edisi november disember 2019 bheuu november dan disember 2019.pdflatihan pengungsian bangunan (fire...

15
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri Edisi November – Disember 2019

Upload: others

Post on 20-Feb-2020

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edisi November Disember 2019 bheuu november dan disember 2019.pdfLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan pada 12 November

Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri

Edisi November – Disember 2019

Page 2: Edisi November Disember 2019 bheuu november dan disember 2019.pdfLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan pada 12 November

SESI TOWN HALL CADANGAN HUKUMAN GANTIAN TERHADAP

HUKUMAN MATI MANDATORI

Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman GantianTerhadap Hukuman Mati Mandatori ditubuhkanuntuk mengkaji secara keseluruhan polisipenghukuman (sentencing policy) bagimenggantikan hukuman mati mandatori denganhukuman yang lebih wajar tertakluk kepadabudi bicara Mahkamah.

Penubuhan Jawatankuasa Khas ini merupakankomitmen Kerajaan untuk memastikan prosesgubalan undang-undang dilaksanakan secarainklusif, holistik dan efektif dengan memfokuskepada sesi libat urus dan outreach yangmencukupi selama tempoh masa kajian bermula20 September 2019 hingga 20 Disember 2019.

Sehubungan itu, sebanyak enam sesi konsultasiawam berbentuk town hall diadakan sepanjangNovember 2019 iaitu :

• 4 November 2019 – Bayan Lepas, PulauPinang

• 11 November 2019 – BHEUU, Putrajaya• 14 November 2019 – Johor Bahru, Johor• 20 November 2019 – Kota Kinabalu, Sabah• 21 November 2019 – Kuching, Sarawak• 28 November 2019 – Kota Bharu, Kelantan

Bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri RichardMalanjum mengetuai Jawatankuasa Khas inimanakala sembilan ahli dilantik terdiri daripadabekas Hakim Mahkamah Persekutuan,pengamal undang-undang, pensyarah undang-undang daripada universiti awam dan pakarkajian jenayah.

Sesi konsultasi ini bertujuan untukmendapatkan pandangan dan maklum balasberkenaan dengan hukuman gantian kepadahukuman mati mandatori.

BULETIN BHEUU

Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri

Page 3: Edisi November Disember 2019 bheuu november dan disember 2019.pdfLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan pada 12 November

LAWATAN TAPAK TIMBALANKETUA PENGARAH (DASARDAN PEMBANGUNAN) BHEUUKE PROJEK MAHKAMAHBAHARU KANGAR, PERLIS

YBhg. Dato’ Rohaizi Bahari,Timbalan Ketua Pengarah (Dasar danPembangunan) BHEUU telahmengadakan lawatan tapak ProjekMahkamah Baharu Perlis, Kangarpada 5 November 2019 (Selasa).Beliau diberi penerangan dantaklimat oleh Jabatan Kerja Raya(JKR) dan syarikat pembinaanterlibat berkenaan perkembanganprojek tersebut.

Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri

BULETIN BHEUU

Page 4: Edisi November Disember 2019 bheuu november dan disember 2019.pdfLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan pada 12 November

Seramai 34 orang warga kerja BHEUU, MdIdan JBG telah menjayakan lawatan keSasana Kijang Bank Negara Malaysia pada6 November 2019 (Rabu) yang dianjurkanoleh Seksyen Pengurusan Sumber Manusia,BHEUU.

Lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji MohdShahren Ahmad Saman, Pengarah SeksyenPengurusan Sumber Manusia BHEUUmanakala ketibaan telah disambut olehEncik Lim Foo Thai, Pengarah Muzium danGaleri Seni, Bank Negara Malaysia.

Lawatan ini antara lain bertujuan untukmemberi pendedahan peranan institusiperbankan dalam pembangunan negara sertaberkongsi pengalaman Sasana Kijangsebagai Pusat Kecemerlangan IlmuPengetahuan dan Pembelajaran.

Satu taklimat ringkas disampaikan olehPegawai Khidmat Pelawat bertugas sebelumdi bawa mengunjungi Galeri Numismatik,Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan Islam,Galeri Bank Negara Malaysia, GaleriKanak-Kanak dan berakhir dengan sesibergambar.

LAWATAN BHEUU KE SASANAKIJANG BANK NEGARAMALAYSIA

Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri

BULETIN BHEUU

Page 5: Edisi November Disember 2019 bheuu november dan disember 2019.pdfLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan pada 12 November

BENGKEL KAJIAN DASARBERHUBUNG CADANGAN UNTUKMEWUJUDKAN UNDANG-UNDANGMENGENAI KESALAHAN STALKINGDI MALAYSIA

Bengkel Kajian Dasar BerhubungCadangan Untuk Mewujudkan Undang-Undang Mengenai Kesalahan Stalking DiMalaysia telah diadakan selama dua hariiaitu pada 6 dan 7 November 2019bertempat di Tingkat 10, BHEUU.

Undang-undang berkaitan jenayah intip danhendap dikenali sebagai anti-stalking lawyang bakal diperkenalkan Kerajaandijangka mampu melindungi mangsakhususnya wanita daripada gangguansecara realiti atau dalam talian.

Kesalahan dijangka termaktub dalamundang-undang terbabit, bukan setakatgangguan secara sentuhan semata-mata,tetapi merangkumi perbuatan secaraberterusan menggunakan pelbagaiinstrumen atau medium termasuktelekomunikasi hingga mengganggu emosimangsa.

BULETIN BHEUU

Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri

Page 6: Edisi November Disember 2019 bheuu november dan disember 2019.pdfLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan pada 12 November

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN

1441H/2019M

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAWPeringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019Mtelah diadakan pada 9 November 2019(Sabtu) bertempat di Axiata Arena, BukitJalil, Kuala Lumpur.

Majlis bertemakan “Negara RahmahUmmah Sejahtera” telah disempurnakanoleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong danKebawah Duli Yang Maha Mulia SeriPaduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

BHEUU turut menyertai majlis ini denganpenyertaan seramai 45 orang.

BULETIN BHEUU

Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri

Page 7: Edisi November Disember 2019 bheuu november dan disember 2019.pdfLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan pada 12 November

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL)

Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill)telah diadakan pada 12 November 2019 (Selasa)di bangunan BHEUU dengan kerjasama PasukanKeselamatan Kebakaran dan Bencana (PKKB)BHEUU dan Balai Bomba dan PenyelamatPutrajaya.

Pada jam 10.00 pagi, loceng kebakaran telahdibunyikan secara berturutan beberapa minitsebagai tanda amaran. Semua warga BHEUU,JBG dan MdI berjaya berkumpul ditempat yangtelah disediakan di Laman Hijau Masjid TuankuMizan Zainal Abidin Putrajaya.

Latihan ini bertujuan untuk memberipendedahan kepada warga kerja di bangunanBHEUU tentang prosedur menyelamatkan dirijika berlaku kecemasan yang melibatkankebakaran.

BULETIN BHEUU

Page 8: Edisi November Disember 2019 bheuu november dan disember 2019.pdfLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan pada 12 November

Mesyuarat Jawatankuasa KhasKabinet (PEMANDU) UntukMenyemak Pelaksanaan PerjanjianMalaysia 1963 Bil. 4/2019 telahdiadakan di Bilik Mesyuarat Perdana,Aras 3, Blok Utama, BangunanPerdana Putra, Putrajaya pada 18November 2019 (Isnin).

Mesyuarat ini dipengerusikan olehYAB Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad. Turut sertadalam meyuarat ini ialah Menteri diJabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Ketua Menteri Sabah, KetuaMenteri Sarawak dan Menteri-MenteriKabinet.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalahuntuk menyemak pelaksanaanPerjanjian Malaysia 1963.

MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS KABINET (PEMANDU) UNTUK MENYEMAK PELAKSANAAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963

BIL. 4/2019

BULETIN BHEUU

Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri

Page 9: Edisi November Disember 2019 bheuu november dan disember 2019.pdfLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan pada 12 November

Program ini dilaksanakan oleh PusatKewartawanan Bebas (Centre for IndependentJournalism) dan CSO Coalation on FreedomExpression dengan kerjasama BHEUU pada27-28 November 2019 bertempat di DewanSaksama, Aras 2, BHEUU.

Ucaptama disampaikan oleh YB Datuk LiewVui Keong, Menteri di Jabatan PerdanaMenteri (Undang-Undang).

NATIONAL STAKEHOLDERS CONSULTATION ON THE RIGHT TO INFORMATION LEGISLATION

BULETIN BHEUU

Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri

Page 10: Edisi November Disember 2019 bheuu november dan disember 2019.pdfLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan pada 12 November

PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JPM BAGI BULAN DISEMBER 2019

“…saya merayu kepada pegawai Kerajaan untuk memberinasihat dan tunjuk ajar kepada golongan miskin bagi mengtasikemiskinan agar negara kita dapat membangun dengan pesatserta mungkin dapat disenaraikan di dalam negara-negara yangmaju seperti negara Jepun, Korea Selatan dan China.

Tiada kejayaan yang datang bergolek. Sebaliknya, iamemerlukan usaha daripada kita…”

Petikan ucapan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad2 Disember 2019 (Isnin)Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra

BULETIN BHEUU

Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri

Page 11: Edisi November Disember 2019 bheuu november dan disember 2019.pdfLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan pada 12 November

Bagi kanak-kanak, musim cuti sekolah adalah waktu paling menggembirakan. Ibu bapamula memikirkan apakah aktiviti yang boleh mengisi masa lapang anak-anak mereka.

Sehubungan itu, Pusat Sumber BHEUU telah mengadakan aktiviti Jom Movie @ PusatSumber pada 4 Disember 2019 (Rabu) dengan mengadakan tayangan dua filem animasiiaitu Toy Story dan The Angry Birds Movie.

Program ini mendapat sambutan dengan penglibatan kira-kira 60 orang kanak-kanakkakitangan warga BHEUU, MdI dan JBG.

JOM MOVIE @ PUSAT SUMBER

BULETIN BHEUU

Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri

Page 12: Edisi November Disember 2019 bheuu november dan disember 2019.pdfLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan pada 12 November

JOM SINGGAH KAUNTER INFORMASI PCN WIFI

Pada 4 Disember 2019 (Rabu), SeksyenPengurusan Maklumat, BHEUU dengankerjasama MAMPU telah mengadakaninformation booth bagi memberikesedaran kepada warga kerja diBangunan BHEUU berkenaanperkhidmatan baharu WIFI (PCN WIFI)bagi menggantikan perkhidmatanPutraWifi yang akan ditamatkan pada 27Disember 2019.

Dengan menggunakan kemudahanbaharu ini internet dapat diakses denganlebih cepat dan mudah berbandingdengan sistem sebelumnya.

BULETIN BHEUU

Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri

Page 13: Edisi November Disember 2019 bheuu november dan disember 2019.pdfLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan pada 12 November

HUMAN RIGHTS DAY 2019

Sempena sambutan Hari Hak AsasiManusia 2019 di seluruh dunia, satuforum bertajuk StandUp4HumanRightstelah diadakan pada 10 Disember 2019(Selasa) bertempat di Hotel Sheraton,Kuala Lumpur.

Penganjuran forum ini melibatkankerjasama antara Bahagian Hal EhwalUndang-Undang, Jabatan PerdanaMenteri (JPM), Kementerian Luar Negeri(KLN), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(SUHAKAM) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia.

Sambutan ini dirasmikan oleh YB DatukLiew Vui Keong, Menteri di JabatanPerdana Menteri (Undang-Undang).

BULETIN BHEUU

Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri

Page 14: Edisi November Disember 2019 bheuu november dan disember 2019.pdfLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan pada 12 November

BENGKEL PERANCANGAN PELAN STRATEGIK BHEUU 2021-2025

Pada 10 hingga 12 Disember 2019,Bengkel Perancangan Pelan StrategikBHEUU telah diadakan di DewanSaksama, Aras 2 BHEUU yangbertujuan untuk merangka PelanStrategik BHEUU untuk lima tahunbermula tahun 2021 hingga tahun 2025.

Perancangan ini memberi gambaranterhadap hala tuju BHEUU dalam jangkamasa tersebut.

Bengkel ini dirasmikan oleh YBhg.Datuk Dr. Rose Lena binti Lazemi,Ketua Pengarah BHEUU.

BULETIN BHEUU

Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri

Page 15: Edisi November Disember 2019 bheuu november dan disember 2019.pdfLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan pada 12 November

Diterbitkan oleh :

bheuujpm

bheuujpm

bheuujpm

www.bheuu.gov.my

Unit Komunikasi KorporatBahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana MenteriBangunan Hal Ehwal Undang-UndangPresint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62692 PUTRAJAYA

Tel : 03-88851000Faks : 03-88851062Emel : [email protected]

Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri

BULETIN BHEUU