pergas blog: a source for singaporean muslims... 2 wasat no. 30 / disember 2019 dari meja...

12
1 Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura. Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah. Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan. Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting. Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang. Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Nurhafizah Azman Edisi (Edition) no. 30 / Disember 2019 Kandungan Dari meja penyunting… (mukasurat 2) Jangan Marah: Menyelami Pesanan Nabi s.a.w Dengan Pendekatan Kesihatan Mental, oleh Muhammad Abu Sufian Hanafi (mukasurat 3) Five Dalils (Scriptural Evidences) Why Muslims Must Have Pioneering Spirit & Breakthrough Ideas, by Ustaz Muhammad Haniff Hassan (page 7) The Source of Knowledge on Metaphysics in Ibn Rushd’s Thought, by Ustaz Mas`udin Syarifuddin (page 10) Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas. https://blog.pergas.org.sg/wasat/

Upload: others

Post on 01-Oct-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pergas Blog: A Source for Singaporean Muslims... 2 Wasat no. 30 / Disember 2019 Dari meja penyunting…. Alhamdulillah, Wasat edisi no. 30 / Disember 2019 dapat diterbitkan, dengan

1

Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan

bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura.

Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut:

Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah. Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah.

Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan.

Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting.

Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang.

Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Nurhafizah Azman

Edisi (Edition) no. 30 / Disember 2019 Kandungan

Dari meja penyunting… (mukasurat 2)

Jangan Marah: Menyelami Pesanan Nabi s.a.w Dengan Pendekatan Kesihatan Mental, oleh Muhammad Abu Sufian Hanafi (mukasurat 3)

Five Dalils (Scriptural Evidences) Why Muslims Must Have Pioneering Spirit & Breakthrough Ideas, by Ustaz Muhammad Haniff Hassan (page 7)

The Source of Knowledge on Metaphysics in Ibn Rushd’s Thought, by Ustaz Mas`udin Syarifuddin (page 10)

Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas.

https://blog.pergas.org.sg/wasat/

Page 2: Pergas Blog: A Source for Singaporean Muslims... 2 Wasat no. 30 / Disember 2019 Dari meja penyunting…. Alhamdulillah, Wasat edisi no. 30 / Disember 2019 dapat diterbitkan, dengan

2

Wasat no. 30 / Disember 2019

Dari meja penyunting…. Alhamdulillah, Wasat edisi no. 30 / Disember 2019 dapat diterbitkan, dengan izin Allah. Tidak lama lagi tahun baru Masehi 2020 akan menjelang. Diucapkan kepada sekalian pembaca, “Selamat Tahun Baru”. Bersamalah kita mendoakan antara satu sama lain bahawa tahun yang bakal menjelang akan membawa keberkatan serta kesejahteraan dan menjadi lebih baik dari tahun yang akan berlalu untuk kita, masyarakat, negara dan dunia. Seperti biasa Wasat kali ini mengemukakan tiga artikel untuk bacaan pembaca dengan harapan ia akan dapat menambah ilmu dan menajam akal. Artikel pertama bertajuk, Jangan Marah: Menyelami Pesanan Nabi s.a.w Dengan Pendekatan Kesihatan Mental, oleh Muhammad Abu Sufian Hanafi. Penulis adalah seorang kaunselor berpengalaman di Institut Kesihatan Mental. Dalam artikel ini, penulis menghuraikan hadis Nabi s.a.w, “Jangan marah” dari perspektif ilmu psikologi dan kesihatan mental. Beliau menerangkan maksud marah dan sebab ia berlaku. Beliau kemudian berkongsi bahawa anjuran-anjuran Nabi s.a.w dalam hadis untuk menangani kemarahan mempunyai asas dalam ilmu psikologi moden yang menunjukkan kemajuan dalam ajaran Islam. Perkongsian ini diharapkan dapat memperkaya pengetahuan asatizah apabila membicarakan isu ini dengan memberi masukan-masukan dari bidang ilmu lain. Di samping itu ia juga diharapkan dapat memperkasa (empower) asatizah dengan ilmu bagi menangani masalah

marah yang merupakan lumrah dalam kehidupan setiap insan. Artikel kedua pula bertajuk, Five Dalils (Scriptural Evidences) Why Muslims Must Have Pioneering Spirit & Breakthrough Ideas, oleh Ustaz Muhammad Haniff Hassan. Asas idea dalam artikel ini ialah untuk menggalakkan setiap individu Muslim berusaha untuk menjana idea-idea unggul (luar dari kebiasaan) dan meneroka daerah-daerah baru yang memberi kemanfaatan kepada ramai sebagai manifestasi sifat cemerlang yang dianjurkan oleh Islam dan bagi meninggalkan legasi berpanjangan sebagai

pelaburan bagi kehidupan di akhirat nanti. Penulis mengemuka lima dalil agama mengapa Muslim harus mempunyai sikap seperti ini. Namun kelima-lima yang disebutkan bukan hanya berfungsi sebagai dalil, ia juga sesuai difahami sebagai sikap dan nilai yang perlu ada bagi Muslim yang cemerlang, iaitu nilai utama wasatiyah. Apakah lima dalil /sikap itu? Baca artikel ini untuk mengetahuinya. Akhir sekali ialah artikel yang bertajuk, The Source of Knowledge on Metaphysics in Ibn Rushd’s Thought, oleh Ustaz Mas`udin Syarifuddin. Artikel ini membicarakan perspektif Ibn Rushd, seorang ilmuwan unggul Muslim dari bumi Andalus (Spain), tentang sumber ilmu dalam perkara metafisik, khususnya berkaitan pembuktian akan perkara ketuhanan dan ghaib seperti kewujudan syurga, neraka dan akhirat dari sudut Islam (syariah). Selamat membaca. Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Page 3: Pergas Blog: A Source for Singaporean Muslims... 2 Wasat no. 30 / Disember 2019 Dari meja penyunting…. Alhamdulillah, Wasat edisi no. 30 / Disember 2019 dapat diterbitkan, dengan

3

Wasat no. 30 / Disember 2019

Jangan Marah: Menyelami Pesanan Nabi s.a.w Dengan Pendekatan Kesihatan Mental Oleh Muhammad Abu Sufian Bin Hanafi Jangan Marah, Jangan Marah, Jangan Marah Pakcik Din baru pulang dari Solat Jumaat. Seperti biasa pada setiap pagi Jumaat, Pakcik Din (bukan nama sebenar) telah bergegas ke masjid untuk menunaikan tuntutan ibadah mingguannya selepas pulang dari kerja syif malam. Selepas pulang dari masjid, dia berharap dapat merehatkan badan dan melelapkan mata seketika di rumah. Dalam masa beberapa jam, Pakcik Din, yang sudah menjangkau usia 60 tahun, akan menuju kembali ke tempat kerjanya untuk memulakan syif malam lagi. Setibanya di pintu rumah, Pakcik Din tiba-tiba perasan bahawa dia telah ketinggalan kunci rumahnya. Sangkaannnya, isterinya, Makcik Timah, berada di rumah. Malangnya, sewaktu Pakcik Din berada di masjid, Makcik Timah telah keluar berjalan-jalan dengan anak mereka tanpa memberitahunya. Pakcik Din terperanjat apabila mendapati tiada seorang pun yang berada di rumah untuk membuka pintu. Oleh kerana terkunci di luar rumah, harapannya untuk terus berehat tidak kesampaian. Pakcik Din mengamuk dan menelefon Makcik Timah. Dalam kemarahannya, Pakcik Din melontarkan kata-kata kesat dan hina terhadap isterinya. Beberapa minggu kemudian, pasangan ini berhadapan dengan penulis dalam sesi kaunseling, kerana Makcik Timah ingin bercerai. Makcik Timah sudah tidak dapat tahan lagi dengan tingkah laku Pakcik Din. Seperti dijangkakan, terdapat banyak perkara lain yang mereka kurang senangi dalam sikap pasangan mereka selama rumahtangga yang sudah mencecah hampir 40 tahun. Walaupun selama ini mereka cuba pertahankan hubungan mereka, rumahtangga ini sememangnya telah lama ‘retak’. Kini ‘retak’ telah menjadi ‘belah’ ekoran insiden yang berlaku pada hari Jumaat yang bersejarah tadi.

“Kan dia baru pulang dari Solat Jumaat? Kalau pun saya salah, macam mana boleh hina saya sebegitu?”, tanya Makcik Timah kecewa, sambil bertekad untuk terus dengan perceraian. Pakcik Din hanya tinggal berlinangan air mata kekesalan, sambil memikirkan di mana beliau akan menetap di usia senja sebegini selepas perceraian. Segala pohonan maafnya dikira terlambat oleh Makcik Timah. Kejadian sebegini seringkali berlaku dalam hubungan kekeluargaan. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Lebih teruk, ada yang sampai “terlajak tangan dan kaki”. Telah seringkali kita mendengar dari kuliah, ceramah dan khutbah oleh para asatizah, peringatan mengenai hadis yang masyhur dari Nabi s.a.w. yang menasihati seorang sahabat dengan ungkapan “Jangan marah” sebanyak tiga kali berturut-turut. Apakah sebenarnya yang tersirat di sebalik nasihat tersebut? Sudahkah kita cukup menyelami fenomena ‘kemarahan’ ini supaya dapat betul-betul menghayati nasihat Baginda s.a.w? Mengenali kemarahan Marah adalah sesuatu emosi yang norma sebagai reaksi atau cetusan terhadap sesuatu kejadian, atau pencetus (trigger), yang lain. Marah dapat dikenalpasti sebagai suatu gejala di mana terdapat perbezaan pendapat yang disusuli dengan fisiologi yang tertekan atau tegang seperti degupan jantung yang kencang, muka yang kemerahan, wajah yang kerut dan yang berkaitan dengannya. Gejala tersebut juga boleh menimbulkan kelakuan yang ganas, atau intonasi dan ucapan yang kasar atau agresif. Adapun, yang dapat dilihat adalah ekspresi kemarahan seperti keganasan ucapan atau tingkah laku, dan bukan “perasaan” marah itu sendiri. Suatu contoh serupa yang agak menarik digambarkan dalam peristiwa antara Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. apabila Allah taala menceritakan, “Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan

Page 4: Pergas Blog: A Source for Singaporean Muslims... 2 Wasat no. 30 / Disember 2019 Dari meja penyunting…. Alhamdulillah, Wasat edisi no. 30 / Disember 2019 dapat diterbitkan, dengan

4

Wasat no. 30 / Disember 2019

dukacita… Dan ia meletakkan Lauh-lauh itu serta memegang kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya…” (Al-A`raf: 150) Setiap manusia, samada seorang nabi atau insan biasa, pasti menzahirkan perasaan marah dengan cara yang berbeza. Adakalanya, luahan kemarahan itu dapat disembunyikan atau ditahan, walaupun perasaan marah itu tetap dirasakan. Setiap insan juga mempunyai ‘tahap kemarahan’ yang berbeza dan respons yang berbeza terhadap pencetus atau ‘trigger’ yang berbeza. Sesuatu yang mencetuskan kemarahan dalam seseorang, mungkin saja tidak mencetuskan sebarang respons dalam diri seseorang yang lain. Oleh itu, bolehkah dan bagaimanakah seseorang itu sebenarnya “tidak marah”? Apakah terdapat suatu “pil ajaib” yang dapat mengubat segala kemarahan untuk sekelian umat manusia? Kemarahan dari perspektif kesihatan mental Istilah “mengawal kemarahan” (anger management) biasa digunakan untuk menggambarkan cara-cara bagi mengatasi masalah kemarahan. Di dalam bidang kesihatan mental dan kedoktoran, masalah mengawal kemarahan sebenarnya bukanlah sesuatu penyakit rasmi yang dapat diisytiharkan oleh doktor. Kemarahan dengan sendirinya merupakan sesuatu “gejala”, “tanda” atau “simptom” bagi kemaslahatan mental yang lebih luas. Contohnya, demam juga merupakan sebuah “simptom” bagi pelbagai penyakit lain seperti meningitis, campak ataupun barah. Demam dengan sendirinya bukanlah merupakan sesuatu penyakit. Begitu juga kemarahan, apabila ia muncul secara menyeluruh dengan gejala yang lain, ia dapat memberikan gambaran tentang gangguan mental seperti kemurungan (depression), kesedihan (grief), gangguan bipolar, kebimbangan (anxiety disorder), gangguan personaliti, gangguan psikotik, kesan ketagihan dan lain-lain lagi. Namun, penilaian yang jelas dan teliti perlu dilakukan oleh seorang doktor yang pakar dalam bidang psikiatri sebelum ia dapat diisytiharkan sebagai salah satu gangguan mental yang nyata.

Sekiranya penilaian doktor tidak dapat memastikan gangguan mental yang nyata, gejala atau “symptom” itu tinggal hanya sekadar “symptom” dan bukan, atau belum menjadi sesuatu penyakit. Namun, meskipun kemarahan itu “symptom” sahaja, ia tetap boleh menjejas keselesaan dan mutu kehidupan seseorang. Sebagai contoh lagi, seseorang yang rasa demam pasti berasa sakit, walaupun tidak dapat dikenalpasti apa penyakitnya. Demam itu tetap perlu ditangani, dengan menurunkan suhu badan, supaya ia tidak melarat dan menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

Bagi gejala kemarahan pula, jika ia tidak ditangani, ia bukan sahaja berpotensi menyebabkan masalah kesihatan mental, tetapi boleh menimbulkan masalah sosial, seperti yang dapat dilihat dalam kisah Pakcik Din tadi. Di samping perbincangan tentang kesihatan mental, kita juga perlu peka bahawa ramai di kalangan masyarakat sebenarnya tiada

masalah kesihatan dan tidak mempunyai tanda-tanda mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama pula, ada di kalangan masyarakat yang memang mempunyai tanda-tanda gangguan mental tetapi mungkin tidak mendapat peluang untuk dinilai oleh doktor pakar. Walau apa pun, memahami fenomena kemarahan sebagai sebuah simptom dari sudut kesihatan mental sangat berguna kerana ia dapat membantu kita untuk memahami bagaimana cara menangani dan mengelakkan simptom ini daripada ‘menular’. Ia juga dapat membantu kita mencungkil ilmu dan kaedah moden dari kaunseling, psikologi dan psikiatri untuk meluaskan lagi pendekatan supaya mempraktikkan nasihat Baginda Nabi s.a.w. Punca-punca kemarahan Marah tidak mungkin berlaku tanpa sesuatu pencetus. Bak pepatah Melayu, kalau tiada angin, pokok tidak akan bergoyang. Marah biasanya tercetus lantaran konflik yang tidak dapat ditangani dengan baik. Contohnya, seseorang ustaz atau ustazah mungkin marah dengan anak muridnya kerana konflik mengenai tingkah laku seorang

Page 5: Pergas Blog: A Source for Singaporean Muslims... 2 Wasat no. 30 / Disember 2019 Dari meja penyunting…. Alhamdulillah, Wasat edisi no. 30 / Disember 2019 dapat diterbitkan, dengan

5

Wasat no. 30 / Disember 2019

murid. Seseorang jemaah masjid mungkin marah kerana konflik mengenai cara pengurusan masjid. Pakcik Din marah dengan Makcik Timah kerana konflik dalam dirinya apabila terkunci di luar rumah. Seorang raja sanggup membunuh pemaisurinya dalam kemarahan kerana konflik mengenai cara memasak asam pedas tanpa belacan. Semua contoh di atas menggambarkan keadaan konflik, salah faham atau hilangnya muafakat mengenai sesuatu perkara, yang kemudiannya bertukar menjadi ‘kemarahan’. Setiap isu konflik berlaku akibat kepercayaan kita yang berbeza mengenai kehidupan, dan kepercayaan kita tentang bagaimana ia sepatutnya diuruskan. Apabila terdapat perbezaan pendapat untuk menguruskan kehidupan atau dalam membuat keputusan di atas muka bumi ini - dalam apa isu sekali pun - maka akan terjadilah konflik. Konflik amat mudah bertukar menjadi “kemarahan”, lebih-lebih lagi apabila terdapat ancaman (threat) terhadap kesejahteraan atau keselamatan seseorang. Contohnya, seseorang yang pada dasarnya kelihatan marah tentang pemakanan, mungkin sebenarnya khuatir tentang kelaparan. Tidak dapat dinafikan bahawa seseorang yang kebuluran boleh sampai kepada sakit dan maut. Maka tidak hairanlah apabila perasaan takut kepada kebuluran boleh membuat seseorang itu rasa marah, kerana secara tidak langsung, ia membawa erti suatu ancaman terhadap nyawanya. Bagi orang yang sebegini, segala hal-ehwal yang berkaitan dengan pemakanan dan kelaparan mampu menjadi perkara yang amat sensitif baginya. Begitu juga apabila seseorang itu tidak mendapat rehat atau tidur yang secukupnya - ini dapat menimbulkan rasa sakit (sakit kepala, sakit mata, sakit badan dan sebagainya) dan itu akan menjejas kesihatan dan kesejahteraannya. Sekali lagi, apabila kesihatan dan nyawa rasa terancam, seseorang itu akan lebih mudah rasa bimbang dan akan “melawan” keadaan agar dapat memelihara kesihatannya, justeru nyawanya. Ini yang dinamakan sebagai fenomena “lawan”, “lari” atau “membeku” (fight,

flight, freeze). Ekoran dari “melawan” ini, maka seseorang itu akan adakalanya menunjukkan tindakan atau ucapan yang dikenalipasti sebagai “kemarahan”. Selain itu, suatu lagi ancaman yang dapat mencetuskan kemarahan adalah apabila terdapat ancaman terhadap maruah atau harga diri seseorang - tidak kira samada ianya merupakan ancaman yang benar atau setakat andaian semata-mata. Tiada gunanya seseorang itu mempunyai segala kekayaan di dunia ini, tetapi merasakan dirinya tiada harga diri. Gejala ini terbukti dengan sebahagian berita-berita mengenai tokoh-tokoh selebriti dan hartawan, dari Barat mahupun Asia Timur, yang sanggup menamatkan kehidupan mereka tatkala rasa kehilangan harga diri (flight). Bagi sebahagian manusia yang lain, respons

mereka pula mungkin ‘melawan’ dengan kemarahan (fight) jika maruah dan harga diri mereka rasa terancam. Di sini, anjuran agama sangat jelas dengan contoh larangan supaya tidak menjatuhkan martabat orang lain, “…dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk..” (Al-Hujurat: 11) Dengan nas di atas, Allah taala sebenarnya telah menekankan peri

pentingnya untuk memelihara harga diri sesama manusia. Adakalanya pula, kemarahan boleh timbul dalam seseorang tanpa sesuatu pencetus yang jelas. Ini mungkin berlaku kerana “perasaan terancam” telah tercetus akibat imbasan pengalaman lama, terutama sekali pengalaman-pengalaman sewaktu kanak-kanak semasa dalam penjagaan keluarga. Di sini perlu kita fahamkan bahawa bagi lazimnya, kefahaman mengenai ancaman-ancaman hidup boleh terbentuk dari sejak waktu kecil lagi (early childhood experiences). Pengalaman-pengalaman trauma seperti perasaan ditolak atau kurang dihargai oleh orang yang tersayang, dikutuk berlebih-lebihan, didera, dipersalahkan dan seterusnya, dapat membentuk kefahaman dan kepercayaan seseorang insan mengenai kehidupan dunia dan hubungan sesama manusia.

Page 6: Pergas Blog: A Source for Singaporean Muslims... 2 Wasat no. 30 / Disember 2019 Dari meja penyunting…. Alhamdulillah, Wasat edisi no. 30 / Disember 2019 dapat diterbitkan, dengan

6

Wasat no. 30 / Disember 2019

Kepercayaan seperti ini mampu mempengaruhi dan membentuk personaliti seseorang seperti sikap pesimistik, sikap rendah diri, sikap suka melaga-lagakan permusuhan antara manusia dan gangguan-gangguan personaliti yang lain. Oleh itu, sebahagian pihak sangat mudah untuk merasa sensitif, terancam dan “marah” kerana terdapat luka-luka nurani (attachment injury) dan “butang panas” yang belum pernah dirawati. Konteks seperti ini sangat penting untuk kita fahamkan kerana mempraktikkan nasihat “jangan marah” tidak semudah itu. Sebagai contoh terakhir, adakalanya kemarahan itu berpunca bukan dari perasaan terancam, tetapi daripada perasaan tidak berdaya. Ini dapat dilihat dalam kes-kes yang mana seseorang dikelilingi pelbagai masalah, dan rasa buntu untuk mula mencari jalan penyelesaian. Kemarahan akan timbul apabila seseorang itu merasakan bahawa segala-galanya memerlukan usaha, sedangkan dia pula tidak mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalahnya, atau merasakan dirinya diabaikan orang lain tanpa diberikan bantuan. Kemungkinan juga semua contoh yang diberikan di atas disatukan – rasa kehilangan harga diri, rasa nyawa mungkin kehilangan tanpa bantuan orang, rasa luka dari pengalaman silam, dan rasa tiada kemahiran untuk mengatasi masalah. Pada saat itulah, seseorang akan sangat mudah untuk mengamuk dan memberontak, dan lebih payah untuk emosinya untuk dikawal (emotional dysregulation). Maka, kita dapat melihat bahawa sesuatu kelakuan yang pada dasarnya kelihatan seolah-olah kemarahan, sebenarnya boleh membawa seribu erti. Kemarahan mungkin suatu cara untuk memelihara nyawa atau maruah, atau ia mungkin sesuatu jeritan meminta pertolongan. Meredakan kemarahan Secara lazim, ajaran Nabi s.a.w untuk mengatasi kemarahan yang biasa disampaikan termasuklah kaedah seperti duduk sekiranya sedang berdiri, mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat. Kaedah-kaedah seperti ini juga dipraktikkan oleh psikologi moden. Istilah “timeout” sebenarnya sangat mirip pesanan Nabi s.a.w. Tambahan pula, anjuran mengambil wuduk kerana marah itu seperti api yang perlu dipadamkan, juga sangat mirip dengan gerakan “mindfulness” yang

menggalakkan seseorang untuk melakukan aktiviti-akitiviti harian secara khusyuk. Bayangkan apabila seseorang dapat menghayati wuduknya dengan niat untuk memadamkan api kemarahan, ini sesuatu yang dianggap “maju” dari kaca mata Barat, walhal ia merupakan sunnah yang telah lama diajarkan Nabi s.a.w. Secara umum pula, panduan Al-Quran menganjurkan supaya kita “ingat kepada Allah taala”, kerana itu yang akan membawa kepada ketenangan jiwa, “Ketahuilah

dengan ‘zikrullah’ (ingat kepada Allah) itu, tenang tenteramlah hati manusia” (Al-Ra`d: 28) Malahan, jika ayat di atas digabungkan dengan ilmu yang khusus untuk mengawal punca-punca kemarahan, nescaya ia berpotensi memberikan kesan yang lebih jitu, “…oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan (Ahl Al-Zikr i.e. ingat kepada Allah) jika kamu tidak

mengetahui.” (Al-Nahl: 43) Maka, berdasarkan punca-punca kemarahan yang telah dibentangkan di atas, berikut merupakan rumusan beberapa pendekatan untuk menguasai kemarahan:

Menghuraikan konflik dengan menggunakan teknik-teknik yang bijaksana

Muhasabah sejarah peribadi dan melihat akar kemarahan sendiri

Memahami keadaan dan situasi yang dapat mencetuskan kemarahan, dan mengelakkannya

Mempelajari cara-cara menguasai tubuh badan sebelum emosi “meletup”

Meningkatkan kemahiran untuk menyelesaikan masalah praktikal seharian

Melatih diri untuk melihat pencetus kemarahan dari sudut positif.

Kesimpulan Rencana ini telah cuba melihat kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Selain daripada kaedah yang reaktif, penulis telah mencuba untuk mengupas luahan kemarahan dan melihat punca-punca yang menyebabkan emosi kemarahan. Tujuannya semoga dengan pendekatan tersebut, gejala kemarahan dapat dielakkan selain mengawalnya apabila ia sudah mula meledak. Mudah-mudahan, dengan cara pencegahan, nasihat Rasulullah s.a.w. supaya,“Jangan marah” dapat diamalkan secara proaktif, dan bukan dengan cara pasif atau reaktif.

Page 7: Pergas Blog: A Source for Singaporean Muslims... 2 Wasat no. 30 / Disember 2019 Dari meja penyunting…. Alhamdulillah, Wasat edisi no. 30 / Disember 2019 dapat diterbitkan, dengan

7

Wasat no. 30 / Disember 2019

Five Dalils (Scriptural Evidences) Why Muslims Must Have Pioneering Spirit & Breakthrough Ideas By Ustaz Muhammad Haniff Hassan Yes, I strongly believe that Islam commands Muslims to possess pioneering spirit and constantly generate breakthrough ideas that will shatter imaginary and real life barrier that inhibit personal success, progress and development. The 5 dalils that will support my above point. 1. Islam commands Muslims to attain ihsan

(excellence) in all things. The Prophet has said, “Verily Allah has prescribed ihsan (proficiency, excellence) in all things. So if you kill then kill well; and if you slaughter, then slaughter well. Let each one of you sharpen his blade and let him spare suffering to the animal he slaughters.” (Narrated by Muslim) Ihsan is popularly related to compassion. However, it also carries another meaning that is more relevant here which is striving for perfection or giving one’s best as implied from the above hadith by many scholars. Another hadith that carries a similar meaning is the Prophet’s response to a request by Angel Gabriel who came to visit him in front of his companions, “Inform me about ihsan.” The Prophet replied, “It is that you should serve Allah as though you could see Him, for though you cannot see Him yet He sees you.” (Narrated by Muslim) The hadith enjoins us not to submit to Allah by mere belief but to attain a higher (perfect) order of submission – as though we see Him with all His greatness in front of us or we feel His greatness and presence all the time.

Scholars view that upholding ihsan is not an option but an obligation. This is implied the word “kataba” (has prescribed) in the first hadith which is often used to mean obligatory. Thus, the value of ihsan here must spur in us a “give-our-best” spirit to attain and produce the best and excellent result in our every endeavour. Muslims cannot settle or content with mediocrity or average achievement. Ihsan has two aspects, 1) to constantly improve our personal performance and achievement, and 2) to be the best in comparison with others’ achievement. It is on the basis of the former that our past scholars strive to attain their “[to]day is better than yesterday and tomorrow is better than today”. The latter will be touched in the succeeding part. It must also be highlighted that the Qur’an describes Muslims as the “best nation” (3:110). This is not a mere description of Muslims during the revelation but also a command for all Muslims to attain. Logically, this noble status can never be achieved without the value of ihsan. 2. Islam commands Muslims to compete with each

other in doing good deeds. There are many verses in the Qur’an that relate this point; “For, every community faces a direction of its own, of which He is the focal point. Vie, therefore, with one another in doing good works. Wherever you may be, God will gather you all unto Himself: for, verily, God has the power to will anything.” (The Quran, 2:148) “So for this let the competitors compete.” (The Quran, 83:26)

Page 8: Pergas Blog: A Source for Singaporean Muslims... 2 Wasat no. 30 / Disember 2019 Dari meja penyunting…. Alhamdulillah, Wasat edisi no. 30 / Disember 2019 dapat diterbitkan, dengan

8

Wasat no. 30 / Disember 2019

“And vie with one another to attain to your Sustainer's forgiveness and to a paradise as vast as the heavens and the earth, which has been readied for the God-conscious.” (The Quran, 3:133) As of hadiths, the following are some that point to the same meaning; “If people knew what virtue lies in the azan and [praying] in the first row, and they could not [obtain these opportunities] except by drawing lots, they would definitely do so. If they knew what virtue lies in going early to prayer, they would have vied with one another [to do so]. If they knew what virtue lies in the evening and morning prayers, they would definitely go to them, even if crawling on their knees.” (Narrated by Al-Nasa’ii) “There should be no envy but only in case of two persons: one having been endowed with wealth and power to spend it in the cause of Truth, and (the other) who has been endowed with wisdom and he decides cases with the help of it and teaches it (to others).” (Narrated by Muslim) Both hadiths enjoin spirit of competition in rituals and charity. More interestingly, the hadiths teach us that the right way to “envy” someone’s achievement is to drive ourselves to do better than the person is, instead of destroying his accomplishment. This is the essence of healthy or ethical competition that is known today in business. The spirit was alive among the companions during the life of the Prophet that each of them was trying to be better than the other in ibadah and charity. One most prominent and popular example is reported in a hadith on Umar. It was reposted, when the Prophet made a public appeal for donation to support a military mission, Umar said, “At that time I had some money. I said, ‘Today I shall surpass Abu Bakr, if I am to ever surpass him on any day.’ I therefore brought half of my wealth. The Messenger of Allah s.a.w asked, ‘What have you left for your family?’ I replied, ‘The same amount.’

Abu Bakr r.a brought all that he had with him. The Messenger of Allah s.a.w asked him, ‘What have you left for your family?’ He replied, ‘I have left Allah and His Messenger for them.’ Thereupon I said, ‘I shall never surpass him in anything.’” (Narrated by Al-Turmuzi and Abu Daud) Another hadith reports a competitive spirit between Abu Bakr and Umar r.a. Both have heard the Messenger of Allah s.a.w praising the way Ibn Mas`ud r.a. recited the Quran, saying: “A person who wants to recite the Quran as tenderly as it was revealed should recite it in the same way as Ibn Um ‘Abd does.” (Narrated by Ahmad and Ibn

Majah) Umar r.a hurriedly went to Ibn Mas`ud’s house at night to convey these glad tidings to him only to be told that Abu Bakr r.a. has already preceded him. Umar r.a. then said, “If he really did, then he usually does precede us in everything that is good. Whenever we compete against each other in goodness, Abu Bakr always wins!” (See article Competition in Good Deeds, at islamweb.net) Competition and being competitive as driving forces for development and progress are a known fact in business studies and history of civilisations. It is in the same spirit that many have driven themselves to venture into new terrain or pioneering work or invention that benefits many.

3. Islam encourages pioneering work. The Prophet says, “He who introduced some good practice in Islam which was followed after him (by people) he would be assured of reward like one who followed it, without their rewards being diminished in any respect.” (Narrated by Muslim) If we are to put together the meaning of this hadith with the above three points, we can conclude that Muslims are not only enjoined to do good deed and lead others to do the same but more importantly in the spirit of ihsan and competition to pioneer new deeds, new ways to

Page 9: Pergas Blog: A Source for Singaporean Muslims... 2 Wasat no. 30 / Disember 2019 Dari meja penyunting…. Alhamdulillah, Wasat edisi no. 30 / Disember 2019 dapat diterbitkan, dengan

9

Wasat no. 30 / Disember 2019

good deed, new ideas or new invention, as long as they do not fall under prohibited bid`ah in Islam. Nothing is dearer to Muslims than getting rewards from Allah and His pleasure that would guarantee salvation in the eternal life. Here, the hadith points to such way. By pioneering new deeds, ways and ideas and inventing new things not done by anyone before, a Muslim would not only reap reward for his deed but also get a share from those who benefit from his pioneering contribution. 4. Islam encourages Muslim to leave behind legacy. This is based on the Prophet’s saying, “When a man dies, his deeds come to an end except for three things: sadaqah jariyah (ceaseless charity); a knowledge which is beneficial, or a virtuous descendant who prays for him (for the deceased).” (Narrated by Muslim) Sadaqah jariyah and beneficial knowledge are the relevant point here. Of course, Muslims will benefit from any sadaqah jariyah and knowledge but the one that is new and without peer will bring greater benefit to people and greater reward to its pioneer. This is also in line with the spirit of ihsan and competition. Although we do not belittle small and ordinary deeds, the spirit of doing and being the best requires us to chart new and pioneering terrain. Historically, pioneering work that benefits many would be remembered most and last in history and this could be another source or benefit for the pioneer – du`a’ (prayer) from all that remember him throughout history. 5. Islam values itqan (being meticulous) in life. The Prophet says, “Allah loves to see his servant who does a job with itqan (meticulously).” (Narrated by Al-Tabarani) It could be said that itqan is another side of ihsan. One manifestation of ihsan is to do anything with itqan or in a meticulous manner. Being meticulous includes asking questions; What have not been done before? What is in need for improvement? How can it be done differently? rather than repeating the same thing. Closing remark It must be highlighted also knowing the above and inculcating them in us are important but is not enough to effect pioneering work.

We need right skill and knowledge on how to translate the above into real action and product. We also need skills and knowledge relevant to specific work that we want to do or field we are venturing into. These cannot be found in religious sciences only. Thus, to put the above in action effectively, do read more on people who have pioneered new things among Muslims and non-Muslims, past and present. We also need to expand our knowledge to areas such as business studies that provide many tools for generating creative and innovative ideas.

Page 10: Pergas Blog: A Source for Singaporean Muslims... 2 Wasat no. 30 / Disember 2019 Dari meja penyunting…. Alhamdulillah, Wasat edisi no. 30 / Disember 2019 dapat diterbitkan, dengan

10

Wasat no. 30 / Disember 2019

The Source of Knowledge on Metaphysics in Ibn Rushd’s Thought By Ustaz Mas’udin Syarifuddin Introduction In the contemporary world, information is shared effortlessly through various technological platforms and media. The massive flow of information, in one hand, enables to transform people, on the other hand, spreads the falsehood. The characteristic that pundits describe this period is the post-truth era,1 where personal subjective opinion becomes a basis of judgement on truth and reality, thus, underrate the established worldview and major institutions that traditionally shaped the world for hundred years, including the commonly accepted knowledge and practices derived from the authority respected and followed by certain epistemic system that includes religious traditions.

In that perspective, this article attempts to bring Ibn Rushd’s thought into the contemporary context and shed light to a particular issue, and that is the source of knowledge on metaphysics as understood from reading of his specific works

namely Fasl Al-Maqal Fi Ma Bayn Al-Hikmah Wa

Al-Shari`ah Min Al-Ittisal and Al-Kashf `An Manahij Al-Adillah Fī `Aqa’id Al-Millah. The significance of sharīʿah in Ibn Rushd’s thought Ibn Rushd described the erroneous development in his society seemed to have caused three tremendous consequences, which is relevant to discuss in the contemporary time. First is the literalist, in which the understanding of the truth is based on literal reading of the terms as such

interpolated in the Qur’an and Hadith. While,

second is the opposite side, in which to be understood and interpreted using the framework and the requirement of mere rational judgment

concocted in abstract ideas. While the third is the group based its argument of the truth on the reality of merely sublime mystical aspect.

It was emphasized in Ibn Rushd’s works that discussion on contradicted views should establish on epistemic foundation. Differences, in his view, occur due to diverse interpretations to arrive at certain ruling understood from a particular term in shariʿah, which may be derived from different methodology, especially when the explicit term to rule a particular event is not found, which require mujtahids to exercise logical inferences through the application of the ijtihad instruments.2 If that is proper in the field of practical knowledge, more so in the theoretical knowledge, as he argued.3 In his later works written around 1179 – 1180 CE, Ibn Rushd argued that shariʿah can be applied as common framework and effective way to maintain the cohesion of socio-political life and simultaneously to allow the development of true knowledge and meaningful intellectual discourses to take place. Based on his propagation on possible various spectrums of the truth and reality, Ibn Rushd argued that shariʿah methodology in presenting its propositions in order to explain the existence of God hold the only authority, therefore, it is the most valid source of knowledge with a final-apodictic certainty in explaining the complex metaphysical problems. However, that is acquired and obtained by humans’ faculties of reasoning will form two possible dimensions, first carries literal and simple meaning of the term, second carries deep interpreted meanings of the term. Despite that, according to Ibn Rushd, the outcome of knowledge with its various dimensions is to maintain the authority of shariʿah (al-‘adalah al-shar’iyyah), to uphold knowledge integrity (al-fadilah al-‘ilmiyyah) and moral virtues (al- fadilah al-khuluqiyyah) and to be equipped with high intellectual capability (al-fitrah al-faiqah).4 Sharʿiah method of inference on metaphysics

Page 11: Pergas Blog: A Source for Singaporean Muslims... 2 Wasat no. 30 / Disember 2019 Dari meja penyunting…. Alhamdulillah, Wasat edisi no. 30 / Disember 2019 dapat diterbitkan, dengan

11

Wasat no. 30 / Disember 2019

in Ibn Rushd’s thought

Ibn Rushd argued that the formal terms interpolated in shariʿah are an effective solution to circumvent cyclical discourses debated among intellectuals on the elite topics that have eventually intruded public domain. Based on the terms inducted from the Qur’ān, Ibn Rushd theorized two arguments to derive into metaphysical truth. First is dalil al-ʿinayah, meaningfulness and purposiveness argument of the existence, where human being posited as the epitome of all creature, in which all existents are designed to fit those meanings and purposes with specified roles for each and particular reality.5 Second is dalil al-ikhtira’, discovery argument of the substance of the existent, emphasizing the role of knowledge to discover the substance from a particular existent, thus, to find its teleological purpose in respect to other realities, in which they may be unified in more perfect form by identifying their remote causes and in virtue with other realities and finally their first cause, who is God, Allah the Almighty, Who is the Creator of such perfect order6. These two arguments, according to Ibn Rushd, are a method endorsed by shariʿah and science in proving the existence of God and to infer on His attributes and actions.7 Ibn Rushd further argued, as shariʿah constituted the metaphysical aspect of Islam, it assigns the people of grounded knowledge in explaining and interpreting the terms associated with the metaphysics in Islam in variance and correspondence to the levels of intellects of people in society. That was clarified when he stated the main objective of shariʿah is to convey the true knowledge to all people, which contains the true understanding of God and all the existents according to their true reality, especially, concerning with the noblest of them, and pertaining to the knowledge that explains the happiness and the suffering of the hereafter.8 Subsequently, if shariʿah intended to address humankind by dialectical or rational arguments per se, then, majority of the public will not have a contact to the truth that will cause them to suffer from misery in their souls, which resulted from the negation of its epitome to be guidance for all humankind to the righteous part.

On this basis, Ibn Rushd has demonstrated that shariʿah solitary proficient, thus, carried miraculous prowess to communicate the truth to all levels of people in society and, therefore, optimize their perfection both theoretically and practically and both for knowledge and moral perfection of human being. Shari`ah rules of ta’wil in Ibn Rushd’s thought

As consistently observed, the confronting view stated in Ibn Rushd’s relevant works that terms in shariʿah carry two dimensions in relation to human understanding. First dimension represents the truth and reality in direct meaning called zahir Second dimension represents deeper meanings interpreted from those terms called mu’awwal/batin. The categorization realized due to cultural dispositions of individual persons and

the different levels of intelligence as the result of learning to identify the meaning relating to metaphysical aspects as such found in shariʿah. Hence, the discourses without proper methodology on the metaphysical aspects of shariʿah will lead into the bewilderment and cyclical fruitless debate. Therefore, Ibn Rushd argued that only direct meanings of the terms are communicated to the public, while their deeper meanings are

discussed by the people of grounded knowledge (al-rasikhun fi al-ʿilm).9 Ibn Rushd’s rules of ta’wil, which demonstrate the dimensions of shari’ah in respect to the metaphysical aspect of Islam is significant to understand, in which realities manifested in virtue of their lesser or greater participation in their formal and final cause (secundum prius et posterius). This condition related to the intellect that all people are not of the similar level, which shariʿah as divine guidance to all humankind has represented them in order to arrive respectively at two main aspects of knowledge, which are the affirmation and the conception of the truth. For the method of affirmation, truth may be presented in three ways; rhetorical, dialectical and demonstrative.10 Meanwhile, for the conception of the truth is achieved in two ways, as it is and by its representation.11 Hence, there are things related to metaphysical realm of Islam expressed in shariʿah which do not accept any further interpretations, in the manner that they are absolute and ultimate e.g. the existence and the essence (dzat) of Allah, the prophecy, the truth

Page 12: Pergas Blog: A Source for Singaporean Muslims... 2 Wasat no. 30 / Disember 2019 Dari meja penyunting…. Alhamdulillah, Wasat edisi no. 30 / Disember 2019 dapat diterbitkan, dengan

12

Wasat no. 30 / Disember 2019

about the day of judgement, the hereafter, hell and paradise, and so on. While some of them are accepting further explanations and interpretations, by which metaphors are employed to express their reality e.g. attributes and actions of Allah, descriptions about the day of judgement, hell and paradise and so on. The first classification of the second type is if the meaning reflected in shariʿah is not the real meaning intended in such word been expressed, but none is assured why such metaphorical expressions are required until one has learned through many disciplines of knowledge in order to derive certain meaning.12 The second classification if one knows immediately why that metaphor been applied to express the reality and realizes it is really metaphorical with little endeavour in preponderating its reality.13 The third classification if one knows immediately and understands that it is metaphorical expression of a particular reality but only decipher it after some times of why it is presented in metaphorical expression.14 The last classification if one knows why such expression required metaphorical application long after he knows that it is a metaphor through many efforts of reflection.15 Each of these degrees of reality, according to Ibn Rushd, only can be interpreted cautiously by considering the five degrees of

1Relating to or denoting circumstances in which objective facts are less influential in shaping public opinion than appeals to emotion and personal belief. English Oxford Dictionaries Online, ‘Post-Truth’, accessed December 30, 2016, https://en.oxforddictionaries.com/definition/post-truth 2Ibn Rushd, Abu Al-Walid Muhammad Ibn Ahmad Ibn Muhammad (1982), Bidayah Al-Mujtahid wa

Nihayah Al-Muqtasid, vol. 1, no. 6, Beirut: Dar Al-

Maʿrifah, p. 2. 3Ibn Rushd, Abu Al-Walid Muḥammad Ibn

Ahmad Ibn Ahmad Muhammad Al-Andulusy Al-

Maliky (2015), Fasl Al-Maqal Fi Taqrir Ma Bayn

Al-Shariʿah Wa Al-Hikmah Min Al-Ittisal, Ed.

Muhammad Abdu Al-Wahid Al-ʿAsary, Beirut:

Markaz Dirasat Al-Wahdah Al-ʿArabiyyah, p. 94. 4Ibid., p. 89

reality explained by Imam Al-Ghazaly’s in his book “Al-Tafriqah”: al-wujud al-dzaty, al-wujud al-hissy, al-wujud al-khayaly, al-wujud al-‘aqly and al-wujud al-shibhy.16

Conclusion

The article demonstrated the authority of shariʿah in extrapolating the metaphysical aspects of Islam in Ibn Rushd’s thought. The proposition has two functions, to maintain the cohesion of socio-political life and to allow meaningful discourse and promote knowledge culture. As it was pointed out that the discourse on complex metaphysical matter must be based on certain epistemic framework and sound methodology. It is also established that Ibn Rushd propagated shariʿah as the principle source of knowledge on metaphysics for the common and the learned people. To realize such double authority, shariʿah

contains the terms that carry multiple spectrums instituted as zahir and mu’awwal as the formal construct as well as the deeper meaning of metaphysical aspects of Islam. Hence, rules of ta’wil is proposed as a proper procedure to interpret particular terms of shariʿah in extrapolating the metaphysical aspects of Islam to outreach the people and enrich the discourses in guided and meaningful way.

5Ibid., pp. 118 – 119. 6Ibid. 7Ibid., p. 122. 8Ibid., p. 115. 9Ibid., p. 98. 10Ibid., p. 116. 11Ibid. 12Ibn Rushd, Abu Al-Walid Muhammad Ibn Ahmad Ibn Muhammad (2007), Al-Kashf ‘An Manahij Al-Adillah Fi ‘Aqa’id Al-Millah, Ed.

Mustafa Hanafy, Beirut: Markaz Dirasat Al-

Wahdah Al-‘Arabiyyah, p. 205. 13Ibid., p. 205 14Ibid. 15Ibid. 16Ibid., pp. 206 – 207. See chapter 3 “Maratib Al-

Wujud Wa Amthilatuh” of “Faysal Al-Tafriqah

Bayna Al-Islam Wa Al-Zandaqah”.