contoh assig edu

24
1.0 Pengenalan Pengurusan bilik darjah merupakan agenda utama bagi bakal guru dan guru kerana melalui pengurusan bilik darjah yang berkesan, persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat dilaksanakan.salah satu cara untuk menguruskan bilik darjah dengan berkesan adalah dengan membina hubungan yang baik dengan murid-murid dan mengawasi perjalanan rutin bilik darjah supaya berjalan dengan lancar. Guru perlu memahami tingkah laku tingkah laku, personaliti dan tabiat murid-murid dalam bilik darjah. Pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara perlaksanaannya dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Terdapat lima jenis model pengurusan disiplin iaitu Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F Skinner, Model Disiplin Asertif oleh Lee Canter, Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok oleh Jacob S. Kounin dan Model Terapi Realiti oleh William Glasser. Oleh yang demikian, tugasan berkehendak pelajar secara berkumpulan menerangkan konsep disiplin bilik darjah secara menyeluruh serta menghuraikan cirri-ciri utama model disiplin Dreikurs dan Kounin seterusnya banding bezakan kedua-dua model tersebut dari segi tujuan, cara perlaksanaan, kekuatan dan kelemahan model-model tersebut. Manakala tugasan individu,pelajar dikehendaki membuat analisis berkaitan situasi yang telah diberi kemudian menjelaskan model yang sesuai digunakan untuk menangani masalah tingkah laku supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU 1

Upload: mareasantha

Post on 02-Oct-2015

520 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

bvbvnbnn

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanPengurusan bilik darjah merupakan agenda utama bagi bakal guru dan guru kerana melalui pengurusan bilik darjah yang berkesan, persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat dilaksanakan.salah satu cara untuk menguruskan bilik darjah dengan berkesan adalah dengan membina hubungan yang baik dengan murid-murid dan mengawasi perjalanan rutin bilik darjah supaya berjalan dengan lancar. Guru perlu memahami tingkah laku tingkah laku, personaliti dan tabiat murid-murid dalam bilik darjah. Pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara perlaksanaannya dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Terdapat lima jenis model pengurusan disiplin iaitu Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F Skinner, Model Disiplin Asertif oleh Lee Canter, Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok oleh Jacob S. Kounin dan Model Terapi Realiti oleh William Glasser. Oleh yang demikian, tugasan berkehendak pelajar secara berkumpulan menerangkan konsep disiplin bilik darjah secara menyeluruh serta menghuraikan cirri-ciri utama model disiplin Dreikurs dan Kounin seterusnya banding bezakan kedua-dua model tersebut dari segi tujuan, cara perlaksanaan, kekuatan dan kelemahan model-model tersebut. Manakala tugasan individu,pelajar dikehendaki membuat analisis berkaitan situasi yang telah diberi kemudian menjelaskan model yang sesuai digunakan untuk menangani masalah tingkah laku supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

1.1 Konsep DisiplinKonsep disiplin mempunyai berbagai-bagai tafsiran. Mengikut P.F. Olivia (1956), disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autroriti, keadaan tempat bekerja yang teratur, urusan yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan. Manakala, G.V. Sheriakov F. Redl (1956) mentafsirkan disiplin sebagai perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan itu, serta hukuman. Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin membawa beberapa maksud seperti kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Selain itu, kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib. Seterusnya, kesanggupan seseorang menghormati hak individu lain serta mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. Tambahan lagi, disiplin juga merupakan kesanggupan hormat-menghormati di antara satu dengan yang lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina.1.2 Konsep Disiplin Bilik DarjahDisiplin bilik darjah merupakan satu idea bagaimana guru mengawal murid untuk bertingkah laku agar pembelajaran dapat berjalan lancer. Disiplin merupakan set peraturan yang dikenakan kepada murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Perkataan disiplin berasal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud mengajar. Melalui kamus bahasa pula, disiplin bermaksud kawalan yang diperoleh daripada penguatkuasaan peraturan. Di dalam konteks bilik darjah, disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Pendidik pada masa lalu menganggap pengajaran dan disiplin adalah dua perkara yang berbeza. Mereka berpendapat mengajar adalah untuk menyampaikan ilmu pada murid-murid manakala disiplin adalah untuk mengawal tingkah laku murid supaya menunjukkan tingkah laku yang diterima.1.3 Ciri-ciri Utama Model Akibat Logikal Dreikurs

Rajah 1.3: Ciri-ciri Utama Model Akibat Logikal Dreikurs

Model Akibat Logikal Dreikurs menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Mereka juga harus diberi autonomi untuk membincangkan salah laku di dalam bilik darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah. Murid-murid boleh dibimbing untuk ingat-mengingati antara satu sama lain tentang peraturan yang telah ditetapkan. Apabila murid faham dan mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan, masalah disiplin akan dapat dikurangkan. Seterusnya, Dreikurs menekankan guru perlu mengenal pasti punca kepada masalah tingkah laku. Beliau mengemukakan strategi untuk membantu murid-murid memperoleh disiplin kendiri berdasarkan kefahaman murid-murid atau kanak-kanak terhadap nilai-nilai sosial yang terdapat di persekitarannya. Dreikurs berpendapat disiplin kendiri boleh dicapai di dalam suasana bilik darjah yang demokratik. Disiplin dapat dilihat melalui murid-murid yang mempunyai kawalan kendiri berdasarkan kepentingan persekitaran. Murid-murid yang boleh mengawal diri sendiri akan menunjukkan inisiatif. Disiplin yang berkualiti terbentuk di dalam bilik darjah yang mengamalkan demokrasi, iaitu guru dan muriddapat bekerjasama membuat keputusan dalam pengurusan bilik darjah

1.4 Ciri-ciri Utama Model Pengurusan Kelompok KouninMODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

Model ini menfokuskan kepada kajiannya terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan p&p mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah.

WithitnessIa merujuk kepada kebolehan guru membendung tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatu situasi yang tidak boleh dikawal.

Bertindih (overlapping)Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan 2 atau lebih aktiviti individu atau berkumpulan pada masa yang sama.

MomentumIa merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pengajaran.

KelancaranCirinya ialah kontiniuiti, iaitu perjalanan pengajaran berlaku tanpa sebarang ganggguan.

Menggalakkan akauntabilitiIa merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka sedang diperhatikan dan ditaksir.

Rajah 1.4 :Ciri ciri utama Model Kounin

Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah iaitu Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management merupakan karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal dengan Konsep Riak - apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama. Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan manakala matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai (seiring). Teori disiplin ini lebih sebenarnya lebih menfokuskan kepada kajiannya terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan p&p mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah. Selain itu juga dalam teori ini juga terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-perkara tersebut ialah bertindih (over lapping), merangkumi semua (withitness), momentum (momentum), kelancaran(smoothness), fokus kumpulan (group focus) dan menggalakkan akauntibiliti. Cirri-ciri pertama bertindih (overlapping) ialah ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau lebih aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama. Contohnya Aini terus bacakan jawapan awak, saya dengar. Ida berhenti bercakap dan dengar jawapan Aini.. Guru yang berkebolehan melakukan tindakan pertindanan ini, boleh mengawal dan menguruskan bilik darjah dengan baik. Ciri kedua pula ialah merangkumi semua (withitness) ia merujuk kepada kebolehan guru membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak boleh dikawal. Sebagai contoh, dalam gerak kerja kumpulan, guru ini berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar satu kumpulan yang tertentu. Yang ketiga pula ialah momentum (momentum) ialah ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran. Momentum bagi Kounin merujuk kepada keadaan, iaitu guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti P&P dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan. Beliau menekankan tentang kelincinan pelaksanaan P&P dengan perkembangan pengajaran yang lancar daripada satu bahagian kepada bahagian yang lain. Kerana menurut Kounin, guru yang mempunyai momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&p. Ciri yang keempat pula ialah kelancaran (smoothness) iaitu kontinuiti, tanpa sebarang gangguan. Ia merujuk kepada kelancaran dan pelaksaan aktiviti di dalam bilik darjah memainkan peranan yang penting untuk mengawal salah laku di dalam bilik darjah. Aktiviti p&p yang tidak lancar, tertangguh, arahan yang tidak jelas dan aktiviti p&p yang tidak menarik, menyumbang kepada kebarangkalian untuk salah laku berlaku dengan lebih kerap. Yang kelima pula ialah Fokus kumpulan (group focus) iaitu memusatkan perhatian semua murid lain daripada respons seorang murid sedang diberikan. Yang terakhir ialah menggalakkan akauntibiliti ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir. Strategi ini boleh digunakan dengan selalu memanggil murid untuk memberikan maklum balas, menjawab soalan, membuat demontrasi atau penerangan. Cara ini membolehkan guru mengekalkan perhatian murid dan membuatkan murid sentiasa bersedia untuk membuat tugasan atau menjawab soalan guru.

2.0 Perbezaan Model Disiplin Dreikurs dan Kounin Model Disiplin DreikursCiri-ciriModel Disiplin Kounin

-Memastikan murid-murid dapat belajar secara koperatif dengan cara berkerjasama, tanpa hukuman atau ganjaranTujuanPengawasan dan penyeliaan yang teliti oleh guru terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah.

-Guru perlu mengenal pasti kesilapan murid dan memberi perhatian kepada murid tersebut- guru harus membetulkan kesilapan murid itu dengan memberi penerangan yang munasabah-Guru hendaklah berwaspada semasa memberikan peneguhan dan hukuman kepada murid-Guru hendaklah memberi sokongan kepada murid bermasalahCara pelaksanaan- Mengetahui apa yang dilakukan oleh murid pada setiap masa.- Guru perlu boleh menangani dua masalah pada satu masa.- Pastikan pembelajaran berlaku secara taratur.- Kekalkan penglibatan murid dan menarik perhatian mereka supaya minat terhadap pembelajaran.-Tumpuan kepada setiap kumpulan.- Teguran yang diberi mestilah jelas dan menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan serta mengelakkan daripada memberikan teguran secara umum keada murid-murid.- Guru perlu mengaplikasikan pelbagai strategi yang sesuai, pelbagai dan menarik supaya murid lebih memberi tumpuan.- Melibatkan murid-murid secara aktif di dalam bilik darjah dengan banyak melakukan aktiviti pengajaran yang berpusatkan murid.- Guru memulakan pengajaran, meneruskan pengajaran dan membuat penutup dengan baik dan lancar.

- Dapat mewujudkan persekitaran dan suasana bilik darjah yang kondusif- Guru dapat memupuk autonomiKekuatan- Fokus kepada pengurusan kelompok.-Tidak berunsur hukuman-Menitikberatkan variasi dari segi strategi dan teknik pengajaran.

- Guru sukar mengenalpasti kesilapan murid pada permulaan-Guru sukar memahami akibat tindakan terhadap salah laku muridKelemahan-Sukar untuk guru mengambil tindakan.-Sukar bagi guru permulaan mengawal gerak-geri murid dengan terapi.

TUJUAN

Tujuan utama model disiplin Dreikurs ialah untuk memastikan murid-murid dapat belajar secara koperatif dengan cara berkerjasama, tanpa hukuman atau ganjaran. Hal ini kerana, setiap murid dalam sesebuah kelas tersebut memberikan sumbangan aktiviti dalam bilik darjah. Oleh itu, bagi melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang cemerlang seseorang guru tersebut perlu menggalakkan penglibatan semua murid dalam sesebuah kelas. Guru juga perlu mengenalpasti kesilapan murid dan memberi penjelasan terhadap kesilapan yang mereka lakukan.Manakala, model disiplin Kounin pula adalah bertujuan dan bermatlamat untuk mewujudkan integrasi pengajaran dengan disiplin. Menurut Kounin, atribut yang dikehendaki seperti kemesraan dan pemahaman tidak menjamin keberkesanan bagi mengurus bilik darjah. Beliau berpendapat bahawa, bagi mengurus bilik darjah dengan baik, guru hendaklah menggunakan teknik whitness, bertindih, momentum, kelancaran, peka berwaspada kumpulan, menggalakkan akauntabiliti, format penyertaan tinggi dan peralihan. Justeru itu, guru hendaklah bersedia dan mengenalpasti teknik-teknik yang sesuai untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah murid-murid di dalam bilik darjah.

CARA PERLAKSANAANMenurut Dreikurs, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh guru dalam menangani masalah tingkah laku murid yang tidak diingini di dalam bilik darjah. Langkah pertama, guru perlu mengenal pasti kesilapan murid, dengan memberikan perhatian kepada tindak balas terhadap tingkah laku buruk itu, sambil memerhati respons oleh murid tersebut. Langkah kedua, guru harus membetulkan kesilapan murid itu dengan memberi penerangan yang munasabah, disertakan dengan perbincangan logik yang tersilap diaplikasikan. Sebagai contoh, murid yang melakukan kesilapan dalam bilik darjah perlu diberikan bimbingan dan motivasi supaya tidak melakukan kesilapan yang berulang.Langkah ketiga, guru perlu elakkan rampasan kuasa dengan menarik balik autoritinya, tetapi menurunkan kuasa kepada murid yang bertingkah laku buruk, misalnya memberi peluangnya mengarah dan membuat keputusan. Selain itu, bagi langkah-langkah positif bagi menangani tingkah laku membalas dendam ialah dengan cara memberi sokongan kepada murid bermasalah untuk menunjuk prestasinya. Langkah yang terakhir adalah, guru hendaklah memberi sokongan kepada murid bermasalah dengan memberi peneguhan terhadap usaha mereka walaupun sedikit sahaja.

Manakala, bagi model pengurusan kelompok Kounin, langkah pertama cara pelaksanaannya adalah dengan mengaplikasikan teknik withitness. Teknik merujuk kepada keupayaan guru membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai ke sesuatu situasi yang tidak dapat dikawal. Hal ini merujuk kepada kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerkan dalam bilik darjah. Guru juga bertanggungjawab memerhatikan sikap pelajar dalam kelas. Sebagai contoh, guru perlu mengenalpasti dengan cepat masalah tingakah laku pelajar dalam bilik darjah dan menyelesaikannya dengan segara. Langkah kedua ialah mengaplikasikan teknik bertindih (overlapping). Teknik ini merujuk kepada kebolehan guru menangani dua atau lebih aktiviti individu atau berkumpulan pada masa yang sama. Misalnya, guru meminta seorang murid untuk membaca di hadapan dan memberi arahan kepada murid yang lain untuk mendengar. Langkah pelaksanaan ketiga ialah dengan menggunakan teknik momentum. Pelaksanaan teknik ini adalah merujuk kepada kebolehan guru untuk memastikan pergerakan dan kelancaran aktiviti dalam proses P&P. Sebagai contoh, guru memulakan pengajaran yang menarik, lancar serta membuat rumusan di akhir pengajaran dengan berkesan. Guru juga perlu mengambil kira aspek minat, kebolehan dan perkembangan pelajar dalam sesebuah proses P&P. Oleh itu, guru hendaklah menerangkan konsep asas terlebih dahulu sebelum meneruskan pengajaran ke tahap yang lebih sukar. Langkah pelaksanaan keempat ialah dengan penerapan teknik kelancaran (smoothness). Ianya merujuk kepada kebolehan guru untuk memastikan proses P&P berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Oleh itu, guru hendaklah memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan atau memberikan pendapat berkenaan dengan pengajaran. Dengan cara ini, guru dapat menilai tahap pengajaran berdasarkan soalan dan komen yang diberikan, seterusnya mengambil langkah segera bagi memastikan kelancaran proses P&P. Langkah pelaksanaan terakhir ialah mengaplikasikan teknik kewaspadaan kumpulan. Teknik ini merujuk kepada pemusatan semua murid lain apabila respons seorang murid sedang diberikan. Ianya merujuk kepada kebolehan guru untuk mewujudkan minat dan menarik tumpuan murid secara aktif terhadap sesuatu yang dipelajari. Contoh-contoh perlaksanaannya ialah, guru mengambil tindakan dengan mengemukakan soalan kepada seorang murid setelah tumpuan diberikan oleh murid-murid yang lain, memberikan respons yang baik apabila murid menanyakan soalan dan memberitahu murid bahawa mereka akan dinilai selepas pengajaran disampaikan.

KEKUATAN DAN KELEMAHANMenurut Model Akibat Logikal Dreikurs mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu dapat mewujudkan persekitaran dan suasana bilik darjah yang kondusif dengan terjalinya komunikasi yang terbuka antara guru dan murid serta saling hormat-menghormati atara satu sama lain. Hal ini kerana disiplin dapat dilihat melalui setiap murid yang mempunyai kawalan kendiri berdasarkan kesan kepentingan persekitaran. Tambahan pula, guru dapat memupuk autonomi di mana murid-murid akan berasa tanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan pilihan yang dibuat oleh mereka sendiri. Namun begitu, model Dreikurs menunjukkan kesukaran untuk guru permulaan mengenal pasti dan meneliti motif-motif setiap salah laku yang dilakukan oleh murid-murid. Malahan, guru juga mengalami kesukaran untuk memahami akibat secara logical dengan setimpal terhadap setiap salah laku murid-murid tertentu.Kuonin berpendapat bahawa guru harus melakkan penutup kepada aktiviti yang dijalankan dan menyimpulkan pengajaran tersebut dengan berkesan. Model Disiplin Kounin mempunyai kelebihan dimana murid akan berasa seronok dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, model Kuonin ini dilihat tidak meberi kesan yang mendalam terhadap masalah disiplin yang berlaku. Ini adalah kerana, teknik penyelesaian disiplin dari segi hukuman tidak banyak dipraktikkan dalam model ini. Pendekatan model ini tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah yang sepenuhnya dan masalah disiplin akan tetap berlaku walaupun pelbagai pendekatan telah dilakukan. Hal ini mungkin seseorang murid itu didorong oleh masalah dalaman mereka sendiri sama ada keluarga,latar belakang, personaliti ataupun masalah luar sekolah.3.0 Analisis Situasi Bilik Darjah Menggunakan Model Disiplin yang dipilihTingkah Laku Pelajar Lelaki

Tingkah Laku Pelajar Perempuan

Bergaduh Tidur dalam kelas

Buli Bercakap-cakap semasa guru mengajar

Tidak menyiapkan kerja rumahMakan

Mencuri menconteng

Rajah 3.0 : Situasi tingkah laku pelajar dalam kelas Tahun 6 Bunga Raya

3.1 Analisis NURSHAWATI ABD WAHAB (26879) MODEL DISIPLIN DREIKURS

Rajah 3.1 : motif salah laku pelajar

Saya telah melakukan analisis terhadap situasi di atas. Berdasarkan analisis tersebut, pada pandangan saya model yang sesuai digunakan untuk menangani masalah tingkah laku supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar ialah Model Akibat Logikal Dreikurs. Hal ini kerana menurut Dreikurs (1968 ) mendapati bahawa tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif seperti untuk mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Salah laku sering berpunca daripada murid-murid yang ingin mendapatkan perhatian guru. Dalam situasi ini, pelajar telah mempamerkan tingkah lalu seperti bergaduh, membuli dan tidur dalam kelas untuk mengundang kemarahan guru. Banyak masalah disiplin berpunca daripada perebutan kuasa antara guru dengan murid. Sebagai seorang guru, semestinya memiliki hak untuk mengekalkan disiplin bilik darjah dan mengawasi tingkah laku murid. Adakalanya tindakan guru menyebabkan murid berasa tertekan dan dipinggirkan. Oleh itu, mereka bertindak mencabar kewibawaan guru seperti barcakap-cakap semasa guru mengajar dan tidak menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan oleh guru. Murid bertindak membalas dendam apabila guru dilihat sebagai bersikap tidak adil dan bersikap autokratik. Pada peringkat ini murid banyak dikawal oleh emosi negatif. Murid-murid ini akan menunjukkan tingkah laku yang serius. Contoh seperti mencuri, bergaduh dan menconteng kawasan dinding sekolah atau didalam tandas. Kadangkala murid terlampau dikawal oleh emosi negativf sehingga tidak sedar kelakuan mereka bukan sahaja mendatangkan keburukan kepada orang lain tetapi juga kepada diri mereka sendiri. Berdasarkan kesemua tingkah laku yang dilakukan oleh para pelajar tahun 6 Bunga Raya, dapat disimpulkan kesemua tingkah laku tersebut adalah aktif dan tidak ada motif menunjukkan kekurangan.

3.1.1 Cara Menangani Masalah Tingkah Laku Pelajar

Kenal Pasti Motif Murid

Bantu Murid Melihat Akibat di Sebalik Tingkah LakunyaBimbing Murid Bertanggungjawab Ke Atas Matlamat BaharuBantu Murid Tukar Matlamat Salah Kepada Matlamat SebenarBantu Murid Memahami Motif Yang Ditunjukkan

Rajah 3.1.1 : Cara Dreikurs Menangani Murid yang Mempunyai Motif yang salah

Motif

Teknik penyelesaian

1- Inginkan perhatian Sengaja membangkitkan kemarahan guru dengan cara : Pelajar lelaki : bergaduhPelajar perempuan : tidur dalam kelas Minimumkan tahap perhatian- jangan endahkan tingkahlaku tersebut. Iktiraf tingkahlaku bermasalah-serapkan dalam sesi pengajaran

2- mencabar kuasa Pergelutan kuasa antara guru dan muridPelajar lelaki : tidak menyiapkan kerja rumah

Pelajar perempuan : bercakap-cakap semasa guru mengajar, makan Cuba kekalkan persekitaran pembeajaran yang positif. Alihkan fokus ke tempat lain Usahakan supaya murid yang berkenaan menyedari kelakuannya

3- Membalas Dendam murid terasa tidak diberikan layanan yang adil yang ditunjukan melalui cara cara seperti :pelajar lelaki : bergaduh, mencuripelajar perempuan : menconteng Cuba kekalkan persekitaran pembeajaran yang positif. Alihkan fokus ke tempat lain Usahakan supaya murid yang berkenaan menyedari kelakuannya

4- Menunjukkan kekurangan tindakan lain selain dari diatas seperti mengundurkan diri, mengasingkan diri dan lain-lain

Ubahsuai kaedah mengajar Gunakan bahan bantu pembelajaran berbentuk maujud atau komputer

Rajah 3.1.2 : Motif salahlaku dan Teknik Penyelesaian Bagi Dreikurs, dendaan tidak patut dijalankan di dalam bilik darjah. Dendaan menunjukkan cara guru membalas dendam terhadap perbuatan murid. Contohnya, murid menyakiti hati guru, melalui dendaan guru seolah-olah membalas dendam dengan menyakiti hati murid. Dendaan juga menunjukkan kekuasaan mutlak guru. Dendaan selalunya memalukan murid dan mungkin akan membawa kepada kesan yang lebih negatif dan sepatutnya diganti dengan akibat-akibat logikal yang telah dipersetujui bersama antara guru dengan murid. Menurut cara Dreikur menangani masalah tingkahlaku bermasalah ialah guru perlu mengenal pasti motif murid berdasarkan empat motif utama iaitu mendapatkan perhatian, mencabar kuasa ,membalas dendam dan menunjukkan kekurangan. Bila guru telah dapat mengenal pasti motif utama murid maka mudah bagi guru memeilih kaedah atau teknik penyelesaian kepada masalah tingkahlaku tersebut. Guru perlu bantu murid untuk memahami motif yang telah ditunjukkan. Murid mungkin gagal untuk memahami cara yang terbaik untuk mendapat tempat dan menyesuaikan diri di dalam bilik darjah. Sebagai contoh di dalam kelas Tahun 6 Bunga Raya, antara motif murid ialah untuk mendapatkan perhatian seperti bergaduh dan tidur dalam kelas. Oleh yang demikian, setelah guru menyedari motif tersebut antara teknik penyelesaiannya ialah meminimumkan tahap perhatian dengan jangan endahkan tingkah laku tersebut.seterusnya iktiraf tingkah laku tersebut dan serapkan dalam sesi pengajaran dengan menegur perbuatan tersebut agar tidak diulangi. Selain itu, bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar dengan tunjuk dan beri kesedaran bahawa mereka telah memilih cara atau motif yang salah untuk mendapatkan pengiktirafan diri. Contohnya tingkah laku tidak menyiapkan kerja rumah, bercakap-cakap semasa guru mengajar, makan bergaduh, mencuri dan mencontang didalam kelas merupakan tingkahlaku bermasalah bermotifkan mencabar kuasa guru di dalam kelas serta membalas dendam. Menyedari motif tersebut guru perlu mengambil langkah cuba kekalkan persekitaran bilik darjah yang positif dengan tidak mengambil langkah drastik seperti marah atau menengking murid , guru sebaiknya alihkan fokus pelajar ke tempat lain dengan melaksanakan selingan aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menerapkapkan nilai-nilai moral serta mewujudkan sifat kesedaran dalam diri murid. Sebaiknya, guru perlu usahakan agar murid berkenaan menyedari kelakuannya Motif menunjukkan kekurangan merupakan perlakuan terakhir yang murid akan lakukan setelah merasa dirinya tidak memberikan perhatian mahupun mengiktiraf tingkahlaku atau perbuatannya sebelum ini. Oleh yang demikian guru perlu ubah suai kaedah pengajaran agar lebih memberangsangkan sesi pengajaran dan pembelajaran agar semua murid terlibat hal ini bagi menaikkan semangat murid untuk belajar. Seterusnya, guru juga boleh mengambil inisiatif dengan menggunakan bahan bantu mengajar maujud atau berbantukan komputer. Secara holistiknya, guru perlu membantu murid-murid ini untuk menukarkan matlamat yang salah kepada matlamat sebenar yang mendatangkan manfaat kepada semua serta menggalakkan dan beri bimbingan kepada murid untuk bertanggungjawab atas matlamat baharu yang dipilih. Tambahan lagi, guru perlu bantu murid untuk melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan agar murid memahami baik buruk tingkah laku tersebut ke atas diri mereka dan juga insan disekeliling mereka.

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU 18