cadangan kajian sejarah

12
CADANGAN KAJIAN SEJARAH 1. Tema 2 : Sejarah Sukan Tajuk : Sejarah perkembangan Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu dari tahun 2002 hingga 2013. 2. Pengenalan Kelab Gemilang Taekwondo mulai ditubuh pada tahun 2002. Kelab ini ditubuhkan oleh Master Shaik Ismail bin Mohd Farook pada tahun 2002 dan kelab ini berada di bawah naungan Yang Berbahagia Dato' Haji Che Mat bin Jusoh selaku Presiden dan YB Dato' Haji Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri sebagai Timbalan Presiden. Kelab ini telah mengadakan pelbagai aktiviti dan menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan diperingkat negeri, kebangsaan serta antarabangsa. Kelab ini telah berjaya melahirkan ramai tokoh sukan Taekwondo sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. 1

Upload: leow-jing-hui

Post on 09-Nov-2015

381 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

no

TRANSCRIPT

CADANGAN KAJIAN SEJARAH

1. Tema 2 : Sejarah Sukan Tajuk : Sejarah perkembangan Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu dari tahun 2002 hingga 2013.

2. Pengenalan

Kelab Gemilang Taekwondo mulai ditubuh pada tahun 2002. Kelab ini ditubuhkan oleh Master Shaik Ismail bin Mohd Farook pada tahun 2002 dan kelab ini berada di bawah naungan Yang Berbahagia Dato' Haji Che Mat bin Jusoh selaku Presiden dan YB Dato' Haji Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri sebagai Timbalan Presiden. Kelab ini telah mengadakan pelbagai aktiviti dan menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan diperingkat negeri, kebangsaan serta antarabangsa. Kelab ini telah berjaya melahirkan ramai tokoh sukan Taekwondo sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan.

3. Rasional Pemilihan Tajuk

3.1 Kajian ini dijalankan supaya masyarakat dapat menghargai sumbangan dan jasa tokoh-tokoh yang terlibat dalam penubuhan dan perkembangan Kelab Gemilang Taekwondo Daerah Kuala Terengganu.3.2 Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk mendedahkan rahsia kejayaan Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu agar dapat dijadikan contoh kepada kelab-kelab sukan yang lain. 3.3 Selain itu, rasional kajian bertujuan untuk menghargai pencapaian dan kejayaan yang telah diraih oleh Kelab Gemilang Taekwondo sepanjang tempoh kajian.

4. Objektif Kajian

4.1 Mengenalpasti sejarah penubuhan Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu dan pengurusan Taekwondo Daerah Kuala Terengganu dari tahun 2002 hingga tahun 2013. 4.2 Mengenalpasti usaha-usaha dan aktiviti yang dilakukan oleh Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu dalam memajukan sukan Taekwondo dari tahun 2002 hingga tahun 2013. 4.3 Mengenalpasti kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu dalam tempoh 11 tahun penubuhannya dalam pelbagai peringkat pertandingan.

5. Permasalahan Kajian

5.1 Masyarakat kurang mengenali dan tidak mengetahui kewujudan Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu yang semakin popular hari ini. 5.2 Kajian ini juga ingin mendedahkan kepada masyarakat tentang usaha-usaha aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu sehingga berjaya mencapai tahap yang membanggakan sepanjang tempoh kajian. 5.3 Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mendorong kejayaan Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu sehingga berjaya mencipta pelbagai kemenangan dan kejayaan di peringkat negeri dan kebangsaan serta antarabangsa sepanjang tempoh kajian.

6. Kepentingan Kajian

Kajian kepada perkembangan Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu harus dijalankan supaya masyarakat mengenali lebih dekat sukan taekwondo dan untuk menarik minat golongan muda untuk mempelajari sukan taekwondo. Disebabkan kemerosotan bilangan ahli di Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu, pencapaian Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu kian dilupai orang ramai dan kajian ini dijalankan turut untuk mengingati orang ramai tentang sejarah Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu yang telah menyumbang tenaga dalam proses membangunkan sukan taekwondo terhadap masyarakat.

7. Skop Kajian

Skop kajian memfokuskan sejarah penubuhan Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu dan perkembangannya dari segi keanggotaan, pengurusan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk ahli-ahlinya dari tahun 2002 hingga 2013. Kajian ini juga akan memfokuskan kepada penglibatan dan kejayaan yang dicapai oleh ahli-ahli kelab ini di peringkat negeri dan kebangsaan dalam tempoh tahun 2002 hingga tahun 2013.

8. Ulasan Kajian Terdahulu

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan sehingga kini, tiada penyelidikan yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu mengenai Kelab Gemilang Taekwondo Daerah Kuala Terengganu dalam tempoh berkenaan. Namun begitu, terdapat kajian yang pernah dibuat terhadap persatuan sukan yang lain berhubung dengan sejarah penubuhan persatuan sukan, perkembangan dan kejayaan yang dicapai seperti Persatuan Sukan Berbasikal Terengganu.

9. Kaedah Kajian

9.1 Kajian Perpustakaan: Membuat penyelidikan buku-buku, jurnal, majalah, rekod-rekod lampau, internet (website), buletin dan gambar yang berkaitan dengan Kelab Gemilang Taekwondo Daerah Kuala Terengganu. 9.2 Kajian Lapangan: Mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Kelab Gemilang Taekwondo Daerah Kuala Terengganu dengan mengadakan temubual / temuramah dengan bekas-bekas pengerusi persatuan dan ahli-ahli yang berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang di peringkat negeri dan kebangsaan serta antarabangsa dalam tempoh tahun 2002 hingga tahun 2013.

10. Pembahagian Struktur Esei

10.1 Pengenalan Dalam bahagian ini, akan dijelaskan mengenai takrif Taekwondo dan perkembangannya dalam sukan negara secara umum.

10.2 Isi 10.2.1 Bahagian ini akan difokuskan kepada sejarah penubuhan Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu dan pengurusannya dalam tempoh tahun 2002 hingga tahun 2013 dengan merujuk kepada pelbagai sumber primer dan sekunder. 10.2.2 Bahagian ini akan menjelaskan kemudahan-kemudahan prasarana (infrastruktur), kekuatan yang ada dan usaha-usaha yang dibuat oleh Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu sehingga berjaya melahirkan tokoh-tokoh yang terkenal serta keupayaan ahlinya dalam pertandingan. 10.2.3 Bahagian ini menerangkan sumbangan dan kejayaan yang dicapai oleh ahlinya dalam pelbagai pertandingan yang disertainya dalam tempoh tahun 2002 hingga tahun 2013.Di samping itu, dipaparkan kejayaan ahli yang mewakili negara dalam pertandingan peringkat antarabangsa. 10.3 Kesimpulan Bahagian ini menyatakan mengenai harapan, prospek masa depan dan perancangan persatuan ini dalam usaha memartabatkan Kelab Gemilang Taekwondo Daerah Kuala Terengganu.

11. Penutup

Pada keseluruhannya, kajian terhadap Kelab Gemilang Taekwondo Daerah KualaTerengganu untuk memperlihatkan sumbangan yang telah diberikan oleh persatuan inidalam tempoh 11 tahun terhadap kemajuan sukan Taekwondo, di peringkat negeri Terengganu, kebangsaan dan antarabangsa.

12. Bibliografi

12.1 Sumber primer : orang sumber- Mohamed Ramlan bin Mohd Farook (ketua jurulatih), ditemubual oleh Tan Cha Chien pada 1/3/2014 di Gym Taekwondo KGTT.- Shaik Ismail bin Mohd Farook (ketua jurulatih), ditemubual oleh Tan Cha Chien pada 7/3/2014 di Gym Taekwondo KGTT.- Ibni Amin Bin Busu (timbalan pengarah MSNT), ditemubual oleh Tan Cha Chien pada 2/3/2014 di Pejabat MSNT.- Ruvitrashini A/P Sadrasagar (pelajar KGTT), ditemubual oleh Tan Cha Chien pada 2/3/2014 di Gym Taekwondo KGTT.- Nuryusfarisya Balqis Binti Yuriscan (pelajar KGTT), ditemubual oleh Tan Cha Chien pada 2/3/2014 di Gym Taekwondo KGTT.12.2 Sumber Sekunder : Majalah- Gemilang 2009 Championship12.3 Sumber Sekunder : Laman web - http://ms.wikipedia.org/wiki/Taekwondo, diakses pada 28 Mac 2014- http://gemilang-taekwondo.blogspot.com/p/taekwondo-oath.html, diakses pada 28 Februari 2014

KESIMPULAN

Pada keseluruhannya, kajian terhadap Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu menunjukkan bahawa sukan ini telah berjuga mengharumkan nama persatuannya ialah Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu, negeri, dan negara Malaysia. Untuk memajukan lagi sukan ini, Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu haruslah meneruskan usaha mereka supaya dapat mencapai matlamat kelab tersebut.8