cadangan kajian kualitatif (1)

36
 MPU 1024 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN I CADANGAN KAJIAN KUALITITATIF : KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN EMPAT DI SMK SAINT JOSEPH (B), JOHOR BAHRU. Disediakan oleh: NAMA NO. KAD PENGENALAN NO. MATRIK Mazura Binti Mahtar (Ketua) 770703115420 MP121071  Norliza Binti Mohamad 831109015626 MP121904  Noorulhuda Binti Abd . Jalil 84091401507 6 MP121097  Nur Hafizah Binti Jasni 84090201565 0 MP121118 Kursus: Sarjana Pendidikan (Kurikulum & Pengajaran) Semester 1 (2012/2013) Pensyarah: Prof. Madya A. Rahim Bin Hamdan

Upload: anonymous-vjnqhq16w3

Post on 14-Apr-2018

280 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 1/36

 

MPU 1024

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN I

CADANGAN KAJIAN KUALITITATIF:

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF

DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN EMPAT

DI SMK SAINT JOSEPH (B), JOHOR BAHRU.

Disediakan oleh:

NAMA NO. KAD PENGENALAN NO. MATRIK 

Mazura Binti Mahtar (Ketua) 770703115420 MP121071

 Norliza Binti Mohamad 831109015626 MP121904

 Noorulhuda Binti Abd. Jalil 840914015076 MP121097

 Nur Hafizah Binti Jasni 840902015650 MP121118

Kursus:

Sarjana Pendidikan (Kurikulum & Pengajaran)

Semester 1 (2012/2013)

Pensyarah:

Prof. Madya A. Rahim Bin Hamdan

Page 2: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 2/36

ISI KANDUNGAN

Halaman

BAB 1 : PENGENALAN

1.1  Pendahuluan 1

1.2  Latar Belakang Masalah 2

1.3  Pernyataan Masalah 3

1.4  Objektif Kajian 4

1.5  Persoalan Kajian 4

1.6  Rasional Kajian 5

1.7  Batasan Kajian 6

1.8  Definisi Istilah 6

BAB 2 : SOROTAN PENULISAN 8

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 15

3.2 Rekabentuk Kajian 15

3.3 Populasi, Sampel & Lokasi 15

3.4 Instrumen Kajian 16

3.5 Analisis Data 17

3.6 Penutup 18

RUJUKAN 19 

LAMPIRAN 21 

Page 3: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 3/36

BAB 1

PENGENALAN

1.1  Pendahuluan

Mata pelajaran Sejarah sering dikaitkan dengan unsur lama dan statik dalam

 pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, mata pelajaran Sejarah mempunyai

kepentingannya yang tersendiri dalam proses memupuk semangat kewarganegaraan dan

 patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pemahaman tentang

 persitiwa masa lalu adalah amat penting dalam meningkatkan nasionalisme kepada negara.

Selain itu, Sejarah juga memberi pengetahuan kepada manusia untuk mengetahui perkara

yang berlaku pada masa sekarang dan mendepani perkara pada masa akan datang.

Pembelajaran koperatif dilihat sebagai salah satu pembelajaran yang berkesan dalam

mempelajari mata pelajaran Sejarah. Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan

 pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar tidak kira sama ada mereka

mengamalkannya di dalam mahupun di luar bilik darjah. Pada masa ini, pembelajaran

koperatif bukanlah sesuatu yang asing bagi guru-guru dan pelajar di sekolah. Hal ini adalah

kerana sudah banyak pihak terutamanya para guru dan pelajar telah menyedari akan

kelebihan pembelajaran koperatif yang sangat berkesan untuk diamalkan dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Pelbagai implikasi positif dapat diperoleh sekiranya para pelajar mengamalkan

 pembelajaran koperatif ini. Antaranya adalah mereka dapat meningkatkan pencapaian dalam

 pelajaran. Secara tidak langsung, mereka dapat meningkatkan motivasi semasa perbincangan

kumpulan diadakan di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Dengan itu,

 pelajar dapat mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Hal ini disokong dengan kajian yang

dijalankan oleh Rosli Md. Husain (1972) dalam Kajian Keberkesanan Pembelajaran

Koperatif terhadap Pencapaian Matematik Pelajar Tingkatan Empat.

Melalui pembelajaran koperatif, para pelajar dapat menguasai dan mengamalkan

kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran sosial, sikap saintifik, dan nilai murni.

Memandangkan pembelajaran koperatif dapat memberi banyak manfaat dan kesan yang

Page 4: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 4/36

 positif, maka para pelajar mestilah mengamalkan dan mengaplikasikannya bagi

meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran di samping dapat mengharumkan nama baik 

sekolah dengan kejayaan akademik yang dikecapi.

1.2  Latar Belakang Kajian

Terdapat persepsi pelajar bahawa mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran

yang membosankan, sukar dan tidak relevan dengan keperluan dunia yang berorientasikan

sains dan teknologi hari ini. Pendekatan yang digunakan oleh kebanyakan guru Sejarah

adalah berbentuk pengajaran tradisional seperti kuliah, berpusatkan guru dan latih tubi secara

individu. Menurut Johnson dan Johnson (1989), pengajaran tradisional merupakan kaedah

 pengajaran yang pasif dan tidak memberangsangkan. Kaedah pengajaran yang digunakan

dalam kelas menjadi salah satu faktor pelajar kurang berinteraksi sesama rakan seterusnya

kurang meminati mata pelajaran Sejarah.

Berdasarkan maklumat daripada Setiausaha Jawatankuasa Daerah Mata Pelajaran

Sejaran bagi Daerah Johor Bahru, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi negeri Johor dari

tahun 2006 hingga 2011 adalah seperti berikut, tahun 2006 (60.72% , GPMP 6.72), 2007

(62.79%, GPMP 6.69), 2008 (68.42%, GPMP 6.23), 2009 (70.43%, GPMP 6.05), 2010

(73.19%, GPMP 5.91) dan tahun 2011 (81.33%, GPMP 5.20). Bertitik tolak daripada

 persepsi negatif dan pencapaian yang kurang memuaskan dalam mata pelajaran Sejarah,

kajian ini dilakukan untuk memberi tumpuan kepada kaedah pembelajaran mata pelajaran

Sejarah.

Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi kepada pengajaran dan pembelajaran

yang sudah sedia ada. Kajian-kajian lepas menunjukkan interaksi sesama pelajar yang

menjadi ciri utama pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan pencapaian pelajar.

 Namun begitu, kajian penggunaan pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Sejarah

 berbentuk kualitatif belum begitu meluas. Kebanyakan kajian yang telah dijalankan di

Malaysia adalah dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris.

Page 5: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 5/36

Walaupun begitu, rasional Sejarah dijadikan mata pelajaran tidak boleh

dikesampingkan. Mata pelajaran Sejarah dilihat mempunyai kepentingannya yang tersendiri

sehingga dijadikan mata pelajaran wajib lulus selain Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun 2013.

Selain itu, mata pelajaran Sejarah yang ditawarkan di peringkat tingkatan empat

mempunyai kepentingan dari segi kursus yang ingin diambil pelajar seperti perundangan.

Antara objektif yang terkandung dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan empat adalah

meningkatkan sebab musabab, kesan, serta kesinambungan serta perubahan peristiwa sejarah,

menganalisis serta merumus peristiwa dan fakta sejarah secara kritis dan rasional dan

memperteguh rasa tanggungjawab sebagai warganegara yang sanggup berkorban demi

kedaulatan negara.

Maka kajian ini penting untuk menentukan tahap keberkesanan pembelajaran

koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan empat.

Keberkesanannya diukur melalui hasil pembelajaran pelajar iaiatu pencapaian pelajar dalam

mata pelajaran Sejarah tingkatan empat.

1.3  Pernyataan Masalah

Kajan ini diperlukan kerana guru Sejarah di SMK Saint Joseph (B), Johor Bahru

masih mengamalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional. Tambahan pula

 prestasi pelajar masih dianggap kurang memuaskan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi

daripada Setiausaha Peperiksaan, SMK Saint Joseph (B), keputusan Sijil Pelajaran Malaysia

 bagi mata pelajaran Sejarah adalah seperti berikut, bagi tahun 2006 (24.29%, GPS 8.51),

2007 (45.56%, GPS 8.51), 2008 (39.51%, GPS 8.12), 2009 (63.8%, GPS 7.17), 2010

(69.23%, GPS 6.49) dan bagi tahun 2011 (76.06%, GPS 5.89).

Page 6: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 6/36

1.4  Objektif Kajian

Secara terperincinya, kajian ini ingin mencapai objektif berikut:

1.4.1  Mengenal pasti keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap amalan

 pembelajaran pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran Sejarah di SMK 

Saint Joseph (B), Johor Bahru.

1.4.2  Melihat sejauhmana pembelajaran koperatif dapat membantu pelajar tingkatan

empat dalam mencapai keputusan yang lebih baik berbanding kaedah

 pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

1.5  Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian yang dinyatakan, soalan-soalan kajian berikut

dibentuk adalah untuk menjawab beberapa aspek kajian secara lebih spesifik:

1.5.1  Bagaimanakah pembelajaran koperatif memberi kesan kepada amalan

 pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan empat.

1.5.2  Bagaimanakah pembelajaran koperatif dapat membantu pelajar tingkatan

empat dalam mencapai keputusan yang lebih baik berbanding kaedah

 pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Page 7: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 7/36

1.6  Rasional Kajian

Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk:

1.6.1  Pelajar mengamalkan pembelajaran koperatif untuk meningkatkan pencapaian

dalam mata pelajaran Sejarah dan juga mata pelajaran lain.

1.6.2  Pelajar meningkatkan kefahaman dalam satu-satu mata pelajaran melalui

 pembelajaran koperatif.

1.6.3  Pelajar tanpa bimbingan guru mengamalkan pembelajaran koperatif selepas

sesuatu topik diajar di sekolah.

1.6.4  Guru menggunakan pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan

 pembelajaran di sekolah di samping kaedah pembelajaran sedia ada.

1.6.5  Guru berkeyakinan terhadap keberkesanan pembelajaran koperatif sebagai

salah satu strategi pembelajaran di sekolah.

1.6.6  Guru dapat mengenal pasti kebolehan dan keperluan setiap pelajar melalui

 pembelajaran koperatif.

1.6.7  Pihak sekolah berinisiatif menyediakan persekitaran sekolah yang lebih

kondusif untuk menggalakkan pembelajaran koperatif.

Page 8: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 8/36

1.7  Batasan Kajian

Skop kajian adalah untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap

 pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan empat. Dalam kajian ini,

responden atau subjek kajian terbatas kepada pelajar tingkatan empat yang mengambil mata

 pelajaran Sejarah.

Responden terdiri daripada pelajar tingkatan empat. Kajian ini dijalankan di SMK 

Saint Joseph (B) kerana prestasi mata pelajaran Sejarah yang masih rendah berbanding

 prestasi sekolah menengah harian lain di daerah Johor Bahru.

1.8  Definisi Istilah

Keberkesanan : 

Perkataan keberkesanan berasal daripada kesan. Kamus Dewan (1994). Kesan

 bermaksud tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, bekas sama ada kebaikan atau keburukan.

Manakala keberkesanan bermaksud berkesannya tindakan atau sesuatu perbuatan. Dalam

konteks kajian ini, keberkesanan bermaksud hasil atau akibat yang terjadi daripada

 penggunaan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

Sejarah tingkatan empat.

Pembelajaran Koperatif : 

Pembelajaran koperatif merupakan strategi yang diperkenalkan dalam sistem

 pembelajaran bestari. Dengan strategi ini, pelajar-pelajar digalakkan berdikari dalam

meneroka ilmu daripada pelbagai sumber. Kaedah pembelajaran ini membolehkan pelajar 

yang heterogen bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat bersama.

Pengelompokan pelajar kepada kumpulan kecil merupakan langkah awal yang mesti dipatuhi

oleh seseorang guru dalam pelaksanaan kaedah ini. Langkah seterusnya diserahkan kepada

kumpulan-kumpulan pelajar berkenaan untuk berbincang dan melantik ketua, pencatat,

 pelapor dan seumpamanya. Aktiviti ini memberi ruang kepada pelajar berinteraksi serta

menyesuaikan diri antara satu sama lain. Selain itu, pembelajaran koperatif boleh digunakan

di luar waktu persekolahan.

Page 9: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 9/36

Pencapaian : 

Kamus Dewan mendefinisikan pencapaian sebagai perkara yang telah dihasilkan atau

diperoleh. Dalam konteks kajian, pencapaian merujuk kepada pencapaian pelajar dalam mata

 pelajaran Sejarah tingkatan enam.

Sejarah : 

Sejarah adalah satu cabang ilmu yang berasal daripada Yunani. Sejarah sebagai satu

ilmu yang memerlukan kepada penyiasatan dan penyelidikan tentang peristiwa lampau

 berdasarkan bukti yang ditemui. Daripada sejarah, seseorang itu dapat mengenali akar umbi

dan jatuh bangunnya sesuatu bangsa itu. Daripada peristiwa sejarah juga seseorang dapat

memahami hukum sebab akibat daripada sesuatu peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran.

Page 10: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 10/36

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.1  Pendahuluan

Bab ini membincangkan kajian-kajian lepas tentang pembelajaran koperatif, ciri-ciri

 pembelajaran koperatif, strategi meningkatkan keberkesanan pembelajaran koperatif dan

kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan amalan pembelajaran koperatif di dalam negara

dan di luar negara.

Kajian-kajian lepas ini akan membantu penyelidik memperoleh dan mengumpul

maklumat latar belakang kajian serta mendapat gambaran awal tentang perkara yang perlu

ada dalam kajian ini.

2.2  Pembelajaran Koperatif 

Menurut Slavin (1995) pembelajaran koperatif ialah kaedah pembelajaran kerjasama

yang memerlukan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas

 pembelajaran rakan sekumpulan mereka selain pembelajaran diri sendiri atau individu.

Pembelajaran koperatif dikenali sebagai pembelajaran berkumpulan yang terdiri daripada

 pelajar semua peringkat pencapaian, belajar bersama-sama, membantu antara satu sama lain

untuk mencapai satu matlamat pembelajaran. Stein dan Hurd (2000), menyatakan bahawa

 pembelajaran koperatif di dalam kelas merupakan panduan yang berguna oleh guru untuk 

menerapkan semangat berpasukan.

2.3  Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif 

Kagan (1995), telah mengenal pasti beberapa ciri berhubung kait dengan

 pembelajaran koperatif yang berkesan iaitu interaksi bersemuka, akauntabiliti secara

individu, kemahiran sosial, saling pergantungan secara positif dan penilaian kumpulan.

Page 11: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 11/36

Terdapat lima perkara yang perlu dipegang dalam pembelajaran koperatif (Johnson dan

Johnson, 1991). Antaranya ialah ahli-ahli saling bergantung secara positif. Setiap ahli

kumpulan mesti sedar bahawa mereka mempunyai kaitan dengan orang lain dan usaha untuk 

melakukan sesuatu tidak akan berjaya jika usaha tidak dilakukan bersama. Setiap ahli

kumpulan harus sedar mereka saling bergantung dalam melaksanakan beban tugas. Dalam hal

ini, ahli-ahli kumpulan sedar mereka tenggelam bersama-sama. Sehubungan dengan itu,

interaksi bersemuka merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam pembelajaran

koperatif. Dalam elemen ini, setiap ahli perlu berkomunikasi secara bersemuka, membuat

kerja bersama dan menunjukkan kesungguhan untuk berkongsi maklumat dan berbincang

dalam melaksanakan dan menyempurnakan tugasan dan mencapai matlamat kumpulan.

Ciri-ciri ini juga boleh dilihat melalui Stein dan Hurd (2000) dalam buku Using Students

 In The Classroom menyatakan terdapat kriteria pembelajaran koperatif yang berjaya. Kriteria

ini diambil daripada lima elemen yang dicadangkan oleh Meyers dan Jones (1993):

1.  Saling Kebergantungan Secara Positif (Positive Interdependence) 

-  Saling pergantungan positif ialah persepsi bahawa nasib ahli-ahli sekumpulan

adalah serupa dan mereka adalah saling bergantung di antara satu sama lain

untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama. Semua ahli kumpulan perlu

mengambil berat tentang pembelajaran diri sendiri dan juga pembelajaran

rakan-rakan sekumpulan. Hal ini bermakna semua ahli mesti berjaya sebelum

kumpulan boleh dianggap sudah berjaya.

- 2.  Akauntabiliti Individu (Individual Accountability) 

-  Setiap orang ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar.

Kumpulan koperatif bukanlah hanya digunakan untuk mencapai matlamatkumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan memastikan setiap orang ahli

kumpulan akan menjadi individu yang lebih berkebolehan. Hal ini bermakna

setelah menyiapkan sesuatu tugasan kumpulan secara berkoperatif, setiap

orang ahli kumpulan mesti berupaya menyiapkan tugasan yang serupa secara

 bersendirian.

-  Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia

adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat

secara individu.

Page 12: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 12/36

 

3.  Interaksi Kumpulan (Group Interaction) 

-  Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di antara satu

sama lain secara bersemuka. Sebanyak mungkin peluang dan masa perlu

diberikan kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi dalam kumpulan supaya

mereka dapat membantu, menggalak, dan seterusnya meningkatkan usaha di

antara satu sama lain untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum.

-  Pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar lain dengan membantu,

 berkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan

termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, berbincang dan mengajar 

 perkara yang diketahui kepada orang lain.

4.  Kemahiran Sosial (Social Skills) 

-  Johnson dan rakan-rakan menyatakan bahawa manusia tidak dilahirkan

dengan naluri untuk berinteraksi secara berkesan dengan orang lain. Justeru,

kemahiran-kemahiran koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan orang

lain tidak akan wujud secara automatik apabila diperlukan. Pelajar-pelajar 

mesti diajar dan juga didorong untuk menggunakan kemahiran-kemahiran

koperatif yang perlu untuk mewujudkan kumpulan yang produktif.

Kemahiran-kemahiran seperti ini dapat menggalakkan komunikasi,

mewujudkan kepercayaan, memperbaiki proses membuat keputusan, dan

melicinkan pengurusan konfliki dalam kumpulan.

-  Agar pembelajarn koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial

kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan,

membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan

konflik.

5.  Pemprosesan Kumpulan (Group Processing) 

-  Pemprosesan kumpulan ialah penilaian ke atas pencapaian kumpulan yang

dilakukan oleh kumpulan itu sendiri. Hal ini boleh dilakukan dengan meminta

ahli-ahli kumpulan berbincang sama ada kumpulan mereka telah mencapai

matlamat dan juga hubungan baik bekerjasama telah dikekalkan ke arah

mencapai matlamat itu.

Page 13: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 13/36

2.4 Strategi Pembelajaran Koperatif 

Berdasarkan cadangan Johnson dan Johnson (1991), terdapat beberapa strategi

meningkatkan keberkesanan pembelajaran koperatif. Antaranya ialah:

1.  Pembahagian kumpulan   yang  membolehkan ahli-ahli dalam kumpulan bekerja

dengan berkesan bersama-sama. Faktor yang paling utama di sini ialah bilangan

ahli dalam kumpulan. Kumpulan kecil mengandungi tiga atau empat ahli didapati

 paling efektif. Kumpulan yang terlalu besar kurang efektif kerana pembabitan ahli

kumpulan cenderung menjadi tidak sama rata. Di samping itu, pembentukan

kumpulan sebaiknya dilakukan oleh guru bagi mengelakkan pelajar berkumpul

sesama mereka sahaja.

2. Tugasan per lu distruktur supaya ahli kumpulan saling bergantung untuk 

mencapai objektif yang ditentukan. Elakkan memberi tugasan yang boleh

diselesaikan tanpa perlu pembabitan setiap ahli kumpulan. Hal ini boleh

menyebabkan ada ahli kumpulan yang 'lepas tangan' ataupun dipinggirkan oleh

orang lain, dan bagi pelajar ini, pengalaman pembelajaran sepenuhnya tidak dapat

dicapai.

3. Jadikan tanggungjawab pencapaian terletak di kedua-dua tahap individu dan 

kumpulan . Satu cara ialah melalui pemberian markah. Setiap pelajar mendapat

markah individu dan markah kumpulan bergantung kepada markah individu.

Dengan cara itu setiap pelajar mempunyai motivasi untuk melakukan yang terbaik 

untuk diri sendiri dan juga kumpulan.

4. Berikan garis panduan tingkah laku dan kemahir an berkomun ikasi kepada 

pelajar. Guru perlu menjelaskan kepada pelajar tentang tingkah laku yang wajar 

dan tidak wajar semasa pembelajaran kooperatif berlaku. Guru juga perlu

meberikan asas kemahiran komunikasi misalnya bagaimana menyuarakan

 pendapat dan bagaimana menghadapi percanggahan pendapat.

5. Pastikan jenis dan kuantiti interaksi antara pelajar berpatutan. Guru perlu

mengawasi interaksi yang berlaku semasa pelajar menjalankan aktiviti kumpulan

di dalam kelas. Perbincangan yang berlaku seharusnya yang berkaitan dengan

Page 14: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 14/36

tugasan. Interaksi juga harus berlaku di antara setiap ahli kumpulan dan tidak 

meminggirkan mana-mana ahli kumpulan. Perbincangan dan keputusan juga tidak 

dimonopoli oleh ahli kumpulan tertentu sahaja.

2.5 Kajian Lepas Pembelajaran Koperatif 

Pelbagai kajian dijalankan di Barat sejak kajian pertama 1898. Kajian-kajian koperatif 

 juga telah dijalankan di Malaysia. Kajian-kajian lepas ini telah dijadikan panduan dalam

membuat kajian ini walaupun terdapat kelainan pada sampel yang dikaji. Kajian ini juga

 boleh dianggap sebagai kesinambungan daripada kajian yang lepas.

2.6 Dapatan Kajian-kajian di Malaysia

Tor Geok Hwa (2004), telah mengkaji keberkesanan pembelajaran koperatif dalam

mata pelajaran Sejarah. Kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian Sejarah

melalui pembelajaran koperatif.

Kajian yang dijalankan oleh Balan dan Mohan Rathakrishnan pula mendapati pelajar 

yang menggunakan strategi pembelajaran koperatif dapat meningkatkan prestasi pencapaian

dalam mata pelajaran Sejarah. Pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman terhadap

topik yang diajar malah dapat menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk 

menyelesaikan masalah dengan lebih yakin.

Di samping itu, terdapat satu kajian yang dijalankan di Malaysia tentang pembelajaran

koperatif yang menggunakan teknik Jigsaw Aronson dan diubah suai untuk pembelajaran

mata pelajaran Sejarah yang berkesan. Hal ini boleh diterangkan seperti rajah 1:

Page 15: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 15/36

Rajah 1 : Strategi Jigsaw

Rajah 2: Pengubahsuaian Pembelajaran Koperatif Model Jigsaw Aronson dalam Pengajaran

Sejarah.

Kumpulan Pakar 

Kumpulan Asal

yang diberi latihan

Page 16: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 16/36

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pembelajaran koperatif Jigsaw model

Aronson, pelajar yang dilatih merupakan pelajar yang berkebolehan berbanding rakan lain

dalam kumpulan yang lebih rendah pencapaian akademik mereka. Walau bagaimanapun,

 pengubahsuaian dalam Rajah 2 di atas, mengandaikan semua pelajar memiliki kebolehan

yang hampir sama, justeru masing-masing akan diberi latihan khusus untuk subtajuk masing-

masing.

Kajian oleh Suhaida Abdul Kadir dan rakan-rakan dalam Kajian Kesan Strategi

Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi pelajar Dalam Pendidikan Perakaunan (2006)

menyatakan bahawa perlunya pembelajaran koperatif dipraktikkan dalam program

 pendidikan guru bagi membiasakan guru pelatih dengan teknik pembelajaran ini.

Kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahaya dan Intan Sapinas Bahuri pula menyatakan

dengan jelas bahawa kaedah pembelajaran koperatif adalah berkesan meningkatkan tahap

 pemahaman, kemahiran menyelesaikan masalah dan menimbulkan keseronokan untuk belajar 

di samping mengeratkan perhubungan sosial antara pelajar dengan guru.

2.7 Dapatan Kajian-kajian di Luar Negara

Menurut David W. Johnson dan Roger Johnson, terdapat lebih 500 kajian di Barat

yang menyatakan pembelajaran koperatif adalah strategi pembelajaran yang efektif. Kagan

 pula menyatakan bahawa pembelajaran koperatif telah dikenal pasti sebagai pembelajaran

yang berjaya membawa kesan positif terhadap pelajar. Melalui kajian yang dijalankan Slavin

(1995), beliau melihat pembelajaran koperatif sesuai digunakan dalam semua mata pelajaran.

Page 17: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 17/36

BAB 3

METODOLOGI

3.1  Pengenalan

Bagi menjalankan kajian, terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan iaitu kajian

kualitatif, kuantitatif atau kaedah gabungan. Bagi tujuan kajian kali ini, pengkaji memilih

kajian berbentuk kualitatif.

Menurut Trochim (2006), terdapat empat cara untuk mendapatkan data bagi kajian

kualitatif iaitu memalui pemerhatian, temubual, analisis dokumen serta audiovisual.

3.2  Rekabentuk Kajian

Bagi melihat keberkesanan pembelajaran kooperatif dalam mata pelajaran Sejarah

Tingkatan Empat di sekolah menengah daerah Johor Bahru, pengkaji memilih kutipan data

secara temubual bersama guru mata pelajaran, pemerhatian terhadap pembelajaran pelajar 

sepanjang pembelajaran kooperatif dilaksanakan dan analisis dokumen terhadap rekod

 prestasi pelajar sebelum dan selepas pembelajaran kooperatif dijalankan.

3.3  Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dan sampel yang dipilih adalah daripada berdasarkan kaedah persampelan

 bertujuan.

3.3.1  Populasi

Terdiri daripada 96 orang pelajar dan dua orang guru mata pelajaran Sejarah di

SMK Saint Joseph (B), Johor Bahru.

Page 18: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 18/36

3.3.2  Sampel

Bagi melihat keberkesanan pembelajaran kooperatif dalam mata pelajaran

Sejarah Tingkatan Empat di SMK Saint Joseph (B), sampel terdiri daripada pelajar 

Tingkatan 4 Gagah yang terdiri daripada 36 orang pelajar dan seorang guru.

3.4  Instrumen Kajian

3.4.1  Dokumen Peperiksaan

Terdapat beberapa dokumen peperiksaan yang digunapakai dalam kajian ini

 bagi tujuan analsisi dokumen seperti analisis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) 2011 bagi mata pelajaran sejarah, keputusan SPM 2011 bagi mata pelajaran

Sejarah bagi SMK Saint Joseph (B), keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2012

mata pelajaran Sejarah tingkatan 4 dan keputusan peperiksaan akhir tahun 2012 bagi

setiap pelajar yang terlibat dalam kajian.

3.4.2  Borang Pemerhatian

Borang pemerhatian yang digunakan dalam kajian ini mengandungi catatan

 berkaitan tingkahlaku yang ingin diperhatikan oleh pengkaji. Bagi tujuan kajian

keberkesanan pembelajaran kooperatif dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan Empat

di SMK Saint Joseph (B), dua jenis borang pemerhatian telah disediakan:

3.4.2.1 Borang pemerhatian untuk pengkaji memerhati pelajar dan guru

3.4.2.2 Borang pemerhatian untuk guru memerhati pelajar 

3.4.3  Soalan temubual untuk guru

Bagi mendapatkan data yang lebih terperinci, temubual dengan guru

dijalankan bagi melihat wujudnya perbezaan tingkah laku pelajar semasa pengajaran

dan pembelajaran sebelum dan selepas menjalankan pembelajaran koperatif.

Page 19: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 19/36

3.5 Analisis Data

Analisis kandungan secara kajian kualitatif berbeza daripada analisis kandungan

kuantitatif yang lebih mementingkan angka dan pengiraan secara objektif serta melihat aspek 

tersurat semata-mata. Sedangkan analisis kandungan kualitatif lebih melihat teks sebagai

interpretasi makna secara dalaman dan subjektif.

Kajian analisis kandungan sama ada kualitatif mahupun kuantitatif banyak digunakan

dalam bidang media dan komunikasi  –  untuk menganalisis dokumen  –  seperti akhbar,

televisyen dan juga filem. Namun, kajian kualitatif turut menggunakan analisis kandungan

 bagi menganalisis tema-tema daripada temu bual dan juga pemerhatian.

Terdapat sarjana penyelidikan kualitatif seperti Berg (1989), membezakan analisis

kandungan (kualitatif) sebagai kelebihan dalam meneliti isi media berdasarkan context  dan

 process. Aspek context  dilihat melalui isi kandungan utama secara tersirat (latent content )

manakala aspek  process melibatkan proses interpretasi teks yang dijalankan secara teliti dan

 berulang-ulang kali.

Bagi tujuan Kajian Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian

Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat di SMK Saint Joseph (B), Johor 

Bahru, pengkaji perlu menganalisis data bagi dokumen peperiksaan, pemerhatian yang

dilakukan semasa pembelajaran koperatif dijalankan di dalam bilik darjah dan temubual

 bersama guru.

Terdapat tiga langkah utama dalam menganalisis data kualitatif seperti yang

dicadangkan oleh Berg, (1989) iaitu menyusun data, membuat transkripsi audio (selepas

temubual) dan menganalisis setiap data yang diperolehi. Dalam kajian ini, pengkaji perlu

menjalakan ketiga-tiga langkah tersebut, iaitu:

Langkah 1: Menyusun Data

Pengkaji perlu membina satu matriks atau jadual supaya data yang diperolehi

dapat disusun dengan baik. Semua maklumat akan disusun mengikut jenis, tema dan

Page 20: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 20/36

kod. Selain itu, borang pemerhatian serta transkripsi audio dibuat dalam dua salinan

dan disimpan dengan baik.

Langkah 2: Transkripsi Audio

Pengkaji perlu memindahkan maklumat secara audio kepada bentuk teks yang

mudah dibaca. Setiap butir maklumat perlu dipindahkan secara terperinci tanpa

meninggalkan satu perkataan pun.

Langkah 3: Analisis Data

Setelah data pemerhatian dan transkripsi audio selesai direkod dan disusun,

 pengkaji akan membuat analisis secara manual. Setiap data perlu dibahagikan

mengikut tema dan kod-kod yang berkaitan.

3.6 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan secara terperinci tentang teknik dan

kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam memperolehi maklumat dan menganalisis data

yang diterima. Teknik pengumpulan dan analisis data yang sistematik telah menjadikan

 proses kajian ini lebih mudah.

Page 21: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 21/36

RUJUKAN

Bruce L. Berg. (1989). Qualitative Research Methods for The Social Sciences.  

Massachusetts: Allyn and Bacon

David Jaques. (1991). Learning in Groups. London. Kogan Page: Second Edition.

Ferris, S. P. dan S. H. Godar. (2005). Teaching and Learning with Virtual Teams. Hershey:

Information Science Publishing.

Foot et al. (1994). Group and Intercative Learning. Boston: Computational Mechanics

Publications.

Johnson, D. W, dan R. T. Johnson (1991).  Learning Together and Alone: Cooperative,

Competitive and Individualistic Learning. Boston: Allyn and Bacon. Third Edition.

Kagan, et al. (1995). Cooperative Learning Structure: Classbuilding. San Clemente CA:

Kagan Publishing.

Kauchak, Donald P. (1998).  Learning and Teaching: Research Based Methods. Boston:

Allyn and Bacon.

Radencich, M. C, dan McKay, Lyn J. (1995).  Flexible Grouping for Literacy in the

 Elementary Grades. Boston: Allyn and Bacon.

Slavin, R. E. (1995). Cooperative Learning among students: Theory, research, and 

implications for active learning . Dimuat turun daripada http://www.scov.csos 

 jhu.edu/sfa/cooplearn.htm

Stein, R. F. dan H. Sandra. (2000). Using Student Teams in the Classroon: A Faculty Guide.  

Massachusetts: Anker Publishing.

Page 22: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 22/36

Suhaida Abdul Kadir et al. (2006).  Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif Terhadap

 Prestasi Pelajar Dalam Pendidikan Perakaunan. Jurnal Pendidikan Universiti

Malaya, 2006, 26, 37-62.

Sulaiman Ngah Razali. (1991). Penggunaan Statistik dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tor Geok Hwa. (2004).  Masalah Pembelajaran Sejarah: Satu Kajian Tindakan. Dimuat

turun daripada http://www.psb1.uum.ed 

William M. K. Trochim. (2006). Qualitative Methods. Dimuat turun dari laman web

Research Method Knowledge Base, http://www.socialresearchmethods.net 

Page 23: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 23/36

 

LAMPIRAN

LAMPIRAN A – BORANG SOAL SELIDIK 

LAMPIRAN B – PAPARAN PEMBENTANGAN

LAMPIRAN C – MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN

LAMPIRAN D – ARAHAN TUGASAN

Page 24: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 24/36

 

LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK  

Page 25: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 25/36

 

BORANG SOAL SELIDIK 

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF

TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH

TINGKATAN EMPAT

BAHAGIAN A: MAKLUMAT DIRI GURU

Sila lengkapkan ruang yang disediakan.

Sekolah : ______________________________________________ 

Jantina :___________________ 

Bangsa :___________________ 

Umur :____________________ tahun

Pengalaman mengajar mata pelajaran Sejarah :___________________ tahun

Tujuan soal selidik ini disediakan adalah untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan

tentang alat ukur keberkesanan Pembelajaran Koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam

mata pelajaran Sejarah tingkatan empat. Oleh itu, diharap dengan hormatnya dapat memberikan

kerjasama untuk melengkapkan butiran di bawah dengan jujur.

Semua maklumat peribadi adalah RAHSIA dan jawapan anda akan digunakan untuk kajiansahaja.

Anda tidak perlu menulis nama atau pengenalan diri di atas kerjasama ini.

Kerjasama anda amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Page 26: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 26/36

 

BAHAGIAN B: PEMBELAJARAN KOPERATIF YANG DIAMALKAN OLEH

GURU

Soalan temubual:

1.  Adakah anda menjalankan pembelajaran koperatif (berkumpulan)?

2.  Di kelas manakah anda menjalankan pembelajaran koperatif?

3.  Berapakah bilangan ahli bagi setiap kumpulan ?

4.  Berapa kerap anda menjalankan pembelajaran koperatif dalam seminggu?

5.  Adakah pelajar anda suka pembelajaran secara koperatif?

6.  Adakah pembelajaran koperatif memberi kesan yang positif kepada pelajar anda?

Page 27: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 27/36

 

BORANG PEMERHATIAN PENGKAJI

BAHAGIAN C: KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP PELAJAR 

Sila tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan. Pilih satu sahaja jawapan bagi setiap

 pernyatan di bawah.

Bil. Kesan-kesan Pembelajaran Koperatif YA TIDAK 

1 Dapat mengggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran

2 Dapat menggalakkan pelajar lebih aktif dalam aktiviti pembelajaran

3 Dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah

4 Dapat menguatkan ingatan pelajar terhadap perkara yang dipelajari

5 Dapat menguatkan ingatan pelajar terhadap perkara yang dibincangkan

 bersama ahli kumpulan

6 Dapat menyelesaikan masalah pelajaran dengan lebih mudah dan cepat

7 Dapat menambah keyakinan pelajar 

8 Dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran

9 Dapat meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap pelajaran10 Dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam pelajaran

11 Dapat membantu pelajar dalam membuat keputusan

12 Dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan ahli kumpulan

13 Dapat meningkatkan mutu komunikasi antara ahli kumpulan dengan

 baik 

14 Dapat menimbulkan perasaan seronok ketika belajar 

15 Dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan16 Dapat mengeratkan hubungan dengan ahli kumpulan

17 Dapat memupuk nilai-nilai murni antara ahli kumpulan

Page 28: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 28/36

 

LAMPIRAN B

PAPARAN PEMBENTANGAN 

Page 29: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 29/36

 

LAMPIRAN C

MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN 

Page 30: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 30/36

 

MPU 1024

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN I

MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN

TUGASAN KUMPULAN: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF

BIL : 1

TARIKH : 19 November, 2012. (Isnin) MASA : 2.30 p.m.

TEMPAT : Ruang Legar C22, berhadapan bilik kuliah 212.

KEHADIRAN :

1.  Mazura Binti Mahtar 

2.   Norliza Binti Mohamad

3.   Noorulhuda Binti Abd. Jalil

4.   Nur Hafizah Binti Jasni

BIL. AKTIVITI TINDAKAN

1. Pembentukan jawatankuasa kumpulan.

a.  Pemilihan ketua kumpulan dan setiausaha.

 b. 

Tugas ketua kumpulan adalah memimpin kumpulan agar tugasan dapat dilaksanakan dengan baik. Setiausaha pula

 bertujuan untuk membuat catatan dan minit mesyuarat

 perjumpaan.

c.  Pembentukan dilakukan secara undian.

d.  Keputusan: Mazura dilantik sebagai ketua dan Nur Hafizah

sebagai setiausaha.

Ahli Kumpulan

Page 31: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 31/36

2. Pemilihan tajuk kajian

a.  Tajuk kajian dipilih melalui undian.

 b.  Tajuk kajian dibentuk berdasarkan tajuk kajian yang telah

dibuat semasa cadangan kajian kuantitatif.

c.  Keputusan: tajuk Norliza dipilih.

“KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF

DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN

EMPAT

DI SMK SAINT JOSEPH (B), JOHOR BAHRU.” 

Ahli Kumpulan

3. Mencari bahan

a.  Setiap ahli diwajibkan mencari bahan, 2 buah buku dan 2

 buah jurnal atau artikel

Ahli Kumpulan

4. Perjumpaan ditangguhkan pada 3.55 p.m.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

...................................................... ....................................................

(NUR HAFIZAH BINTI JASNI) (MAZURA BINTI MAHTAR)

Page 32: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 32/36

 

MPU 1024

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN I

MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN

TUGASAN KUMPULAN: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF

BIL : 2

TARIKH : 26 November, 2012. (Isnin) MASA : 2.30 p.m.

TEMPAT : Ruang Legar C22, berhadapan bilik kuliah 212.

KEHADIRAN :

1.  Mazura Binti Mahtar 

2.   Norliza Binti Mohamad

3.   Noorulhuda Binti Abd. Jalil

4.   Nur Hafizah Binti Jasni

BIL. AKTIVITI TINDAKAN

1. Pengumpulan Bahan

a.  Bahan yang diperolehi dikumpul.

 b. 

Setiap ahli menyumbang idea untuk membina cadangankajian kualitatif 

c.  Bab 1 dan Bab 3 memerlukan pembacaan tambahan selain

daripada bahan yang diperolehi.

Ahli Kumpulan

2. Tugasan perlu ditaip mengikut format yang telah ditentukan oleh

 pensyarah seperti yang terkandung dalam arahan tugasan.

 Noorulhuda

3. Set soal selidik perlu disediakan bersama dengan borang

 pemerhatian.

Mazura dan

 Norliza

Page 33: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 33/36

4. Bahan tambahan diperlukan bagi menyempurnkan cadangan. Nur Hafizah

5. Perjumpaan ditangguhkan pada 3.40 p.m.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

...................................................... ....................................................

(NUR HAFIZAH BINTI JASNI) (MAZURA BINTI MAHTAR)

Page 34: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 34/36

 

MPU 1024

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN I

MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN

TUGASAN KUMPULAN: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF

BIL : 3

TARIKH : 3 Disember, 2012. (Isnin) MASA : 2.30 p.m.

TEMPAT : Ruang Legar C22, berhadapan bilik kuliah 212.

KEHADIRAN :

1.  Mazura Binti Mahtar 

2.   Norliza Binti Mohamad

3.   Noorulhuda Binti Abd. Jalil

4.   Nur Hafizah Binti Jasni

BIL. AKTIVITI TINDAKAN

1. Setiap bahan yang siap ditaip disemak dari segi ejaan. Melakukan

tugas menambahbaik bagi menyempurnakan lagi cadangan kajian.

Ahli Kumpulan

2. Perjumpaan ditangguhkan pada 3.55 p.m.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

...................................................... ....................................................

(NUR HAFIZAH BINTI JASNI) (MAZURA BINTI MAHTAR)

Page 35: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 35/36

 

MPU 1024

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN I

MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN

TUGASAN KUMPULAN: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF

BIL : 4

TARIKH : 10 Disember, 2012. (Isnin) MASA : 2.30 p.m.

TEMPAT : Ruang Legar C22, berhadapan bilik kuliah 212.

KEHADIRAN :

1.  Mazura Binti Mahtar 

2.   Norliza Binti Mohamad

3.   Noorulhuda Binti Abd. Jalil

4.   Nur Hafizah Binti Jasni

BIL. AKTIVITI TINDAKAN

1. Membina paparan pembentangan (slide powerpoint) untuk 

 pembentangan pada 17 Disember, 2012.

Ahli Kumpulan

2. Pembentangan akan dilaksanakan oleh Mazurah atau Nur Hafizah3. Perjumpaan ditangguhkan pada 3.55 p.m.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

...................................................... ....................................................(NUR HAFIZAH BINTI JASNI) (MAZURA BINTI MAHTAR)

Page 36: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 36/36

 

LAMPIRAN D

ARAHAN TUGASAN