definisi pembersihan etnik (autosaved)

24
Definisi Pembersihan Etnik Pembersihan etnik bererti memaksa kumpulan etnik lain keluar dari kediaman dan kawasan yang diduduki mereka,dan sekiranya mereka enggan, mereka akan dibunuh. Tujuannya adalah mendominasi kawasan tersebut untuk kepentingan kumpulan etnik tertentu. Puak Serb di Bosnia berubah kepada pembersihan etnik sebagai salah satu cara untuk menghapuskan kumpulan etnik pembangkang. Diertikan sebagai “Pemindahan paksa kumpulan etnik dari sesuatu wilayah, disertai dengan pembunuhan dan pelanggaran hak manusia”GoldsteinSerbs. Perbezaan Etnik di Yugoslavia Republik Croatia : (4.67 juta) Agama: 77% Roman Katolik; 11% Serbia Ortodok Kerakyatan: 78% Croat,12% Serbia Republik Persekutuan Yugoslavia (termasuk Kosovo, dan pelarian): (11.21 juta) Agama: 65% Serbia Ortodok, 19% Islam, 4% Roman Katolik, 1% Protestan, 11% lain-lain Kerakyatan: 63% Serbia, 14% Albania, 6% Montenegro, 4% Hungary, 13% lain-lain Republik Bosnia dan Herzegovina: (3.36 juta)

Upload: kris-patih

Post on 15-Dec-2015

1.429 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

Definisi Pembersihan Etnik

Pembersihan etnik bererti memaksa kumpulan etnik lain keluar dari kediaman dan

kawasan yang diduduki mereka,dan sekiranya mereka enggan, mereka akan dibunuh.

Tujuannya adalah mendominasi kawasan tersebut untuk kepentingan kumpulan etnik tertentu.

Puak Serb di Bosnia berubah kepada pembersihan etnik sebagai salah satu cara untuk

menghapuskan kumpulan etnik pembangkang. Diertikan sebagai “Pemindahan paksa

kumpulan etnik dari sesuatu wilayah, disertai dengan pembunuhan dan pelanggaran hak

manusia”GoldsteinSerbs.

Perbezaan Etnik di Yugoslavia

• Republik Croatia : (4.67 juta)

– Agama: 77% Roman Katolik; 11% Serbia Ortodok

– Kerakyatan: 78% Croat,12% Serbia

• Republik Persekutuan Yugoslavia (termasuk Kosovo, dan pelarian): (11.21 juta)

– Agama: 65% Serbia Ortodok, 19% Islam, 4% Roman Katolik, 1% Protestan,

11% lain-lain

– Kerakyatan: 63% Serbia, 14% Albania, 6% Montenegro, 4% Hungary, 13%

lain-lain

• Republik Bosnia dan Herzegovina: (3.36 juta)

– Agama: 40% Islam, 31% Serbia Ortodok, 15% Roman Katolik

– Kerakyatan:40% Serbia, 38% Muslim,  22% Croatia

Page 2: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

Pendahuluan

Yugoslavia merupakan salah satu negara yang terhasil daripada Perang Dunia

Pertama, tetapi kemudiannya berpecah di penghujung era Perang Dingin. Perlembagaan

Yugoslavia pada tahun 1974 adalah gabungan elemen persekutuan dan persekutuan negeri-

negeri sekaligus membuktikan Yugoslavia merupakan sebuah negara yang goyah. Kematian

Joseph Tito pada tahun 1980 dan ketiadaan kuasa menggantikan beliau

menjadikan Yugoslavia berdepan dengan era keruntuhan. Desakan ekonomi,krisis politik

dalaman, disusuli dengan gerakan nasionalisma dan tuntutan pemisahan wilayah

menambahkan lagi kelemahan Yugoslavia.

Pada tahun 1980-an, ekonomi Yugoslavia yang sebelum ini berada di tahap yang baik

menjadi lemah disebabkan oleh sistem pentadbiran yang tidak efektif. Gerakan nasionalisma

semakin kuat di seluruh negara. Pada tahun 1986, golongan intelek di Akademi Sastera dan

Sains di Belgrade telah mengeluarkan satu memorandum menyeru kebangkitan

nasionalis Serbia. Berikutan dari tindakan, ditambah pula dengan semangat anti komunis,

pergerakan nasionalisme kemerdekaan menjadi semakin kuat di Slovenia dan Croatia.

Semasa era Tito, beliau cuba mensosialkan rakyat Yugoslavia dengan satu budaya

hidup yang sama. Penganut Muslim dan Kristian diberi peringatan bahawa pengamalan ajaran

agama masing-masing mampu menyebabkan kedua-dua pihak saling bermasam muka dan

menyekat proses sosial antara etnik. Cara hidup dan cara berpakaian Islam tradisional telah

dibasmi sehingga tiada ciri-ciri yang dapat membezakan Muslim dengan yang lain, hanya

nama keluarga sahaja yang dapat mencirikan agama mereka. Pendek kata, segelintir sahaja

menyerlahkan identiti Islam. Sesiapa yang mengamalkan ajaran agama akan dibenci oleh

masyarakat atau dipenjarakan. Bentuk pencegahan konflik yang dilaksanakan oleh Tito adalah

Tekanan serta Penafian Konflik.

Page 3: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

Punca Krisis

Pada Januari 1990, Parti Komunis, institusi utama kepada penyatuan

rakyat Yugoslavia musnah sama sekali apabila delegasi Slovenia bertindak  keluar daripada

Kongres Yugoslavia. Pilihanraya yang melibatkan berbagai parti telah berlangsung beberapa

bulan kemudian menjadikan golongan nasionalis berkuasa di semua wilayah.

Krisis perlembagaan adalah faktor terakhir kepada kemusnahan Yugoslavia ini. Berdasarkan

kepada sistem penggiliran presiden yang dibuat selepas kematian Tito, Stipe Mesic iaitu

seorang Croat sepatutnya menjadi Presiden pada 15 Mei 1991. Serbia dengan

sokongan Montenegro, menghalang perlantikan ini.  Slovenia masalah persekutuan ini dengan

mengisytiharkan kemerdekaannya pada 25 Jun 1991 diikuti dengan konflik yang singkat

tanpa masalah etnik dengan Serbia. Perjuangan Croatia untuk merdeka menjadi lebih sukar

apabila Fanjo Tudjman, seorang nasionalis dari Kesatuan Demokratik Croatia (HDZ)

memenangi pilihanraya pada Mei 1990, ini menyebabkan keregangan hubungan dengan

majoriti Serb Croat dengan membangkitkan sejarah lama tentang negara Ustasha fasis yang

dibentuk pada Perang Dunia Kedua. Diikuti pengumuman draf perlembagaan yang tidak

menyebut tentang perlindungan minoriti Serb atau hak-hak budaya mereka, Serb di kawasan

Knin melancarkan kebangkitan pada Ogos 1990 menuntut kuasa autonomi ke atas kawasan-

kawasan yang didominasi Serb di Bosnia. Deklarasi kemerdekaan pada 25 Jun 1991

mencetuskan tentangan yang begitu hebat. Pergaduhan yang melibatkan kumpulan-kumpulan

etnik kemudiannya menjadi ilham dalam perjuangan Republic Croatia untuk mendapat

kemerdekaan dari persekutuan.

Bagi Bosnia-Herzegovina pula, ia memperolehi kemerdekaan sebelum meletusnya konflik

yang lebih besar. Bosnia memperolehi kemerdekaan pada 7 April 1992. Berita ini diterima

oleh puak-puak etnik lain di Sarajevo dengan kegembiraan, kekecewaan dan hasad dengki.

Perdana Menteri Croat di Bosnia meletak jawatan, begitu juga dengan dua orang menteri Serb

dalam kabinet Bosnia. Walau bagaimanapun, kabinet asal Bosnia pimpinan Presiden

Izetbegovic masih mempunyai menteri Muslim Bosnia, serta menteri berketurunan Serb dan

Croat.

Pada tarikh yang sama, negara Serbia yang terletak di timur Bosnia-Herzegovina

melancarkan kempen Serbia Raya (Greater Serbia) iatu usaha menyatukan orang Serb di

Bosnia dan Croatia dengan Serb di Serbia. Tidak semua orang Serb bersetuju dengan gagasan

Page 4: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

ini kerana mereka masih taatkan negara asal. Kawasan-kawasan yang termasuk dalam

gagasan ini ialah wilayah di timur dan utara Bosnia yang termasuk dalam propaganda

membentuk Koridor Utara untuk orang Serb. Di Croatia, Presiden Fanjo Tudjman juga

mengemukakan idea Croatia Raya (Greater Croatia) dan menentang minoriti pemberontak

Serb Croatia yang boleh menjadi batu penghalang dalam merealisasikan cita-citanya.

Ditambah pula dengan kemunculan Parti Hak-hak Croatia (HOS) secara terbuka berkempen

menentang Serbia Raya. HOS aktif menentang Serb di Croatia dan kemudian meluaskan

pengaruhnya ke Bosnia-Herzegovina. Pergeseran yang berlaku dalam negara Serbia dan

Crotia merebak ke dalam negara Bosnia sehingga menjerumuskan Bosnia ke dalam

konflik. Bosnia sebagai negara yang terletak di tengah-tengah antara Croatia dan Serbia tidak

ubah seperti pelanduk yang tersepit di antara dua gajah apabila Croatia dan Serbia masing-

masing ingin memperluaskan wilayah mereka hingga ke dalam wilayah Bosnia-Herzegovina.

Dari segi sejarah, apabila Bosnia-Herzegovina dijajah Austria pada

1878, Austria berusaha untuk menangkis aktiviti perluasan wilayah

oleh Serbia. Yugoslavia memperoleh wilayah pada 1918, di

mana Slovenia dan Croatia memutuskan untuk bergabung dengan Serbia dan Montenegro.

Pada tahun 1941, Negara Merdeka Croatia menjajah Bosnia-Herzegovina dan mengumumkan

orang Muslim sebagai “penduduk asal Croat”. Pada penghujung Perang Dunia

Kedua, Bosnia dilindungi oleh Tito yang tidak mahu Bosnia dijadikan agenda dalam

perebutan wilayah oleh republik Croatia dan Serbia. Sempadan Bosnia-Herzegovina menjadi

punca meletusnya konflik antara kedua-dua republik sejak beratus tahun. Pada 1921,

Pertubuhan Muslim Yugoslavia (JMO) berpegang pada kata-kata janji Belgrade bahawa

Bosnia-Herzegovina akan dikekalkan sempadan pemerintahan walaupun negara

baru Yugoslavia dibentuk. Pada tahun 1929, Raja Alexander cuba memperbaiki

konflik Croatia dan Serbia  dengan memansuhkan wilayah kebangsaan, dengan cara

melibatkan wilayah Vrbas dan Drina dalam republik Bosnia-Herzegovina.Pada tahun 1939,

Belgrade telah merombak semula sempadan wilayah dengan kawasan Posavina di barat

Bosnia dan hampir keseluruhan kawasan tengah diberikan kepada Croatia; sementara

Cazinska, Krajina, Banja Luka, Sarajevo, dan timur Bosnia diberikan kepada Serbia yang

beribu pejabat di Belgrade. Pembahagian itu telah dibuat tanpa mempedulikan kepentingan

Muslim.

Page 5: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

Semasa era Tito, beliau mempertimbangkan untuk membahagikan Bosnia-

Herzegovina tetapi terbukti cara untuk mampu menyebabkan perpecahan dan beliau

menghentikan hasratnya itu. Pada 1943, dalam mesyuarat penentuan wilayah, Serbia meminta

autonomi di bawah kerajaan pusat Yugoslavia, tetapi Muslim Bosnia menginginkan status

republik. Tito memutuskan Bosnia-Herzegovina dinaik taraf sebagai republik, sama

seperti lima republik Yugoslavia yang lain.

Konflik pada peringkat awalnya adalah berunsurkan perebutan kepentingan politik

untuk menguasai pemerintahan negara-negara bekas Yugoslavia serta nasionalis menuntut

kemerdekaan, namun telah merebak menjadi konflik nilai apabila melibatkan faktor sejarah

lama, pergeseran agama, identiti serta budaya. Kedua jenis konflik ini berkembang sehingga

menjadi konflik perhubungan apabila melibatkan puak majoriti dan minoriti sama ada di

Croatia, Serbia dan Bosnia-Herzegovina. Pada peringkat ini, petanda-petanda awal konflik

dapat dilihat dengan begitu dan semuanya sudah terlewat. Tiada satu pun pihak yang

menangani dan mengelakkan konflik ini sama ada di peringkat pemimpin, ataupun parti-parti

politik.

Pelaku-pelaku yang Terlibat

Pelaku yang terlibat dalam krisis ini ialah pelaku individu, pelaku negara, dan pelaku

antarabangsa. Pelaku individu ialah Slobodan Milosevic, Alija Izetbegovic dan Fanco

Judjman. Pelaku negara ialah Serbia, Croatia dan Bosnia-Herzegovina.Pelaku antarabangsa

ialah PBB, EU, NATO dan US.

Slobodan Milosevic melancarkan gagasan Serbia Raya iaitu menyatukan semua orang

Serb di Bosnia dan Croat dengan Serb di Serbia serta meluaskan penaklukan di kawasan timur

dan utara Bosnia dalam gagasan Koridor Utara untuk menempatkan orang Serb apabila cita-

cita beliau berjaya. Alija Izetbegovic adalah seorang nasionalis yang mahu menyatukan

Muslim Bosnia, Croat Bosnia dan Serb Bosnia di bawah sebuah negara yang berbilang etnik

tetapi pada masa yang sama beliau dikenali sebagai pejuang komuniti Islam serta sering ke

negara-negara Islam mencari pengaruh dan rangkaian. Tudjman merupakan nasionalis

Croatia, anti-Serbia dan mahu menubuhkan Croatia Raya untuk seluruh Croatia di tiga negara

tersebut. Walaupun Tudjman amat bersetuju dengan idea Izetbegovic berkenaan kemerdekaan

Page 6: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

negara dari Yugoslavia tetapi Tudjman kurang bersetuju dengan cita-cita Islamik Izetbegovic

khususnya kepada Croat Bosnia. Ketiga- tiga pelaku individu inilah yang menjerumuskan

negara masing-masing ke kancah konflik.

Di peringkat antarabangsa, masyarakat antarabangsa yang paling hampir dari segi

geografi- EU- awalnya tidak ambil peduli dengan konflik di Bosnia-Herzegovina kerana

menganggap ia konflik dalaman Yugoslavia dan patut diselesaikan oleh pelaku-pelaku

dalaman itu sendiri sama ada individu, parti atau negara. PBB pula mengharapkan EU

melakukan campurtangan terlebih dahulu dalam konflik disebabkan oleh kekangan sumber

kewangan dan ketenteraan, dan US pula mempunyai misi di Teluk serta agenda dalam

pilihanraya presiden.

Plot Krisis Mengikut Kronologi

Permulaan Krisis 1992 – 1993

Pergeseran di antara kerajaan Bosnia dan Serb Bosnia bermula apabila Izetbegovic

memohon kemasukan polis dan pasukan simpanan di Sarajevo, dan kerajaan meminta Serb

Bosnia meninggalkan bandar pada 4 April 1992. Beberapa pegawai Serb meninggalkan

bandar tetapi berjanji kepada Serb yang masih kekal bahawa mereka akan kembali dalam

beberapa hari. Pada 6 April, Serb mula menembak Sarajevo. Pada 7 dan 8 April, diikuti

dengan pengisytiharan antarabangsa ke atas Bosnia-Herzegovina, tentera Serb merentasi

Sungai Drina (sempadan Bosnia dengan Serbia) dari Serbia, mengepung bandar-bandar

Muslim di Zvornik, Visegrad dan Foca di timur Bosnia. Pada pertengahan April,

keseluruhan Bosnia terhimpit di dalam kancah peperangan.

Bosnia dalam beberapa minggu itu cuba menyekat keganasan etnik dari merebak.

Pertahanan bandar telah dibentuk oleh kerajaan Bosnia iaitu yang melibatkan golongan

Muslim, Serb Bosnia yang setia dan Croat Bosnia. Pentadbiran Croat di Vares berjaya

menghalang konflik etnik, dan usaha gencatan senjata giat dijalankan di Velika Kladusa. Di

Sarajevo, perhimpunan pro-demokrasi dibentuk. Walaubagaimanapun, usaha-usaha ini gagal

kerana semua pihak telah bersedia untuk berperang. SDS, parti kerajaan Bosnia telah

melakukan langkah berjaga-jaga kerana mendapat tahu bahawa populasi Serb telah

meningkatkan jumlah pengkalan dan depot tentera. JNA, tentera Serbia telah

mengepung Sarajevo yang akan memberi kelebihan ketika peperangan kelak. Enam minggu

Page 7: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

pertama, pasukan khas dan separa tentera Serb disokong oleh JNA telah memasuki timur

Bosnia melalui Serbia, dan JNA memasuki barat Bosnia dari Croatia.

Pada 26 April, kedua-dua pihak telah dipanggil bermesyuarat di Macedonia. Jeneral

Serb dan Jeneral Croat dipanggil untuk menyelasaikan masalah politik (political settlement)

dalam dalam perbincangan EU, Izetbegovic diarah untuk mengeluarkan saki-baki tentera dan

pegawai JNA keluar dari Bosnia atau beliau merubah struktur tenteranya di Bosnia.

Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak menolak cadangan EU ini.

Pertempuran bersambung apabila Serb Bosnia menyerang dua bandar Muslim.

Keesokannya, Presiden Bosnia, Izetbegovic diculik oleh pegawai JNA di Sarajevo. JNA ingin

menggunakan Izetbegovic sebagai tebusan kepada pengunduran JNA dari Sarajevo dengan

perlindungan UNPROFOR (Tentera Perlindungan PBB). Pihak Muslim tidak menerima cara

ini dan menyerang konvoi JNA dan dua pertiga terkorban ketika dalam perjalanan. Gencatan

senjata ditandatangani pada 18 Mei disusuli dengan pengunduran saki baki JNA dari Bosnia.

Keadaan kemudiannya menjadi bertambah tidak terkawal dan keganasan menular

di Bosnia. Pasukan Palang Merah ditembak dan konvoi PBB dirampas. Tembak-menembak

yang berterusan di Bosnia mengundang minat pihak Barat tentang isu krisis kemanusiaan

dengan kematian ramai orang awam di Sarajevo pada 27 Mei. Lantaran itu, Majlis

Keselamatan PBB pada 30 Mei (Resolusi 757) mengambil tindakan mengenakan sekatan

kepada Yugoslavia (Serbia dan Montenegro). Keganasan berterusan dan masyarakat

antarabangsa menggesa lapangan terbang Sarajevo dibuka untuk membolehkan penerbangan

bantuan kemanusiaan. Pada 20 Mei, gencatan senjata yang memberi izin kepada PBB untuk

mengambil alih lapangan terbang telah dicabuli oleh kedua-dua pihak, yang mana mereka

bertelagah mahu mengawal sempadan di antara lapangan terbang dan bandar.

Pada 26 Jun, Boutros Ghali memberi Serb 48 jam untuk menghentikan serangan ke

atas Sarajevo. Beliau mahu Serb membenarkan PBB mengambil alih lapangan terbang dan

meletakkan senjata berat mereka di bawah pemantauan PBB seperti yang telah dipersetujui

dalam perjanjian gencatan senjata yang dirunding oleh Lewis MacKenzie, komander

UNPRPOFOR di Sarajevo. Pada masa yang sama Presiden Bush bermesyuarat dengan

penasihatnya tentang kemungkinan menggunakan kuasa tentera di Bosnia. Presiden Perancis

pada 28 dan 29 Jun melakukan lawatan ke Sarajevo. Drama berakhir apabila Serb

memulangkan lapangan terbang kepada UNPROFOR.

Page 8: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

Di luar Sarajevo, Serb telah berbulan-bulan mengepung bandar-bandar

majoriti Muslim di sepanjang sungai Drina dan Sava dan menghalau keluar orang Muslim.

Serb menghala ke utara dan tengah Bosnia. Muslim kemudiannya mengambil balik kawasan

ini. Pada Jun 1992 Serb melancarkan serangan balik dan memenangi kawasan tengah Bosnia.

Serb juga gagal mengekalkan koridor utara di antara Banja Luca di barat dan Semberija serta

Serbia di timur. Di timur Bosnia, pasukan gerila Bosnia telah melancarkan serangan waktu

musim sejuk 1992 -1993, menentang Serb di Tuzla-Zvornik dan mensasarkan tembakan

mortar ke sempadan Serb Bosnia di timur Srebrenica.

Pada Januari 1993, pertempuran meletus di antara Croat dan Muslim di tengah Bosnia.

Muslim mendapati mereka telah diserang oleh kedua-dua pihak. Hal ini disebabkan konflik

Muslim dan Croat adalah berkenaan pembahagian Bosnia yang dicadangkan di bawah

perancangan Pelan Vance-Owen. Serb telah melancarkan serangan di timur Bosnia pada

musim bunga 1993 dan mencabuli Pelan Vance-Owen. Perkara ini menimbulkan konfrantasi

dengan NATO kerana kebimbangan Serb mungkin akan menyerang bandar. Penghujung

tahun 1993, Muslim begitu terdesak untuk mempertahankan bandar yang berada di bawah

kawalan Croat di tengah Bosnia. Crotia dan Croat Bosnia terlibat dalam pembersihan etnik di

kem-kem Muslim. Sebagai tindak balas, Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan

pada Februari 1994 mengancam Crotia dengan sekatan. Di peringkat ini Croat dan Serb

sebenarnya telah bersetuju untuk melancarkan serangan bersama menentang Muslim.

Tembakan di Pasar Markala pada Februari membawa kepada pakatan Muslim-Croat-Crotia di

bawah tajaan Amerika. Pemerhati tentera antarabangsa menyifatkan pertentangan di Bosnia

berterusan disebabkan oleh kedua-dua Serb dan Muslim tiada disiplin, lemah dari segi

memberi arahan dan dan kawalan manakala Serb pula tidak mahu mengambil risiko. Tentera

Serb telah dibekalkan dengan minyak oleh Croat selama 18 bulan pada 1993 hingga 1994.

Tetapi bekalan ini terhenti pada Disember 1994 dan ini di fahami sebagai tanda-tanda awal

persedian Croat menentang Serb.

Krisis-krisis Besar, 1993 – 1994

a) Srebrenica, April 1993

Krisis pertama yang diberi tindak balas oleh Barat ialah serangan Serb ke atas

Srebrenica pada awal April 1993 kerana Srebrenica merupakan pusat aktiviti gerila Muslim

yang mana gerila Muslim telah menyerang bandar-bandar dan perkampungan Serb di timur

Page 9: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

Bosnia pada musim sejuk 1992 – 1993. Serangan Serb dilihat sebagai provokasi untuk

melemahkan Pelan Vance-Owen. Akibatnya pelarian terperangkap di Srebrenica dan

menimbulkan isu penganiayaan terhadap manusia. Pegawai Memerintah PBB sendiri telah

merentasi garisan Serb dan menaikkan bendera PBB di Srebrenica dalam usaha

menyelamatkan pelarian. Pada April, Serb melancarkan serangan ke Sarajevo serta Srebrenica

dan menghancurkan Srebrenica. Serangan ini dikuti dengan tertangguhnya rundingan

gencatan senjata oleh Jeneral Serb di Sarajevo, beberapa jam sebelum NATO mula

menguatkuasakan zon larangan bebas terbang di Bosnia yang dibuat oleh Majlis Keselamatan

PBB pada Oktober 1992 (Resolusi 781). Tindakan Serb dilihat sebagai satu tindakan hasad

dengki dengan niat politik. Laporan pembunuhan beramai-ramai orang awam di

timur Bosnia telah menyebabkan pentadbiran Clinton mencadangkan sekatan yang lebih ketat

ke atas Serbia dan Montenegro. Owen pernah menyatakan kemungkinan menggunakan

serangan udara untuk meneutralkan serangan, kini berhasrat untuk melakukan pengeboman

terhadap Serb dalam usaha mencegah mereka dari mengepung bandar Muslim. Di

Washington, tekanan yang diterima adalah lebih tinggi kerana

Presiden Czechoslovakia mendesak White House menghentikan Serbia. US mengancam

melancarkan serangan udara. US juga didesak untuk bertindak dalam usaha untuk meredakan

krisis. Kemudiannya Pemerintah PPB di Bosnia diberitahu bahawa Karadzic bersetuju

membenarkan UNPROFOR memasuki Srebrenica dan Muslim Srebrenica diundurkan dalam

72 jam.

b) Situasi yang menjerut di Sarajevo, Julai – Ogos 1993

Krisis ini bermula apabila Serb menawan Trnovo pada Julai 1993 dan peperangan di Bukit

Bjelasnica dan Bukit Igman pada penghujung Julai. Konvoi bantuan kemanusiaan dihalang

dari tiba ke bandar di mana Muslim dan Croat sedang berperang. Pertengahan Julai,

pentadbiran Clinton mula berbincang mengenai langkah-langkah menghalang Serb daripada

terus menakluk Sarajevo. Majlis Keselamatan menerima resolusi pada 23 Julai mengutuk

sekatan di Sarajevo dan meminta agar bantuan diteruskan. Pertempuran di bandar semakin

teruk, pegawai PBB merekodkan 3777 tembakan dilepaskan dalam tempoh 16 jam. Pada

masa yang sama CIA memberitahu pentadbiran Clinton bahawa Serb sudah hampir-hampir

menawan seluruh Bosnia. Pembuat polisi US meminta serangan udara dilakukan ke atas

Serb. Duta NATO memberi amaran bahawa mereka akan mengambil tindakan efektif dan

bersedia menggunakan serangan udara untuk membebaskan sarajevo dari cengkaman Serbdan

Page 10: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

meneruskan bantuan kemanusiaan tetapi tidak disebutkan bila tarikh operasi tersebut

dijalankan.

Perkara ini menjadi faktor kepada Karadzic, pada 30 Julai untuk memberitahu media

antarabangsa bahawa beliau akan mengundurkan Serb dari Bukit Igman. Tetapi krisis masih

berterusan. Perundingan berlansung di Pale pada 5 Ogos di antara Serb dan Pemerintah PBB

Serb memberitahun bahawa Serb akan diundurkan jika PBB ingin memasuki kawasan yang

mereka kosongkan dan Karadzic berjanji akan memberi laluan konvoi bantuan. Perundingan

yang dijalankan gagal pada keesokan harinya apabila Jeneral Bosnia memberitahu tentera

kerajaan Bosnia bahawa mereka diizinkan memasuki Igman dan Bjelasnica dengan keizinan

PBB. Akhirnya perjanjian termeterai apabila Serb bersetuju berundur daripada Bukit

Bjelasnica yang akan dimasuki oleh tentera UNPROFOR Perancis.

c) Pengeboman di Pasar Markala, Februari 1994

Dengan penolakan perjanjian pelan pembahagian oleh Owen-Stoltenberg pada musim panas

dan musim luruh 1993, Serb mula menambahkan serangan di Sarejevo. Serangan di Pasar

Markala pada 5 Febuari 1994 mengakibatkan kematian yang ramai dan Serb

dipertanggjungjawabkan. Perancis, telah ditekan oleh Amerika supaya menggunakan

ketenteraan keatas Serb. Pada 7 Februari pula EU mengajak masyarakat antarabangsa

membebaskan Sarajevo dengan segera. Pada 8 Februari, US mahukan senjata berat Serb

dikeluarkan dari kawasan orang awam. 9 Februari NATO melaksanakan tututan terakhir

penguduran senjata berat Serb dari 20 kilometer zon ekslusif penuh (total exclusive zone) dari

bandar dan mengancam menggunakan serangan udara jika Serb tidak mematuhinya.

Komander UN merundingkan Serb supaya mengudurkan senjata dan diletakkan di bawah

kawalan PBB atau penggunaan askar UNPROFOR Rusia untuk memantau perjanjian.

Pembunuhan beramai-ramai Markala ini menghasilkan penglibatan langsung oleh NATO dan

US, serta Rusia di dalam krisis Bosnia- perkembangan yang melibatkan mereka sehingga

setahun setengah kemudiannya.

d) Gorazde, Mac – April 1994

Serb Bosnia menyerang Gorazde mengepung timur Bosniapada Mac 1994

menghancurkan harapan untuk aman hasil daripada kejayaan kata dua NATO pada Februari.

Serangan Serb berakhir pada 26 April apabila Serb berundur dari bandar kerana mendapat

Page 11: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

kata dua dari NATO sekali lagi. Serangan Serb ini adalah untuk menggagalkan perundingan

damai dan kemasukan Barat di Bosnia. Serb sudah menentukan beberapa okjektif: untuk

meneutral tentera Bosnia dengan mengepung lebuhraya utara – selatan yang menghala ke

Dataran Drina di Timur. Serb kemudian meletupkan Gorazde pada 10 April. Komander PBB

dan NATO marah dengan serangan tersebut dan bimbang Serb akan menawan bandar, telah

melancarkan serangan udara NATO ke atas kedudukan Serb pada hari yang sama. Serangan

ini disokong oleh Boutros – Ghali yang pada 9 April mengarahkan tentera PBB di Bosnia

untuk menggunakan” apa sahaja cara” untuk menghalau Serb keluar dari Gorazde. Serangan

udara kedua dilakukan pada 11 April. Serb meneruskan serangan serta menggugut “sekali lagi

serangan, kami akan menembak jatuh pesawat – kami tidak jamin keselamatan UNPROFOR

dan akan serang UNPROFOR serta ibupejabat anda”. Pada 15 April Serb Bosnia tiba

mempertahankan Gorazde. NATO melancarkan serangan udara kali ketiga disusuli oleh

pengeboman bandar oleh Serb. Serb telah menmbak jatuh pesawat NATO dan jet Harrier

kepunyaan British. Ketiga-tiga serangan udara NATO adalah terhad kepada sasaran tertentu,

dengan tujuan menakut-nakutkan Serb daripada melakukan serangan disamping meneutralkan

keupayaan tentera Serb Bosnia. Tindak balas kepada serangan NATO, Serb mula menawan

200 pegawai PBB dan orang awam.

Satu kaedah perdamaian diperlukan dengan segera apabila Serb Bosnia meneruskan

serangan. Pada 16 April US memutuskan untuk menggunakan pendekatan sederhana, dengan

harapan perundingan-perundingan seterusnya akan terhasil dan usaha Rusia untuk menarik

Serb keluar dari Gorazde akan berjaya namun usaha Rusia gagal. Pemerhati PBB mula keluar

dari Gorazde selepas mendapati keadaan tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Kedudukan US lebih terdesak, penasihat Clintonmencadangkan penggunaan serangan udara

yang lebih besar. Polisi US seakan mengalami perubahan besar. Selepas April berlaku

perkembangan apabila Serb Bosnia bersetuju meletakkan senjata dan membenarkan kontinjen

UNPROFOR memasuki bandar. Mereka juga mula membebaskan tawanan dan

mengembalikan senjata daripada depot PBB sekitarSarajevo. Serb berjanji mereka tidak akan

memasuki Gorazde dan jaminan ini diulang oleh Karadzic. Tetapi Serb menyerang hospital.

Serb diberikan tarikh akhir untuk keluar dari Gorazde, tetapi Serb terus menyerang kilang.

Komander Bosnia di Gorazde mengadu kepada pemerhati PBB bahawa Serb cuba“membeli

masa” dalam usaha menggagalkan pengundurannya.US mencadangkan zon ekslusif penuh

termasuk Gorazde. NATO memberi kata dua untuk Serb berundur tiga kilometer dari bandar,

termasuk mengundurkan senjata berat sehingga 27 April. NATO kemudiannya

Page 12: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

memperluaskan kawasan zon eksklusif penuh sehingga ke Zepa, Tuzla, Bihac dan Srebrenica

yang diisytiharkan kawasan selamat oleh Resolusi Majlis Keselamatan 824 pada 6 Mei 1993.

Sebelum itu, Milosevic telah mengarahkan Karadzic dan Jeneral Serb ke Belgrade, bertemu

dengan Yashushi Akashi, wakil khas Setiausaha Agung PBB dan ketua misi UNPROFOR.

Pada 22 April, Akashi melaporkan adanya perjanjian mengundurkan senjata berat dari bandar

tetapi perjanjian tentang pengunduran tentera Serba tiga kilometer dari bandar. Perjanjian ini

dicabuli dan mengakibatkan peperangan yang berterusan.

Akhirnya satu kata putus telah dikeluarkan bagi menghentikan krisisKrisis diputuska..

NATO merancang serangan besar-besaran ke atas Bosnia yang akan memusnahkan kepungan

tentera Serb dan memaksa pemimpin Serb ke meja perundingan. Sekurang-kurangnya 24

sasaran telah dikenalpasti. Sementara US pula lebih suka menghala sasaran ke Serb Bosnia,

EU juga menghadkan serangan ke atas 20 kilometer zon ekslusif sekitar bandar. Tindakan

segera ini diperlukan kerana adanya tekanan dari Serb Bosnia untuk meningkatkan serangan

tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa serta serangan udara.

Akan tetapi Akashi menolakserangan udara yang dirancangkan ke atas Gorazde kerana

atas dasar melindungi pegawai PBB yang masih ditawan Serb. Selepas itu, pengeboman dari

Gorazde semakin berkurangan pada 23 April. Pada 26 April, pertempuran di bandar terhenti

dan tentera kerajaan Bosnia menarik diri dari kawasan pertempuran.

Perkara yang menjadi perdebatan seterusnya ialah tentang kemusnahan dan krisis

kemanusiaan di Gorazde yang dikatakan tidaklah seburuk yang dilaporkan. Jeneral US marah

dengan keadaan itu dan menuduh Muslim Bosnia sengaja mengada-ngadakan cerita untuk

melibatkan campurtangan Barat dalam konflik ini termasuk US. Peristiwa

Gorazde menandakan permulaan keprihatinan kuasa Barat kepada isu krisis kemanusiaan.

Serangan udara misalnya dilihat sebagai tindakan untuk menekan Serb ke meja perundingan,

sekaligus mencapai penyelesaian terhadap peperangan.

Tekanan berterusan di antara UNPROFOR dan pelaku-pelaku peperangan semasa

musim panas 1994. Pada Jun, Akashi berusaha mendapatkan perjanjian gencatan senjata

terakhir di Bosnia. Akan tetapi,pencabulan perjanjian telah berlaku dengan tercetusnya

pertempuran di Cazinska Krajina. Serb menguasai Bukit Igman sekaligus mengepung

Sarajevo. Keganasan di zon ekslusif sekitar Sarajevo berlaku disebabkan oleh Serb Bosnia

dan Muslim Bosnia. Kerajaan Bosnia menggunakan senjata berat di luar zon ekslusif

Page 13: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

sementara Serb menggunakan senjata berat di dalam zon eksklusif. Jeneral US memberi

amaran kepada Bosnia bahawa mereka akan menggunakan serangan udara. Serb memotong

bekalan elektrik di Sarajevo dan Bosnia menyerang barisan Serb sekitar bandar. Pertempuran

berakhir apabila Jeneral US mengancam akan menggunakan serangan udara ke atas kedua-

dua pihak. Kerajaan Bosnia marah dengan sikap Jeneral US yang hanya memfokuskan

pencerobohan Bosnia ke atas zon ekslusif tetapi tidak kepada Serb yang mengancam orang

awam dan bantuan kemanusiaan. Mereka menggagalkan gencatan senjata, meneruskan

peperangan dan mendakwa mempertahankan diri dari penceroboh. Jadi, mereka mempunyai

hak untuk mempertahan wilayah dari Serb yang menceroboh dan melakukan pembersihan

etnik.

Pemerintah tentera Bosnia berpendirian bahawa mereka kehilangan banyak wilayah

ketika perjanjian gencatan senjata pada musim bunga 1994; mendakwa Serb menolak

cadangan pemantauan sepanjang gencatan senjata; mengatakan selepas 30 hari gencatan

senjata Serb menolak untuk memperbaharuinya sebaliknya menyeru penyatuan populasi Serb.

Jeneral US berasa tidak puas hati dengan tindakan Muslim Bosnia yang menolak

menandatangani gencatan senjata untuk jangka masa panjang. Beliau menuduh Muslim

Bosnia sengaja mengkehendaki campurtangan NATO dan US menyertai perjuangan pihak

Muslim dan mereka akan berbuat apa sahaja mencapai cita-cita tersebut dengan mengatakan

tentera Bosnia “mengada-ngadakan gambaran peperangan kepada dunia, dan menjadikan

kami bertindak balas dengan serangan udara”. Beliau memberi amaran serangan udara juga

boleh dihalakan kepada Bosnia. Pada penghujung Oktober, PBB dan NATO tidak dapat lagi

mengawal situasi di Bosnia, Sarajevo dan situasi menjadi kucar-kacir.

d)   di Bihac, November – Disember 1994

Pertempuran paling hebat pada tahun 1994 berlaku di Bihac, suatu tempat di wilayah

Cazinska Krajina di barat laut Bosnia-Herzegovina. Serb telah berusaha menawan Bihac pada

tahun 1992 tetapi gagal. Pada tahun 1993 tiada pertempuran yang berlaku, tetapi meletus

semula apabila Jeneral Bosnia menerima Pelan Pembahagian Owen-Stoltenberg,

mengisytiharkan autonomi di Cazinska, dan pada Oktober 1993 satu pakatan kerjasama dan

persahabatan dengan Serb Bosnia telah dimeterai. Gencatan senjata pada Januari 1994

menyaksikan tentera Bosnia, tentera Muslim dan pasukan Polis Kelima Bosnia bersatu di

bawah pimpinan Jeneral Bosnia.

Page 14: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

Pertempuran meletus pada Februari 1994 apabila Serb menyerang pasukan Polis

Kelima Bosnia kerana ingin menyekat penguasan mereka di Velika Kladusa. Serb telah

diarahkan berundur dari zon ekslusif di Sarajevo disyaki telah memindahkan pasukan artileri

mereka ke Bihac. Pertempuran ini menyebabkan pasukan UNPROFOR Perancic berada

dalam keadaan terperangkap. Pada 10 Mac, Serb mengebom pos pemerhati Perancis dan

membunuh tentera pengaman. Suatu serangan udara NATO ke atas Serb telah diarahkan

apabila beberapa buah kereta kebal tiba berhampiran pos tentera Perancis tetapi tidak dapat

dilaksanakan kerana faktor cuaca. Peretempuran berterusan sehingga musim bunga dan

musim panas 1994.

Keganasan Serb di zon ekslusif Bihac sukar ditentukan kerana zon selamat

diisytiharkan oleh Majlis Keselamatan PBB tanpa berunding dengan pihak yang berperang.

Disebabkan itu juga sempadan zon ini tidak dipatuhi secara terperinci. Pada 14 November,

apabila Serb hampir menawan keseluruhan Bihac, PBB telah mengemukakan peta wilayah

yang baru tetapi pihak-pihak yang terlibat tidak mengetahui bila ia dilukis dan diedarkan.

Krisis di Bihac pada November- Disember 1994 merupakan kemuncak Perang Bosnia

ini. Wilayah Cazinska Krajina, di mana terletaknya Bihac, adalah medan peperangan kepada

pembentukan enam pasukan: tentera Serb Bosnia, tentera Serbia yang merentasi sempadan

Croatia di Krajina, tentera Muslim Bosnia, pasukan Polis Kelima Bosnia, dan tentera

Croatia. Krisis di Bihac mengundang perdebatan antarabangsa tentang kedudukan zon

selamat. Klimaks krisi berlaku apabila tindakan kerajaan Bosnia mempertahankan Bihac pada

awal November menyebabkan Russia mempersoalkan tentang provokasi dan keganasan

Bosnia di zon tersebut. Russia berhujah bahawa apabila PBB mengistiharkan zon selamat,

kerajaan Bosnia tidak diperlukan untuk meletak senjata. Resolusi 913 telah menyeru semua

pihak menghentikan sebarang perbuatan provokatif. PBB juga akan menggunakan serangan

udara untuk menghentikan sebarang keganasan.

Pada 3 November 1994, empat peluru berpandu darat telah dilancarkan ke udara di

Bihac daripada kedudukan Serb. Walau bagaimanapun tiada kematian dicatatkan apabila

salah satu peluru berpandu tersebut mendarat berhampiran sekolah. Terdapat spekulasi yang

menyatakan bahawa sekiranya peluru berpandu tersebut tepat mengenai sekolah, NATo akan

melakukan tindak balas ketenteraan. Serangan ini mungkin reaksi terhadap penawanan

Kupres oleh Croat dan Muslim, atau sebagai tindakan provokasi untuk menghangatkan lagi

konflik. Tindakan itu merupakan tindakan yang paling tidak masuk akal dan paling

Page 15: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

memusnahkan oleh Serb sepanjang peperangan. Pembuat polisi US memutuskan pada 12

November mendesak pembentukan zon eksklusif di Bihac. Tetapi cadangan itu ditolak oleh

EU kerana tidak pernah terlintas di fikiran EU bahawa Serb akan menawan Bihac. Serangan

udara pertama yang dilancarkan oleh Serb ke atas zon selamat telah meningkatkan lagi

ketegangan. Pada 18 November pesawat pejuang telah berlepas dari pangkalan udara Udbina

yang kawasan dikuasai Serb Krajina (Crotia) lalu mengebom Bihac. Pengeboman itu

dilancarkan sekali lagi pada keesokan harinya. Pada 19 November Majlis Keselamatan

membenarkan NATO untuk menyerang Serb di Crotia. Pada 21 November pesawat NATO

bertindak membedil pangkalan udara Udbina. Serangan NATO ini bertujuan untuk

merosakkan landasan pesawat sahaja tanpa merosakan pesawat Serb. Pada 23 November

pesawat NATO menyerang tiga kawasan SAM Serb di Bihac, Jeneral US tidak bersetuju

tindakan ini walaupun pada masa yang sama terdapat dua lagi serangan peluru berpandu

dilancarkan terhadap Bihac. Serb mula bertindakbalas kepada serangan ini. Jeneral Serb

dalam suratnya bertarikh 22 November berkata serangan ke atas Udbina adalah serangan yang

ganas dan tidak berperikemanusiaan. Penasihat kepada Karadzic dalam perbualannya melalui

telefon dengan Jeneral US, memberi amaran sekiranya serangan dilakukan sekali lagi, maka

mereka akan mengisytiharkan perang. Serb mula menahan anggota UN serta menghadkan

pergerakan mereka. Di Eropah dan US terdapat desakan supaya pihak Barat menyelesaikan

masalah ini. Serb dikatakan menghina komuniti antarabangsa serta kredibiliti kedua-dua

Majlis Keselamatan dan NATO dipertikaikan.

Pada 23 dan 24 November, media Barat melaporkan pentadbiran US cenderung

mengambil langkah menggunakan kuasa serangan udara untuk menghentikan kejatuhan

Bihac. US membuat pertimbangan bahawa serangan besar-besaran NATO ke atas kedudukan

Serb di Bihac akan dapat menghalang Bihac daripada ditawan dan hal ini dipersetujui oleh

Britain dan Perancis. Pada 23 November, serangan NATO telah mensasarkan kepada radar

SAM Serb. US bersunguh-sungguh untuk menyerang pelancar peluru berpandu milik Serb

dan dipersetujui oleh Perancis. Serb kemudiannya memasuki kawasan tengah Bihac dan

sekaligus meningkatkan reaksi terhadap tindakan Serb, khususnya berkaitan keadaan zon

selamat dan meningkatkan tekanan kepada ketua Serb untuk ke meja rundingan damai. Serb

juga dilihat tiada keinginan untuk meletakkan senjata

Pada 23 November, Akashi bertemu Milosevic dan Presiden Republik bekas Yugoslavia di

Belgrade dengan harapan untuk mendapatkan perjanjian berkenaan gencatan senjata.

Page 16: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

Rundingan ini ditentang oleh Serb Bosnia. Karadzic tidak hadir dalam rundingan ini manakala

Serb di Pale menolak cadangan Akashi. PBB menghadapi kesukaran untuk menjadi

pengantara dikalangan mereka .

Mesyuarat NATO pada 24 November diadakan apabila keadaan semakin memuncak

dalam menentukan tindakbalas Barat terhadap tindakan Serb. US mencadangkan supaya

meluaskan lagi zon selamat di Bihac, menamatkan kepungan Serb di Bihac, serta berusaha

untuk mengarahkan tentera kerajaan Bosnia meninggalkan zon selamat. Perkara ini dibantah

oleh Perancis, mereka mendesak supaya US mengawasi kawasan tersebut kelak. Pertikaian

antara Eropah dan US berlaku kerana kegagalan US menghantar tentera untuk operasi PBB

di Bosnia. Sekiranya US tidak bersedia menghantar tentera ke kawasan berisiko tinggi,

Perancis mencadangkan serangan udara dilakukan terhadap Serb dalam usaha membawa

mereka ke meja rundingan. Perancis bimbang Serb akan melakukan tindakbalas dengan

menawan tebusan. Perancis dan Canada kemudiannya menolak cadangan yang dikemukakan

oleh US kerana serangan bukan jalan keluar kepada isu ini, NATO mencadangkan Bosnia dan

Serb mencari penyelesaian secara politik untuk konflik mereka. Sementara penyelesaian

dilakukan dalam tempoh beberapa hari, terdapat beberapa peristiwa yang sedikit sebanyak

telah mengurangkan ketegangan yang berlaku. Pertama, artileri Serb meronda sekitar bandar

tetapi tidak mengganggu orang awam. Kedua, pada hari rundingan NATO, Serb

membenarkan bantuan PBB memasuki Bihac. Ketiga, pihak lain yang terlibat dalam konflik

bertindak meletak senjata. Keempat, kerajaan Bosnia menghadapi dua pilihan samaada

pasukan Polis Kelima dimusnahkan atau berundur.

Serb tidak menghiraukan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan yang

mengarahkan mereka meletak senjata, yang telah dimeterai bersama oleh kerajaan Bosnia.

Keputusan akhir di Bihac menyaksikan sedikit sahaja perubahan ke atas kawalan kawasan

oleh setiap pihak yang berperang.

e) Tiga Peristiwa Kematian Beramai-ramai

Tiga peristiwa yang paling diberi perhatian dalam peristiwa perang, dan membawa kepada

penglibatan Barat secara langsung kepada peperangan ini: Kematian Kebuluran pada Mei

1992, Pembunuhan Beramai-ramai di Pasar Markala pada Februari 1994, Serangan kedua di

Pasar Markala pada 28 Ogos 1995.

Page 17: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

Peristiwa pertama berlaku semasa pemimpin Barat sedang bermesyuarat

di Lisbon untuk pelan tindakan seterusnya di Bosnia. Kedua-dua sekatan ke

atas Yugoslavia (Serbia dan Montenegro) dan pertimbangan berkenaan penglibatan tentera

untuk menghentikan peperangan sekiranya serangan. Kematian melibatkan orang awam yang

tidak bersalah menjadi faktor penting untuk Barat melaksanakan dengan segara sekatan

melalui Majlis Keselamatan pada 30 Mei 1992 dan terlibat secara langsung di bosnia.

Peristiwa kedua membawa kepada tahap Serb dan Croat untuk bekerjasama menyerang

Muslim dan US didesak oleh Perancis untuk menghentikan peperangan ini. Peristiwa ketiga

berlaku di tempat yang sama setahun kemudiannya menyebabkan US mencari jalan untuk

melancarkan serangan udara NATO bertujuan menamatkan peperangan

g) Pembersihan etnik dan Pembasmian kaum (Ethnic Cleansing and Genocide).

Sejumlah 200,000 orang dan lebih telah terkorban, cedera, dan hilang dalam peperangan

di Bosnia sehingga akhir 1994. Padan Oktober 1995 dilaporkan 146,340 terbunuh dan

174,914 cedera di wilayah tenteraBosnia. CIA pada November 1995 menganggarkan 156,500

orang awam mati, dan 10,000 masih hilang, serta 81,000 tentera yang mati dari semua pihak

yang berperang. 20,000 dan lebih wanita menjadi mangsa rogol tentera Serb di Bosnia tetapi

suruhanjaya pakar PBB mengenalpasti 1600 kes sebenar. Suruhanjaya Hak Asasi PBB

mempunyai data sehingga 12,000 kes. Kes rogol oleh Serb adalah dipuncakan dari perbuatan

“rogol pembasmian kaun”. PBB menganggarkan 520,000 orang atau 12 peratus daripada

populasi hilang tempat tinggal. CIA pada November 1995 menganggarkan 900,000 hingga

1.2 juta pelarian berhijrah dari Bosnia ke negara lain dan 1.3 hingga 1.5 juta orang di dalam

negara hilang tempat tinggal.

Tiada data tepat mengenai pembersihan etnik tetapi dianggarkan jumlah yang hilang

tempat tinggal adalah dari satu pertiga hingga dua pertiga daripada populasi keseluruhan.

Jumlah Muslim yang dihalau oleh Serb adalah antara 700,000 hingga 1 juta. Pada Disember

1994 Institut Kesihatan Bosnia melaporkan sejumlah 1.025 juta daripada populasi

keseluruhan 2.14 juta tidak mempunyai tempat tinggal. Sehingga 1.245 juta orang berada di

luar negeri pada penghujung peperangan.

Kempen besar-besaran pembersihan etnik dijalankan oleh Serb Bosnia pada April, Mei

dan Jun 1992 di timur Bosnia.Wanita dan kanak-kanak Muslim biasanya diarah melintasi

medan peperangan. Mereka juga dikurung dan terkorban di sana. Ramai wanita menjadi

Page 18: Definisi Pembersihan Etnik (Autosaved)

mangsa rogol di tempat kurungan. Lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki terus dibunuh

sewaktu ditemui atau dikem tahanan. Mereka mempraktikkan semula nostalgia yang berlaku

dalam Perang Dunia Kedua; pemimpin politik Muslim, guru, golongan professional dan

intelegensia Muslim ditapis dan dibunuh. Gelombang pertama pembersihan etnik mencapai

kemuncak dengan Tragedi Korzarac di mana mereka dikepung dan dibom. Kawasan lain yang

terlibat ialah di utara Bosnia. Serb juga bertanggungjawab ke atas pembinasaan mercu tanda

budaya Muslim seperti masjid, perpustakaan dan seumpamanya.

Pembersihan etnik, perkosaan beramai-ramai dan kekejaman lain yang dahsyat –

membuktikan bahawa Serb juga menjalankan pembasmian kaum (genocide) ke atas Muslim

Bosnia. Lima keadaan dikategorikan sebagai perbuatan pembasmian kaum dalam peperangan.

Pertama, serangan yang berterusan untuk kematian beramai-ramai. Kedua, jenayah yang

dirancang oleh pelaku sesuatu pertubuhan atau komander kepada sesuatu pertubuhan. Ketiga,

mangsa adalah terpilih kerana ahli kepada sesuatu kumpulan. Keempat, mangsa tidak dapat

mempertahankan diri. Kelima, kemusnahan sesuatu kelompok atau masyarakat adalah

dirancang.

Krisis di Bosnia-Herzegovina merupakan krisis yang rumit kerana melibatkan krisis

kepentingan politik serta kepentingan nilai seperti budaya, nilai, agama dan sejarah. Sikap

aktor-aktor dalaman yang terlibat adalah degil dan tidak mahu bertolak ansur. Aktor luar pula

awalnya lambat, tetapi mendapati mereka juga sulit menyelesaikan krisis ini terutamanya

dengan sikap aktor dalaman. Pelbagai kaedah digunakan sama ada untuk mengawal atau

menyelesaikan krisis sama ada perjanjian, resolusi atau perundingan, namun kebanyakannya

menemui jalan buntu. Perang yang memuncak selama dua tahun telah mengorban dan

mencederakan sehingga sejuta orang dan mereka juga kehilangan tempat tinggal, menjadi

mangsa kempen pembersihan etnik dan pembasmian kaum. Sehingga akhirnya apabila aktor-

aktor dalaman bersetuju meletak senjata barulah jalan penyelesaian timbul semula sehingga

membawa kepada kemerdekaan Bosnia-Herzegovina. Walau bagaimanapun, badan-badan

antarabangsa masih diperlukan untuk usaha-usaha penguatkuasaan perjanjian, pengekalan

keamanan dan pembangunan.