sejarah perkembangan bahasa melayu dan kajian teks sejarah melayu

37
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Oleh: Mohd Ruslee Bin Mohd Salleh Fuziati Binti Misbah PGSR (BM) 2008/2012 Pensyarah: Haji Abdullah Bin Mohd Yassin Jabatan Pengajian Melayu 1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

Upload: asfanis4212

Post on 06-Aug-2015

896 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

BMM3112SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Oleh:

Mohd Ruslee Bin Mohd SallehFuziati Binti Misbah

PGSR (BM) 2008/2012

Pensyarah:

Haji Abdullah Bin Mohd Yassin

Jabatan Pengajian Melayu

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KOTA BHARU

Page 2: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok

tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-

ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi

kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain

dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan

menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan

keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku

bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa

Melayu di Tanah Semenanjung. Sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada

batu bersurat tentulah bahasa Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang. Ini

adalah kerana didapati bahasa yang ada pada batu bersurat kemudiannya sudah

agak tersusun pembinaan kata dan pembinaan ayatnya. Bahasa Melayu juga sudah

kuat pengaruhnya sehingga orang India yang menulis perkataan pada batu bersurat

tersebut yang menggunakan aksara Sanskrit memasukkan juga beberapa perkataan

Melayu. Untuk memberi nama pada bahasa yang tidak mempunyai bukti sejarah

tersebut (sebelum bahasa orang India masuk ke Nusantara), ia diberi nama bahasa

Melayu Purba.

Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat lima zaman perkembangan

Bahasa Melayu.Ini membuktikan bahawa Bahasa Melayu tersebar dan berkembang

secara bertahap –tahap iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah

Zaman Bahasa Melayu Purba, Zaman Bahasa Melayu Kuno, Zaman Bahasa Melayu

Klasik, Zaman Bahasa Melayu Pramoden dan Zaman Bahasa Melayu Moden.

Secara ringkasnya, berdasarkan klasifikasi zaman-zaman perkembangan, telah

membuktikan bahawa Bahasa Melayu berkembang dan mempunyai sejarah

penyebarannya.

2

Page 3: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Dalam Kontek Malaysia

Menurut sejarah, Perkembangan Bahasa Melayu dipercayai bermula dari

sebuah kerajaan lama di tanah Andelas (lebih tepat, di Jambi). Sebuah catatan lama

kerajaan Tiongkok (china) yang ditulis pada tahun 644 masihi, telah menyebut

tentang satu utusan yang datanganya dari Kerajaan Mo-Lo-Yeu (‘Melayu’) pernah

menghadiahkan hasil bumi kepada Kaisar Tiongkok ketika itu. Bangsa dari Kerajaan

‘Melayu’ ini dikatakan tinggal di hulu Sungai Batanghari.

 

Kerajaan ‘Melayu’ terus bertahan sehinggalah ia diserang oleh Kerajaan

Sriwijaya pada abat ke 7 masihi. Biarpun dari segi pemerintahan, Kerajaan ‘Melayu’

telah tewas, tapi bahasa mereka terus berkembang dan digunakan bersama-sama

dengan bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi Kerajaan Sriwijaya yang berpusat

di Palembang. Ketika itu, tulisan Palawa mula berkembang menggantikan huruf-

huruf rencong yang pernah digunakan dalam penulisan puisi-puisi berbahasa Melayu

ketika itu.

 

Penyebaran agama (Hindu/Buddha) & perluasan wilayah juga turut membawa

kepada penyebaran Bahasa Melayu hinggalah bahasa itu kekal digunakan sebagai

bahasa rasmi di kerajaan-kerajaan lain yang muncul selepas era Sriwijaya. Beberapa

batu bersurat yang dijumpai di Pulau Jawa juga memperlihatkan adanya pengaruh

Melayu walaupun ditulis dalam tuilisan yang berbeza.

 

Selepas kedatangan Islam, tulisan huruf palawa ini diganti pula dengan tulisan

Arab lebih-lebih lagi selepas munculnya beberapa kerajaan Islam di Tanah Melayu

dan Sumatera. Maka bermulalah era tulisan yang lebih dikenali sebagai tulisan Jawi 

untuk tempoh yang panjang sebelum Nusantara diceroboh emperial

Barat. Pencerobohan kuasa Barat memberikan impak yang besar kepada bahasa

Melayu selepas mereka memperkenalkan huruf-huruf latin dan huruf Rumi.

 

Kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga muncul sebagai empayar Melayu terakhir

yang mahsyur sebelum era Kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Kekuasaan kerajaan

ini tersebar luas merangkumi hampir separuh kawasan Semenanjung dan

sebahagian kecil Pulau Sumatera. Bagaimanapun keterlibatan dalam perang tiga

3

Page 4: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

segi yang panjang dengan Acheh dan Portugis di Melaka menyebabkan satu persatu

jajahan takluknya melepaskan diri manakala satu kawasan di antara Sungai

Segamat hingga Sungai Linggi diserahkan kepada pemerintahan kerabat Raja dari

Pagaruyung. Kawasan tersebut akhirnya menerima budaya dan bahasa

Minangkabau.

 

Biarpun empayar Johor-Riau semakin mengecil, pengaruhnya dialek Johor-

Riau tetap digunakan dengan luas di setiap negeri-negeri yang pernah dikuasainya

hinggalah ke zaman Kolonial Inggeris. Secara tidak langsung dialek ini menjadi

dialek pemersatu anatara negeri-negeri di seluruh Tanah Melayu hinggalah

dimerdekakan.

 

Bahasa Melayu dialek Johor-Riau ini kemudiannya menjadi asas kepada

pembentukkan Bahasa Rasmi Negara pada akhir tahun 60-an (tahun 1967 kalau tak

salah). Nama Bahasa Melayu juga digantikan dengan nama

Bahasa Malaysia mengikut contoh bahasa Melayu di Indonesia yang telah ditukar

nama menjadi Bahasa Indonesia. Sebagai memperingati hubungan serumpun yang

erat, bentuk ejaan juga telah diseragamkan mengikut ejaan di Negara jiran itu yang

jauh lebih maju dan bersistematik. Akhirnya lahirlah kata-kata yang mempunyai huruf

akhiran ‘a’ tetapi berbunyi ‘ě’ dalam pertuturan seharian.

 

Pada tahun 1988, Kerajaan Malaysia melalui kementerian pendidikan

memperkenalkan sebutan baku di sekolah-sekolah dan pada semua acara rasmi

negara. Biarpun ramai pihak yang lebih gemar dengan bunyi ‘ě’ pada akhiran ‘a’,

namun kempen bahasa baku berjalan dengan baik sehingga akhirnya menjadi sebati

pada acara rasmi negara dan semakin selesa dituturkan generasi muda.

 

Pada tahun 1990, nama Bahasa Malaysia ditukar semula kepada nama

asalnya, bahasa Melayu. Alasannya, bahasa Melayu turut digunakan di Singapura

dan Brunei tanpa tidak diubah namanya mengikut nama negara masing-masing.

Tinggallah Indonesia yang masih mengekalkan nama bahasa itu mengikut nama

negaranya.

 

4

Page 5: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

Akhir 1990-an, sistem sebutan baku yang hampir sebati dengan

rakyat Malaysia turut ditukar kembali menjadi sebutan asal selepas pengasasnya,

Timbalan Perdana Menteri ketika itu dipecat dari kabinet negara. Ada yang

mengatakan ia ditukar kerana tidak mahu Bahasa Melayu Malaysia kelihatan

seperti Bahasa Indonesia. Sebutan dialek Johor-Riau sekali lagi mengambil

kedudukannya menjadi pengasas bahasa rasmi negara selepas penarikan itu.

Zaman Bahasa Melayu Purba

Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman

prasejarah. Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada

masa itu. Manakala menurut Asmah Haji Omar,

Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka

menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak

wujud dalam bentuk tulisan.

Zaman Bahasa Melayu Kuno

Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu

Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada

abad ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen

Chau di Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi.

Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti.

Berdasarkan maklumat daripada wikipedia Bahasa Melayu, bahasa Melayu

Kuno wujud setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno

mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada

Zaman Kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka

yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu ,

Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat

beberapa ciri yang boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat

sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga

dikatakan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu,

5

Page 6: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

bahasa Melayu Kuno juga mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa

Jawa.

Terdapat juga teori yang mengatakan bahawa berlakunya perkembangan

bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah

melalui aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang

dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke

barat menuju ke India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat

Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja

sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India

dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.

Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke

Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para

pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat

pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu

Kuno.

Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini

adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan

Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang

tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga

antara penyebab bahasa asing seperti Sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan

daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari

India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman

daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit.

Kesan daripada bahasa Sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata

Bahasa Melayu Kuno. Contoh-contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa

Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya.

Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

6

Page 7: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

Penggunaan Bahasa Melayu Kuno

Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu

bersurat yang menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di

sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno

pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu

sejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu bersurat tersebut

ialah batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka,

bersamaan dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini

menggunakan huruf Palava.

Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan

684 M dan batu, Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf Nagiri.

Ringkasnya, penemuan batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno

wujud dan digunakan oleh masyarakat.

Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya,

sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung,

Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa

pentadbiran kerana:

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat

Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Bahasa Melayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Beberapa kajian

telah dijalankan pada bahan bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang terdapat pada

batu bersurat tersebut telah dikaji dari aspek bahasanya.

Berdasarkan kajian tersebut, bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruh

bahasa Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada

waktu itu bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yang sesuai untuk

memperkatakan perkara-perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa dari

kebudayaan asing. Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa

7

Page 8: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

masyarakat yang membawa konsep-konsep baru itu. Contoh contoh perkataan yang

diambil daripada bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana,

tatakala dan sebagainya.

Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat dibuat

kesimpulan bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa

untuk urusan pemerintahan di istana.Bahasa Melayu kuno juga telah tersebar luas

dan berfungsi sebagai lingua franca.Selain itu bahasa Melayu kuno juga bersifat

kosmopolitan, kerana menerima pengaruh dari luar terutama pengaruh bahasa

Sanskrit.

Definisi Bahasa Melayu Klasik

Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji

bahasa .Antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), “ bahasa abad ketiga belas dan

ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik”.

Menurut Ismail Hussein (1984:24), “pembahagian yang dibuat oleh adalah

atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan

mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, dan Melaka. Pengaruh kebudayaan

seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti

tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan

Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu

dan Buddha menggunakan tulisan yang dibawa dari India. Sasteranya dipenuhi oleh

cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya pula dipenuhi dengan pinjaman

kata-kata Sanskrit.

Sejarah Bahasa Melayu Klasik

Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu

Klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan

kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari

segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa .

Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang

untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan,

8

Page 9: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan

kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi

sedikit sehinggalah ke abad ke-15.

Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14.

Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu

Klasik telah digunakan sebagai lingua –franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka.

Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan

penyebaran agama Islam.

Bukti tentang penyebaran Agama Islam menggunakan bahasa Melayu Klasik

adalah penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu’ Al-

Masa’il oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed

Muhammad Arsyad Al-Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama

seperti al- Hadith, Feqah, Tafsir Al-Quran, Tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal

ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan

pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.

Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan

Melayu dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang

datang ke Asia Tenggara.

Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik

Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13, pengaruh

Agama Islam menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan Agama Islam

membawa bersama-samanya bahasa Arab.

Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang

menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku

kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui

peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula

berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris dan

Belanda.

9

Page 10: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar

abad ke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di

seluruh Kepulauan Melayu dengan kedatangan Agama Islam. Bukti konkrit tentang

bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M

sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman

Pasai.

Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa

prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi

bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa

Melayu klasik.

Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan

kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi

medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama

Islam.

Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu

dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap

bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan. Tulisan

berkenaan ialah tulisan rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan

dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang

disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu

bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.

Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab telah menyebabkan

bahasa Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi.

Bahasa Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat

dengan kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris.

Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru

yang turut mempengaruhi bahasa Melayu.

Amat Juhari Moain ( 1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan

penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun

10

Page 11: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis. Kemudian pada tahun 1521

Masihi, seorang pengembara Itali, Antonio Pigafetta membuat catatan perkataan

Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.

Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-

14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan

antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa

Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam

kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan,

dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan.

Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan

bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja

Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan

banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan Jawi.

Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik

Berdasarkan bahan yang diakses, didapati ada tiga zaman kegemilangan

bahasa Melayu Klasik. Antaranya ialah Zaman Kerajaan Melaka-Acheh dan Zaman

Kerajaan Johor-Riau. Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis.

Buktinya ialah pada Zaman Kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah

Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul

Rauf al-Singkel.

Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik

Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri

bahasa Melayu Klasik. Namun demikian ciri-ciri yang dinyatakan adalah lebih

mencirikan bahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur

ayat dan tulisan. Antara ciri-ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang dan

berbelit-belit. Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan

songsang.Ketika itu juga banyak menggunakan laras bahasa istana.

Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu

Klasik bagi Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciri

11

Page 12: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

tersebut kepada beberapa aspek iaitu aspek sistem tulisan, kosa kata dan

tatabahasa.

Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat

penggunaan kata pangkal ayat yang agak  usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini

agak meluas. Contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan",’sebermula” "maka",

"alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan

"adapun”. Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu

perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan

dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat

yang sedemikian.

Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza

dengan bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-

ulang dan berbelit-belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang

dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya

"dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik

sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut “Maka apabila

dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan

anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab

banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik”.

Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat

yang digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif,

iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai

contoh, “Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah

dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim ……”

Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel

“pun”dan “lah”.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti

“adapun, bertitahlah,dan berebutlah”. Manakala contoh penggunaan partikel dalam

ayat pula ialah seperti berikut ““Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti

dikhatankan orang rupanya” dalam Sejarah Melayu.

12

Page 13: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam

bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan

Sanskrit bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama

Islam.Contoh penggunaan bahasa Arab ialah “Allah Taala, makhdum, mualim daulat,

wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah “dosa,pahala,dan

raja” .Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’.

Contoh perkataan seperti “khamis, zakat, syarat”.

Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih

bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem

panggilannya. Contohnya ialah ‘sembah, beta, titah, berangkat, dan gering.”

Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu

klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa

yang dialami oleh kalangan raja di istana.

Bahasa Melayu klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan

perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan

gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat

Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang

pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan

dapat menghidupkan suasana penceritaan.

Zaman Bahasa Melayu Pramoden

Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu

Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke

Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan

sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah

Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah

mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi

terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan

sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan-

perpustakaan barat ini.

13

Page 14: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti

Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku

secara sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan

kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalam

zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata lain,

kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat.

Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan

seperti buku “Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain

itu, zaman ini turut mencetak banyak kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid

Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada

abad ke -19. Antaranya ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat,

perkembangan teknologi cetak serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah

telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.Oleh yang

demikian,perkembangan ini bagaikan keadaan yang menyebabkan bahasa Melayu

diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa

Melayu.

Zaman Bahasa Melayu Moden

Apabila melangkah masuk abad ke-20, banyak perubahan berlaku. Negeri-

negeri Melayu yang dahulunya masih bebas terpaksa tunduk di bawah kolonial Barat

antaranya negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor mula ditakluki oleh

penjajah Inggeris, manakala kerajaan Melayu Riau dihancurkan oleh Belanda.

Pengaruh budaya dan tamadun Barat semakin kukuh. Dengan kekukuhan ini,

dominasi penjajahan, budaya dan tamadun Barat berkembang di alam Melayu.

Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa peribumi yang lain jatuh menjadi bahasa

vernakular. Pendidikan Barat dikembangkan dengan mendirikan sekolah-sekolah

berbahasa penjajah dan sekolah-sekolah Kristian di merata-rata tempat di seluruh

Nusantara; pegawai-pegawai penjajah disebarkan ke seluruh tanah jajahan bagi

mengukuhkan kekuasaan penjajahan mereka. Bangsa Melayu menjadi anak jajahan

sahaja. 

Menurut rencana yang dipetik dari

14

Page 15: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

web www.ib.edu.my/bm-net/bahasa/perkembangan_bahasa_melayu menyatakan

bahawa pada awal abad ke-20, penjajah Belanda mengamalkan Dasar Etika (Ethical

Policy). Tulisan Rumi dipakai untuk bahasa Melayu dan dibakukan ejaannya. Setelah

kerajaan Penjajah Belanda mengadakan sebuah Suruhanjaya iaitu Cominissie voor

de Inlandsche School en Volkslectuur (1908) diketuai Dr. G.A.J. Hazeu. Pada tahun

1917 Cominissie itu diubah menjadi Balai Poestaka yang dipimpin oleh Dr. D.A.

Ringkes. Balai Poestaka menerbitkan majalah bulanan Sri Poestaka (1918) dan

Mingguan Pandji Poestaka (1923). Selain itu ia menerbitkan novel-novel seperti

Azab dan Sengsara oleh Mirari Siregar (1920), Sitti Nurbaja oleh Luarah Roesli

(1922), dan Salah Asoehan oleh Abdoel Moeis (1928).

Sejarah bahasa Melayu abad ke-20 di Malaysia mengalami beberapa tahap

seperti Bahasa Melayu awal abad ke-20 dengan wujudnya Maktab Perguruan

Melayu (1900, 1913, 1919) dan majalah al-Imam (1906), kemudian muncul zaman

SITC - Pejabat Karang Mengarang yang berpusat di Tanjong Malim (1922-1941),

Bahasa Melayu Zaman Jepun (1942-1945), Bahasa Melayu Pasca-Perang(1945-

1949). Bahasa Melayu Pramerdeka (1950-1957), Bahasa Melayu Pascamerdeka

(1957-1969), Bahasa Melayu Pasca 1969, dan Bahasa Melayu Pasca 1980.

Dalam abad ke-20 Bahasa Melayu banyak berubah kerana pengaruh kolonial

Barat dan juga pengaruh dan Asia Barat serta Jepun. Jumlah sekolah Melayu

semakin bertambah banyak berlipat-lipat kali ganda, maktab-maktab perguruan

Melayu dibuka, majalah dan akhbar pelbagai jenis diterbitkan, buku-buku bacaan

sekolah, buku-buku umum dan kitab-kitab agama dicetak sama ada di Malaya atau

Indonesia. Bahkan ada yang dicetak di Bombay, Cairo, Mekah, Madinah dan

Istanbul. Persatuan-persatuan penulis, persatuan-persatuan kebajikan, kebudayaan,

bahasa dan kesusasteraan serta politik tumbuh dengan subur walaupun ditekan dan

dicengkam oleh penjajah yang memerintah dengan cara kuku besi.

Bahasa Melayu tetap terus berkembang. Perkembangan bahasa Melayu

semakin pesat apabila negara-negara di Dunia Melayu mencapai kemerdekaannya -

Indonesia (1945), Malaysia (1957), Singapura (1963) dan Brunei (1984). 

Di Malaysia, apabila menjelang kemerdekaan terdirilah kelas-kelas menengah

15

Page 16: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

Melayu yang menjadi menengah Melayu, begitulah juga dengan terdirinya institusi-

institusi yang lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Maktab Perguruan Bahasa

yang kemudiannya Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah menjadi puncak

dasar pendidikan kebangsaan. Bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu

beberapa penyata, akta, dan penggubalan Perlembagaan Negara telah diluluskan

seperti Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960), Ordinan Pelajaran

(1957), Perlembagaan-perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan

Perlembagaan Malaysia (1963), Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959 dan 1995),

Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa 1963, Akta Bahasa 1967, Akta Universiti dan

Kolej Universiti (1971), Akta Universiti dan Kolej Universiti - Pindaan (1975), dan

pelbagai akta yang lain termasuk Akta Pendidikan 1996.

Dalam abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang moden kerana

unsur-unsur moden sudah meresap ke dalam bahasa Melayu, banyak buku yang

ditulis dan diterbitkan, banyak majalah dan akhbar yang dicetak dan diedarkan dalam

pelbagai bidang dan jurusan bagi memenuhi keperluan orang Melayu dalam zaman

moden ini. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat selepas negara ini

mencapai kemerdekaannya, terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Buku-buku ilmiah banyak diterbitkan antaranya teks-teks pengajian tinggi,

istilah-istilah banyak yang telah digubal, bahkan pada tahun 2000 ini sudah

mencapai ke angka 1,000,000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Selain itu bahasa

Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran di semua peringkat perkhidmatan awam,

dalam mahkamah, dan di semua peringkat pendidikan.

Dari masa ke semasa, Bahasa Melayu mengalami perkembangan yang

beterusan. Bahasa yang kita gunakan sekarang sebenarnya berasal daripada

bahasa Melayu purba yang mengalami perubahan dan perkembangan untuk

disesuaikan dengan keadaan semasa. Ini menunjukkan bahasa Melayu sentiasa

berkembang.

16

Page 17: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU (VERSI W.G. SHELLABEAR)

Penggunaan Bahasa Dalam Teks Sejarah Melayu Bab ke 14

Penggunaan Kata Pangkal Ayat

Setelah dibaca berulang kali dan diteliti satu persatu ayat yang terkandung di dalam petikan teks klasik , saya dapati tersangat banyak penggunaan kata pangkal ayat (kata mula ayat, kata penghubung dan kata peredaran masa). Kata mula ayat yang paling banyak digunakan di dalam bab ke 14 yang saya kaji ialah ‘maka’. Hampir keseluruhan ayat mempunyai kata mula ayat ‘maka’.

Kata Mula Ayat Kata Penghubung Kata Peredaran MasaKata sahibu’ul-hikayat Bahwa HattaShahdan Karena SenyampangSa-telah berapa lama-nya Telah ituAda pun Telah sudahMaka Ada punSa-bermula Demikianlah

Contoh:

(a) Kata sahibu’bul-hikayat, maka tersebut-lah perkataan raja Majapahit sudah hilang, tiada beranak laki2; ada baginda beranak sa-orang perempuan, nama-nya Raden Galoh Wi Kesuma; ialah di-rajakan oleh Patih Aria Gajah Mada.

(b) Maka kata si-penyadap, ‘Benar-lah kata tuan hamba itu, tetapi di-mana kuasa hamba menghantar tuan hamba kapada ayahanda ka-Tanjong Pura itu?

(c) Shahdan, maka Pateh Aria Gajah Mada pun keluar-lah lalu ia menyuroh orang memukul chanang berkeliling negeri dan peminggir Majapahit itu, di-suroh berkampong ka-Majapahit, kerana tuan puteri hendak memileh suami.

(d) Hatta, maka segala perihal ihwal-nya ayahanda baginda bermain ka-laut , dan peri rusak, dan peri ia di-dapat oleh si-penyadap menimang ia itu, semua-nya di-katakan-nya pada Pateh Aria Gajah Mada.

(e) Sa-telah berapa lama-nya di-laut, maka sampai-lah ka-Majapahit.(f) Sa-bermula hampir peseban itu ada sa-buah balai larangan, tiada dapat

orang dudok di-atas-nya; barangsiapa pun baik jikalau naik ka-atas balai itu, di-tombaki oleh segala Jawa, tiada sa-orang berani naik ka-atas balai itu.

(g) Ada pun akan Laksamana Hang Tuan, barang tempat ia pergi, gegak gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap laku-nya.

17

Page 18: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

Penggunaan Ayat Yang Panjang

Ayat yang digunakan di dalam teks ini adalah panjang, berbelit-belit, berulang-ulang dan banyak menggunakan ayat jenis pasif. Ayat-ayat didapati ditulis tanpa tanda noktah. Semuanya diceritakan secara panjang lebar dalam usaha pengarang untuk menyampaikan penceritaannya. Penggunaan ayat-ayat yang panjang ini kadang-kala akan menjemukan pembaca kerana kita terpaksa memikirkan semula apa yang telah dibaca untuk memahami maksudnya. Namun begitu, cerita yang terdapat di dalamnya akan dapat difahami jika kita membacanya berulang kali. Sekali baca adalah agak sukar untuk seseorang itu memahami cerita yang ingin disampaikan oleh pengarang buku ini.

Contoh:

Maka betara Majapahit memberi titah pada Pateh Aria Gajah Mada menyuroh orang berjaga-jaga empat puloh hari empat puloh malam, memalu segala bunyi-bunyian, daripada gong, gendang, serunai, nafiri, nagara,gendir, berangsang, merdangga peri, rana sekati, giring, selukat, chelempong, bangsi, suling, kopak, cherachap tiada sangka bunyi lagi, bunyi orang bermain itu, terlalu ramai; ada yang menapak, ada yang bertandak, ada yang menggigal, ada yang berserama, ada yang berwayang, ada yang merakat, ada yang berperang pupoh, ada yang mengidong,ada yang berkekawin, masing2 pada pengetahuan-nya.

Unsur Perbandingan

Unsur perbandingan ini dapat membawa gambaran tentang sesuatu keadaan itu kepada pembaca. Dalam bab 14 ini, diceriakan tentang kisah persiapan Tuan Puteri Wi Kesuma hendak memilih calon suami. Di dalam perenggan di bawah, pengarang telah bercerita dengan panjang lebar tentang suasana yaang berlaku di dalam negeri ketika tiba saat yang dinantikan iaitu Tuan Puteri Wi Kesuma yang masih belum berpunya itu hendak memilih suami. Keadaan rakyat yang terdiri daripada semua golongan dibuat perbandingan sebegitu rupa oleh pengarang Sejarah Melayu ini.

Contoh ayat:

Shahdan, maka Pateh Aria Gajah Mada pun keluar-lah lalu ia menyuroh orang memukul canang berkeliling negeri dan peminggir Majapahit itu, di-suroh berkampung ka –Majapahit , kerana tuan puteri hendak memileh suami. Sa-telah sekaliannya mendengar demikian itu, maka segala raja2 dan menteri,hulubalang, sida2, bentara dengan segala ra’yat besar kechil, tua muda, dan tinggi rendah, tempang hirut, petut kiat, chapek riok, buta tuli, sengau bisu, sekalian-nya pun berhimpun-lah ka-Majapahit, kurang2 di-kerah orang lebeh2 ia hendak datang, kerana menengar Tuan Puteri Wi Kesuma hendak memileh suami itu; karena pada bichara-nya, mudah-mudahan kalau ia di-pileh oleh tuan puteri. Dan telah habis

18

Page 19: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

semua-nya orang berkampong maka Tuan Puteri Wi Kesuma naik ka-atas peranginan memandang ka-jalan. Maka segala orang itu pun di-suroh oleh Pateh aria gajah Mada lalu, saorang2 sa-kali. Hatta , maka segala raja2, dan menteri, sida2, bentara, hulubalang, sekalian-nya berjalan saorang2 di-hadapan peranginan itu semua-nya dengan perhiasan-nya , masing2 dengan kenaikan-nya dengan pelbagai kelakuan-nya. Telah habis-lah segala orang2 besar, maka segala ra’yat kechil besar semua-nya lalu, sa-orang pun tiada berkenan pada Tuan Puteri Wi Kesuma.

Penggunaan Ayat Untuk Menggambarkan Kehebatan Seseorang

Di dalam chetera yang keempat belas ini juga iaitu di perenggan yang ke 35, pengarang menggunakan ayat yang tersusun indah semata-mata hendak menggambarkan kehebatan yang dimiliki oleh Hang Tuah ketika rombongan Melaka berada di Majapahit.

Contoh ayat:

Ada pun akan Laksamana Hang Tuan, barang tempat ia pergi, gegak gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap laku-nya. Jika di-peseban, pesebab gempar, jika di-panggongan, panggongan gadoh, dan segala perempuan Jawa anak dara2, jikalau ia berjalan ka-pasar atau barang ka-mana, banyak-lah yang gila akan Hang Tuah itu. Dan apabila Hang Tuah lalu, perempuan di-dalam pangkuan laki-nya itu bangun hendak melihat Hang Tuah.

Penggunaan Puisi

Terdapat serangkap pantun bahasa Jawa di dalam ceritera yang ke 14 ini. Pantun ini juga dituturkan oleh penduduk di Majapahit semata-mata untuk menggambarkan kehebatan yang terdapat pada diri Hang Tuah.

Contoh:

Onya suruh tanggapana penglipur;

Saben dina katon parandene duka ugi

Iwer sang rara kabeh dene laksamana lumaku2 penjurit ratu Melayu

Geger wong ing panggung dene Sangka Ningrat teka penjurit ratu ing Daha

19

Page 20: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

Penggunaan Bahasa Asing

Teks Sejarah Melayu mengandungi banyak ayat yang mempunyai unsur keislaman yang agak meluas. Boleh dikatakan setiap bab mempunyai kata-kata yang berupa ayat-ayat Al-Quran.

Contoh:

(a) Maka di-lihat-nya budak itu tiada khabarkan diri-nya, daripada lama di-laut itu tiada makan dan minum, karena belum maut belum mati; saperti kata Amiru’l –Mu’minin Ali , karrama ‘Ilahu wajhahu, ‘La mauta illa bi’l-ajali’, ya’ni tiada mati melainkan dengan ajal.

(b) Wa’Illahu a’lamu bi’ s-sawab,wa ilaihi’l-marji’u wa’’l-ma’’ab (bahagian penutup setiap cerita)

Penggunaan Kata Ganti Nama

Di dalam teks Sejarah Melayu, terdapat pelbagai jenis kata ganti nama yang digunakan mengikut kesesuaian keadaan dan watak yang terlibat. Didapati pelbagai jenis kata ganti nama digunakan di dalam teks Sejarah Melayu. Terdapat juga kata ganti nama yang agak asing dan jarang ditemui seperti kula (aku), manira (aku), pakanira (tuan) dan paman. Jika dibaca petikan tanpa merujuk maknanya , maka pembaca tidak akan dapat menangkap maksud perkataan ini dengan jelas. Perkataan ini tidak digunakan lagi di dalam perbendaharaan Bahasa Melayu Moden sekarang ini.

Contoh:

(a) Maka si-penyadap itu bertanya kapada budak itu, ‘Siapa engkau ini dan siapa nama-mu, dan apa sebab-nya engkau hanyut kapada sa-keping papan itu?’

(b) Maka sahut budak itu, ‘Hamba anak raja Tanjong Pura , piut Sang Maniaka, anak raja yang pertama turun dari Bukit Si-guntangMahameru itu;nama hamba Raden Kirana Langu.

(c) Maka sahut Kimas Jiwa, ‘Baik-lah , jikalau manira jadi ratu.(d) Maka sembah Pateh, ‘Tuanku, pada pemandangan patek hamba tua ini,

tuanku besar-lah sudah : baik juga Tuanku bersuami, kerana tiada baik rupa-nya Tuanku tiada bersuami.’

(e) Maka titah Tuan Puteri Wi Kesuma,’Jikalau paman hendak memberi beta bersuami, paman kampongkan-lah segala orang di-dalam negeri ini, biar beta lihat barangsiapa berkenan kapada beta buat suami.’

(f) ‘Jikalau pakanira tegah, berhenti-lah kami.’(g) Maka sembah-nya, ‘Mana-tah janji paduka betara dengan kula ? Apabila

Tuanku menjadi betara Majapahit, kula hendak di-jadikan Pateh Ari Gajah Mada.’

20

Page 21: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

Sistem Ejaan

Ejaan yang digunakan di dalam teks Sejarah Melayu didapati tidak mempunyai pola keselarasan vokal yang betul. Perkataan yang digunakan kelihatan agak pelik jika dibandingkan dengan perkataan yang wujud pada hari ini. Saya telah menyenaraikan beberapa perkataan klasik yang terdapat di dalam bab 14 yang saya kaji ini.

Contoh:

EJAAN KLASIK EJAAN MODENrusak rosaktujoh tujuhayer airkaseh kasihkapada kepadaburok burukberdayong berdayungpikir fikirmasok masukpatek patikmenyuroh menyuruhmemileh memilihbesar2 besar-besarmemanchar memancarberkaseh-kasehan berkasih-kasihanchuchu cucubichara bicarabunoh bunuhjatoh Jatuhpasong pasung

Penggunaan Perkataan Klasik

Setelah membaca berulang kali bab yang keempat belas, saya dapati banyak bahasa klasik digunakan. Perkataan klasik yang digunakan itu amat sukar itu difahami maksudnya. Setelah saya meneliti catatan di bahagian akhir buku Sejarah Melayu (makna perkataan), maka makna perkataan klasik pun menjadi jelas. Namun begitu, maknanya adalah di luar jangkaan dan mempunyai unsur-unsur bahasa Jawa.

Contoh:

PERKATAAN KLASIK MAKSUDsenyampang kebetulansa-pala2 kerana sudah terlanjur

21

Page 22: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

manira akuchanang gong kecilBersabok biaban berikat pinggangkadar kechualiKemit tuboh sejenis gelangsemandarshah bunga cempakawilis biruurap bedak cairketirah sejenis tumbuhan berdaun merahpangus baguslamun namunkula patekpenaka periturus tiangmemengkis membentak dengan maksud menentangmengembari melawan berkelahi seorang lawan

seorangdapor2 susu dadaperlente orang yang berkeliaran (tiada

pekerjaan)bergenta mempunyai loceng kecilberlayam mengayun-ngayun senjata seperti

orang menaripeseban balai penghadapanbalai larangan balai untuk perempuan-perempuan

istanabersamar tidak terang atau kabur ter’ala sangat muliagendir alat muzik Jawa seperti harmonikaberangsang sejenis alat bunyian purba yang tidak

dikenal lagi sekarangbertandak menarimengigal menari mengikut cara Sundaberserama sejenis alat permainan silatmerakat bermain tari-menari dengan topengmengidong syair yang dinyanyikanberkekawin membaca puisi Jawa kunopakanira tuankepetangan polis rahsiasendalkan curi secara diam-diamsembat sambar, raguttiada tersemu tidak dapat ditipumufarik terpisahluroh daerahpelindongan jambanhajattu’l-baligh bukti yang sampaiberkendak bersuka-suka atau berzina

22

Page 23: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

Kata Nama Khas dan Gelaran Khas

Melalui kajian saya terhadap Teks Sejarah Melayu Bab ke 14, didapati terdapat berbagai jenis kata nama khas manusia yang merupakan gelaran watak yang diceritakan dengan penuh kehebatan. Nama-nama yang digunakan kelihatan agak kreatif dan menarik perhatian sesiapa yang membacanya.

Contoh:

WatakRaden Galoh Wi KesumaPateh Aria Gajah MadaRaden Kirana LanguKimas JawaSang Aji Jaya NingratPateh Aria Di-KaraPateh Gajah MadaRaden Galoh Chendera KiranaSultan Mansor ShahBendahara Paduka RajaSeri Nara DirajaSeri Bija DirajaTun Bija SuraSeri Bijaya Tun SabtuTun SiakTun SabtuHang JebatHang KasturiHang LekirHang LekiuHang AliHang IskandarHang HassanHang HussinHang TuahMaharaja MerlangSangka NingratRaja MerlangRaja Nara SingaSultan Abdul JalilRaden KelangRaja Maha DewiRaja ChenderaTun NachaTun Tahir

23

Page 24: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

TERJEMAHAN

Menurut Kamus Dewan perkataan terjemahan bermaksud memindahkan

daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain. Terjemahan juga merupakan

proses mengubah hasil percakapan atau teks dalam sesuatu bahasa kepada hasil

percakapan atau teks dalam bahasa yang lain dengan mengekalkan isi

kandungannya. Aspek makna yang harus dipelihara antara bahasa teks terjemahan

ialah aspek ketepatan, kesamaan dan kesepadanan isi kandungan. Mat Taib bin Pa

merumuskan definisi terjemahan sebagai pemindahan dari satu bahasa ke satu

bahasa yang lain dengan memelihara kesepadanan makna dan bentuk yang boleh

melahirkan persamaan reaksi.

Terjemahan ialah proses menyalin semula maklumat dalam bahasa sumber

kepada bahasa sasaran dari segi persamaan makna dan gaya.

Teknik Terjemahan

Secara terus

Teknik terjemahan jenis ini dikenali juga sebagai terjemahan harafiah dan

lateral. Perkataan-perkataan dalam teks bahasa sumber diterjemahkan satu persatu

dengan perkataan-perkataan yang sepadan dengan bahasa sasaran. Perkataan

bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya

mengandungi makna asal perkataan atau teks bahasa sumber.

Secara struktural

Teknik terjemahan secara struktural ialah teknik terjemahan dengan teks asal

dalam bahasa sumber dipisahkan kepada ayat-ayat dan frasa. Terjemahan dilakuka

kepada pecahan-pecahan ayat itu dengan memberi keutamaan terhadap bahasa

sumber. Bentuk ayat, struktur ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca dan

makna bahasa sumber mesti dikekalkan.

24

Page 25: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

Secara global

Terjemahan secara global merupakan teknik terjemahan secara keseluruhan dan

mengutamakan pemahaman pembaca. Penterjemah bebas menyesuaikan

perkataan bahasa sumber dengan perkataan-perkataan bahasa sasaran.

25

Page 26: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

REFLEKSI

Setelah membuat kajian yang mendalam tentang perkembangan Bahasa

Melayu, kami dapat membuat kesimpulan bahasa bahasa melayu telah berkembang

daripada satu peringkat ke satu peringkat untuk sampai ke tahap sekarang. Banyak

perubahan telah berlaku terhadap bahasa melayu dari masa ke semasa.

Bahasa Melayu telah digunakan sejak sekian lama berdasarkan apa yang

telah kami terangkan secara panjang lebar di dalam KKBI ini. Perkembangan bahasa

Melayu telah melalui lima zaman iaitu bermula dengan Zaman Bahasa Melayu

Purba, Zaman Bahasa Melayu Kuno, Zaman Bahasa Melayu Klasik, Zaman Bahasa

Melayu Pramoden dan Zaman Bahasa Melayu Moden.

Kesemua zaman yang dilalui mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Bukti-

bukti penemuan batu bersurat telah dapat menjelaskan peristiwa yang berlaku pada

zaman dahulu disebabkan pada zaman itu kertas belum dihasilkan seperti sekarang.

Oleh itu tulisan Zaman Bahasa Melayu Purba juga ditemui di dinding-dinding gua.

Kami dapati Bahasa Melayu sentiasa mengalami perkembangan dari masa ke

semasa. Buktinya ialah wujudnya perkataan dan istilah baharu pada hari ini yang

menyebabkan Kamus Dewan terpaksa diperbaharui edisinya untuk memenuhi

keperluan perkembangannya. Keadaan ini adalah sesuatu yang positif kerana

bahasa Melayu akan bertambah moden dengan wujudnya istilah baharu walaupun

terpaksa diambil daripada bahasa asing.

Kajian teks klasik Sejarah Melayu bab yang ke empat belas pula telah

mendedahkan betapa indahnya bahasa Melayu pada zaman dahulu digunakan untuk

menceritakan sejarah yang berlaku pada zaman keagungan kerajaan Melayu. Kami

dapati bahasa yang digunakan di dalam teks Sejarah Melayu adalah bahasa lama

yang agak sukar untuk difahami jika tidak dibaca berulangkali. Sesetengah

perkataan yang digunakan adalah merupakan bahasa Jawa kuno yang agak pelik

bunyinya. Contohnya manira, kula, pakanira, gendir, berangsang, merdangga, peri,

rana sekati, giring, selukat, chelempong, bangsi, suling, kopak dan cherachap.

Walaupun begitu keadaan bahasanya, Kami dapati teks ini amat menarik

untuk dibaca untuk menghilangkan kebosanan. Melalui cerita yang ditulis, kami

26

Page 27: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

dapat mengetahui betapa agungnya kerajaan Melayu pada zaman dahulukala.

Namun begitu, kami masih berasa sangsi adakah cerita yang dikarang itu benar-

benar berlaku ataupun sekadar dongengan sahaja. Tetapi apa yang pasti ialah teks

Sejarah Melayu mempunyai nilai estetikanya tersendiri dan amat menarik untuk

dibaca ataupun dibuat kajian yang mendalam tentang sejarah kerajaan Melayu dan

bahasa yang klasik yang digunakan. Kami berpendapat pengarangnya sungguh bijak

mengolah cerita yang sebegitu rupa seolah-oleh dialami sendiri olehnya.

Ayat-ayat panjang yang digunakan menunjukkan penggunaan tanda baca

tidak dipentingkan oleh pengarangnya. Kemungkinan besar, pengarang hanya tahu

menulis sahaja tanpa mementingkan aspek-aspek tanda baca dan tatabahasa. Apa

yang pasti ialah pada zaman itu aspek ini belum diberi perhatian lagi. Bahasa

panjang seumpama ini masih kelihatan digunakan di dalam bahasa mahkamah dan

undang-undang pada zaman moden ini.

Sebagai kesimpulannya, kami berpendapat bahawa teks Sejarah Melayu ini

sememangnya amat menarik untuk dibaca oleh semua orang yang berbangsa

Melayu untuk mengetahui serba sedikit tentang peristiwa masa lampau yang

kebanyakannya difokuskan terhadap keluarga diraja dan pembesar-pembesar.

Kemungkinan juga Sejarah Melayu dikarang untuk mengkritik golongan istana dan

pembesar-pembesar yang hidup mementingkan diri sendiri. Jika golongan

berkenaan dikritik secara terus oleh rakyat jelata disebabkan ketidakpuasan hati,

maka hukuman bunuhlah yang akan diterima. Oleh itu kami berpendapat penulisan

Sejarah Melayu ini dikarang untuk tujuan itu. Sejauh mana kebenarannya tidaklah

dapat dipastikan.

27

Page 28: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU (VERSI W.G. SHELLABEAR)

Penggunaan Bahasa Dalam Teks Sejarah Melayu Bab ke 14

Penggunaan Kata Pangkal Ayat

Setelah dibaca berulang kali dan diteliti satu persatu ayat yang terkandung di dalam petikan teks klasik , saya dapati tersangat banyak penggunaan kata pangkal ayat (kata mula ayat, kata penghubung dan kata peredaran masa). Kata mula ayat yang paling banyak digunakan di dalam bab ke 14 yang saya kaji ialah ‘maka’. Hampir keseluruhan ayat mempunyai kata mula ayat ‘maka’.

Kata Mula Ayat Kata Penghubung Kata Peredaran MasaKata sahibu’ul-hikayat Bahwa HattaShahdan Karena SenyampangSa-telah berapa lama-nya Telah ituAda pun Telah sudahMaka Ada punSa-bermula Demikianlah

Contoh:

(h) Kata sahibu’bul-hikayat, maka tersebut-lah perkataan raja Majapahit sudah hilang, tiada beranak laki2; ada baginda beranak sa-orang perempuan, nama-nya Raden Galoh Wi Kesuma; ialah di-rajakan oleh Patih Aria Gajah Mada.

(i) Maka kata si-penyadap, ‘Benar-lah kata tuan hamba itu, tetapi di-mana kuasa hamba menghantar tuan hamba kapada ayahanda ka-Tanjong Pura itu?

(j) Shahdan, maka Pateh Aria Gajah Mada pun keluar-lah lalu ia menyuroh orang memukul chanang berkeliling negeri dan peminggir Majapahit itu, di-suroh berkampong ka-Majapahit, kerana tuan puteri hendak memileh suami.

(k) Hatta, maka segala perihal ihwal-nya ayahanda baginda bermain ka-laut , dan peri rusak, dan peri ia di-dapat oleh si-penyadap menimang ia itu, semua-nya di-katakan-nya pada Pateh Aria Gajah Mada.

(l) Sa-telah berapa lama-nya di-laut, maka sampai-lah ka-Majapahit.(m) Sa-bermula hampir peseban itu ada sa-buah balai larangan, tiada

dapat orang dudok di-atas-nya; barangsiapa pun baik jikalau naik ka-atas balai itu, di-tombaki oleh segala Jawa, tiada sa-orang berani naik ka-atas balai itu.

(n) Ada pun akan Laksamana Hang Tuan, barang tempat ia pergi, gegak gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap laku-nya.

28

Page 29: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

Penggunaan Ayat Yang Panjang

Ayat yang digunakan di dalam teks ini adalah panjang, berbelit-belit, berulang-ulang dan banyak menggunakan ayat jenis pasif. Ayat-ayat didapati ditulis tanpa tanda noktah. Semuanya diceritakan secara panjang lebar dalam usaha pengarang untuk menyampaikan penceritaannya. Penggunaan ayat-ayat yang panjang ini kadang-kala akan menjemukan pembaca kerana kita terpaksa memikirkan semula apa yang telah dibaca untuk memahami maksudnya. Namun begitu, cerita yang terdapat di dalamnya akan dapat difahami jika kita membacanya berulang kali. Sekali baca adalah agak sukar untuk seseorang itu memahami cerita yang ingin disampaikan oleh pengarang buku ini.

Contoh:

Maka betara Majapahit memberi titah pada Pateh Aria Gajah Mada menyuroh orang berjaga-jaga empat puloh hari empat puloh malam, memalu segala bunyi-bunyian, daripada gong, gendang, serunai, nafiri, nagara,gendir, berangsang, merdangga peri, rana sekati, giring, selukat, chelempong, bangsi, suling, kopak, cherachap tiada sangka bunyi lagi, bunyi orang bermain itu, terlalu ramai; ada yang menapak, ada yang bertandak, ada yang menggigal, ada yang berserama, ada yang berwayang, ada yang merakat, ada yang berperang pupoh, ada yang mengidong,ada yang berkekawin, masing2 pada pengetahuan-nya.

Unsur Perbandingan

Unsur perbandingan ini dapat membawa gambaran tentang sesuatu keadaan itu kepada pembaca. Dalam bab 14 ini, diceriakan tentang kisah persiapan Tuan Puteri Wi Kesuma hendak memilih calon suami. Di dalam perenggan di bawah, pengarang telah bercerita dengan panjang lebar tentang suasana yaang berlaku di dalam negeri ketika tiba saat yang dinantikan iaitu Tuan Puteri Wi Kesuma yang masih belum berpunya itu hendak memilih suami. Keadaan rakyat yang terdiri daripada semua golongan dibuat perbandingan sebegitu rupa oleh pengarang Sejarah Melayu ini.

Contoh ayat:

Shahdan, maka Pateh Aria Gajah Mada pun keluar-lah lalu ia menyuroh orang memukul canang berkeliling negeri dan peminggir Majapahit itu, di-suroh berkampung ka –Majapahit , kerana tuan puteri hendak memileh suami. Sa-telah sekaliannya mendengar demikian itu, maka segala raja2 dan menteri,hulubalang, sida2, bentara dengan segala ra’yat besar kechil, tua muda, dan tinggi rendah, tempang hirut, petut kiat, chapek riok, buta tuli, sengau bisu, sekalian-nya pun berhimpun-lah ka-Majapahit, kurang2 di-kerah orang lebeh2 ia hendak datang, kerana menengar Tuan Puteri Wi Kesuma hendak memileh suami itu; karena pada bichara-nya, mudah-mudahan kalau ia di-pileh oleh tuan puteri. Dan telah habis

29

Page 30: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

semua-nya orang berkampong maka Tuan Puteri Wi Kesuma naik ka-atas peranginan memandang ka-jalan. Maka segala orang itu pun di-suroh oleh Pateh aria gajah Mada lalu, saorang2 sa-kali. Hatta , maka segala raja2, dan menteri, sida2, bentara, hulubalang, sekalian-nya berjalan saorang2 di-hadapan peranginan itu semua-nya dengan perhiasan-nya , masing2 dengan kenaikan-nya dengan pelbagai kelakuan-nya. Telah habis-lah segala orang2 besar, maka segala ra’yat kechil besar semua-nya lalu, sa-orang pun tiada berkenan pada Tuan Puteri Wi Kesuma.

Penggunaan Ayat Untuk Menggambarkan Kehebatan Seseorang

Di dalam chetera yang keempat belas ini juga iaitu di perenggan yang ke 35, pengarang menggunakan ayat yang tersusun indah semata-mata hendak menggambarkan kehebatan yang dimiliki oleh Hang Tuah ketika rombongan Melaka berada di Majapahit.

Contoh ayat:

Ada pun akan Laksamana Hang Tuan, barang tempat ia pergi, gegak gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap laku-nya. Jika di-peseban, pesebab gempar, jika di-panggongan, panggongan gadoh, dan segala perempuan Jawa anak dara2, jikalau ia berjalan ka-pasar atau barang ka-mana, banyak-lah yang gila akan Hang Tuah itu. Dan apabila Hang Tuah lalu, perempuan di-dalam pangkuan laki-nya itu bangun hendak melihat Hang Tuah.

Penggunaan Puisi

Terdapat serangkap pantun bahasa Jawa di dalam ceritera yang ke 14 ini. Pantun ini juga dituturkan oleh penduduk di Majapahit semata-mata untuk menggambarkan kehebatan yang terdapat pada diri Hang Tuah.

Contoh:

Onya suruh tanggapana penglipur;

Saben dina katon parandene duka ugi

Iwer sang rara kabeh dene laksamana lumaku2 penjurit ratu Melayu

Geger wong ing panggung dene Sangka Ningrat teka penjurit ratu ing Daha

30

Page 31: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

Penggunaan Bahasa Asing

Teks Sejarah Melayu mengandungi banyak ayat yang mempunyai unsur keislaman yang agak meluas. Boleh dikatakan setiap bab mempunyai kata-kata yang berupa ayat-ayat Al-Quran.

Contoh:

(c) Maka di-lihat-nya budak itu tiada khabarkan diri-nya, daripada lama di-laut itu tiada makan dan minum, karena belum maut belum mati; saperti kata Amiru’l –Mu’minin Ali , karrama ‘Ilahu wajhahu, ‘La mauta illa bi’l-ajali’, ya’ni tiada mati melainkan dengan ajal.

(d) Wa’Illahu a’lamu bi’ s-sawab,wa ilaihi’l-marji’u wa’’l-ma’’ab (bahagian penutup setiap cerita)

Penggunaan Kata Ganti Nama

Di dalam teks Sejarah Melayu, terdapat pelbagai jenis kata ganti nama yang digunakan mengikut kesesuaian keadaan dan watak yang terlibat. Didapati pelbagai jenis kata ganti nama digunakan di dalam teks Sejarah Melayu. Terdapat juga kata ganti nama yang agak asing dan jarang ditemui seperti kula (aku), manira (aku), pakanira (tuan) dan paman. Jika dibaca petikan tanpa merujuk maknanya , maka pembaca tidak akan dapat menangkap maksud perkataan ini dengan jelas. Perkataan ini tidak digunakan lagi di dalam perbendaharaan Bahasa Melayu Moden sekarang ini.

Contoh:

(h) Maka si-penyadap itu bertanya kapada budak itu, ‘Siapa engkau ini dan siapa nama-mu, dan apa sebab-nya engkau hanyut kapada sa-keping papan itu?’

(i) Maka sahut budak itu, ‘Hamba anak raja Tanjong Pura , piut Sang Maniaka, anak raja yang pertama turun dari Bukit Si-guntangMahameru itu;nama hamba Raden Kirana Langu.

(j) Maka sahut Kimas Jiwa, ‘Baik-lah , jikalau manira jadi ratu.(k) Maka sembah Pateh, ‘Tuanku, pada pemandangan patek hamba tua ini,

tuanku besar-lah sudah : baik juga Tuanku bersuami, kerana tiada baik rupa-nya Tuanku tiada bersuami.’

(l) Maka titah Tuan Puteri Wi Kesuma,’Jikalau paman hendak memberi beta bersuami, paman kampongkan-lah segala orang di-dalam negeri ini, biar beta lihat barangsiapa berkenan kapada beta buat suami.’

(m) ‘Jikalau pakanira tegah, berhenti-lah kami.’(n) Maka sembah-nya, ‘Mana-tah janji paduka betara dengan kula ? Apabila

Tuanku menjadi betara Majapahit, kula hendak di-jadikan Pateh Ari Gajah Mada.’

31

Page 32: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

Sistem Ejaan

Ejaan yang digunakan di dalam teks Sejarah Melayu didapati tidak mempunyai pola keselarasan vokal yang betul. Perkataan yang digunakan kelihatan agak pelik jika dibandingkan dengan perkataan yang wujud pada hari ini. Saya telah menyenaraikan beberapa perkataan klasik yang terdapat di dalam bab 14 yang saya kaji ini.

Contoh:

EJAAN KLASIK EJAAN MODENrusak rosaktujoh tujuhayer airkaseh kasihkapada kepadaburok burukberdayong berdayungpikir fikirmasok masukpatek patikmenyuroh menyuruhmemileh memilihbesar2 besar-besarmemanchar memancarberkaseh-kasehan berkasih-kasihanchuchu cucubichara bicarabunoh bunuhjatoh Jatuhpasong pasung

Penggunaan Perkataan Klasik

Setelah membaca berulang kali bab yang keempat belas, saya dapati banyak bahasa klasik digunakan. Perkataan klasik yang digunakan itu amat sukar itu difahami maksudnya. Setelah saya meneliti catatan di bahagian akhir buku Sejarah Melayu (makna perkataan), maka makna perkataan klasik pun menjadi jelas. Namun begitu, maknanya adalah di luar jangkaan dan mempunyai unsur-unsur bahasa Jawa.

Contoh:

PERKATAAN KLASIK MAKSUDsenyampang kebetulansa-pala2 kerana sudah terlanjur

32

Page 33: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

manira akuchanang gong kecilBersabok biaban berikat pinggangkadar kechualiKemit tuboh sejenis gelangsemandarshah bunga cempakawilis biruurap bedak cairketirah sejenis tumbuhan berdaun merahpangus baguslamun namunkula patekpenaka periturus tiangmemengkis membentak dengan maksud menentangmengembari melawan berkelahi seorang lawan

seorangdapor2 susu dadaperlente orang yang berkeliaran (tiada

pekerjaan)bergenta mempunyai loceng kecilberlayam mengayun-ngayun senjata seperti

orang menaripeseban balai penghadapanbalai larangan balai untuk perempuan-perempuan

istanabersamar tidak terang atau kabur ter’ala sangat muliagendir alat muzik Jawa seperti harmonikaberangsang sejenis alat bunyian purba yang tidak

dikenal lagi sekarangbertandak menarimengigal menari mengikut cara Sundaberserama sejenis alat permainan silatmerakat bermain tari-menari dengan topengmengidong syair yang dinyanyikanberkekawin membaca puisi Jawa kunopakanira tuankepetangan polis rahsiasendalkan curi secara diam-diamsembat sambar, raguttiada tersemu tidak dapat ditipumufarik terpisahluroh daerahpelindongan jambanhajattu’l-baligh bukti yang sampaiberkendak bersuka-suka atau berzina

33

Page 34: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

Kata Nama Khas dan Gelaran Khas

Melalui kajian saya terhadap Teks Sejarah Melayu Bab ke 14, didapati terdapat berbagai jenis kata nama khas manusia yang merupakan gelaran watak yang diceritakan dengan penuh kehebatan. Nama-nama yang digunakan kelihatan agak kreatif dan menarik perhatian sesiapa yang membacanya.

Contoh:

WatakRaden Galoh Wi KesumaPateh Aria Gajah MadaRaden Kirana LanguKimas JawaSang Aji Jaya NingratPateh Aria Di-KaraPateh Gajah MadaRaden Galoh Chendera KiranaSultan Mansor ShahBendahara Paduka RajaSeri Nara DirajaSeri Bija DirajaTun Bija SuraSeri Bijaya Tun SabtuTun SiakTun SabtuHang JebatHang KasturiHang LekirHang LekiuHang AliHang IskandarHang HassanHang HussinHang TuahMaharaja MerlangSangka NingratRaja MerlangRaja Nara SingaSultan Abdul JalilRaden KelangRaja Maha DewiRaja ChenderaTun NachaTun Tahir

34

Page 35: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU

35