kajian tindakan sejarah

Click here to load reader

Post on 07-Jan-2016

137 views

Category:

Documents

7 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

4

PENGAJARAN MENGGUNAKAN BAHAN MULTIMEDIA DAN MODUL SEJARAH TINGKATAN 4 : MEMBANTU GURU MENGHABISKAN SUKATAN PELAJARAN DENGAN LEBIH CEPAT : SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6 PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

OlehHayadi Bin GulilingDanJunaidah AhmatSekolah Menengah Kebangsaan Abaka, Tawau

AbstrakKajian tindakan ini dibuat untuk membantu guru menghabiskan sukatan pelajaran dengan cepat. Oleh itu, sasaran kajian ini hanya kepada dua orang guru yang mengajar mata pelajaran sejarah di Tingkatan 4. Dalam hal ini, pengkaji bertindak sebagai kumpulan sasaran. Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap Buku Rekod Pengajaran Guru tahun 2010. Hasil tinjauan menunjukkan sejumlah 15 waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang diperlukan untuk mengajar bab 6 tingkatan 4. Bagi menyelesaikan pemasalahan kajian, dua kaedah telah digunakan secara gabungan iaitu kaedah Bahan Multimedia (bersuara) dan Modul Sejarah SPM. Keputusan kajian menunjukkan yang waktu P&P dapat disingkatkan kepada 6 waktu untuk menyiapkan pengajaran bab 6 tingkatan 4. Kesimpulannya, dua kaedah yang dipilih berjaya mempercepat tempoh waktu P&P.

1.0 PendahuluanDalam menyiapkan kajian tindakan ini kami telah menggunakan rangka kerja teoritikal yang direkabentuk oleh Kemmis dan Mc Taggart (1982); seperti kitaran dalam rajah berikut:

Tinjauan Awal Dapatkan situasi dan (Refleksi P&P lalu) konteks (Isu Keprihatinan)

Membuat Refleksi Merancang Tindakan (Objektif Kajian/Kumpulan Sasaran)

Pemantauan dan Pelaksanaan Tindakan Penilaian (Tinjauan Masalah / Dapatan (Analisis Hasil Kajian) Pemerhatian/ Tindakan Penyelesaian)

Rajah 1 :

2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Sebagai guru sejarah yang mengajar di Tingkatan 4 dan 5, kami sering berhadapan dengan beberapa kekangan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini khususnya dari perpektif guru. Antara kekangan tersebut ialah

i. Menghabiskan sukatan pelajaran dengan cepat. Bagi Tingkatan 4, waktu yang terbaik untuk menghabiskannya ialah sebelum pertengahan bulan September, sementara bagi Tingkatan 5 pula ialah menjelang bulan Ogos. Jadi, untuk mengatasi kekangan ini kami lazimnya akan membuat kelas tambahan. Bagaimana pun, kelas tambahan hanya ditumpukan kepada pelajar tingkatan 5. Tingkatan 4 terus terabai tanpa apa-apa tindakan. Itu belum lagi diambil kira dengan pelbagai perkara luar jangka dan luar biasa, yang sering berlaku di sekolah berulang-ulang tahun.

ii. Menghasilkan pelajar yang mahu membaca buku teks sejarah dalam kuantiti yang ramai. Lazimnya para pelajar tidak mahu membaca buku teks yang dibekalkan secara percuma kepada mereka. Mereka beranggapan yang buku teks itu tidak berkualiti. Sekiranya ada yang mahu membaca, mereka lebih berminat membaca buku sejarah SPM yang dijual di pasaran terbuka (buku rujukan SPM). Keadaan ini masih berterusan walau pun guru memaklumkan yang buku teks merupakan sumber rujukan utama bagi mata pelajaran Sejarah SPM. Ini kerana soalan dan jawapan yang digubal pada peringkat SPM menjadikan buku teks semata-mata sebagai rujukan, tidak kepada buku- buku yang lain.

iii. Melahirkan pelajar yang meminati mata pelajaran sejarah. Pelajar kurang meminati mata pelajaran ini. Mereka melahirkan beberapa tanggapan terhadap mata pelajaran antaranya mata pelajaran sejarah bukannya mata pelajaran penting seperti sains dan matematik. Mata pelajaran ini bukannya syarat penting untuk alam pekerjaan atau peluang untuk melanjutkan pelajaran. Mata pelajaran ini hanyalah cerita-cerita masa lalu. Mata pelajaran ini membosankan kerana terlalu banyak perkara yang hendak diingat.

iv. Menghasilkan semua pelajar yang mengambil mata pelajaran ini lulus sekurang-kurangnya dengan gred E. Perkara ini agak sukar untuk dicapai kerana adanya faktor tolakan dalam diri pelajar seperti yang dinyatakan dalam perkara II dan III di atas.

3.0 Isu Keperihatinan Walau pun pelbagai aspek kekangan pengajaran dan pembelajaran yang kami luahkan dalam refleksi, namun kami akan memfokuskan kepada menghabiskan sukatan pelajaran dengan cepat. Kami mahu menyelesaikan tugasan ini pada bulan Mei atau Jun. Dengan ini, kami dapat memberi tumpuan yang lebih kepada kaedah menjawab soalan Sejarah pada peringkat SPM dengan betul. Ini kerana kami berpendapat bahawa

i. sebelum pelajar itu dapat memahami, menilai dan menaakul tentang sesuatu peristiwa Sejarah dia perlu terlebih dahulu mengetahui jalan cerita peristiwa tersebut.

ii. Pelajar gagal memperolehi markah yang baik bukan kerana mereka tidak mengetahui atau memahami mata pelajaran Sejarah, tetapi ia disebabkan oleh ketidakmampuan mereka mempersembahkan jawapan yang betul dan berkualiti seperti yang dikehendaki oleh soalan.

4.0 Objektif KajianSelepas kajian ini selesai dijalankan, kami akan dapat mencapai objektif berikut:

4.1 Objektif UmumMenghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah yang berkualiti.

4.2 Objektif Khusus Memendekkan tempoh pengajaran dan pembelajaran bagi satu-satu bab mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 dan 5. Menggunakan waktu P&P dengan maksimum.

5.0 Kumpulan SasaranKajian ini melibatkan dua orang guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah di Tingkatan 4 dan semua kelas (berjumlah sembilan buah) Tingkatan 4.

6.0 Pelaksanaan Kajian

6.1 Tinjauan masalahDalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian Buku Rekod Pengajaran Harian Guru Tahun 2010. Tumpuan diberi kepada tingkatan 4 bab 6. Bab ini kami pilih kerana ia merupakan bab yang paling panjang di antara semua bab yang perlu dipelajari oleh pelajar.

6.1.1 Dapatan pemerhatian.Dapatan menunjukkan sejumlah 15 waktu P&P diperlukan untuk menghabiskan bab 6 ini. Hal ini bermakna yang ia mengambil masa sehingga 5 minggu atau lebih sebulan untuk menyiapkannya, dengan jumlah waktu yang diperuntukan untuk mata pelajaran sejarah ialah 3 waktu P&P seminggu seperti dalam jadual di bawah. Lihat juga lampiran I.

Jadual 1 :

BilTarikhWaktu PengajaranTajuk yang diajar

17/6/201028. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGAN8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan sumbangannya a. Zaman Khalifah Al-Rasyidin i. Konsep khalifah ii. Syarat dan cara pemilihan khalifahiii. Sumbangan Khalifah Al-Rasyidin *Tajuk ini tidak dapat diselesaikan. Ia disambung pada kelas akan datang.

29/6/20101iii. Sumbangan Khalifah Al-Rasyidin

314/6/20102b. Kerajaan Bani Umaiyah i. Latar belakangii. Sumbangan *Tajuk ini tidak dapat diselesaikan. Ia disambung pada kelas akan datang.

416/6/20101ii. Sumbangan

521/6/20102c. Kerajaan Bani Abbasiyah i. Latar belakangii. Sumbangan *Tajuk ini tidak dapat diselesaikan. Ia disambung pada kelas akan datang.

623/6/20101ii Sumbangan

728/6/20102d. Kerajaan Turki Uthmaniyah i. Latar belakang ii. Sumbanganiii. Faktor penyebaran Islam ke Eropah *Tajuk ini tidak dapat diselesaikan. Ia disambung pada kelas akan datang.

830/6/20101iii. Faktor penyebaran Islam ke Eropah

95/7/20102e. Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia

i. Cara pertembungan - Perniagaan - Diplomatik- Kebudayaan - Pusat pengajian- Peperanganii. Kesan- Perluasan empayar- Perkembangan intelek- Kesenian dan Kesusasteraan *Tajuk ini tidak dapat diselesaikan. Ia disambung pada kelas akan datang.

107/7/20101ii. Kesan- Perluasan empayar- Perkembangan intelek- Kesenian dan kesusasteraan

Jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran15 waktu

6.2 Tindakan penyelesaian masalah (kajian)Oleh hal yang demikian, bagi mengatasi masalah tersebut kami telah memilih dua kaedah bagi menyelesaikan permasalahan ini. Dua kaedah tersebut ialah menggunakan Bahan Multimedia (bersuara) dan Modul P&P Sejarah tingkatan 4.

Bahan Multimedia (bersuara) dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2008 dan diedarkan ke sekolah-sekolah secara percuma. Antarmuka bahan ini boleh dilihat di lampiran II. Manakala, Modul P&P Sejarah Tingkatan 4, kami hasilkan sendiri, yang berjaya disiapkan sepenuhnya pada bulan Mac 2011 (rujuk lampiran III).

Kami telah menggabungkan kedua-dua kaedah ini dalam P&P Sejarah bab 6 tingkatan 4. Kaedah ini digabungkan kerana kelemahan bahan multimedia (bersuara) ialah ia hanya melibatkan suara dan bahan paparan persembahan berbentuk powerpoint tanpa rujukan bertulis/bercetak. Sementara, Modul P&P Sejarah pula, ia hanya bahan bertulis/bercetak tanpa bahan paparan persembahan yang melibatkan penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT).

6.2.1 Analisis hasil kajianKami telah menjalankan kajian tindakan ini pada bulan Mei 2011, minggu pertama. Hasil kajian menunjukkan yang kami berjaya menyiapkan proses P&P bagi bab 6 sejarah tingkatan 4 hanya dalam tempoh 6 waktu P&P seperti dalam jadual berikut. Lihat juga Lampiran IV.