assig guru cemerlang.docx

18
Pengenalan. Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran sertamempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan ProgramBIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlumempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi juga perlu mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya.Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktivitiyang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadiandan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. YAB Dato‟ Seri Abdullah Badawi, Bekas Perdana Menteri Malaysiaketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telahmenegaskan bahawa pendidkan kepada pembangunan modal insanharuslah secara holistik iaitu menyeluruh, Beliau menekankanpembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual,pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Olehyang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru. 11

Upload: morgan-bryant

Post on 29-Sep-2015

68 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Pengenalan.Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran sertamempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan ProgramBIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlumempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi juga perlu mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya.Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktivitiyang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadiandan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. YAB Dato Seri Abdullah Badawi, Bekas Perdana Menteri Malaysiaketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telahmenegaskan bahawa pendidkan kepada pembangunan modal insanharuslah secara holistik iaitu menyeluruh, Beliau menekankanpembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual,pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Olehyang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru.

RasionalProgram ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah. Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada kami berkaitan pengurusan sekolah dengan lebih jelas. Ini kerana lawatan ini adalah berdasarkan sekolah pilihan yang menjadi sekolah kluster yang terbaik di daerah Port Dickson. Di samping itu, sekolah kluster ini merupakan cabaran bagi kami untuk menaikkan nama sekolah kami setanding dengan sekolah yang mendapat pengiktirafan kluster. Ia juga dapat membina keyakinan diri kami dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan negara.

MATLAMAT Matlamat Program Bina Insan Guru (BIG) kali ini ialah bagi memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan penanda aras. Program ini bertujuan bagi mendedahkan guru kepada persekitaran sekolah kluster dan lawatan benchmarking, ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah, infrastruktur sekolah serta infrastruktur kurikulum di sekolah. Guru juga dapat membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan serta menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dalam hidup berbakti.

OBJEKTIF Sasaran kepada guru selepas mengikuti lawatan agar dapat: Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan. Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang. Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di sekolah. Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya. Memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen.

Guru Cemerlang.Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.Punca KuasaPada tahun 1993, Mesyuarat Jemaah Menteri telah pun meluluskan memorandum bertajuk Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan: Cadangan Yang Cemerlang. Hasilnya, konsep Guru Cemerlang telah dijadikan sebagai satu laluan kenaikan pangkat yang baru mulai tahun 1994

Kuota Guru CemerlangPada tahun 1994, kuota asal Guru Cemerlang yang telah diluluskan dibawah SSB adalah sebanyak 1,000 bagi kenaikan pangkat dari Gred DG3 ke DG2 dan sebanyak 1,600 jawatan bagi kenaikan pangkat dari Gred D6 Ke Gred DG5.Pada tahun 2004, Kerajaan telah mewujudkan 12 kuota Guru Cemerlang Gred Khas C. Pada tahun 2006, Kerajaan telah menambah kuota untuk gred sisipan Gred DGA32,DGA34, DG44 dan Gred DG52 menjadikan jumlah kuota keseluruhan Guru Cemerlang sebanyak 9,374.Mulai tahun 2006, konsep Guru Cemerlang Gred Khas C yang pada awalnya dikhaskan untuk guru-guru di sekolah turut diperluaskan ke peringkat institusi-institusi lain seperti IPG dan KM.Syarat-syarat PemangkuanBagi melayakkan calon untuk memangku Guru Cemerlang , calon perlu memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang ditetapkan. Syarat-syarat pemangkuan terbahagi kepada (2) bahagian iaitu syarat-syarat khusus.Syarat-syarat UmumDisahkan dalam perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan ke Gred DG44(KUP) sahaja):i. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT bagi 3 tahun terakhir;ii. Bebas daripada tindakan tatatertib;iii. Telah mengisytiharkan harta;iv. Lulus tapisan keutuhan SPRM;v. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;vi. Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.Syarat-syarat Khususi. Bagi Gred DGA32(KUP): sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun mengajar mata pelajaran kepakaran:ii. Bagi Gred DG44(KUP): sekurang-kurang 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun terakhir mengajar mata pelajaran pakar;iii. Bagi Gred DG48(KUP); telahdinaikkanpangkat ke Gred DG44(KUP)/Gred DG44 hakiki;iv. Bagi Gred DG52(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48(KUP)/Gred48 hakiki;v. Bagi Gred DG54(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52(KUP)/Gred DG52 hakiki;vi. Bagi Gred Khas C (KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG54(KUP)/Gred DG54 hakiki.

Laporan Guru CemerlangPada 23 Mac 2015 saya telah berjumpa dengan Cikgu Siti Zaridah Bt Jalaludin,Beliau merupakan rakan sekerja saya di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang.Cikgu Siti Zarida merupakan guru cemerlang sains.Saya telah membuat temujanji dengan beliau untuk ditemuramah.Walaupaun kami satu sekolah kami jarang berjumpa kerana kesibukkan masing-masing dalam menjalankan tugas menjadi seorang guru yang dedikasi.Berikut ialah biodata beliau:

Nama : Siti Zarida Bt JalaludinTarikh Lahir: 30 Mei 1976Status: berkhawinBil. anak: 5 orangMaktab Perguruan: Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Tahun 1994 - 1997Pengalaman mengajar: 1997 1999 di Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah 2000 2008 di Sekolah Kebangsaan Pasoh 3 2009 hingga sekarang di Sekolah Kebangsaan Pasir PanjangGuru Cemerlang: Bulan Oktober 2008Semasa sesi temubual banyak pengalaman yang saya dapat berkongsi bersama.Puan Siti Zarida adalah seorang guru yang rajin dan bertanggungjawab. Beliau juga ada menyatakan bahawa untuk menjadi seorang guru yang berkebolehan merupakan suatu tanggungjawab dalam menjana modal insan negara sesungguhnya menuntut pewujudan strategi mantap semua pihak, khasnya di kalangan warga pelajar dan ibu bapa, untuk bersama-sama meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara.Sebagai seorang guru cemerlang sains banyak program-program yang telah dilaksanakan.Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan ialah:1. Bulan Panitia di mana pada bulan panitian akan diadakan sudut pemeran sains yang akan di bantu oleh guru-guru sains yang lain.Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang bulan panitia sains ialah :

Kuiz mengenai sains magic sains sains Robetik bersama dengan pelajar-pelajar politeknik Program doktor muda bersama dengan panitian sains ceramah kesihatan dari pejabat kesihatan ceramah tentang pembiakan nyamuk adis gotong royong perdana di kampun-kampung yang berhampiran Program bas pintar dari UMW Holding di mana di dalam bas tersebut penuh dengan maklumat berkaitan aplikasi sains dalam kehidupan.

2. Klinik sains .Klinik sains diwujudkan untuk murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran sains .klinik ini akan bermula pada bulan Jun hingga November.Kelas ini akan di jar oleh guru mata pelajaran sains kelas berkenaan..Modul-modul akan disediakan oleh Pn Siti Zarida.Beliau sendiri yang membuat modul-modul sains tersebut.Pembinaan dan penggunaan Modul adalah berdasarkan soalan-soalan KBAT

3. Program Sinar Pagi akan dilaksanakan pada setiap hari khamis bermula pukul 7.00 hingga 7.30 pagi.Program ini hanya terdiri murid-murid tahun enam yang akan menduduki pepriksaan UPSR.

4. Program Sinar Petang akan dilaksanakan juga pada setiap hari Khamis yang bermula pukul 2.00 hingga 4.00 petang

5. Bengkel Teknik menjawap soalan sains UPSR. Bengkel ini kan dilaksanakan pada 18 April 2015 di Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson iaitu selama 3 hari 2 malam.Murid murid akan bermalam di sana.

6. Lawatan ke asrama penuh sebagai motivasi kepada murid untuk belajar bersungguh-sungguh.Selain daripada itu beliau juga terlibat dalam Program KSPA peringkat JPNS iaitu Komitmen Sepadu Peningkatan Akademik iaitu melibatkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Dangi dan Sekolah Kebangsaan Tengku Laksamana Nasir untuk dibantu dalam peningkatan dalam prestasi murid UPSR.Beliau juga menjadi fasilitator Daerah Port Dikson dalam subjek Sains dan juga terlibat dalam pembinaan soalan-soalan sains UPSR di Daerah Port Dickson.Belaiu juga menjadi fasilitator Program Transformasi Daerah Port Dickson dalam subjek sains UPSR.Beliau juga merupakan pemeriksa kertas sains UPSR.Beliau juga menegaskan bahawa tugas paling mencabar yang telah diamanahkan oleh pihak kementerian dan masyarkat ini merupakan satu penghormatan amat tinggi kepada beliau.Dalam menghadapi cabaran era globalisasi yang semakin kompetitif pada hari ini, beliau berazam untuk melakukan segala usaha demi membuat perubahan dan penambahbaikkan kepada murid-murid beliau.Beliau juga sentiasa mencari pelbagai cara dan kaedah dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan negara. Di samping itu juga beliau menegaskan kita perlu berani mengambil pendekatan levelling up, iaitu berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan keupayaan pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai isi pelajaran sains khususnya, sehingga mereka boleh menguasai ilmu itu dengan baik dan dapat pula mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan jayanya.Beliau juga sentiasa mencari strategi tertentu untuk meningkatkan mutu pengajaran sains termasuklah menjalankan kajian tindakan dari semasa ke semasa demi mencari kaedah yang paling bersesuaian dalam membantu murid menguasai tajuk pelajaran yang dirasakan sukar difahami dan diingati oleh muridnya.Ini mengambil kira fakta yang disokong oleh kajian-kajian saintifik bahawa peningkatan kefahaman pelajar mengenai konsep-konsep sains adalah bekait rapat dengan cara pengajaran dan perwatakan seorang guru.Dengan menyediakan suatu teknik yang mudah difahami oleh mereka ia dapat meningkatkan kefahaman murid di samping membantu memotivasikan murid dan beliau sendiri dalam usaha meningkatkan kualiti pembelajaran sains.Selain daripada itu beliau juga menerapkan program kendiri iaitu Pembimbing Rakan Sebaya dan Mentoring sewaktu persatuan Sains dan Matematik.Melalui program ini dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan murid.Beliau juga yakin bahawa perubahan dan penambahbaikan adalah penting untuk meningkatkan mutu pendidikan negara dan sekali gus melonjakkan kemajuan negara pada masa depan, yang perlu berani dilakukan sekarang.Beliau juga berharap usaha untuk mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketabahan diri, memiliki bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovasi, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.Guru sains yang unggul adalah menjadi harapan dan wawasan beliau sebagai seorang guru cemerlang.Menjadi seorang guru yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta beretika dan bertauliah menjadi matlamat beliau sebagai guru sains sepenuh masa di sekolah.Selain itu belaiu juga bersungguh-sungguh untuk membawa arus perubahan agar dapat memperbaiki diri murid dan juga masyarakat sekolah amnya. Tanggungjawab dan peranan ini akan beliau pikul dengan rasa tanggungjawab dan amanah yang diberi dengan hati yang ikhlas dan niat yang murni untuk agama, bangsa dan negara. Apabila bergelar seorang Guru Cemerlang ianya akan menjadi suntikan semangat dan motivasi kepada beliau bagi melipat gandakan usaha bagi membentuk modal insan di kalangan pelajar dan remaja yang cemelang.Guru Cemerlang juga akan menjadi wadah perjuangan saya bagi memartabatkan khidmat beliau dan rakan-rakan seperjuangan.Beliau juga berharap agar semua sekolah mewujudkan suasana yang dapat mewujudkan suasana yang dapat menggalakkan interaksi dalam bilik darjah. Keadaan dan situasi inti tidak tertumpu sahaja di bilik-bilik khas tetapi meliputi ruang-ruang pejabat, bilik guu, bilik guu, kelas-kelas dan juga bilik-bilik khas yang tedapat di sekolah seperti makmal komputer, makmal sains, pepustakaan dan bilik-bilik lain. Sehubungan dengan itu Guru Cemerlang meupakan satu suntikan serta memberikan satu lonjakan saujana ke arah merealisasikan wawasan dan harapan mewujudkan komunikasi yang baik. Harapan dan wawasan beliau ialah ingin melihat pada masa hadapan guru dapat memainkan peranan yang amat penting bagi menentukan hala tuju kerjaya pelajar. Peranan dan tanggungjawab sebagai guu mata pelajaran sepenuh masa perlu dipandang serius agar modal insan serta intan permata Negara dapat terus digilap kerana ianya merupakan elemen yang penting dalam usaha memastikan Negara Malaysia dapat teus bersaing dan mempunyai daya tahan terutamanya dalam bidang ekonomi dan dan sosial di waktu dunia yang semakin mencabar. Kini ekonomi dan juga sosial yang berlandaskan pengetahuansertabertunjangkan sains dan teknologi.Beliau juga berharap agar masalah masalah seperti ponteng sekolah , ponteng kelas , pergaduhan masalah social , dan pelbagai lagimasalah yang terdapat disekolah dapatdikurangkan peratusnya atau dapt di atasisepenuhnya iaitu sifar ponteng dan lain-lain lagi.Guru yang cemerlang merupakan seorangguru yang sentiasa mempunyai wawasan danmatlamat diri yang mulia iaitu ingin melihatkejayaan cemerlang dikalangan pelajar- pelajarnya iaitu cemerlang akademik , cemerlangkokurikulumnya, cemerlang akhlaknya dancemerlang agamanya. Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi Sumber : Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang Menjadi guru cemerlang sains yang pakar adalah menjadi harapan beliau.

Ini kerana beliau ingin lebih cenderung menumpukan perhatian penuh pada pengajaran dan pembelajaran murid. Di samping akan lebih memotivasikan diri beliau ke arah kejayaan pelajar khususnya. Pelajar juga akan lebih yakin dan percaya pada kemampuan guru di atastiket Guru Cemerlang. Beliau juga berazam akan lebih bersungguh-sungguh menaikkan prestasi pengajaran, mempelbagaikan lagi teknik cenderung dengan gelaran yang telah diberikan.Gelaran guru cemerlang menjadikan beliau lebih proaktif, rtesponsif dan inovatif terhadap keperluan pelajar.Selain daripada itu memberi beliau peluang berkongsi bersama rakan-rakan lain untuk menaikkan lagi gred purata mata pelajaran sains dalam UPSR.Menjadi guru cemerlang akan cenderung memantapkan ilmu keguruan dalam diri kerana membantu pelajar.Selain dari itu beliau menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan pembimbing pelajar ke arah kejayaan. Di atas gelaran guru cemerlang,kebolehpercayaan pelajar terhadap kemampuan guru cemerlang memang tidak bolehdinafikan lagi. Ini sekaligus membolehkan prestasi ditingkatkan. Inovasi dalam pengajaran adalah keutamaan dalam dunia pendidikan sekarang.Menjadi guru cemerlang, membolehkan beliau sentiasa bersama dengan pelajar,melakukan inovasi baru pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti permainan dikhususkan bagi memastikan pelajar sentiasa berminat dalam pelajaran Sains. Aktiviti diluar bilik darjah lebih diperbanyakkan lagi untuk menjadikan inovasi satu budaya yang biasadilakukan. Beliau juga ingin berkongsi inovasi yang dihasilkan dengan semua guru sains demi meningkatkan lagi pengajaran sains. Satu perjuangan yang beliau harap dapat dilaksanakan ialah mewujudkan satu blog yang dapat menjadi rujukan semua guru Sains .Blog akan dipenuhi dengan maklumat penuh mengenai a teknik pedagogi mengajar pelajar dan koleksi bank soalan SainsUPSR. Wawasan beliau adalah supaya blog tersebut diantarabangsakan sehingga ke luarnegara. Sebagai guru cemerlang jugabeliau akan memastikan pencapaian pelajar dapat membantu kepada melonjakkan NKRA sekolah. Bagi memastikan mutu sekolah dapatditingkatkan, bidang kepakaran saya diteguhkan dengan peningkatan prestasi pengajaran guru. Perkongsian idea adalah lebih penting bagi memastikan misi ini tercapai. Jika guru dapat dicemerlangkan, pelajar yang dihasilkan lebih gemilang hasilnya adalah sekolah yang terbilang.

Refleksi.Bersyukur kepada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu keranadengan izin-Nya saya berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa Kursus Pendidikan Guru bagi semester 8 ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) bagi Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang pada 25 Mac 2015 di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang.Program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) Guru Cemerlang ke Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang ini merupakan suatu pengenalan tentang Pengurusan Guru Cemerlang serta bertujuan mendedahkan para guru kepada alam persekolahan yang dimana pembentukan iklim dan budaya kerja cemerlang oleh guru serta kepimpinan pentadbiran sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikanGuru cemerlang yang kami temui di sekolah tersebut ialah Puan Siti Zarida Bt yang merupakan Guru Cemerlang Sains. Perbezaan subjek bukanlah kayu ukuran untuk menentukan kecemerlangan seseorang guru, akan tetapi cara pengurusan yang digunakan untuk menjadi guru cemerlang itulah yang di ambil kiraMelalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru mengenai proses proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru cemerlang dalam talian. Bagi Puan Siti Zarida, beliau merupakan penerima anugerahcemerlang sebanyak tiga kali sebagai guru matapelajaran sains. Sikap komited dan dedikasi beliau dalam pengajaran dan pembelajaran telah membawanya selangkah kehadapan dari guru-guru yang lain. Beliau juga telah banyak membawa inovasi dalam pengajaran dan pembelajarannya yang membolehkan murid-murid mudah faham dalam setiap langkah yang di ajar.Seterusnya, guru cemerlang juga mestilah mendokumentasikan kajian tindakan,lembaran kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar (akademik ataupun kokurikulum ) untuk memudahkan proses apabila dinilai oleh jemaah nazir nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak sekolahdalam bidang yang ingin dimohon dan juga memberi sumbangan kepada pihak luarsekolah bagi kecemerlangan subjek tersebut. Ini merupakan proses untuk memohon menjadi Guru Cemerlang. Prosedur ini perlu diikuti oleh setiap guru yang ingin menjadi guru cemerlang kelak. Walaupun prosedurnya yang agak rumit untuk menjadi guru cemerlang, tetapi guru yang betul-betul komited tidak menjadikan isu ini sebagai masalah untuk berjaya malah mereka akan menjadikan isu ini satu cabaran untuk berjaya.Secara keseluruhannya, program Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan dan juga memberi pendedahan kepada saya untuk melengkapkan diri dengan semaksimum mungkin untuk memberi kepuasan semasa bekerja sebagai guru. Kepuasan seorang guru tidak terletak pada gajinya tetapi apabila melihat kejayaan pelajarnya memahami sesuatu perkara yang diajar. Saya ingin menjadikan input yang saya dapat melalui program ini sebagai pemangkin saya untuk menjadi guru yang komited dan berwibawa seterusnya dapat mengejar gelaran guru cemerlang satu hari nanti.

LAMPIRAN

27