cadangan kajian hbef2503

Upload: muhammad-syahmi

Post on 13-Jul-2015

89 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

TAJUK :

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOPERATIF KE ATAS PRESTASI PELAJAR DALAM MATEMATIK BAGI TAJUK SHAPES AND SPACES TAHUN 2.

BAB 1: 1. PENGENALAN KEPADA MASALAH 1.1 Pengenalan Kaedah pembelajaran boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti secara individu mahupun berkumpulan. Kaedah secara berkumpulan biasanya berpusatkan kepada murid dan boleh dijalankan dengan dua kaedah iaitu samada pelajar berada dalam kumpulan sama kebolehan (Hemogeneus) ataupun kumpulan pelbagai kebolehan (Heterogeneus). Kaedah ini menjurus kepada kaedah pembelajaran koperatif.

Bagi kumpulan sama kebolehan, pelajar akan menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing. Bagi kumpulan heterogeneous biasanya akan menjalankan aktiviti berkonsepkan bimbingan rakan sebaya. Konsep ini sedikit-sebanyak dapat memupuk semangat setia kawan dan semangat bekerjasama dalam kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama.

Melalui kaedah pembelajaran koperatif , pelajar berpeluang berinteraksi antara satu sama lain melalui pengalaman sendiri. Pengetahuan dapat dikongsi bersama selain dapat memupuk nilai murni, sikap percaya pada ahli kumpulan.

1

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

1.2 Latar Belakang Kajian

Kebelakangan ini matematik merupakan satu mata pelajaran penting dalam semua peringkat pengajian bermula dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat tertinggi. Walaupun matematik itu penting tetapi minat dan pengetahuan pelajar semakin merosot. Persoalannya, dimanakah silapnya? Adakah berpunca dari kaedah pengajaran dan pembelajaran atau sikap dan minat pelajar itu sendiri ataupun sukatan kurikulum semakin sukar? Menurut Bryes (1993), kaedah pengajaran hanya mementingkan pelajar mengikut sahaja apa yang disampaikan oleh guru. Salah satu cara untuk hadapinya dengan cara guru harus ada anjakan pradigma pandai memilih kaedah dan menghadapi situasi dengan bijaksana.

Hasrat Falsafah Pendidikan Negara(FPN) bertujuan untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani. Selaras dengan itu, FPN menekankan agar keempat-empat aspek tersebut diberi penekanan dalam semua mata pelajaran. Pelajar yang cerdas akan lebih cepat maju ke hadapan berbanding pelajar lemah akan lebih jauh ketinggalan jika guru tidak melakukan sesuatu.

Media massa banyak merencanakan masalah gejala sosial para remaja masa kini dan antara puncanya adalah pengaruh rakan sebaya. Oleh yang demikian pengaruh rakan sebaya memainkan peranan besar dalam pembentukan sahsiah individu. Jesteru konsep tersebut akan cuba diserap dalam pengajaran dan pembelajaran berteraskan pendekatan kaedah koperatif .

2

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

Menurut kajian-kajian lepas menunjukkan interaksi sesama pelajar yang menjadi elemen utama pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan pencapaian pelajar (Newmann dan Thompson, 1987), konsep kendiri (Slavin, 1991) dan hubungan sosial pelajar (Johnson dan Maruyama, 1983)

Dalam kajian ini, tajuk Shapes and Spaces merupakan antara tajuk dipenghujung silibus matematik tahun 2 yang kurang menggunakan kemahiran mengira tetapi memerlukan pemahaman konsep yang akan membuatkan murid berasa bosan untuk menghafal pelbagai bentuk dan cirinya. Oleh itu guru berperanan menjelaskan kepada pelajar dengan berkesan supaya pelajar berkeyakinan untuk terus belajar dan alasan bahasa pengantar bukan penghalang.

Kajian ini juga cuba untuk membina konsep pengetahuan awal pelajar dengan cara berbantukan bantuan tayangan grafik (MS Power Point) untuk menanam minat pelajar terus belajar. Konsep yang bakal digunakan ialah daripada mudah kepada yang lebih sukar.

Kaedah pembelajaran koperatif dipilih agar pelajar yang cerdas dapat membantu pelajar lemah di samping bimbingan guru. Kaedah ini difikirkan sesuai kerana pelajar cerdas akan terasa dipercayai dan pelajar lemah akan terasa dihargai. Diharapkan kaedah ini dapat menimbulkan keseronokkan dan menghilangkan rasa kebosanan.

3

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

Menurut Noraini (1994), antara factor yang boleh menarik minat dan merangsang minat seseorang terhadap sesuatu perkara ialah: i. ii. iii. pendengar sedar bahawa sesuatu itu berguna kepadanya ia dipersembahkan dengan cara dan gaya yang menarik perkara yang disampaikan itu indah, gembira dan menyeronokkan

Antara jenis-jenis teknik dalam pembelajaran koperatif adalah Studen Team-Achivement Division (STAD), Jigsaw, Teams-Games-Tournament (TGT), Learning Together (belajar bersama), Think Pair Share (TPS), Round Table (meja bulat) dan Numbered Heads (permainan panggil nombor). Kajian ini cuba mengguna pakai satu daripanya iaitu STAD.

1.3 Pernyataan Masalah Kajian.

Berdasarkan tinjauan rambang melalui perbincangan bersama salah seorang guru mengenai pengalaman mengajar beliau, didapati ramai pelajarnya kurang meminati mata pelajaran matematik kerana satu sebab utama iaitu mitos matematik itu susah.

Pelajar yang cerdas akan lebih cepat maju ke hadapan berbanding pelajar lemah akan lebih jauh ketinggalan. Oleh yang demikian, kajian ini cuba merungkai mitos pelajar agar lebih meminati di samping meningkatkan motivasi pelajar dalam mata pelajaran matematik.

4

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

Tajuk Shapes and Space merupakan tajuk kedua terakhir dalam sukatan pelajaran matematik Tahun 2 dan kurang diberi penekanan kerana tajuk ini kurang menggunakan aktiviti mengira tetapi memerlukan pemahaman konsep dan hafalan. Manakala banyak masa diperuntukkan untuk penguasaaan kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Keyakinan dan sikap pelajar berkemungkinan akan luntur jika kaedah tidak bersesuaian digunakan. Oleh itu guru berperanan menjelaskan kepada pelajar dengan berkesan supaya pelajar berkeyakinan untuk terus belajar dan tidak menjadikan masalah bahasa pengantar sebagai alasan.

1.4 Matlamat Kajian

Kajian ini akan dijalankan adalah untuk menguji keberkesanan kaedah yang dipilih oleh pengkaji iaitu menggunakan kaedah koperatif dalam pengajaran tajuk Shapes and space.

1.4.1 Objektif Kajian

Kajian ini secara terperincinya ingin mencapai objekif berikut:1. Untuk menentukan keberkesanan penggunaan kaedah koperatif dalam pengajaran tajuk shapes and space bagi tahun 2.

2. Untuk meninjau penggunaan kaedah koperatif dalam pengajaran tajuk shapes and space dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran matematik bagi tajuk tersebut.

1.4.2 Persoalan Kajian

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, soalan-soalan kajian berikut di kemukakan:5

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

1.

Apakah kesan penggunaan kaedah koperatif ke atas pencapaian murid dalam topik shapes and space?

2.

Adakah kaedah koperatif menarik minat murid terhadap pembelajaran tajuk shapes and space?

1.4.3 Hipotesis Kajian

Untuk mencapai tujuan dan kajian dibuat, hipotesis dikemukakan:-

Hipotesis nul 1:

Tiada perbezaan yang signifikan dalam pra ujian min skor bagi tajuk shapes and space di kalangan murid yang diajar melalui kaedah koperatif berbanding ujian post.

Ha1

:

Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pra ujian min skor bagi tajuk shapes and space di kalangan murid yang diajar melalui kaedah koperatif berbanding ujian post.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat khususnya kepada guru, murid dan sekolah yang dikaji serta kepada sesiapa yang berhasrat untuk menggunakan kajian yang dijalankan sebagai penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

Menurut Dr. Nor Azizah Salleh (2007), output yang anda hasilkan mungkin suatu penemuan atau suatu teknologi baru atau sesuatu yang boleh dimanfaati oleh kumpulan tertentu, seperti guru, pentadbir, pelajar atau pembangun kurikulum. 6

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

1.5.1 Kepentingan kepada guru

Ia bagi memastikan guru dapat memilih pendekatan yang paling sesuai digunakan untuk pengajaran mata pelajaran Matematik. Ini kerana kaedah koperatif mempunyai kelebihannya tersendiri. Hasil kajian yang akan dilaksanakan diharap dapat memberi manfaat dan panduan kepada guru bagi mencari jawapan kepada kesesuaian pendekatan yang boleh dipraktikkan dalam menyampaikan pengajaran.

1.5.2 Kepentingan kepada murid

Murid-murid juga diharapkan mendapat manfaat melalui pendekatan yang akan dijalankan. Pendekatan yang dipilih diharapkan dapat meningkatkan prestasi murid dalam memahami konsep dan istilah yang terdapat dalam tajuk shapes and space.

1.5.3 Kepentingan kepada sekolah

Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak sekolah memastikan guru memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bertepatan bagi mencapai objektif pembelajaran Matematik. Seterusnya dapat meningkatkan gred purata sekolah bagi mata pelajaran Matematik.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini akan dilaksanakan ke atas pelajar tahun dua di Sekolah Kebangsaan Anak-anak Angkatan Tentera, Kem Tok Jalai, Jitra , Kedah. Pemilihan seramai 32 orang pelajar berusia 8 tahun yang keseluruhan berbangsa melayu dan berlatar belakang keluarga yang hampir sama. Pelajar yang masih baru di alam persekolahan mempunyai keupayaan berkomunikasi dan bersosial dengan baik pada tahap yang rendah. Kajian ini hanya tertumpu pada topik Shapes and Space sahaja.

7

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

Melalui ujian pra test adalah untuk menguji tahap atau pengetahuan sedia ada murid tentang tajuk shapes and space, manakala ujian post test dilaksanakan selepas sepuluh jam pengajaran dan pembelajaran bagi kumpulan eksperimen dalam masa enam minggu. Seterusnya prestasi pelajar boleh diukur melalui semakan latihan ujian pra dan post yang dijalankan. Berdasarkan prestasi ini, analisa dapat dilaksanakan bagi melihat perbandingan prestasi ujian pra dan ujian post bagi kumpulan eksperimen.

1.7 Definisi Istilah Berikut adalah definisi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini: i- Pembelajaran koperatif - Satu strategi pengajaran yang melibatkan kumpulan kecil dimana pelajar berlainan kebolehan berbincang, menjalankan aktiviti bagi meningkatkan pemahaman mereka kepada sesuatu kemahiran atau subjek. ii-Studen Team-Achivement Division (STAD) -

Kumpulan Pelajar-Divisyen Pencapaian adalah satu cabang pembelajaran koperatif dimana pelajar dari pelbagai tahap keupayaan akademik disatukan dalam satu kumpulan kecil dan mereka akan saling bantu membantu antara satu sama lain untuk penyelesaian masalah.

8

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

1.8 Ringkasan

Kajian ini dirancang bagi menyahut hasrat FPN dalam usaha mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani. Kajian rintis ini hanya terhad kepada topik Shapes and Space tahun dua. Tujuan utama kajian ini adalah untuk cuba merungkai mitos pelajar matematik itu susah dan mata pelajaran yang kurang digemari. Rangka kerja konsep kajian adalah urutan ujian pra, pengajaran guru, kerja dalam kumpulan dan di akhiri dengan ujian pos dan maklum balas borang kaji selidik. Hasil penilaian kajian berdasarkan ujian pos dan maklum balas borang kaji selidik.

9

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

BAB 2 2. Tinjauan Literatur

Claires Thomas Ozels dari Yzmir Institute of Technology telah menjalankan satu kajian dan didapati 90 % daripada 500 pelajar yang disoal selidik tidak berminat untuk belajar secara pengajaran tradisional.

Menurut Kilpatik (1992) , berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang maternatik sejak hampir tiga dekad kebelakangan ini, guru disarankan bijak mernpelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran dan pernbelajaran.

Slavin (1990) , daripada 99 kajian yang lalu ke atas pembelajaran secara koperatif didapati pernbelajaran koperatif berkesan untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

Johnson and Johnson (1994), koperatif bermaksud bekerja sarna untuk mencapai rnatlamat yang sarna. Pernbelajaran koperatif adalah pembentukan satu kurnpulan kecil , dirnana pelajar bekerjasama rnemaksimumkan pembelajaran kendiri dan pernbelajaran dengan rakan-rakan yang lain. Pelbagai kajian telah dijalankan berkaitan keberkesanan pernbelajaran koperatif. Dalam pembelajaran koperatif pelajar belajar di dalam satu kumpulan bagi rnencapai satu rnatlamat.Antara matlamat yang ingin dicapai adalah konsep matematik, prosedur menyelesaikan masalah matematik dan pelajar belajar cara menggunakan formula dan rumus matematik.

10

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

Satu kajian koperatif yang dijalankan oleh Joan Garfield (1993) bertajuk pengajaran statistik dan kajian oleh Artet dan Newmann (1990) menyatakan bahawa pembelajaran koperatif adalah aktiviti yang melibatkan kumpulan kecil pelajar yang bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah , menyiapkan sesuatu tugasan dan menghasilkan satu matlamat yang sarna. Dalam kajian yang dijalankan itu didapati kesan dan implikasi daripada pembelajaran secara koperatif dapat menghasilkan sesuatu hasilan yang lebih baik, atitud atau sikap yang lebih tinggi dan peneapaian yang lebih tinggi .

Dipetik daripada kajian yang sama , Mc Keachie, Pintrich, Yi Guang dan Smith (1986) menyatakan bahawa penggunaan pembelajaran secara kumpulan kecil dapat memberikan banyak faedah dalam beberapa situasi yang berlainan. Aktiviti ini membolehkan pelajar belajar dan mengajar rakan-rakan mereka antara satu sama lain dimana pelajar yang lebih berkebolehan akan mengajar rakan yang kurang bekebolehan. Pelajar -pelajar ini berpendapat bahawa jika mengajar rakan yang lain dapat meningkatkan pemahaman mereka sesuatu kemahiran. Ini menunjukkan bahawa daripada hasilan kajian terdahulu pembelajaran koperatif dan pembimbing rakan sebaya merupakan satu cara terbaik untuk belajar.

Johnson et.al, (1991) menyatakan bahawa aktiviti kumpulan kecil memberi kesan kepada motivasi pelajar dimana pelajar akan bertambah bermotivasi kerana pelajar merasa lebih yakin untuk menyelesaikan tugasan dengan rakan pelajar yang lain berbanding menyelesaikan sesuatu tugasan itu secara individu. Secara tidak langsung dapat meningkatkan sikap dan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran , kursus yang diikuti dan kemahiran yang dipelajari.

11

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

Seorang guru di Sekolah Menengah Jeli , Kelantan, dalam kajiannya didapati pada mulanya semua pelajar yang berprestasi sederhana tidak dapat menguasai kemahiran penambahan dan penolakan nombor negatif. Apabila diubah strategi dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat bantu mengajar didapati prestasi pelajar dapat ditingkatkan.

Kajian yang dijalankan oleh Raja Sulaiman, Masniza dan Rohani yang bertajuk Kemahiran Menyelesaikan Masalah Yang Melibatkan Nombor Negatif ke atas 30 orang pelajar Sekolah Menengah Puteri , Kota Bharu didapati pelajar kurang mahir menyelesaikan masalah penambahan dan penolakan melibatkan nombor negatif. Tinjauan awal mendapati pelajar dapat menggunakan integer positif dan negatif bagi mewakili situasi, membezakan antara nombor integer dan nombor bukan integer, membezakan antara integer terbesar dan integer terkecil tetapi tidak menguasai operasi penambahan dan penolakan melibatkan integer negatif. Tetapi setelah diberi penekanan kepada perbincangan secara kumpulan dan kaedah visualisasi, didapati terdapat peningkatan dalam penguasaan pelajar terhadap kemahiran tersebut.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh lnocentia Justin di Sekolah Menengah St. Michael, Sabah bertajuk "Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tingkalan 2U Dolam Empat Operasi Asas (+ , -, X ,) Ke Atas Nombor Negatif" ke atas 20 orang pelajar didapati pelajar tidak dapat menguasai dalam penyelesaian masalah nornbor negatif melibatkan salah satu daripada empat operasi asas atau gabungannya. Setelah dijalankan aktiviti berkumpulan iaitu pembelajaran secara koperatif dan pengajaran menggunakan bahan konkrit didapati pelajar telah menunjukkan minat untuk belajar dan ujian pos yang dijalankan juga menunjukkan peningkatan dalam prestasi. Hasilan kajiannya juga menunjukkan bahawa 12

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

guru perlu menggunakan kaedah pembelajaran koperatif untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan mereka menjawab latihan matematik selain meningkatkan motivasi serta kernahiran komunikasi sesama mereka.

Menurut Kagan (1994) , terdapat 4 prinsip dalam pernbelajaran koperatif yang dikenali sebagai PIES iaitu :

i ii iii iv

Positive Independence Individual Accountability Equal Participation Simultaneous Interaction

(Kebergantungan Positif) (Akauntabiliti lndividu) (Penglibatan Samarata ) (lnteraksi Dua Hala )

Dapatlah dirumuskan bahawa pembelajaran koperatif, memberikan impak yang positif kepada pelajar kerana pelajar adalah bergantung antara satu sama lain untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. lni tidak hanya tertumpu kepada rakan pelajar tertentu sahaja untuk menyelesaikan tugasan tetapi melibatkan kesemua individu dalam kumpulan tersebut. Setiap ahli dalam kumpulan perlu rnengambil bahagian dan perbincangan . Semua pelajar perlu memainkan peranan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan dan ini membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain untuk menyelasaikan tugasan yang diberikan.

Kesemua pelajar bersama-sama bertanggungiawab untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Interaksi dua hala akan berlaku kerana pelajar akan berbincang berkaitan penyelesaian untuk tugasan secara bersemuka. Ini adalah berbeza dengan pembelajaran 13

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

dalam kelas tradisional dimana kesemua pelajar akan memandang ke hadapan atau ke arah papan tulis. Melalui kaedah pembelajaran koperatif pelajar akan berkongsi maklumat dan belajar bersama-sama bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Dengan ini dapat memupuk semangat bekerjasama, rasa ingin tahu, bertanggungjawab , minat dan menimbulkan keseronokan untuk menyelesaikan tugasan.

14

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

BAB 3 3. METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif terhadap penerimaan pelajar belajar seiring dengan arus kemodenan pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga untuk melihat kesan strategi pembelajaran terhadap prestasi, pencapaian pelajar, konsep kendiri akademik di dalam mata pelajaran matematik serta hubungan sosial sesama rakan sekelas. Kajian ini juga untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan perlaksanaan pembelajaran koperatif Studen Team-Achivement Division (STAD) dalam tajuk Shapes and Space.

Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini berbentuk kuasi eksperimen melibatkan 40 orang pelajar. Data dikutip menggunakan borang kaji selidik, ujian pra dan ujian pos. Data yang diperolehi akan diberikan dalam bentuk peratus dan frekuensi. Rumusan tentang maklumat kaji selidik akan dipersembahkan dalam bentuk graf peratus.

3.2 Rangka Kerja Konsep

Ujian Pra Belajar Dalam Kumpulan

Ujian Pos

Borang kaji selidik Belajar Daripada Guru

15

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

32 orang pelajar akan dipilih.16 orang pelajar akan dijadikan sampel dan 16 orang pelajar lagi akan dijadikan perbandingan kajian. Setiap kumpulan sampel terdiri daripada empat orang pelajar yang mempunyai tahap kebolehan berbeza (heterogeneous). Pembolehubah bersandar yang terlibat adalah pencapaian, minat dan sikap pelajar. Ujian Pra bertujuan untuk uji kebolehan awal pelajar, ujian pos untuk menguji keberkesanan kaedah digunakan. Untuk menguji hipotesis ujian pos dan maklum balas borang kaji selidik digunakan

3.3 Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada pelajar tahun dua di Sekolah Kebangsaan Anak-anak Angkatan Tentera, Kem Tok Jalai, Jitra , Kedah. Responden terdiri daripada 32 orang pelajar berusia 8 tahun dan pelbagai kebolehan (heterogeneous). Pemilihan pelajar adalah atas nasihat dan panduan guru mata pelajaran di sekolah berkenaan.

3.4 Instrumen kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunapakai ujian bertulis dan borang kaji selidik. Ujian bertulis dimulai dengan ujian pra dan diikuti ujian pos selepas pengajaran dan pembelajaran selesai.. 1. Ujian pra/ ujian pos a) b) c) Ujian menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya 20 soalan (10 aneka pilihan dan 10 subjektif) Topik hanya merangkumi topik Shapes and Space.sahaja

16

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

2. Borang kaji selidik a) b) Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu Soalan terbahagi kepada dua aspek iaitu motivasi dan sikap pelajar terhadap kaedah pembelajaran koperatif Studen Team-Achivement Division (STAD) mengandungi 20 soalan c) Sebanyak 20 soalan dikemukakan dengan dua pilihan jawapan , iaitu Ya atau Tidak. Soalan-soalan yang dikemukakan dilampirkan bersama kertas cadangan ini seperti di lampiran. Sekiranya murid memilih jawapan Ya lebih daripada 10, maka secara kualitatifnya pendekatan koperatif mempunyai peluang dan sebaliknya, seperti di Lampiran B

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data akan dijalankan oleh penyelidik ke atas 32 orang pelajar dalam kelas tahun dua terpilih. 32 orang pelajar ini akan mengambil ujian pra di dalam kelas yang sama berkaitan topik Shapes and Space. 16 pelajar akan dijadikan sampel dan 16 orang pelajar lagi akan dijadikan perbandingan kajian. Keputusan ujian pra bagi setiap pelajar akan dicatatkan.

Pelajar sampel akan dibahagikan kepada empat kumpulan kecil yang terdiri daripada empat orang pelajar dalam setiap kumpulan . Kesemua pelajar akan mengikuti kaedah pengajaran secara konvensional dan koperatif dengan menggunakan bahan maujud serta latih tubi dan latihan mengikut kemahiran yang dipelajari pada setiap sesi. Kesemua pelajar sampel akan diterangkan tentang kaedah pengajaran koperatif Studen Team-Achivement Division (STAD). 17

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

Pelajar akan dibimbing guru untuk berbincang dan berkongsi idea semasa penyelesaian bagi latihan yang diberikan. Bagi rakan dalam kumpulan yang lebih mahir dalam sesuatu kemahiran akan memberi tunjuk ajar kepada rakan yang bermasalah. Pelajar akan diberi latihan berkaitan topik yang diajar mengikut kemahiran yang ditetapkan selama 4 minggu dan setiap sesi akan mengambil masa satu jam. Pada minggu keenam pelajar akan diberikan ujian sekali lagi iaitu ujian pos , dan keputusan ujian akan diambil dan dicatatkan. Dalam kedua-dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos , pelajar tidak dibenarkan meniru kerana ini akan menjadikan kebenaran ujian diragui dan tidak telus.

3.6 Prosedur Menganalisis Data

Data yang dikumpul dari instrumen kajian akan dianalisa. Maklumat dari ujian pra dan pos yang dijalankan akan memberikan markah dan gred matematik keupayaan pelajar dalam topik Shapes and Space.

Data yang diperolehi dari ujian pra dan pos akan dianalisis berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan. Peningkatan prestasi pelajar dinilai berdasarkan perbandingan skor ujian pra dan ujian pos. Data yang diperolehi akan diberikan dalam bentuk peratus dan frekuensi Maklumat dari borang kaji selidik akan dianalisis untuk menilai respon pelajar terhadap kesan kaedah pembelajaran koperatif kepada mereka dan peratusan akan diberikan untuk setiap item yang telah ditetapkan. Rumusan tentang maklumat kaji selidik akan dipersembahkan dalam bentuk graf peratus. Akhir sekali data yang dikutip akan dianalisis untuk penentuan hipotesis kajian

18

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

3.7 Rumusan Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan strategi pembelajaran terhadap prestasi, pencapaian pelajar, konsep kendiri akademik di dalam mata pelajaran matematik serta hubungan sosial sesama rakan sekelas. Kajian ini juga untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan perlaksanaan pembelajaran koperatif Studen Team-Achivement Division (STAD) dalam tajuk Shapes and Space.

Bab ini menghuraikan tentang rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisan data yang digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian yang dipilih bagi kajian ini adalah pelajar tahun dua yang tidak terlibat dengan peperiksaan dan terdiri daripada pelajar kumpulan pelbagai kebolehan (heterogeneous) agar dapat membantu antara satu sama lain untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Ujian pos dan ujian pra dijalankan secara individu dan pelajar tidak dibenarkan meniru untuk mengelakkan daripada ketekalan dan kesahihan kajian ini diragui.

Data yang dipilih adalah daripada ujian pos dan ujian pra . Dapatan daripada ujian pra dan pos akan dianalisa berdasarkan peratus dan frekuensi. Pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pos diberikan markah dan gred.

Manakala dapatan daripada borang kaji selidik sikap pelajar terhadap pembelajaran koperatif diberikan dalam bentuk pilihan ya atau tidak. Rumusan akan dibuat secara peratusan ke atas setiap item dan dibuat rumusan secara umum dan dipersembahkan dalam bentuk graf. 19

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

BIBLIOGRAFISchool Based Research HBEF 4106.(2005), Open University Malaysia :KL:UNITEM Sdn.Bhd.

Badrul Hisham Hj. Alang Osman dan Rakan-rakan (1997). Tahap Pemahaman GuruGuru Dan Pencapaian Mood Terhadap Penggunaan Ayat Matematik Di Sekolah Rendah Luar Bandar. Jumal Guru, Edisi 9, 561 - 573

Shahrom Noordin (1994) .Sikap Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran Bermodul: Satu Kajian Rintis. Jumal Guru, Edisi 6, 406-408.

Chua Mei Kang, Teh Eng Kiat dan Ooi Soo Huat (2002).KBSM: Mathematics Form 1 ( Edisi Ke2),Johor Bahru; Johor : Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.

Hamzah Shahrom,Tokiap Tokimill dan Sulaiman Abd Rahman (2002).Fakta Matematik Bestari: Nombor Negatif ( Edisi ke-2). Shah Alam; Selangor : DEMZ Anzagain Sdn.Bhd

http;// WVvw.teachers rock.netlpembezzaan.html.

http;!/ akademik.ukm.my / eda/ projek ge 6553 / matematik html. http;// mpkt.edu.my/penyelidikan/maaz1an02 .htm? http;// apps.emoe.gov .mylbppdp/penyelidikan/kt84 him.

http;// www.amstad.org/publications/je/vm/garfieldhtml.

20

Nama :Shukhairi bin Adnan No.Matrik: 720725025631001 Kod M/P : HBEF2503

21