kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

21
KERTAS CADANGAN KUALITATIF PENGGUNAAN PETA MINDA MEMBANTU MURID MENGUASAI FAKTA DALAM PENULISAN KARANGAN BAB 1 MASALAH KAJIAN 1.1 Pengenalan Selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara,mata pelajaran bahasa Melayu telah menjadi mata pelajaran wajib bagi semua peringkat persekolahan.Pada peringkat sekolah rendah,bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan dan sekolah rendah kebangsaan dan pada peringkat sekolah menengah,bahasa melayubahasa pengantar di semua sekolah.Oleh itu,bahasa Melayu perlu dikuasai dari peringkat sekolah rendah lagi untuk memudahkan murid mengikuti semua bidang pelajaran. Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus pada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa,iaitu kemahiran mendengar dan bertutur,kemahiran membaca,dan kemahiran menulis.Hasil pembelajaran juga mengabungkan peraturan dalam sisitem bahasa dan di sokong oleh elemen pengisian kurikulum. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis,tanda baca dan ejaan digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka bagi menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif.

Upload: bujangpauzan

Post on 05-Jul-2015

3.889 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

KERTAS CADANGAN KUALITATIF

PENGGUNAAN PETA MINDA MEMBANTU MURID MENGUASAI FAKTA

DALAM PENULISAN KARANGAN

BAB 1

MASALAH KAJIAN

1.1 Pengenalan

Selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara,mata pelajaran bahasa

Melayu telah menjadi mata pelajaran wajib bagi semua peringkat persekolahan.Pada

peringkat sekolah rendah,bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah

kebangsaan dan sekolah rendah kebangsaan dan pada peringkat sekolah

menengah,bahasa melayubahasa pengantar di semua sekolah.Oleh itu,bahasa Melayu

perlu dikuasai dari peringkat sekolah rendah lagi untuk memudahkan murid mengikuti

semua bidang pelajaran.

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus pada hasil

pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan

kemahiran bahasa,iaitu kemahiran mendengar dan bertutur,kemahiran membaca,dan

kemahiran menulis.Hasil pembelajaran juga mengabungkan peraturan dalam sisitem

bahasa dan di sokong oleh elemen pengisian kurikulum.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan

mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu

pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang

gramatis,tanda baca dan ejaan digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka bagi

menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif.

Page 2: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

1.2 Latar Belakang Kajian.

Kemahiran penulisan ialah kemahiran pratulisan,tulisan mekanis,dan penulisan

karangan.Dalam kemahiran penulisan murid harus dapat mengeluarkan idea melalui

penilsan dengan menggunakan ayat,tanda baca,ejaan,tatanahasa yang betul,serta tulisan

yang jelas.

Penulisan adalah merupakan salah satu matapelajaran wajib diduduki oleh pelajar Tahun

6 dalam peperiksaan UPSR.Kemahiran penulisan ini harus diarahkan sejak pelajar dalam

tahap satu,pelajar telah dibimbing untuk membina ayat mudah.

Dalam Tahun 4 pelajar mula untuk menguasai fakta bagi menghasilkan penulisan bahan

berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif.Setelah membuat tinjauan terperinci

saya telah bertekad untuk mengkaji salah satu masalah utama di dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah iaitu untuk menguasai fakta dalam

penulisan,dan kaedah yang ingin diperkenalkan ialah kaedah Peta Minda.

Penyelidik telah bertekad untuk menkaji bagaimana penggunaan kemahiran peta minda

akan mampu secara berkesan utuk menguasai fakta dalam penulisan karangan.

Page 3: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

1.3 Pernyataan Masalah.

Masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dalam penulisan

karangan adalah untuk mengembangkan idea berdasarkan tajuk yang diberikan.Mereka

seringkali mengulang semula isi yang telah mereka kemukakan.Mereka hanya menukar

memutar balikkan isi perengan yang terdahulu.Jalan cerita dalam penulisan juga agak

mengelirukan dan bercelaru kerana sudah ketandusan idea.

Untuk menentukan fokus kajian ini,kaedah soal selidik,kaedah temu bual,ujian kes,dan

analisis dokumen digunakan.Bermula dengan dua soal selidik iaitu kajian emosi pelajar

dan kajian impak matapelajaran.Soal selidik ini akan mengungkap masalah yang dihadapi

oleh pelajar pelajar sekolah rendah semasa proses pengajaran dan pembelajaran penulisan

karangan.Seterusnya saya akan gunakan kaedah peta minda dalam pengajaran dan

pembelajaran dan saya akan dapat melihat perubahan pada hasil penulisan pelajar.

1.4 Kerangka konsep.

Kerangka konsep ialah kerangka yang menunjukkan hubungan sebab-kesan antara

variabel tak bersandar(independent) dan variabel bersandar (dependent)yang biasanya

digambarkan dalam sebuah rajah.

1.Pengajaran dan pembelajaran

2.Kaedah & strategi guru Menguasai fakta

3.Pembacaan murid penulisan karangan

Page 4: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

1.5 Objektif Kajian.

Penyelidikan ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian penulisan karangan di

kalangan pelajar sekolah rendah. Kajian ini diharapkan dapat mencapai objektif berikut.

1. Meningkatkan kemahiran pelajar membuat peta minda yang

sistematik,lengkap dan cepat.

2. Menyakinkan pelajar tentang keberkesanan peta minda sebagai alat untuk

menguasai fakta dalam penulisan karangan.

3. Meningkatkan prestasi pelajar menguasai fakta dalam penulisan karangan.

4. Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru dalam

penulisan karangan.

1.6 Persoalan Kajian.

Persoalan kajian adalah seperti berikut:

1. Bagaimanakah penggunaan Peta Minda dapat membantu pelajar-pelajar

sekolah rendah menguasai fakta dalam penulisan karangan.

2. Bagaimanakah penggunaa Peta Minda dapat membantu para guru dalam

pengajaran-dan pembelajaran penulisan karangan.

3. Sejauh manakah keberkesanan penggunaan peta minda mempertingkatkan

kebolehan dan keupayaan membina peta minda secara cepat dan spontan.

Page 5: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

1.7 Kepentingan Kajian.

Saya amat optimis bahawa kajian ini akan dapat meningkatkan tahap kecekapan

penulisan pelajar dengan menggunakan peta minda dan diaplikasikan oleh murid-

murid.Bagi guru-guru pula diharap dapatan ini akan terus memberi motivasi kepada guru

berkenaan dan guru-guru lain.

Hasil tersebut kelak akan menjadi sumber inspirasi atau semangat guru-guru supaya lebih

berani untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang baru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.Dapatan kajian ini akan menjadi koleksi sekolah untuk sumber rujukan

guru-guru serta sekolah lain yang memerlukannya.

1.8 Batasan Kajian.

Dalam kajian ini terdapat batasan seperti berikut.

1. Kajian ini hanya dijalankan di sekolah rendah di Bahagian Bintulu. Oleh itu

dapatan kajian hanya menggambarkan keadaan peresekitaran dan keperluan

guru dan para pelajar di sekolah rendah sahaja.Walau bagaimana pun hasil

kajian ini boleh diperluaskan sebagai rujukan kepada kajian yang sama pada

sekolah-sekolah lain di Malaysia.

2. Kajian ini hanya berdasarkan dapatan peningkatan pencapaian penulisan

karangan dengan menggunakan peta minda .

3. Sampel yang dipilih ialah 15 orang pelajar.

4. Proses pengajaran dan pembelajaran hanya dikendalikan sebanyak sekali

dalam seminhhu dalam tempoh satu setengah jam.

Page 6: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

1.9 Takrifan Kajian.

Dalam membuat kajian ini nanti,beberapa takrifan terhadap istilah-istilah yang digunakan

adalah seperti berikut:-

1.9.1 Pelaksanaan

“Pelaksaan”menurut Kamus Dewan (2005,edisi keempat),mendefinisikan perlaksanaan

sebagai hasil daripada melaksanakan(menjalankan,mengusahakan)rancangan iaitu tugas

dan sebagainya.

1.9.2 Pendekatan

“Pendekatan” pula adalah merujuk kepada kaedah atau teknik pelaksanaan seperti

cara,langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas dalam

mengatasi masalh yang timbul.

1.9.3 Peta Minda

‘Peta minda’ adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada

pelajar.Dalam kaedah peta minda hanya fakta-fakta penting sahaja yang dimasukkan

kedalam peta minda.Peta minda direka dengan pelbagai corak.

1.9.4 Pengajaran

‘Pengajaran’ bermaksud strategi,kaedah dan teknik menyampaikan sesuatu ilmu

pengetahuan agar membolehkan sesuatu perubahan tingkah laku berlaku.

Page 7: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

1.9.5 Pembelajaran

‘Pembelajaran’adalah suatu proses belajar dan menerima pengetahuan daripada

pengajaran guru (Kamus Dewan 1970),sama ada melalui pembelajaran secara formal

ataupun tidak formal seterusnya berlaku perubahan tingkah laku,seseoran kanak-kanak

akan mengaplikasi dan menajamkan lima deria iaitu penglihatan,pendengaran,rasa,hidu

dan sentuhan melalui aktiviti yang dirancang oleh guru.Mereka dapat berinteraksi dengan

alam sekitarnya bersesuaian dengan minat dan kreatviti.

Rumusan.

Berdasarkan maklumat penerangan diatas jelas menunjukkan para pelajar perlu

menggunakan peta minda sebagai satu teknik untuk meningkatkan daya ingatan melalui

penggunaan minda sebelah kanan atau subconseius mind.Tumpuan yang diberikan adalah

pelajar sekolah rendah dalam penulisan karangan.Semoga kajian ini dapat membantu

para guru dan pelajar dalam menguasai fakta dalam penulisan karangan.

Page 8: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

BAB2

Tinjauan Literatur

2.1 Pengenalan

Bab ini akan mengenengahkan kajian yang terdahulu berkaitan proses penggunaan peta

minda dalam penulisan.Penulisan sesebuah karya adalah bergantung kepada kemahiran

pelajar dalam mengembangkan idea untuk menjadi sebuah karya yang bermutu,menarik

dan bertepatan dengan tajuk yang diberikan.

Banyak kajian yang menggunakan peta minda untuk meringkaskan ingatan minda

seseorang dalam mengingati fakta.Dalam kajian yang lepas memang banyak

keberkesanan peta minda membantu pelajar mengingat dan menghubung kait

konsep,fakta dan istilah yang begitu banyak mengelirukan.

Kajian lepas mengenai peta minda dalam menguasai fakta dalam penulisan agak terlalu

kurang dilihat.Namun saya amat optimis untuk mengenengahkan penggunaan peta minda

untuk menguasai fakt dalam penulisan karangan sekolah rendah memandangkan pelajar

sekolah rendah membina karangan hanya berdasarkan yang terlintas difikiran tanpa

menggunakan sesuatu yang lebih sistematik dan menarik.

2.2 Kajian Berkaitan

Page 9: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Melayu, hasil pembelajaran bagi kemahiran

menulis ialah keupayaan menggunakanpelbagai jenis ayat dan wacana,mencatat dan

menyusun maklumat,menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif dan membuat

ulasan.

8.6- menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan.

9.0- mencatat dan menyusunkan maklumat.

10.0- menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

11.0 membuat ulasan tentang bahan yang didengar,ditonton atau dibaca.

Berdasarkan kemahiran diatas ramai pelajar rendah mengalami masalah untuk menguasai

fakta dalam menghasilkan sebuah karya penulisan yang menarik dan gramatis.Jadi

penggunaan peta minda dalam menghasilkan karya penulisan mereka telah banyak

membantu mereka untuk mengembangkan idea secara teratur dan kemas.

Mengikut seorang penulis DILIP MUKERJEN(1996) dalam bukunya bertajuk

‘SUPERBRAIN’ melalui pemetaan minda seseorang itu dapat......... ‘learn

more,remember more,use LESS paper,invest Less effort” yang membawa maksud

penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak

mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai satu

kaedah yang boleh membantu pelajar mencatat nota,mengembang idea.

Menurut Subaidah(2002),kini penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu

kemahiran maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur.

Menurut Brinkman 2003, kaedah peta minda ini menggunakan kedua-dua belah otak

dan dengan cara ini dapat meningkatkan produktiviti dan ingatan manusia.

Page 10: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

Mohammad Nor Sanusi,Sepang,selangor ‘Seminar Kecermelangan UPSR

(2009)Panduan menulis karangan ,langkah-langkah yang dicadangkan ialah :-

i. Baca soalan dengan teliti dan faham kehendak soalan .

ii. Mencatat isi-isi penting dengan menggunakan peta minda.

iii. Menulis karangan lengkap berdasarkan isi-isi penting dalam peta minda.

iv. Semak semula karangan yang telah siap.Jika ada kesalahan ejaan atau struktur

,buat pembetulan.

Menurut Kajian Tindakan,Kemahiran membuat Peta Minda,Sekolah Menengah

Kebangsaan Tanah Merah(1998) yang diterajui oleh dua orang fasilitator Kajian

Tindakan Negeri Kedah,iaitu En Lee Soon Guan dan Pn Chee Kamaliah

Yahya,bahawa kajian mereka telah terbukti keberkesanan peta minda sebagai alat untuk

meningkatkan daya ingatan para pelajar.hali ini telah dapat dibuktikan daripada Ujian

Akhir Tahun pelajar telah mendadak meningkat setelah hasil menggunakan peta minda.

Menurut mereka lagi peta minda adalah juga satu kaedah yang sering digunakan oleh

kebanyakan guru sekolah menengah untuk mengingat dan mencatatkan nota yang

berkesan kepada pelajar.Dalam kaedah peta minda hanya faktor –faktor penting sahaja

yang dimasukkan kedalam peta minda.

Petua membuat peta minda.

1. Dibahagian tengah,lukis tajuk dengan huruf besar.

2. Bahagian kepada cabang-cabang merupakan fakta utama(maksimum tujuh

cabang)

3. Bahagikan cabang kepada cabang kecil untuk fakta terperinci.

4. Setiap cabang utama menggunakan satu ayat contoh kaedah,jenis.

5. Semua fakta didalam huruf besar.

6. Jangan fikir dimana hendak letakkan cabang dan fakta.

Oleh itu penggunaan peta minda membolehkan kita menggunakan kedua-dua bahagian

otak.

Page 11: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentukdan menyusun strategi pembelajaran

yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar.Pembelajaran hafalan memerlukan daya

ingatan yang kuat,tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritsi dan kreatif malah

iannya tidak sesuai dizaman serba maju ini.

Sebagai seorang insan,Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang

mempunyai pelbagai fungsi.Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa-

apa rangsangan yang berkaitan dengannya.

Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang

insan.Sebagai contoh,mata yang berfungsi untuk penglihatan akan meransangkan

tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna

kepada dirinya.Mesej yang dihasilkan dalam penulisan akan menjadi mudah dan jelas

sekiranya kita dapat merangsang pancaindera yang ada pada seseorang individu itu

dengan cepat.

Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala

isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah.Beberapa

elemen yang dapat merangsang fungsi otak dan memudahkan pemahaman .

Melakar simbol-idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya

disimbolkan dengan satu bulatan.Dari sinilah idea ini akan berkembang.Pelbagai cara

dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini.Pemetaan minda ini lebih sesuai dibuat

dalam bentuk pengurusan grafik beserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan

sebagau satu teknik memetakan minda kita kearah memudahkan pemahaman.

Pencetusan idea-lakaran yang dibuat yang merangkumi teks,grafik dan gambar dapat

mempergiatkan lagi krativiti individu kearah pencetusan idea.

Page 12: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

Rumusan.

Dari kajian-kajian diatas memang para pengkaji sebelum ini telah sepakat bahawa

penggunaan peta minda memang suatu cara yang efektif untuk mengingatkan fakta secara

lebih bersistematik.Oleh kerana itu saya ingin mengaplikasikan kajian peta minda ini

kepada penulisan karangan.Saya sangat optimis jika peta minda mampu membantu

pelajar sekolah rendah menguasai fakta dalam penulisan.

BAB 3

Metodologi

4.1 Pendahuluan

Dalam bab ini dijelaskan secara ringkas tentang bahagian-bahagian yang terkandung

seperti pemilihan reka bentuk kajian iaitu kualitatif.Di sini juga dihuraikan tentang

bagaimana prosedur-prosedur pengumpulan data dirancang dan

dilaksanakan.Penyelidik turut menjelaskan tentang instrumen-instrumen yang

digunakan di samping penjelasan mengenai analisis data.

4.2 Reka bentuk kajian.

Reka bentuk kajian merupakan satu strategi atau rancangan bagaimana untuk

menjalankan sesuatu kajian yang melibatkan pemilihan dan pembahagian sampel.Ia

juga menerangkan apakah data dan bagaimana data dikutip.Penyelidik memilih reka

bentuk kajian kualitatif dalam bentuk eksperimen jenis tak berkumpulan

kawalan.Reka bentuk ini bertujuan untuk membandingkan keberkesanan kaedah

pengajaran baru dengan kaedah biasa.

Reka bentuk kajian saya adalah berdasarkan pendekatan model Kajian Tindakan yang

pernah saya hadiri semasa kursus.Kajian Tindakan ini merangkumi lima kompenan

asas penting yang dicadangkan seperti berikut:-

Page 13: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

3.2.1 Mengenal pasti focus.

Fokus utama saya ialah penggunaan peta minda membantu murid menguasai fakta dalam

penulisan karangan.

Fokus kajian adalah penting bagi memudahkan saya membuat perancangan.Hasil

penganalisaan data sebelum ini membantu pengkaji dalam memberikan gambaran sesuatu

situasi dan pernyataan masalah yang sebenar.hasil penganalisaan itu suatu teori dapat

dikemukakan dengan sokongan bukti-bukti yang diperolehi daripada proses

tinjauan.Bermula dari ini satu fokus kajian dapat dikemukakan.Penentuan fokus kajian ini

perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut.

• Isu itu perlu tindakan segera

• Sejauh mana mustahaknya isu itu kepada pengkaji.

• Sejauh mana mustahaknya isu itu kepada pelajar.

• Penumpuan kepada satu bahagian yang penting.

• Tugas ini boleh diurus dengan baik.

• Terdapat peluang yang baik untuk mendalami permasalahan tersebut.

3.2.2 Langkah Merancang Tindakan

Mengenal pasti fokus

Merancang

Bertindak

Refleksi Menilai

Page 14: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

Semasa mengadakan langkah merancang tindakan adalah lebih bermakna dan berkesan

sekiranya ramai guru yang turut terlibat dan membantu merancang kegiatan tindakan

kajian.Lazimnya,rancanagan tindakan dapat dibahagikan kepada dua jenis.

• (a) Rancangan yang hanya untuk mengubah cara yang ada secara terperinci atau

untuk menyelesaikan masalah tertentu yang diperolehi dalam suatu rancangan

tanpa mengubah keseluruhan rancangan.

• (b) Rancangan itu untuk menggantikan cara yang ada dengan cara lain.

Rancangan jenis (a) merupakan rancangan yang menarik untuk diteruskan tetapi beberapa

bahagian perlukan diperbaiki.Rancangan (b) pula merupakan rancangan yang tidak boleh

diteruskan berdasarkan daripada tinjauan yang lalu.Oleh itu rancangan in perlu ditukar

kerancangan lain.

Cadangan perkara yang perlu diambil berat atau pertimbangkan semasa merancang

tindakan.

• Matlamat cadangan tindakan

• Sebab-sebab cadangan tindakan itu diambil.

• Senarai tentang tindakan-tindakan yang dicadangkan seperti.

i. Tugas dan tanggungjawab baru

ii. Aktiviti – aktiviti baru.

iii. Bahan-bahan baru.

iv. Struktur organisasi baru,dan

v. Falsafah dan konsep baru bagi perubahan itu.

• Pernyataan cara-cara pemantauan perubahan yang ada.

• Pernyataan penilaian formatif dan sumatif.

Pernilaian formatif dijalan semasa pelaksanaan ujian.Ini amat berguna untuk

mendapatkan makluman.Penilaian sumatif pula dijalankan di akhir pelaksanaan

kajian untuk gambaran keseluruhan projek kajian.Oleh itu pengkaji dapat

membuat keputusan apa yang telah berlaku dan apa yang patut dibuat seterusnya.

• Pernyataan keperluan yang lain,misalnya

Page 15: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

i. Sumber-sumber seperti bahan rujukan,kewangan,tenaga dan sebagainya,

ii. Kelengkapan,dan

iii. Masa.

• Bersesuaian dengan teori-teori praktik yang dibina daripada amalan

sebenar.

3.2.3 Cadangan Pelaksanaan Langkah-langkah Tindakan.

Perancangan tindakan lazimnya boleh melibatkan beberapa alternatif.Daripada

perbincangan dengan rakan-rakan,pengkaji mungkin menghadapi kesukaran untuk

melaksanakan langkah-langkah tindakan itu.Ini kerana banyak halangan yang dinyatakan

dan akhirnya pengkaji tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mahu menerima

risiko.Kita perlu memahami bahawa setiap perubahan memang mempunyai

risikonya.Kita tidak boleh menunggu sehingga tiada risiko.Pengkaji perlu meneliti dan

menganalisis data secara terperinci supaya berkeyakinan untuk meneruskan kajian dan

terdapat orang yang bersedia membantu.Semasa langkah-langkah tindakan

dijalankan,pengkaji mungkin memerlukan rakan yang boleh mengkritik supaya pengkaji

dapat gambaran yang betul apa yang sedang dibuat.Kritikan ini mestilah diberikan secara

jujur.

Seterusnya pengkaji mungkin mendengar beberapa kegagalan orang lain.Sememangnya

tidak harus berlaku kegagalan.walau bagaimanapun pengkaji dapat berkongsi kegagalan

itu bagi membina panduan seterusnya.

3.2.4 Pemantauan Dan Penilaian.

Setelah tindakan dirancang dan dilaksanakan.pemantauan serta penilaian mesti

dijalankan.Pemantauan boleh dijalankan oleh beberapa pihak,misalnya pengkaji sendiri

boleh membuat pemantauan kendiri ataupun rakan pengkaji boleh memantau bersama

kajian.

Aktiviti-aktiviti Pemantauan.

i. Pemantauan kendiri

Page 16: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

Pemantauan kendiri ini dibuat pada akhir setiap peringkat kajian.Segala idea yang

berkaitan dengan apa yang telah dilakukan,halangan serta masalah yang timbul

dicatatkan dalam diari.Pandangan orang lain juga dicatatkan.dari semasa ke

semasa,pengkaji perlu melihat isu asal supaya tidak menyimpang.Penting dipastikan

adakah fokus kajian perlu diubah?

ii. Pemantauan dengan Rakan/kumpulan Sejawat

Pemantauan oleh rakan atau kumpulan rakan sejawat boleh

dijalankan.Rakan/kumpulan sejawat yang memahami apa yang dilakukan oleh guru

pengkaji boleh memberikan pandangan dan kritikan yang membina.Perjumpaan

menerusi mesyuarat hendaklah diatur dan dijalankan supaya maklum balas yang

berterusan diperolehi.

iii. Pemantauan dengan Pelajar-Pelajar

Pelajar mempunyai pandangan dan tindakan yang berbeza dari pengkaji.Maklum

balas daripada pelajar dapat mencerminkan bukan sahaja perasaan mereka tetapi juga

bagaimana mereka berfikir tentang apa yang pengkaji sedang lakukan.Pelajar

mungkin memberikan kritikan dan ini dapat membantu pengkaji dalam kajiannya.

iv. Pemantauan Bersama

Adalah dicadangkan kaedah”triangulation”digunakan.Hal ini melibatkan 3 pihak atau

lebih iaitu guru,rakan sejawat dan pelajar/pemerhati.Mengadakan

mesyuarat/perjumpaan membolehkan perbincangan diadakan.Perjumpaan ini lebih

dinamik dengan menggunakan audio visual dan dinilaikan oleh kumpulan yang

dinilai.

Aktiviti-aktiviti Penilaian

Dalam proses menilai kajian tindakan,pengkaji perlu menerangkan perkara-perkara

mengenai jenis-jenis penilaian yang boleh dilakukan.

Jenis-jenis penilaian

Terdapat dua jenis penilaian yang penting.

Page 17: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

• Penilaian Formatif,

• Penilaian Sumatif.

Penilaian Formatif.

Penilaian jenis formatif adalah penilaian yang dijalankan proses kajian dilaksanakan.

Penilaian Sumatif.

Penilaian jenis ini diadakan hanya pada akhir setiap tahun atau gelungan kajian.

Siapa Yang Menjalankan Penilaian

Penilaian boleh dijalankan pengkaji,rakan sejawat,pelajar,kumpulan guru pengkaji,pihak

pentadbir sekolah,fasilitator dari luar sekolah dan ahli-ahli pengkaji lain yang dipersetujui

oleh jawatankuasa kajian.

3.3 Populasi dan Sampel

Apakah definisi populasi? Gay dan Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai

“Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji,iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian

akan generalisasikan”.Jadi populasi saya ialah sebuah sekolah rendah di Bintulu.

Sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili

sesuatu populasi.Sampel kajian saya nanti ialah 15 orang.

Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi akan

menentukan bagaimana dan berapa ramai sample yang akan dipilih serta perbelanjaan

kajian.Sebagai contoh ,kajian tentang keperluan murid-murid untuk meningkat

pencapaian akademik mereka di sekolah luar Bandar tentulah berbeza daripada kajian

tentang keperluan murid-murid luar Bandar di Malysia.Populasi bagi kedua-dua kajian

adalah berbeza,saiz sample akan berbeza begitu juga reka bentuk kajian yang akan

digunakan juga berbeza.

Page 18: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

Pengkaji menggunakan Persampelan Rawak Mudah(PRM) .Persampelan jenis ini adalah

satu proses pemilihan sample di mana semua individu dalam populasi tertentu

mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sample.Persampelan rawak-mudah

merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan sample yang mewakili populasi.Dari segi

tekniknya,ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu,seperti berikut:

i. Kenal pasti populasi dan berikan definisinya.(misalnya murid-murid Tahun 1)

ii. Tentukan bilangan ahli populasi dan senaraikan nama mereka(misalnya 250

orang)

iii. Berikan nombor(secara berturutan)kepada ahli populasi(misalnya 000

hingga249)

iv. Tentukan saiz sample(misalnya,50 orang,iaitu 20% daripada populasi).

v. Ambil nombor daripada jadual nombor rawak(JNR)dan pilih ahli populasin

yang bernombor sama dengan nombor daripada JNR ini sebagai sample

kajian,dan ulang cara ini sehingga mendapat 50 orang sample.

Persampelan Rawak Mudah lebih diutamakan berbanding teknik-teknik yang lain sebab

persampelan ini dapat menghasilkan sample yang lebih tepat untuk mewakili populasi.

3.4 Alat Kajian

Pengutipan data kualitatif ini memerlukan alat-alat kajian yang sesuai untuk menjawab

soalan-soalan kajian.Data kualitatif boleh dikutip melalui

temubual,pemerhatian,soalselidik,penelitian dokumen dan sebagainya.

i. Pembinaan alat kajian

Alat-alat kajian perlu dibina terlebih dahulu,sebelum kajian sebenar dijalankan.Sekiranya

kajian menggunakan ujian,ia perlu dirancang dan dibina supaya bersesuaian dengan

tujuan dan objektif kajian.Sesuatu ujian yang dibina dengan baik akan memberi ukuran

Page 19: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

variable dengan tepat/sah.Data yang dikutip ini akhirnya akan dianalisis dan hasilnya

akan ditafsir oleh pengkaji.justeru,ketepatan data kajian amatlah penting disebabkan

penakrifan yang betul bergantung kepada data yang tepat.proses pembinaan alat kajian

boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu(a) menentukan objektif alat kajian,dan(b)

menentukan kandungan alat kajian.

Bagi kajian kualitatif ini,pengkaji akan perlu membina alat-alat kajian menurut definisi

operasional perkara-perkara yang kita ingin kaji.Kaedah membina alat-alat kajian

mengikut bentuknya dijelaskan dalam bahagian berikutnya.

(a) Penilaian Dokumen- merujuk suatu rekod tentang pemekiran,perasaan,pendapat

atau tindakan seseorang.

(b) Alat pemerhatian-pemerhatian sebagai alat untuk mengutip data mempunyai cirri-

ciri berikut:

• Satu atau lebih pemerhati diletakkan di tempat yang sesuai pada sudut

tertentu dan pada masa yang ditetapkan.

• Membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi.

• Pilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian.

• Pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat pemerhatian.

• Menyediakan sesuatu yang patut dibuat.

(c) Alat Menemuduga

Temuduga merupakan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu.Ia disifatkan

sebagai suatu proses pencarian makna yang aktif apabila fenomena yang diselidik

tidak dapat dilihat secara langsung.Secara spesifik,tujuan temuduga adalah untuk

mengutip maklumat.Temuduga adalah teknik mengutip data daripada subjek

melaluisoalan yang dikemuka dan mendapatkan reaksi daripada mereka secara verbal

atau tanpa verbal.temuduga boleh bersifat kasual atau mendalam.

Page 20: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

Pengkaji akan menggunakan jenis temuduga berstruktur atau piawai.Soalan yang

dibangunkan bertujuan untuk mendapat respons yang spesifik.Contoh; “Kamu minat

penulisankah?”

3.5 Analisis Data

a. Proses Menganalisis Data.

Analisis melibatkan proses menyusun data.Pengkaji perlu menyusun data asal yang

dikutip dalam bentuk,kategori dan unit deskriptif asas.Tanpa mengambil kira kaedah

yang digunakan untuk mengutip data,lima(5) langkah berikut perlu diikuti dalam

penganalisisan data:

(i) Tahap pra analisis

(ii) Tahap kemasan data

(iii) Tahap pamiran data

(iv) Tahap verifikasi data

(v) Tahap dapatan (termasuk interpretasi).

(b) Interprestasi Data

Interprestasi melibatkan memberi makna dan kesignifikan kepada analisis,ia

melibatkan penerangan dan penetapan bentuk deskriptif dan penentuan hubungan

sesama bentuk.Melihat semula aktiviti bermakna semasa melakukan interprestasi dan

disiminasi.Di bawah diberikan rujukan untuk interprestasi data.

• Interprestasi

• Interprsetasi bebas daripada pilih kasih (bias) anda

• Interprestasi berdasar teori

• Interprestasi berdasarkan maklumat

Page 21: Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

• Interprestasi tertakhluk kepada prinsip etika yang ketat.

3.6 Rumusan

Perbincangan dalam bahagian metodologi ini telah menerangkan beberapa aspek yang

penting dari segi perdekatan dan pengkaedahan dalam kajian seterusnya.Adalah penting

setiap pengkaji memahami pengkonsepan metadologi serta teknik-teknik melaksanakan

langkah-langkah kajian seterusnya.Panduan yang dinyatakan dalam bahagian metodologi

ini adalah sebagai garis panduan untuk membantu pengkaji mula melaksanakan kajian

seterusnya.Untuk memperluaskan lagi pengetahuan pengkaji mengenai pengdekatan dan

pengkaedahan kajian adalah penting pengkaji mendalami lagi pengetahuan secara praktik

dan teori dengan bergiat dalam aktiviti kajian.Dengan adanya lebih banyak pengalaman

mengkaji dan menyelidik,pengkaji boleh menguasai kemahiran yang tinggi dalam

melaksanakan kajian penyelidikan danam pendidikan.