assig kum kajian tindakan baru

24
1. Tajuk Kajian Mempertingkatkan Pengetahuan Pelajar Tingkatan 1 (5) mengenai 10 buah gunung di Malaysia melalui kaedah Pengembaraan dan Wasiat Georg 2. Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji Kertas kerja ini di kemukakan oleh pelajar Program Pengajian AM (AT58D), Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) sesi Julai 2009/2010, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim Perak. Nama-nama pelajar yang mengemukakan cadangan kertas kerja ini adalah seperti di bawah ini: 1. Siti Fatimah Binti Pazaer L 20092004697 2. Aznita Binti Abdul Ghani L20092004676 3. Siti Adha Binti Ishak L 20092004667 4. Siti Fairuz Binti Md Akhir L20092004677 3. Nama Sekolah Sek. Men. Keb. Canossian Convent, Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang. No. Tel: 07-7711103 4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Pengalaman menjawat jawatan sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) amat berharga buat saya. Namun, untuk menjadi seorang guru bukanlah mudah sebenarnya. Tugas dan tanggungjawab 1

Upload: geetini

Post on 19-Jun-2015

350 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

1. Tajuk Kajian

Mempertingkatkan Pengetahuan Pelajar Tingkatan 1 (5) mengenai 10 buah gunung di

Malaysia melalui kaedah Pengembaraan dan Wasiat Georg

2. Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji

Kertas kerja ini di kemukakan oleh pelajar Program Pengajian AM (AT58D), Diploma

Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) sesi Julai 2009/2010, Universiti Pendidikan Sultan

Idris (UPSI), Tanjong Malim Perak.

Nama-nama pelajar yang mengemukakan cadangan kertas kerja ini adalah seperti di

bawah ini:

1. Siti Fatimah Binti Pazaer L 20092004697

2. Aznita Binti Abdul Ghani L20092004676

3. Siti Adha Binti Ishak L 20092004667

4. Siti Fairuz Binti Md Akhir L20092004677

3. Nama Sekolah

Sek. Men. Keb. Canossian Convent,

Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang.

No. Tel: 07-7711103

4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pengalaman menjawat jawatan sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT)

amat berharga buat saya. Namun, untuk menjadi seorang guru bukanlah mudah

sebenarnya. Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru memerlukan tahap

kesabaran yang tinggi dan memerlukan usaha yang berterusan untuk memastikan

pelajar mendapat yang terbaik daripada proses pengajaran oleh guru. Oleh kerana itu,

saya dengan bebesar hati untuk menerima tanggungjawab yang diberikan kepada saya

untuk mengajar mata pelajaran geografi bagi 5 kelas tingkatan 1 termasuklah pelajar

tingkatan 1(5) SMK. Canossian Convent, Kluang yang terdiri daripada pelajar

1

Page 2: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

perempuan sahaja. Pelajar-pelajar tingkatan 1(5) terdiri daripada pelajar yang lemah

dalam pelajaran amnya.

Oleh kerana itu, sebelum saya menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran saya telah menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan

powerpoint kerana setiap bilik darjah di sekolah tersebut telah dilengkapi LCD untuk

digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan saya membuat

persediaan tersebut dengan harapan mereka dapat mengikuti pengajaran saya dengan

berkesan. Bahan powerpoint tersebut saya muatkan dengan gambar peta Malaysia

yang berwarna untuk menarik minat mereka yang saya download daripada internet.

Peta tersebut telah diplotkan sekali 10 buah gunung yang utama di Malaysia dimana

perlu mereka tahu lokasi dan ketinggian untuk tahap tingkatan 1. Seperti guru-guru

berpengalaman, selepas proses Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan, saya telah

memberikan latihan kepada mereka dengan bahan yang telah saya fotostat iaitu peta

kosong Malaysia yang memerluakan mereka mengisi tempat kosong tersebut merujuk

kepada pengajaran saya. Latihan tersebut perlu dilengkapkan oleh pelajar dirumah

sebagai peneguhan kepada proses Pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Saya

juga telah meminta mereka mengingat 10 buah gunung tersebut dan akan menyoal

mereka semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran yang berikutnya pada minggu

tersebut.

Namun, saya sangat tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh

pelajar 1(5) apabila saya menjalankan soaljawab pada Pengajaran dan Pembelajaran

yang berikutnya pada minggu itu juga. Berdasarkan jawapan yang mereka berikan

kepada saya didapati mereka tidak berupaya untuk menyatakan fakta penting yang telah

mereka hafal menerusi buku teks dan juga buku latihan. Malah pelajar tersebut juga

tidak berupaya untuk mengingat lokasi dan ketinggian setiap gunung yang utama ada di

Malaysia. Jika perkara ini berpanjangan maka mereka tidak akan dapat menguasai

sukatan yang seterusnya. Contohnya terdapat sukatan yang seterusnya memerlukan

mereka mengetahui dimana kawasan-kawasan hidroelektrik yang utama di Malaysia,

kawasan pembalakan dan sebagainya. Masalah ini juga terjadi kerana kebolehan

pelajar yang berbeza tahapnya. Di samping itu, penguasaan bahasa Melayu yang lemah

dalam kalangan pelajar-pelajar Cina dan India juga merupakan faktor pelajar tidak

berupaya untuk menyatakan dan mengingat fakta-fakta tersebut.

Sebagai seorang guru sandaran, saya menganggap ianya satu cabaran yang

perlu saya hadapi bagi membantu mereka untuk mengingat seberapa banyak fakta yang

2

Page 3: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

ada dalam sukatan matapelajaran tingkatan 1. Bagi mencapai hasrat saya ini, saya telah

menemubual beberapa orang rakan guru ketika itu. Temubual tersebut telah saya

jalankan sebelum saya dan rakan guru lain di sekolah tersebut mengikuti kursus kajian

tindakan yang dianjurkan pihak sekolah pada tahun lepas dimana penceramah kursus

tersebut adalah guru pakar sekolah kami iaitu Pn. Hjh. Rahmah Binti Sayuti (merupakan

salah seorang pemenang kajian tindakan peringkat negeri Johor dengan tajuk kajiannya

ialah Using Pictures and Explisit Vocabulary Teaching Strategies To Improve 4Sc1

Descriptive Composition dan Improving 2 Set 2 Compositions Using The 6-Trait Writing

Model). Kursus kajian tindakan tersebut bagi mendedahkan guru-guru di SMKCC untuk

bergiat aktif dalam menjalankan kajian tindakan dan sebagai motivasi serta penyuntik

semangat. Matlamat kursus tersebut adalah para guru perlu menghasilkan satu proposal

kajian tindakan dan perlu dihantar kepada pentadbir dalam masa 2 minggu selepas

kursus tersebut dijalankan. Guru-guru juga telah digalakkan untuk bertanding

diperingkat daerah.

Saya telah mengemukakan pertanyaan saya kepada rakan yang mengajar

matapelajaran Geografi tingkatan 2 iaitu Cik Fakhrunnisak Binti Mamat. Daripada

perbualan yang telah saya jalankan secara tidak formal saya dapati pelajar-pelajar

tingkatan 2(5) juga mengalami masalah seperti masih lagi tidak dapat mengenalpasti

lokasi sebenar setiap negeri yang ada di Malaysia, tidak dapat memberi contoh gunung

yang berpotensi sebagai tempat perlancongan, kawasan penjana hidroelektrik dan

kawasan tadahan air, mereka juga tidak dapat menguasai subtopik dalam tajuk Bentuk

Muka Bumi dan potensinya yang telah dipelajari semasa di tingkatan 1 (tahun 2008).

Secara logiknya, pertanyaan saya bertumpu kepada tingkatan 2(5) adalah kerana

pelajar-pelajar 1(5) ini amat jaranag sekali akan dapat naik ke tingkatan lain

memandangkan mereka merupakan golongan pelajar yang tidak menguasai

kebanyakan matapelajaran yang dipelajari mereka di sekolah. Ini membuktikan pelajar-

pelajar tersebut gagal untuk mengingat kembali fakta-fakta yang penting selain kami

juga berpendapat masalah ini berkaitan dengan ingatan jangka pendek atau

kemampuan mereka mengingat. Saya juga telah berbual-bual dengan seorang lagi

rakan yang turut mengajar matapelajaran Gografi tingkatan 2 iaitu Cik Marina Binti

Bahari dimana saya dapati masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah mereka

tidak lagi mengingat fakta-fakta geografi yang telah dipelajari di tingkatan 1. Oleh hal

yang demikian, beliau terpaksa mengimbas semula hampir kesemua fakta berkaitan

setiap kali mahu memulakan proses pengajaran dan pengajaran di dalam kelas. Ini

3

Page 4: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

menyebabkan sukatan pelajaran tingkatan 2 bagi matapelajaran geografi sukar untuk

diteruskan kerana pelajar tidak dapat mengaitkan dengan sukatan pelajaran tingkatan 1

terutamanya bagi aspek kemahiran. Akibat daripada ini, maka boleh saya katakan

bahawa masa 40 minit bagi setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung akan hanya tertumpu kepada sukatan tingkatan 1 sahaja sedangkan

pelajar telah berada di tingkatan 2. Sepatutnya mereka telah pun menguasai sukatan

matapelajaran Geografi tingkatan 1 agar semasa berada di tingkatan 2 mudah bagi

mereka untuk menerima pengajaran oleh guru dan kemahiran mereka semakin mantap

untuk menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun berikutnya.

Berdasarkan masalah-masalah tersebut saya merasakan terdapat kekurangan

dalam pengajaran saya kerana pada ketika itu saya menganggap jika ia mudah untuk

saya maka mesti mudah untuk para pelajar saya. Namun, setelah saya menjejaki ke

Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan

Lepasan Ijazah bagi sesei julai 2009/2010 barulah saya sedar bahawa tahap

perkembangan begi setiap pelajar adalah berbeza. Daripada kefahaman saya

sepanjang belajar disini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa pelajar 1(5)

merupakan pelajar yang sukar menerima ilmu dengan cara pengajaran yang hanya

pada keterangan sahaja tetapi mereka lebih mudah untuk menerima sesuatu ilmu jika

mereka meneroka sendiri ilmu tersebut. Ini terbukti apabila mereka menceritakan

keseronokan terhadap matapelajaran kesusasteraan melayu kerana terdapat sebuah

cerita pendek yang ada nama saya. Oleh itu, mereka dapat mengingat cerita tersebut

dengan baik kerana ada contoh yang paling hampir dengan mereka digunakan dalam

buku tersebut.

5. Isu Keperihatinan

Walaupun terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini, namun

demikian setelah berbincang dengan 3 rakan yang mengikuti kursus KPR 5063

merangkap rakan yang akan menjalankan kajian tindakan, mereka bersetuju untuk

menyediakan satu kertas cadangan berkenaan isu ini iaitu Meningkatkan Pengetahuan

Pelajar Tingkatan 1 Mengenai Bentuk Muka Bumi Di Malaysia dengan menggunakan

kaedah penceritaan dalam permainan yang kami namakan sebagai Pengembaraan dan

Wasiat Georg di 10 Buah Gunung Di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah ini kami

berharap agar pelajar dapat mengembara sendiri ke 10 buah gunung tersebut para

seterusnya pelajar dapat mengenal mengingat fakta penting di 10 buah gunung tersebut

4

Page 5: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

dengan jelas dan tepat. Kami telah bersepakat untuk memilih kelemahan pelajar dalam

subtopik ini setelah membuat beberapa bacaan terhadap beberapa kajian lepas

berkaitan mata pelajaran ini bertajuk seperti berikut:

a) Meningkatkan minat pelajar dalam matapelajaran Geografi dengan menggunakan

teknik permainan (Geo Dam).

b) Menguasai Peta Malaysia Melalui Teknik Drag And Drop.

c) Meningkatkan kemahiran murid mengukur bearing dengan menggunakan kaedah

main peranan dalam P&P.

d) Meningkatkan kemahiran pelajar membaca peta dengan menggunakan kaedah

huruf `W`.

Berdasarkan pembacaan kami terhadap jurnal-jurnal tersebut, kami merumuskan seperti

berikut:

Pembacaan kajian tindakan pertama yang dibaca oleh kami bertajuk

`Meningkatkan minat pelajar dalam matapelajaran Geografi dengan menggunakan

teknik permainan´ yang mereka namakan Geodam oleh pelajar daripada Universiti

Kebangsaan Malaysia, diketuai Siti Hasmiyanti Binti Zahari. Daripada kajian tersebut

mereka mahu melihat kepada peningkatan minat pelajar terhadap matapelajaran ini

dengan cuba menimbulkan keseronokan dalam kalangan pelajar semasa proses

Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam kelas. Untuk itu, mereka menggunakan

soal selidik untuk mengukur sejauhmana minat pelajar sebelum aktiviti tersebut

dijalankan. Mereka menggunakan teknik permainan untuk melihat penglibatan pelajar

seterusnya menguji pelajar secara lisan dan rawak bagi setiap topik yang ada dalam

matapelajaran geografi. Mereka juga menggunakan kaedah pemerhatian sebelum,

semasa dan selepas permainan dijalankan bagi melihat reaksi pelajar sebelum bermain,

penglibatan pelajar semasa bermain dan kepuasan serta penguasaan pelajar selepas

bermain. Untuk aspek refleksi dan penilaian mereka akan mencadangkan masalah

dibincangkan dalam mesyuarat guru untuk mendapatkan pandangan dan membuat

penambahbaikan jika perlu. Mereka juga ada menyatakan bahawa matapelajaran

geografi merupakan satu bidang yang berkaitan `Field Of Knowledge´ yang mana

merupakan satu bidang yang pengetahuan dan tidak terikat. Merela cuba membawa

pelajar untuk `have to think´ kepada `want to think´. Kertas cadangan mereka ini sedikit

5

Page 6: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

sebanyak meyokong kertas cadangan kami kerana masalah pelajar terhadap

penguasaan peta adalah lemah. Bagi mencapai hasrat membantu pelajar mencapai

peningkatan pengetahuan dan menguasai peta amat wajarlah kami memilih isu kami

dalam kertas cadangan ini.

Dalam kajian tindakan yang dibuat oleh Khairuddin Bin Isa daripada SMK. Khir

Johari 36300 Sungai Sumun Perak mengenai “ Menguasai Peta Malaysia Melalui Teknik

Drag And Drop” pada Julai 2008, beliau mengapa timbul usaha untuk membuat aktiviti

ini adalah apabila dia yang telah ditugaskan untuk mengajar kelas 3G iaitu kelas terakhir

di sekolah tersebut telah mendapati pelajar di kelas tersebut yang akan menduduki PMR

tidak dapat memplot kedudukan – kedudukan Negeri di Malaysia. Dalam subjek

Geografi penguasaan mengenai tajuk tentang Negara Malaysia adalah penting. Untuk

mengatasi masalah ini beliau telah menghasilkan pembelajaran Peta Negara Malaysia

melalui kaedah Drag and Drop menggunakan program flash. Sebelum menggunakan

kaedah ini, beliau telah menggunakan kaedah biasa iaitu pelajar menanda Peta Kosong

Negara Malaysia berulang – ulang kali. Namun pelajar merasa bosan dan objektif

pembelajaran tidak tercapai. Tindak balas daripada pelajar ialah mereka mencadangkan

supaya pembelajaran dilakukan dengan menggunakan Komputer. Antara objektif kajian

ini dijalankan adalah supaya diakhir pembelajaran ini nanti pelajar dapat menandakan 7

kedudukan negeri – negeri di Malaysia dan pelajar dapat menandakan 7 kedudukan ibu

negeri di Malaysia di dalam peta Malaysia. Untuk melaksanakan kajian ini, terdapat

empat strategi utama yang diambil iaitu tinjauan masalah , analisa tinjauan masalah ,

tindakan yang dijalankan dan pelaksanaan tindakan. Setelah pelajar mempelajari peta

Malaysia menggunakan kaedah yang biasa, 10 pelajar telah dipilih untuk membuat ujian

Pra 1 berkaitan dengan peta negeri telah diadakan. Manakala 10 orang pelajar lagi telah

dipilih untuk membuat ujian pra 2 iaitu yang berkaitan dengan Ibu Negeri. Selepas ujian

dijalankan, beliau mendapati pelajar sangat lemah dalam memplot kedudukan di atas

peta malah sepanjang ujian dijalankan pelajar kelihatan bosan sepanjang ujian

dilaksanakan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini, banyak menggunakan perisian

internet. Sebelum memulakan aktiviti ini kepada pelajar, beliau telah membina laman

web terlebih dahulu. Dalam laman web tersebut, terdapat banyak aktiviti yang akan

didedahkan kepada pelajar. Setelah program Drag and Drop diupload ke dalam internet,

barulah pelajar tersebut dapat mempelajari Peta Malaysia menggunakan kaedah drag

and drop. Selepas kaedah ini didedahkan kepada pelajar, pelajar akan menjalani ujian

Pos 1 dan 2 menggunakan peta kosong . Set soalan uijian Pos 1 dan 2 ini adalah sama

6

Page 7: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

seperti yang digunakan dalam ujian pra 1 dan 2. Refleksi daripada aktiviti ini, telah

menunjukkan kemajuan di mana pelajar dapat menguasai dan memahami pembelajaran

Peta Malaysia dengan minat yang tinggi. Keputusan ujian Pos telah menunjukkan

pelajar 3G telah boleh memplot kedudukan di dalam peta Malaysia dengan baik.

Rumusan yang dapat dibuat ialah pembelajaran Peta Malaysia menggunakan kaedah

drag and drop dapat membantu pelajar menguasai Peta Malaysia terutama pelajar yang

lemah. Kajian tindakan ini turuut membantu kami membuat keputusan untuk

meneruskan kertas cadangan ini kerana kami dapati pentingnya pelajar untuk

menguasai peta kerana asas kepada matapelajaran geografi ada disitu.

Manakala, kajian tindakan yang dijalankan oleh Kamsiah Binti Mohd Ali daripada

SMK. Bandar Putra, Kulai Johor pada tahun 2007 dengan tajuk Meningkatkan

Kemahiran Murid Mengukur Bearing Dengan Menggunakan Kaedah main Peranan

Dalam P&P menyokong bahawa pelajar harus meneroka sendiri matapelajaran geografi

untuk mengekalkan memori terhadap ilmu `Field Of Knowledge´ ini dengan lebih lama.

Kajiannya berfokus kepada hanya 10 orang pelajar lemah setelah satu ujian pra

dijalankan terhadap 29 orang dalam tingkatan 2PK4 tersebut. Pemilihan isu tersebut

adalah kerana beliau mendapati pelajarnya masih keliru untuk menentukan arah bearing

dan titik rujukan dengan tepat. Pada pandangan beliau jika hal ini berterusan maka

pelajar akan sukar untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat di atas peta. Oleh

kerana itu, beliau telah memilih aktiviti main peranan kerana ia dapat meningkatkan

kemahiran mereka seramai 10 orang itu. Daripada pemerhatian, beliau mendapati

pelajar sangat teruja ketika aktiviti pertama mahu dilakukan sehinggalah aktiviti ke tiga

mereka masih seronok dengan permainan yang dirancang oleh guru mereka. Setiap

aktiviti yang dibuat akan disusuli dengan kertas lembaran yang mengandungi soalan

yang membabitkan mereka melabel. Dapatan kajiannya menunjukkan peningkatan

peratusan untuk 10 orang pelajar tersebut dengan peratus paling rendah ialah 90

peratus. Daripada kajian beliau ini, kami dapati bahawa pelajar lebih mudah untuk

mengingati fakta apabila mereka sendiri mengalami keadaan tersebut. Pengalaman

pada peringkat umur mereka amat penting dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Dengan ini, kami bersepakat memilih isu dalam cadangan kertas kerja ini dengan

melibatkan permainan yang diharapkan dapat menarik minat seterusnya mengekalkan

memori tentang kandungan pembelajaran tersebut dengan lebih panjang lagi

tempohnya berbanding sekarang ini mereka hanya seperti masuk telinga kanan keluar

telinga kiri kerana mereka tidak mahu terikat dengan pengajaran dan pembelajaran yang

7

Page 8: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

terlalu formal. Ditambah lagi jika pengajaran dan pembelajaran yang sebelumnya

merupakan matapelajaran berat dan diajar secara formal dengan menyalin nota dan

penerangan sahaja oleh guru.

Kertas cadangan oleh Cik Fakhrunnisak Binti Mamat juga membuatkan

kami sekumpulan memilih tajuk ini kerana kelamaha pelajar dalam mengingat lokasi

negeri-negeri yang ada di Malaysia walaupun telah berada di tingkatan 2. Ini kerana

semasa di tingkatan 1 (2008) mereka hanya melukis dan mewarna peta setelah guru

melukis di papan hitam berdasarkan penerangan. Kemudian guru hanya meminta

pelajar menghafal lokasi setiap negeri tersebut sendiri. Pelajar hari ini tidak begitu rajin

untuk berbuat demikian kerana dibebani oleh kerja sekolah yang banyak disebabkan

jumlah buku kerja juga bertambah untuk setiap subjek. Bagi pelajar yang berada di kelas

atas sahaja akan berusaha untuk memenuhi permintaan guru disamping mereka

memang berusaha untuk mendapat tempat yang terbaik dalam tingkatan. Kesan

daripada pengajaran guru tersebut akan menyebabkan kesan jangka panjang jika tidak

diselesaikan. Dalam kajiannya, beliau mendapati semasa beliau menanyakan semula

tentang kawasan penanaman nenas di Malaysia, pelajar tidak dapat menjawabnya.

Keudian beliau melukis peta Malaysia di papan hitam dan bertanya semula. Namun,

pelajar hanya mendiamkan diri kerana tidak tahu. Kemudian beliau memberi jawapan

kepada mereka iaitu Johor. Seterusnya beliau meminta salah seorang pelajar

memplotkan negeri Johor di atas peta yang dilukis. Pelajar tersebut pun memplotkan

peta tersebut di negeri Perak. Beliau sangat terkejut kerana pelajar tersebut memplot

ditempat yang salah. Beliau bertanya lagi dimana dia tinggal, pelajar tersebut menjawab

kluang. Seterusnya, kluang dimana pula, pelajar diam tidak menjawab. Daripada kes

itulah beliau mendapati pelajar masih belum menguasai lokasi negeri di Malaysia.

Daripada kes-kes dalam kajian diatas kami mendapati dengan hanya

memberikan penerangan tidak adak dapat membantu mereka menguasai topik ini.

Seperti yang dikatakan oleh Eee Ah Ming (1997) dalam Isu-isu Pendidikan di Malaysia,

pengajaran tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian

maklumat atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar melalui

komunikasi satu hala masih diamalkan oleh guru untuk mengajar subjek Geografi.

Keadaan ini mengakibatkan pelajar merasa bosan untuk belajar dan menyebabkan

pencapaian dalam subjek geografi pelajar merosot. Hal ini adalah disebabkan peranan

8

Page 9: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

pelajar dalam kelas adalah pasif dan keadaan ini menyebabkan pelajar hilang minat

untuk belajar subjek geografi.

6. Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar – pelajar diharap akan mencapai objektif

berikut :

5.1 Objektif Umum :

Meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Geografi.

5.2 Objektif Khusus :

Dengan merujuk sukatan mata pelajaran tingkatan 1

5.2.1 Pelajar dapat mengetahui kedudukan 10 buah gunung di

Malaysia.

5.2.2 Pelajar dapat mengetahui ketinggian 10 buah gunung di Malaysia.

5.2.3 Pelajar dapat mengingat kedudukan dan ketinggian 10 buah

gunung di Malaysia.

5.2.4 Pelajar dapat menjawab latihan berkenaan 10 buah gunung di

Malaysia tanpa merujuk buku teks tingkatan 1.

7. Sasaran Kajian

Kajian ini akan dilaksanakan kepada pelajar-pelajar yang berada dalam tingkatan 1 (5)

iaitu seramai 38 orang yang mana semuanya adalah merupakan pelajar perempuan

yang lemah tahap pencapaiannya terhadap mata pelajaran Geografi tingkatan 1.

8. Tindakan Yang Dicadangkan

8.1 Aktiviti

a ) Pembinaan cerita dan permainan :

Dalam mengatasi masalah mengingati kedudukan Banjaran di Malaysia, terdapat

beberapa tindakan dan aktiviti yang telah kami ambil :

9

Page 10: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

i ) Teknik penceritaan : dalam teknik ini kami telah menyediakan satu cerita

yang bertajuk pengembaraan dan wasiat Georg di 10 buah gunung di Malaysia.

Penggunaan cerita yang menarik seperti pengembaraan ini, adalah teknik yang

mudah untuk memberikan inspirasi kepada para pelajar. Sebelum kami mencipta

sesuatu cerita, teknik – teknik yang telah kami ambil untuk memastikan

pemilihan cerita sesuai atau tidak adalah seperti berikut :

Adakah pelajar akan mendapat idea dalam cerita tersebut ?

Adakah cerita itu akan merangsang imaginasi dan membantu mereka

mengingat fakta dengan mudah ?

Adakah cerita itu akan membantu mereka menemui makna dalam

dunia Geografi ?

Penggunaan aksi – aksi yang menarik minat pelajar ?

Watak cerita yang tidak dapat dilupakan ?

Plot cerita yang menarik yang melibatkan konflik, suspend dan

penamat yang menarik

Corak bahasa yang menarik.

ii ) Teknik permainan untuk menguji minda.

b ) Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang dirancang serta bahan digunakan :

i ) Aktiviti 1

Pelajar akan diajar mengenai Bentuk Muka Bumi melalui penceritaan

yang akan disampaikan oleh guru menggunakan bantuan audio.

Penceritaan ini akan juga akan dibantu oleh Alat Bantu Mengajar seperti

Peta Animasi yang diperbuat daripada Power point.

ii ) Aktiviti 2

Selepas pelajar faham mengenai cerita tersebut, pelajar akan

dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi sehelai petikan cerita

tentang pengembaraan Georg. Pelajar di bagi masa untuk mengingati

10

Page 11: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

cerita dalam masa 10 minit. Untuk menarik minat pelajar lagi, satu kotak

disediakan yang merupakan wasiat daripada Georg tadi. Dalam kotak

tersebut ada beberapa peninggalan Georg berbentuk kata kunci dan

soalan – soalan yang perlu dibincangkan dalam kumpulan. Selepas 1

minit wakil disetiap kumpulan diminta untuk mengisi peta Malaysia yang

ada di hadapan kelas dengan serta merta berdasarkan soalan yang ada

dalam setiap sampul yang mempunyai maklumat yang berlainan.

iii ) Aktiviti 3

Pelajar akan menjalani ujian Pos 1 dan 2 menggunakan peta kosong.

(Rujuk lampiran)

Untuk mempermudahkan, kami jadualkan langkah-langkahnya seperti diberikut:

Langkah Aktiviti Tempoh

masa (minit)

Huraian

Pengenalan Penerangan guru 2 Guru 11memberi penerangan

ringkas kepada pelajar tentang

cara bermain

Pertama Penceritaan Oleh Guru

(Pelajar Mencatit)

5 Guru membaca cerita

berdasarkan petikan dengan

intonasi yang menarik perhatian

Pembahagian Kumpulan Kecil

(Pembacaan oleh Murid)

10 Guru 11ember arahan kepada

pembentukan kumpulan kecil

Kedua Permainan (Pelajar Menjawab

Soalan Wasiat)

-Markah diberi untuk setiap

jawapan yang betul

10 Pelajar mengambil sampul wasiat

daripada guru dan cuba mencari

jawapan bersama rakan-rakan

dalam kumpulan serta plot di atas

kertas mahjong yang ditampal di

papan hitam

11

Page 12: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

Ketiga Ujian Khas (Tanpa merujuk

kepada buku teks)

10 Pelajar diminta menjawab 1 ujian

secara individu tanpa merujuk apa

sahaja bahan bertulis termasuk

buku teks

Kesimpulan Ulasan Guru 3 Guru membuat ulasan tentang

pelajar berdasarkan pemerhatian

sepanjang pelajar menjalankan

aktiviti

8.2 Instrumen Kajian

a) Ujian pendek :

Untuk memastikan objektif ini benar – benar tercapai, pelajar akan diberi

satu soalan iaitu memplotkan nama – nama gunung di dalam sehelai

peta yang diedarkan tanpa melihat buku sebelum dan selepas.

b) Pemerhatian :

Perbincangan tentang tindakbalas pelajar semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

.

8.3 Metod Analisis

a) Ujian pra dan ujian pos : Analisis markah pencapaian pelajar

b) Pemerhatian :Analisis secara perbincangan tentang tindakbalas

pelajar semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

12

Page 13: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

9 Jadual Perlaksanaan

Bil Perkara Tarikh

1 Perjumpaan dalam kumpulan (Perbincangan)

Mengenalpasti isu dan masalah

7 Julai 2009

2 Penulisan Pengalaman 2 Ogos 2009

3 Mengumpul Literature (Buku, Jurnal, Internet) 10 Ogos 2009

4 Penulisan Literature 15 Ogos 2009

5 Merancang Kaedah Pengajaran Yang Akan Digunakan

Dalam Kajian

18 Ogos 2009

6 Menyusun Semua Maklumat Yang Diperolehi 20 Ogos 2009

7 Penulisan Proposal Kajian Tindakan 2 Ogos – 13 September

8 Pembentangan dan Menghantar Draf Kepada Pensyarah 1 September 2009

9 Mengambil Semula Draf dan Membuat Pembetulan Jika

Ada

3 September 2009

10 Membuat Penambahbaikan 4-13 September 2009

11 Menghantar Proposal Kajian Tindakan Lengkap 15 September 2009

12 Perlaksanaan Kajian Tindakan Dalam Perbincangan

13 Membincangkan Masalah Yang Timbul Semasa

Menjalankan Kajian Tindakan

Dalam Perbincangan

14 Menulis Laporan Kajian Tindakan Dalam Perbincangan

15 Pembentangan Dapatan Kajian Dalam Perbincangan

15 Membuat Penambahbaikan Dalam Perbincangan

13

Page 14: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

10 Anggaran Perbelanjaan

Bil Kod Perkara Pecahan Bilangan

diperlukan

Anggaran

seunit (RM)

Jumlah

(RM)

1 27000 Percetakan

soal

selidik/Ujian

Percetakan soalan

Percetakan Ujian

7

38 X 2

0.05

0.05

0.35

4.00

Bahan dan

alatan bantu

mengajar

Kertas Mahjong 2 0.50 1.00

Sampul Surat 7 0.30 2.10

Bahan Edaran 8 0.05 0.40

Selotap 1 0.50 0.50

Marker Pen 1 2.00 2.00

Ju

mlah keseluruhan

10.35

14

Page 15: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

Bibliografi

Abdul Hamid Abdullah, Mohmadisa Hashim, Mohd Faris Dziauddin & Mohamad Suhaily Yusry Che Ngah (2006). Isu-isu Pendidikan Geografi Di Malaysia. Tanjung Malim, Universiti Pendidikan Sulatan Idris.

Fakhunnisak Binti Mamat. (2009). Meningkatkan Kemahiran Pelajar Dalam Membaca Peta Dengan Menggunakkan Kaedah Huruf `W`: SMK. Canossian Convent, Kluang, Johor.

Kamsiah Binti Mohd Ali. (2007). Meningkatkan Kemahiran Murid Mengukur Bearing Dengan Menggunakan Kaedah Main Peranan Dalam P&P: SMK. Bandar Putra, Kulai,Johor.

Khairuddin bin Nisa. (2008). Menguasai Peta Malaysia Melalui Teknik Drag And Drop : SMK. Khir Johari 36300 Sungai Sumun Perak.

Pn. Hjh. Noraini Bt. Hasbollah. (2001). Jurnal Pendidikan Maktab Perguruan Sandakan, Kaedah Perbincangan 1-2-4. www.keepandshare.com/doc/view.php?id=527764&da=y. Dicapai pada : 15 Ogos 2009.

Profesor Dr. Othman Bin Lebar. (2009). Modul kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Universiti Pendidikan sultan Idris. Tanjong Malim, Perak.

Siti Hasmiyati Binti Zahari. (2009). Meningkatkan Minat Pelajar Dalam Matapelajaran Geografi Dengan Menggunakan Teknik Permaianan (Geo Dam): Universiti Kebangsaan Malaysia.

15

Page 16: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

LAMPIRAN

Aktiviti 1: Penceritaan

Al-kisah…

Di Banjaran Bintang, terletak Gunung Bintang yang tingginya 1880 m itu , tinggal

seorang petapa yang masih gagah walau berusia ratusan tahun bernama Petapa Thundercats

dan anaknya Georg. Petapa ini di gelar begitu kerana mempunyai kebolehan berjalan sepantas

kilat. Anak beliau Georg mewarisi kehebatan ayahnya dan telah berjaya menjelajah Gunung

Korbu yang tingginya 2182 m di Banjaran Titiwangsa. Kehebatan beliau sememangnya tidak

dapat ditandingi. Antara kejayaan beliau adalah apabila beliau berjaya menakluk ketinggian

2187 m Gunung Tahan dan 2108 m Gunung Benom yang mana masing-masing terletak di

Banjaran Tahan dan Banjaran Benom dengan menggunakan Hikmat Jurus Kilat peringkat ke-3.

Namun begitu, kehandalan Georg telah goyah dengan kehadiran seorang lagi anak petapa di

seberang laut (Kepulauan Borneo). Setelah Georg menyiasat, beliau mengesan terdapat satu

aura hebat di puncak Gunung Kinabalu. Dengan menggunakan Hikmat Jalan Laju peringkat ke-

4, Petapa Georg merentasi Laut China Selatan dan berjumpa rakyat di kawasan Gua Niah

untuk mencari tempat berteduh. Beliau kemudian berjalan perlahan-lahan ke kawasan Gua

Mulu yang terletak beberapa kilometer berhampiran tempat beliau menginap. Setelah Petapa

Georg menggunakan teropong kurniaan Puteri Buloh Betung, beliau dapat melihat di Banjaran

Tama Abu, terdapat dua gunung yang diberi nama Gunung Murud dan Gunung Mulu yang

tingginya 2425m dan 2371m. Lalu beliau dengan senafas sahaja berjalan sepantas kilat

mengikut arah angin ke Utara menuju ke Gunung Trus Madi untuk bermandi manda. Dari

puncak Gunung Trus Madi yang tingginya 2597m di Banjaran Trus Madi itulah beliau dapat

melihat satu cahaya yang menunjukkan kekuatan petapa di Gunung Kinabalu. Akhirnya beliau

mendapat tahu, anak petapa itu merupakan anak kepada Petapa Sunny kerana berupaya

mengeluarkan cahaya secerah matahari dan menyakitkan mata. Georg amat mengagumi

kehebatan Petapa Sunny lalu bertekad untuk menetap di puncak Gunung Kinabalu yang

tingginya 4104m di Banjaran Crocker itu untuk belajar ilmu Silat Matahari hingga ke peringkat

tertinggi.

16

Page 17: Assig Kum Kajian Tindakan Baru

17