proses pencernaan manusia

17
PROSES PENCERNAAN MANUSIA

Upload: suhanidah-my

Post on 01-Jul-2015

975 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROSES PENCERNAAN MANUSIA

PROSES PENCERNAAN

MANUSIA

Page 2: PROSES PENCERNAAN MANUSIA

Proses pencernaan ialah satu rantaian pemecahan makanan dalam sistem pencernaan.

Pencernaan berlaku secara fizikal dan kimia: Pencernaan fizikal melibatkan pengunyahan makanan

oleh gigi dan menggodaknya di dalam perut. Pencernaan kimia melibatkan tindakan enzim terhadap

makanan. Enzim mempercepatkan pencernaan makanan

dipanggil enzim pencernaan. Setiap enzim hanya boleh bertindak terhadap

sejenis bahan makanan yang dikenali sebagai substrat.

PROSES PENCERNAAN

Page 3: PROSES PENCERNAAN MANUSIA

Enzim memerlukan medium yang mempunyai nilai pH yang tertentu untuk berfungsi secara sempurna. Medium itu mungkin berasid, beralkali atau neutral.

Terdapat tiga jenis enzim pencernaan yang utama:◦ Amilase yang menguraikan kanji◦ Protease yang menguraikan protien◦ Lipase yang menguraikan lemak.

Page 4: PROSES PENCERNAAN MANUSIA

Melibatkan pencernaan fizikal dan pencernaan kimia berlaku di dalam mulut.

Pencernaan fizikal berlaku apabila makanan dikunyah menjadi cebisan-cebisan yang kecil oleh gigi.

Pencernaan kimia berlaku apabila amilase liur dalam air liur (dirembeskan oleh kelenjar liur) mempercepatkan penguraian kanji kepada maltosa.

Air liur mengandungi mukus yang melembutkan zarah-zarah makanan untuk menbentuk gumpalan yang dipanggil bolus.

Bolus ditelan ke dalam esofagus

MULUT

Page 5: PROSES PENCERNAAN MANUSIA

Dinding berotot pada esofagus mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan bergelombang yang dipanggil peristalsis.

Peristalsis menolak bolus dari esofagus ke dalam perut dan menyebabkan bolus pecah kepada zarah-zarah yang lebih kecil.

Esofagus

Page 6: PROSES PENCERNAAN MANUSIA

Dinding perut merembeskan jus gaster (gastric juice) yang mengandungi asid hidroklorik, protease dan air.

Fungsi asid hidroklorik: ◦ Membunuh bakteria yang mungkin hadir di dalam makanan.◦ Meyediakan medium yang berasid untuk tindakan protease.◦ Menghentikan tindakan amilase liur.

Juga merembeskan mukus untuk melindungi dinding perut daripada dikakis oleh asid hidroklorik.

Protease memangkinkan penguraian protein kepada polipeptida atau pepton.

Makanan separa pepejal dalam perut dipanggil kim.

Perut

Page 7: PROSES PENCERNAAN MANUSIA

Terdiri daripada tiga bahagian iaitu Duodenum Jejunum Ileum

USUS KECIL

Page 8: PROSES PENCERNAAN MANUSIA

Bahagian pertama pada usus kecil. Kim bercampur dengan hempedu dan jus pankreas. Hempedu ialah cecair kehijauan yang dihasilkan

oleh hati, disimpan di dalam pundi hempedu dan disalurkan ke dalam duodenum melalui duktus hempedu.

Fungsi hempedu:◦ Menyediakan medium yang beralkali untuk tindakan

enzim dalam hati◦ Membaurkan lemak kepada titisan yang halus supaya luas

permukaan minyak lebih besar untuk tindakan enzim.

duodenum

Page 9: PROSES PENCERNAAN MANUSIA

Jus pankreas juga bersifat alkali dan dihasilkan oleh pankreas. Ia mengandungi

Amilase, Protease Lipase

Fungsi enzim dalam jus pankreas;◦ Amilase- menguraikan kanji kepada maltosa◦ Lipase- menguraikan lemak kepada asid lemak

dan gliserol.◦ Protease-menguraikan protein kepada

polipeptida.

Page 10: PROSES PENCERNAAN MANUSIA

Bahagian bawah usus kecil Jus usus yang beralkali dirembeskan oleh ileum Jus usus mengandungi enzim untuk

melengkapkan pencernaan karbohidrat, protien dan lemak

Fungsi enzim dalam jus usus;◦ Protease- polipeptida kepada asid amino◦ Lipase –lemak kepada asid lemak dan gliserol◦ Maltase-maltosa kepada glukosa◦ Sukrase-sukrosa kepada fruktosa dan glukosa◦ Laktase-laktosa kepada galaktosa dan glukosa

Jejunum dan ileum

Page 11: PROSES PENCERNAAN MANUSIA

Glukosa, fruktosa, galaktosa, asid amino, asid lemak dan gliserol merupakan bentuk makanan yang paling ringkas yang dapat diguna terus oleh badan kita.

Selulosa tidak tercerna di dalam badan kita kerana kita tidak menghasilkan enzim selulase.

Page 12: PROSES PENCERNAAN MANUSIA

Glukosa dari karbohidrat Asid amino dari protein Asid lemak dan gliserol dari lemak.

Produk terakhir bagi pencernaan

Page 13: PROSES PENCERNAAN MANUSIA

Hasil pencernaan, vitamin dan mineral diserap ke dalam alir darah melalui dinding usus kecil melalui resapan.

Terdapat vilus, unjuran halus pada dalaman usus kecil. Vilus mempercepatkan penyerapan makanan tercerna kerana ia;◦ Menambahkan luas permukaan penyerapan◦ Mempunyai dinding epitelium setebal satu

sel sahaja◦ Terdapat banyak kapilari darah.

Penyerapan makanan tercerna

Page 14: PROSES PENCERNAAN MANUSIA

Makanan yang tidak tercerna seperti pelawas dibawa dari usus kecil ke usus besar melalui peristalsis.

Dalam usus besar, penyerapan semula air berlaku. Air dan mineral terlarut daripada makanan yang tidak tercerna meresap melalui dinding usus besar.

Penyerapan semula air dan penyahtinjaan

Page 15: PROSES PENCERNAAN MANUSIA

Air disingkirkan melalui sistem perkumuhan sebagai air kencing dan peluh atau dihembus sebagai wap air

Makanan tidak tercerna mengeras menjadi sisa separa pepejal yang dipanggil tinja dan disimpan sementara di dalam rektum

Apabila rektum penuh, tinja disingkirkan melalui dubur melalui proses penyahtinjaan.

Page 16: PROSES PENCERNAAN MANUSIA

Jika sesorang mengalami kesukaran untuk membuang air besar, dia dikatakan menghidap sembelit.

Sembelit berlaku disebabkan oleh kekurangan air dan pelawas digizi pemakanan.

Page 17: PROSES PENCERNAAN MANUSIA