubungan kemasyarakatan.

Di antara contohnya:

1. Urusan jual-beli harus dijalankan berdasarkan keredhaan kedua belah pihak.

Allah taala berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang kamu redhai…” (Al-Nisa’: 29).

2. Pujian bagi mereka yang memberi kemudahan ketika berjual-beli dan menuntut hak.

Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Semoga Allah merahmati seseorang yang mudah apabila menjual, membeli dan menuntut haknya.” (Riwayat Al-Bukhari).

3. Larangan melengahkan pembayaran hutang bagi mereka yang mampu melunaskannya.

Rasulullah bersabda, “Melambatkan pembayaran hutang bagi golongan kaya adalah satu kezaliman.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

4. Perintah agar memberikan tempoh bagi golongan yang menghadapi kesukaran melangsaikan hutang.

Page 24: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

24

Allah taala berfirman: “Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga lapang hidupnya dan jika kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu seandainya kamu mengetahui.” (Al-Baqarah: 280).

5. Hubungan kemasyarakatan di dalam Islam berdiri di atas dasar rahmah.

Allah taala berfirman: “Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Al-Anbiya’: 107).

6. Perintah agar berlaku ihsan kepada ahli keluarga serta kaum kerabat. Allah taala berfirman: “Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi.” (Al-Baqarah: 177). 7. Perintah untuk menyalurkan zakat kepada beberapa asnaf, di antaranya ialah golongan fakir

dan miskin. Allah taala berfirman: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang mengurusnya, orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, fi sabilillah, dan ibnissabil. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.

Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Taubah: 60).

Al-Quran dan hadis tentang tawassut dan i’tidal dalam berkasih-sayang dan memberikan peringatan

Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang menyentuh mengenai kasih sayang yang juga mengandungi makna tawassut dan i’tidal.

Antara contohnya ialah:

1. Perintah agar menyeru manusia ke jalan Tuhan dengan cara berhikmah, nasihat yang baik serta perbahasan yang lebih baik.

Allah taala berfirman: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (Al-Nahl: 125).

Page 25: Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan...Edisi no. 6 / Disember 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2) • Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the

25

2. Kecintaan kepada seseorang tidak sepatutnya berdasarkan sesuatu manfaat yang ingin diperolehi. Sebaliknya, tujuan mencintai seseorang hendaklah untuk mencari keredhaan Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang memberi kerana Allah, melarang kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, menikahkan kerana Allah, maka telah sempurna keimanannya.” (Riwayat Al-Hakim). Kesimpulan Sungguh pun wasatiyah diambil dari kalimah wasat, ini tidak bererti seseorang itu berdiri di antara kebenaran dan kebatilan, tidak menyokong kebenaran dan tidak juga menentang kebatilan. Ia juga tidak bererti seseorang itu berdiri di antara kebaikan dan kejahatan, tidak mengajak kepada kebaikan dan tidak juga mencegah kejahatan. Bukan ini yang dilaungkan oleh para ulama yang muktabar dan bukan ini yang diseru oleh Sheikh Al-Zuhayli. Sebagaimana yang disebutkan pada awal artikel ini dan sekali lagi ingin ditegaskan di sini, salah satu pengertian wasat adalah yang terbaik dan yang paling adil. Umat Nabi Muhammad s.a.w. disifatkan sebagai ummatan wasatan iaitu umat pilihan, terbaik dan paling adil. Akhirnya, segala apa yang disyariatkan oleh Allah taala, baik yang berkaitan denga ibadah, muamalat kewangan, hubungan kemasyarakatan atau yang lain-lain adalah terbaik dan paling adil.