edisi pertama 2002 - kml.matrik.edu.my · edisi ke-10 2011 edisi ke-11 2012 edisi ke-12 2013 edisi...
TRANSCRIPT
Edisi pertama 2002
Edisi kedua 2003
Edisi ketiga 2004
Edisi keempat 2005
Edisi kelima 2006
Edisi keenam 2007
Edisi ketujuh 2008
Edisi kelapan 2009
Edisi kesembilan 2010
Edisi ke-10 2011
Edisi ke-11 2012
Edisi ke-12 2013
Edisi ke-13 2014
Edisi ke-14 2015
Edisi ke-15 2016
Edisi ke-16 2017
Edisi ke-17 2018 / Versi Dalam Talian 2018
Edisi ke-18 2019 / Versi Dalam Talian 2019
Tarikh Berkuat kuasa: 10 Mei 2019 © Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sama ada secara elektronik, mekanik, fotokopi, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diterbitkan oleh: Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Tel.: 03-88844083 Faks.: 03-88844028 Laman sesawang: http://www.moe.gov.my
Buku Peraturan Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2019/2020
i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
VISI BAHAGIAN MATRIKULASI
Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian
tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional menjelang
2020.
MISI BAHAGIAN MATRIKULASI
Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains,
teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang
berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.
OBJEKTIF BAHAGIAN MATRIKULASI
1. Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi KPM bagi memenuhi keperluan Universiti Awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
3. Menjana lepasan Program Matrikulasi KPM yang berpengetahuan,
kreatif dan berdaya saing.
ii
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii
Visi, Misi dan Objektif Bahagian Matrikulasi ii
BAHAGIAN A : PERATURAN AM PERKARA 1 : Pemakaian Dan Tafsiran 1 PERKARA 2 : Disiplin Am 2 PERKARA 3 : Menghadiri Kuliah, Tutorial, Amali, 3 Bengkel, Aktiviti Kokurikulum, Aktiviti Rasmi Kolej PERKARA 4 : Kad Matrik 4 PERKARA 5 : Kawalan Keselamatan Kolej 4 PERKARA 6 : Peperiksaan 4 PERKARA 7 : Pakaian Dan Penampilan Diri 5 PERKARA 8 : Potongan Rambut, Misai, Janggut 6 Dan Bauk (Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Bil.2/1976) PERKARA 9 : Kegiatan Kokurikulum 7 PERKARA 10 : Penggunaan Bangunan, Kawasan Dan 7 Peralatan PERKARA 11 : Penggunaan Kenderaan 7 PERKARA 12 : Lalu Lintas Dalam Kolej 8 PERKARA 13 : Lawatan 8 PERKARA 14 : Aktiviti/ Program Kolej 9 PERKARA 15 : Menjemput Penceramah/ Pensyarah Luar 9 PERKARA 16 : Menghadiri Ceramah/ Syarahan Yang Bukan 10 Dianjurkan Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
KANDUNGAN MUKA SURAT
PERKARA 17 : Rawatan Perubatan 10 PERKARA 18 : Menyimpan, Mengedar, Menayang Dan 10 Memperdengarkan Penerbitan Bercetak dan Bahan Bukan Bercetak PERKARA 19 : Judi Dalam Kolej 11 PERKARA 20 : Makanan Dan Minuman Yang Dilarang 11 PERKARA 21 : Bahan-Bahan Lucah 11 PERKARA 22 : Penyalahgunaan Dadah (Akta Dadah 12 Berbahaya 1952)/ Racun (Akta Racun 1952) PERKARA 23 : Larangan Merokok 12 PERKARA 24 : Membuli Atau Mencederakan 13 PERKARA 25 : Bahan Letupan 13 PERKARA 26 : Mencuri/ Mengalih/ Meminda/ Mengubah Objek 13 PERKARA 27 : Tingkah Laku Musnah 13 PERKARA 28 : Tingkah Laku Tidak Sopan 13 PERKARA 29 : Berkahwin 14 PERKARA 30 : Rujukan Perubatan/ Hospital 14 PERKARA 31 : Keingkaran 14 BAHAGIAN B : PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN PERKARA 1 : Pemakaian Dan Tafsiran 15 PERKARA 2 : Tatatertib Am Kolej Kediaman 15 PERKARA 3 : Pengesahan Kesempurnaan Bilik Dan 17 Kemudahan-Kemudahan Di Dalamnya PERKARA 4 : Rawatan Perubatan Selepas Waktu Pejabat, 17 Cuti Hujung Minggu dan Cuti Am PERKARA 5 : Barang Kepunyaan Sendiri 18
KANDUNGAN MUKA SURAT
PERKARA 6 : Masa Memadamkan Lampu 18 PERKARA 7 : Penggunaan Peralatan Elektrik 18 PERKARA 8 : Menerima Tetamu 19 PERKARA 9 : Cuti Hujung Minggu/ Cuti Lain 19 PERKARA 10 : Aktiviti Di Blok Kolej Kediaman 20 BAHAGIAN C : PERATURAN KAFETARIA PERKARA 1 : Pemakaian, Pindaan Dan Tambahan 21 PERKARA 2 : Pakaian Semasa Di Kafetaria 21 PERKARA 3 : Penggunaan Kafetaria Untuk Mengadakan Aktiviti 22 PERKARA 4 : Urusan Berjual Beli 22 BAHAGIAN D : PERATURAN PERPUSTAKAAN PERKARA 1 : Peraturan Am Perpustakaan 23 PERKARA 2 : Pendaftaran 24 PERKARA 3 : Kemudahan Pinjaman 24 PERKARA 4 : Peraturan Pinjaman 25 PERKARA 5 : Kehilangan Dan Kerosakan 26 PERKARA 6 : Mencuri Atau Mencacatkan Bahan-Bahan 27 Perpustakaan PERKARA 7 : Kemudahan Internet Perpustakaan 27 BAHAGIAN E : JENIS-JENIS HUKUMAN 29
1
PERATURAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN A
PERATURAN AM PENDAHULUAN Buku peraturan ini disediakan berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan
oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membantu
pengurusan pelajar di kolej matrikulasi KPM. Peraturan yang ditetapkan perlu diguna
pakai oleh semua pelajar demi kesejahteraan pelajar, nama baik kolej khususnya dan
Program Matrikulasi KPM amnya. PERKARA 1 Pemakaian Dan Tafsiran 1.1 Pihak yang tertakluk di bawah semua peruntukan ini ialah semua pelajar yang
mengikuti pengajian Program Matrikulasi KPM.
1.2 Dalam pemakaian peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya
menghendaki makna yang lain;
(a) “Pengetua Kolej Kediaman” bermaksud Ketua Jabatan Pengurusan
Pelajar yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran kolej
kediaman.
(b) “Ketua Felo” bermaksud ketua warden, iaitu pegawai yang
bertanggungjawab ke atas kolej kediaman dan dilantik dalam kalangan
pegawai/ pensyarah dan mengetuai felo kolej kediaman.
(c) “Felo” bermaksud warden, iaitu pegawai utama yang menjaga sesuatu
kolej kediaman dan termasuklah seseorang yang diberi kuasa dengan
sewajarnya untuk bertindak bagi pihak pengurusan kolej.
(d) “Ketua Penyelia Asrama” bermaksud pegawai yang mengurus selia kolej
kediaman.
(e) “Penyelia Asrama” bermaksud pegawai yang membantu Ketua Penyelia
Asrama mengurus selia kolej kediaman.
(f) “Kolej Kediaman” bermaksud asrama, iaitu bangunan yang disediakan
oleh institusi untuk kediaman pelajar.
(g) “Bangunan” bermaksud mana-mana kemudahan fizikal berbentuk
bangunan yang ada di dalam kolej.
2
(h) “Kawasan” bermaksud mana-mana kawasan yang ada di dalam kolej
seperti padang dan gelanggang permainan serta kawasan dalam dan luar
di sekeliling bangunan.
(i) “Kolej” bermaksud institusi pendidikan yang menjalankan Program
Matrikulasi KPM.
(j) “Lawatan keluar kolej” bermaksud apa jua bentuk lawatan anjuran mana-
mana jabatan, unit, kumpulan kokurikulum, kumpulan Matrix Excellence
Programme (MEPro), kumpulan tutorial, persatuan, kelab dan badan-
badan kebajikan.
(k) “Pelajar” bermaksud pelajar Program Matrikulasi KPM.
(l) “Pelajar menetap” bermaksud seseorang pelajar yang tinggal dalam
sesuatu di kolej kediaman.
(m) “Peralatan” bermaksud semua jenis peralatan yang sedia ada dalam
bangunan dan di kawasan kolej.
(n) “Pihak luar” bermaksud pelawat sama ada dalam rombongan yang
mewakili sesuatu institusi kerajaan, institusi pendidikan, agensi-agensi
kerajaan, persatuan-persatuan, kelab-kelab dan badan-badan serta
kumpulan yang sah pendaftarannya di bawah Akta Pertubuhan Negara
1966.
(o) “Tetamu” bermaksud, keluarga dan saudara mara terdekat yang datang
mengunjungi pelajar di kolej. 1.3 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan diedarkan
dalam bentuk helai-cerai dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian
daripada peraturan ini. (Akta 174: Kaedah 3b)
PERKARA 2 Disiplin Am 2.1 Pelajar dikehendaki berkelakuan baik semasa berada di dalam dan di luar kolej
demi menjaga nama baik pelajar, kolej, Bahagian Matrikulasi dan KPM. (Akta 174: Kaedah 3a)
2.2 Atas sebab-sebab keselamatan, pelajar tidak digalakkan memiliki wang tunai
melebihi RM100.00 dan barang kemas bernilai tidak melebihi RM300.00 pada
satu-satu masa.
2.3 Pelajar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang pekerjaan, perniagaan atau
perdagangan sama ada sepenuh atau separa masa sepanjang pengajian.
(Akta 174: Kaedah 14)
3
2.4 Pelajar yang meninggalkan pengajiannya dengan sebab-sebab di bawah
Fasal 7 Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program
Matrikulasi KPM akan dikenakan tindakan sebagaimana yang dinyatakan
dalam fasal tersebut.
2.5 Jika seseorang pelajar telah disabitkan kesalahan bagi sesuatu kesalahan
jenayah di mana-mana mahkamah, pelajar itu akan diberhentikan serta-merta
daripada pengajian. (Akta 174: Seksyen 14.2)
2.6 Atas sebab-sebab keselamatan, pelajar tidak digalakkan memiliki atau membawa peralatan elektronik yang berharga dan bertanggungjawab mendaftar peralatan tersebut di kolej kediaman. Setiap pelajar bertanggungjawab terhadap pemilikan barangan tersebut.
PERKARA 3 Menghadiri Kuliah, Tutorial, Amali, Bengkel, Aktiviti Kokurikulum Dan Aktiviti Rasmi Kolej
3.1 Pelajar wajib menghadiri kuliah, tutorial, amali, bengkel, aktiviti kokurikulum
dan semua aktiviti rasmi kolej.
3.2 Setiap pelajar bertanggungjawab menepati masa ketika menghadiri kuliah,
tutorial, amali, bengkel, aktiviti kokurikulum dan semua aktiviti rasmi kolej.
3.3 Kelewatan lebih daripada sepuluh (10) minit dari bermulanya waktu kuliah,
tutorial, amali, bengkel, aktiviti kokurikulum, pelajar akan dikira tidak hadir
bagi kuliah, tutorial, amali, aktiviti kokurikulum berkenaan.
3.4 Hanya pelajar yang sakit dan dapat mengemukakan sijil cuti sakit yang sah
atau mendapat kebenaran khas atau cuti khas bertulis daripada pengarah kolej
atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej dibenarkan
meninggalkan kuliah, tutorial, amali, bengkel, kokurikulum dan aktiviti rasmi
kolej.
3.5 Sekiranya pelajar tidak hadir, adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk
memaklumkan seberapa segera kepada pegawai yang berkaitan.
(Akta 174: Kaedah 4)
3.6 Kehadiran pelajar bagi setiap subjek yang tidak mencapai 90 peratus boleh
diambil tindakan termasuk dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir
semester Program Matrikulasi KPM. (Akta 174: Kaedah 4)
4
PERKARA 4 Kad Matrik 4.1 Semua pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan mempamerkan
kad matrik yang dikeluarkan oleh pihak kolej semasa berada di dalam kolej.
4.2 Kad matrik tidak dibenarkan untuk dipindah milik.
4.3 Kad matrik yang hilang/ rosak mesti dilaporkan kepada pegawai yang
berkaitan untuk diganti dan kos ditanggung oleh pelajar. (Akta 174: Kaedah 25)
PERKARA 5 Kawalan Keselamatan Kolej 5.1 Pengawal Keselamatan kolej adalah pegawai yang bertanggungjawab
menyelia dan melaporkan keselamatan keseluruhan kolej.
5.2 Seseorang pelajar, pihak luar dan tetamu dikehendaki menunjukkan dokumen
pengenalan diri seperti kad pengenalan, kad matrik, kad pelawat atau lesen
memandu apabila diminta oleh Pengawal Keselamatan, Felo, Ketua Felo atau
pegawai lain yang diberikan kuasa oleh pengarah kolej.
5.3 Seseorang pelajar yang keluar atau masuk lewat dari jam 7.00 malam perlu
mendapat kebenaran daripada pengarah atau pegawai lain yang diberikan
kuasa oleh pengarah kolej.
5.4 Semua pelajar dikehendaki mendaftar keluar masuk kolej di pondok
pengawal pada masa-masa yang dibenarkan oleh kolej. (Akta 174: Kaedah 3b)
PERKARA 6 Peperiksaan
6.1 Pelajar tidak dibenarkan mengambil sebarang peperiksaan luar kecuali
dengan kebenaran Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM sepanjang
tempoh pengajian.
(Fasal 4e: Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program
Matrikulasi KPM)
6.2 Pelajar yang didapati bersalah melakukan penyelewengan akademik dalam
peperiksaan akan dikenakan tindakan tatatertib dan boleh diberi markah 0 bagi
kertas peperiksaan berkenaan atau diberi gred F bagi kursus berkenaan.
Rayuan berhubung perkara ini tidak akan dipertimbangkan.
(Akta 174: Kaedah 3j dan 7A)
5
PERKARA 7 Pakaian Dan Penampilan Diri
7.1 Pakaian semasa menghadiri kuliah, tutorial, amali dan aktiviti rasmi kolej bagi
pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
7.1.1 Pelajar lelaki (a) dikehendaki berpakaian kemas dan sopan;
(b) dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan
berseluar panjang (slack), tali pinggang berwarna hitam/ gelap, tidak bercorak dan tidak melebihi 3 sentimeter lebar serta memakai kasut kulit/ PVC bertutup; dan
(c) dilarang;
i. berseluar pendek,
ii. berseluar jeans,
iii. berkemeja ‘Hawaii’,
iv. berbaju ‘T’,
v. berkasut sukan dan sebarang jenis selipar/ sandal,
vi. tali pinggang yang berkepala besar dan berlambang.
7.1.2 Pelajar perempuan
(a) dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak mengikut susuk
tubuh;
(b) dikehendaki memakai kasut kulit/ PVC bertutup; dan
(c) dilarang; i. berbaju ‘T’, ii. berseluar jeans, berskirt pendek dan berseluar pendek, iii. memakai sebarang jenis baju tanpa lengan dan ketat (mengikut
susuk tubuh), iv. berkasut sukan dan sebarang jenis selipar/ sandal, v. memakai sebarang jenis pakaian yang tidak menampakkan
bahagian muka. 7.2 Pelajar wajib memakai kot makmal/ baju bengkel, kasut bertutup dan pelindung
mata (sekiranya perlu) sepanjang sesi amali/ bengkel.
7.3 Pakaian semasa menghadiri aktiviti kokurikulum;
(a) bagi unit beruniform, pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam yang
ditetapkan; dan
6
(b) bagi sukan dan permainan atau kelab dan persatuan pelajar dikehendaki
memakai seluar trek dan baju ‘T’ kolej atau pakaian yang ditetapkan oleh
pihak kolej.
7.4 Pakaian semasa lawatan keluar kolej
Semasa mengikuti lawatan rasmi ke luar atas nama mana-mana pihak di kolej,
pelajar hendaklah berpakaian sesuai dan tertakluk kepada Peraturan 7.1.1 dan
7.1.2 serta mempamerkan kad matrik.
7.5 Pakaian semasa keluar kolej (outing) (a) pelajar dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak mengikut susuk
tubuh; atau
(b) pakaian formal/ baju ‘T’ kolej/ pakaian yang d ibenarkan o leh pihak kole j .
7.6 Sebarang penambahan, pengecualian dan pelepasan terhadap peraturan ini
adalah berdasarkan makluman/ arahan kolej berkaitan dengannya. (Akta 174: Kaedah 6)
PERKARA 8 Potongan Rambut, Misai, Janggut Dan Bauk (Berdasarkan
Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Bil. 2/1976) 8.1 Pelajar lelaki dilarang berambut panjang. Istilah berambut panjang ialah
seperti berikut;
(a) di belakang - rambut panjang jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua
telinga;
(b) di hadapan - rambut panjang menutupi garisan tengah dahi;
(c) di sisi - rambut menutup kedua-dua cuping telinga atau sebahagian daripadanya dan bauk melebihi paras tengah hidung; dan
(d) di atas - rambut tidak melebihi daripada 6 inci panjang.
8.2 Pelajar lelaki yang bermisai dan berjanggut hendaklah sentiasa mengurusnya
dengan kemas.
8.3 Pelajar perempuan yang berambut panjang dinasihatkan mengikat atau
mendandankannya supaya kelihatan kemas.
8.4 Mewarnakan rambut dilarang sama sekali.
7
PERKARA 9 Kegiatan Kokurikulum 9.1 Semua pelajar diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum.
(Akta 174: Kaedah 4)
9.2 Pelajar boleh memilih jenis kegiatan kokurikulum yang mereka minati. Walau bagaimanapun, Unit Kokurikulum kolej berhak membuat ketentuan terhadap pengagihannya.
PERKARA 10 Penggunaan Bangunan, Kawasan Dan Peralatan 10.1 Penggunaan bangunan, kawasan dan peralatan kolej selepas waktu pejabat,
pada cuti hujung minggu dan pada hari-hari cuti hendaklah mendapat
kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi
kuasa oleh pengarah kolej.
10.2 Setelah menggunakannya hendaklah disusun kembali segala perabot dan
peralatan seperti keadaan asalnya. (Akta 174: Kaedah 31)
10.3 Pelajar tidak dibenarkan membawa pulang peralatan milik kolej tanpa
kebenaran pihak kolej.
10.4 Kehilangan/ kerosakan peralatan perlu dilaporkan segera kepada pegawai yang bertanggungjawab. Jika berlaku kehilangan peralatan, pelajar dikehendaki untuk membuat bayaran ganti rugi mengikut nilai barang tersebut.
PERKARA 11 Penggunaan Kenderaan
11.1 Kenderaan Kolej
(a) Penggunaan kenderaan kolej oleh mana-mana pihak hendaklah
mendapat kelulusan daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang
diberi kuasa oleh pengarah kolej.
(b) Pihak pentadbiran kolej berhak pada bila-bila masa membatalkan
sebarang tempahan terhadap penggunaan kenderaan kolej sekiranya
terdapat keperluan lebih penting oleh pihak kolej.
11.2 Kenderaan Luar
(a) Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kenderaan luar tanpa
pengetahuan pihak kolej termasuk penyewaan kenderaan persendirian.
8
PERKARA 12 Lalu Lintas Dalam Kolej 12.1 Pelajar tidak dibenarkan memiliki atau menggunakan sebarang kenderaan
bermotor di dalam kolej.
12.2 Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan dengan apa cara juga atau
melakukan apa-apa perbuatan yang menghalang atau mengganggu
pergerakan lalu lintas yang licin dan teratur di dalam kolej. (Akta 174: Kaedah 45)
PERKARA 13 Lawatan 13.1 Lawatan ke luar kolej
(a) Permohonan untuk membuat lawatan ke luar kolej hendaklah dikemukakan
kepada pengarah kolej dalam tempoh seperti berikut;
i. bagi lawatan dalam negara - satu bulan sebelum tarikh lawatan; dan
ii. bagi lawatan ke luar negara - tiga bulan sebelum tarikh lawatan. (Akta 174: Kaedah 13)
(b) Surat kebenaran rawatan kecemasan dan dokumen pengenalan diri
seperti kad pengenalan, pasport dan kad matrik hendaklah dibawa
bersama dan keselamatannya terjaga semasa membuat lawatan.
13.2 Menerima lawatan pihak luar ke kolej
(a) Pihak luar yang ingin membuat lawatan ke kolej perlu mendapatkan
kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi
kuasa oleh pengarah kolej.
(b) Mana-mana pihak dalam kolej (termasuk individu) yang ingin menerima
dan membawa pihak luar melawat ke dalam kolej perlu memohon dan
mendapatkan kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai
lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej.
(c) Pihak luar yang ingin menginap di dalam kolej perlu mendapatkan
kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi
kuasa oleh pengarah kolej.
(d) Pihak luar yang melawat ke dalam kolej yang ingin menjalankan sebarang
aktiviti perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau
pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej. Salinan surat
kebenaran berkenaan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan
Pengurusan Pelajar.
9
PERKARA 14 Aktiviti/ Program Pelajar
14.1 Sebarang aktiviti/ program pelajar sama ada di dalam atau di luar kawasan
kolej mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau
pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej.
14.2 Sebarang aktiviti yang dijalankan oleh pelajar hendaklah diiringi oleh
penasihat/ pensyarah sepanjang aktiviti/ program pelajar dijalankan.
14.3 Pelajar adalah dilarang daripada mengadakan, menganjurkan dan
menyertai;
a) sebarang aktiviti/ program yang bercanggah dengan keputusan yang
telah dipersetujui oleh pengarah kolej; dan (Akta 174: Kaedah 9)
b) aktiviti kongsi gelap, maksiat dan aktiviti lain yang menyalahi undang-
undang negara sama ada di dalam atau di luar kawasan kolej. (Akta 174: Kaedah 3a)
14.4 Masa menamatkan semua aktiviti/ program dalam perkara 14.1 pada sebelah
malam ialah tidak lewat daripada jam 11.00 malam. Sebarang aktiviti yang
melewati masa tersebut perlu mendapatkan kebenaran daripada pengarah
kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej. (Akta 174: Kaedah 29)
14.5 Aktiviti riadah pada waktu petang perlu tamat 30 minit sebelum waktu
Maghrib.
PERKARA 15 Menjemput Penceramah/ Pensyarah Luar 15.1 Mana-mana kelab/ pertubuhan/ persatuan pelajar yang ingin menjemput
perceramah/ pensyarah luar hendaklah mengikut peraturan;
(a) Kebenaran daripada pengarah kolej hendaklah diperolehi terlebih dahulu
sebelum penceramah/ pensyarah luar itu dijemput memberi ceramah di
kolej.
(b) Penceramah/ pensyarah yang dijemput hendaklah terdiri daripada pegawai
kakitangan di Kementerian/ Jabatan Kerajaan dari Institusi Pendidikan/
Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan;
(c) Penceramah/ pensyarah yang dijemput tidak boleh dari kalangan ketua/
pemimpin atau ahli sebarang perkumpulan/ persatuan/ pertubuhan yang
tidak disetujui oleh KPM;
10
(d) Perkara yang menjadi tajuk dan isi ceramah hendaklah perkara-perkara
yang bersesuaian dengan tujuan dan objektif kelab/ pertubuhan/ persatuan
yang menjemput dan tidak bercanggah dengan peraturan kolej dan
undang-undang negara; dan
(e) Semasa ceramah/ syarahan diadakan, pensyarah atau penasihat kelab/
badan/ persatuan yang berkenaan hendaklah hadir bersama dan
bertanggungjawab menyediakan dan menghantar laporan bertulis kepada
pengarah kolej atau Bahagian Matrikulasi.
PERKARA 16 Menghadiri Ceramah/ Syarahan Yang Bukan Dianjurkan Oleh
KPM Pelajar tidak dibenarkan menghadiri sebarang ceramah/ syarahan yang bukan
anjuran KPM kecuali dengan kebenaran pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi
kuasa oleh pengarah kolej.
PERKARA 17 Rawatan Perubatan 17.1 Pelajar yang memerlukan rawatan di pusat perubatan kerajaan hendaklah
mendapatkan kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai lain
yang telah diberi kuasa oleh pengarah kolej.
17.2 Kemudahan pengangkutan disediakan kepada pelajar bagi mendapatkan
rawatan kesihatan di klinik kerajaan.
17.3 Pelajar dikehendaki menanggung sendiri kos keseluruhan perubatan jika
ingin mendapatkan perkhidmatan di klinik/ hospital swasta dengan
persetujuan ibu/ bapa/ penjaga.
17.4 Pelajar dibenarkan berada di bilik sakit setelah mendapat kebenaran secara
bertulis dari pengarah kolej atau pegawai yang diberi kuasa oleh pengarah
kolej.
PERKARA 18 Menyimpan, Mengedar, Menayang Dan Memperdengarkan
Penerbitan Bercetak Dan Bahan Bukan Bercetak 18.1 Tiada seorang pelajar dan tiada suatu pertubuhan, kelab atau kumpulan
pelajar boleh menyimpan, mendengar, menayang, menampal dan
memperdengarkan sebarang penerbitan sama ada bercetak atau bukan
bercetak seperti filem, kaset, audio, video dan lain-lain bahan bukan cetak
yang dilarang di bawah Akta Cetakan Negara dan Undang-Undang Negara.
(Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984).
11
18.2 Sebarang bahan penerbitan bercetak dan bahan bukan bercetak yang
hendak diedarkan atau ditontoni atau diperdengarkan kepada pelajar Program
Matrikulasi KPM perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pengarah
kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej.
18.3 Semua urusan surat-menyurat yang menggunakan nama dan logo kolej yang
hendak dibuat edaran sama ada di dalam atau luar kawasan kolej hendaklah
dibuat melalui pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh
pengarah kolej.
18.4 Percetakan sebarang jenis kad yang menggunakan nama dan logo kolej yang
hendak dibuat untuk edaran perlu mendapat kebenaran daripada pengarah
kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej. (Akta 174: Kaedah 12)
PERKARA 19 Judi Dalam Kolej Seseorang pelajar atau kumpulan pelajar tidak boleh terlibat dengan apa-apa jua
cara dalam sebarang aktiviti perjudian di dalam kolej. (Akta 174: Kaedah 17)
PERKARA 20 Makanan Dan Minuman Yang Dilarang
20.1 Seseorang pelajar tidak boleh minum atau ada dalam miliknya atau jagaannya
atau kawalannya apa-apa minuman beralkohol di dalam kolej.
20.2 Seseorang pelajar yang didapati dalam keadaan mabuk di dalam kolej adalah
bersalah atas suatu kesalahan tatatertib.
20.3 Seseorang pelajar tidak boleh minum, makan atau ada dalam miliknya atau
jagaannya atau kawalannya apa-apa minuman, makanan dan bahan-bahan
yang tidak halal di dalam kolej.
(Akta 174: Kaedah 18 dan 3b)
PERKARA 21 Bahan-Bahan Lucah Seseorang pelajar atau kumpulan pelajar tidak boleh memiliki atau dibawa jagaan atau kawalannya, atau mempamer, mengedar, melihat, menonton atau mendengar secara sengaja apa-apa bahan lucah di dalam kolej.
(Akta 174: Kaedah 19)
12
PERKARA 22 Penyalahgunaan Dadah (Akta Dadah Berbahaya 1952)/
Racun (Akta Racun 1952)
22.1 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau
kawalannya apa-apa dadah atau racun.
22.2 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau
kawalannya apa-apa perkakas, alat radas atau barang yang pada pendapat
pihak berkuasa tatatertib adalah direkabentuk bagi memakan atau meminum
atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya secara
suntikan atau dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.
22.3 Tiada seorang pelajar boleh memberi, membekal, mengadakan atau
menawarkan atau bercadang hendak memberi, membekal, mengadakan atau
menawarkan apa-apa dadah atau racun kepada sesiapapun.
22.4 Tiada seorang pelajar boleh makan atau minum atau menghisap atau
menyedut atau memasukkan ke dalam badannya secara suntikan atau dengan
apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.
22.5 Tiada apa-apa juga dalam peraturan ini boleh disifatkan sebagai melarang
seorang pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan oleh seseorang
pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971.
22.6 Pihak kolej berhak pada bila-bila masa meminta seseorang pelajar untuk
menjalani ujian air kencing dan pemeriksaan perubatan.
22.7 Seseorang pelajar yang didapati menggunakan atau mengambil atau
menyalahgunakan atau menagih apa-apa dadah atau racun adalah bersalah
atas suatu kesalahan tatatertib.
(Akta 174: Kaedah 20)
PERKARA 23 Larangan Merokok 23.1 Keseluruhan kawasan kolej adalah Kawasan Larangan Merokok di bawah
Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 1997.
23.2 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaannya atau kawalannya apa-apa hasil tembakau atau rokok atau rokok elektronik (vape).
23.3 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa perkakas, alat radas atau barang yang pada pendapat pihak berkuasa tatatertib adalah direka bentuk bagi memakan atau meminum atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya secara suntikan dengan apa-apa jua cara lain apa-apa hasil tembakau atau rokok.
(Akta 174: Kaedah 26)
13
PERKARA 24 Membuli Atau Mencederakan 24.1 Tiada seorang pelajar dengan apa jua cara boleh membuli seorang pelajar
lain sama ada secara lisan, bertulis dan atau perbuatan.
24.2 Tiada seorang pelajar dengan apa jua cara boleh mendatangkan kecederaan atau kemudaratan kepada diri sendiri dan atau orang lain. (Akta 174: Kaedah 3a dan 3b)
PERKARA 25 Bahan Letupan 25.1 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau
kawalannya apa-apa bahan letupan, mercun atau bunga api.
25.2 Tiada seorang pelajar boleh memberi, membekal, mengadakan atau menawarkan atau bercadang hendak memberi, membekal, mengadakan atau menawarkan apa-apa bahan letupan, mercun atau bunga api kepada sesiapapun mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957.
(Akta 174: Kaedah 3b dan 22)
PERKARA 26 Mencuri/ Mengalih/ Meminda/ Mengubah Objek
Tiada seorang pelajar boleh mencuri/ mengalih/ meminda/ mengubah objek, harta benda kepunyaan kolej atau kepunyaan mana-mana individu tanpa kebenaran.
(Akta 174: Kaedah 3h)
PERKARA 27 Tingkah Laku Musnah
Tiada seorang pelajar boleh memusnah, merosak atau mencacatkan harta benda kepunyaan kolej atau kepunyaan mana-mana individu lain atau harta benda yang berada di dalam kawasan kolej.
(Akta 174: Kaedah 3g)
PERKARA 28 Tingkah Laku Tidak Sopan
28.1 Tiada seorang pelajar boleh berkelakuan kurang sopan terhadap mana-mana
pegawai, kakitangan yang bertugas di kolej atau pelajar lain.
(Akta 174: Kaedah 3a)
28.2 Tiada seorang pelajar dibenarkan berkelakuan tidak sopan pada setiap masa
dan di mana-mana tempat di dalam atau luar kawasan kolej.
14
PERKARA 29 Berkahwin
Pelajar tidak dibenarkan berkahwin sebelum atau semasa tempoh pengajiannya.
(Fasal 5h: Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi KPM) PERKARA 30 Rujukan Perubatan/ Hospital
30.1 Tiada apa-apa juga dalam peraturan ini boleh disifatkan sebagai melarang
pihak kolej merujuk mana-mana pelajar jika didapati perlu menjalani apa-apa
rawatan oleh seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta
Perubatan 1971.
30.2 Seseorang pelajar yang mempunyai masalah kesihatan serius perlu
mengistiharkan status kesihatan kepada pengarah kolej atau pegawai yang
diberi kuasa oleh pengarah kolej.
PERKARA 31 Keingkaran
Seseorang pelajar mestilah mematuhi atau tidak melanggar apa-apa arahan atau
kehendak yang dikeluarkan oleh pengarah kolej atau mana-mana pegawai yang
diberi kuasa olehnya. (Akta 174: Kaedah 26)
15
BAHAGIAN B
PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN PERKARA 1 Pemakaian Dan Tafsiran 1.1 Pihak yang tertakluk di bawah semua peruntukan ialah semua pelajar Program
Matrikulasi KPM.
1.2 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan diedarkan dalam
bentuk helai-cerai dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada
peraturan ini. PERKARA 2 Tatatertib Am Kolej Kediaman 2.1 Semua pelajar Program Matrikulasi KPM diwajibkan tinggal di kolej kediaman.
2.2 Tiada sesiapa boleh memasuki, menetap atau berada dalam bilik yang diduduki
pelajar kecuali pelajar menetap itu sendiri;
(a) dengan syarat bahawa perenggan ini tidaklah dipakai bagi seseorang
kakitangan, pegawai, pekerja kolej yang memasuki bilik itu dengan
maksud menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya, atau bagi
sesiapa yang memasukinya atau berada di dalamnya mengikut sesuatu
kebenaran secara lisan atau secara bertulis oleh pengarah kolej; dan
(b) dengan syarat bahawa perenggan ini tidak boleh disifatkan sebagai
melarang seseorang pelajar menetap lain daripada jantina yang sama
untuk lawatan sosial. (Akta 174: Kaedah 27)
2.3 Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan sesuatu untuk menghalang,
menentang atau menahan seseorang pegawai, kakitangan, pekerja kolej
daripada memasuki mana-mana bilik di kolej kediaman bagi tujuan menjalankan
tugas, kewajipan atau tanggungjawab di bilik itu. (Akta 174: Kaedah 28)
2.4 Seseorang pelajar menetap tidak boleh berada di luar blok kolej kediaman
masing-masing selepas jam 11.00 malam kecuali dengan kebenaran yang diberi
oleh pengarah kolej atau pegawai yang diberi kuasa. (Akta 174: Kaedah 29 dan 30)
2.5 Pelajar yang menetap di sebuah kolej kediaman yang berkaitan tidak boleh
berada dalam premis kolej kediaman lain, melainkan dengan kebenaran Ketua
Felo/ Felo dan kebenaran itu direkodkan.
16
2.6 Penggunaan premis dan larangan-larangan;
(a) seseorang pelajar menetap hendaklah menggunakan premis kolej
kediaman dengan cermat yang sewajarnya dan tidak melakukan sesuatu
yang mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan
benda atau kelengkapan yang ada di dalamnya;
(b) seseorang pelajar bertanggungjawab untuk membuat aduan secara bertulis
terhadap sebarang bentuk kerosakan di kolej kediaman kepada Penyelia
Asrama.
(c) sepanjang tempoh menggunakan premis kolej kediaman dan kemudahan-
kemudahan di dalamnya, seseorang pelajar menetap hendaklah berhemat
dan cermat bagi memastikan supaya ia tidak menyebabkan apa-apa
kesusahan, kegusaran, halangan atau gangguan kepada orang lain.
(Akta 174: Kaedah 31)
(d) seseorang pelajar menetap sama sekali dilarang memasak di dalam
biliknya kecuali dalam bilik yang disediakan.
(Akta 174: Kaedah 31 (3))
(e) seseorang pelajar menetap tidak boleh ada di dalam miliknya atau di
bawah jagaannya atau kawalannya apa-apa jenis binatang di dalam
biliknya atau premis kolej kediaman.
2.7 Seseorang pelajar menetap yang telah diperuntukkan sesebuah bilik tidak
boleh menukar tempat tinggalnya ke mana-mana bilik lain tanpa mendapat
kebenaran secara bertulis daripada Pengetua Kolej Kediaman.
(Akta 174: Kaedah 32)
2.8 Menjadi tanggungjawab pelajar menetap memaklumkan kepada Felo
sekiranya rakan sebilik tidak berada/ bermalam di bilik penginapan lebih
daripada sehari (24 jam) tanpa sebab.
2.9 Arahan mengosongkan bilik atau berpindah;
(a) seseorang pelajar menetap tinggal di sesuatu kolej kediaman mengikut
budi bicara dan kuasa mutlak pihak kolej;
(b) pihak kolej boleh menghendaki seseorang pelajar menetap
mengosongkan tempat tinggalnya atau berpindah ke tempat lain yang
disediakan oleh kolej pada bila-bila masa tanpa memberi sebab; dan
(c) jika seseorang pelajar menetap dikehendaki mengosongkan atau
berpindah dari tempat tinggalnya, ia hendaklah berbuat demikian dalam
tempoh yang ditetapkan oleh pihak kolej dan hendaklah dalam tempoh itu
mengeluarkan semua barang kepunyaannya daripada tempat tinggal
17
yang ia dikehendaki mengosongkan atau dari tempat ia dikehendaki
berpindah.
(Akta 174: Kaedah 33)
(d) Pelajar perlu menyerahkan semula kunci dan peralatan yang diterima
dalam keadaan sempurna kepada penyelia asrama atau pegawai yang
diberi kuasa.
2.10 Semua pelajar wajib mengosongkan kolej kediaman semasa cuti semester
atau selepas menamatkan pengajian.
2.11 Borang Daftar Keluar Kolej Kediaman perlu diisi, disahkan dan mesti
diserahkan di pondok pengawal keselamatan sebelum meninggalkan kolej
kerana tangguh pengajian/ berpindah/ berhenti pengajian/ selepas tamat
pengajian.
2.12 Felo atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej boleh,
dari semasa ke semasa memberi secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah
atau arahan yang difikirkan perlu atau bermanfaat untuk memelihara
ketenteraman dan tatatertib dalam kolej kediaman, dan perintah atau arahan
itu boleh pada amnya mengenai semua pelajar atau seseorang pelajar
tertentu, dan adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar menetap yang diberi
perintah atau arahan itu mematuhi dan melaksanakannya.
(Akta 174: Kaedah 34)
PERKARA 3 Pengesahan Kesempurnaan Bilik Dan Kemudahan-
Kemudahan Di Dalamnya
3.1 Semua pelajar dikehendaki mengisi borang pengesahan kesempurnaan bilik
dan kemudahan asas yang disediakan. Borang tersebut hendaklah
dikembalikan dalam masa tujuh hari dari tarikh menetap di kolej kediaman.
3.2 Sebelum seseorang pelajar menyerahkan balik kunci biliknya kepada
Penyelia Asrama, ia hendaklah memastikan dan mengesahkan yang keadaan
bilik dan kemudahan asas yang disediakan dalam keadaan sempurna. (Akta 174: Kaedah 31)
PERKARA 4 Rawatan Perubatan Selepas Waktu Pejabat, Cuti Hujung
Minggu Dan Cuti Am
Pelajar menetap yang memerlukan rawatan kecemasan atau sakit selepas waktu
pejabat, cuti hujung minggu atau pada cuti am hendaklah memberitahu Ketua Felo/
Felo dan jika perlu akan dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan.
18
PERKARA 5 Barangan Kepunyaan Persendirian 5.1 Pelajar menetap hendaklah menyimpan wang dan barang-barang kepunyaan
sendiri di tempat yang selamat. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab atas
sebarang kehilangan.
5.2 Segala pakaian (termasuk kasut) yang basah hendaklah disidai atau dijemur
ditempat yang disediakan. Sebelum dijemur di ampaian pastikan pakaian
basah diperah supaya air di pakaian tidak menitik pada pakaian orang lain di
tingkat bawah.
5.3 Semasa cuti semester atau semasa tidak lagi menetap di kolej kediaman
semua barang persendirian hendaklah dikeluarkan dari bilik.
5.4 Sekiranya pelajar hendak menumpangkan barang-barang persendirian
semasa cuti semester di dalam stor blok kolej kediaman perlu mendapat
kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau Pengetua Kolej Kediaman.
Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan barang persendirian yang
ditumpangkan.
PERKARA 6 Masa Memadam Lampu 6.1 Lampu utama bilik kolej kediaman hendaklah dipadamkan selewat-lewatnya
pada jam 12.00 tengah malam pada tiap-tiap malam. Walau bagaimanapun
lampu meja boleh digunakan jika diperlukan.
6.2 Penggunaan bilik-bilik khas selepas jam 12.00 tengah malam perlu
mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Felo/ Felo.
6.3 Pelajar menetap hendaklah memadamkan lampu dan mematikan kipas angin
jika tiada sesiapa di dalam bilik atau apabila meninggalkan bilik masing-
masing.
6.4 Pelajar terakhir menggunakan bilik khas bertanggungjawab memastikan
semua suis elektrik dan kipas di bilik berkenaan dimatikan.
6.5 Pelajar menetap dilarang membuat bising terutama selepas masa lampu di
padam.
PERKARA 7 Penggunaan Peralatan Elektrik 7.1 Pelajar menetap dilarang menggunakan peralatan elektrik seperti peralatan
audio visual, peti televisyen, perakam dan pemain video, peti sejuk, cerek,
dapur, periuk, pemanas air dan seterika di dalam bilik kolej kediaman.
19
7.2 Pelajar yang menggunakan cerek elektrik dan seterika elektrik hendaklah
menggunakannya di bilik ‘pantri’ atau bilik rehat blok kolej kediaman.
7.3 Pelajar menetap di larang sama sekali membuat sambungan haram di dalam
bilik masing-masing untuk sebarang peralatan elektrik.
7.4 Radio dan peralatan audio hanya boleh digunakan sebelum jam 12.00 tengah
malam dan tidak mengganggu penghuni lain.
7.5 Pihak kolej akan mengambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab
menyebabkan kemalangan yang berpunca daripada sambungan haram dan
kerosakan alatan elektrik yang digunakan di bilik kolej kediaman masing-
masing dan apa jua kemalangan terhadap pelajar menetap lain yang
disebabkan oleh kecuaian atau mengingkari peraturan-peraturan kolej
kediaman yang telah diperuntukkan. (Akta 174: Kaedah 31)
PERKARA 8 Menerima Tetamu 8.1 Pelajar menetap tidak dibenarkan membawa tetamu memasuki mana-mana
kawasan blok kolej kediaman dan hanya boleh menerima tetamu di tempat
yang ditetapkan.
8.2 Pelajar hendaklah memaklumkan kepada tetamu supaya meninggalkan
kawasan kolej sebelum jam 7.00 malam.
8.3 Kenderaan tetamu hendaklah diletakkan di medan letak kenderaan yang
disediakan sahaja.
8.4 Pelajar hendaklah memaklumkan kepada tetamu supaya tidak menjalankan
aktiviti dalam kawasan kolej tanpa kebenaran bertulis daripada pengarah kolej
atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej.
8.5 Seseorang pelajar menetap adalah bertanggungjawab terhadap kelakuan baik
tetamu mereka dan memastikan semua peraturan kolej dipatuhi semasa
mereka berada di dalam kolej.
PERKARA 9 Cuti Hujung Minggu/ Cuti Lain 9.1 Pelajar menetap dibenarkan bercuti dan berada di luar kolej dalam sesuatu
semester untuk menziarahi keluarga dan sanak saudara mengikut tempoh
yang ditetapkan oleh kolej. Permohonan untuk tujuan itu hendaklah diisi dalam
borang khas/ dalam talian yang disediakan.
20
9.2 Borang permohonan/ permohonan secara dalam talian tersebut hendaklah
disampaikan kepada Ketua Felo/ Felo/ pegawai yang bertanggungjawab
untuk kelulusan pada masa yang ditetapkan.
9.3 Jika berlaku sebarang kecemasan dan memerlukan seseorang pelajar
menetap itu berada di luar kolej, pelajar menetap yang berkenaan hendaklah
mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Felo/ Felo/ pegawai yang
bertanggungjawab.
9.4 Ibu bapa atau waris yang ingin membawa pelajar keluar bermalam khas
perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Felo/ Felo/ pegawai yang
bertanggungjawab.
PERKARA 10 Aktiviti Di Blok Kolej kediaman 10.1 Semua aktiviti blok termasuk mesyuarat jawatankuasa blok kolej kediaman
hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Felo/ Felo.
10.2 Sebarang kejadian seperti kecurian, pergaduhan, pencerobohan orang luar,
aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan lain-lain hendaklah diberitahu kepada
Ketua Felo/ Felo bertugas dengan seberapa segera.
10.3 Sebarang aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman penghuni kolej
kediaman yang melibatkan bunyi bising dan tingkah laku di luar kawalan
adalah tidak dibenarkan.
21
BAHAGIAN C PERATURAN KAFETARIA
PERKARA 1 Pemakaian, Pindaan Dan Tambahan 1.1 Pihak yang tertakluk di bawah semua peruntukan ini ialah semua pelajar yang
sah berdaftar dan menetap di kolej kediaman.
1.2 Mereka yang mendapat kebenaran bertulis bagi menggunakan kafetaria atas
sesuatu tujuan seperti mengadakan majlis-majlis yang tidak bercanggah
dengan peruntukan peraturan kolej.
1.3 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan diedarkan dalam
bentuk helai-cerai dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada
peraturan ini.
PERKARA 2 Pakaian Semasa Di Kafetaria
2.1 Pelajar hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mengikut susuk tubuh.
2.2 Pelajar lelaki dilarang;
(a) berkain pelikat sarung, (b) berseluar jeans, (c) berseluar pendek, (d) memakai sebarang jenis baju tanpa lengan, (e) pakaian tidur (pijama), (f) seluar bermuda (seluar bersaiz tiga suku), (g) leggings, (h) tuala.
2.3 Pelajar perempuan dilarang;
(a) berseluar jeans, (b) berseluar pendek, (c) memakai sebarang jenis baju tanpa lengan dan ketat (mengikut susuk tubuh), (d) berkain batik atau pario, (e) pakaian tidur (pijama), (f) seluar bermuda (seluar bersaiz tiga suku), (g) leggings, (h) tuala, (i) skirt pendek, (j) berkain telekung.
22
PERKARA 3 Penggunaan Kafetaria Untuk Mengadakan Aktiviti 3.1 Mana-mana persatuan, kelab dan pihak lain di kolej yang hendak menggunakan
kafetaria sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti hendaklah memohon dan mendapatkan kebenaran daripada pengarah kolej atau pegawai yang diberi kuasa.
3.2 Pelajar lelaki/ perempuan dibenarkan berada di kafetaria kolej kediaman pelajar perempuan/ lelaki dari jam 7.00 pagi sehingga jam 7.00 malam. Sekiranya penggunaan premis kafetaria ini melebihi waktu yang ditetapkan, pelajar perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Felo/ Felo/ Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar/ Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar.
3.3 Selepas menggunakan kemudahan di kafetaria, semua perabot hendaklah
disusun atur semula seperti asalnya. (Akta 174: Kaedah 31)
3.4 Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan ke bilik masing-masing kecuali
untuk rakan yang sakit.
PERKARA 4 Urusan Berjual Beli
Pelajar tidak dibenarkan berhutang dengan pihak pengurusan kafetaria.
(Akta 174: Kaedah 3b)
23
BAHAGIAN D PERATURAN PERPUSTAKAAN
PERKARA 1 Peraturan Am Perpustakaan 1.1 Pelajar perlu memakai dan mempamerkan kad matrik di dalam perpustakaan.
Pelajar tidak dibenarkan masuk jika tiada kad matrik.
1.2 Untuk menjaga kepentingan semua, pelajar dilarang berbual-bual dalam kawasan perpustakaan melainkan di bilik perbincangan.
1.3 Merokok, makan dan minum adalah dilarang sama sekali.
1.4 Beg, payung, bungkusan dan sebagainya, tidak boleh dibawa masuk ke dalam
perpustakaan. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut disediakan di pintu masuk. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barang-barang tersebut. (Laci-laci berkunci boleh ditempah di Kaunter Perkhidmatan).
1.5 Pihak perpustakaan memerlukan kerjasama semua pelajar untuk memelihara
susunan perabot supaya kemas dan teratur.
1.6 Pelajar dikehendaki membuang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan.
1.7 Pelajar hendaklah meletakkan buku yang telah digunakan sebaik-baiknya ke
tempat asal atau di atas troli yang disediakan. Jangan longgokkan buku di atas meja/ tempat membaca.
1.8 Menempah tempat duduk tidak dibenarkan. Buku dan alat-alat lain yang
ditinggalkan di atas kerusi dan meja akan dipungut oleh pegawai bertugas. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan barang hak milik perseorangan.
1.9 Pelajar mesti berpakaian kuliah pada waktu pejabat. Pakaian lain yang kurang
sesuai tidak dibenarkan di dalam perpustakaan.
1.10 Pegawai yang bertugas berkuasa mengarahkan seseorang pelajar meninggalkan perpustakaan jika didapati mengganggu ketenteraman perpustakaan.
1.11 Ketika hendak keluar dari perpustakaan, pelajar hendaklah menunjukkan semua
buku dan fail kepada pegawai yang bertugas di pintu keluar untuk pemeriksaan.
1.12 ‘Buzzer’ akan dibunyikan sepuluh minit sebelum masa perpustakaan ditutup dan semua pelajar dikehendaki meninggalkan perpustakaan apabila mendengar isyarat tersebut. Urusan pinjaman dan mengembalikan buku tidak dibenarkan selepas ‘buzzer’ dibunyikan.
24
1.13 Waktu rasmi untuk sebarang urusan perpustakaan adalah mengikut jam kaunter perpustakaan.
1.14 Masa perkhidmatan perpustakaan boleh dipinda dari semasa ke semasa.
Pengumuman akan diletakkan di papan kenyataan perpustakaan.
1.15 Perpustakaan dibuka kepada pelajar jam 8.30 pagi. Bagaimanapun sekiranya kuliah diadakan awal daripada waktu tersebut, pensyarah berkenaan boleh memohon kepada pustakawan supaya membenarkan pelajar masuk.
1.16 Semua pengguna tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kolej dari
semasa ke semasa.
PERKARA 2 Pendaftaran
2.1 Perpustakaan memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada pensyarah,
kakitangan sokongan dan pelajar kolej sahaja.
2.2 Semua pelajar adalah ahli perpustakaan secara automatik. 2.3 Kad matrik pelajar akan digunakan pada setiap kali urusan pinjaman dan
pemulangan dibuat.
2.4 Semua pengguna tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kolej dari semasa ke semasa.
PERKARA 3 Kemudahan Pinjaman
3.1 Buku Rak Terbuka dan Buku Bertanda Kuning boleh dipinjam dua buah buku selama seminggu.
3.2 Buku bertanda merah
Sebuah buku dibenarkan untuk dipinjam selama dua jam. Pinjaman semalaman dibenarkan dengan syarat buku dikembalikan sebelum jam 9.00 pagi pada keesokan harinya.
3.3 Bahan-bahan terbitan bersiri
Terbitan bersiri yang belum berjilid hanya boleh digunakan di perpustakaan sahaja.
3.4 Bahan rujukan
Bahan-bahan rujukan boleh digunakan di perpustakaan sahaja. Peminjaman bahan-bahan rujukan yang tertentu selama satu minggu hanya dengan kebenaran pustakawan.
25
3.5 Alat pandang-dengar
Hanya pensyarah sahaja boleh meminjam alat pandang-dengar. Tempohnya akan ditetapkan oleh pustakawan. Pelajar-pelajar lain hanya boleh menggunakanya di dalam perpustakaan sahaja. Pustakawan boleh menggunakan budi bicara untuk membenarkan pinjaman alat pandang-dengar dibawa keluar dari perpustakaan atas alasan-alasan tertentu.
3.6 Peralatan
Peralatan seperti projektor filem slaid, radio, pemain video, kamera video dan sebagainya boleh dipinjam dan dibawa keluar dari perpustakaan dengan mengisi borang khas dan mendapat kebenaran pustakawan.
3.7 Akhbar dan bahan bercetak yang lain adalah untuk rujukan di dalam
perpustakaan kolej sahaja. PERKARA 4 Peraturan Pinjaman 4.1 Peraturan am pinjaman buku rak terbuka
(a) Bawa buku yang hendak dipinjam kepada kaunter pinjaman.
(b) Tunjuk kad matrik untuk identifikasi.
(c) Pastikan tarikh pulang dicap di dalam buku.
(d) Kembalikan buku sebelum atau pada tarikh pemulangan seperti yang
dicap pada buku.
(e) Peminjam boleh diminta untuk memulangkan buku-buku yang dipinjam
sekiranya diperlukan.
(f) Pinjaman antara perpustakaan boleh diuruskan tetapi dikenakan bayaran.
4.2 Buku-buku bertanda merah
(a) Bagi buku-buku yang permintaannya tinggi, seseorang pelajar tidak
dibenarkan menempah sesebuah buku yang sama lebih daripada sekali
pada hari yang sama.
(b) Bahan-bahan yang ditempah mesti diambil oleh pelajar yang membuat
tempahan.
(c) Buku yang ditempah akan disimpan selama sepuluh minit dan akan
dipinjamkan kepada pembaca lain jika tidak diambil dalam jangka masa
tersebut.
26
(d) Penempahan untuk pinjaman satu malam boleh dibuat pada waktu-waktu
yang ditetapkan oleh perpustakaan, iaitu setengah jam sebelum perpustakaan ditutup. Buku tersebut mesti dipulangkan dalam masa setengah jam selepas perpustakaan dibuka.
4.3 Membaharui Pinjaman
Bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam boleh diperbaharui tarikh pinjamannya kecuali ia telah ditempah oleh pelajar lain. Kembalikan buku yang dipinjam supaya tarikh baharu dapat dicap.
4.4 Tempahan
(a) Bahan-bahan di perpustakaan boleh ditempah
(b) Bahan-bahan yang telah ditempah akan disimpan selama lima hari dari tarikh notis penempahan dikeluarkan. Selepas tempoh ini, bahan-bahan tersebut akan ditempatkan semula di rak-rak buku atau dipinjamkan kepada pelajar lain.
(c) Pelajar boleh membaharui pinjaman melalui telefon.
(d) Berikan butiran yang dikehendaki seperti nombor ahli dan judul buku.
Membaharui pinjaman melalui telefon mesti dibuat sebelum tempoh pinjaman seperti dicatat di buku tamat.
4.5 Buku-buku yang melewati tarikh/ masa pemulangan
Pelajar akan didenda sekiranya lewat memulangkan buku pinjaman.
4.6 Panggilan balik
Semua buku dan bahan perpustakaan yang dipinjam tertakluk kepada panggilan
balik dari perpustakaan dan hendaklah dipulangkan sebaik sahaja notis-notis
untuk berbuat demikian diterima.
PERKARA 5 Kehilangan Dan Kerosakan 5.1 Buku
5.1.1 Pelajar yang menghilangkan/ merosakkan buku perlu melaporkan kepada
pustakawan dengan segera.
5.1.2 Pelajar perlu mengganti buku atau membayar harga buku mengikut harga
pasaran bagi setiap buku yang hilang/ rosak.
27
5.1.3 Jika buku yang hilang/ rosak terdiri daripada satu set/ siri, pelajar perlu
mengganti buku atau membayar dengan harga set buku tersebut.
5.1.4 Sekiranya pelajar mengganti buku judul yang sama (bukan fotokopi),
denda lewat masih dikenakan tetapi bayaran pengurusan tidak
dikenakan. 5.2 Peralatan/ Perisian
5.2.1 Pelajar yang menghilangkan peralatan/ perisian perlu membayar kos
peralatan/ perisian yang sama mengikut harga pasaran.
5.2.2 Kos pembaikan peralatan/ perisian yang rosak semasa dipinjam oleh
pelajar ditanggung oleh pelajar sendiri.
PERKARA 6 Mencuri Atau Mencacatkan Bahan-Bahan Perpustakaan
Mencuri atau mencacatkan buku dan bahan-bahan lain di perpustakaan merupakan satu kesalahan dan akan didakwa.
(Akta 174:Kaedah 3h dan 3i)
PERKARA 7 Kemudahan Internet Perpustakaan
7.1 Peraturan menggunakan internet
(a) Semua pelajar kolej dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini.
(b) Kad matrik akan disimpan semasa menggunakan perkhidmatan internet ini.
(c) Penggunaan dihadkan kepada masa satu jam sekali atas dasar ‘siapa
datang dahulu’.
(d) Lengkapkan borang pendaftaran perkhidmatan internet di kaunter sebelum
menggunakan perkhidmatan ini.
(e) Penggunaan perkhidmatan ini atas tujuan pembelajaran, pengajaran dan
penyelidikan sahaja.
(f) Pengaksesan kepada bahan lucah atau berupa ancaman tidak dibenarkan
dan akan dikenakan tindakan.
(Akta 174:Kaedah 19)
(g) Muat turun hanya dibenarkan dengan menggunakan pemacu pena/
pemacu jari yang telah diimbas.
(h) Penggunaan perisian persendirian tidak dibenarkan.
28
7.2 Hak/ Keistimewaan
(a) Akses internet bukanlah hak tetapi satu keistimewaan sahaja.
(b) Keistimewaan ini akan ditarik balik sekiranya pelajar didapati
menyalahgunakannya.
7.3 Tingkah laku musnah (Vandalisme)
(a) Tingkah laku musnah ialah satu tindakan yang tidak bertimbang rasa ke
atas perisian atau perkakasan komputer.
(b) Tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar yang didapati bersalah. (Akta 174: Kaedah 3g)
29
BAHAGIAN E
JENIS-JENIS HUKUMAN
Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh
dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-
mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali;
(a) amaran; (b) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00);
(c) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-
kemudahan kolej selama tempoh yang ditentukan;
(d) penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di kolej selama tempoh yang ditentukan;
(e) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di kolej;
(f) penyingkiran daripada mana-mana bahagian kolej selama tempoh yang ditentukan;
(g) pembuangan daripada kolej oleh pihak berkuasa tatatertib.
(Akta 174: Kaedah 48)