hbef2503 kaedah ian dalam pendidikan

of 43 /43
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN HBEF2503SMP KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN TAJUK KAJIAN MENINGKATKAN MINAT MEMBACA DI KALANGAN MURID TAHUN EMPAT, TAHUN LIMA DAN TAHUN ENAM DISEDIAKAN OLEH AMINUDIN BIN MAT LUDIN NO MATRIK 690101086925002 NO KAD PENGENALAN 690101086925 0

Author: aaltahani

Post on 21-Jun-2015

782 views

Category:

Documents


5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN HBEF2503SMP KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKANTAJUK KAJIAN MENINGKATKAN MINAT MEMBACA DI KALANGAN MURID TAHUN EMPAT, TAHUN LIMA DAN TAHUN ENAM

DISEDIAKAN OLEH

AMINUDIN BIN MAT LUDIN

NO MATRIK 690101086925002

NO KAD PENGENALAN 690101086925

PENYELIA EN ABDUL AZIZ BIN SULAIMAN

1

2

ABSTRAK

Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu ayat pertama surah alAlaq ialah Iqra yang bermaksud Bacalah. Justeru Islam sendiri mengisyaratkan budaya membaca sebagai salah satu dorongan ke arah menuntut ilmu.

Membaca merupakan kegiatan yang sangat mendasar sifatnya dan merupakan fitrah manusia. Dalam terminologi Islam, membaca identik dengan kemampuan seseorang untuk memahami sesuatu yang tersurat (kauliyah) dan bersifat (kauniyah). Kemampuan membaca seperti hal tersebut diatas akan memberikan manfaat yang luar biasa pada diri seseorang, tidak hanya peningkatan ilmu pengetahuan, tetapi juga kebijaksanaan, kemampuan bersosial, pengendalian diri, kreativiti, inovasi serta memanfaatkan semua peluang dan potensi yang ada pada dirinya maupun sekelilingnya Kekangan dan halangan yang wujud itu kerap kali tidak mendapat perhatian guru kerana ramai yang tidak tahu yang ianya wujud

Kepentingan kajian ini terhadap sekolah ialah untuk memberi gambaran tentang kedudukan minat membaca di kalangan pelajar-pelajar disamping mencari faktor-faktor tentang mengapa kebiasaan membaca di kalanagan murid sekolah ini masih rendah. Kajian dilakukan untuk mencari satu jalan penyelesaian yang dapat menciptakan suasana yang mendorong seseorang untuk secara membiasakan dirinya banyak membaca. Oleh itu pihak sekolah akan dapat mempergiatkan lagi usaha untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar-pelajar ke arah mewujudkan budaya membaca dengan lebih cemerlang.

3

ABSTRACT

The first revelation received by Prophet Muhammad saw The first verse of Sura al-Hajj was Iqra ', meaning read. Thus Islam itself pointed reading culture as a stimulus to the study Reading is an activity that is very fundamental nature and human nature. In Islamic terminology, read the introduction to the ability of someone to understand something written (kauliyah) and nature (kauniyah).The ability to read as mentioned above will provide extraordinary benefits at the individual, not only increase knowledge. It is intelligence, social skills, managing self, creativity, innovation and take advantage of all opportunities and potential available to him or around existing restrictions and barriers that often do not get the attention of teachers The importance of this study in the schools is to provide an overview of the state interest in reading among students as well as finding the factors of why the habit of reading among school children is still low. Studies were conducted to find a solution that can create an environment that encourages to familiarize herself in reading. Herefore, the school will be able to intensify its efforts to promote reading among students towards a reading culture of excellence

4

5

BAB 1

1

PENGENALAN MASALAH KAJIAN

1.1 Pengenalan Membaca merupakan satu topik yang sentiasa mendapat perhatian serius daripada semua peringkat masyarakat di nergara ini. Sungguhpun kita prihatin terhadap pelbagai isu dan masalah yang diutarakan tentang tajuk ini, namun sehingga hari ini belum nampak sebarang penyelesaian berkesan dilakukan terhadapnya. Salah satu masalah yang kita akui sebagai yang paling serius ialah kurangnya minat dan tabiat membaca . Ini berlaku di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Kerajaan dan pelbagai pihak telah dan sedang berusaha untuk meningkatkan tabiat dan minat membaca. Perkara ini sentiasa dipandang serius oleh semua pihak kerana negara ini sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara membangun yang rakyatnya mesti boleh dan dapat bertanding dalam semua aspek kehidupan dengan negara lain. Minat dan kebiasaan membaca murid yang masih rendah dapat dilihat melalui

beberapa indikator. Salah satu indikatornya adalah dari kegiatan yang cenderung dilakukan pada waktu lapang, seperti pada saat mereka sebelum memulakan sesi pembelajaran dan waktu rehat. Sekali pun disediakan bahan-bahan bacaan, apabila dilakukan pengamatan maka hanya sedikit sekali jumlah murid yang ingin untuk mengambil bahan bacaan yang tersedia atau yang secara khusus dipinjam untuk dibaca di rumah. Smith (1971) menyatakan bahawa membaca adalah suatu proses kognitif yang kompleks. Pembaca bukan sahaja membaca dengan matanya sahaja tetapi juga menggunakan otaknya. Pembaca yang cekap terlibat secara aktif dalam proses membaca kerana ia berusaha mengaitkan apa yang terkandung dalam teks dengan pengetahuan latar yang memang sedia ada dalam ingatannya. Jika pengetahuan latar tidak mencukupi atau pembaca tidak tahu menggunakan apa yang ada, akan menyebabkan kefahaman terjejas. Dallman (1982) menyatakan membaca sebagai, Reading as a process involving meaningful reaction to printed symbols 6

1.2

Latar Belakang Kajian Di Sekolah Kebangsaan Seroli, Sungai Siput (U) , sikap murid-murid Tahun Empat,

Lima dan Enam terhadap minat membaca amat berkurangan. Implikasi terhadap minat yang kurang ini menyebabkan keputusan bagi matapeajaran Bahasa Melayu Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah penggal satu . Oleh itu saya mengambil tindakan dengan memilih tajuk ini bagi mencari satu penyelesaian untuk meningkatkan minat membaca. Kelemahan dalam penguasaan bahasa dan kemahiran membaca di dari peringkat kanak-kanak akan dibawa ke peringkat dewasa dan seterusnya (Catts, Fey, Tomblin, & Zhang, 2002; Lewis & Freebairn, 1992; Roth,Speece, & Cooper, 2002; Snowling, Bishop, & Stothard, 2000 dan Law, Boyle, Harris, Harkness & Nye, 1998). Oleh kerana itu, yang menjadi tujuan dari penulisan artikel ini adalah bahwa terdapat pelbagai pendapat dan pemikiran mengapa minat baca dikalangan murid tahun empat, Lima dan Enam masih rendah dan melakukan kajian mengenai upaya-upaya yang dipandang dan dinilai dapat menciptakan keadaan yang mendorong seseorang untuk dapat secara teratur membiasakan dirinya banyak membaca. Berdasarkan pinjaman buku dari Pusat Sumber sekolah yang tidak memberangsangkan adalah indicator kepada minat membaca yang rendah dikalangan murid sekolah ini. Purata pinjaman buku dari Pusat Sumber sekolah hanyalah 10 naskah seminggu. Berdasarkan pemerhatian juga mendapati penggunaan Pusat Sumber sebagai pusat membaca tidak begitu optimum dan kadangkala tidak digunakan langsung. mengalami prestasi yang rendah. Penulisan akan sukar dilakukan Ini dapat dilihat melalui keputusan

7

1.

Pernyataan Masalah Membaca merupakan aktiviti individu yang berinteraksi dengan teks dan bahan

yang dilihat, dibaca, didengar

dan ditonton. Sejak dari dalam

kandungan ibu lagi

seseorang bayi itu secara tidak langsung telah dipupuk dan disemai sikap membaca melalui amalan si ibu. Ketika umur 3 atau 4 tahun peringkat awal bacaan berulang sehinggalah kanak-kanak itu melangkah kaki ke alam persekolahan, amalan membaca berterusan dan amat sinonim di dalam kehidupan. Berdasarkan ingin meningkatkan minat membaca inilah kajian yang bertajuk

Meningkatkan Minat Membaca Dikalangan Murid di Sekolah Kebangsaan Seroli dipilih.. Setelah dilakukan pemerhatian, perjmpaan dengan murid serta maklum balas daripada guru Pusat Sumber Sekolah, minat membaca ini berkurangan kerana beberapa sebab 1.3.1 Pengaruh Keluarga Menurut, Jeanne Chall dan Emily Marston tentang tiga faktor yang mempengaruhi seseorang membaca dalam tulisannya yang berjudul The Reluctant Reader: Suggestion from Research and Practice, dikutip oleh Donna E. Norton dalam bukunya Through the Eyes of A Child, sebagaimana yang dikemukakan oleh Aprilia Purba (Kompas, 4 Januari 1997) adalah: (1) ketersediaan buku (accessibility of materials) hendaknya dimulai di lingkungan keluarga kerana keluarga merupakan lingkungan pertama dan utama seorang manusia, kemampuan membaca hendaknya juga menjadi perhatian dalam penyediaan bahan-bahan bacaan (misalnya: tingkat kesulitan, mudah difahami, bahasa yang sederhana), dan minat baca. 1.3.2 Pengaruh Rakan Sebaya Rakan sebaya mempunaya tarikan yang kuat untuk melenyapkan minat membaca. Tahap umur dari 7 hingga 12 tahun merupakan tahap umur yang lebih kepada berminat untuk bermain.

8

1.3.3

Suasana atau lingkungan membaca yang tidak menarik Faktor kemudahan infrastruktur juga menjadi penyumbang kepada kurangnya

minat membaca. Kemudahan seperti bangku atau tempat membaca yang terdapat diluar kawasan kelas tidak selesa. Pemerhatian yang dibuat serta maklumbalas daripada murid yang 80% menyatakan untuk mencari tempat duduk yang selesa tidak ada. Mereka terpaksa duduk di tempat perhimpunan serta di kaki lima sekolah untuk membaca. Ruang Pusat Sumber yang kecil juga menyebabkan mereka kurang selesa untuk membaca.

1.3.4

Ibu bapa kurang menanamkan budaya membaca Murid masakini ini umumnya kurang meminati buku, minat membaca tidak

menonjol, dan mereka lebih suka menonton televisyen. Membaca dilakukan terbatas pada buku-buku pelajaran yang digunakan di sekolah. Itu pun bagaikan terpaksa, kerana akan diadakan ulangan, atau kerana guru memberi kerja rumah. Ketekunan membaca hanya dimiliki beberapa orang anak saja di sekolah. Akibatnya, pengetahuan anak sangat terbatas, penguasaan bahasa menjadi lambat bahkan kemampuan menangkap isi bacaan juga rendah. Ini harus dijadikan suatu tanda dan peringatan bagi guru dan ibubapa, bahawa minat baca anak harus dipupuk, dikembangkan. Apabila minat baca tinggi guru akan lebih mudah dan ringan dalam melaksanakan tugasnya. Anak-anak akan lebih aktif, mencari dan menggali pengetahuan. Anak akan mengisi sendiri wadah rasa ingin tahunya. Suasana kelas akan lebih hidup, anak belajar aktif di kelas dan belajar akan lebih mempunyai makna. Cohen (1972) mendapati variable motivasi ibu bapa mempunyai hubungan signifikan dengan aspirasi pendidikan anak. Sikap anak boleh dikatakan menyerupai sikap ibu bapa, maka peranan ibu bapa amat penting dalam menentukan pembelajaran anak yang berjaya. Pendapat ini sejajar dengan pandangan Wilkins (1981) yang menyatakan bahawa:

9

the attitudes of children are almost always the attitudes of their parents also, so that it could be said that the parents do much to determine the lack of success of their children in learning (m.s.53

1.3.5

Pengetahuan dan Pengalaman Sedia Ada Marohaini Yusuf (1989) menyatakan bahawa pengetahuan dan pengalaman sedia

ada merupakan faktor penting yang membantu pertumbuhan dan penguasaan kebolehan pelajar untuk membaca. Pengetahuan dan pengalaman yang dimaksudkan ialah kesemua pengetahuan dan pengalaman yang didapati dan dialami dalam hidup seseorang sama ada di rumah, di sekolah atau di luar alam sekolah dan rumah. Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada akan menjadi asas kepada kemahiran membaca seperti memberikan makna konsep-konsep bagi memperluaskan perbendaharaan kata.

1.3.6

Kebolehan Berbahasa Menurut Kamarudin Husin (1993), pelajar yang kurang penguasaan perbendaharaan

kata dan lemah tatabahasa, biasanya menghadapi masalah untuk membaca. Begitu juga pelajar yang lemah dalam kemahiran mendengar dan bertutur dalam bahasa baku akan menghadapi masalah dalam pembelajaran bacaan. Hal ini berkaitan dengan kemahiran bertutur dan mendengar. Ia menyediakan asas yang kukuh bagi pelajar dan membolehkan mereka berkomunikasi secara lisan atau tulisan dan seterusnya membaca.

10

1.4 Objektif Kajian

Membaca adalah satu asas penting untuk menambahkan pengetahuan, meninggikan tabap pendidikan, mengembangkan daya cipta yang kreatif, pengasas pendengaran kritis serta memupuk pandangan dan nilai hidup yang luas. Ini bererti dengan membaca seseorang itu dapat menghargai alam sekitar, masyarakat dan tamadun dunia yang mempengaruhi hidupnya. Memandangkan pentingnya kegiatan membaca ini menjadi amalan hidup sesebuah masyarakat maka kegiatan ke arah memupuk minat membaca dan membina budaya membaca adalah sesuatu yang harus direncanakan secara positif selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan. Untuk mencapai tahap pembacaan yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar, kelengkapan di perpustakaan perlulah dipertingkatkan. Oleh itu bahan 1.4.1 bacaan dalam pelbagai bidang amat diperlukan.

Mengenal pasti bahan bacaan yang digemari dan tajuk-tajuk yang menarik perhatian pelajar.

1.4.2

Menentukan tahap minat membaca di kalangan pelajar dan peratus membaca buku, majalah dan akhbar.

1.4.3 Menentukan signifikan di antara fakor persekitaran iaitu kemudahan mendapatkan

sumber bahan bacaan dan lokasi tempat tinggal pelajar dengan minat membaca buku, majalah dan akhbar.1.4.4 Mengenalpasti halangan kepada minat membaca.

11

1.4 Persoalan Kajian Kajian ini dilakukan bagi mencari satu penyelesaian kearah membina minat membaca disamping menjawab beberapa persoalan pelajar1.4.4 Apakah halangan yang menyebabkan minat membaca dikalangan murid ini

kurangnya nya minat membaca di kalangan

rendah1.4.5 Apakah langkah yang sesuai dilakukan bagi meningkatkan minat membaca

ini1.4.6 Siapakah yang perlu dilibatkan bagi mencari satu langkah penyelesaian ini.

1.5.4

Buku jenis manakah yang dapat menarik minat murid untuk membaca

1.5.5 Faktor- faktor yang menyebabkan minat membaca kurang

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharapkan akan mencetuskan satu maklumat yang penting bagi 1.6.1 1.6.2 1.6.3 1.6.4 1.6.5 Meningkatkan tahap minat membaca di kalangan murid Memberi satu input bagi melaksanakan program membaca dikalangan murid Mempelbagaikan kaedah atau strategi meningkatkan minat membaca di kalangan murid Kajian ini juga diharap dapat memberikan makluat minat jenis buku apakah yang murid minati Memberikan maklumat kepada guru tentang kaedah dan bahan mengajar yang sesuai digunakan supaya dapat menarik minat murid ketika belajar.

12

1.7 Kaedah Kajian Kajian ini dilakukan terhadap murid tahun Empat hingga Enam Sekolah kebangsaan Seroli Sungai Siput (U) yang diambil seramai 4 orang responden dari setiap kelas. Murid ini diambil secara rambang dari aras rendah hinga tinggi. Kajian dilakukan secara pemerhatian dan instrument kajian. 1.8 Definisi Istilah Pengkajian ini melibatkan beberapa istilah yang perlu diperjelaskan agar ianya tidak mendatangkan kekeliruan. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat 1.8.1 Meningkatkan Bertambah banyak, naik sedikit demi sedikit atau naik makin tinggi 1.8.2 Minat Kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu 1.8.3 Membaca Membunyikan huruf-huruf yg ditulis, melihat dan memahami apa-apa yg tertulis 1.8.4 Dikalangan Kelompok orang atau kelompok bangsa tertentu, golongan dan lingkungan

1.9

Rumusan

Kajian ini merupakan suatu tinjauan melalaui pengamatan, pemerhatian dan beberapa instrument bagi mengkaji masalah kurangnya minat membaca di kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Seroli. Kajian ini diharapkan agar dapat mencari penyelesaian untuk meningkatkan minat membaca disekolah ini.

13

14

BAB 2

2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Membaca merupakan kegiatan yang sangat mendasar sifatnya dan merupakan fitrah manusia. Dalam terminologi Islam, membaca identiti dengan kemampuan seseorang untuk memahami sesuatu yang tersurat (kauliyah) dan bersifat (kauniyah). Minat membaca murid Sekolah masih rendah dan belum ada cara yang efektif untuk meningkatkannya. Kajian ini bagi mencari satu kaedah untuk meningkatkan minat membaca di kalangan murid sekolah ini.

2.2

Literature Berkaitan halangan yang

Minat membaca ini berkait rapat dengan beberapa masalah ataupun Kajian ini lebih berfokus kepada beberapa persoalan

dihadapi oleh murid. Oleh itu beberapa aspek penting yang akan dikaji dalam kajian ini.

2.2.1 2.1.2 2.1.3

Minat Murid Pengaruh Rakan Sebaya Persekitaran Murid

15

2.2.1

Minat Murid

Minat membaca merupakan kemamapuan seseorang berkomunikasi dengan diri sendiri untuk menangkap makna yang terkandung dalam tulisan sehingga memberikan pengalaman emosi yang didapati akibat dari bentuk perhatian yang mendalam terhadap makna bacaan. (Crow & Crow,1984;Tarigan,1985). Minat merupakan kunci bagi meningkatkan pembacaan bagi murid. Tanpa minat yang mendalam segala usha meningkatkan pembacaan dikalangan murid tidak akan tercapai

2.2.2

Pengaruh Rakan Sebaya

Rakan sebaya mempunaya tarikan yang kuat untuk melenyapkan minta membaca. Tahap umur dari 7 hingga 12 tahun merupakan tahap umur yang lebih kepada berminat untuk bermain.

2.3

Kajian Berkaitan Banyak kajian mengenai minat membaca yang telah dijalankan sebelum ini kerana

masalah minat membaca bukanlah satu masalah yang baru. Jones (1986) membuat kajian di New York ke atas murid-murid Tahun tiga, empat dan lima untuk mengetahui jenis pembacaan sebagai hiburan. Seramai 901 orang murid telah dipilih yang terdiri daripada 343 orang murid darjah tiga, 309 orang murid darjah empat dan 249 orang murid darjah lima yang dikehendaki memilih pelbagai jenis buku iaitu fiksyen, sains dan teknologi, misteri, sukan, cerita fantasi, jenaka, puisi, riwayat hidup seseorang, sejarah dan maklumat. Beliau mendapati kebanyakan buku yang dipilih ialah jenis misteri dan sains serta teknologi

Minat membaca adalah sumber motivasi kuat bagi seseorang untuk menganalisa dan mengingat serta mengevaluasi bacaan yang telah dibacanya, yang merupakan pengalaman belajar menggembirakan dan akan mempengaruhi bentuk serta intensitas seseorang dalam menentukan cita-citanya kelak dimasa yang akan datang, hal tersebut juga adalah sebahagian dari proses pengembangan diri yang harus senantiasa diasah sebab minat membaca tidak diperolehi dari lahir .(Petty&Jensen,1980;Hurlock,1993).

16

Kajian Fitzgerald (1992) yang ditaja oleh kerajaan Peranchis, ke atas anak-anak remaja di Perancis mendapati bahawa kadar pembacaan akhbar adalah lebih tinggi daripadaibu bapa mereka. Golongan remaja itu juga mempunyai minat yang tinggi dalamperistiwa semasa dan selalu membincangkannya di dalam bilik darjah. Mereka juga lebih mempercayai berita daripada televisyan berbanding dengan akhbar. Namun begitu satu daripada empat pelajar-pelajar sekolah tinggi didapati membaca akhbar setiaphari. Topik-topik berita yang paling diminati ialah kesihatan 49%, pendidikan danperkembangan 36% dan persekitaran 27 %. Banyak kajian yang telah menunjukkan wujudnya pengaruh taraf status sosioekonomi keluarga terhadap pencapaian dan kebolehan kanak-kanak dalam bacaan ( Juriah Long,1975; Asiah Abu Samah, 1977). Pelajar daripada keluarga status ekonomi lebih tinggi didapati memperolehi pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pelajar daripada status sosioekonomi yang lebih rendah. Bolt (1992) yang menjalankan kajian di Canada ke atas 530 orang murid darjah empat, enam dan lapan untuk menunjukkan hubungan pencapaian membaca dengan persekitaran. Beliau mendapati kualiti persekitaran pembacaan dan cara interaksi di rumah memberi kesan yang positif ke atas pembacaan kanak-kanak. Tahap pendidikan ibu bapa juga menunjukkan hubungan yang signifikan tetapi minat membaca di kalangan ibu bapa menunjukkan korelasi yang rendah ke atas pembacaan kanak-kanak. Pada umumnya murid-murid di bandar menunjukkan kadar pembacaan yang lebih tinggi daripada murid-murid luar bandar. Di Malaysia satu kajian telah dijalankan oleh Kibat (1978), ke atas pendudukpenduduk Melayu di luar bandar di Negeri Selangor. Kajian yang dilakukan secara temuramah di dua puluh lima kawasan pendalaman itu menunjukkan bahawa 75.1% daripada penduduk luar bandar di Selangor membaca akhbar, 14.4% membaca majalah dan 7.1% membaca buku. Beliau juga merumuskan bahawa terdapat perhubungan yang signifikan di antara pendapatan dan pekerjaan dengan minat membaca buku tetapi tidak dengan majalah atau akhbar. Walau bagaimanapun umur mempunyai hubungan yang signifikan dengan minat membaca buku, majalah dan akhbar. Beliau juga mendapati sumber bahan bacaan yang ada menentukan jenis bahan bacaan yang dipilih.

17

Dalam satu kajian lain Mohd. Hamdan (1994) dengan bantuan pelajar-pelajar Sebaran Am, ITM, telah membuat kajian minat membaca ke atas 200 responden di Lembah Kelang. Kaedah yang digunakan ialah persampelan secara rawak dengan borang soal selidik. Sebanyak 60 peratus responden adalah Melayu, 15 peratus Cina, 14 peratus India dan 11 peratus adalah lain-lain bangsa. Keputusan menunjukkan bahawa 100% responden membaca akhbar, 94% responden menunjukkan minat membaca majalah dan 93% responden menyatakan bahawa mereka membaca buku. Satu kajian telah dijalankan ke atas dua buah kampung di Ulu Trengganu untuk menilai taraf kenal huruf dan perkaitannya dengan taraf sosioekonomi. Wan Abdul Manan Muda (1985), mengkaji ke atas 107 orang responden Melayu yang sumber ekonominya ialah pertanian. Beliau mendapati 50% responden mengalami buta huruf dan wanita lebih tinggi peratusnya daripada lelaki. Keputusan juga memaparkan bahawa umur boleh menentukan taraf kenal huruf tanpa mengira jantina iaitu umur muda taraf kenal hurufhya tinggi. Juga didapati bahawa pendapatan dan kenal huruf adalah berkait rapat.

2.3 Rumusan

Kajian Literature membincangkan kajian lepas yang dijalankan oleh pengkajipengkaji. Secara umunya banyak faktor yang mempengaruhi minat membaca dikalangan murid sekoah ini. Adalah diharapkan dengan kajian ini dapatlah memeberi satu input untuk meningkatkan minat membaca dikalangan murid sekolah ini.

18

19

BAB 3

METADOLOGI KAJIAN

3.1

Pendahuluan Bab ini adalah merupakan bahagian metodologi kajian yang menerangkan cara

bagaimana kajian dilaksanakan, kawasan kajian, responden kajian, instrumen yang digunakan dan cara bagaimana data yang diperolehi dianalisis. Bahagian ini juga membincangkan mengenai kaedah penyelidikan yang meliputi rangka kerja teori dan reka bentuk kajian. Konsep rangka kerja teori menerangkan angkubah yang terlibat manakala reka bentuk kajian meliputi kaedah kajian, latar belakang kajian dan kaedah menganalisis data. Berikutnya bab ini menerangkan tatacara populasi dan persampelan, serta pengubahsuaian instrumen yang digunakan 3.2 Rekabentuk Kajian Mengikut Kerlinger (1973), menyatakan reka bentuk kajian sebagai garis panduan kepada penyelidik di dalam proses pengumpulan dan penganalisaan data. Ia juga membolehkan pengkaji membuat soalan selidik yang mempunyai kesahihan, menepati objektif dan sesuai untuk sesuatu kajian. Kajian ini bertujuan untuk meninjau minat membaca di kalangan murid-murid dan kaitannya dengan pendapatan ibu bapa, jantina, umur,pengaruh rakan sebaya, lokasi dan kemudahan sumber bahan bacaan yang didapati. Dalam usaha untuk mendapatkan data serta maklumat yang diperlukan bagi menjayakan kajian ini, kaedah soal selidik digunakan. Soalan-soalan telah dibentuk dengan khusus berdasarkan pengalaman dan pembacaan yang telah dilakukan oleh responden untuk memperolehi data yang diperlukan bagi maksud kajian. Pada asasnya data diperolehi melalui soal selidik ke atas pelajar-pelajar daripada Tahun Empat hingga Tahun Enam sekolah SK Seroli. Dalam soal selidik ini, soalan struktur, pemerhatian dan data pinjaman buku dari Pusat Sumber Sekolah digunakan. Soalan struktur memerlukan responden memberi keterangan mengenai cadangan soalan yang dikemukakan20

3.3

Populasi dan Sampel kajian

Kajian tentang minat membaca di kalangan pelajar-pelajar di Kebangsaan Seroli, Sungai Siput (U) iaitu meliputi Kelas tahun Empat , Lima dan Enam. Bagi melaksanakan kajan ini persampelan secara rawak dgunakan.. Bagi mengkaji sampel kajian bebrepa langkah perlu dilakukan

12

Mengenalpasti terlebh dahulu populasi ( murid ) Bialgan populasi ditentukan dahulu Menentukan saiz sampel agar tidak terlalu ramai

3

BIL 1 2 3

TAHUN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 JUMLAH

POPULASI 10 10 12 32

SAMPEL 4 4 4 12

( Sumber

;

Data Hal Ehwal Murid )

Persampelan yang diambil adalah dikalangan murid Tahun empat , lima dan enam. Murid-murid ini terdiri daripada pelbagai kecerdasan . Ini adalah bagi melihat pada aliran minat membaca dikalangan mereka dan jenis bahan bacaan yang digunakan.21

Pemilihan responden ini adalah berdasarkan pemilihan yang dilakuakan oleh Guru Kelas Tahuntersebut denagn mendapatebenaran Guru Besar. Responden juga terdiri daripada kalangan keluarga pelbagai tahap akademik dan pekerjaan

3.4

Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan adalah berpandukan temubual, sola selidk, pemerhatian

dan juga data dariada pinjaman buku Pusat Sumebr Sekolah. Pemerhatian dijalankan semasa kelas Pusat Sumber dan instrument untuk sampel responden (Rujuk Lampiran )

3.4.1

Soal Selidik

Instrumen ini digunakan bagi mendapatkan data yang tepat. Kaedah kualitatif digunakan

3.4.2

Pungutana Data

Pengumpulan secara kualitatif digunakan bagi melihat aliran jenis bahan yang disukai oleh responden

3.4.3

Instrumen Temubual kepada pengkaji bagi mendapatkan penyebab

Instrumen ini dapat member maklumat kepada prmasalahan kajian

3.4.4

Instrumen Pemerhatian

Instrumen ini menggunakan kaedah kualitatif. Borang data disediakan. Contoh Borang B

3.5

Tatacara pengumpulan Data Kajian

22

Soal selidik pungutan data temubual dan pemerhatian digunakan bagi kajian ini, Borang dibentuk ini secara tidak langsung dapat membantu mengumpulkan data serta maklmat yang diperlukan. Secara tidak langsung guru tersebut dalam mengumpul maklumat dan masalah kajian dibuat. Pemerhatian atas responden dibuat melalui pinjmana buku Pusat Sumber Sekolah.

3.6

Tatacara Penganalisaan Data Kajian dan

Data yang dikumpul dan dianalisa secara kualitatif dan kuantitatif. Kekerapan peratusan digunakan bagi melihat aliran responden.

3.7

Rumusan

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau minat membaca di kalangan pelajar-pelajar SK Serolii dan kaitannya dengan umur, jantina, pendapatan penjaga, lokasi dan kemudahan sumber bahan bacaan. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 12 orang pelajar bagi memperbaiki sebarang kelemahan yang terdapat pada borang soal selidik. Setelah dibaiki, ianya dicetak dan digunakan dalam kajian sebenar .Ujian statistik dapat digunakan untuk menentukan samada sesuatu hipotesis itu diterima ataupun ditolak.

23

24

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abd. Rahim Selamat. (199 1). Teknologi dan Budaya Ilmu: Satu Perspektif dan Pengenalan. Jumal Pengurusan Pendidikan, Jilid 2, Bil. 1,46 - 50.

Adler, M. J. dan Doren, C.V. (1993). Bagaimana Membaca Buku. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asiah Abu Samah. (1977). A Study of Sociological Factors Affecting Language Development of Primary School Children. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Atan Long. (1974). Satu Penyiasatan Berhubung Dengan Pengajaran Bacaan MuridMurid Melqu Yang Berumur Di antara Enam Dengan Tujuh Tahun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long, et al. (1984). A Survey on The Reading Habits and Interests of Malqsian People. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long. (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baker, Linda Linstrom. (1989). From Parent to Child: The Effects of a Home Learning Program on Attitudes and Achievements. Ed. D. University of San Diego.

Beech, John, R. (1987). Cognitive Approaches to Reading New York: John Wiley and Sons. Bolt, Dianne Elizabeth. (1992).25

Cates, W.M. (1990). Panduan Amali Untuk Penyelidikun Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dechant, E.V. (1974). Improving The Teaching of Reading. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice- Hall, Inc.

Dubose, P. (1988). Readings in Management. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

Dupuis, M.M. and Askov, E.N. (1982). Content Area Reading an Individualized Approach. New Jersey: Prentice- Hall, Inc.

Fitzgerald, Mark.( 1992). French Reading Habits. Jumal Editor & Publisher (WP). Vol. 12520, May,16, 18 - 48.

Gopinathan, S. (1978). A Measure of Reading ie Survey of Reading Interests and Habits. Singapore: Institute of Education Singapore.

Halimah Badioze Zaman. (199 1). Satu Kajian Tentang Kemudahan dan Masalah Perpustakaan Sekolah Dalam Mempergiatkan Fungsinya Sebagai Sumber Maklumat . Jurnal Pendidikun. 16,5 7 - 74.

Harris, A.J. and Sipay, E.R. (1980). How to Increase Reading Ability. New York: Longman, Inc.

Johari Ariffin. (1994). Peranan Guru Dalam Merealisasikan Wawasan 2020. JumaZ Guru. Mei, 16, 360 -370.

26

Jones, Beverly Walker. (1986). A Study of The Recreational Reading of Third- Grade, Fourth- Grade and Fifth- Grade Chil&en. Ed. D. State University of New York.

Juriah Long. (1975). Masalah Pencapaian Murid-Murid Bukan Melayu Dalam Peperiksaan Bahasa Malaysia Di Peringkat M. C.E. Satu Analisa. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Juriah Long, et al. (1994). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Katni Kamsono Kibat. (1978). Reading Habits and Interests of The RuralMalays: A Methodological Stu& of Printed Media Exposure in The Rural Areas of Selangor. Dissertation. University of Pittsburgh.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Aktiviti Galakan Membaca. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. . Khaxnis Maarof (1984). Satu Percubaan Untuk Mengukur Kebolehan Membaca MuridMurid di Peringkat Darjah Dua. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Lim Ai Lian. (1993). An Exploratory of The Reading Habits and Interest of Selected TESL Trainee Teachers. Jumal Pendidikun, 15, 107 - 122.

Macfarlane, T. (1988). Helping Adults to Read New York: Macmillan Inc.

27

Marohaini Yusuff. (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dun Kefahaman. Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn. Bhd.

Mason, Jana, M. (1989). Reading and Writing Connections. Boston: Allyn and Bacon.

Md. Fadzil Haji Hassan. (1986). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Aspek Bacaan dan Fahaman. Jumal Kementerian Pendidikun Malaysia. Jilid 30, 69,41 - 46.

Mohd. Hamdan Adnan. (1994). Siapa Yang Membaca, Siapa Yang Tidak Membaca. Dewan Masyarakut, September, 10 - 14.

Mohd. Majid Konting. (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikun. (Cetakan kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Azam. (1980). Projek GaZakan Membaca. Kertas keja yang dibentangkan dalam pelancaran dan persidangan gerakkan membaca.DBP, Kuala Lumpur, Januari 28.

Noran Fauziah Yaakub dan Ab. Latif Idris. (1992). Minat Dan Pencapaian: Wujudkan Hubungan Bagi Bacaan Mekanis. JurnaZ Pendidikun Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil8, 58 - 82.

Omar Mohd Hashim. (199 1). Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Radzuan Abdul Kadir. (1987). Minat Membaca Di Kalangan Guru Pelatih Di Sebuah Maktab Perguruan. Jumal Pendidikun. 11, 130 - 132. Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia, Cabaran dan Masa Depan. Kuala

28

Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Rugayah Abd. Rashid. (1988). Peranan Perpustakuan Akademik Dalam Meningkutkan Minat Membaca Di kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi di Institusi Pengajian Tinggi. Seminar Tabiat Membaca: Ke Arah Siswa/Siswi Bermaklumat. ITM Shah Alam. Januari, 28 - 29.

Sapiah Hamid. (1987). Menilai Minat Membaca Di Kalangan Murid Tahun IV Berdasarkan Pemilihan Bahan Bacaan. Jurnal Pendidikun. 11, 135 - 136.

Safiah Osman. (1990). Membaca: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Southgate, V. (1984). Reading: Teaching For Learning. Book 2. New York: Macmillan Inc.

Spache, G.D. and Spache, E.B. (1973). Reading in i%e Elementary School. (3rd ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Suhaimi Razikin. (199 1). Perkembangan Kendiri Melalui Pembacaan. JumaZ Pengurusan Pendidikan, Jilid 2, Bil 1, 46 - 50.

Sulaiman Ngah Razali. (199 1). Formula Statistik Untuk Penyelidikun Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Unesco. (1983). Galakan Membaca Untuk Kanak-Kanak dan Remaja. Kuala Lumpur:29

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Witte, Pauline L. (1985). A Guidebook For Teaching Reading. Boston: Allyn and Bacon. Wan Abdul Manan Muda. (1985). The Study of Literacy in Relation to Socioeconomic and Nutritional Improvement in a Rural Community. JurnaZ Pendidik lian Pendidikan. Jld 7, 79 - 93.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1994). Pengisian Wawasan Pendidikzn. Persidangan Pendidikan Ke 2. Institut Aminuddin Baki, Julai, 11 - 15.

SENARAI LAMPIRANLAMPIRAN A

30

Contoh Instrumen Temubual Guru : Murid : Guru : Pelajar : Guru : Murid : Guru : Murid : Guru : Murid : Guru : Murid : Guru : Murid : Guru : Murid : Adakah ada suka membaca buku selain daripada buku pelajaran .. Adakah keluarga anda melanggan akhbar setiap hari? . Adakah anda selalu meminjam buku di Pusat Sumber? Jika ada jenis buku apakah yang anda selalu pinjam? Pernahkan anda membeli buku di kedai buku? . Adakah keluarga anda juga minat membaca? . Berapa jamkah anda menonton televisyen? . Apakah Rancangan Televisyen kesukaan anda?

LAMPIRAN B Contoh borang instrument pinjaman buku Pusat Sumber Sekolah31

Jadual: Pinjaman Buku Pusat Seumber Sekolah dalam sebulan ( responden 4 orang setiap kelas)

Bil 1 2 3 4 5

Jenis Buku Karya Am Agama Teknologi Sejarah Media Am

Bilangan Murid meminjam buku (mengikut tahun) Tahun 4 6 3 Tahun 5 5 2 7 Tahun 6 8 2 10 Jumlah 19 2 5 26

(Akhbar, majalah) 6 JUMLAH 9

Sumber: Data Pinjaman Buku Pusat Sumber Sekolah Bulan Jun 2010

32