sejarah - buku panduan kajian sejarah tempatan

Download Sejarah - Buku Panduan Kajian Sejarah Tempatan

Post on 31-May-2018

241 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Sejarah - Buku Panduan Kajian Sejarah Tempatan

    1/59

    KEMENTETRIAN

    PENDIDIKAN MALAYSIA

    PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUMKEMENTERIAN PENDIDIKAN

    MALAYSIA2002

    BUKU PANDUAN

    KAJIAN SEJARAH

    TEMPATANSEKOLAH MENENGAH RENDAH

  • 8/14/2019 Sejarah - Buku Panduan Kajian Sejarah Tempatan

    2/59

    BUKU PANDUAN

    KAJIAN SEJARAHTEMPATAN

    SEKOLAH MENENGAH RENDAH

    PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    MALAYSIA

    2002

  • 8/14/2019 Sejarah - Buku Panduan Kajian Sejarah Tempatan

    3/59

    KATA PENGHANTAR

    Dalam Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM peringkat MenengahRendah, satu aspek yang diperkenalkan pada tahun 1989 ialahKajian Sejarah Tempatan (KST). Kajian ini adalah tentang hal-halbersangkutan dengan keadaan setempat dan dijalankan dalambentuk projek. Ini bermakna pelajar dapat berinteraksi dengankawasan persekitaran supaya dapat memperkembangkan danmenajamkan persepsi tentang aspek-aspek sejarah yang ada disekeliling mereka.

    Kajian ini dinilai melalui kerja kursus. Kerja kursus memberipeluang dan pengalaman kepada pelajar untuk menggunakanpengetahuan, mengaplikasikan kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni. Tahap kebolehan pelajar secara keseluruhan dapatdiuji kerana kerja kursus menitikberatkan kebolehan pelajar bukansahaja dalam bidang akademik tetapi dalam aspek-aspek kreativiti,

    bakat dan inisiatif. Nilai-nilai intrinsik lebih banyak terserlah dalankerja kursus seperti ketepatan masa, kesahihan maklumat,kebersihan kerja, tanggungjaw ab dan kerjasama. Amalan nilaiseperti ini sukar diukur melalui ujian bertulis.

    Dalam menjalankan Kajian Sejarah Tempatan, guru memainkanperanan yang sangat penting sebagai pengurus, perancang,

    penyampai maklumat, pemudahcara, pembimbing dan penilaikepada pelajar-pelajar.

    Buku Panduan Kajian Sejarah Tempatan Sekolah Menengah

    Rendah disediakan untuk membantu guru melaksanakan KST.Maklumat terperinci yang terkandung dalam Buku Panduan inimembolehkan guru membimbing pelajar mengendalikan KSTdengan lebih sistematik dan berkesan.

    Dalam usaha untuk menyediakan Buku Panduan ini banyak pihaktelah terlibat terutamanya guru, pensyarah universiti dan maktabperguruan dan pegaw ai-pegaw ai Kementerian Pendidikan.

    Kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan sehinggabahan ini terhasil, Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan.

    v

  • 8/14/2019 Sejarah - Buku Panduan Kajian Sejarah Tempatan

    4/59

    RUKUN NEGARA

    Bahawasanya negara kita Malaysia, mendukung cita-cita hendakmencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruhmasyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta

    masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapatdinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang

    liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akanmenggunakan sains dan teknologi moden;

    Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruhtenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkanatas prinsip-prinsip berikut:-

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    vii

  • 8/14/2019 Sejarah - Buku Panduan Kajian Sejarah Tempatan

    5/59

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

    viii

  • 8/14/2019 Sejarah - Buku Panduan Kajian Sejarah Tempatan

    6/59

    KANDUNGAN MUKA SURAT

    Kata Pengantar vRukun Negara viiFalsafah Pendidikan Kebangsaan viiiPendahuluan 1Matlamat dan Objektif Kajian Sejarah Tempatan 2BAHAGIAN I KANDUNGAN KURIKULUM1.1 Definisi Sejarah Tempatan1.2 Aspek-aspek Kajian

    1.3 Ruang Liputan Kajian

    3

    BAHAGIAN II PENGENDALIAN DAN PELAKSANAAN2.1 Peranan Guru2.2 Panduan Umum2.3 Contoh Strategi Pelaksanaan2.4 Contoh Senarai Semak

    16

    BAHAGIAN III SUMBER DAN KAEDAH UTAMA KAJIAN3.1 Sumber Kajian3.2 Kaedah Kajian

    24

    BAHAGIAN IV PENILAIAN4.1 Pendahuluan4.2 Elemen dan Aspek Yang Dinilai

    4.3 Sistem Penilaian dan Pelaporan4.4 Huraian Pemarkahan

    29

    BAHAGIAN V CONTOH PENGENDALIAN DAN KAD TUGASAN5.1 Contoh Pengendalian Kajian Sejarah tempatan Tingkatan 15.2 Contoh Pengendalian Kajian Sejarah tempatan Tingkatan 25.3 Contoh Pengendalian Kajian Sejarah tempatan Tingkatan 3

    38.

  • 8/14/2019 Sejarah - Buku Panduan Kajian Sejarah Tempatan

    7/59

    PENDAHULUAN

    Kajian Sejarah Tempatan (KST) adalah sebahagian daripadaSukatan Pelajaran Sejarah Kurikulum bersepadu SekolahMenengah (KBSM). Aspek Sejarah Tempatan ini memberiperhatian kepada pengkajian sesuatu tempat atau kawasansebagai satu unit yang lebih kecil daripada negeri. Tegasnya KajianSejarah Tempatan bersifat mikro tentang hal-hal yangbersangkutan dengan keadaan setempat dan dijalankan dalambentuk projek.

    Kajian Sejarah Tempatan memberi pengalaman secara langsungkepada pelajar mengkaji aspek-aspek sejarah yang ada disekeliling mereka. Melalui pengkajian ini, kemahiran sejarah sepertimencari, mengumpul, mengelas, menganalisis, mentafsir danmerumus maklumat dan fakta-fakta sejarah dapat dipertingkatkan.Pengalaman ini dapat membolehkan pelajar peka dan berminatterhadap sejarah.

    Buku Panduan ini disediakan untuk memberi maklumat yangterperinci bagi guru mengendalikan pengajaran dan pembelajaranKajian Sejarah Tempatan.

    Kandungannya meliputi beberapa perkara asas tentang unsur dankaedah menjalankan kajian. Dalam bahagian Hura ian Kurikulum

    dimuatkan konsep Sejarah Tempatan, ruang liputan kajian, aspek-aspek kajian dan perincian kandungan. Dalam bahagianPengendalian dan Strategi Pengajaran dan Pembelajarandimuatkan peranan guru, panduan umum, strategi pelaksanaanKajian Sejarah Tempatan dan kaedah pengajaran danpembelajaran. Bagi memudahkan guru melaksanakan projek ini,disediakan contoh kad tugasan, surat-menyurat, senarai semak danborang pemarkahan.

    Walaupun Buku Panduan Kajian Sejarah Tempatan ini disediakankhusus untuk Guru Sejarah Sekolah Menengah Rendah, bahan inidapat membantu pihak-pihak yang mempunyai peranan tertentudalam pelaksanaan kurikulum Sejarah KBSM. Adalah diharapkanBuku Panduan ini akan dapat membantu pelaksanaan KajianSejarah Tempatan bagi Sekolah Menengah Rendah denganjayanya.

  • 8/14/2019 Sejarah - Buku Panduan Kajian Sejarah Tempatan

    8/59

    2

    MATLAMAT KAJIAN SEJARAH TEMPATAN

    KAJIAN SEJARAH TEMPATAN adalah untuk

    memupuk pemahaman dan kesedaran pelajar tentang

    sejarah perkembangan masyarakat setempat. Kajian ini

    membolehkan pelajar menghargai dan berbangga dengan

    sejarah masyarakat dan persekitaran, mengukuh

    semangat kekitaan dan perpaduan serta dapat

    memperkayakan khazanah sejarah setempat.

    OBJEKTIF KAJIAN SEJARAH TEMPATAN

    Objektif Kajian Sejarah Tempatan untuk membolehkan pelajar:

    i. mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir sertamensintesis serta merumus maklumat dan fakta-faktasejarah;

    ii. mengenali diri dan keluarga;

    iii. mengenali dan memahami sejarah perkembangansekolah;

    iv. mengenali kaw asan tempat kediaman/tinggal dankawasan persekitaran sekolah dengan lebih dekat lagi;

    v. memupuk kemesraan, kasih sayang, kebanggaan sertasikap bertanggungjaw ab dan hormat menghormatiterhadap keluarga, sekolah dan persekitaran;

    vi. mengamal nilai murni yang diw arisi bersama dalamkeluarga, sekolah, kaw asan tempat kediaman/t inggaldan kaw asan persekitaran sekolah; dan

    vii. mendapat pengalaman secara langsusng dalammenjalankan kajian serta membina keyakinan diri.

  • 8/14/2019 Sejarah - Buku Panduan Kajian Sejarah Tempatan

    9/59

    3

    BAHAGIAN 1

    KANDUNGAN

    KURIKULUM

  • 8/14/2019 Sejarah - Buku Panduan Kajian Sejarah Tempatan

    10/59

    4

    1.1 DEFINISI SEJARAH TEMPATAN

    Sejarah Tempatan secara umumnya ialah pengkajian unsur-unsur sejarah setempat yang melibatkan perjalanan yang dekat serta

    penggunaan bahan-bahan yang diperolehi setempat.

    1.2 ASPEK-ASPEK KAJIAN

    Aspek-aspek pengkajian adalah seperti berikut:

    TINGKATAN I

    Sejarah Diri dan Kelu arga

    Salasilah keluarga Perkembangan diri dan keluarga

    Tokoh-tokoh dalam keluarga Peristiwa bersejarah dalam keluarga

    TINGKATAN II

    Sejarah Sekol ah

    Latar belakang sekolah Nama dan lambang-lambang

    kemegahan sekolah Infrastruktur dan kemudahan asas Pengetua Guru Badan pengurus dan PIBG Tokoh-tokoh bekas pelajar Peristiwa-peristiwa bersejarah Prestasi dan kejayaan akademik Prestasi dan kejayaan kokurikulum

    TINGKATAN III

    Sejarah Persekitaran Kawasan Sekol ah /Tempat Tingg al / Kedi aman

    Asal usul nama tempat/nama jalan

    Bangunan/tempat bersejarah Tokoh Sejarah penduduk Infrastruktur dan kemudahan asas Peristiwa bersejarah Tradisi setempat Pentadbiran setempat

  • 8/14/2019 Sejarah - Buku Panduan Kajian Sejarah Tempatan

    11/59

    5

    1.3. RUANG LIPUTAN KAJIAN

    1.3.1. Tingkatan 1: Sejarah Diri Dan Keluarga

    Aspek Kajian Pengetahuan Sumber Unsur/Tingkah Laku Patriotisme

    (a) Salasilahkeluarga

    i. Nama ahli-ahli keluarga