ceramah 23 - ulangkaji larangan riba

31
CERAMAH KEWANGAN ISLAM Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor @ Ustaz Lariba Surau Al-Abrar Denai Alam, Shah Alam 21 Rejab 1436 9 Mei 2015 Topik 23: Ulangkaji Larangan Riba

Upload: abdul-aziz-mohd-nor

Post on 08-Sep-2015

241 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Apa itu riba, kenapa riba haram, akibat riba?

TRANSCRIPT

Ceramah kewangan islam

Ceramah KEWANGAN islam

Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor @ Ustaz Lariba

Surau Al-Abrar

Denai Alam, Shah Alam

21 Rejab 1436

9 Mei 2015

Topik 23: Ulangkaji Larangan Riba

1

Nasib Simpanan Kita #1

2

Mingguan Malaysia

26 April 2015

Nasib Simpanan Kita #2

3

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi saw. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., "Bilakah akan terjadi hari qiamat?". Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya". Sementara yang lain pula berkata, "Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu".

Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda, "Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?" Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya! Saya hai Rasulullah". Maka Nabi saw. bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat". Arab Badwi ini bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu"? Nabi saw. menjawab, "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat". (Riwayat Bukhari)

Nasib Simpanan Kita #2

4

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah saw bersabda : "Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya" [Hadith Sahih Riwayat Muslim]

Definasi Riba

Mazhab Hanafi: Riba sebagai lebihan yang tidak setara tukarannya mengikut ukuran yang diakui syarak dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh salah satu pihak yang berkontrak dalam kontrak pertukaran.

5

Dari segi harfiah atau bahasa erti riba ialah lebih, biak, kembang, bertambah atau subur di atas sesuatu daripada ukuran asal atau jumlah

5

Dalil #1 Larangan Riba

6

6

Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah: 275)

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Dalil #1 Larangan Riba

7

7

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir

Tafsir Allah mengibaratkan keadaan mereka pada saat bangkit dan keluar dari kubur pada hari kiamat

Ertinya mereka tidak dapat berdiri dari kubur mereka pada hari kiamat kecuali seperti berdirinya orang gila pada saat mengamuk dan kerasukan syaitan.

8

Bahagian 1 dari ayat Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu

Ibnu Abbas mengatakan Pemakan riba akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak dalam keadaan seperti orang gila yang tercekik.

8

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir

Tafsir Maksudnya mereka menghalalkan riba dengan maksud menentang hukum-hukum Allah

Artinya, mereka berkata keduanya serupa, lalu mengapa Allah mengharamkan yang itu dan menghalalkan yang itu?

9

Bahagian 2 dari ayat Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba

Yang demikian itu merupakan penentangan mereka terhadap syariat. Ertinya, yang ini sama dengan yang ini, dan Allah sendiri telah menghalalkan ini dan mengharamkan yang ini.

9

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir

Tafsir Hal itu mungkin merupakan bahagian dari kesempurnaan kalam sebagai penolakan terhadap mereka atau apa yang mereka katakan, padahal mereka mengetahui perbedaan hukum yang ditetapkan Allah antara keduanya. Allahlah yang Maha Mengetahui segala hakikat dan kemaslahatan persoalan.

10

Bahagian 3 dari ayat Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba

Apa yang bermanafaat bagi hamba-hambaNya, maka Allah akan membolehkannya bagi mereka, dan apa yang membahayakan bagi mereka, maka Allah akan melarangnya bagi mereka. Kasih sayang Allah kepada pada hambaNya lebih besar daripada sayangnya seorang ibu kepada anak bayinya.

10

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir

Tafsir Allah memberi penegasan tetang perbezaan yang ketara antara keuntungan dari berjual-beli dan keuntungan hasil dari riba

Keuntungan dari jual-beli terhasil daripada titik-peluh dan dengan menghadapi risiko kerugian

11

Bahagian 3 dari ayat Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba

Walhal keuntungan dari riba adalah melalui tiada usaha dan tiada risiko

Islam menggalakan kita berusaha tetapi dengan memakan riba kita menjadi malas

11

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir

Tafsir Maksudnya, barangsiapa yang telah sampai kepadanya larangan memakan riba, lalu mengakhirinya ketika syariat sampai kepadanya, maka baginya hasil muamalah terdahulu.

12

Bahagian 4 dari ayat Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datangnya larangan), dan urusannya terserah kepada Allah

Dan sebagaimana sabda Rasulullah pada saat pembebasan kota Makkah: Segala bentuk riba pada masa Jahiliyyah batal di bawah kedua kakiku ini, dan riba yang pertama kali aku batalkan adalah riba Abbas.

Rasulullah tidak menyuruh mereka mengembalikan keuntungan yang mereka peroleh pada masa Jahiliyyah, tetapi Allah telah memaafkan mereka atas apa yang telah berlalu.

12

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir

Tafsir Maksudnya mereka kembali mengambil riba walaupun mereka mengetahui riba itu haram, setelah sampai kepadanya larangan tersebut, maka wajibnya hukuman ke atasnya

Maka apabila mereka memakan riba, maka tiada lain selain daripada balasan nereka di mana mereka akan kekal di dalamnya

13

Bahagian 5 dari ayat Orang yang mengulangi (mengambil riba) maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya

Sebab itulah ada ulama mengatakan memakan hasil riba adalah sekeji-keji dosa selepas syirik kepada Allah s.w.t. sebab hukumnya sama dengan dosa syirik iaitu kekal dalam neraka

13

Dalil #2 Larangan Riba

14

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa (Al-Baqarah ayat 279)

14

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir

Tafsir Ayat ini merupakan peringatan keras dan ancaman yang sangat tegas bagi orang yang masih tetap mengambil riba setelah adanya peringatan tersebut.

15

Bahagian 1 dari ayat Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).

Ibnu Juraji menceritakan Ibnu Abbas mengatakan bahawasanya ayat maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, maksudnya ialah, yakinilah bahawa Allah dan RasulNya akan memerangi kalian.

15

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir

Tafsir Sedangkan Ali bin Abi Thalhah, dari Ibnu Abbas, mengenai firman Allah, Jikalau kalian tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan RasulNya akan memerangi kalian.

Maksudnya, barangsiapa yang masih tetap melalukan riba dan tidak melepaskan diri darinya, maka wajib atas imam kaum muslimin memintanya bertaubat, jika ia mahu melepaskan diri darinya, maka keselamatan baginya, dan jika menolak, maka ia harus dipenggal lehernya!

16

16

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir

Tafsir Maksudnya, kalian tidak berbuat zalim dengan mengambil pokok harta itu. Dan tidak pula dianiaya. Maksudnya, kerana pokok harta kalian dikembalikan tanpa tambahan atau pengurangan.

Ibnu Mardawaih meriwayatkan, Imam Syafii memberitahu kami, dari Sulaiman bin Amr, dari ayahnya, ia menceritakan, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya setiap riba dari riba Jahuliyyah itu sudah dihapuskan. Maka bagi kalian pokok harta (modal) kalian, kalian tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya.

17

Bahagian 2 dari ayat Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

17

Kenapa Hukum Makan Riba Berat?

18

Kenapakah orang yang tahu riba itu diharamkan Allah tapi masih meneruskan perbuatan mengambil atau memberi riba, balasannya begitu berat sekali iaitu mereka kekal dalam neraka?

Bahkan balasan itu sama sahaja dengan orang mensyirikkan Allah

Riba sebenarnya melanggar hukum tabii (sunnatullah) iaitu undang-undang penurunan nilai atau law of depreciation. Allah telah berfirman dalam Al Quran Surah Ar-Rahman ayat 26-27:

Semua yang ada di atasnya akan binasa. Dan tetap kekal wajah Rab (Tuhan) engkau Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan).

Semua benda di dunia ini akan melalui proses susut nilai (depreciation), Allah sajalah yang tidak begitu.

Dan membuat wang melalui riba supaya tidak mengikut proses tabii ini adalah cubaan menyamai riba macam sifat Allah dan berlawanan sunnatullah

18

Jenis-Jenis Riba

19

RIBA

Riba Al-Duyun

(Riba Pinjaman)

Riba Al-Buyu

(Riba Jual-Beli)

Riba Al-Qardhu

Riba Al-Jahiliah

Riba Al-Fadhl

Riba An-Nasiah

Riba Al-Quran

Riba Al-Hadis

Contoh-Contoh Riba Al-Duyun

20

Tidak diharuskan mengambil apa-apa manfaat dari hutang, secara langsung atau tidak langsung, material atau tidak

Ahmad adalah seorang peniaga kedai runcit

Ahmad memberi hutang RM5,000 kepada Yusof dan meminta Yusof membeli barang dari kedainya sebagai syarat beri hutang

Riba Al-Qardhu sebab mendapat manfaat daripada hutang

Ahmad memberi hutang RM3,000 kepada Yusof

Ahmad meminta Yusof memotong rumput rumahnya dengan menggunakan mesin rumput Ahmad sendiri

Riba Al-Qardhu sebab mendapat manfaat dari hutang

Adakah Ini Riba Al-Duyun?

21

Menjual kain dengan harga RM100 tunai atau harga RM150 bayar 3 bulan.

Memberi pinjaman RM1,000, peminjam memulangkan RM1,100

Diharuskan kerana peningkatan pada harga barang, bukan wang.

Subjeknya adalah kain, bukan wang

Lebihan RM100 halal jika tidak dijanjikan atau dikias-kiaskan semasa meminjam

Peminjam ingin menghadiahkan RM100 (hibah) sebab telah menolongnya dalam kesusahan

Dalil Riba Al-Buyu (Jual-Beli)

22

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, pertukarannya harus sama dengan sama, senilai dengan senilai, tangan dengan tangan. Maka jika terjadi perbedaan pada barang-barang ini lakukanlah jual beli semahu kamu selama dilakukan antara tangan dan tangan. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Ubadah bin Shamit r.a., dan lafaz ini milik Muslim)

Barang-Barang Ribawi

23

Barang ribawi silap transaksi barang ini boleh terdapat unsur riba

Dibahagi mengikut illah adalah sesuatu alasan atau sifat yang menyebabkan sesuatu hukum boleh berlaku

Harga (Thaman)

Makanan Asasi

Emas Perak Barli Kurma Gandum Garam

Makanan Asasi Adalah Barangan Ribawi

24

Beras tidak disebut di dalam Al-Quran atau Sunnah, tetapi ia adalah barang ribawi berdasarkan qiyas dengan gandum dan barli yang sama-sama dianggap sebagai makanan asasi

Beras

(Malaysia)

Keju

(Eropah)

Roti

(Mesir)

Syarat-Syarat Tukar Barang Ribawi

25

*Dari Dr Azman Mohd Noor, UIA

JenisMATAWANGMAKANAN ASASIEmasPerakUSDRMGandumBarliKurmaGaramMATAWANGEmasPerakUSDRMMAKANAN ASASIGandumBarliKurmaGaram

Secara langsung atau tunai, jenis, jumlah atau berat mesti sama

Secara langsung atau tunai sahaja

Bebas dari syarat-syarat di atas

Contoh-Contoh Riba Al-Buyu

26

Menukar wang syiling sebanyak RM90 dengan wang kertas

Diberi balik RM88 sebab RM2 adalah upah

Riba Al-Fadhli kerana tukaran sama jenis yang berkurangan

Mesti menukar dengan sama banyak

Menukar RM1,000 kepada SR1,200

SR800 diberi secara tunai dan baki SR400 dua hari semudian

Riba An-Nasiah kerana tukaran barangan ribawi secara tertangguh

Membeli 100g emas atau perak dan membayar secara ansuran

Riba Al-Fadl

Pembelian emas dan perak mesti dibayar dan diserahkan secara langsung, tidak boleh ditangguh.

26

Adakah Ini Riba Al-Buyu?

27

Main kutu selama 10 orang, setiap orang bayar RM100 sebulan selama 10 bulan

Undi dibuat untuk menentukan tarikh seseorang akan dapat RM1,000, di mana RM1,000 ini diberikan dalam bentuk emas (kutu emas)

Bukan Riba Al-Buyu jika emas dibeli setelah cukup wang

Bukan riba sebab baucer ini boleh beli buku sahaja dan tidak sempurna illah seperti wang

Tetapi pecah amanah sebab melangggar syarat beli buku

Menjual RM250 Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM200

27

Online Forex Melibatkan Riba Al-Buyu

28

Forex online adalah tidak patuh shariah dan melibatkan riba al-buyu kerana:

Matawang adalah barangan ribawi

Pembelian wang tunai secara kredit (tertangguh)

Menjual matawang secara tertangguh

Pertukaran wang asing secara dalam talian (online forex) oleh individu

Mengandungi unsur bay al-najsy iaitu peniaga menawarkan harga bukan untuk memiliki matawang sebaliknya untuk memberi faedah kepada penjual melalui kenaikan harga

Mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga

MLM Umrah Skim Piramid Riba Al-Buyu

29

Bayar yuran RM1,700, selepas cari 7 orang jadi ahli, dapat pergi umrah RM6,500, sebab dapat upah RM700 setiap ahli

Barang jualan bukan umrah tapi keahlian dan wang, diselindung disebalik produk umrah

Wang adalah barang ribawi, pertukaran mesti sama, tidak boleh buat wang dari wang kerana menyalahi Bai Al-Sarf

Ini adalah skim piramid yang dilarang

30

Terima Kasih

31

Ustaz Lariba

012 286 0669

[email protected]

31