kajian teks sejarah al-maqqari

36
1 1.0 PENGENALAN Manusia dan peristiwa adalah dua perkara yang amat berkait rapat antara satu sama lain. Oleh itu, sejarah tidak dapat dipisahkan dari rentetan kehidupan manusia masa lampau hinggalah kini. Ia merupakan satu interaksi berterusan yang tiada penghujungnya. Menurut Ibn Khaldun (2002: 9), tarikh atau sejarah adalah disiplin ilmu yang dipelajari secara luas oleh banyak bangsa dan kaum. Sejarah mengandungi penelitian dan usaha mencari kebenaran (tahqiq), penjelasan yang halus tentang sebab dan asal benda, pengertian dan pengetahuan tentang substansi, esensi, dan pengetahuan tentang bagaimana dan sebab terjadinya peristiwa-peristiwa. Kajian teks sejarah Islam adalah memahami dan menafsir sumber- sumber sejarah Islam melalui pembacaan petikan-petikan dari genre utama dalam Bahasa Arab yang ada kaitan dengan sejarah Islam. Penekanan diberikan kepada penulisan dalam bentuk hawliyat, tarajum, siyar, laporan pengembaraan dan penulisan geografi. Oleh itu, kajian teks ini memerlukan analisis teks secara terperinci, mengenali metode penulisan yang digunakan dan sebagainya. Oleh itu, dalam penulisan ini penulis menafsirkan teks sejarah yang diambil dari kitab Nafh al-Tib min Ghusn al-Andalus al-Ratib wa Dhikr Waziriha Lisan al-Din Ibn al-Khatib oleh al-Maqqar i dan dibandingkan dengan teks lain dari kitab Tarikh Iftitah al-Andalus oleh Ibn Qutiyya. Selain itu, penulis menjelaskan metode penulisan yang digunakan dalam buku ini. Di samping itu, penjelasan mengenai bibliografi kitab Nafh al-Tib dan Kitab Tarikh Iftitah al-Andalus turut diceritakan. Teks yang dipilih dari kitab Nafh al-Tib ialah mengenai sejarah penaklukan Islam di al-Andalus.

Upload: cik-nurul-atiqah

Post on 12-Aug-2015

103 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Mengenai Sejarawan al-Maqqari

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

1

1.0 PENGENALAN

Manusia dan peristiwa adalah dua perkara yang amat berkait rapat antara satu sama lain.

Oleh itu, sejarah tidak dapat dipisahkan dari rentetan kehidupan manusia masa lampau

hinggalah kini. Ia merupakan satu interaksi berterusan yang tiada penghujungnya. Menurut

Ibn Khaldun (2002: 9), tarikh atau sejarah adalah disiplin ilmu yang dipelajari secara luas

oleh banyak bangsa dan kaum. Sejarah mengandungi penelitian dan usaha mencari

kebenaran (tahqiq), penjelasan yang halus tentang sebab dan asal benda, pengertian dan

pengetahuan tentang substansi, esensi, dan pengetahuan tentang bagaimana dan sebab

terjadinya peristiwa-peristiwa.

Kajian teks sejarah Islam adalah memahami dan menafsir sumber-sumber sejarah

Islam melalui pembacaan petikan-petikan dari genre utama dalam Bahasa Arab yang ada

kaitan dengan sejarah Islam. Penekanan diberikan kepada penulisan dalam bentuk hawliyat,

tarajum, siyar, laporan pengembaraan dan penulisan geografi. Oleh itu, kajian teks ini

memerlukan analisis teks secara terperinci, mengenali metode penulisan yang digunakan

dan sebagainya.

Oleh itu, dalam penulisan ini penulis menafsirkan teks sejarah yang diambil dari

kitab Nafh al-Tib min Ghusn al-Andalus al-Ratib wa Dhikr Waziriha Lisan al-Din Ibn al-

Khatib oleh al-Maqqari dan dibandingkan dengan teks lain dari kitab Tarikh Iftitah al-

Andalus oleh Ibn Qutiyya. Selain itu, penulis menjelaskan metode penulisan yang

digunakan dalam buku ini. Di samping itu, penjelasan mengenai bibliografi kitab Nafh al-

Tib dan Kitab Tarikh Iftitah al-Andalus turut diceritakan. Teks yang dipilih dari kitab Nafh

al-Tib ialah mengenai sejarah penaklukan Islam di al-Andalus.

Page 2: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

2

2.0 RIWAYAT HIDUP AL-MAQQARI

Al-Maqqari merupakan sejarawan Islam dari Tilimsan yang terkenal sebagai ahli sejarah

dan berasal dari Maqqara, iaitu nama tempat di wilayah Tilimsan. Beliau lahir dari kalangan

keluarga ulama, dan berpelajaran tinggi. Buktinya ialah, antara guru yang turut

menyampaikan pendidikan kepada beliau ialah bapa saudaranya, iaitu Abu ‘Uthman Sa‘id.

Shihab al-Din Abu al-‘Abbas atau lebih dikenali dengan panggilan al-Maqqari ini

berketurunan Arab dan telah mendapat pendidikan di Fas dan Marrakesh. Beliau telah

berkecimpung dalam bidang sastera sehingga berhijrah ke beberapa negara yang lain untuk

menuntut ilmu di samping membuat kajian terhadap negara yang dilawatinya.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai rujukan seperti Mawsu‘ah

al-‘Arabiyyah al-Muyassarah (1965), Islamic Desk Reference (1994), Ensiklopedia Islam

Safir (2000), jelas menyatakan bahawa al-Maqqari merupakan seorang tokoh yang

mempunyai latar belakang yang hebat. Beliau banyak mengkaji mengenai sejarah dan

kebudayaan al-Andalus. Selain daripada karya beliau yang berjudul Nafh al-Tib min Ghusn

al-Andalus al-Ratib wa Dhikr Waziriha Lisan al-Din Ibn al-Khatib, terdapat juga karyanya

yang lain seperti Azhar al-Riyad fi Akhbar al-Qadi ‘Iyad.

Nama sebenar al-Maqqari ialah Shihab al-Din Abu al-‘Abbas, al-Shaykh Ahmad b.

Muhammad b. Ahmad b. Yahya ‘Abd al-Rahman b. Abu al-‘Aysh b. Muhammad b.

Muhammad b. Ahmad b. Abi Bakr b. Yahya b. ‘Abd Rahman b. Abi Bakr b. ‘Ali (‘Abd

al-Karim t.th.: 102). Menurut al-Zirikli (1969, 1:237) nama sebenar al-Maqqari ialah

Ahmad b. Muhammad b. Ahmad b. Yahya, Abu al-‘Abbas al-Maqqari al-Tilimsani.

Beliau dilahirkan pada tahun 368H/1578M di Tilimsan, Maghribi dan dikenali dengan

panggilan al-Maqqari yang diambil daripada wilayah asalnya, iaitu Maqqara. Semasa

hayatnya, beliau telah berhijrah ke Marrakesh serta Fas dan beliau telah dilantik menjadi

imam dan mufti antara tahun 1022H/1613M-1027H/1617M (Mahayudin 1986, 3:757).

Page 3: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

3

Pada tahun 1028H/1618M, beliau telah pergi ke Qahirah dan berhijrah beberapa kali

ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji. Di Makkah, beliau sempat mengajar ilmu Hadith.

Seterusnya, al-Maqqari telah berhijrah ke Palestin dan Dimashq dengan tujuan yang sama,

iaitu menyampaikan ilmu Hadith. Akhirnya, beliau telah kembali ke Qahirah dan meninggal

dunia di sana pada bulan Jumada al-Akhir 1041H/1632M (Mahayudin 1986, 3:757).

2.1 LATAR BELAKANG KELUARGA

Keluarga al-Maqqari berasal daripada keturunan Arab asli, tetapi wujud percanggahan

pendapat mengenai nasab beliau, sama ada dari kabilah Quraysh atau dari kabilah-kabilah

Arab lain. Menurut pandangan tersebut, tiada sebarang penghijrahan keluarga al-Maqqari

dari Semenanjung Arab ke al-Maghrib dan berpindah ke wilayah Burhah, Maqrah.

Pada abad ke-6H/12M, beliau telah menggantikan datuknya, ‘Abd al-Rahman al-

Maqqari yang merupakan pemuisi di Tilimsan serta bersahabat dengan Shaykh al-Sayyid

Abu Madyan al-‘Aws (dalam al-Maqqari 1946, 3:45). Al-Maqqari telah mengambil

pengajaran dan petunjuk untuk dijadikan panduan seterusnya kekal kepada anak-anaknya.

Keturunan ‘Abd al-Rahman kebanyakannya sibuk menjalankan aktiviti perniagaan yang

merentasi padang pasir. Keuntungan daripada hasil perniagaan mereka telah berkembang

serta menjadikan mereka keluarga yang terkenal dengan kekayaan daripada hasil dagangan.

2.1.1 Bapa al-Maqqari

Tiada keterangan terperinci berkaitan dengan nama bapa al-Maqqari melainkan nama

bapanya dirujuk kepada tiga pendapat yang dikemukakan. Pendapat-pendapat ini turut

menyatakan nama pengarang serta sumber kitab yang menyatakan keterangan mengenai

nama bapa Al-Maqqari bagi memudahkan kepada para pengkaji membuat rujukan secara

ilmiah. Antaranya ialah:

Page 4: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

4

1. Pendapat pertama dirujuk kepada Kitab al-Bustan sebagaimana yang diterjemahkan

oleh Sayyidi Hadush b. Tirat al-‘Abd al-Wadi yang berpendapat bahawa nama

sebenar bapa al-Maqqari ialah Abu ‘Abd Allah. Bukti ini dirujuk kepada tarikh

kematian serta nama yang terdapat di makam tersebut.

2. Pendapat kedua telah dikemukakan oleh Muhammad al-Wajdi al-Ghumad bahawa

nama bapa al-Maqqari Abu ‘Abd Allah al-Maqqari terdapat di kawasan perkuburan

al-Mujawirin. Keterangan melalui bukti yang menyatakan nama pada makam

tersebut ialah Abu ‘Abd Allah.

3. Perbahasan tentang gambaran kubur yang terdapat seperti nama berikut (Abu ‘Abd

Allah Muhammad b. al-‘Alim al-Sayyid Muhammad al-Maqqari telah meninggal

dunia pada akhir Jumada al-Awwal, tahun 422H/1632 M).

2.1.2 Ibu al-Maqqari

Nama ibu al-Maqqari tidak dapat diketahui secara umum, tetapi tempoh masa kewafatannya

pada tahun 1038H sahaja yang hanya dinyatakan dalam kitab Masadir fi al-Andalus

karangan al-Muhami. Bagaimanapun, bukti melalui surat yang diutuskan kepada al-Maqqari

semasa beliau berada di Mesir seperti:

1. Perutusan ‘Abd al-Rahman al-‘Umadi (Mufti Dimashq).

2. Perutusan Shaykh Yahya al-Muhasini.

3. Perutusan al-Mawla Ahmad al-Shahini.

2.1.3 Isteri al-Maqqari

Al-Maqqari telah mendirikan rumah tangga dengan dua orang wanita. Beliau telah

berkahwin dengan seorang wanita yang berbangsa Maghribi, iaitu pada Ramadan

1027H/September 1618M. Beliau telah meninggalkan isteri dan anaknya di bawah

tanggungan keluarga iparnya. Hal ini disebabkan kesukaran beliau untuk pulang ke al-

Maghrib atas perintah amir pada ketika itu. Al-Maqqari telah berkahwin kali kedua dengan

Page 5: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

5

seorang wanita yang berasal dari Mesir ketika beliau berhijrah ke Qahirah pada tahun

1568H.

2.2 MAKAM KELUARGA AL-MAQQARI

Keluarga al-Maqqari telah dimakamkan di dua tempat tanah perkuburan. Antara tempat

tersebut ialah di tempat kediaman mereka, iaitu di (al-Bustan) yang berhampiran dengan

rumah keluarga al-Maqqari. Perkara ini dibuktikan apabila ‘Abd Allah Muhammad al-

Maqqari al-Kabir yang meninggal dunia pada tahun 759H (1359M) di Fas, telah

dimakamkan di al-Bustan. Abu al-‘Abbas al-Maqqari berkata: “Sesungguhnya datuk beliau

telah meninggal dunia pada hari Rabu, 29 Jumada al-Awwal pada tahun 759H di Fas”.

Antara pendapat lain ialah tempat kediaman, termasuk makam Qadi al-‘Iyad yang

berhampiran dengan Sa‘id Abu Madyan dengan keterangan daripada Ahmad al-Mu’marin

Isbaniyyin.

2.3 PENDIDIKAN

Sejarah pendidikan telah wujud sejak kewujudan manusia, namun bentuk dan corak sistem

pendidikan berbeza mengikut masa, tempat dan adat sesebuah masyarakat yang berbeza.

Begitu juga dengan al-Maqqari yang mendapat pendidikan awal daripada bapa saudara

beliau, iaitu Abu ‘Uthman Sa‘id b. Ahmad al-Maqqari, iaitu mufti di Tilimsan (‘Abd al-

Karim t.th.: 266).

Pendidikan yang diberikan oleh bapa saudaranya ini banyak memberi kesan terhadap

pembentukan jiwa, fizikal dan mental al-Maqqari. Antara ahli keluarga beliau yang turut

tergolong dalam kalangan ahli ulama ialah moyangnya, Muhammad b. Muhammad al-

Maqqari ialah qadi besar di Fas serta menjadi guru kepada Lisan al-Din Ibn al-Khatib,

seorang tokoh yang pakar dalam penulisan ensiklopedia di Granada (al-Maqqari 1968,

6:105).

Page 6: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

6

Suasana keilmuan ini telah memberi kesan dalam pembinaan sahsiah dan

meletakkan taraf beliau yang begitu hebat khususnya dalam bidang penulisan sejarah dan

catatan biografi. Beliau juga turut dilantik menjadi imam besar dan mufti di Marrakesh dan

Fas kerana beliau berkelayakan dalam penguasaan ilmu yang lain. Proses pendidikan al-

Maqqari telah bermula sejak zaman kanak-kanak hingga beliau meningkat dewasa.

Al-Maqqari telah diajar sejak kecil bahawa kepentingan ilmu yang membolehkan

manusia mengumpulkan segala pengalaman yang diperolehi dalam kehidupan mereka serta

disampaikan kepada generasi baru. Aspek ini turut digunakan oleh al-Maqqari dalam bidang

penulisan kitab beliau yang terkenal, iaitu Nafh al-Tib min Ghusn al-Andalus al-Ratib (al-

Maqqari 1968, 5:115).

2.4 GURU DAN MURID

Al-Maqqari mempunyai guru yang ramai, iaitu di wilayah Tilimsan, al-Maghrib al-Aqsa,

Fas. Antara guru al-Maqqari yang terkenal di Tilimsan ialah seperti bapa saudaranya, Abu

Uthman Sa‘id al-Maqqari. Antara gurunya di al-Maghrib al-Aqsa ialah Abu al-Hasan ‘Ali

b. ‘Abd al-Rahman b. Ahmad b. ‘Imran al-Salasi. Beliau merupakan seorang qadi di Fas

dan telah meninggal dunia pada tahun 1209M. Selain itu, terdapat juga guru yang mengajar

al-Maqqari semasa beliau berada di al-Maghrib al-Aqsa, iaitu Abu al-Qasim b.

Muhammad b. Abu al-Qasim b. Muhammad Abu Na‘im al-Ghasani, Abu ‘Abd Allah

Muhammad b. Qasim b. ‘Ali al-Qisi dan Abu al-‘Abbas Ahmad b. Muhammad b. Abu

al-‘Afiyah al-Maknasi, meninggal dunia pada tahun 1616M dan lebih dikenali sebagai Ibn

al-Qadi (‘Abd al-Karim t.th.: 259).

Al-Maqqari juga mempunyai anak murid yang terkenal, antaranya ialah seperti Abu

al-Hasan ‘Ali b. ‘Abd al-Wahid b. Muhammad b. Abi Bakr al-Ansari al-Sijilmasi. Beliau

meninggal dunia disebabkan penyakit taun pada tahun 1054H/1645M dan sebelumnya telah

menuntut ilmu dengan al-Maqqari semasa di Fas (al-Maqqari 1968, 3:168). Antara anak

muridnya yang lain ialah Abu ‘Abd Allah Muhammad b. Ahmad Miyarah, Abu al-‘Abbas

Ahmad b. Shahin al-Qubrisi, Abu al-Qasim b. Muhammad al-Ghasani (qadi Fas), Abu

‘Abd Allah Muhammad b. Abi Bakr al-Dila’i. ‘Abd al-Baqi al-Hanbali, ‘Ali b. ‘Abd al-

Page 7: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

7

Wahid b. Muhammad b. Abi Bakr al-Ansari, Ibrahim b. Muhammad al-Akrimi dan Abu

al-Qasim Muhammad b. Jamal al-Din b. Khalaf al-Misrati (‘Abd al-Karim t.th.: 270).

2.5 PENGEMBARAAN AL-MAQQARI

Pengembaraan mengikut kamus dewan bermaksud mengelilingi atau berjalan yang

bertujuan untuk meneroka atau mengkaji di sesebuah kawasan atau daerah (Kamus Dewan

1990: 485). Manakala penerokaan bermaksud menyelidik (untuk mengetahui sesuatu yang

baru), menjelajah, menjalani, menempuh, mengharungi (Kamus Dewan 1990: 135). Dalam

konteks sejarah, manusia berkeinginan untuk menjelajah ke sesuatu kawasan bertujuan

untuk mengetahui serta mendalami pengetahuan yang sedia ada. Sejak zaman pra sejarah

lagi, manusia mencari kawasan baru apabila menghadapi masalah dari segi kekurangan

bahan makanan, khususnya ketika berlaku perubahan cuaca dan diancam oleh kumpulan

lain. Perubahan waktu ini banyak memberi kesan sampingan kepada kawasan yang didiami

oleh penduduk melalui penerokaan seperti ini (Henry 1988, 3:150). Walau bagaimanapun,

penerokaan ini amat berbeza dengan pengembaraan kerana aspek penerokaan mempunyai

kesan yang penting untuk membuat penemuan baru seterusnya menakluki kawasan baru,

berdagang dan menyebarkan agama (Hanbury 1993: 124).

Berdasarkan penghayatan daripada bidang keilmuwan ini, kitab al-Rihlah ila al-

Maqhrib wa al-Mashriq telah mencatatkan pengaruh al-Maqqari yang telah direncanakan

oleh orientalis barat, iaitu George Perancis. Kitab ini telah dibahaskan pada tahun 1993 yang

menerangkan penjelasan daripada pengembaraan al-Maqqari ke beberapa wilayah lain.

Kitab ini juga menerangkan tentang sejarah awal pengembaraan al-Maqqari yang

keseluruhannya bermotifkan kepada menuntut ilmu pengetahuan. Beliau telah menemui

ajalnya pada tahun 1041H/1632M dan mempunyai pengalaman sepanjang penghijrahannya

ke pelbagai negara Islam, yang memberi tumpuan kepada tamadun Islam di al-Andalus

(‘Abd al-Qadir 1965: 45).

Page 8: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

8

Terdapat banyak faktor yang berkaitan dengan aktiviti pengembaraan al-Maqqari

dalam mengkaji persekitaran mereka. Antaranya adalah untuk mengetahui serta mendalami

aspek politik, ekonomi, sosial dan agama. Kajian ini juga turut membuktikan al-Maqqari

berasal daripada keturunan yang mementingkan aspek intelektual dan terkenal di desa

Maqqara. Selain itu, beliau turut berhijrah dengan matlamat untuk mengkaji tamadun Islam

di al-Andalus. Pengembaraan yang dilakukan oleh al-Maqqari ini memberi sumbangan

kepada para pengkaji tamadun Islam di al-Andalus.

Al-Maqqari telah mengembara ke al-Maghrib dan beliau ialah antara tokoh yang

mendapat pendidikan di Tilimsan, Fas dan Marrakesh, Mesir dan Hijaz. Antara faktor

pengembaraan beliau adalah untuk menuntut ilmu pengetahuan daripada para ulama yang

mahir dalam bidang keilmuan (‘Abd al-Qadir 1965: 43). Al-Maqqari telah mendapat

dorongan daripada para ulama yang sezaman dengannya serta mendalami pelbagai ilmu,

iaitu usul fiqh, ilmu Hadith, ilmu-ilmu al-Qur’an, ilmu bahasa Arab serta memberi kesan

yang baik di samping mendapat penghayatan dan pemahaman daripada mereka.

2.5.1 Faktor-faktor pengembaraan

Pengembaraan al-Maqqari ke beberapa buah negara telah dicatat dalam beberapa karya

sepertimana tahun kelahiran beliau. Al-Maqqari telah mengembara ke al-Maghrib dan

pengembaraan seterusnya ke al-Mashriq. Bukti pengembaraan al-Maqqari ini telah

dijelaskan di dalam kitabnya, Rawdat al- As dan dijadikan sebagai bab pertama dalam kitab

ini (al-Maqqari 1964, 1:127).

Sebahagian daripada faktor pengembaraan al-Maqqari turut dijelaskan oleh penulis

lain yang menerangkan tentang kemajuan yang dicapai khususnya di Afrika Utara.

Pengembaraan ini sedikit sebanyak telah mengajar al-Maqqari tentang hidup berdikari di

tempat asing dan menanam rasa kerinduan terhadap tanah airnya, iaitu Tilimsan. Antara

faktor mengenai pengembaraan al-Maqqari ke al-Maghrib al-Aqsa ialah menziarahi pusara

wali-wali dan ulama. Semasa hayatnya, al-Maqqari kerap menziarahi makam seorang wali,

iaitu Abu al-‘Abbas Ahmad b. Ja‘far al-Sabti al-Khazraji (al-Maqqari 1964, 1:127).

Page 9: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

9

Masyarakat Islam di al-Maghrib al-Aqsa turut menziarahi makam tersebut. Budaya

ini telah memberi kesan yang jelas kepada al-Maqqari dan tertarik hati dengan kebaikan

masyarakat Islam di sana yang menghormati para ulama sekalipun sudah meninggal dunia.

Selain itu, al-Maqqari turut menziarahi makam Darih al-Mahdi bi Allah al-Sa‘di kerana

kemuliaannya di sisi Allah (s.w.t.) (al-Maqqari 1964: 153). Berdasarkan faktor

pengembaraan al-Maqqari ini, jelas menunjukkan faktor pengembaraan beliau ialah

menziarahi makam wali-wali dan para salihin. Malah, faktor ini turut dicatatkan dalam

penulisan al-Maqqari yang mempunyai keistimewaan khususnya kepada tamadun Islam.

Penulis berpendapat bahawa aktiviti pengembaraan yang dilakukan oleh al-Maqqari

ke setiap wilayah banyak memberi tumpuan kepada aspek geografi dan pengembaraan ini

menjelaskan fakta yang mengagumkan. Bukti ini dikuatkan lagi dengan menjelaskan

bahawa al-Maqqari bukanlah sejarawan yang pernah mengembara ke al-Andalus tetapi

beliau mampu untuk menghasilkan karya mengenai al-Andalus dengan tepat. Manakala,

ketika al-Maqqari berusia 23 tahun, beliau telah ke Fas dan Marrakesh di al-Maghrib, iaitu

pada tahun 1009H. Beliau telah bertemu dengan beberapa orang cendekiawan antaranya

seperti Ahmad ibn Baba yang menganugerahkan kepada al-Maqqari untuk mengajar

bidang Hadith melalui kitab al-Muwatta’, Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim dan kitab

sejarah (al-Shifa’) karangan Qadi ‘Iyad.

Berkemungkinan juga, pada ketika ini ialah beliau telah berguru secara khusus

dengan Muhammad ibn Abi Bakr untuk mempelajari kitab al-Dhawiyah al-Dila’iyyah.

Beliau telah menetap di Fas dan dilantik sebagai imam dan mufti antara tahun 1022H-

1027H. Pada ketika itu, al-Maqqari sudah mula mengarang kitab Azhar al-Riyad

malangnya beliau telah dituduh menyebelahi pihak musuh (al-Maqqari 1964, 1:134). Al-

Maqqari telah menjejakkan kaki buat kali pertama ke Fas pada 4 Safar 1009H/1600M (al-

Maqqari 1964, 3:114). Beliau telah berjumpa dengan Qadi ‘Abd al-Wahhab al-Hamidi.

Pada hari yang sama, al-Maqqari telah berjumpa dengan masyarakat yang tinggal di sekitar

Fas dan mereka telah menuntut ilmu dengan Abu al-Hasan ‘Ali ibn ‘Imran al-Salasi (al-

Maqqari 1968, 1:137).

Page 10: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

10

Al-Maqqari turut membincangkan masalah fiqh yang dibahaskan oleh Abu al-Hasan

‘Ali ibn ‘Imran al-Salasi serta membetulkan perbahasan tersebut. Keadaan ini jelas

membuktikan al-Maqqari telah mendapat pengiktirafan daripada shaykh tersebut. Malahan

al-Maqqari bersungguh-sungguh dalam menuntut pelbagai bidang ilmu dengan para ulama

di Fas. Selepas beliau kembali dari Tilimsan, anak murid al-Maqqari telah meraikannya

dalam satu majlis sebagai tanda penghargaan kepada beliau kerana telah kembali ke tanah

air selepas menuntut ilmu di Fas. Al-Maqqari telah menetap di Fas selama enam bulan dan

memperoleh banyak pengalaman, pandangan, faedah daripada menuntut ilmu seterusnya

memberi manfaat terhadap diri beliau (Al-Maqqari 1968, 1:142).

Pengembaraan al-Maqqari ke al-Maghrib al-Aqsa ini telah membuktikan al-

Maqqari merupakan seorang tokoh yang giat mengembara untuk mengkaji peradaban Islam,

khususnya di al-Andalus. Keadaan ini penting untuk menjadikan al-Maqqari setanding

dengan kehebatan tokoh-tokoh yang lain, kerana bukti yang dihasilkan oleh pengkaji

dirujuk kepada karya-karya al-Maqqari, sama ada melalui hasil nukilan beliau dalam bidang

sejarah, prosa, bait syair dan surat-surat yang dihantar kepada qadi atau amir sebelum

pengembaraan yang beliau lakukan.

2.6 KEMATIAN

Setiap tokoh yang telah meninggal dunia haruslah dikaji dari sudut masa atau zaman

kematiannya, tempat serta sebab-sebab kematian, begitu juga dengan al-Maqqari. Tahun

kelahiran dan kematian al-Maqqari tidak dapat ditentukan dengan satu pendapat sahaja.

Tetapi banyak kenyataan yang mengatakan al-Maqqari meninggal dunia pada tahun

1041H/1631M. Antara pendapat yang menyokong pendapat ini ialah daripada anak murid

al-Maqqari.

Page 11: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

11

Pendapat yang dikemukakan oleh ‘Abd al-Baqi al-Hanbali yang menyatakan

bahawa penghormatan telah diberikan ketika al-Maqqari meninggal dunia di Mesir serta

dikebumikan di tanah perkuburan al-Mujawirin pada tahun 1041H (al-Katani 1346H, 2:13).

Pendapat kedua dijelaskan oleh Muhammad b. Ahmad al-Miyarah yang mencatatkan

bahawa sejarah kematian al-Maqqari, iaitu di Sham. Beliau menyatakan di dalam rangkap

puisi (al-Miyarah 1306H, 1:41-42):

وجامع أشتات العلوم بأشرها وذا أحمد المقري )شام( لمنزل

3.0 SUMBANGAN AL-MAQQARI

Al-Maqqari merupakan seorang tokoh sejarawan Tilimsan terkemuka dalam kalangan

masyarakat di tanah airnya mahupun di negara lain. Beliau telah memberi sumbangan yang

banyak, khususnya dalam bidang penulisan karya yang bermutu tinggi. Al-Maqqari banyak

menyumbangkan dalam bidang ilmu pengetahuan dan sejarah yang merangkumi aspek

tamadun, kesusasteraan, prosa serta kegiatan beliau dalam pengembaraan untuk menimba

ilmu pengetahuan, khususnya dalam bidang al-Andalus.

Al-Maqqari tidak hanya tertumpu kepada bidang penulisan sejarah sahaja, bahkan

beliau turut menulis karya dalam bidang prosa dan tasawwuf. Penghasilan karya-karya

beliau yang terkenal jelas menggambarkan keupayaan beliau dalam bidang penulisan,

keluasan ilmu pengetahuan dan ketinggian gaya bahasa. Oleh yang demikian, bab ini akan

menjelaskan kitab-kitab yang dihasilkan oleh al-Maqqari dalam beberapa bidang

pengkhususan ilmu. Beliau telah meninggalkan warisan yang amat tinggi nilainya kepada

masyarakat, khususnya warisan karya-karya beliau dalam pelbagai bidang ilmu. Antara

kitab tersebut ialah:

Page 12: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

12

a. Bidang Sejarah

1. Kitab Rawdat al-As al-‘Athirah al-Anfas. Kitab ini merupakan karya pertama yang

dihasilkan oleh al-Maqqari ialah yang menerangkan tentang dua buah kerajaan, iaitu

Marrakesh dan Fas. Kitab ini diterbitkan sekitar tahun 1602M hingga 1604M

seterusnya banyak menjelaskan tentang penterjemahan dan kesusasteraan. Al-

Maqqari telah menulis kitab ini selepas berjumpa dengan Sultan al-Maghrib yang

memerintah pada ketika itu, iaitu Sultan al-Mansur al-Sa‘di. Selain itu, al-Maqqari

turut bertemu dengan sarjana di Fas dan Marrakesh untuk mengetahui keadaan dan

bentuk sebenar dua buah kerajaan ini khususnya dari aspek intelektual dan geografi

agar kajian yang ditulis dalam kitab Rawdat al-As al-‘Athirah al-Anfas ini

bertepatan dengan fakta yang diperolehi. Fakta-fakta ini turut dibantu dalam usaha

pengumpulannya oleh 39 ulama dan sejarawan yang berkumpul di al-Maghrib al-

Aqsa semasa pengembaraan mereka yang pertama. Akhirnya kitab ini dihadiahkan

kepada Sultan Ahmad al-Mansur, iaitu pemerintah al-Maghrib pada waktu itu. Al-

Maqqari telah mula menulis kitab di Fas selepas kembali dari Tilimsan pada tahun

1602M. Kitab ini diletakkan di perpustakaan Arab selepas berjaya dikarang dalam

350 halaman. Terdapat juga manuskrip yang diterbitkan sekitar tahun 1960M di al-

Maghrib al-Aqsa dan turut dipersetujui tentang penerbitannya oleh ‘Abd al-

Wahhab ibn Mansur.

2. Kitab Azhar al-Riyad fi al-Akhbar al-Qadi ‘Iyad. Al-Maqqari telah menghasilkan

karyanya yang kedua ini serta telah diterbitkan pada tahun 1013H/1603M yang

menjelaskan tentang sejarah dan penterjemahan karya. Kitab ini juga menjelaskan

tentang Qadi ‘Iyad yang mementingkan aspek sosial dan mempunyai kaitan dengan

al-Andalus dan al-Maghrib al-Aqsa. Antara manuskrip yang turut dihasilkan ialah

khazanah umum yang diterbitkan di al-Maktabah al-Misr.

3. Seterusnya, al-Maqqari menerbitkan kitab al-Nafahat al-‘Anburiyyah fi Wasfi

Na‘ali Khayr al-Bariyyah pada 18 Mac 1621 di Kaherah, iaitu pada hari Jumaat 24

Jumada al-Akhir. Antara kitab lain ialah Fath al-Mut‘al fi wasfi al-Nu‘al. Kitab ini

banyak menjelaskan tentang prosa, syair serta sejarah para nabi. Al-Maqqari telah

menulis kitab ini pada hari Selasa, Ramadan 1033H/1624M).

Page 13: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

13

4. Kitab Khilasat Fath al-Mut‘al wa al-Nafahat al-‘Anburiyyah

5. Kitab Azhar al-Kimamah fi al-Akhbar al-‘Imamah

6. Kitab Zubdat Azhar al-Kimamah

7. Kitab Ida’at al-Dajnah fi ‘Aqa’id Ahl al-Sunnah

8. Kitab Ithaf al-Mughram al-Mughra bi Takmil Sharh al-Sughra

9. Kitab Tarikh al-Andalus

4.0 KEDUDUKAN AL-MAQQARI DALAM KALANGAN ULAMA

Ketokohan al-Maqqari bukan sahaja dilihat dalam bidang penulisan, malahan setiap bidang

yang diceburi oleh beliau menjelaskan al-Maqqari merupakan seorang tokoh yang hebat,

khususnya dalam bidang intelektual seperti sejarah, tafsir, Hadith, fiqh, tauhid dan

tasawwuf. Dalam bidang kesusasteraan, al-Maqqari lebih memberi perhatian khusus kepada

bidang prosa, syair dan mementingkan sebutan yang baik dalam syair tesebut. Manakala,

dalam bidang prosa pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu ilmu dan kesenian prosa (‘Abd al-

Karim t.th.:305). Bidang intelektual yang dikuasai oleh al-Maqqari ini, mendapat

penghormatan daripada golongan sarjana dan ulama di Tilimsan, al-Maghrib al-Aqsa,

Mesir dan di kalangan ulama di Sham.

Ulama di Tilimsan berpendapat bahawa al-Maqqari merupakan seorang yang

agung, mulia dan disayangi oleh masyarakat, khususnya di tanah kelahiran beliau, iaitu di

Tilimsan. Sifat- sifat ini juga lebih terdorong kepada sifat luaran yang dilihat oleh

masyarakat sekeliling. Beliau telah dikenali dengan gelaran Abu al-‘Abbas dalam penulisan

kitab Azhar al-Riyad fi al-Akhbar al-Qadi ‘Iyad. Sahabat beliau, iaitu Muhammad al-

Wajdi telah mengutus surat kepada al-Maqqari yang menetap di Tilimsan pada ketika itu

dengan bertujuan untuk mengajak semula al-Maqqari kembali ke Fas selepas pengembaraan

beliau yang pertama. Penduduk di Tilimsan amat gembira selepas al-Maqqari pulang

Page 14: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

14

semula ke tanah air setelah beliau bergelar sebagai ilmuwan yang mempunyai ilmu yang

tinggi, khususnya dalam ilmu kesusateraan. Aspek ini mampu untuk memberi tunjuk ajar

kepada golongan muda sebagai pelapis dalam bidang intelektual. Penduduk di Tilimsan

telah meminta al-Maqqari untuk menulis tentang buku pengembaraan beliau serta

memuatkan dalam kandungan kitab tersebut tentang ilmu pengetahuan yang diperoleh

semasa aktiviti pengembaraan kali pertama itu (‘Abd al-Karim t.th: 312). Para ulama di

Tilimsan sangat berbangga dengan kelebihan yang dimiliki oleh al-Maqqari sehingga beliau

terkenal sebagai seorang sejarawan.

Kedudukan al-Maqqari dalam kalangan ulama al-Maghrib al-Aqsa sangat

dipandang tinggi oleh masyarakat serta dianggap sebagai seorang sarjana yang menguasai

pelbagai bidang. Bukti ini disokong oleh Shaykh Abu al-‘Abbas Ahmad Baba al-Tunbukti

al-Sudani. Beliau menyatakan al-Maqqari sebagai seorang yang hafiz, alim, luas

pengetahuannya, tutur kata yang baik (‘Abd al-Karim t.th:317).

Berdasarkan pendapat ulama di Mesir, al-Maqqari dikategorikan sebagai seorang

sasterawan yang terulung dan sejarawan yang unggul dalam mengkaji ilmu ketamadunan

Islam serta menyampaikan periwayatan Hadith semasa beliau menunaikan haji di Makkah

al-Mukarramah. Selain itu juga, beliau turut dikenali sebagai ahl al-‘ilm kerana sering

menghadiri majlis keilmuwan dan beliau tidak sukar untuk menjalani kehidupan sosial

bersama masyarakat yang lain.

Manakala ulama di Sham berpendapat kedudukan al-Maqqari ini lebih tertumpu

kepada kesusasteraan, kesenian dan tamadun Islam. Beliau juga dianggap sebagai tokoh

yang mahir dalam bidang penulisan sejarah. Buktinya, usaha al-Maqqari sering dikaitkan

dengan pengaruh beliau dalam kalangan masyarakat di al-Maghrib al-Awsat dan al-

Maghrib al-Aqsa. Ulama Sham turut merujuk kitab Nafh al-Tib min Ghusn al-Andalus al-

Ratib wa Dhikr Waziruha Lisan al-Din Ibn al-Khatib. Keadaan ini jelas menunjukkan al-

Maqqari terkenal sebagai seorang tokoh yang terkenal, khususnya dalam bidang penulisan

sejarah (‘Abd al-Karim t.th:323).

Page 15: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

15

5.0 KITAB NAFH AL-TIB MIN GHUSN AL-ANDALUS AL-RATIB WA DHIKR

WAZIRIHA LISAN AL-DIN IBN AL-KHATIB

Kitab Nafh al-Tib min Ghusn al-Andalus al-Ratib wa Dhikr Waziriha Lisan al-Din Ibn al-

Khatib. Kitab ini menjelaskan tentang sejarah dan kesusasteraan Islam di al-Andalus.

Kandungan bab sejarah yang terdapat dalam kitab ini menerangkan tentang geografi di al-

Andalus, penaklukan Islam di al-Andalus, sejarah kerajaan Banu Umayyah dan Muluk al-

Tawa’if. Kitab ini telah dicetak di Bulaq pada tahun 1279M, Kaherah (1302M dan 1304M)

serta di Leiden (1855M hingga 1861M). Kitab ini merupakan karya yang terakhir sebelum

beliau meninggal dunia dan merupakan antara sumber muktabar yang membincangkan

tentang al-Andalus.

Kitab ini merupakan sumber rujukan dalam kajian sejarah, sastera dan geografi al-

Andalus. Al-Maqqari telah menjelaskan bahawa penulisan kitab ini merupakan permintaan

daripada al-Shahini di Dimashq. Al-Maqqari turut berkeyakinan dan beliau menyatakan

akan menjawab segala kebenaran dan memenuhi setiap kesalahan itu dengan kebenaran. Al-

Maqqari telah memperluaskan skop perbincangan dalam karangannya merangkumi al-

Andalus, sastera dan sejarah, seterusnya menukar tajuk kitab tersebut kepada Nafh al-Tib

min Ghusn al-Andalus al-Ratib wa Dhikr Waziriha Lisan al-Din Ibn al-Khatib (al-

Maqqari 1969, 3:211). Pada asalnya buku ini dinamakan sebagai ‘Arfu al-Tib fi al-Ta‘rif bil

Waziri Ibn al-Khatib akan tetapi beliau telah menyambung dengan akhbar al-Andalus dan

dinamakan Nafh al-Tib min Ghusn al-Andalus al-Ratib wa Dhikr Waziriha Lisan al-Din

Ibn al-Khatib.

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pertama, menjelaskan tentang al-

Andalus dari segi aspek bandar, penduduk, gambaran iklim, daerah, mengenal pasti wilayah

pertama yang dihuni oleh mereka serta menggambarkan penduduk al-Andalus yang

mencintai ilmu pengetahuan. Antara bidang ilmu yang dikuasai oleh mereka merangkumi

ilmu sastera, kemasyarakatan, sosial dan pencapaian yang dicapai dalam bidang kesenian

dan ilmu sains. Bahagian pertama buku ini mengandungi empat bab, antara tajuk besar bab

ini ialah geografi al-Andalus, penaklukan Islam di al-Andalus, kerajaan Banu Umayyah di

al-Andalus, definisi sebahagian sesiapa yang mengembara dari al-Andalus ke negara

sebelah timur dan lain-lain. Manakala bahagian kedua turut mempunyai lapan bab dan

Page 16: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

16

menjelaskan tentang wazir Ibn al-Khatib (al-Muhami 1969: 211). Al-Maqqari telah

mengadaptasi dalam bukunya dengan merujuk sumber-sumber sebelumnya yang terhad

seperti al-Maghrib oleh Ibn Sa‘id. Beliau telah menyelesaikan penulisan kitab tersebut pada

hari Ahad, 27 Ramadan 1038H, iaitu semasa beliau berada di Qaherah.

Metodologi atau science of methods adalah ilmu yang membicarakan tentang cara.

Oleh itu, metode sejarah adalah petunjuk pelaksanaan dan petunjuk teknik tentang bahan,

kritik, interpretasi dan penyajian sejarah. Dalam metodologi sejarah, di sini dihuraikan

pelbagai jenis penulisan sejarah, unit kajian, permasalahan, teori, konsep dan sumber

sejarah. Kitab ini merupakan gabungan maklumat sejarah, sastera, puisi-puisi, ungkapan-

ungkapan yang dikumpul semula melalui sumber yang berautoriti. Pastinya, segala

maklumat yang diperincikan melalui karya al-Maqqari mengenai kehebatan tamadun Islam

di Al-Andalus akan hilang begitu sahaja tanpa kewujudan pengkajian yang terkini.

Metodologi yang digunakan oleh al-Maqqari dalam penulisan buku ini ialah melalui

pengembaraan secara langsung dengan bumi al-Andalus. Aspek ini telah menggambarkan

keistimewaan dan kepintaran al-Maqqari dalam menghuraikan sesuatu fakta sejarah dengan

terperinci. Bentuk huraian yang dikemukakan oleh al-Maqqari turut dinyatakan melalui

gaya bahasa yang amat menakjubkan dari segi nilai kesusasteraannya. Walaupun al-Maqqari

bukanlah sejarawan yang pernah mengembara ke al-Andalus tetapi beliau mampu untuk

menghasilkan karya mengenai al-Andalus dengan tepat. Berdasarkan hal ini, dapat dibuat

kesimpulan bahawa, walaupun al-Maqqari tidak mengembara ke al-Andalus beliau

mempunyai guru-guru dan anak murid di al-Andalus. Dari situlah beliau dapat mengetahui

sejarah yang berlaku di al-Andalus. Hubungan antara beliau dengan orang luar

menyebabkan beliau mudah untuk mengkaji al-Andalus.

Buku ini juga turut menggunakan metode penulisan secara kronologi. Kronologi

berdasarkan rentetan peristiwa atau kejadian dan bijak menyusun idea dari yang penting

kepada kurang penting. Pengertian kronologi mengandungi dua maksud, iaitu berdasarkan

urutan waktu dan berdasarkan urutan peristiwa atau kejadian. Dalam melakukan penelitian

sejarah, seorang peneliti harus memperhatikan dua kaedah tersebut. Hal itu disebabkan, sifat

sejarah sendiri yang diakronik, iaitu memanjang dalam waktu yang berisikan tentang suatu

peristiwa yang ditulis berdasarkan proses terjadinya peristiwa tersebut. Contohnya tahun

Page 17: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

17

tertentu sampai tahun tertentu yang lain, baik dengan pola sebab akibat maupun akibat

sebab.

Rentetan peristiwa secara kronologi dapat dilihat bermula dengan geografi di al-

Andalus, bagaimana keadaan di al-Andalus sebelum kedatangan Islam yang mana pada

ketika itu al-Andalus berada dibawah pemerintahan Visigoth seterusnya bagaimana

penaklukan di al-Andalus dengan kemasukan Tariq ibn Ziyad sehingga al-Andalus dapat

ditakluki. Manakala berdasarkan urutan masa dapat dilihat pada zaman pemerintahan era

Imarah, era Khilafah dan kerajaan-kerajaan kecil selepasnya. Pada era Imarah dan era

Khilafah seramai 19 orang amir atau khalifah yang memerintah al-Andalus yang mana

bermula dari tahun 138H – 422H. Amir pertama yang memerintah al-Andalus ialah ‘Abd al-

Rahman al-Dakhil pada tahun 138H dan khalifah yang terakhir ialah Hisham III ibn ‘Abd

al- Rahman pada tahun 422H. Berdasarkan masa pemerintahan ini, boleh dikatakan bahawa

buku ini menggunakan metode secara urutan tahun yang bermula dari pemerintah pertama

hingga yang terakhir dan seterusnya oleh kuasa lain.

6.0 TEKS PILIHAN (HALAMAN 219-225)

Teks ini menjelaskan tentang penaklukan Islam di al-Andalus dan sebab-sebab berlakunya

pembukaan al-Andalus. Ibn Hayyan berkata bahawa sebab utama pembukaan al-Andalus

ialah khalifah al-Walid ibn ‘Abd Malik telah melantik Musa ibn Nusayr sebagai gabenor di

Afrika Utara. Sejak menjadi gabenor di Afrika Utara beliau telah bergiat aktif dengan

kegiatan penaklukan termasuk penaklukan Afrika Utara dan al-Andalus. Pada tahun 88H

Musa ibn Nusayr telah keluar berjihad dalam kuantiti yang sedikit. Tariq ibn Ziyad

merupakan seorang hamba kepada Musa ibn Nusayr yang dilantik oleh Musa sebagai

panglima tenteranya. Tariq ibn Ziyad berketurunan Barbar. Walaupun berbangsa Barbar

Tariq ibn Ziyad terus berusaha untuk pembukaan al-Andalus. Selain kesetiaan Tariq ibn

Ziyad kepada tuannya itu, kebijaksanaannya serta keberaniannya tidak dapat dinafikan.

Setelah berjaya melakukan pendaratan melalui Selat Gibraltar bersama-sama tenteranya

dengan menggunakan kapal-kapal yang dibekalkan oleh Julian, Tariq ibn Ziyad

mengarahkan kapal-kapal itu dibakar.

Page 18: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

18

Ibn Hayyan juga berkata, bahawa sebab berlakunya pembukaan al-Andalus adalah

kemarahan pemerintah Queta(Sabtah) terhadap penaklukan al-Andalus oleh Roderick.

Peristiwa ini menyebabkan Count Julian, pemerintah Cueta(Sabtah) menaruh perasaan

dendam kepada Roderick, kerana beliau bersahabat baik dengan Witiza. Tambahan pula,

selepas itu Roderick telah mencabul kehormatan anak gadisnya, Florinda yang dihantar ke

istana di Toledo untuk mempelajari adat-istiadat bangsawan di al-Andalus yang

menyemarakkan lagi dendam Julian.

Al-Andalus sebelum kedatangan Islam berada dalam keadaan tidak stabil dalam

semua aspek. Oleh itu, raja Bayzantine, Roderick telah menakluki al-Andalus. Terdapat

perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah mengenai penaklukan ini. Pendapat pertama

mengatakan bahawa, Witiza raja Andalus meninggal dunia pada tahun 81H/710M dan

mewariskan takhtanya kepada Roderick. Pendapat kedua pula mengatakan bahawa

persamaan dari segi tahun Witiza meninggal dunia pada tahun 90H/709M. Manakala

pendapat ketiga mengatakan bahawa Roderick telah merampas takhta tersebut dari Witiza

dan membunuh beliau.

Sikap Raja Roderick ini telah menimbulkan dendam kepada banyak pihak. Hal ini

jugalah yang akan menjatuhkan beliau. Peluang untuk menakluki al-Andalus muncul

apabila salah seorang gabenor Roderick belot. Gabenor yang bernama Julian ini menaruh

perasaan dendam kepada Raja Roderick atas beberapa sebab. Peristiwa dimana Roderick

telah mencabul kehormatan Florinda, anak gadis Julian iaitu gabenor di Ceuta (Sabtah) telah

menimbulkan perasaan dendam yang akhirnya membuka peluang kepada orang Islam untuk

menakluk Sepanyol. Selain itu Julian bermusuh dengan raja Roderick kerana Roderick telah

membunuh kawan baiknya iaitu Witiza. Witiza merupakan pemerintah al-Andalus sebelum

Raja Roderik. Roderick telah merampas kuasa daripada Witiza lalu membunuh beliau.

Pada masa yang sama, di Afrika Utara, di Selatan al-Andalus telah dikuasai oleh

orang Islam dibawah pemerintahan gabenor Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik.

Khalifah pada masa itu ialah al-Walid ibn ‘Abd Malik dari keturunan Marwan ibn al-

Hakam. Khalifah al-Walid (86H-96H) banyak membuat ekspedisi penaklukan termasuk

Sind melalui gabenor Muhammad ibn al-Qasim dan Afrika Utara oleh Musa ibn Nusayr.

Page 19: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

19

Bermulanya peristiwa penaklukan orang Islam terhadap al-Andalus apabila Julian

menulis surat kepada Musa ibn Nusayr, Gabenor Afrika Utara yang berada di Qayrawan

supaya menakluki al-Andalus dan menjatuhkan Roderick dari takhtanya. Perkara ini

memang banyak disepakati oleh ahli sejarah yang mencatat bahawa Julian semdiri meminta

Tariq ibn Ziyad panglima perang Musa ibn Nusayr menakluki al-Andalus. Julian

menyatakan kekagumannya terhadap pemerintahan Islam dan ingin berbaik-baik dengan

orang Islam. Musa ibn Nusayr meminta keizinan khalifah al-Walid di Damsyik untuk

menakluki al-Andalus.

Memang benar bahawa Julian menulis surat kepada Musa ibn Nusayr, tetapi agenda

untuk menakluki al-Andalus ini sebenarnya telah dirancang pada zaman pemerintahan

khalifah Uthman ibn ‘Affan. Setelah berjaya menduduki Afrika Utara melalui gabenornya

di Mesir, ‘Abd Allah ibn Sa’d ibn Abi Sarh, panglima perang tentera Islam Uqbah ibn Nafi’

al-Fihri telah merancang pula untuk menyeberangi Selat Gibralta bagi menakluki al-

Andalus. Disebabkan negara Islam menghadapi masalah dalaman yang kemudian membawa

kepada pembunuhan khalifah Uthman maka ekspedisi tersebut tidak dapat diteruskan.

Setelah menerima surat tersebut, Musa ibn Nusayr berasa curiga terhadap pelawaan

itu jika hanya sebagai satu perangkap tetapi setelah khalifah al-Walid setuju lalu Musa telah

mengarahkan Tarif ibn Malik al-Nakha’i, beliau seorang muslim dari bangsa Barbar dan

lebih dikenali dengan gelaran Abu Zur’ah. Tarif melakukan penjajahan awal sebagai

peninjauan dengan 400 orang tentera dengan 100 pasukan berkuda pada bulan Ramadhan

tahun 91H/700M. Akhirnya, pasukan peninjau ini pulang dengan selamat dan membawa

maklumat penting bagi meneruskan langkah seterusnya.

Tariq ibn Ziyad dengan 7000 orang tentera Arab dan Barbar telah mendarat di

Selatan al-Andalus yang kemudiannya digelar Jabal Tariq pada 5 Rejab 92H/711M. Mereka

menaiki kapal-kapal yang telah disediakan oleh Julian sendiri. Apabila Roderick mendengar

tentang berita kemasukan tentera Islam di Selatan. Roderick telah mengarahkan tenteranya

seramai 100,000 orang untuk menghalang kemasukan tentera Islam. Tariq ibn Ziyad telah

meminta tentera tambahan kemudiannya seramai 5000 orang lagi dari Musa ibn Nusayr.

Pasukan tentera Islam bertempur dengan tentera Roderick di Wadi Lakkah yang

Page 20: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

20

berhampiran dengan Medina Sidonia dalam wilayah Cadiz pada Ramadhan 92H/711M

selama lapan hari. Pihak Islam telah mencapai kemenangan yang besar.

Setelah kemenangan ini Tariq ibn Ziyad dan tenteranya bergerak ke Euja dan

berjaya menduduki kota tersebut dan seterusnya menawan Cordova, Archidona dan Elvira.

Tentera Islam juga dapat menawan Guadalajara dan Toledo pusat pemerintahan Visigoth

yang bersebelahan dengan Perancis. Tariq ibn Ziyad juga berjaya menawan Malaga dan

Murcia.

Kejayaan Tariq ibn Ziyad telah memberi perangsang kepada Musa ibn Nusayr

untuk turut menakluki al-Andalus bagi membantu Tariq ibn Ziyad. Beliau bersama 18000

orang tentera Arab sampai di Algeciras dengan panduan Julian pada 93H/712M dan mara ke

Medina Sidonia, Carmona, Beja dan Seville. Melalui sungai Guadiana, beliau berjaya

menawan Merida dan bandar-bandar kecil berhampiran. Musa ibn Nusayr dan Tariq ibn

Ziyad bertemu di Toledo. Mereka menghabiskan musim sejuk di sini dan mengatur strategi

seterusnya dengan menggabungkan tenaga untuk menakluki daerah-daerah lain.

Isu yang menarik mengenai isu serangan terhadap al-Andalus yang juga dilakukan

oleh Musa ibn Nusayr a adalah tanggapan mengenai Musa berasa cemburu dan iri hati atas

kejayaan Tariq ibn Ziyad dan bimbang Tariq akan mendapat penghormatan yang lebih

daripada beliau. Tuduhan ini tidak berasas kerana setibanya di al-Andalus, Musa ibn

Nusayr tidak terus berjumpa Tariq sebaliknya mengikut haluan lain dengan tujuan untuk

membantu Tariq ibn Ziyad menakluki kesuluruhan al-Andalus. Selain itu, kedatangan

Musa ibn Nusayr lewat daripada ketibaan Tariq iaitu pada 94H. Jika benar Musa iri hati

terhadap Tariq, beliau tidak akan datang serta merta setelah Tariq berjaya dalam ekspedisi

pertamanya menawan Euja, Cordova, Archidona dan Elvira. Tambahan pula, Tariq ibn

Ziyad adalah hamba kepada Musa ibn Nusayr, maka kejayaan yang dilakukan Tariq ibn

Ziyad pastilah kejayaannya juga.

Menjelang tahun 95H/714M, angkatan tentera Islam telah berjaya menguasai seluruh

al-Andalus dan Musa ibn Nusayr bercita-cita untuk terus mara untuk menakluk negara-

negara Eropah yang lain seperti Perancis, Itali, Constantinople, Yugoslavia, Bulgaria dan

Turki sehingga membolehkan beliau tiba di Damsyik dengan menggunakan jalan darat, iaitu

Page 21: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

21

melalui Constantinople dan Asia Minor . Walau bagaimanapun, hasrat Musa ibn Nusayr

tidak tercapai, kerana beliau dan Tariq telah dipanggil ke Damsyik oleh Khalifah al-Walid

bin ‘Abd Malik. Mereka berdua telah dipanggil pulang kerana khalifah al-Walid bimbang

keselamatan tentera Islam di sana . Hal ini kerana, penaklukan yang dilakukan oleh Musa

ibn Nusayr dan Tariq ibn Ziyad telah terlalu jauh dari Damsyik dan Afrika Utara sendiri.

Jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini maka amat sukar untuk khalifah memberi

bantuan kepada mereka .

Berdasarkan teks ini, ia merupakan rentetan peristiwa bagaimana berlakunya

penaklukan Islam ke atas al-andalus. Peristiwa ini bermula sebelum datangnya Islam dan

selepas datangnya Islam ke al-Andalus. Sebelum datangnya Islam, al-Andalus berada dalam

keadaan tidak stabil sama ada dari aspek agama,politik, ekonomi, sosial. Kwibawaan Tariq

ibn Ziyad dan Musa ibn Nusayr serta semangat tentera Islam merupakan faktor kejayaan

penaklukan Islam di al-Andalus. Selepas kedatangan Islam al-Andalus mengalami

perubahan yang besar dari semua aspek dan Islam telah berjaya membina sebuah negara

yang maju dan bertamadun dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada kerohanian atau

material. Tariq ibn Ziyad dan Musa ibn Nusayr telah memainkan peranan yang besar

untuk memulakan pengaliran tamadun Islam dari Timur ke Eropah.

Page 22: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

22

7.0 PERBANDINGAN KITAB

Berdasarkan perbandingan antara Kitab Nafh al-Tib min Ghusn al-Andalus al-Ratib wa

Dhikr Waziriha Lisan al-Din Ibn al-Khatib oleh al-Maqqari dengan Kitab Tarikh Iftitah

al-Andalus oleh Ibn Qutiyya, terdapat perbezaan atau persamaan di antara kedua-duanya.

Bagi membandingkan kedua-dua teks ini persamaan atau perbezaan boleh dilihat dari segi:

1. Bahasa yang digunakan harus bahasa yang baik dan benar menurut kaedah bahasa

yang bersangkutan. Karya ilmiah dituntut untuk menggunakan kalimah yang

efektif.

2. Memperhatikan secara konsisten dalam penempatan tanda baca, penggunaan

istilah, dan penujukan sumber.

3. Istilah dan kata-kata tertentu harus digunakan sesuai dengan konteks

permasalahannya.

4. Format penulisan harus sesuai dengan kaedah atau pedoman yang berlaku, termasuk

format penulisan bibliografi/ sumber.

Nama pengarag kitab ini ialah Abu Bakr Muhammad ibn ‘Umar ibn ‘Abd ‘Aziz.

Kitab Tarikh Iftitah al-Andalus oleh Ibn Qutiyya ini telah ditahqiq oleh Ibrahim al-Abyari

pada tahun 1989M dan di terbitkan oleh Dar al-Kitab al-Misr di al-Qahirah Berdasarkan

catatan Philip K. Hitti, sejarawan Sepanyol yang paling awal adalah Abu Bakr ibn ‘Umar

lebih dikenali dengan nama Ibn al-Quttiya yang mana nama ini diambil daripada kaum al-

Qut. Beliau dilahirkan di Cordova pada suku terakhir kurun ketiga dan meninggal dunia

pada tahun 367H di Cordova. Kemudian beliau berpindah ke Ishbiliyyah dan tidak dapat

dipastikan bila beliau berpindah ke sana. Ketika al-Quttiya membesar di Cordova beliau

sempat berguru dan belajar di sana. Antara guru-guru beliau ialah Tahir ibn ‘Abd ‘Aziz, Ibn

Abi al-Walid al-A’raj, Muhammad ibn ‘Abd Wahhab, Muhammad ibn ‘Umar ibn Lubabah

dan ramai lagi. Al-Quttiya terkenal sebagai cendekiawan muslim yang memiliki

pengetahuan luas mengenai sejarah. Menariknya, penulis Tarikh Iftitah al-Andalus

merupakan keturunan dari penguasa sebelumnya di Sepanyol. Dalam bukunya itu, beliau

menulis tentang khalifah-khalifah Umayyah awal di Sepanyol.

Page 23: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

23

Buku ini menggunakan metode penulisan secara kronologi atau istem penulisannya

adalah berdasarkan ‘al-nizam al-Hawliyyat’ iaitu susunan tahunan sama seperti kitab Nafh

al-Tib min Ghusn al-Andalus al-Ratib wa Dhikr Waziriha Lisan al-Din Ibn al-Khatib.

Beliau memulakan dengan keadaan geografi al-Andalus kemudian dengan sejarah

penaklukan al-Andalus dan seterusnya tentang amir-amir terawal di al-Andalus yang

bermula dari pemerintah ‘Abd al-Rahman al-Dakhil, Hakam I, Hisham I dan Muhammad

II dari tahun 138H-238H. Kronologi berdasarkan rentetan peristiwa atau kejadian dan bijak

menyusun idea dari yang penting kepada kurang penting. Dalam buku History of the Arabs,

Hitti menyebut karya penting dari tokoh ini adalah Tarikh Iftitah al-Andalus. Al-Qutiyya

juga merupakan ahli tatabahasa yang mengulas sejarah Sepanyol dari masa penaklukan

Muslim hingga awal kepemimpinan ‘Abd al-Rahman II. Buku tersebut menjadi rujukan di

dunia Barat sejak abad ke-19. Terdapat sejarawan dan penulis Barat yang mengutip karya

al-Quttiya iaitu Reinaud dalam bukunya berjudul Invasion des Sarrazins. Buku ini terkenal

di Barat sejak abad ke-19.

Di samping itu buku ini turut menggunakan metode periwayatan hadith. Cerita-cerita

yang di bawa oleh al-Qutiyya selalunya di dahului oleh sanad-sanad.   Setiap hadith

memiliki dua unsur utama iaitu “Sanad” dan “Matan”. Semua catatan (sejarah) sifatnya itu

sendiri, tidak bebas daripada kekeliruan bahkan catatan-catatan itu sendiri mengandungi

fakta-fakta yang akan menuju ke arah kekeliruan. Beliau seterusnya menggariskan beberapa

sebab yang menimbulkan kecacatan itu yang antaranya termasuklah hasrat untuk

mengambil ataupun menyukakan hati sahabat atau orang ternama. Sanad adalah rantaian

para periwayat hadis manakala matan adalah teks hadis itu sendiri. Antara perkataan sanad

yang digunakan ialah 4م7ع6ُت 7ي, َس8 ِن 8ر8 َب ْخ68 8ا, أ 8ن .ح8د?َث

Buku ini turut menjelaskan tentang sejarah penaklukan Islam di al-Andalus

sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nafh al-Tib min Ghusn al-Andalus al-Ratib wa

Dhikr Waziriha Lisan al-Din Ibn al-Khatib. Terdapat sedikit perbezaan fakta mengenai

penaklukan al-Andalus yang bermula dengan kemasukan Tariq ibn Ziyad di al-Andalus,

kemudian kedatangan Musa ibn Nusayr sehingga al-Andalus ditakluki sepenuhnya oleh

Islam. Perbezaannya dari segi tahun, berapa jumlah tentera dan sebagainya. Persamaannya

Page 24: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

24

adalah dari segi rentetan peristiwa yang bermula dengan kemasukan Tariq ibn Ziyad

sehingga penaklukan al-Andalus.

Gaya bahasa menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah pengetahuan tentang

penggunaan katakata dan penyusunan ayat. Menurut Sasterawan Negara, Keris Mas

dalam buku Perbincangan Gaya Bahasa Sastera (1988: 13), gaya bahasa ialah cara atau

ragam bahasa itu dipakai. Gaya bahasa yang digunakan dalam kitab Nafh al-Tib agak susah

difahami. Penggunaan perkataan dan penyusunan ayat yang susah menyebabkan sukar

memahami teks ini. Berbanding dengan kitab Tarikh Iftitah al-Andalus gaya bahasa yang

digunakan agak mudah difahami. Oleh itu, penulis perlu membaca berulang kali untuk

memahami teks tersebut. Di samping kedua-dua buku ini terdapat bait-bait syair yang

disertakan.

Di samping itu, kitab Nafh al-Tib mengambil pendapat daripada tokoh-tokoh sejarah

yang termuka mengenai sejarah penaklukan al-Andalus. Antara tokoh tersebut ialah Ibn

Hayyan, Ibn Bashkuwal, Lisan al-Din ibn al-Khatib dan Ibn khaldun. Manakala kitab

Tarikh Iftitah al-Andalus menggunakan kaedah periwayatan. Contohnya, dikhabarkan

kepada kita oleh al-Qutiyya, dia berkata: haddathana.... Buku ini turut mengemukakan

rangkap puisi bagi fakta yang dinyatakan dan al-Qutiyya meriwayatkan dengan

menggunakan syair-syair.

Page 25: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

25

8.0 PENUTUP

Al-Maqqari merupakan seorang tokoh ilmuwan yang muncul pada sekitar abad ke-16.

Beliau seorang ilmuwan yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu termasuk hadith, tasawwuf

dan sejarah. Kepakaran beliau dalam pelbagai cabang ilmu menjadikan al-Maqqari seorang

yang istimewa dan disanjungi oleh masyarakat, terutama masyarakat yang tinggal di

Tilimsan, iaitu sebuah kota di wilayah al-Maghrib. Kecintaan al-Maqqari terhadap ilmu

pengetahuan mendorong beliau meninggalkan kota Tilimsan dan mengembara ke beberapa

wilayah seperti Mesir dan Marrakesh untuk menuntut ilmu.

Al-Maqqari merupakan sejarawan yang memiliki pendekatan sendiri dalam

menyampaikan hasil penulisan beliau. Buktinya, pendekatan metode yang digunakan oleh

al-Maqqari dalam menyampaikan fakta-fakta berkaitan, dan segala catatan melalui

pengembaraan secara langsung dengan bumi al-Andalus. Aspek ini telah menggambarkan

keistimewaan dan kepintaran al-Maqqari dalam menghuraikan sesuatu fakta sejarah dengan

terperinci. Bentuk huraian yang dikemukakan oleh al-Maqqari turut dinyatakan melalui

gaya bahasa yang amat menakjubkan dari segi nilai kesusasteraannya.

Selain itu, metode secara kronologi turut digunakan dalam penulisan ini. Metod ini

berdasarkan urutan waktu dan berdasarkan urutan peristiwa atau kejadian. Dalam

melakukan penelitian sejarah, seorang peneliti harus memperhatikan dua kaedah tersebut.

Hal itu disebabkan, sifat sejarah sendiri yang diakronik, iaitu memanjang dalam waktu yang

berisikan tentang suatu peristiwa yang ditulis berdasarkan proses terjadinya peristiwa

tersebut. Contohnya tahun tertentu sampai tahun tertentu yang lain, baik dengan pola sebab

akibat mahupun akibat sebab. Contoh penulis yang menggunakan metod ini ialah Lisan al-

Din ibn al-Khatib, kitab al-Lamhah al-Badriyyah fi al-Dawlah al-Nasriyyah.

Antara karya al-Maqqari yang terkenal ialah, kitab Nafh al-Tib min Ghusn al-

Andalus al-Ratib, kitab Azhar al-Riyad, kitab Rawdah al-‘As dan kitab Sharh Manzumat

al-Maqqariyyah. Penulisan al-Maqqari khususnya dalam kitab Nafh al-Tib min Ghusn al-

Andalus al-Ratib yang menggunakan pendekatan ilmiah seterusnya menjadikannya sumber

rujukan utama dalam menerokai sejarah dan kebudayaan Islam di al-Andalus. Kitab ini

Page 26: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

26

diterbitkan di Qahirah pada tahun 1038H dan dikatakan keterangan yang panjang dan padat

dalam menceritakan mengenai sejarah Islam di al-Andalus serta tokoh Kerajaan Nasriyyah

di Granada iaitu Lisan al-Din ibn al-Khatib. Kitab ini merupakan gabungan maklumat

sejarah, sastera, puisi-puisi, ungkapan-ungkapan yang dikumpul semula melalui sumber

yang berautoriti. Pastinya, segala maklumat yang diperincikan melalui karya al-Maqqari

mengenai kehebatan tamadun Islam di Al-Andalus akan hilang begitu sahaja tanpa

kewujudan pengkajian yang terkini.

Kehebatan al-Maqqari turut diakui oleh beberapa tokoh sejarawan Islam. Antaranya

termasuklah al-Fayumi, Ibn Khaldun, Ibn Khakkan dan Ibn Khalikan. Mereka memuji dan

mengakui ketokohan al-Maqqari dalam bidang sejarah dan menganggap bahawa al-Maqqari

mempunyai keistimewaan dan caranya yang tersendiri ketika menganalisis fakta sejarah,

sehinggakan fakta yang dikeluarkan oleh al-Maqqari tidak dapat disangkal lagi akan

kesahihannya.

Secara kesimpulannya, al-Maqqari merupakan seorang ilmuwan Islam yang masyhur

dalam pelbagai bidang penulisan seperti hadith, tasawwur dan fiqh. Akan tetapi, al-Maqqari

lebih dikenali dan masyhur dalam bidang penulisan sejarah, terutama mengenai sejarah al-

Andalus. Beliau mempunyai keistimewaan yang tersendiri, iaitu beliau dapat menulis

mengenai sejarah sesebuah kerajaan Islam tanpa berada di kawasan tersebut. Keistimewaan

beliau dapat dilihat melulai karyanya yang agung iaitu kitab Nafh al-Tib min Ghusn al-

Andalus al-Ratib. Kitab ini menjadi antara rujukan utama sejarawan dunia, sama ada

sejarawan barat mahupun sejarawan Islam, terutama bagi mereka yang ingin mengkaji

mengenai sejarah al-Andalus.

Berdasarkan perbandingan antara kedua buku tersebut, dapat dilihat bahawa

metodologi yang digunakan dalam penulisan adalah sama iaitu dari segi kronologi dan

berbeza dari metod periwayatan hadith. Selain itu, dari segi gaya bahasa dan penampilan

bahasa yang ditonjolkan turut berbeza. Kedua-dua buku ini menceritakan sejarah

berdasarkan rentetan peristiwa yang berlaku dari mula hingga akhir. Dalam sejarah

penaklukan Islam di al-Andalus ini terdapat beberapa isu yang boleh dibahaskan antaranya

ialah perselisihan mengenai cara penaklukan yang dilakukan oleh Roderick. Ada yang

mengatakan bahawa berlaku perbezaan dari tarikh kematian Witiza, iaitu raja Andalus dan

Page 27: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

27

ada pula yang mengatakan Roderick telah merampas takhta dari Witiza dan membunuh

beliau (Salam 1962: 214-215).

Selain itu, terdapat isu mengenai perasaan iri hati Musa ibn Nusayr terhadap Tariq

kerana kejayaan Tariq. Berdasarkan kenyataan yang diberikan, adalah tuduhan tidak

berasas kerana setibanya di al-Andalus, Musa tidak terus berjumpa Tariq sebaliknya

mengikut haluan lain dengan tujuan untuk membantu Tariq ibn Ziyad menakluki

kesuluruhan al-Andalus. Selain itu, kedatangan Musa lewat daripada ketibaan Tariq iaitu

pada 94H. Jika benar Musa iri hati terhadap Tariq, beliau tidak akan datang serta merta

setelah Tariq berjaya dalam ekspedisi pertamanya menawan Euja, Cordova, Archidona dan

Elvira. Tambahan pula, Tariq ibn Ziyad adalah hamba kepada Musa, maka kejayaan yang

dilakukan Tariq ibn Ziyad pastilah kejayaannya juga (Abel 1955: 247).

Kesimpulan berdasarkan teks yang dikaji, didapati bahawa terdapat perbezaan dari

segi metode penulisan dan gaya bahasa dan penyusunan bahasa. Ketinggian uslub bahasa

menyebabkan teks sukar difahami dan penulis perlu membaca berulang kali. Terdapat juga

isu yang boleh dikupas kerana terdapat perselisihan mengenai fakta tersebut. Kedua-dua

kitab ini mempunyai keistimewaan tersendiri yang dapat menarik perhatian pengkaji.

Malah, kedua-dua tokoh ini juga merupakan pakar dalam bidang sejarah maka buku yang

dihasilkan haruslah mempunyai mutu yang tinggi supaya dapat dijadikan rujukan oleh

sejarawan akan datang.

Page 28: Kajian Teks Sejarah Al-Maqqari

28

RUJUKAN

‘Abd al-Karim, Muhammad. t.th. al-Maqqari wa Kitabuhu Nafh al-Tib. Bayrut: Dar Maktabat al-Hayah.

Encyclopaedia Islamic Desk Reference. 1994. Leiden: E.J. Brill.

Ensiklopedia Islam Safir. 2000. Jil. 7, 8 & 9. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahayudin Yahaya. 1987. Ensiklopedia Sejarah Islam. Jil. 12-15. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ibn Khaldun. 2003. Mukadimah Ibn Khaldun, terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibn al-Khatib, Lisan al-Din. 1964. Tarikh al-Maghrib al-‘Arabi fi al ‘Asr al-Wasit. Tahqiq. al-‘Abbadi, Muhammad Mukhtar & al-Kattani, Muhammad Ibrahim. Dar al-Bayda’: Dar al-Kitab.

al-Maqqari, Ahmad b. Muhammad. 1995. Nafh al-Tib min Ghusn al-Andalus al-Ratib wa Dhikr Waziruha Lisan al-Din ibn al-Khatib. Jil. 1. Tahqiq. Tawil, Maryam Qasim & Tawil Yusuf ‘Ali. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

al-Muhami, Muhammad Kamil Hasan. 1969. Sutr ma‘a al-‘Uzama’. Bayrut: Dar al-Buhuth al-‘Ilmiyyah.

Al-Qutiyya, Abu Bakr ibn ‘Umar. 1989. Tarikh Iftitah al-Andalus. Tahqiq. Ibrahim al-Abyari. Bayrut: Dar al-Kitab al-Lubnani.

al-Zirikli, Khayr al-Din. 1969. al-A‘lam. Jil. 1. Bayrut: Dar al-‘Ilm li al-Malayin.