kajian sejarah

22
PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus sejarah ini pada masa yang telah ditetapkan. Tanpa izinNya, mustahil saya akan dapat menyiapkan kerja kursus ini. Jutaan terima kasih saya kalungkan kepada guru matapelajaran Sejarah saya iaitu Puan Maryuni Bt Mohamed yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan ketika menyiapkan folio ini. Di samping itu, saya juga ingin memberi sekalung penghargaan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Faridah Bt Yamin dan Ahmad B Ismail kerana banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan mereka, mungkin bertambah sukar kerja saya. Seterusnya saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan iaitu Ain Farhana, Siti Aisyah, Nurfuadah dan Faqihah kerana sudi membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Jasa dan pengorbanan kalian tidak akan saya lupakan. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Puan Habsah di atas kerjasama yang diberikan ketika kami menjalankan kajian ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami untuk ditemu ramah bagi menjalankan kajian sejarah ini. Akhir sekali, saya turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung ketika saya menjalankan kerja kursus ini.

Upload: faridah-yamin

Post on 31-Dec-2015

87 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN SEJARAH

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya

dapat juga saya menyiapkan kerja kursus sejarah ini pada masa yang telah ditetapkan. Tanpa

izinNya, mustahil saya akan dapat menyiapkan kerja kursus ini.

Jutaan terima kasih saya kalungkan kepada guru matapelajaran Sejarah saya iaitu Puan

Maryuni Bt Mohamed yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan ketika menyiapkan

folio ini.

Di samping itu, saya juga ingin memberi sekalung penghargaan kepada kedua ibu bapa

saya iaitu Faridah Bt Yamin dan Ahmad B Ismail kerana banyak mengorbankan masa, tenaga

dan wang untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan mereka,

mungkin bertambah sukar kerja saya.

Seterusnya saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan iaitu

Ain Farhana, Siti Aisyah, Nurfuadah dan Faqihah kerana sudi membantu saya menyiapkan

kerja kursus ini. Jasa dan pengorbanan kalian tidak akan saya lupakan.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Puan Habsah di atas kerjasama yang

diberikan ketika kami menjalankan kajian ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa

bersama kami untuk ditemu ramah bagi menjalankan kajian sejarah ini.

Akhir sekali, saya turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung ketika saya menjalankan kerja kursus ini.

Page 2: KAJIAN SEJARAH

OBJEKTIF KAJIAN

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang sejenis pakaian yang terdapat di Malaysia

merangkumi kesemua objektif-objektif berikut :

a) Kajian ini dilakukan bagi menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang jenis-

jenis pakaian Baju Kurung yang terdapat di Malaysia.

b) Kajian ini turut dilakukan bagi mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.

Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang

betul, jelas dan tepat.

c) Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran

PeperiksaanPenilaian Rendah (PMR).

Page 3: KAJIAN SEJARAH

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah ketika saya menjalankan kajian ini :

a) Penyelidikan perpustakaan

Saya telah menjalankan rujukan terhadap buku-buku dan akhbar yang berkaitan

dengan pakaian Baju Kurung di perpustakaan yang berhampiran.

b) Temu ramah

Saya telah menemu ramah pemilik kedai Wanis Fesyen tersebut untuk

memperoleh makluat tentang sejarah kedai tersebut.

c) Pemerhatian

Saya telah melawat tempat kajian untuk memerhati dan mengumpul maklumat

untuk menjalankan kajian yang dilakukan.

d) Rujukan

Saya telah menjalankan penyelidikan menggunakan internet dengan melayari

laman web yang bermaklumatkan pakaian Baju Kurung.

Page 4: KAJIAN SEJARAH

HASIL KAJIAN

Page 5: KAJIAN SEJARAH

1. Maklumat asas produk tempatan

Nama produk

Produk yang dikaji oleh saya yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah baju

kurung bagi perempuan dan baju melayu bagi kaum lelaki .Terdapat berbagai-

bagai jenis baju kurung yang dikeluarkan. Antaranya ialah kurung pahang, pesak

gantung, baju kurung moden, baju kurung kedah dan bermacam-macam lagi. Baju

melayu juga mempunyai jenisnya yang tersendiri. Namun terdapat dua jenis baju

melayu yang lebih utama iaitu baju melayu teluk belanga dan baju melayu cekak

musang.

Page 6: KAJIAN SEJARAH

Kategori

Kedua-dua pakaian yang saya kaji ini dikategorikan sebagai pakaian tradisi

melayu. Ini kerana, pakaian ini telah diperkenalkan dan diperagakan sejak zaman

dahulu lagi. Namun sehingga kini, pakaian ini terus menjadi pilihan malah telah

menjadi pakaian utama ketika menyambut sesuatu perayaan seperti Hari Raya

Aidilfitri dan majlis kenduri kahwin.

Page 7: KAJIAN SEJARAH

Nama pengusaha/syarikat/status hak milik

Kedua jenis pakaian tradisional melayu ini boleh didapati di sebuah kedai di

Selayang iaitu Wanis Fesyen. Pn Habsah bt Md Saman merupakan pemilik kedai

Wanis Fesyen ini. Beliau telah menceburi bidang jahitan ini seawal usia 18 tahun.

Pn Habsah Bt Md Saman nini merupakan pemilik tunggal kedai ini.

Sebelum ini, Puan Habsah telah memiliki dua buah kedai jahitan di Kedah dan

di belakang Balai Polis Selayang. Namun, kedua kedai itu hanya merupakan kedai

sementara. Kini, Wanis Fesyen ini merupakan satu-satunya kedai yang kekal

sehingga kini.

Page 8: KAJIAN SEJARAH

Lokasi

Wanis Fesyen yang diusahakan oleh Puan Habsah ini terletak di No. 9, Gerai

MPS, Jalan Besar Selayang Baru, 68100, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Kedai ini terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Batu Caves. Lokasi ini terletak

di kawasan bandar.

Page 9: KAJIAN SEJARAH

2. Latar belakang

Sejarah kewujudan

Wanis Fesyen merupakan satu nama yang diambil daripada perkataan ‘Wanita

Manis’. Hal ini dikaitkan dengan wanita yang akan kelihatan manis apabila

mengenakan pakaian baju kurung ini. Oleh itu, setelah disingkatkan perkataan

‘Wanita Manis’ maka wujudlah nama Wanis Fesyen yang kini menjadi sebuah

kedai yang maju dalam era jahitan.

Sewaktu Puan Habsah berusia 18 tahun, beliau telah didaftarkan di sebuah

sekolah yang dikhaskan bagi sesiapa yang berminat dalam bidang jahitan. Pada

tahun akhir beliau menuntut di sekolah khas itu, beliau telah menumpang di sebuah

kedai rambut cina bagi memulakan perniagaan baju kurung dan baju melayu. Puan

Habsah telah dibenarkan untuk menggunakan mesin jahit tuan kedai berkenaan

bagi menjahit pakaian tersebut.

Setelah 3 bulan menumpang di kedai itu iaitu pada tahun 1971, Puan Habsah

telah mendapat bantuan daripada MARA dan diberikan sebuah kedai untuk

membuka sebuah kedai jahit miliknya sendiri. Dua tahun kemudian, Puan Habsah

telah membuka sebuah kedai di negeri jelapang padi iaitu Kedah. Beliau bekerja di

sana dari tahun 1973 sehinggalah tahun 1979.

Page 10: KAJIAN SEJARAH

Pada tahun 1980, Puan Habsah telah berpindah ke ibu negara dan mula

menjahit di rumahnya sendiri. Kira-kira lima tahun kemudian, Puan Habsah telah

membuka sebuah kedai yang terletak di belakang Balai Polis Selayang. Dan

akhirnya, beliau telah membeli sebuah kedai di bawah Majlis Perbandaran

Selayang (MPS) yang kini merupakan kedai yang tetap.

Page 11: KAJIAN SEJARAH

Punca dan jumlah modal

Pada mulanya, Puan Habsah hanya memerlukan RM 10 sebagai modal. Akan

tetapi, setelah beliau membeli sebuah kedai di bawah Majlis Perbandaran

Selayang, beliau memperuntukkan RM 30 000 sebagai modal.

Page 12: KAJIAN SEJARAH

Pendaftaran perniagaan/lesen perniagaan

Puan Habsah telah berdaftar di bawah Majlis Perbandaran Selayang. Beliau

turut diberi lesen perniagaan bagi memulakan perniagaan pakaian tradisionalnya di

kedai Wanis Fesyen.

Page 13: KAJIAN SEJARAH

Tujuan/kepentingan produk

Tujuan produk ini dikeluarkan adalah supaya orang melayu tidak melupakan

pakaian tradisi nenek moyang mereka dan mengekalkan tradisi tersebut. Hal ini

kerana, zaman sekarang terdapat pelbagai jenis baju yang lebih cantik dan moden.

Oleh itu, baju melayu dan baju kurung ini perlulah dikeluarkan bagi mengekalkan

tradisi tersebut.

Page 14: KAJIAN SEJARAH

Keistimewaan/kelebihan/keunikan

Keistimewaan kejayaan Puan Habsah ialah beliau seorang yang mesra dan baik

hati. Beliau juga mempunyai ramai kenalan yang menempah baju padanya. Oleh itu,

Puan Habsah disenangi oleh semua pelanggannya.

Selain itu, nawaitunya yang bersih dan ikhlas dalam setiap pekerjaan. Dengan

itu, semua kerja yang dilakukan dapat disiapkan dengan sempurna dan memuaskan

hati pelanggannya.

Page 15: KAJIAN SEJARAH

3. Kaedah/Cara penghasilan

Tenaga kerja

Wanis Fesyen mempunyai tiga orang tenaga kerja termasuk Puan Habsah

sendiri. Dua orang pekerja Wanis Fesyen tersebut merupakan penuntut di

universiti dan kini, mereka sedang melakukan praktikal di kedai ini. Nama mereka

ialah Sumayyah Bt Che Abdullah dan Jamilah Bt Muhd Janis.

Page 16: KAJIAN SEJARAH

Senarai bahan

Untuk menghasilkan sesuatu pakaian, tidak memerlukan banyak bahan. Bahan

yang diperlukan ialah jarum bagi menjahit baju tersebut. Benang digunakan bagi

mencantumkan pakaian dan pembaris. Pembaris ini digunakan bagi mengukur

panjang kain sebelum dipotong.

Page 17: KAJIAN SEJARAH

Senarai peralatan

Di kedai Wanis Fesyen, terdapat beberapa peralatan yang disediakan iaitu tiga

buah mesin jahit yang mencukupi, sebuah seterika beserta papannya serta beberapa

alatan lain.

Bahan lain yang diperlukan ialah pita pengukur bagi mengambil sukatan badan

pelanggan. Kapur kain turut digunakan bagi menanda sukatan di atas kain yang

hendak dipotong.

Page 18: KAJIAN SEJARAH

Proses/peringkat penghasilan

Pada mulanya, pelanggan akan datang ke Wanis Fesyen untuk membuat

tempahan. Pekerja di sini akan mengambil catatan akan apa yang diminta oleh

pelanggan. Kain yang diberi oleh pelanggan akan diukur dan dipotong mengikut

sukatan badan yang telah diambil.

Kain tersebut akan dipotong kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah

bahagian tangan, badan, leher dan kaki. Kemudian, bahagian ini akan dicantumkan

dan dijahit. Selepas beberapa hari, pelanggan tersebut bolehlah datang kembali

untuk mengambil pakaian mereka yang telah siap.

Masa yang diambil untuk menyiapkan baju tersebut hanya lah 2 atau 3 jam

jikalau benar-benar fokus. Masa yang digunakan turut dipengaruhi oleh jenis kain

yang digunakan. Jikalau kain licin yang digunakan, semakin banyak masa yang

diambil untuk menyiapkannya kerana kain tersebut lebih sukar untuk dipotong dan

dijahit.

Kos upah yang dikenakan untuk sepasang baju adalah lebih kurang RM 40.

Fesyen baju yang biasanya ditempah pada masa kini ialah baju kurung moden,

pesak gantung atau lebih dikenali sebagai baju kurung Pahang dan banyak lagi

mengikut peredaran masa.

Page 19: KAJIAN SEJARAH

4. Perkembangan Produk

Pengiktirafan/sambutan daripada pengguna/penghargaan

Wanis Fesyen pernah mendapat pengiktirafan dari pihak media. Majalah Hawa

pada tahun 1988 merupakan salah satu majalah yang menampilkan pemilik Wanis

Fesyen ini. Selain itu, Puan Habsah juga pernah mendapat pengiktirafan daripada

akhbar Berita Harian pada tahun 1971/1972.

Pada suatu ketika dahulu, sekitar tahun 90-an, Wanis Fesyen pernah dipanggil

untuk menjahit baju bagi sebuah kumpulan artis iaitu ‘The Blues Gangs’. Puan

Habsah merupakan salah seorang kenalan Chef Wan.

Page 20: KAJIAN SEJARAH

Kemajuan yang dicapai

(kapasiti pengeluaran/kakitangan/teknologi/keuntungan yang diperoleh)

Pada kebiasaannya, Wanis Fesyen memperoleh keuntungan kira-kira RM 2 000

sebulan. Namun ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri, keuntungan yang mampu

diperoleh oleh Wanis Fesyen mencecah RM 5 000. Keuntungan yang diperoleh

dipengaruhi oleh jenis dan potongan serta beberapa aspek lain.

Page 21: KAJIAN SEJARAH

Cabaran dan masalah yang dihadapi

Disebalik kejayaan yang dicapai oleh Wanis Fesyen, mereka turut menghadapi

cabaran dan masalahnya yang tersendiri. Antara cabaran yang dihadapinya ialah

Wanis Fesyen terpaksa bersaing memenangi hati pelanggan kerana terdapat

beberapa lagi kedai jahit yag terletak berhampiran Wanis Fesyen.

Terdapat juga saingan lain iaitu saingan secara sihat dimana Wanis Fesyen

akan menghantar pakaian yang tidak dapat dijahit ke kedai lain untuk memuaskan

hati para pelanggan.

Page 22: KAJIAN SEJARAH

Perancangan masa hadapan

Perancangan Wanis Fesyen pada masa hadapan adalah untuk membuka kelas

jahitan. Hal ini kerana, Puan Habsah mahu bakatnya yang sedia ada diwarisi oleh

generasi kini. Beliau juga tidak mahu generasi kini terus melupakan tradisi nenek

moyang mereka.

Selain itu, Puan Habsah turut merancang untuk turun sendiri mengajar anak-

anak muda yang berminat sekiranya tiada tenaga pengajar. Ini merupakan salah

satu contoh yang perlu kita contohi untuk dijadikan tauladan.

Page 23: KAJIAN SEJARAH

RUMUSAN