inovasi dam pencernaan

25
INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TINGKATAN 2 SINOPSIS Matapelajaran Sains adalah satu matapelajaran yang dianggap amat susah kerana melibatkan pelajar perlu memahami dan menghafal begitu banyak fakta dan pelbagai istilah saintifik. Bagi pelajar tingkatan 2, berdasarkan penandaan kertas peperiksaan pertengahan tahun ramai pelajar lemah menjawap Bab Nutrisi terutama subtopik Pencernaan Makanan. Kebanyakkan pelajar gagal menghafal nama enzim dengan baik dan mencampur adukkan hasil tindak balas enzim dengan bahan tindak balas. Walaupun guru telah menunjukkan video pencernaan pelajar masih gagal memahami bagaimana makanan boleh dicernakan dari bentuk kompleks ke bentuk ringkas dan menghafal serta mengenalpasti enzim. Berdasarkan pengalaman guru mengajar dan dapatan tersebut, maka saya telah cuba mengenalpasti dan mencipta sesuatu kaedah bagi memudahkan dan meningkatkan kefahaman pelajar dalam tindak balas enzim semasa pencernaan makanan berlaku. Pada pendapat saya, pelajar memerlukan sesuatu yang “hands-on”, menarik dan mudah bagi membantu pelajar memahami pencernaan makanan. Oleh itu, saya mencipta simulasi pencernaan makanan dalam bentuk dam. Oleh itu nama inovasi saya dinamakan “Dam Pencernaan”. 1

Upload: noramalina-mattan

Post on 16-Dec-2015

68 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

inovasi, nutrisi, tingkatan 2, dam, enzim, substrat, pencernaan, usus, menarik, aktiviti dalam kumpulan, kolaboratif, esofagus, duodenum, usus kecil, vilus, penggunaan dam pencernaan dalam memahami konsep pemacahan substrat daripada bentuk kompleks ke bentuk ringkas sehingga diserap oleh vilus. Digunakan oleh guru semasa PnP

TRANSCRIPT

INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TINGKATAN 2 SINOPSISMatapelajaran Sains adalah satu matapelajaran yang dianggap amat susah kerana melibatkan pelajar perlu memahami dan menghafal begitu banyak fakta dan pelbagai istilah saintifik. Bagi pelajar tingkatan 2, berdasarkan penandaan kertas peperiksaan pertengahan tahun ramai pelajar lemah menjawap Bab Nutrisi terutama subtopik Pencernaan Makanan. Kebanyakkan pelajar gagal menghafal nama enzim dengan baik dan mencampur adukkan hasil tindak balas enzim dengan bahan tindak balas. Walaupun guru telah menunjukkan video pencernaan pelajar masih gagal memahami bagaimana makanan boleh dicernakan dari bentuk kompleks ke bentuk ringkas dan menghafal serta mengenalpasti enzim. Berdasarkan pengalaman guru mengajar dan dapatan tersebut, maka saya telah cuba mengenalpasti dan mencipta sesuatu kaedah bagi memudahkan dan meningkatkan kefahaman pelajar dalam tindak balas enzim semasa pencernaan makanan berlaku. Pada pendapat saya, pelajar memerlukan sesuatu yang hands-on, menarik dan mudah bagi membantu pelajar memahami pencernaan makanan. Oleh itu, saya mencipta simulasi pencernaan makanan dalam bentuk dam. Oleh itu nama inovasi saya dinamakan Dam Pencernaan. Adakah Dam Pencernaan boleh meningkatkan kefahaman pelajar dalam memahami dan menghafal bahan , hasil, dan tindak balas enzim yang terlibat? Bagi mengenalpasti keberkesanan Dam Pencernaan ini ujian Pre-test dan ujian Post-test telah dijalankan kepada pelajar 2RK selama 2 waktu pengajaran bagi setiap sesi. Hasil daripada ujian pre-test dan post-test dianalisis. Didapati terdapat peningkatan yang mendadak antara ujian pre-test dan post-test. Pada ujian pre-test, purata markah pelajar ialah 26%. Selepas pelajar menjalankan aktiviti Dam pencernaan purata markah pelajar meningkat ke 89%. Oleh itu, berdasarkan dapatan daripada analisis ujian pre-test dan post-test pelajar, saya berpendapat kaedah ini amat berkesan dan praktikal digunakan oleh guru-guru Sains tingkatan 2 untuk mengajar subtopik pencernaan ini.

1. OBJEKTIF INOVASI: 1.1 OBJEKTIF UMUM:a) Untuk mengubah persepsi pelajar menghafal dan belajar Sains sesuatu yang membosankan dan amat sukar dalam memahami sesuatu konsep Sains.1.2 OBJEKTIF KHUSUS:a) Untuk memudahkan pelajar memahami percernaan Karbohidrat, protein dan lipid sepanjang salur alimentari sehingga dicernakan ke bentuk paling ringkasb) Untuk mengurangkan kekeliruan pelajar dalam menghafal bahan dan hasil tindak balas enzim.c) Untuk memudahkan pelajar menghafal nama-nama enzim yang terlibat disetiap organ dari mulut ke usus kecil

2. KUMPULAN SASARAN : Murid tingkatan 2 20143. LATAR BELAKANG :Pada zaman teknologi ini, guru-guru banyak menyediakan bahan bantu mengajar dalam bentuk persembahan power point, tayangan animasi dan video bagi memudahkan pemahaman pelajar dan menjadikan pengajaran lebih menarik. Namun begitu, kaedah ini menyebabkan pelajar menjadi lebih pasif. Pelajar mendengar penerangan guru dan menonton video animasi di kerusi tanpa sebarang aktiviti lebih daripada 40 minit sebelum aktiviti atau latihan. Terutama topik Pencernaan ini. Begitu banyak penerangan yang perlu diterangkan kepada pelajar dari memperkenalkan struktur setiap organ pencernaan sehingga menerangkan proses pencernaan oleh enzim bagi kumpulan makanan karbohidrat, protein dan lipid di mulut, perut, duodenum dan usus kecil. Berdasarkan pengalaman saya mengajar, pelajar hanya boleh memberi tumpuan dalam tempoh kurang 40 minit. Selepas daripada tempoh tersebut, kebanyakkan pelajar akan mula berbual-bual dengan rakan atau mendengar tetapi tidak bolehmemberi tumpuan perkara yang guru sampaikan. Sudah lumrah pelajar, mereka memang suka bercakap dengan rakan dan sangat aktif kerana mempunya banyak tenaga. Justeru satu bahan bantu mengajar perlu direka yang melibatkan kerja berkumpulan dan memerlukan sedikit pergerakkan bagi mengurangkan kebosanan pelajar dan menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru. Dalam topik pencernaan ini, pelajar amat sukar memahami bagaimana pencernaan makanan berlaku, bagaimana kanji berubah jadi maltosa hingga ke glukosa, bagaimana protein boleh berubah ke polipeptida ke asid amino dan bagaimana lipid boleh berubah ke gliserol dan asid amino. Walaupun telah ditunjukkan video pencernaa, video hanya menunjukkan struktur makanan yang besar menjadi lebih kecil tidak menunjukkan bagaimana sturktur makanan sebenarnya berubah daripada struktur yang kompleks hingga yang ringkas dengan bantuan enzim. Oleh itu, untuk memahami tindakbalas berlaku struktur kompleks kanji, protein dan lipid perlu didedahkan kepada pelajar untuk memahami keseluruhan proses pencernaan walaupun tiada dalam silibus.Justeru, untuk membantu pelajar meningkatkan pemahaman proses pencernaan dan membantu pelajar dalam mengatasi kekeliruan pelajar dalam menghafal enzim, substrat dan hasil tindak balas dam pencernaan ini direka.

4. Isu/masalah yang ditanggani oleh inovasi Isu yang dapat diatasi oleh bahan inovasi saya ialah: Pelajar dapat mengatasi kekeliruan nama enzim dan substarat Pelajar dapat menghafal tindakbalas enzim Pelajar dapat meningkatkan pemahaman proses pencernaan

5. Huraian inovasi:5.1 BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN INOVASIa) kertas A4b) plastik liminatec) modelling clayd) mancise) komputerf) printer

5.2 CARA YANG DIGUNAKAN Inovasi ini digunakan semasa Pengajaran dan Pembelajaran guru. Guru memberi arahan kepada pelajar untuk mengerakkan buah dam. Langkah-langkah penggunaan adalah seperti berikuti. Guru mengedarkan set dam pencernaan yang terdiri daripada buah dam (lipid, protein dan kanji), papan dam, kertas petak segi, kertas bentuk bulat (piring petri juga boleh digunakan) , keratan enzim dan organ dan penii. Pelajar melabelkan organ mengunakan keratan yang disediakan tanpa merujuk buku teks

iii. Pelajar meletakkan buah dam pada mula diatas kertas bulat.

Buah dam proteinBuah dam kanjiBuah dam lipid

iv. Dengan menggunakan powerpoint yang disediakan langkah-langkah berikut dilaksanakan (pelajar boleh merujukkan buku teks) a. Pelajar memilih enzim yang bertindak balas dengan kanji didalam kotak. Mengunakan enzim tersebut (amilase) pelajar memotong kanji dari enam ke 4-2(maltosa). Menggunakan kertas petak pelajar menulis tindak balas enzim. maltosa

b. Guru bertanya pelajar apakah yang berlaku kepada lipid dan protein. Guru menunggu respon pelajarc. Pelajar mengerakkan buah dam ke esofagus. Pelajar mengenalpasti proses yang terlibat semasa pergerakkan makanan tersebut (peristalsis) d. Buah dam digerakkan hingga ke perute. Pelajar memilih enzim yang bertindak balas dengan protein didalam kotak. Mengunakan enzim tersebut (pepsin) pelajar memotong protein dari bentuk globul (kuartener) ke bentuk rantai panjang (polipeptida). Menggunakan kertas petak pelajar menulis tindak balas enzim pepsin

Protein Polipeptida f. Guru bertanya pelajar apakah yang berlaku kepada lipid dan kanji. Guru menunggu respon pelajarg. Dam digerakkan hingga duodenumh. Pelajar memilih enzim yang bertindak balas dengan protein, lipid dan kanji didalam kotak. i. Mengunakan enzim (pepsin) tersebut pelajar memotong protein dari bentuk polipeptida ke bentuk peptida 2-2. ii. Mengunakan enzim pelajar memotong kanji (amilase) dari 4-2 ke maltosa 2-2. iii. Mengunakan enzim (lipase) pelajar memotong lipid dari lipid ke bentuk gliserol dan asid lemak. Menggunakan kertas petak pelajar menulis tindak balas enzimgliserolAsid lemakmaltosapeptida

i. Guru bertanya pelajar apakah yang berlaku kepada protein, lipid dan kanji. Guru menunggu respon pelajar.j. Dam digerakkan hingga ke usus kecilk. Pelajar memilih enzim yang bertindak balas dengan protein dan maltosa didalam kotak.

i. Mengunakan enzim (pepsin) tersebut pelajar memotong protein dari bentuk peptida 2-2 ke asid amino (1-1)Asid amino

ii. Mengunakan enzim tersebut pelajar memotong maltosa 2-2 ke glukosa (1-1). Menggunakan kertas petak pelajar menulis tindak balas enzimglukosa

l. Guru bertanya pelajar apakah yang berlaku kepada protein, lipid dan kanji. Guru menunggu respon pelajar.m. Pelajar mengerakkan buah dam ke tamat (vilus) untuk proses penyerapan makanan.

n. Guru menerangkan secara ringkas proses resapan nutrien di vilus (kapilari darah-asid amino dan glukosa, lakteal-gliserol dan asid amino)o. Pelajar menjawap latihan (rujuk lampiran 1)

5.3 KOS BAGI MENGHASILKAN INOVASI ( 6 set)a) kertas A4(pelbagai warna)- RM 3.00 b) plastik liminatex 6 - RM 6c) modelling clay x 3 - RM3.00 d) mancis x 1 - RM0.20Jumlah- RM 12.20

5.4 KEBERKESANAN INOVASI KEPADA P&PSebelum kaedah ini, pelajar amat keliru menghafal nama enzim dan substrat dan tidak memahami proses pencernaan dengan baik. Selepas inovasi ini diuji peningkatan pelajar meningkat dengan mendadak dan mencapai keputusan markah purata ujian post-test 89% berbanding dengan ujian pre-test 29%. MARKAH UJIAN PRE-TEST DAN POST-TEST

INOVASI "DAM PENCERNAAN"

BILNO KPNAMAPRE-TESTPOST-TESTPERBEZAAN

1000929050219AHMAD AL-SYUKRI B DERAOH63428

2000201050355AHMAD DHAMRAH B. ABDUL RASHID53227

3000212050174AYU AMIERA BINTI MOHD NAZARI73427

4000909050078FAZALINA BT IDRIS93627

5000102140902MARSHITAH BINTI MUSTAFA103525

6001226050049MOHAMAD HILMI B ISMAIL42925

7000223020149MOHAMMAD HAQIM BIN AHMAD ROPIE103222

8000102050149MUHAMAD KAMALHUDA B. TAHIR93021

9000614140025MUHAMMAD AZHAN ARIF BIN MANSOR183416

10000205050623MUHAMMAD DANIEL AIDIEL HAKIM BIN AZIZUL62822

11000629011285MUHAMMAD HAFEEZUDDIN BIN MOHAMAD YAZID92718

12000907050277MUHAMMAD HARITH BIN MOHD RASHIDAN92617

13000604140603MUHAMMAD NUR SYARIFUDDIN BIN ABD. HARRIS113019

14000118030433MUHAMMAD SYAFIQ IKMAL BIN MOHD ZAINI102515

15000706050481MUHAMMAD SYAHMI BIN MOHD SABRI173619

16000605050220NOR FARAHZIBA BT HAMADUN103323

17000228050080NORMELISSA NAJWATI BT NORMIZAM83527

18000610050428NUR AINA NASUHA BINTI MUSA93526

19000801050244NUR AISYAH NABILA BT ROZAIMEE113524

20000325050306NUR ATHIRA BT.KAMARUDDIN73326

21000803140884SITI NOR AZLIN BT. AMRAN93526

22000330050204SITI NORSYUHANA BT.MOHD NASIR83527

23001105050552SYIFAQ HANNANI BT ASRI112716

24000825050302ZARIFAH AIN BT ZULKAFLI123422

JUMLAH225770545

PURATA93223

PERATUS PURATA268964

Berikut adalah graf pencapaian pelajar yang menunjukkan keputusan yang sangat besar.

Sepanjang penggunaan inovasi ini saya dapati juga pelajar lebih seronok dan mengambil masa yang singkat untuk menjawap soalan. Berdasarkan daripada respon pelajar, kesemua pelajar menyatakan seronok menjalankan ujian ini.

5.5 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAB KEPADA PIHAK LAINPenggunakan kos yang sedikit dan paling minimum dan penggunaan yang mudah, memudahkan guru-guru lain menggunakannya untuk pengajaran dan pengajaran di dalam kelas.5.6 KETERANGAN YANG BERKAITANKaedah inovasi yang dibina ini adalah berkaitan dengan sukatan pelajaran bagi matapelajaran Sains Tingkatan 2 bab Nutrisi. Bahan inovasi ini boleh digunakan untuk memenuhi hasil pembelajaran berikut iaitu : Mengenal pasti bahagian sistem pencernaan.

i. Memerihalkan aliran makanan melalui salur pencernaan.

ii. Menyatakan fungsi organ dalam sistem pencernaan.

iii. Memerihalkan proses pencernaan dalam salur pencernaan.

iv. Menyenaraikan hasil pencernaan karbohidrat, protein dan lemak.

6 PENGHARGAANDi kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa pembinaan bahan inovasi ini.Ucapan penghargaan ini khas ditujukan kepada Guru Penolong Kanan Akademik, Encik Abdul Rahim b Abu diatas sokongan dan dorongan beliau untuk menghasilkan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih juga diucapkan kepada Guru Kanan Matapelajaran, Puan Kartine bt Abas yang memberi bantuan dan tunjuk ajar pada saya sepanjang pembinaan bahan inovasi ini.

CONTOH RANCANGANPENGAJARAN HARIANUNTUK INOVASI DAM PENCERNAAN(80 MINIT)

19

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) DAM PENCERNAANINOVASI DAM PENCERNAANIsu : Pelajar tidak memahami proses pencernaan dan sukar menghafal nama enzim.Murid : Tingkatan 2Bidang pembelajaran : NutrisiMasa : 2 waktu (80 minit)Objektif Pembelajaran : i. Memerihalkan aliran makanan melalui salur pencernaan.

ii. Menyatakan fungsi organ dalam sistem pencernaan.

iii. Memerihalkan proses pencernaan dalam salur pencernaan.

iv. Menyenaraikan hasil pencernaan karbohidrat, protein dan lemak.

Fasa AktivitiCadangan Komunikasi Catatan

Persediaan (Set induksi) (5 minit)

Guru mengedarkan potongan kecil sandwich kepada pelajarGuru meminta pelajar mengenalpasti kumpulan makanan yang terlibat Pelajar memakan sandwich tersebut. Guru meminta pelajar berfikir apakah yang akan berlaku selepas sandwich ditelanApakah kumpulan makanan yang dapat anda kenalpasti pada sandwich tersebut?Apakah yang akan berlaku kepada makanan yang telah dimakan?Bagaimanakah makananan itu akan dicernakan?

Perkembangan (30 minit)Dengan bantuan model, gambarajah dan video guru menerangkan secara ringkas proses pencernaan karbohidrat, protein dan lipidGuru mengajar dengan menggunakan nota yang di buat dalam power point slide showGuru menunjukkan video sistem pencernaan (1 minit 49 saat)Guru memberi penerangan ringkas aktiviti Dam pencernaan yang akan dijalankan Setiap pelajar dibekalkan:- Gambar rajah sistem pencernaan(8 x A4) (papan dam)- buah dam lipid, protein dan kanji.- 2 sampul surat yang berlabel dengan dengan nama enzim dan organ -pelajar menjalankan aktiviti mengikut arahan guru (dibantu dengan power point slide show-guru membimbing pelajar sepanjang aktiviti dijalankan Dimanakah karbohidrat pertama sekali dicernakan?Dimanakah protein pertama sekali dicernakan?Dimanakah lipid pertama sekali dicernakan?Bagaimanakah ciri-ciri enzim yang terlibat dalam proses pencernaan ini?

Pengukuhan(25 minit) Pelajar mengulangi aktiviti dam pencernaan dengan rakan sekumpulan tanpa arahan guruPelajar berbincang dengan ahli kumpulan. Pelajar menjawap soalan ringkas pada Lembaran kerja (Lampiran 1)Guru hanya bertindak sebagai fasilitator sahajaBagaimanakah anda akan menjalankan aktiviti ini?Bagaimana anda hendak membahagikan tugasan bagi setiap ahli kumpulan? Bagaimana anda hendak memastikan aktiviti yang dijalankan dibuat dengan teratur?

Penutup(5 minit)-Guru memberi ulasan berkenaan dengan aktiviti yang telah pelajar lakukan

Pentaksiran(15 minit)Pelajar menjawap edaran latihan tanpa merujuk buku teks. Kefahaman pelajar dalam mencapai objektif dinilai dengan kebolehan pelajar menjawap soalan (rujuk lampiran 2)

Nilai dan SikapBerkerjasama melengkapkan tugasan yang diberikanMensyukuri kurniaan Tuhan kepada kita

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG PNP PELAJAR MENGERAKKAN BUAH DAM PELAJAR MENULIS TINDAK BALAS ENZIM YANG BERLAKU

PELAJAR BERBINCANG DENGAN RAKAN MENGULANGI AKTIVITI PERKEMBAGAN DENGAN RAKAN KUMPULAN UNTUK MENGUKUHKAN LAGI KEFAHAMAN DAN MEMBANTU DALAM HAFALAN

LAMPIRAN 1Lembaran kerja : NUTRISIa) Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1) Organ : MulutEnzim :Tindak balas : Menukarkan Kanji kepada .

5) Organ : Peruta)Enzim :Tindak balas : Menukarkan kepada . b)Enzim :Tindak balas : Menukarkan... kepada .

2 ) Organ : EsofagusMakanan dibawa ke perut melalui pencecutan otot esofagus secara beritma dikenali sebagai proses

4) Organ : Duodenuma ) Enzim :Tindak balas : Menukarkan Polipetida kepada . b) Enzim :Tindak balas : Menukarkan kanji kepada . c) Enzim :Tindak balas : Menukarkan lipid kepada . Dan

3 ) Organ : PerutEnzim :Tindak balas : Menukarkan Protein kepada .

LAMPIRAN 2Latihan : NUTRISIa) Labelkan bahagian sistem pencernaan di bawah

b) Lengkapkan jadual dibawah.OrganEnzimBahan tindak balasHasil tindak balasPersamaan tindak balas

Mulut AmilaseMaltosa

Perut Protein

Duodenum a) amilase

b) peptida

c) lipasea)..b)..

Usus kecil a)

b)

c)

c) Pencernaan makanan menyebabkan makanan yang kompleks bertukar menjadi molekul ringkas yang boleh meresap ke dalam struktur vilus melalui proses penyerapan makanan. Senaraikan bahan-bahan yang akan meresap masuk ke dalam vilus. i) Ii) iii)iv)..

d) Struktur vilus terdiri daripada kapilari darah dan lakteal. Senaraikan hasil akhir tindak balas yang akan meresap ke dalam :i) kapilari darah:.ii) lacteal : .

e) Adakah Dam Pencernaan ini meningkatkan pemahaman anda terhadap topic ini. Ya/ Tidak .Beri pandangan anda terhadap bahan inovasi ini (Dam Pencernaa)

POWER POINTUNTUK INOVASI DAM PENCERNAAN